You are on page 1of 18

AZLINA BINTI ISMAIL

800206025322

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 3103
GAYA HIDUP SIHAT

NAMA : AZLINA BINTI ISMAIL
NO KAD MATRIK: 800206025322001
NO K/P: 800206025322
NO TELEFON: 0125415059
E-MAIL: jyeina51@yahoo.com

TUTOR : EN NAZRI BIN BEDIN
PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI LEARNING CENTRE,KEDAH

SEMESTER: JANUARI 2015

1 PENGENALAN 1. 3. 4.TEKS CERAMAH 1.3 KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN 1.5 PENUTUP 2. saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk . TEKS CERAMAH 1. tuan pengerusi majlis.1 PENGENALAN Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan.4 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN MENGATASI MASALAH JEREBU 1. Pada kesempatan ini.AZLINA BINTI ISMAIL ISI KANDUNGAN 1.2 PUNCA-PUNCA JEREBU 1. para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. PERSEMBAHAN POWER POINT REFLEKSI ARTIKEL RUJUKAN LAMPIRAN 800206025322 M/S 1 2-3 4-5 6-7 8 9-13 14-15 1. 5.

ini kerana kesan daripada jerebu telah mengurangkan kualiti kesihatan manusia terutama kanak-kanak dan orang tua.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 menyampaikan ceramah pada pagi yang berbahagia ini. Dengan itu. pelbagai usaha perlu diambil bagi mengatasi masalah ini yang semakin hari semakin meruncing serta menjadi wacana utama perdebatan di kalangan masyarakat pada masa kini. Puan dan hadirin sekalian. jerebu merupakan satu fenomena yang amat merunsingkan pada masa kini. keadaan ini akan mengurangkan jarak pandangan mata kasar manusia. keadaan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi dan pertumbuhan negara malahan turut mengganggu kesihatan manusia. 1. Malahan isu ini menjadi perhatian yang serius bagi seluruh masyarakat dunia. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini adalah berkaitan dengan jerebu. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran matahari ke bumi. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu adalah disebabkan partikulat-partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Jerebu bolehlah diertikan sebagai kehadiran bahan asing dalam udara selain daripada kandungan udara yang tulen dan bersih yang boleh membawa kesan kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.2 PUNCA-PUNCA JEREBU Sebagaimana yang diketahui jerebu yang kelihatan di ruang udara adalah disebabkan oleh zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Isu jerebu pada masa kini sudah tidak menjadi fenomena yang asing lagi di mata dunia. Ini kerana. Tuan. Malahan punca utama jerebu adalah pencemaran udara yang terhasil daripada bahan . Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid sekalian. Justeru. Oleh yang demikian . Di samping menjejaskan kegiatan harian manusia tidak kira dari segi ekonomi. kesihatan dan aktivivi sosial manusia serta tumbuhan dan haiwan.

