KONSEP-KONSEP SISTEM BUMI SISTEM Satu set angkubah-angkubah yang mempunyai komponen tertentu yang saling

berkaitan antara stu sama yang lain dan berupaya bertindak bersama-sama sebagai satu organisasi yang agak kompleks sebagai satu fungsi yang menyeluruh. Sebagai satu set angkubah @ unsur-unsur yang saling bertindak antara satu sama lain,selain mempunyai unsur-unsur yang saling bertindak, sesebuah sistem itu juga mempunyai tenaga dan bahan yang dapat keluar dan masuk dari sistem tersebut. (Longman, RUSLY MUSA & NURSHIKIN ABDULLAH) Sistem ialah satu set himpunan objek-objek @ sifat-sifat yang berstruktur.objek tersebut kadangkala disebut angkubah yang mana ia berkait antara satu sama lain supaya dapat bertindak @ beroperasi bersama-sama sebagai satu organisasi yang kompleks.sebahagian daripada angkubah-angkubah tersebut bergantung dengan angkubah lain. (CHORLEY & KENNEDY, 1971) SUMBER : Chan Ngui Weng Sistem merupakan satu set himpunan objek-objek yang boleh digelar sebagai angkubah-angkubah objek @ angkubah ini berkait antara satu sama lain dan berupaya bertindak bersama-sama sebagai satu organisasi yang agak kompleks. ( FAJAR BAKTI SDN.BHD) Sistem boleh didefinisikan sebagai satu set objek-objek dimana objekobjek tersebut mengandungi komponen @ pemboleh ubah yang mempunyai pertalian antara satu sama lain dan beroperasi bersamasama sebagai suatu bentuk yang sungguh kompleks berdasarkan suatu pola tertentu. (JAMALUDDIN DAN ISMAIL AHMAD 1966) Sistem Terpencil

Tiada sebarang bentuk interaksi antara angkubah dgn alam sekitar yg melepasi sempadan sistem. Tidak berupaya bertukar tenaga & tiada input tenaga dari sistem yg lain.

Sistem Tertutup Mempunyai sempadan yg menghalang kemasukan bahan lain dari luar kecuali kemasukan tenaga & sistem akan terhenti jika tiada tenaga dibekalkan. Sistem Terbuka Mempunyai sempadan yg membenarkan kemasukan bahan & tenaga yg saling berinteraksi utk menggerakkan sistem. Sebarang perubahan yg berlaku terhadap bahan atau tenaga akan menyebabkan sistem ini berubah & mempunyai keseimbangan. Sistem Morfologi Sistem ini mempunyai ciri-ciri fizikal yg normal bergabung utk membentuk suatu bahagian fizikal yg beroperasi. Sekiranya berlaku perubahan terhadap salah satu angkubahnya, maka unsur-unsur yg lain juga akan turut berubah bagi mencapai keseimbangan yg baru. Sistem geomorfologi Sistem geomorfologi adalah mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yang makro ataupun mikro contohnya, proses luluhawa, hakisan,pengangkutan dan pergerakan jisim.kombinasi pelbagai faktor fizikal akan menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi sama ada lembangan saliran, dipinggir pantai,kawasan gurun,kawasan glasier dan sebagainya. Sistem atmosfera Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu.hujan.tekanan udara,kelembapan udara,tiupan angin dan sebagainya yang berlaku di ruang atmosfera.unsur-unsurnya iklim dan cuaca ini dikaji mengikut ruang dan masa. Sistem hidrologi

Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera termasuklah pelbagai jenis kerpasan,air permukaan seperti sungai,tasik,kolam dan juga air bawah tanah.tumpuan kepada bagaimana air itu berkitar,perubahan yang di alami oleh air pada setiap peringkat kitaran,proses-prosesnya serta saling berkaitan antara unsur-unsur yang ada dalam kitara hidrologi.

Sistem ekologi Sistem yang mengkaji habitata flora dan fauna yang dipecah-pecahkan kepada ekosistem-ekosistem yang berantaian antara satu sama yang lain seperti ekosistem muara, ekoistem akuatik seperti laut,tasik,dan kolam ,ekosistem hutan dan sebagainya.tumpuan kajian adalah kepada aliran tenaga dan siratan makanan serta keseimbangan ekosistem-ekosistem tersebut. Sistem Lata Sistem ini bersifat sehala. Ia merujuk kpd rantaian subsistem yg mengandungi input,storan,dan output bahan serta tenaga. Output bahan & tenaga dari satu subsistem akan menjadi input kepada sistem yg lain. Sistem Berinteraktif Merupakan jalinan atau kombinasi antara sistem morfologi dgn sistem lata. Kaitan antara kedua-duanya adalah dibentuk oleh kompenen sistem lata yg sama atau berkait rapat antara satu sama lain. Sinaran Gelombang Panjang Istilah umum utk menerangkan semua sinar yg mempunyai jarak gelombang yg lebih dari 4 mikron. Hampir semua tenaga atau bahang yg dikeluarkan oleh bumi adalah dalam sinaran jenis ini. SISTEM SURIA Sistem suria merupakan satu sistem planet dalam galaksi bima sakti. Sistem suria terdiri daripada matahari dan 8 buah planet lain yang mengelilingi dalam orbit bujur yang tertentu. Selain itu, terdapat satelit

semula jadi dan jasad-jasad lain seperti asteroid, komet, meteor dan gumpalan awan habuk planet. Bima Sakti Merupakan sistem bintang berbentuk piring rata yg mengandungi lebih daripada 100000juta bintang. PUTARAN BUMI Bumi berputar pada paksinya yang condong 23½° daripada satah tegak. Arah putaran bumi ialah dari barat ke timur. Satu putaran 360° mengambil masa 23 jam 56 minit. PEREDARAN BUMI Bumi beredar dengan kelajuan 3600km¯¹j. Peredaran bumi dalam orbitnya mengambil masa 365¼ hari. Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya. Matahari Merupakan cakerawala yg menjadi pusat edaran bagi semua planet dlm sistem suria & juga satu sfera gas yg sgt panas & bersinar. MATAHARI Merupakan pusat bagi semua planet dalam sistem suria. Daya tarikan graviti matahari menyebabkan semua planet beredar mengelilinginya. Matahari mempunyai diameter 1391980km. Matahari terdiri daripada beberapa unsur yang paling utama iaitu hidrogen dan helium. Kedua-dua unsur ini membentuk hampir 99% daripada isipadu matahari. Suhu permukaan matahari dianggarkan kirakira 5500 c dan suhu teras 15 juta c. Suhu yang tinggi ini menyebabkan matahari mengeluarkan cahaya. TOMPOK MATAHARI Kawasan yang lebih hitam di atas permukaan matahari. Ia juga merupakan kawasan yang bersuhu lebih rendah berbanding dengan permukaan disekitarnya. Tompok-tompok matahari lazimnya berlaku dalam pasangan mengikut satu kitaran bertempoh 11 tahun. TOMPOK MATAHARI

Tompok Matahari merupakan bintik-bintik @ bintil yang berwarna hitam melekat pada permukaan matahari. Tompok matahari mempunyai suhu1900 c dan merupakan suhu yang rendah berbanding unsur lain yang ada di matahari. Tompok matahari merupakan pembantunya untuk mengekalkan warna matahari untuk sentiasa bersinar seperti sediakala. Asteroid Merupakan jasad-jasad kecil yg terdiri drpd ketulan batuan & logam dlm cakerawala yg mengelilingi matahari terutamanya antara orbit marikh & musytari. Meteorit Merupakan ketulan batuan atau logam kecil yg terapung dlm sistem suria. Komet Jasad2 yg terdiri drpd ketulan ais yg terbentuk drpd campuran gas & debu2 yg beredar mengelilingi matahari.

Meteor Ialah hasil pergeseran antara meteorit & molekul udara dgn kelajuan yg tinggi akan menyebabkan meteorit terbakar & dikenali sbg tahi bintang. Afelion Titik paling jauh dari matahari pd orbit sebuah planet. Orbit planet berbentuk elips kerana jarak antara planet & matahari berubahubahsacara periodic sepanjang orbit planet. Titik dlm orbit dimana jarak planet dgn matahari mencapai max yg dikenali sbg titil afelion. Perihelion Titik terdekat sebuah planet dlm orbitnya terhadap matahari. Bumi tiba dikedudukan perihelion sewaktu musim sejuk iaitu pada bulan jun. Galaksi/Nebula Bintang2, gas & habuk yg bertaburan di angkasa secara berkelompok yg mempunyai lebih drpd 500juta galaksi. Bumi

Berbentuk sfera tetapi rata kedua-dua kutubnya. Ia mempunyai satu jejari di kathulistiwa sepanjang 634km & kutubnya sepanjang 6537km. Gerhana Suatu fenomena dimana bulan atau matahari dihalang & tidak dpt dilihat dari bumi. Gerhana matahari berlaku apabila bulan terletak diantara bumi & matahari. Fotosfera Lapisan luar matahari & kepanasan menjangkau 6000°C, berbintik disebabkan letupan2 tenaga dipermukaannya. Putaran Bumi Bumi berputar di atas paksinya mengikut arah lawan jam,iaitu dari arah barat ke timur. Kecondongan paksi bumi adalah sebanyak 66.5° dgn rataan londar matahari & 23.5° dgn garis tegak kerataan londar matahari. Satu putaran lengkap mengambil masa 23jam 56minit.

