You are on page 1of 16

LAMPIRAN 1

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

SEMESTER 1 SESI 2015/2016

KPF3012
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK

Reka bentuk kurikulum di Malaysia


DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NADHIRAH BINTI HAMZAH

NO. MATRIK
D20131063333

SUB TAJUK
Huraikan penterjemahan dan rekabentuk
kurikulum kebangsaan yang dilaksanakan
dalam sistem pendidikan di Malaysia.

KUMPULAN KULIAH: N

PENSYARAH

: ENCIK ZAINI BIN ABDULLAH

Tarikh Serah

: 30 OKTOBER 2015

1.0

Peta Minda

Kurikulum
Kebangsaan

Program pendidikan termasuk kurikulum dan


kokurikulum yang merangkumi semua ilmu
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan & kepercayaan untuk membantuk
perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani serta untuk menanam dan
menyampaikan pengetahuan

Kementerian
Pelajaran
Jabatan Pelajaran
Negeri

Agen Penyampai
Kurikulum

Pejabat Pendidikan
Daerah

Kurikulum Sekolah

Aktiviti Dalam Bilik


Darjah (Formal)

Aktiviti Luar Bilik


Darjah (Tidak
Formal)

Peta Minda 1: Kurikulum kebangsaan dan sebab pelaksanaannya

Perancangan
Penyusunan
Pelaksanaan
Penilaian
berterusan
(Formatif

Pola reka bentuk


kurikulum :
Orientasi Reka
Bentuk Kurikulum :

Kurikulum sebagai
perancangan

Kurikulum
Berorientasi Pelajar

Kurikulum sebagai
proses

Kurikulum
Berorientasi
Masyarakat
/Masalah

Kurikulum sebagai
objektif

Kurikulum
Berorientasi Nilai

Rekabentuk
Kurikulum di
Malaysia

Kurikulum Eklektik

-sukatan pelajaran
-matlamat pengajaran
-Rancangan Pengajaran
Harian
-Objektif/Hasil
Pembelajaran

Kurikulum sebagai
wahana
penterjemah

Penterjemahan dan
rekabentuk kurikulum
kebangsaan di Malaysia

Penterjemah dan
Pentafsiran
kurikulum
kebangsaan

Asas pertimbangan pembinaan


kurikulum

Peringkat pelaksanaan
kurikulum

Amalan kurikulum bilik darjah

Hasil pelaksanaan kurikulum

Peta Minda 2 : Penterjemah dan reka bentuk kurikulum kebangsaan


2.0

Pengenalan

Kurikulum merupakan suatu sistem rencana dan pengaturan pembelajaran ilmu pengetahuan
yang bertulis dan didokumenkan dalam aktiviti pelajaran dan pembelajaran. Menurut Ornstein
dan Hankins (1993) kurikulum merupakan suatu pelan atau rancangan dan didokumenkan
secara bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai sesebuah matlamat. Kurikulum ialah
unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu
(Mohd Daud, 1995). Menurut Doll. R.(1996) pula, kurikulum merupakan isi kandungan dan
proses

formal

dan

tidak

formal

yang

mana

pelajar

memperolehi

ilmu

dan

kefahaman,mengembangkan kemahiran, dan mengubah sikap serta menghargai dan mempelajari


nilai-nilai murni di sekolah. Kandungan kurikulum ini mengandungi rancnagan pengajaran dan
pembelajaran yang mempunyai objektif psikomotor, afektif, dan kognitif bagi satu subjek.
Kurikulum juga boleh didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi
segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan penghayatan, norma yang diterima
masyarakat, serta mengandungi unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan
masyarakat yang diwariskan daripada generasi ke generasi yang seterusnya.