Ini kerana. Saiz jisim yang dibebaskan adalah berbeza dari batu besar ke zarah seni dan boleh terampai dalam udara. Di mana letupan dan luahan gunung berapi ini mengeluarkan habuk dan asap yang tebal dari dalam gunung berapi ke atmosfera. Letusan gunung berapi ini telah menghasilkan pelbagai bahan pencemar dan gas serta debu. Debu dan gas yang dilepaskan semasa letusan gunung berapi boleh mencapai ketinggian melebihi 30km ke atmosfera. Tahap pencemaran akan menjadi semakin teruk jika berlaku pertambahan bilangan kenderaan di kawasan bandar dan sikap pemandu yang gemar menggunakan minyak diesel yang lebih murah. Indonesia 1963 yang telah banyak mengeluarkan habuk dengan gas ke dalam udara. Pelepasan dan pengumpulan asap kenderaan secara berlebihan di bahagian bawah lapisan udara memberi kesan ketara ke atas kualiti udara. Keadaan ini akan menyebabkan kualiti udara akan terjejas dan mengakibatkan jerebu bagi negara yang berada di sekitarnya. dengan pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya dan juga penggunaan enjin kenderaan yang tidak mengikut piawaian pelepasan asap yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar turut menjadi isu kepada permasalahan ini. Ini adalah disebabkan kenderaan bergerak merupakan penyumbang utama pencemaran udara di kawasan bandar. Contohnya. pembangunan tanah dan pembinaan turut menjadi salah satu faktor penyumbang aktiviti manusia yang mengakibatkan jerebu. . Selain itu. letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali. pelepasan asap daripada kenderaan bermotor turut menjadi punca kepada fenomena jerebu ini.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 pencemar buatan manusia yang terdiri daripada penebangan dan pembakaran hutan secara terbuka. Sebuah kereta diesel akan menyumbang kekotoran udara bersamaan dengan tiga buah kereta yang menggunakan petrol. Ini dapat dilihat dengan jelas kejadian penebangan dan pembakaran terbuka di Indonesia oleh pekerja ladang kelapa sawit yang seterusnya mengakibatkan jerebu di sekitar Selatan Malaysia dan Singapura. Ini kerana pembersihan kawasan pembinaan oleh jentera-jentera berat menyebabkan habuk dan debu berterbangan di udara dan mengganggu ketulenan kualiti udara yang seterusnya terjadilah percampuran bahan asing di dalam udara mengakibatkan terjadinya jerebu. Dengan ini. Dalam pada itu juga. letupan gunung berapi merupakan salah satu punca terjadinya jerebu. Seterusnya punca kedua adalah pencemaran udara secara semulajadi iaitu letupan dan luahan gunung berapi.

Bilangan punca pegun telah bertambah dan secara tidak langsung berlaku juga pertambahan dalam pelepasan asap. Pelepasan bendasing ke udara ini berlaku daripada proses-proses industri melalui cerobong. sulfur dioksida. nitrogen dan lain-lain ke atmosfera. kulit-kulit kayu dan serpihan kayu akan menghasilkan karbon monoksida. contohnya seperti sawah padi. Sumber pencemaran industri juga merangkumi plumbun.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 Punca jerebu yang keempat adalah pelepasan daripada industri seperti kilang dan juga kuari tanah. nitrogen dioksida. sulfur dioksida. ozon. Ini terjadi pada musim pembersihan kawasan sawah padi dengan membakar jerami secara terbuka dan tanpa pengawasan. w arga t u a d a n j u g a k e p a d a m e r e k a y a n g .k a n a k . Ini kerana kebanyakkan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia tidak mempunyai sistem pelupusan sampah atau bahan pepejal yang lain secara mesra alam dan yang tidak melibatkan pembakaran. florida dan lain-lain. industri petrokimia dan industri kuari. raksa. Dengan demikian. sulfur. 1. Penyumbang jerebu yang terakhir ialah pembakaran terbuka di tapak-tapak pelupusan sampah dan pembersihan tanah serta pembakaran sisa-sisa pertanian secara terbuka. nitrogen oksida di samping debu dan habuk yang terampai di udara inilah mengakibatkan jerebu. Punca-punca pegun termasuklah stesen janakuasa elektrik dan industri yang menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan api oleh industri memproses. karbon monoksida. komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida. Hadirin yang saya hormati.3 KESAN JEREBU TERHADAP KEHATAN Untuk pengetahuan hadirin sekalian. Bahan-bahan buangan sisa industri yang berasaskan kayu seperti habuk-habuk kayu. salah satu penyumbang kepada fenomena jerebu ini adalah daripada pembakaran secara terbuka di kawasan pelupusan sampah dan juga kawasan kampung yang melibatkan kawasan pertanian. hydrogen sulfida. habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk t e r h a d a p k e s i h a t a n m a n u s i a t e r u t a m a n ya k e p a d a g o l o n g a n k a n a k . karbon dioksida.