Peredaran Bumi Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbit bujurnya. Satu edaran mengelilingi mathari mengambil masa selama 365.25 hari. Menyebabkan kejadian empat musim & kejadian gerhana matahari & bulan. Ekuinoks Semua tempat di dunia kecuali kutub utara & kutub selatan mengalami waktu siang & malam yg sama panjang krn matahari berada tegak diatas kepala khatulistiwa pd 21Mac & 23September. Ekuinoks Musim Bunga Pada 21Mac, matahari berada tegak di atas garisan khatulistiwa pd waktu tengah hari. Ekuinoks Musim Luruh Pada 23September, matahari berada tegak di atas garisan khatulistiwa pd waktu tengah hari.

Solstis Himesfera utara mengalami siang lebih panjang & waktu malam lebih pendek yg menyebabkan musim panas pd 21Jun. Apabila himesfera utara mengalami malam lebih panjang & waktu siang lebih pendek akan menyebabkan musim sejuk pd 22Disember. Dataran Ekliptik Dikenali sbg dataran bandingan dalam sistem suria yg digunakan secara berleluasa. Bumi berputar mengelilingi matahari di atas dataran tersebut. Kerak Bumi Lapisan di luar sekali & paling nipis. Meliputi benua (SIAL) & lautan (SIMA), batuan jenis granit & basalt serta ketumpatan batuan ialah 2.7-3. Mantel Lapisan pertengahan & tidak stabil. Lapisan batuan batuan dalam bentuk pepejal & cecair. Batuan jenis granit & basalt mempunyai ketumpatan 5.5. Teras Lapisan paling dalam & berbentuk pepejal & lapisan luar bentuk cecair serta mengandungi oikel & besi. Kecondongan Paksi Bumi condong sedikit dalam hubungannya dgn matahari. Paksi putaran bumi condong pd sudut 23° jika diukur dari arah menegak Dataran Ekliptik. Arah paksi ini tidak berubah berbanding arah bintang2. Solstis Musim Panas(21Jun) Musim panas di hemisfera utara menyebabkan siang lebih panjang & waktu malam lebih pendek. Hemisfera selatan menglami musim sejuk yg menyebabkan siang lebih pendek & malamnya lebih panjang. Kawasan di utara garisan artik mengalami 24 jam siang, manakala kawasan di selatan garisan antartik mengalami 24 jam malam. Solstis Musim sejuk(22 Dis) Musim sejuk di hemisfera utara menyebabkan malam lebih panjang & waktu siangnya lebih pendek. Musim panas di hemisfera selatan menyebabkan waktu siangnya lebih panjang & waktu malamnya lebih

pendek. Kawasan di utara garisan artik mengalami 24 jam malam, manakala kawasan di di selatan garisan antartikpula mengalami 24 jam siang. Atmosfera Lapisan udara yg menyelimuti bumi yg mempengaruhi cuaca. Udara atau atmosfera ini dapat dibahagikan kepada beberapa lapisan berdasarkan ciri suhu iaitu troposfera, statosfera,mesosfera & ionosfera. Litosfera Bahagian kerak bumi serta bahagian atas lapisan tengah bumi. Bahagian litos ini terletak di atas lapisan astenosfera & tebalnya lebih kurang 100km. Bahagian ini adalah keras & dapat dibahagikan kepada beberapa plat yg sentiasa bergerak. Hidrosfera Ataupun jagat air, semua badan air yg diperoleh di seluruh dunia. SERAKAN Zarah-zarah yang amat halus dan terdapat di atmosfera bertindak sebagai halagan kepada sinaran matahari masuk dan bahan-bahan ini menyerakkan sinaran matahari. Serakan yang berkesan ialah pada gelombang yang sangat pendek seperti dalam likungan warna biru dan darjah serakan bergantung juga kepada saiz.

PANTULAN Proses pantulan banyak dilakukan oleh partikel-partikel yang berwarna cerah misalnya manik-manik hujan amat berkesan dalam memantulkan bahangan ke angkasa. Proses pantulan adalah tidak elektif kerana semua gelombang dalam spektrum elektromagnet akan mengalami pantulan. SERAPAN Proses penyerapan bahangan matahari yang dilakukan oleh partikalpartikal di atmosfera dan serapan paling efektif dilakukan oleh wap air, karbon dioksida dan ozon. Gas-gas ini cenderung untuk memilih jenis-jenis gelombang suria yang hendak diserap dan daya serapan bergantung kepada jarak gelombang.

ALBEDO Nisbah di antara jumlah bahang yang dibalikkan ke udara dengan jumlah yang diterima di bumi. Nilai ini berbeza dari satu tempat lain dan juga di antara jenis permukaan yang menerima pancaran matahari. Warna cerah mempunyai nilai albedo yang lebih tinggi daripada warna gelap. Umpamanya, hutan rimba mempunyai 20-30%, rumput 25%, salji baru 80%, dan konkrit 17-27%. Sudut pancaran matahari yang tiba di permukaan sesuatu bahan juga mempengaruhi nilai albedo ini. Permukaan air pula mempunyai albedo yang berbeza, 5% bagi permukaan air yang tenang dan menerima pancaran matahari cancang, hingga 70% jika air berombak dan sudut pancaran matahari rendah. TENAGA Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghasilkan sebarang bentuk aktiviti. Tenaga ditakrifkan sebagai satu daya @ kemampuan untuk mengoperasikan kerja @ menghasilkan sesuatu. Tenaga dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk menghasilkan aktiviti. Tenaga bukan hanya mustahak bagi bumi kerana tanpa tenaga bumi kita akan menjadi sebagai planet mati. TENAGA Satu daya atau kemampuan untuk melakukan sesuatu kerja atau menghasilkan sesuatu. Tenaga terdapat dalam bentuk seperti tenaga haba,tenaga kinetik, tenaga potensi,tenaga kimia,dan juga tenaga elektrik. Tenaga bukan sahaja penting untuk manusia dan binatang malah ia penting bagi sistem bumi, tanpa tenaga bumi akan menjadi planet yang mati. TENAGA EKSOGENIK Tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu matahari. Matahari merupakan punca tenaga utama bagi keseluruhan sistem bumi. Tanpa tenaga ini,planet bumi akan mati. Tenaga matahari yang diterima oleh bumi adalah dalam bentuk bahangan yang kemudiannya ditukar kepada tenaga haba. Tenaga haba ini pula akan ditukar kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain seperti tenaga kimia,tenaga kinetic,dan tenaga potensi.

TENAGA ENDOGENIK Tenaga dalaman yang berpunca dari perut bumi misalnya tenaga gravity,radiogenic, dan juga tenaga haba. Tenaga endogenik ini amat penting untuk proses-proses tektonik kerak bumi seperti gempa bumi,gunung berapi,lipatan,gelinciran dan sebagainya. Namun begitu jumlah tenaga endogenik yang terdapat di muka bumi adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan tenaga eksogenik (tenaga suria). Ia hanya 1% sahaja daripada jumlah tenaga yang diingin untuk menggerakkan aktiviti di permukaan bumi. TENAGA HABA Tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalam unit °c. Tenaga haba ini terbahagi kepada dua. Pertama,tenaga haba rasa iaitu tenaga yang terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan itu menjadi panas. Kedua,tenaga haba pendam iaitu tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim sehingga ia dibebaskan. Tenaga haba ini sebenarnya berasal dari tenaga matahari. TENAGA POTENSI Tenaga keupayaan yang dimiliki dan disimpan dalam sesuatu jasad kerana kedudukan dan keadaannya. Semua elemen dalam sistem bumi memiliki tenaga ini. Misalnya air sungai memiliki tenaga potensinya. Semakin banyak isipadu air sungai maka semakin besarlah tenaga potensi yang dimiliki oleh sungai tersebut. TENAGA GRAVITI Tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke bawah. Ia bergantung kepada saiz jisim dan juga ketinggian jisim.

TENAGA KINETIK Tenaga yang terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Tenaga kinetik ini amat bergantung kepada halaju pergerakan. Satu jasad (m) yang bergerak dengan kelajuan (v) akan mempunyai tenaga kinetik sebagai ½mv. Semakin laju pergerakan,maka tenaga kinetik yang terhasil adalah

semakin tinggi. Misalnya sungai yang mengalir deras mempunyai tenaga kinetik yang tinggi berbanding dengan aliran sungai yang perlahan. Semakin tinggi tenaga kinetik maka semakin tinggi kuasa hakisan sungai tersebut. Peredaran bumi mengelilingi matahari dan putaran bumi di atas paksinya menyebabkan bumi mempunyai tenaga kinetik Tenaga Haba Rasa Tenaga yg terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas. Tenaga Haba pendam Tenaga yg terkandung dalam sesuatu jisim sehingga is dibebaskan. PENGALIRAN HABA Satu cara bagaimana haba dapat bergerak atau mengalir melalui sesuatu bahantara melalui pergerakan molekul. Besi adalah satu bahantara pengaliran haba yang baik manakala udara tidak membenarkan haba mengalir dalam cara ini. SINARAN Sebahagian daripada jumlah sinaran electromagnet dari matahari yang diterima oleh bumi. Matahari ialah punca sinaran yang amat perlu bagi semua proses kehidupan di bumi. Suhu matahari bernilai lebih kurang 6000 darjah dan ini menghasilkan pengeluaran tenaga yang maksima dalam gelombang cahaya. SINAR ELEKTROMAGNET Cara tenaga atau bahang berpancar dari punca sinarnya tanpa sebarang bahantara. SINAR GELOMBANG PANJANG Istilah umum untuk menerangkan semua sinar yang mempunyai jarak gelombang yang lebih dari 4 mikron. Hampir semua tenaga atau bahang yang dikeluarkan oleh bumi adalah dalam gelombang panjang ini. SINAR GELOMBANG PENDEK Pancaran matahari yang diterima oleh bumi kebanyakkannya dalam jarak gelombang di antara 0.2 – 4.0 mikron. Sinaran gelombang pendek tidak diganggu oleh bahan-bahan gas di atmosfera.