3.0

Latar Belakang

3.1 Konsep dan Pengertian Kurikulum


Falsafah Pendidikan Negara telah menetapkan suatu matlamat. Untuk mencapai matlamat
tersebut, pendidikan adalah sebagai proses dan pengisian kepada proses tersebut merupakan
sebentuk kurikulum. Kurikulum

adalah sebuah pengisian yang mengandungi ilmu untuk

diwariskan yang meliputi kemahiran, nilai dan budaya. Perkataan kurikulum berasal darpada
perkataan Bahasa Inggeris, iaitu curriculum yang diambil daripada perkataan Latin curir yang
bermaksud pelari dan cuere yang membawa maksud laluan atau tempat berpacu. Analogi
timbulnya perkaatan ini apabila ianya berkaitan dengan lapangan lumba kuda di mana pelumba
kuda mengawal dan memacu kuda yang ditunggang dari awal hingga ke garisan penamat
mengikut laluan trek tersebut. Di sini, laluan kuda itu telah dianalogikan ke dalam konteks
pendidikan sebagai : -

Jurusan atau program atau aliran pengajian yang sedang diikuti


Ruang tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berlaku
Dalam konteks Bahasa Arab pula, kurikulum disebut sebagai minhaj atau manhaj yang
merupakan kata terbitan berasal daripada kata dasar anhaja. Minhaj bermaksud jurusan,
bidang atau fakulti. Perkataan-perkataan ini mempunyai kaitan rapat dalam konteks
kurikulum.

3.2 Kurikulum sebagai satu bidang kajian ilmu


Kurikulum merupakan suatu sistem yang sukar untuk diperjelaskan. Hal ini menyebabkan timbul
beberapa kekeliruan untuk menetapkan garis sempadan ilmu kurikulum dengan ilmu-ilmu lain.
Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh para guru dan pelajar, malah tokoh-tokoh dan para
sarjana juga tidak dapat memberikan takrifan yang tepat mengenai kurikulum. Masing-masing
mempunyai pendapat dan defisini yang berlainan yang berbeza mengikut bidang keilmuan
mereka. Berikut merupakan pendapat dan definisi yang dikemukakan oleh tokoh dan pakar di
Malaysia : Razali Arof (1991) semua kegiatan pembelajaran formal dan terancangn yang dijalankan di
dalam dan di luar bilik darjah
Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan (1992) Semua pengalaman pembelajaran
yang diorganisasikan untuk pelajar-pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan
Mohd Daud Hamzah (1993) Unsur budaya atau ilmu pengetahuan yang dikenalpasti dengan
harapan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu
Akta Pendidikan (1996) Kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan
seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam
dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
Kesimpulannya, kurikulum merupakan pelan atau sistem yang menetapkan matlamat,
kandungan, kaedah dan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum
mestilah dirancang dengan teliti dan didokumenkan dalam bentuk maklumat untuk memudahkan
prosedur pelaksanaan. Perancangan perlu disokong dengan matlamat atau objektif yang kukuh
dan jelas supaya pelaksanaan kurikulum ini berjalan dengan lancar kepada kedua pihak pelajar
dan guru. Penyampaian ilmu, nilai, budaya inilah dikenali sebagai proses penterjemahan
terhadap perkara yang telah dirancang supaya matlamat tercapai.

3.3 Jenis Kurikulum Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia


Kurikulum Formal

Kurikulum formal merupakan kurikulum tersurat (manifested curriculum) yang nyata, terancang
dan mempunyai urutan. Kurikulum formal berfokus kepada objektif, matlamat, subject matter
dan struktur pengajaran. Jenis kurikulum formal yang terdapat dalam sistem pendidikan di
Malaysia adalah seperti berikut :
Pra Sekolah
Untuk murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun
Dirancang sebagai persediaan untuk sosialisasi pendidikan rendah
Untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan
Menguasai kemahiran asas
Memupuk sikap positif sebagai persedian masuk ke sekolah rendah
Memperkembangkan daya kreativiti dan estetika menghargai keindahan alam dan
warisan budaya
Sekolah Rendah

Merupakan kesinambungan kepada pendidikan pra sekolah


Dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam bidang

asas
Pendedahan kepada membaca menulis, mengira (3M) serta pendedahan kepada

subjek-subjek lain (sains, kemahiran hidup,kajian tempatan, pendidikan moral)


Kurikulum ini dilaksanakan dari segi komunikasi, manusia dan alam sekeliling

serta perkembangan individu


Sesuai dengan keperluan minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan

murid-murid
Murid-murid akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada
tahun akhir pengajian sekolah rendah, iaitu Tahun 6.