tidak kiralah golongan dewasa ataupun kanak-kanak. Ini kerana antibodi atau daya ketahanan badan bagi golongan ini amat rendah dan tipis.p e n y a k i t t e r t e n t u s e p e r t i a s m a . terutamanya pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori akan mudah diserang penyakit pernafasan ini.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 m e n g h i d a p i p e n y a k i t . ini adalah disebabkan kandungan debu yang terlalu tinggi di dalam udara. Kesan keduanya adalah hidung berair dan kerap bersin yang diakibatkan oleh jerebu. jerebu juga mengakibatkan terasa gatal-gatal dibahagian kerongkong dan batuk-batuk terutamanya bagi golongan pesakit bronkitis dan golongan perokok. Sebagai contoh pada tahun 1997. dengan itu golongan ini amat mudah terdedah kepada simptonsimpton tersebut. Malahan bagi pesakit asma serangan lelah mudah terjadi jika terdedah kepada jerebu dalam masa yang lama. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi terhadap kesihatan mereka kesan daripada jerebu tersebut. Di mana ianya menyebabkan kulit kita mengalami kegatalan serta menjadi alah dan sukar untuk menjalani kehidupan seharian. Ini disebakan habuk dan debu halus yang terdapat di dalam jerebu ini tidak mampu ditapis bagi golongan kanak-kanak dan juga orang tua serta golongan pesakit asma. . Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Salah satunya ialah mengganggu pernafasan normal yang berpunca daripada bahan pencemar asap yang terkandung dalam jerebu. kebakaran yang paling besar di hutan Indonesia yang telah menyebabkan beberapa buah Negara Asia Tenggara mengalami jerebu yang sangat teruk termasuklah Malaysia. Malahan penyakit kulit merupakan simpton yang tidak asing lagi bagi kita semua. Begitu juga dengan pembentukan asbut yang menganggu penglihatan terutamanya golongan orang tua. Seterusnya. Dengan itu golongan yang lemah ini akan mudah jatuh sakit. oleh itu golongan ini akan mudah terdedah kepada bahaya jerebu. Selain itu. a l a h a n . Penyakit ini adalah kesan ekoran daripada pencemaran udara iaitu jerebu. kanak-kanak dan pesakit. Ini tidak dapat dinafikan lagi kerana tahap keupayaan kesihatan golongan ini berada pada tahap yang paling rendah. mengakibatkan sesak nafas dan terasa sakit dada. pneumonia dan penyakit paru-paru.

Dengan itu. ini berlaku daripada tindak balas hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang akan memedihkan mata serta merosakkan tisu paru-paru. Ini adalah bagi memastikan tahap kesihatan kita sentiasa terjamin dan terkawal.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 Seterusnya jerebu juga mengakibatkan mata terasa pedih dan berair. kita seharusnya tidak mengambil mudah terhadap kesan jerebu ini pada kesihatan kita. perokok dan pesakit. Hadirin sekalian. Dengan ini. 1. Malahan kita juga seharusnya . Malahan kandungan oksigen nitrogen yang terampai di udara ini beredar dan terapung di atmosfera sebagai jerebu apabila ditiup oleh angin kering. kita juga bolehlah membasuh muka dan bahagian-bahagian badan yang terdedah kepada jerebu bagi menggelakkan kegatalan kepada kulit kita. Ini adalah kerana jerebu yang terjadi mengandungi zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar sebaliknya memberi kesan yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Malahan langkah-langkah pencegahan dan amaran bahayanya jerebu ini perlu diperluaskan dan dihebahkan kepada semua golongan terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak. Malahan kita juga perlu meminum air kosong yang banyak sewaktu jerebu.4 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN MENGATASI MASALAH JEREBU Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti serta dititikberatkan sewaktu jerebu adalah dengan memakai mask atau topeng pelindung yang mana boleh menghalang jerebu memasuki saluran pernafasan kita semua. orang tua. Malahan keadaan ini terjadi. golongan yang berisiko tinggi akan mudah mengalami simpton tersebut sekiranya langkah atau amaran bahaya tidak dikeluarkan. Selain itu. ekoran berpuncanya daripada pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan berat atau kilang dan juga tindakan bakteria di dalam tanah.