. PERIHELION Jarak yang lebih dekat (antara bumi dan matahari) sewaktu bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbit bujurnya. Bumi akan menerima banyak tenaga suria. Perihelion ini berlaku pada 3 Januari dan bumi dikatakan berada sejauh 147 juta km dari matahari. AFELION Jarak yang jauh antara bumi dengan matahari. Pada jarak ini bumi akan menerima jumlah tenaga suria yang sedikit. Afelion berlaku pada 4 Julai dan pada ketika itu jarak bumi dan matahari ialah sejauh 152 juta km.

GEOMORFOLOGI GEOMORFOLOGI Satu bidang sains yang mengkaji evologi bentuk muka bumi atau pandang darat fizikal dan hubungannya dengan struktur batu-batuan dan proses yang mewujudkannya. ASTNOSFERA Bahagian atas lapisan tengah yang berbentuk cecair pekat dan oleh sebab cirri ini,riak gempa yang berjalan dari kerak bumi akan mengalami kekurangan halaju apabila memasuki lapisan ini. Letaknya lapisan ini ialah lebih kurang di antara 50-240 km dari muka bumi. Zon ini juga dinamakan lapisan halaju rendah. KONFIGURASI MUKA BUMI Pelbagai jenis atau keanekaan muka bumi. Kepalbagaian jenis ini boleh ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro. Pada skala makro, ia boleh dilihat dalam konteks taburan daratan/benua dan juga taburan lautan di dunia ini. Kira-kira 29% sahaja daripada keseluruhan muka bumi ini terdiri daripada lautan. Daripada kesemua daratan yang ada, 39.4% terletak di hemisfera utara dan 18.6% terletak di hemisfera selatan. LAPISAN KERAK BUMI Bahagian kerak bumi yang terletak paling luar dan menyelubungi mantel. Kerak bumi terbentuk daripada bahan kurang tumpat dan terpisah dari mantel oleh ketakselanjaran Mohorovicic. Ketebalan kerak bumi berubahubah mengikut tempat. Kerak bumi lautan adalah lebih nipis dan berusia muda serta lebih tumpat berbanding dengan kerak bumi yang terdapat di daratan atau bumi. LAPISAN MANTEL Lapisan kedua dalam struktur bumi. Berdasarkan isipadunya mantel meliputi 82% daripada isipadu bumi dan berasaskan jisim pula,mantel meliputi 63% daripada bumi. Lapisan ini lebih tumpat berbanding dengan lapisan kerak bumi. Mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran Mohorovicic dan mantel juga dipisahkan dari lapisan teras bumi oleh ketakselanjaran Gutenberg. Ketebalan lapisan mantel ini ialah kira-kira 2830km dan ketumpatannya adalah antara 3.0-3.337g/cm³.

LAPISAN TERAS BUMI Lapisan bumi yang pAling dalam dan dipisahkan dari mantel oleh ketidakselanjaran Gutenberg. Lapisan teras bumi ini juga dikenali sebagai barisfera. Lapisan teras bumi adalah lapisan yang paling tinggi ketumpatannya berbanding dengan lapisan-lapisan kerak bumi dan mantel. Ketebalannya teras bumi ialah 3470km dgn suhu yang paling tinggi iaitu antara 3000°c-5000°c. lapisan ini kaya dengan mineral seperti nikel dan besi. Magma Bahan igneus yg cair sebelum di keluarkan oleh bumi sbg lava. Magma banyak mengandungi bahan silikit & berasal dari dalam lapisan litosfera. DATARAN Kawasan yang rata dan meluas selalunya terletak di antara kaki bukit dengan pantai. Kawasan ini mulanya ialah kawasan berbukit tetapi oleh kerana hakisan oleh sungai,kawasan bukit makin lama makin undur dari pantai. Semasa hakisan di darat berlaku kawasan laut juga mengalami pemendapan dan akibat dari ini daratan yang akan terbentuk. Daratan juga ada beberapa jenis bergantung kepada cara pembentukannya. PULAU Kawasan daratan lebih kecil daripada benua yang dilengkungi oleh air laut atau tasik. BANJARAN Bentuk bumi yang panjang dan tinggi seperti banjaran gunung Titiwangsa di semenanjung Malaysia,Banjaran Crocker di Sabah dan Bnjaran Himalaya di India. SIAL Kerak bumi di bahagian benua yang mengandungi mineral granit yang kaya dengan silika dan aluminium.

SIMA Bahan kerak lautan yang banyak mengandungi mineral. REKAHAN Rekahan atau retakan yang didapati di dalam batu akibat dari ketegangan. RESAPAN Proses air masuk ke dalam tanah atau batuan melalui liang-liangnya. SERAPAN Serapan air oleh tumbuh-tumbuhan. Juga digunakan kepada proses serapan air masuk ke dalam liang-liang tanah atau batuan. GEOLOGI/BATUAN Komponen semula jadi mineral seperti mika,kuarza,feldsfar,kalsium,karbonat dll yang terikat secara langsung menerusi proses pembekuan magma atau diikat oleh bahan perikat yang lain seperti kaolin,kapur,oksida-oksida menerusi proses simentasi atau penyimenan. Sesuatu geologi mempunyai dua atau lebih mineral di dalamnya,namun begitu kebanyakkan batuan mempunyai banyak mineral. Klasifikasi di dunia ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu batuan igneus,batuan enapan (mendak), dan batuan metamorphosis (jelmaan). Kiraan Batuan Bermaksud perubahan batuan drpd satu jenis kpd jenis yg lain. Proses ini melibatatkan pembentukan Batuan baru, pemusnahan @ perubahan jenis batuan akibat tindakan proses endogenetik & eksogenetik. BATUAN IGNEUS Terbentuk hasil pembekuan magma di dalam rehan-rekahan kerak bumi dinamakan sebagai batuan igneus rejahan manakala batuan igneus yang terbentuk hasil penyejukan magma di permukaan bumi dinamakan sebagai batuan igneus terobosan. BATUAN ENAPAN

Berbentuk berlapis-lapis. Berdasarkan kepada cara pembentukannya,batuan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu batuan klastik,batuan kimia atau batuan organik. BATUAN METAMORFOSIS Batuan jelmaan yang mungkin berasal dari batuan igneus atau enapan. Ia amat keras, bersinar-sinar,cantik dan amat menarik. Batuan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu batuan berjalur dan batuan tak berjalur. Batuan berjalur mempunyai susunan mineral berlapis-lapis serta selari manakala batuan tak berjalur pula tidak mempunyai lapisan.

BATU KAPUR Sejenis batu mendak,lembut, dan tak stabil. Oleh itu,ia menghasilkan konfigurasi bentuk muka bumi yang amat berbeza sama sekali dengan jisim batu granit di kawasan tropika lembap. Komponen utama mineral batu kapur ialah seperti kalsium karbonat yang merupakan mineral yang tidak stabil dan mudah mengalami pelarutan, pengkarbonan, hidrolisis melalui luluhawa dalaman. FELDSTER Jenis bahan mineral yang didapati dengan banyaknya di dalam batu igneus.selalunya di dapati dalam bentuk campuran kalsium,natrium,kalium,dan barium. Apabila feldstar dalam batu granit umpamanya mengalami tindakan kimia dengan air yang berasid,tanh liat jenis kaolinit akan dihasilkan. KUARZA Bahan mineral yang banyak diperoleh di dalam batu igneus yang kaya dengan silica. Umpamanya batu granit. Kuarza adalah keras dan tidak senang dilarutkan tetapi apabila bahan mineral lain yang mengikatkan biji-biji kuarza di dalam batuan igneus di lilihawakan,bahan kuarza akan terkumpul sebagai pasir dan batu kelikir. MIKA Kumpulan mineral yang mempunyai cirri lapis-lapis yang tersusun di dalam satu arah saja,oleh sebab cirri ini,mika senang diluluhawakan dan lapisan mudah terkupas.

PIROKSIN Satu kumpulan bahan mineral ferromagnesium yang diperoleh di dalam batuan. BATUAN IGNEUS JALAR DALAM Batu igneus yang membeku menembusi lapisan-lapisan batu atau dicelah lapisan batuan mendak tetapi terhad di dalam kerak bumi,iaitu tidak dikeluarkan di muka bumi. Batu ini meliputi patolit,pakolit,lakolit,sil,dan daik. BATUAN IGNEUS JALAR LUAR Batauan yang terbentuk dari magma yang keluar di muka bumi sebagai lava. Ianya meliputi batuan gunung berapi dan batuan piloklas. KONGLEMERAT Satu jenis batu mendak yang banyak mengandungi serpihan-serpihan batu bulat bujur di dalamnya. SYAL Batu mendak yang diwujudkan dari tanah liat atau lumpur selepas mengalami tekanan yang kuat. Batu jenis ini tidak mudah telap air. Warnanya gelap atau kelabu disebabkan oleh kandungan lumpur atau tanah liat. BATU TONGKOL Batu besar hampir bulat yang telah diangkut oleh ais dan ditinggalkan bertabur dalam lembah atau daratan apabila ais yang jadi cair. SYIS Satu jenis batu yang mempunyai bentuk berlapis dan mengandungi hablur kasar dan bahan mineral mika yang banyak. Pada amnya,syis terbentuk daripada proses penjelmaan gabungan. SLAT Batuan berbiji halus yang mengandungi lapisan-lapisan nipis mika dan klorit. GRANIT

Satu kumpulan batuan kelebur yang bersifat asid dan berhablur kasar. Pada mulanya,batu ini mengandungi lebih kurang 25% kuarza,feldspar,dan mika. EPEIROGENESIS Pembentukan benua,gerakan didalam bumi yang mengakibatkan timbunan atau ataman di benua atau di kawasan lautan yang jarangjarang disertai oleh proses lipatan. OROGENESIS Proses pembentukan bentuk muka bumi yang melibatkan pergerakan lapisan kerak bumi atau plat-plat tektonik akibat adanya arus perolakan magma yang panas di dalam lapisan mantel. Diantara contoh proses orogenesis ialah lipatan kerak bumi atau proses yang menghasilkan banjaran gunung lipat. GUNUNG Sebarang bentuk muka bumi yang tinggi dibandingkan dengan kawasan sekelilingnya. Bentuk bumi ini diwujudkan oleh gerakan oregenik di dalam kerak bumi.