Pendidikan Menengah

Lanjutan daripada pendidikan sekolah rendah ke arah mengembangkan potensi

individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. (JERI)


Merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai rohani,kemanusiaan,

kemasyarakatan, asas kewarganegaraan


Terdapat tiga aliran utama dalam pendidikan menengah atas: - Aliran Akademik

(Sains/Sastera) - Aliran Teknik dan Vokasional - Aliran Agama


Terbahagi kepada dua peringkat :-Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Pendidikan Menengah Rendah
-Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 Pendidikan Menengah Atas
Mempunyai 3 aliran utama :

Aliran Akademik (Sains/Sastera)


Aliran Teknik dan Vokasional
Aliran Agama
Kurikulum Pendidikan Khas

Untuk murid berkeperluan khas (masalah penglihatan, pendengaran dan

pembelajaran) dan murid pemulihan khas


Menekankan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid ini
dapat melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi bagi membolehkan
mereka mendapat pekerjaan dan hidup berdikari

Kurikulum Tidak Formal


Kurikulum tidak formal merupakan pendidikan yang berlaku di luar bilik darjah/ tidak
dirancang. Ia melibatkan human variables yang tidak dikawal atau tidak mempunyai pelan
berstruktur. Kurikulum tidak formal melibatkan interaksi sosial-piskologikal antara pelajar
dengan guru, yang melibatkan perasaan, sikap dan tingkah laku. Terdapat 2 jenis kurikulum tidak
formal : Ko-kurikulum
Aktiviti yang dilakukan di luar kuliah untuk menyokong kurikulum yang bertujuan untuk
membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Aktiviti ko-kurikulum adalah seperti pasukan unit
beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Kebiasaannya, aktivit ko-kurikulum diwajibkan kepada
setiap pelajar.
Kurikulum Tersembunyi
Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak mempunyai
penyataan bertulis. Ianya merupakan sebuah elemen yang perlu diambil kira semasa merancang
dan merekabentuk kurikulum . Sebagai contoh, peraturan, nilai-nilai yang telah diterima
masyarakat, kehidupan institusi, proses sosialisasi, pembudayaan, pengetahuan dan kemahiran
dan sebagainya. Kurikulum tersembunyi ini lazimnya boleh diperolehi semasa proses
pembentukan kanak-kanak daripada peringkat pra sekolah lagi. Kurikulum tersembunyi ini
berpengaruh sebagai suatu komponen tambahan sambil melaksanakan kurikulum biasa.

4.0 Rekabentuk Kurikulum di Malaysia


4.1 Peranan Pendidik dalam Perkembangan Kurikulum
Menurut Ornstein & Hunkin (1993) , konsep dan reka bentuk kurikulum bermaksud sebagai satu
pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi
untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kurikulum yang direka perlulah mempunyai pelan dan
struktur yang jelas dan didokumenkan supaya tidak terjadinya kekeliruan semasa melaksanakan
kurikulum tersebut. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru
yang mengajar kumpulan murid tertentu (Mohd Daud, 1995).
Malaysia

mempunyai

sistem

kurikulum

berpusat

dan

proses

pelaksanaan

perkembangannya adalah secara top-down. Kurikulum kebangsaan mula disarankan sejak


Penyata Razak (1956) membolehkan setiap pelajar sekolah di Malaysia mendapat ilmu,
kemahiran, nilai dan budaya sebagai warganegara Malaysia.
Kurikulum yang telah dibentuk kemudiannya akan didokumentasikan dan disebarkan ke
seluruh sekolah di Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah. Para
pegawai di peringkat ini harus memastikan sebarang maklumat berkaitan kurikulum disebarkan
dengan tepat dan jelas supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan guru-guru di sekolah. Hal
ini supaya proses penyampaian kurikulum dapat berjalan dengan lancar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Oleh itu, guru berperanan penting sebagai
pelaksana penyampai kurikulum kebangsaan. Guru perlu menekankan tiga perkara dalam
penyampaian perkembangan kurikulum, iaitu :
i.
ii.