ini kerana tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu jerebu sangat rendah. Kedua. Antara salah satunya ialah pembenihan awan. Dalam pada itu juga. Titisan hujan ini akan mengenapkan habuk-habuk terampai yang menjadi komponen utama jerebu dalam udara sekaligus membersihkan udara.tenaga ini tidak mengeluarkan asap dan habuk yang menggalakkan jerebu. kempen menghentikan pembakaran terbuka dan mengamalkan konsep pembakaran sifar bagi pelupusan sisa pertanian perlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian. Selain itu.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 mengurangkan aktiviti luar sewaktu jerebu bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dan kesihatan kita sentiasa terkawal. karbón monoksida dan sebagainya ke udara seterusnya menambahkan keadaan berjerebu. tindakan undang-undang kepada pelaku yang tidak mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. dengan mengadakan kempen kesedaran. Tujuannya mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air lalu menurunkan hujan. khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. kesesakan lalu lintas akan menyebarkan karbón dioksida. Dalam pada itu juga. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang bahayanya jerebu kepada manusia. Contohnya seperti denda yang tinggi bagi pengusaha-pengusaha industri yang tidak mematuhi peraturan kualiti udara Malaysia. Ini boleh dilakukan dengan perkongsian kenderaan ataupun menggunakan pengangkutan awam. menggunakan sumber alternatif. Dengan itu. Begitu juga dengan pengusaha-pengusaha kawasan pertanian serta ladang yang melakukan pembakaran secara terbuka dan tidak terkawal. pelbagai cara boleh digunapakai untuk mengatasi masalah jerebu ataupun mengurangkan punca jerebu. kita seharusnya mengurangkan bahan pencemaran udara untuk mengelakkan masalah jerebu. Ini disebabkan fenomena jerebu mengikut musim peredaran angin dan kematangan kawasan pertanian untuk melakukan aktiviti pembersihan. Ini kerana. Seterusnya. Dalam pada itu juga. yang mana hujan adalah pembersih udara semulajadi yang terbaik. bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya. iaitu mencari sumber baru yang mesra alam seperti tenaga hidro ataupun tenaga solar. bagi pengusaha industri yang perlu . Ini kerana . usaha pembenihan awan ini boleh dijalankan dengan cara menyembur garam iodin yang bertindak sebagai nukles kondensasi untuk menarik wap air dalam awan. Ketiga. tindakan yang boleh diambil juga adalah dengan menarik balik lesen atau memenjarakan pelaku yang bertanggungjawab. Oleh itu.