HANYUTAN BENUA Satu teori yang cuba menerangkan tentang kewujudan dan taburan benua-benua yang ada pada hari ini . Andaian Wejener : benua-benua ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada satu benua yang besar sahaja yang dinamakan sebagai PANGEA (Pan = all,Gea = earth) dan apabila berlaku gerakan –gerakan di dalam kerak bumi Pangea akan berpecah dan bertaburan sepertimana yang ada pada hari ini. HANYUTAN BENUA Ini adalah satu teori yang mengatakan bahawa benua-benua didunia sekarang telah dan masih berpindah diantara satu sama lain. Teori ini di popularkan oleh Alfred Wegener dalam tahun 1910. Beliau mengatakan bahawa semua benua di dunia ini pada zaman pra-mesos adalah bercantum dan merupakan satu benua yang amat besar yang digelarkan Pangea. Satu perpisahan telah berlaku di mana benua yang amat besar

ini berpecah kepada dua bahagian besar. Satu daripadanya ialah Laurasia yang meliputi benua-benua Amerika Utara, Eropah, Asia dan Greenland. Satu lagi dinamakan Gondwanalandyang meliputi benua-benua Amerika Selatan, Afrika, India, Australia dan Antartika. Tetapi pada zaman mesos, kedua2 benua besar ini mula berpecah sekali lagi dan hanyut dari tempat asalnya hingga menghasilkan taburan benua yang didapati sekarang. Teori ini tidak diterima ramai sebelum 60-an. Selepas itu, berdasarkan bukti2 iaitu a) percantuman peta benua melalui computer, terutama sekali benua Amerika Selatan dan Afrika, b) kajian ciri2 geologi, c) kaji iklim purba dan kaji fosil, d) kajian ciri2 batuan didasar lautan , dan e) kajian kemagnetan batuan zaman geologi. Kejadian hanyutan benua tidak lagi dianggap sebagai satu teori tetapi diterima sebagai satu kebenaran. Dengan kajian plat tektonik, mekanisme yang dapat mewujudkan pergerakan benua ini telah dapat di kemukakan dengan penuh keyakinan. Kuasa @ mekanisme ini diwujudkan oleh sistem perolakan didalam lapistengah bumi yang hanyut itu. PANGEA Benua yang paling besar yang dipercayai dan di kemukakan oleh Alfred Wegener sebagai menggabunggi kedua-dua benua besar Laurasia dan Gondwana sebelum terpisah. ZAMAN MESOZOIK Zaman geologi diantara zaman paleos dan zaman kenozoik. Zaman ini dibahagikan kepada 3 zaman lebih kecil iaitu Triasik, Jurasik dan Kretaseus. Zaman ini terletak diantara 65-240 juta tahun dahulu. ZAMAN KAMBRIA Zaman ini ialah zaman yang terawal sekali dimana fosil organisma pertama telah dibuktikan. Zaman ini bermula lebih kurang 590 juta tahun dahulu selepas zaman pra-kambria , dan lebih kurang 75 juta tahun. Zaman ini diikuti oleh zaman Ordovisia. ZAMAN PRA-KAMBRIA Zaman geologi sebelum zaman Kambria iaitu daripada bumi mula terbentuk hingga lebih kurang 590 juta tahun dahulu. Oleh sebab tidak ada lagi bangkai-bangkai fosil di dalam lapisan batu pada zaman prakambria, amatlah sukar bagi batuan itu ditentukan usianya.

PALAEONTOLOGI Kajian terhadap semua jenis organisma dari bangkai fosil yang diperolehi di dalam lapisan –lapisan batu. TEKTONIK Kajian berkenaan dengan gerakan ubah bentuk yang berlaku di dalam kerak bumi. PLAT Keping kerak bumi @ litosfera yang terapung di atas lapisan astenosfera. Kerak bumi dapat di bahagikan kepada keping plat. Akibat daripada mekanisme perolakan di dalam lapis tengah bumi, plat-plat ini sentiasa bergerak ada yang terpisah diantara satu sama lain dan ada pula yang berlaga. Dikawasan dua plat bertembung @ berpisah didapati beberapa jenis bentuk muka bumi seperti jurang laut, gunung berapi, dan lengkung pulau dan gempa bumi. Enam plat yang terbesar ialah Eropah, Asia, India, Pasifik, Amerika, Afrika dan Antartika. PLAT TEKTONIK Merupakan segmen keras kerak bumi yang disokong oleh bahan leburan yang dikenali sebagai magma didalamnya dan menyebabkan plat bebas menggelongsor antara satu sama lain. Mengikut Teori Plat Tektonik,lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingankepingan yang dikenali sebagai plat. Plat ini boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu plat benua dan plat lautan.

PLAT TEKTONIK Satu teori geofizika yang dikemukakan dalam tahun-tahun enam puluhan yang mengatakan bahawa kerak bumi dapat di bahagikan kepada beberapa plat yang tegar. Plat-plat @ keping litosfera ini seolah-olah terapung diatas astenosfera yang separuh cair yang juga dinamakan zon halaju rendah. Plat-plat ini sentiasa dalam pergerakan. Mekanisme yang mewujudkan pergerkan in terletak dalam lapis tengah bumi separu cair.

Oleh sebab keadaan yang amat panas, beberapa sel perolakan terbentuk di dalam lapisan ini. Di tempat dua sel bertemu dan mengalir ke atas, retakan di perolehi di kerak lautan dan magma dari keluarkan ke dasar lautan dan disini dua plat berpisah. Pada tempat di mana dua sel bertemu dan mengalir ke bawah lapisan astenosfera, satu plat akan terbenam dan di sinilah dua plat bertembung. Teori ini dapat menjadi satu model penyatuan dalam menerangkanpembentukan kebanyakan dari bentukbentuk bumi dan lautan, umpamanya rabung tengah lautan, gunung berapi, lengkong pulau, gempa bumi, gunung lipat dan jurang lautan. Teori ini dapat dianggap sebagai satu sumbangan yang amat penting dalam kajian geofizika. Oleh kerana ia dapat menjelaskan secara keseluruhan hampir semua jenis bentuk yang didapati di dunia kita ini. PLAT BENUA Plat yang membawa benua. PLAT LAUTAN Plat yang membawa lautan. LINGKARAN API PASIFIK Sesebuah kawasan yang mempunyai aktiviti yang berapi dan gempa bumi yang sangat aktif melalui perselisihan plat. Plat Eurasia bersempadan dengan plat-plat pasifik di sepanjang siri jurang lautan yang dalam iaitu jurang Filipina,jurabg Mariana,jurang Benin,jurang Jepun dan jurang Kurile. LIPATAN KERAK BUMI Bentuk alunan yang terdapat pada batuan kerak bumi. Kebanyakkan lipatan berlaku pada batuan yang berlapis-lapis atau batuan mendak. Namun begitu, kumpulan batu lain seperti batu igneus dan metamorfisme juga boleh mengalami pelipatan. Proses lipatan kerak bumi berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan antara plat-plat tektonik. Semasa plat-plat tektonok bertembung,tolakan mewujudkan asakan plat-plat dari dua hala yang bertentangan yang akan menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat. TEORI PERLUASAN DASAR LAUT Teori ini menyatakan bahawa dasar laut bergerak mendatar ke luar dari retakan yang terdapat di permatang tengah lautan Atlantik. Perluasan

dasar laut berlaku akibat pergerakan arus perolakan dari dalam bumi yang merebak, memisah, dan menolak dasar laut sehingga terbentuknya Permatag Tengah Lautan. PERTEMBUNGAN PLAT proses pertembungan menunjukkan bahawa plat yang lebih tumpat akan bergerak ke bawah manakala plat yang lebih ringan akan terangkat ke atas. PERSELISIHAN PLAT Proses perselisihan melibatkan pergerakan di antara dua plat yang berselisihan secara mendatar dalam arah yang bertentangan. Perselisihan plat akan membentuk sesaran. Sesaran ialah satu rekahan di kerak bumi. PERCAPAHAN PLAT Percapahan plat berlaku apabila kedua-dua plat berpecah dalam arah yang bertentangan kerana adanya kuasa tegangan. ANTIKLIN/LINTAP Lipatan yang melengkung ke atas. Sebuah antiklin yang muda biasanya mempunyai lengan yang condong ke arah yang bertentangan. Selain itu, sebuah antiklin juga sering kali mempunyai geologi atau batuan tua dibahagian tengah lengkungan. SINKLIN Bahagian lipatan yang melendut atau melending ke bawah atau dikenali sebagai lintap lendut. Bertentangan dengan antiklin,sinklin lazimnya dibentuk oleh geologi batuan yang muda dibahagian tengah lengkungan. BANJARAN LINTAP MUNGKUM Banjaran ini merupakan bahagian lintap mungkum yang menonjol keluar dari permukaan bumi disebabkan kekerasan dan ketahanan batubatannya terhadap proses hakisan dan luluhawa. LURAH LINTAP LENDUT Lurah ini merupakan satu lurah besar yang terjadi diantara dua lintap mungkum dan dalam lurah inilah mengalirnya sungai-sungai utama.