Guru sebagai perancang merancang dan menyediakan kurikulum


Guru sebagai pelaksana melaksanakan kurikulum melalui proses pengajaran dan

iii.

pembelajaran
Guru sebagai penilai menilai keberkesanan kurikulum : formatif dan sumatif
Kurikulum yang telah dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagai panduan
kepada setiap pendidik yang telah diberi tanggungjawab agar melaksanakan pengajaran
berpandukan rancangan pengajaran. Proses merancang pengajaran merupakan sebahagian
daripada proses kurikulum yang mengandungi himpunan subjek-subjek. Seterusnya, rancangan
pengajaran bagi satu unit pelajaran, silibus untuk rancangan sesuatu subjek, serta rancangan
kerja bagi melengkapkan maklumat terperinci silibus bagi tempoh tahun persekolahan.

4.2 Corak Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia


Pembentukan dan penyusunan kurikulum kebangsaan mempunyai dua reka bentuk iaitu secara
vertikal dan horizontal. Reka bentuk vertikal dijalankan secara sekuen dan kontinuiti. Manakala,
reka bentuk horizontal pula mengandungi elemen seperti skop, integrasi dan imbangan.
Vertikal
Sekuen elemen yang terkandung dalam kurikulum dan disusun bagi memastikan urutan
pembelajaran berjalan dengan teratur supaya pembelajaran dapat berlaku secara berterusan. Ia
merupakan pengajaran secara bertingkat atau mengikut tahap seperti tahap yang mudah ke tahap
yang lebih kompleks, pelajaran secara konkrit dan abstrak dan kronologi.
Kontinuiti bagi memastikan terdapat kesinambungan yang sesuai antara satu peringkat
pembelajaran ke tahap yang seterusnya.
Horizontal
Skop mengenai keluasan dan kedalaman sesebuah topik, kandungan, dan pengalaman
pembelajaran secara kognitif, afektif, dan psikomotor.
Integrasi merupakan hubungkait antara pengetahuan sedia ada pelajar, dan pengalaman dalam
kurikulum supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh
Imbangan keseimbangan yang terdapat dalam setiap aspek yang melibatkan proses kurikulum
dan reka bentuk kurikulum. Merujuk kepada agihan, kepadatan muatan dan kesecocokan
kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajar-pelajar untuk
menguasainya.
4.2.1 Pola Reka Bentuk Kurikulum
Kurikulum sebagai

Kurikulum yang berusahan untuk memperkembangkan potensi

perancangan
Kurikulum sebagai

individu sebagai satu usaha yang berterusan


Usaha untuk menangani masalah yang berlaku dalam pendidikan

proses
Kurikulum sebagai

Objektif kurikulum merujuk kepada nilai yang merangkumi ilmu

objektif

pengetahuan dan juga keterampilan. Ia merujuk juga nilai yang


terdapat dalam diri pelajar

4.2.2 Orientasi Reka Bentuk Kurikulum

Kurikulum Berorientasi Pelajar

Lebih berfokus kepada individu dan pengajaran


berdasarkan minat pelajar. Pelajar mengorganisasi
kurikulum

sendiri

berorientasikan

aktiviti

dan

membina pengalaman. Bersifat terbuka kepada semua


Kurikulum Berorientasi

pelajar untuk turut serta


Berasaskan kepada pemikiran

Masyarakat /Masalah

kesejahteraan sejagat. Makhluk sosial yang perlu

manusia

dan

hidup bersama di samping konflik.pelajar dapata


mengenalpasti, memahami, menganalisis masalah
Kurikulum Berorientasi Nilai

yang dihadapi dalam kehidupan


Berpusatkan isi kandungan yang melibatkan proses

Kurikulum Eklektik

mengingati dan memahami secara berperingkat


Menekankan pengetahuan, nilai, dan warisan budaya.
Lebih fokus kepada membangunkan intelek pelajar
berdasarkan subjek dan pengetahuan

5.0 Penterjemahan dan Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan


Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
5.1 Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan
Penterjemahan kurikulum kebangsaan mengandungi proses yang melibatkan empat komponen
yang saling berhubung, iaitu :
i.