Ini kerana. setiap individu perlu sentiasa berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing dan mendapatkan rawatan doktor sekiranya perlu. bencana jerebu yang kerap melanda negara ketika musim panas kering memberi kesan yang buruk terhadap pertumbuhan negara dan juga kesihatan manusia. Dengan itulah. Ini adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kerana seseorang pesakit yang menghidap asma boleh mendapat maut sekiranya terdedah kepada jerebu dalam jangka masa yang lama. contohnya yang berlaku di Batu Gajah. Perak pada 25 Julai 2013 akibat daripada puntung rokok. Ini kerana generasi muda lebih terdedah kepada arus pemodenan dan mengejar kemajuan. Pendidikan merupakan langkah yang utama untuk mengatasi masalah jerebu ini. Seterusnya mencari alternatif pada masa akan datang untuk mengurangkan masalah jerebu dan mengimbangi ekosistem alam sekitar. Ini adalah bagi mengelakkan daripada berulangnya tragedi kebakaran yang tidak terkawal di pusat pelupusan sampah. Selain turut mematuhi langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Negara.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 menghapuskan sisa bahan buangan melalui pembakaran perlu mengamalkan konsep sifar pelupusan melalui pembakaran sebaliknya mengitar semula bahan buangan tersebut menjadi sesuatu yang baru sebagai contoh habuk kayu yang boleh dikitar semula menjadi fibersit yang boleh digunakan semula dalam industri pembuatan. Sebagaimana yang diketahui tahap kesihatan masyarakat pada masa kini semakin hari semakin meruncing dan tahap kesedaran generasi muda terhadap alam sekitar juga berada di paras yang amat rendah sekali. Ini disebabkan melalui pendidikanlah dapat menerapkan nilai-nilai mencintai alam sekitar dikalangan generasi muda agar keseimbangan alam dapat dikekalkan. Hadirin sekalian. bahan kimia di dalam sampah dan juga cuaca panas. . 1.5 PENUTUP Secara kesimpulannya. satu sukatan mata pelajaran yang berkaitan alam sekitar perlu digubal untuk memberi pendidikan kepada pelajar supaya menjaga kebersihan alam sekitar. kesan jerebu terhadap kesihatan orang ramai semakin buruk apabila jumlah pesakit yang mengalami gangguan kesihatan semakin meningkat ketika jerebu. Justeru.

kita haruslah membanteras ataupun mengawal keadaan ini dari masa sekarang supaya ekosistem bumi dapat diseimbangkan semula. 2. PERSEMBAHAN POWER POINT . Sekian.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 Oleh itu. ibarat nasi sudah menjadi bubur. terima kasih. Ianya amat penting bagi kita untuk mengawal gejala ini supaya tidak menjadi lebih kronik. Maknanya ianya sudah terlambat untuk kita mengatasi masalah tersebut. Ini adalah untuk menjamin tahap kesihatan yang lebih baik pada masa akan datang yang akan diwarisi oleh generasi muda.

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 .

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 .

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 .

AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 .

merupakan satu saluran untuk mengamalkan penulisan harian tanpa sekatan bentuk. penulisan refleksi dekat sekali ke ‘natural speech and writing can flow without self-consciousness or inhibition’. Malahan ianya juga. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 3. REFLEKSI ARTIKEL Menurut Hanipah (1999).scribd. “audience” dan penilaian (Sommer 1989). menganalisis. Malahan menurut Kenneth Wolf. 1994). Ia mendedahkan proses-proses pemikiran dan tabiat mental serta membantu ingatan dalam memberi satu konteks untuk “healing” dan perkembangan. (Schneider. http://www. refleksi ialah proses merenung. refleksi ialah yang membenarkan kita belajar daripada pengalaman dan ianya sesuatu penilaian dari tahap mana bermula sehingga ke tahap mana kita akan capai. berdasarkan artikel yang dibaca berkaitan jerebu dapatlah saya nyatakan bahawa isu ini tidak sepatutnya dipandang remeh oleh masyarakat Malaysia. cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Dengan itu. mencari alasan.com/doc/4862854/Menulis-Jurnal-Refleksi Oleh yang demikian. Ini kerana .