BANJARAN HOMOCLINAL Banjaran ini merupakan satu rabung bukit kecil yang berkeadaan tirus, terbentuk pada bahagian tepi lintap mungkum yang telah mengalami proses hakisan di tengahnya. LURAH LINTAP MUNGKUM Merupakan lurah kecil yang terjadi di bahagian puncak lintap mungkum akibat proses hakisan dibahagian tengah puncak lintap mungkum. Di kiri kanannya terdapat banjaran homoclinal. LURAH HOMOCLINAL Lurah ini tebentuk di antara bahagian-bahagian tepi lintap mungkum dan lintap lendut. BANJARAN LINTAP LENDUT Banjaran lintap lendut yang terbentuk pada banjaran gunung lipat berkeadaan keras serta tahan terhadap proses penggondolan dan tertonjol keluar dari permukaan bumi. GELINCIRAN Gelinciran merupakan retakan, rekahan, @ pecahan di kerak bumi ekoran kesan penegangan dan himpitan yang tidak seimbang di kedua-dua belah gelinciran. GELINCIRAN BIASA Gelinciran biasa terjadi akibat kuasa tegangan di kerak bumi. GELINCIRAN RABAK Geliciran rabak terjadi akibat daya tegangan @ mampatan yang melibatkan pergerakan melintang, tanpa ada @ sedikit sahaja perubahan menegak. CERUN GELINCIRAN Cerun gelinciran adalah lereng curam yang telah terbentuk oleh perubahan menegak dari batu-batan di sepanjang gelinciran. LURAH GELINCIRAN Lurah gelinciran merupakan permukaan bumi yang di batasi oleh dua cerun geluncuran dan berada lebih rendah dari kawasan sekitarnya.

GUNUNG BONGKAH Gunung bongkah merupakan dataran tinggi yang terbentuk di antara dua garisan gelinciran yang hampir selari. JURANG Kawasan lautan yang amat dalam yang terbentuk di zon dua plat bertemu @ berlaga. Biasanya, di sebahagian sisinya terdapat lengkong pulau. Jurang lautan yang penting di dunia seperti jurang mariana dekat dengan kepulauan Filipina yang dalamnya lebih kurang 10850 meter. ATAMAN Satu proses di mana kawasan darat menjadi rendah dibandingkan dengan aras laut. Ini mungkin disebabkan oleh gerakan orogenik yang merendahkan kawasan darat @ peningkatan aras laut disebabkan cairan ais berhubung dengan perubahan iklim sedunia. Istilah ini juga boleh digunakan kepada tanah dan dinamakan ataman tanah. Fonemena ini berlaku apabila air bawah tanah dikeluarkan dengan terlampau banyak. Dalam kajicuaca pula istilah ini dikenakan kepada udara yang berat dan stabil yang bergerak dari bahagian tinggi atmosfera turun ke muka bumi akibat dai lencongan udara di lapisan bawah atmosfera. Fonemena ataman udara ini mewujudkan keadaan cuaca yang cerah. GEMPA BUMI Suatu gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila tenaga dilepaskan akibat perselisihan atau geseran plat. Gegaran akn mengeluarkan gelombang seismic yang berbentuk bulatan bermula di pusat gempa tersenut. Gegaran berlaku pada tiga peringkat iaitu gegaran awal,gegaran utama dan gegaran penghujung. Semakin kuat gegaran maka semakin besar gelombang seismic yang dikeluarkan. PAKOLIT Terbentuk aoabila magma membeku di bahagian antiklin @ bahagian dasar sebuag lintap lendut. Bentuk pakolit juga seperti kanta. LAKOLIT

Terbentuk apabila tekanan magma mengangkut lapisan sebelah atasnya menjadi bentuk kubah. Ini bermakna magma tersebut juga akan membeku di dalam lapisan kerak bumi secara kubah. Lakolit ini berbentuk seperti kanta @ dom, bahagian bawahnya rata manakala bahagian atasnya melengkung sebagai kubah. Bahagian tengah lakolit lebih tebal dan semakin menipis di kedua-dua hujungnya. BATOLIT Batolit terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara besar-besaran di dalam lapisan kerak bumi. Komposisi utamanya iaitu batu granit, oleh itu batolit sebenarnya membentuk jisim granit yang besar yang menjadi teras sebuah gunung. KON ABU Kon gunung berapi yang terbentuk dari bahan-bahan abu dan serpihan batu apabila letusan berlaku. KON KOMPOSIT Kon kecil yang terletak di lereng kon gunung berapi utama. Kon komposit ini diwujudkan oleh kerana magma yang dipaksa keluar dapat mengalir melalui lohong-lohong lain yang kecil daripada lohong utama gunung berapi. KRATER Apabila sesebuah gunung berapi meletus maka puncak gunung berapi tersebut akan dihancurkan dan membentuk satu lekukan @ kawah yang besar yang di panggil sebagai krater @ genahar. Saiz krater yang terbentuk bergantung kepada kekuatan letupan gunung berpi berkenaan. Semakin kuat letupan maka semakin luas puncak gunung yang mampu di hancurkan dan kesannya krater yang lebih besar akan terhasil. Apabila magma di dalam lohong gunung berapi itu membeku maka krater @ genahar tersebut boleh menakung air yang akan membentuk krater yang terdapat di puncak gunung. GUNUNG BONGKAH Gunung bongkah merupakan dataran tinggi yang terbentuk di antara dua garisan gelinciran yang hampir selari. PROSES PENGGONDOLAN

Proses penggondolan merupakan proses yang merendahkan permukaan bumi. LAVA Letusan gunung berapi akan mengeluarkan lava. Lava ialah magma yang mengalir keluar dipermukaan bumi. Lava terbahagi kepada dua jenis iaitu lava asid dan lava best. Kedua-dua jenis lava ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza antra satu sama lain. Lava asid mengandungi lebih daripada 70% kandungan silika manakala lava bes pula mengandungi 70% kandungannya terdiri daripada besi dan magnesium kerana ia dibentuk oleh batuan basalt. LAVA Lava pekat yang di keluarkan di muka bumi akan menjadi beku dan di luluhawa. Lama-kelamaan ianya akan menjadi berpecah untuk menghasilkan satu longgokan batu yang mempunyai permukaan yang bergerigi. Longgokan ini di namakan aa dalam bahasa hawaii. LAVA BES Lava igneus yang di curahkan ke muka bumi dan yang kaya dengan kandungan mineral besi, magnesium dan lain-lain logam tetapi kurang kandunagan silika. Oleh sebab kandungannya, ia senang menjadi lebur apabila di panaskan dan boleh mengalir jauh sebelum membeku. Lava bes ini selalu berkaitan dengan aktiviti gunung berapi tanpa letupan dan bentuk muka bumi yang di hasilakan ialah bentuk kubah datar @ dataran tinggi. LAVA PAHOEHO Lava beku yang mempunyai bentuk serupa dengan tali yang berbelit-belit LAVA BANTAL Lava yang di keluarkan ke dalam air dan oleh sebab pembekuan yang cepat, lava membentuk bantal yang bersusun tinggi. ABU GUNUNG BERAPI Serpihan dari letusan gunung berapi yang sebesar 0.5-2.5 cm garis pusat BOM GUNUNG BERAPI

Apabila gunung berapi meletus, lava terlontar ke udara dan sebelum jatuh ke muka bumi akan membentuk batu bukat bujur. Batu-batu ini di gelarkan bom gunung berapi dan termasul dalam istilah batuan piroklas. LETUPAN ICELAND Letupan ini di kenali sebagai letusan rekahan, letusan melalui rekahan adalah penting di mana lava basalt yang di luahkan itu mengalir mudahnya srperti air yang menghasilkan dataran lava yang mendatar ke luar. Magma jenis basalt yang keluar, tidak likat, nipis dan membentuk permukaan yang hampir rata. Letusan ini adalah kecil dan senyap. Letupan iceland yang berulang-ulang secara besar-besaran menghasilkan plateu basalt yang besar, luahan yang terbesar dalam sejarah berlaku di kaki, iceland pada tahun 1783. LETUPAN HAWAII Jenis letusan yang paling popular, bahan yang paling banyak keluar adalah lava bes yang cair. Lava ini di tolak keluar dalam bentuk pecutan sebagai (bom percikan api) dan jatuh semula menghasilkan kon percikan. Lava jenis ini bersifat nipis dan jika ia mengalir maka alirannya adalah jauh sebelummembeku. LETUPAN STROMBOLI Letusan sederhana dan berterusan. Lava yang telah membeku di hambur keluar dalam bentuk ketul-ketulan. Jarak antara letusan-letusan mengambil masa beberapa minit sahaja. LETUSAN VULCAN Lavanya lebih likat dan membeku dengan cepat. Kesannya lebih kuat dan jarak antara letusan mengambil masa yang lebih lama, semasa letusan, cara yang likat akan berkecai menjadi bahan-bahan yang lebih kecil. LETUSAN VESIVIUS Letusannya lebih kuat dan menghamburkan keluar magma dengan banyak. Letusan yang kuat ini disebabkan oleh pengumpulan dan tekanan gas yang kuat sebelum lava keluar, magma yang terpancut keluar hingga beratus-ratus meter tingginya. LETUSAN PLINY

Banyak mengeluarkan bahan piroklas yang terdiri daripda bongkah dan serpihan batu. Letusannya lebih kuat berbanding dengan vesivius. Letusan sedikit sahaja debu dan lava. LETUSAN PELEE Mempunyai lava yang sangat likat dan letupan yang sangat kuat. Lava yang keluar tidak terhambur sebaliknya mengalir @ meleleh di sepanjang rekahan dan alur-alur yang terdapat di dinding gunung berapi tersebut. GUNUNG BERAPI MATI Gunung berapi yang selalu meletus dan sangat aktif. GUNUNG BERAPI HIDUP Gunung berapi yang pernah meletus dan akan meletus lagi pada tahun hadapan.