Asas pertimbangan pembinaan kurikulum


Pembangunan Negara
Perkembangan Individu
Teori Pembelajaran
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Empat Rukun Pendidikan
ii.
Peringkat pelaksanaan kurikulum
- Komponen Mata Pelajaran Wajib
- Program-program Khas
iii.
Amalan kurikulum bilik darjah
-

Strategi pengajaran dan pembelajaran


Penilaian
iv. Hasil pelaksanaan kurikulum
- Pembangunan insan (individu)
- Pembangunan negara

6.0 Penutup
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah pun menetapkan beberapa garis panduan dalam
pelaksanaan kurikulum dan setiap guru perlu menjalankan tugas berpandukan falsafah tersebut.
Tugas ini bukanlah suatu yang mudah untuk dilaksanakan dan perlu dijalankan demi memenuhi
matlamat pendidikan negara Malaysia. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam
menjayakan matlamat tersebut sekaligus menaikkan taraf pendidikan negara supaya matlamat
asal penubuhan matlamat ini bukannya suatu yang sia-sia yang hanya tertulis di atas kertas
sahaja. Guru bertanggunjawab sepenuhnya dalam menyampaikan kurikulum kepada setiap
pelajar dengan jelas dan tepat supaya matlamat falsafah pendidikan ini dapat dicapai dengan
jayanya. Penyediaan sukatan pelajaran perlu disusun atur dengan teliti dan cara pengajaran yang
berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan konsep konstruktivisme memberi
peluang kepada setiap pelajar untuk memberi pendapat dan bersikap lebih terbuka di dalam
kelas. Mereka berpeluang untuk meneroka kepelbagaian bidang ilmu dan belajar dengan lebih
berdikari, bermaksud tidak mengharapkan bantuan guru semata-mata. Guru pula harus
menyediakan suasana pelajaran yang kondusif dan menarik disertai alat bantu mengajar yang
kreatif dan tidak membosankan. Kurikulum kebangsaan telah membentuk sukatan pelajaran yang
diterjemahkan dengan lebih terperinci melalui Huraian Sukatan Pelajaran yang menjadi panduan
kepad guru untuk menjalankan prose pengajaran dan pembelajaran.

Pendokumentasian Rancangan Pengajaran Harian yang dilaksanakan setiap hari bukanlah


suatu perkara yang dipandang remeh. Ia merupakan tunjang utama dalam melangsungkan
pengajaran yang berkesan dan memaksimumkan pemahaman pelajar. Keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran boleh dinilai melalui peringkat sama ada sesuai, kurang sesuai atau tidak
berkesan. Penilaian ini boleh dinilai berdasarkan rancangan pengajaran harian serta refleksi
murid-murid. Kemudian, pembaikian cara pengajaran boleh diubah supaya sesuai dengan tahap
pemahaman dan keberkesanan pelajaran tersebut. Guru perlulah bijak memberi penekanan
kepada murid-murid dalam mengembangkan potensi mereka dari segi kognitif, afektif dan
psikomotor. Kesemua usaha dan proses melaksanakan kurikulum ini adalah untuk mencapai
matlamat yang terkandung dalam FPK bagi memastikan setiap langkah yang dibuat tidak lari
dari matlamat sebenar pendidikan negara kita.

7.0 Bibliografi

Zaini Bin Abdullah, Mohmad Noor Bin Mohmad Taib, Ikhsan Bin Othman, Norila Binti MD Salled, Abu Bakar Bin
Yusuf dan Abdul Talib Bin Mohamed Hashim.(2015)Perkembangan Pendidikan Di Malaysia:Falsafah dan Dasar
Mohd Daud Hamzah.(1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur:DBP
Mohd Daud Hamzah.(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur:DBP
Mohd Daud Hamzah.(1993). Liputan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur:DBP
.
Azriza Asmir Zakaria (2011). Tugasan Kpf 3012 Falsafah Dan Dasar. Diperolehi pada 15 Oktober 2015 daripada
https://www.academia.edu/4487654/87836029_Tugasan_Kpf_3012_Falsafah_Dan_Dasar
Fatimah Bt Affendi, Md Mohtar Bin Manan dan Erni Hezliza BT Inche Amat(2012). Pedagogi dalam Pendidikan.
Diperolehi pada 11 Oktober 2015 daripada http://pedagogi-pendidikan.blogspot.my/2013/06/jenis-jeniskurikulum.html

Check Wan (2012). Ilmu Pendidikan. Diperolehi pada 15 Oktober 2015 daripada
http://rujukpendidik.blogspot.my/2012/10/reka-bentuk-kurikulum.html

8.0 Lampiran
Contoh Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tingkatan

: 2 Cekap

Bilangan Pelajar

: 25 Orang

Tarikh

: 23 Oktober 2015

Masa

: 40 minit

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tema

: Teknologi

: Menonton televisyen: positif atau negatif


Bidang

: Maklumat

Hasil Pembelajaran
HPU

4. Membuat pertimbangan untuk mencapai


keputusan.