Dalam pada itu juga. alternatif-alternatif yang lebih baik perlu dicari selain menggelakkan pembakaran terbuka ataupun pembenihan awan. Ini adalah bagi memastikan kawasan pertanian tidak dibakar sewenang-wenangnya tanpa sebarang kawalan sebagaimana yang dilaporkan pada 16 Jun 2013. Jika dianalisis kelima-lima artikel jerebu semuanya berkisarkan kesan jerebu terhadap kesihatan terutamanya bagi yang mempunyai masalah respiratori. Ini tidak hanya tersasar kepada golongan petani yang mengusahakan kawasan pertanian malahan sektor perindustrian juga memainkan peranan dalam mengurangkan pencemaran udara. kementerian kesihatan dan kementerian pendidikan haruslah bekerjasama menyebarkan keseriusan masalah jerebu kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. kerajaan Malaysia perlu mengadakan usaha sama antara kedua-dua buah negara dalam mengatasi masalah jerebu yang melanda negara setiap tahun pada musim panas. sinusitis dan alergi kulit yang mana kesihatannya akan lebih terancam semasa jerebu. kerjasama antara pelbagai pihak turut memainkan peranan dalam mengatasi masalah jerebu ini. Jika dibiarkan ianya berterusan tanpa dibendung bagaimanakah generasi akan datang memiliki tahap kesihatan yang lebih baik. Oleh itu. tahap kesihatan yang menurun akan menjejaskan kualiti hidup seseorang dengan itu kestabilan hidup seseorang akan merosot dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara. ini disebabkan udara yang bersih sukar dikawal sebagaimana rawatan air bersih. Sebagaimana yang diketahui juga. langkah-langkah pencengahan awal perlu ditekankan dan diwar-warkan dengan meluas lagi. Walaupun langkah-langkah keselamatan atau mencegah penyakit dilaksanakan namun sumber penyumbang jerebu jika tidak dihapus keadaan ini akan berterusan dan tidak akan memberikan apa-apa impak terhadap kualiti udara yang sihat.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 masalah jerebu ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan malahan ekonomi serta alam sekitar dan haiwan. Indonesia menyebabkan pencemaran udara yang tidak sihat di beberapa lokasi di seluruh negara. Namun dalam pada itu juga. Malaysia diselubungi jerebu yang dikatakan berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera. Secara jujurnya. disamping menjejaskan ekosistem bumi. Begitu juga dengan kerjasama jiran serantau terutamanya Indonesia yang merupakan jiran terdekat Malaysia. Oleh itu. Dengan ini akan sedikit sebanyak akan menyedarkan generasi muda terhadap . Seandainya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga atau mengawal masalah jerebu ini berkemungkinan besar ianya dapat mengundang maut dan melumpuhkan ekonomi negara.

al (Disember 2012). Open Universiti Malaysia.al (Disember 2013). Dr Norkhalid Salimin. Open Universiti Malaysia. Bak kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’. et. Oleh itu. Bhd.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 kualiti alam sekitar yang sihat dan udara yang bersih.Meteor Doc Sdn. HBHE 3103Gaya Hidup Sihat. et. Rujukan Dr Norkhalid Salimin. HBHE 2203Kesihatan . jika tidak ianya akan menjadi sia-sia sahaja. hakikat yang sebenarnya masalah jerebu ini adalah masalah bersama dan ianya harus dicegah bersama dalam memastikan ekosistem bumi terpelihara serta meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan ekonomi negara.

my/search? q=pesakit+asma&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=GX9_Us_AKIeMrQfT4CACw&ved=0CAcQ_AUoAQ&biw=1280&bih=637#img http://www.185. Norazhan Che Lan.657/2.Meteor Doc Sdn. Sumber rujukan:Risalah Jerebu Fenomena Pencemaran Udara.dpuf . et.666/1. Bhd.my/myMetro/articles/Jadikanisujerebuteladan/Article/index _html#sthash. Bhd. Open Universiti Malaysia.com/2013/06/statistik-terkini-bacaan-jerebu-di. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.scribd.Meteor Doc Sdn.html http://202.scribd.com/doc/16983605/Jerebu-Dan-Kesannya http://plbgaimacam.hmetro.232:8080/preview/www/2.j8oAz8fB.com/doc/4862854/Menulis-Jurnal-Refleksi http://www2.com.al (Ogos 2012). http://www.157.com.google.186568 https://www.blogspot. HBHE 2103Program Bersepadu Sekolah Sihat. Jabatan Alam Sekitar.AZLINA BINTI ISMAIL 800206025322 Diri dan Keluarga.