GONDOLAN Pemecahan batuan secara mekanik @ kimia oleh agen-agen luluhawa @ hakisan dengan tujuan merendahkan semua bentuk bumi yang lebih tinggi dari aras dasar sesuatu kawasan. Istilah ini mempunyai makna yang meluas meliputi luluhawa, hakisan permukaan bumi, hakisan saluran, gerakan jisim tanah dan resapan keluar mekanik. Sungguhpun semua proses ini berlaku di suatu tempat yang mempunyai iklim tertentu, Cuma satu atau dua proses sahaja yang lebih pentingdari yang lain. PALAM LAVA Hakisan di kawasan mulut gunung berapi menghasilkan atau mendedahkan batang lava yang keras. Sebenarnya batu keras ini adalah mulut gunung berapi di mana lava melaluinya keluar ke muka bumi. Bentuk bumi ini dinamakan palam lava. Ianya berbentuk silinder adalah satu igneus jalar dalam. LOHONG Lubang yang menghubungi kamar magma di dalam kerak bumi dengan permukaan bumi. Melalui lohong inilah magma dikeluarkan sebagai lava ke muka bumi. Hakisan

Proses penghausan yg dialami oleh bumi skibat tindakan agen2 yg bergerak seperti air, aingin & ombak. Luluhawa Satu proses penyepaian, pereputan, & pemecahan batuan kpd kumin2 yg lebih kecil di lapisan kerak bumi. Proses ini berlaku secara insitu iaitu tidak melibatkan sebarang pemindahan atau pengangkutan hasilan yg terluluh. LULUHAWA KIMIA Semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila minerral batuan tersebut bertindak balas dengan air,asid,ion,dan larutan-larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari peringkat primer kepada peringkat sekunder. Seterusnya,batuan tersebut mengalami susutan,semakin mengecil dan menghasilkan bahan-bahan baru yang sama sekali berbeza dengan batuan yang asal seperti kejadian tanah leterit, tanah liat dan lain-lain. Luluhawa ini amat berkesan di kawasan tropika lembap. Ini boleh dibuktik melalui kewujudan lapisan regolit yang terhasil atau lebih dikenali sebagai zon terluluhawa.

Luluhawa Mekanikal/Fizikal Pemecahan batuan secara fizikal oleh agen2 luluhawa seperti perbezaan suhu yg besar(sinaran matahari), kekeringan & kelembapan(hujan), perubahan tekanan(berkesan di kawasan gurun) dan ibun(di kawasan beriklim sejuk sederhana/puncak gunung). Proses ini hanya melibatkan pemecahan yg mengubah sifat bentuk fizikal batuan sahaja tanpa mengubah sebarang isi kandungan kimia batuan. Luluhawa Organik/Biologi Pemecahan batu-batuan akibat dari tindakan tumbuh-tumbuhan & haiwan. Biotik Benda hidup dalam sesuatu ekosistem yg mengorek lubang untuk perlindungan @ mencari akan melonggar & meronggakan batuan.

LARUTAN Proses asas dalam luluhawa dalaman akibat daripada tindakan air hujan atau air larian yang bertindak sebagai pelarut. Air berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum dan kalsium karbonat (batu kapur) menjadi hasil larutan. Kuantiti hasil larutan ini bergantung kepada kuantiti air yang ada dan kadar kelarutan seperti mineral yang membentuk batu.Contohnya,kalsium natrium dan magnesium mempunyai kadar kelarutan yang tinggi yang lebih tinggi berbanding dengan silika dan seskuiokssida. Oleh sebab itu,ia mudah dilarut dan tersingkir daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan. PENGKARBONAN Sebarang tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu kapur). Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida di udara membentuk asid karbonik. PROSES HIDROLISIS Merupakan tidak balas antara ion hidrogen (H+) atau ion hidroksil (OH-) dengan ion mineral pembentuk batuan sehingga menyebabkan terhasil satu sebatian dan mineral yang berlainan. Proses ini bertanggungjawab menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral peringkat kedua) yang berlainan sama sekali dengan sifat mineral asalnya. Ion hidrogen atau ion hidroksi yang menjadi agen peluluh ini dibekalkan oleh air hujan. PROSES PENGHIDRATAN/HIDRASI Sebarang penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami tegasan dan pengembangan. Contohnya,besi oksida,ferum oksida menyerap air menjadi besi hidroksida (ferum hidroksida). PROSES CHELASI Proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasiyang dikeluarkan oleh tumbuhan dengan ion mineral dalam batuan seperti ion ferum. Pembendungan ini menyebabkan batuan mengalami tegasan dan mengembang. Agen-agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhanyang hidup dipermukaan batuan seperti lumut dan kulampair.

DAYA TEGASAN Daya yang dikenakan ke atas satu unit keluasan seperti dinding-dinding rekahan sehingga dinding tersebut mengalami ketegangan dan akhirnya penyepaian berlaku ke atas rekahan betuan berkenaan. PENGHABLURAN GARAM Proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam didalam rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan. Kadar sejatan yang tinggi akibat cuaca panas yang melampau khususnya dikawasan gurun panas mampu menarik garam-garam gakian dari dalam bumi naik ke permukaan melalui daya tarikan kapilasri. Garam-garam galian yang naik ke permukaan bumi ini adalah dalam bentuk larutan. TINDAKAN IBUN/FROS Berlaku di kawasan sederhana dunia dan juga dikawasan pergunungan tinggi yang mengalami kejatuhan suhu di bawah takat beku. Kawasan iklim sederhana mengalami empat musim yang nyata. Pada musim sejuk,kerpasan seperti salji atau fros akan memasuki rekahan batuan dan membeku didalamnya. LULUHAWA DALAM Luluhawa kimia yang berlaku di kawasan dalam tanah. Tanah-tanih yang telap air dan peroi membenarkan air hujan meresap ke kawasan yang dalam. Masa perjalanannya melalui bahan organik, air ini akan menjadi asid lemah yang akan bertindak di atas teras batu dan batu hampar di kawasan tepu. Proses ini sering berlaku di kawasan tropika lembab dimana jumlah hujan tahunan adalah besar. Proses ini juga akan berlaku jika LULUHAWA ORGANIK / BIOLOGI Berlaku disebabkan oleh benda-benda hidup sama ada tumbuh-tumbuhan @ haiwan. Namun tidak dapat di tentukan bertapa banyaknya kerja mekanika yang boleh dilakukan oleh akar yang sedang membesar. Menurut Birot (1966) akar yang lebar 10 cm dan panjangnya 1 meter boleh menggerakkan 1 bongkah yang beratnya 10 tan. Akar2 tumbuh melalui rekahan-rekahan dalam batu @ antara di antara bulder, dengan itu retakan mungkin membesar @ bulder yang terletak dekat @ mungkin terpisah jauh.

Haiwan yang mengorek lubang di tanah seperti tupai. Sumbangan haiwan terhadap luluhawa yang lebih penting ialah percampuran bahan-bahan dalam tanah yang berulang-ulang.dengan cara ini batu baru didedahkan kepada agen luluhawa. Bahan organik dibawa kebawah ini membantu pengluluhawaan kimia di lapisan bawah. Regolit Bahan2 batu yg terluluhawa & bersifat berderai yg diperoleh di atas permukaan batu hampar atau bahan asasnya. Rekahan Rekahan atau retakan yg didapati dalam batu akibat dari tegangan. PERGERAKAN JISIM Pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti. Untuk membolehkan proses ini berlaku ia memerlukan regolit yang longgar,permukaan bercerun (sama ada landai atau curam),daya kejeletakan tanh yang semakin kurang,kehadiran pelincir seperti air hujan dan cairan ais juga. Gerakan ini dikenali sebagai proses peralihan antara luluhawa dan pemendapan. Semasa regolit itu bergerak ke bawah,ada yang bergerak secara perlahan,secara cepat dan serta-merta. GELUNCURAN Pergerakan tanah-tanih,regolit,dan bongkah batuan secara besar-besaran di cerun-cerun yang curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku secara tiba-tiba dan lebih cepat berbanding dengan proses dalam aliran cepat. ROBOHAN Sejenis geluncuran yang melibatkan pergerakan bongkah batuan di suatu cerun curam yang berbentuk cekung seperti cerun-cerun gunung atau bukit.