Huraian Hasil Pembelajaran


Aras 1 (ii)
Menganalisis dan menentukan pilihan
berdasarkan aspek yang tertentu.

HPK

4. Menjelaskan dan membuktikan


pertimbangan secara rasional dan adil untuk
meyakinkan pihak yang terlibat.

Objektif Hasil Pembelajaran:


Pada akhir pelajaran, pelajar dapat mengemukakan dua kesan positif dan dua kesan negatif
menonton televisyen dalam satu perenggan lengkap, tidak kurang daripada 30 patah
perkataan.

HHP

Sebutan dan Intonasi :


dalam

Menggunakan sebutan bahasa baku


pembentangan.

Tatabahasa

Penggunaan di sebagai kata kerja atau kata sendi.

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran berfikir

2.3 Aras 1 (ii)


Menghubungkaitkan topik dengan pengalaman dan
pemerhatian untuk mengemukakan idea yang bernas.

Fasa, Objektif Fasa dan


Kandungan
Induksi Set (5 minit)

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Menarik minat pelajar;


Menghadirkan pelajar dalam
sesi pengajaran dan
pembelajaran;

Menimbulkan perasaan ingin


tahu; dan
Menarik perhatian pelajar.

Guru menyebut beberapa sorotan


cerita atau rancangan televisyen untuk
diperdengar kepada pelajar.
Guru menanyakan beberapa soalan
kepada pelajar.
Guru mengaitkan jawapan yang
diberikan oleh pelajar dengan topik
pelajaran.

Alat/KBT/KBKK/
Nilai

Fasa 1 : Pengenalan (5

minit)
(Membentangkan isu yang
akan dibincangkan.)

Guru mengemukakan isu televisyen,


sama ada mendatangkan kesan positif
atau negatif.
Guru menggunakan kaedah soal jawab
bagi mengetengahkan kesan positif dan
negatif menonton televisyen.

Fasa 2 : Eksplorasi (20

minit)
(Pelajar mendalami maksud
tajuk, memperjelas pemikiran
dan melibatkan diri.)

Guru mengedarkan lembaran kerja


untuk diisi oleh pelajar.
Guru memberikan taklimat ringkas
berkenaan perjalanan aktiviti
berkumpulan.
Pelajar membentuk kumpulan
berdasarkan bahan edaran yang
disediakan.
Pelajar berbincang sesama ahli
kumpulan untuk menjana idea
mengenai kesan menonton televisyen.
Setiap kumpulan perlu melantik
seorang wakil untuk membuat
pembentangan di hadapan kelas.
Guru meminta semua pelajar mencatat
isi penting dan fakta yang dibincangkan
dalam lembaran kerja.
Pembentangan dijalankan.
Guru mengulas pembentangan yang
telah berlangsung.
(Guru menguji pengetahuan pelajar
berkenaan penggunaan di sama ada
sebagai kata kerja atau kata sendi).

Tatabahasa: di sebagai kata


kerja atau kata sendi.

Fasa 3 : Merumus (5 minit)


(Meringkas/menyimpulkan isi
utama yang diperoleh.)

Guru memilih pelajar secara rawak


untuk memberi pendapat sama ada
menonton televisyen mendatangkan
kesan yang positif atau negatif.
Guru memberikan penegasan bahawa
positif atau negatif sesuatu perkara
bergantung kepada kebijaksanaan
manusia mengolahnya.
*18SX
*18SG
*18PL
*Umum

Nilai : Kerjasama
Lembaran grafik
1:
Grafik kesan
positif dan negatif
menonton
televisyen.

KBT Kemahiran
berfikir

Nilai :
Pembelajaran
sepanjang hayat.

Penutup (5 minit)

Menghubungkaitkan
pelajaran hari ini dengan
pelajaran akan datang.

Guru menjelaskan kepada pelajar


bahawa pembelajaran hari ini berkaitan Nilai : Pembelajaran
sepanjang hayat.
dengan pelajaran akan datang.

You might also like