GELUNCURAN PUIN Pergerakan serpihan batuan di suatu cerun curam. Pergerakan ini biasanya mengangkut regolit yang kurang padat dan lebih kering. RUNTUHAN

Pergerakan regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam dan ada kalanya tegak(90°) seperti di tebing tinggi, bahu2 bukit yang telah ditarah dan dipotong untuk dibina jalan raya atau dilereng-lereng bukit yang telah ditereskan dan dipotong untuk didirikan kondominium dan lain2. Di kawasan tropika lembap fenomena runtuhan yang paling popular ialah kejadian tanh runtuh,runtuhan batu,dan juga runtuhan tebing. HAKISAN Proses penghausan atau pengukiran permukaan bumi oleh agen-agen yang bergerak seperti air mengalir,titisan hujan,angin,glasier,dan ombak. Hakisan berlaku dengan adanya tenaga kinetik dan bahan yang dibawa oleh agen yang bergerakseperti pasir,kelikir,batu tongkol dll yang berfungsi sebagai alat penghakis. Pada amnya terdapat 2 konsep hakisan yang harus dibezakan antara satu sama lain iaitu hakisan geologi dan hakisan tanih. Hakisan geologi ialah proses hakisan yang berlaku di bawah keadaan semula jadi. GALUR 1 unit alur yang paling kecil terbentukdi atas permukaan cerun dan ia bersifat sementara. Galur yang dibentuk oleh 1 hujan lebat seringkali terhapus oleh hujan lebat berikutnya. Kewujudan gegalur ini berubahubah dr semasa ke semasa. Satu contoh gegalur yang mudah dikenali ialah di tepi cerun bukit yang sudah dipotong dan ditarah oleh manusia seperti di tepi lebuh raya. Di dalam gegalur inilah berlakunya hakisan larian air permukaan khususnya ketika air bergerak menuruni cerun-cerun bukit tersebut. GALIR Alur2 air yang kekal ,bertebing curam dan berisi air semasa hujan lebat. Ia juga bermaksud alur2 yang menjadi tempat ai mengalir. Alur2 ini lebih besardaripada gegalur dan biasanya kekal dalam jangka masa yang lama. Jesteru itu,hakisan galir juga boleh disamakan sebagai hakisan sungai.

LARIAN AIR PERMUKAAN (run-off) Dikenali sebagai larian Horton. Mengikut Horton,hakisan larian air permukaan merupakan hakisan yang dihasilkan daripada baki air yang

tinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara,yang meresap ke dalam bumi dan juga yang diinginkan oleh tumbuh-tumbuhan selepas kerpasan (hujan) berlaku. Secara formula,ia adalah seperti berikut: Larian air permukaan = jumlah hujan-(sejatan+susupan+air yang diinginkan oleh tumbuh-tumbuhan). Oleh sebab itu,baki air yang tertinggal di permukaan ini mempunyai kuasa untuk menghakis,menghaus,memusnahkan partikel-partikel tanah di atas permukaan cerun dan seterusnya mengangkut menuruni ceruncerun tersebut ke kawasan yang lebih rendah sebelum dimendapkan. TINDAKAN HIDRAULIK Tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dlam alur2 sungai itu sendiri tanpa melibatkan bahan yang dibawa. Kuasa air itu wujud akibat hampasan atau rempuhan aliran sungai ke atas struktur batuan yang lemah seperti struktur rekahan dan ke atas batuan lembut. HAKISAN GESERAN/LELASAN Proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai apabila bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai seperti pasir,kerikil,batu tongkol bergeser debgan tebing dan dasar alur sungai berkenaan. Daya geseran yang wujud akibat aliran sungai ini memangkinkan proses penghausan dialami oleh tebing dan dasar alur sungai atau oleh bahanbahan yang di bawa oleh sungai berkenaan. Keadaan ini bergantung kepada kekerasan bahan yang dibawa relatif dgn geologi tebing dan dasar sungai tersebut. HAKISAN LAGAAN Pelanggaran diantara bahan-bahan yang di bawa oleh air sungai dengan tebing dan dasr alur sungai atau pelanggaran sesama bahan itu sendiri. Pelanggaran ini menyebabkan wujudnya momentum dan akhirnya bahanbahan yang dibawa oleh sungai menjadi semakin kecil atau dinding atau dasar alur sungai mengalami retakan bergantunglah kepada keras lembut bahan yang dibawa. Kekuatan proses ini amat bergantung kepada had laju arus sungai yang mampu menyentak dan melantun (seltasi) bahanbahan yang dibawa sehingga berlakunya lagaan.

HAKISAN LARUTAN Tindak balas secar kimia antara air sungai dengan mineral geologi yang membentuk tebing dan alur sungai. Jika batuan tebing dan dasar alur sungai terdiri daripada geologi yang lembut seperti batu kapur, gipsum,dan dolomit maka ia mudah mengalami larutan. Air sungai bertindak sebagai pelarut akan melarutkan mineral2 batuan dan di alirkan bersama-sama dengan aliran sungai. Proses ini menyebabkan struktur dan tekstur batuan tebing dan dasar alur sungai menjadi longgar dan tidak stabil seterusnya mudah runtuh. PENGANGKUTAN SUNGAI Satu proses pemindahan. Dalam hal ini,bahan2 yang di dalam alur sungai atau muatan sungai akan dipindahkan dr hulu ke hilir akan serentak dengan aliran sungai tersebut. Proses pengangkutan ini dipengaruhi oleh tenaga kinetik arus sungai itu sendiri. Sungai memperoleh beban atau muatannya bukan sahaja daripada hakisan di bahagian tebing dan dasar alur sungai tetapi bahan-bahan yang diangkut oleh air sungai itu juga disumbangkan oleh proses luluhawa cerun,hakisan larian air permukaan dan gerakan jisim yang berlaku dibahagian cerun atas sungai. PANTAI Zon yang terletak diantara tikas air pasang dan tikas air surut ombak. Secara khususnya pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang paroi seperti pasir, kulit-kulit kerang dan siput,lumpur dan kelodak yang berasal dari laut atau sungai. Di antara contoh-contoh pantai berpasir yang bersih dan indah adalah seperti pantai di Pulau Langkawi,pantai Mersing di Johor,Pantai Cherating di Pahang,Pantai Batu Buruk di Terengganu. LEMBANGAN SALIRAN Lembangan saliran meliputi kawasan tadahan air yang disaliri oleh sesuatu sistem sungai. ORDER SUNGAI Merupakan sistem susunan cawangan-cawangan sungai yang bermula dengan cawangan paling kecil kepada cawangan yang utama. PROFIL PANJANG SUNGAI

Merujuk kepada kawasan sungai yang bermula di tanah tinggi hinggalah ke laut.

PROFIL RENTAS SUNGAI Merupakan gambaran bentuk lembah sungai dari satu tebing, dimanamana bahagian sungai. SALIRAN BENTUK RANTING Saliran ini biasanya terbentuk di kawasan batuan mendak yang mempunyai kadar kekerasan batuan yang agak sama. SALIRAN BENTUK JEJALA Saliran ini mempunyai anak-anak sungai dan cawangan sungai yang bersudut hampir tepat dengan sungai utamanya. SALIRAN BENTUK BERBIRAL Pila saliran ini biasanya terdapat di sekitar kawasan gunung berapi yang mempunyai struktur batuan keras jenis igneus. SALIRAN BENTUK SEPUNCA Saliran bentuk sepunca terbentuk apabila sungai mengalir keluar ke satu kawasan pergunungan berbentuk dan terutamanya di kawasan gunung berapi. SALIRAN BENTUK SEPUSAT Terbentuk oleh sungai yang mengalir ke arah satu lembangan yang mengandungi tasik @ sungai besar. HAKISAN Hakisan merupakan proses penggondolan dan kikisan yang di alami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak. HAKISAN PERCIKAN Jenis hakisan ini sangat berkesan di kawasan yang terdedah dan lapisan tanah yang kering.

HAKISAN KEPINGAN Air larian permukaan ini akan menghasilkan kepingan. Ahli Geomorfologi berpendapat bahawa lebih kurang 35%-40% daripada jumlah kerpasan yang turun mengalir sebagai air larian permukaan. Air larian permukaan ini berupaya menghakis lapisan tanah di permukaan lalu mengangkut butiran yang halus yang terdapat di permukaan tanih. JURANG DAN GAUNG Merupakan lurah yang dalam, sempit dan bertebing awam @ tegak. Jurang terbentuk disebabkan oleh hakisan mendalam sumngsi. TAWANAN SUNGAI Berlaku apabila terdapat dua batang sungai yang mengalir selari dan mempunyai alur yang berbeza saiz dan melibatkan 2 legeh yang berasingan. JERAM Jeram terjadi apabila air sungai mengalir di kawsan yang mempunyai batuan yang tersusun secara menegak serta berselang-seli di antara batuan keras dengan batuan lembut. AIR TERJUN Air terjun terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun dalam keadaan mendatar antara batuan keras dengan batuan lembut. Lapisan lembut yang lemah ikatannya kurang mampat dan rendah kadarnya penyimenanya akan dihakis dengan pesat bagi membina dasar sungai yang tegak @ cekung ke dalam. LUBUK Tindakan air sungai yang berpusar dan mengorek serta meleleskan dasar sungai terutamanya pada dasar air terjun menyebabkan terbentuknya lubuk air terjun. Proses hakisan hempasan dari air terjun yang kuat menyebabkan hakisan dasar yang amat berkesan sehingga membentuk lekukan yang dalam di kaki air terjun yang di namakan lubuk air terjun. SUSUH BUKIT BERPANCA

Merupakan susuh bukit yang menganjur ke lurah sungai dari kedua-dua tebing sungai. Lurah sungai di sini berbentuk V kerana sungai mengalir dengan mengelak susuh berpunca. Susuh bukit berpanca terdapat di kawasan yang terdiri daripada batuan keras dan batuan lembut. LUBANG PERIUK Air yang berpusar dan dengan batuan batu yang di angkut boleh mengorek dasar sungai sehingga membentuk lekukan yang dikenali sebagai lubang periuk @ lubuk sungai. LIKUAN SUNGAI Terbentuk di kawasan sungai apabila aliran sungai menjadi perlahan. Aliran sungai yang perlahan menggalakkan proses hakisan dan pemendapan di kawasan likuan sungai. PENGANGKUTAN SUNGAI Penagangkutan sungai merupakan satu proses pemindahan. Dalam hal ini, bahan-bahan yang ada di dalam alur sungai @ muatan sungai akan dipindahkan dari hulu ke hilirnyaserentak dengan aliran sungai tersebut. PANTAI @ ZON LITORAL Bermaksud kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak iaitu pantai belakang, pantai hadapan dan juga perairan pinggir pantai iaitu bahagian pantai yang terdedah antara tikas air pasang hingga tikas surut. OMBAK PEMBINA Ombak pembina akan mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai membentuk jaluran pantai yang lebar. Sejenis ombak panjang yang rendah dengan selang masa kejadian antara 8-10 saat dan kekerapan antara 6-10 kali dalam seminit. Ia merupakan gelombang limpah yang mempunyai damparan yang kuat tetapi larutannya adalah lemah. Jesteru itu, ombak pembina mempunyai keupayaan untuk membawa dan menyebarkan bahan ke atas pantai dengan banyak tetapi membawa balik semasa larutannya adalah sedikit sahaja. Kesannya kadar pemendapan oleh ombak pembina adalah tinggi berbanding dengan kadar hakisannya. Ombak ini lazimnya berrbentuk wujud ketika laut tenang dengan tiupan angin lazim yang lemah.

OMBAK PEMBINASA Ombak pembinasa pula akan menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yang dibina oleh ombak pembina. Sejenis ombak pendek yang lebih tinggi dengan selang masa 4-5 saat dan kekerapannya antara 12-15 kali seminit. Ia merupakan gelombang junam yang mempunyai damparan yang perlahan tetapi membawa balik dengan banyak bahan pantai kembali semula ke laut semasa lurutannya berbanding dengan keupayaan untuk mengangkut dan melemparkan mutan ombak ke atas pantai. Kesannya ombak ini lebih banyak menghakis daripada memendap. Fenomena ombak pembinasa lazimnya berlaku semasa ribut atau musim tengkujuh. ARUS LAUTAN Air laut bergerak dalam dua cara iaitu secara menegak dari permukaan laut ke bawah @ ke atas secara mendatar di permukaan lautan sebagai arus lautan. Terdapat 2 jenis arus lautan iaitu arus panas lautan dan arus sejuk lautan. ARUS PANAS LAUTAN Arus panas lautan ialah arus lautan dari khatulistiwa yang bergerak ke kutub. ARUS SEJUK LAUTAN Arus sejuk lautan ialah arus dari kutub ke khatulistiwa. HANYUTAN PESISIR PANTAI Merupakan arus pesisir pantai yang bertemu dengan ombak yang datang secara menyerong @ hampir selari dengan pantai. TANJUNG DAN TELUK Tanjung dan teluk terbentuk secara serentak di kawasan yang pinggir pantainya mempunyai susunan batuan berselang seli antara batuan lembut dengan batuan keras. Ombak akan menghakis bahagian batuan yang lembutdan melengkok ke daratan. Bahagian ini disebut teluk. Bahagian batu keras yang lebih sukar dihakis akan tertinggal dan menganjur ke laut lalu membentuk tanjung.

GUA Gua terbentuk akibat hakisan ombak secara hidraul dan lelaaan terhadap cenuram yang mempunyai banyak rekahan. Gua biasanya terbentuk di kawasan pantai batu kapur kerana batu kapur merupakan jenis batuan yang senang dilarutkan oleh air. LOHONG OMBAK / GLOUP DAN GEO Kuasa tekanan ombak yang kuat kedalam lubang batu gua itu kuat, menyebabkan air di dalamnya terhimpit. Keadaan ini menyebabkannya mencari jalan keluar melalui batuan lembut di sebelah atas gua itu. Batuan lembut ini yang mudah dilarutkan akan runtuh sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan membentuk lubang yang menyebabkan air laut akan memancut keluar keatas. Lubang ini dinamakan lohong ombak.

GERBANG LAUT Terbentuk akibat hakisan ombak secara hidraul dan lelasan ke atas dua buah gua yang bergabung dan terletak secara bertentangan di atas sebuah tanjung. BATU TUNGGUL DAN TUNGGUL SISA Terbentuk hasil daripada runtuhan bumbung gerbang laut pada awalnya berasal dari proses pembentukan gua. Disebabkan kuasa hakisan laut yang berterusan dan melalui proses luluhawa, bumbung gerbang laut itu akan runtuh membentuk batu tunggul. Batu tunggul yang terdedah secara berterusan terhadap terhadap hakisan ombak yang membentuk tunggul sisa. PEMENDAPAN OMBAK Berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung, halaju ombaknya berkurangan kerana angin yang bertiup adalah lemah. PANTAI Pantai merupakan timbunan bahan dan hakisan seperti pasir, kelodak sepihan, batu lada, lumpur, cengkerang, batu karang dan lain-lainnya disepanjang pinggir laut yang membentuk satu pentas.

BETING PASIR Beting pasir terdiri dari bahan pasir, batu kelikir, @pun batu tongkol yang berkeadaan selari dengan pinggir pantai @pun bersudut tepat dengannya. TOMBOLO Tombolo merupakan beting pasir yang menghubungkan sebuah pulau ke tanah besarnya @ antara pulau-pulau Tombolo wujud hasil pemendapan ombak yang terbiar di sekitar pulau sehingga menyebabkan bahagian belakang pulau terlindung dari tindakan ombak. ANAK TANJUNG Anak tanjung terbentuk hasil peninbunan ombak dan arus pesisir pantai. Anak tanjung menyerupai beting tapi salah satu daripada hujungnya bersambung dengan daratan dan hujung yang lagi satu melengkung dan menganjur ke laut.

ANAK TELUK Akibat daripada hakisan ombak yang berterusan terhadap bumbung gua. Lama-kelamaan bumbung gua yang terdedah pada hakisan ini akan runtuh dan membentuk satu serokan yang panjang dan sempit lalu menyebabkan air laut memasuki bahagian dalam cenuram. BETING PASIR Semua bentuk permatang pasir dan batu kerikil yang ditimbunkan oleh ombak di pinggir laut. Beting pasir terdiri daripada beberapa jenis seperti beting pasir5 luar pantai,beting pasir muka teluk dan juga tembolo. LEGEH Satu garisan yang menjadi pemisah aliran air antara sistem sungai atau lembangan. Ia terbentuk di sepanjang rabung banjaran gunung atau tanah tinggi antara sistem-sistem sungai tersebut. TINDAKAN HIDRAUL

Proses penyerbuan dan hempasan air sungai yang mengalir ke dalam struktur batuan yang lemah seperti rekahan dan lubang di tebing dan dasar sungai yang dipengaruhi oleh had laju air mengalir. Impak hidraul ini hanya boleh menghakis lanar yang kurang mampat seperti pasir,kelodak,batu kelikir dan batu liat. ZON LITORA Kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak. Ia meliputi kawasan pantai,pantai belakang,pantai hadapan dan pengairan pinggir pantai. Mengikut H.D.Tjia dalam bukunya ’Geomorfology’, zon litoral bermula daripada berm (bahagian atas pantai) hingga kepada tikas air surut. LEMBANGAN SALIRAN Meliputi 1 kawasan tadahan air bagi sesebuah sistem sungai. Sesebuah lembangan saliran mempunyai unsur-unsur berikut. Pertama,mempunyai legeh iaitu satu garis sempadan yang memisahkan sesebuah lembangan saliran dengan lembangan saliran yang lain. Kedua, mempunyai rangkaian alur-alur sungai yang terdiri daripada sungai induk dan cawangannya. Ketiga, sesebuah lembangan saliran mempunyai kawasan luahannya sendiri yang biasanya berakhir di laut atau dalam sesebuah tasik

TASIK LADAM Biasanya terbentuk di peringkat hilir sungai dan dijelaskan melalui 3 peringkat (1,hakisan sungai lebih giat berlaku di tebing luar likuan sungai berbanding di tebing dalam, 2, hakisan berterusan di lengkuk liku,3,peredaran masa yang berterusan akan menyebabkan proses pemendapan berlaku. DATARAN BANJIR Bahan yang di bawa oleh sungai akan dimendapkan di dalam alur sungai, sungai akan melimpah keluar jika keadaan ini terus berlaku menyebabkan bahan yang di mendapkan akan bertambah dan lama kelamaan menbentuk tebing yang lebih tinggi dari dataran mendap.

TETAMBAK Terbentuk hasil limpahan beban sungai ke tebing semasa kejadian banjir yang berulang, bahan yang dimendapkan akan bertambah dan lama kelamaan membentuk tebing yang lebih tinggi dari dataran mendap DELTA Merupakan hasil pemendapan bahan beban sungai terutamanya tanih lanar aluvium dan terbentuk di muara sungai disebabkan halaju arus sungai yang perlahan akibat pertembungan dengan arus laut cth (delta kipas (arcuate), delta kaki,delta burung, delta muara , dan delta bucu (cuspate). OMBAK Terdiri daripada 2 jenis iaitu ombak iaitu ombak pembinasa dan ombak pembina, air yang menyerbu ke pantai dinamakan damparan (swash) dan air ini mengalir ke laut seperti larutan / ombak undur (backswash). ARUS LAUTAN Terdiri daripada arus lautan pesisir pantai dan arus lautan pembalik dasar dan bergerak dalam 2 cara secara menegak dari permukaan laut ke bawah ke atas dan secara mendatar di permukaan laut. Terdapat 2 jenis arus iaitu arus panas lautan ( dari khatulistiwa).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful