SIKAP TERHADAP PERJUDIAN: SATU KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

JEPULSON JULIAN

SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2008

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan sikap terhadap perjudian dari segi jantina (lelaki dan perempuan), di antara dua kategori pendapatan ibu bapa (di bawah RM1000 dan di atas RM1001), dan pengalaman berjudi (pernah atau tidak pernah). Kajian ke atas perbezaan sikap terhadap perjudian dari segi jantina merangkumi tiga kategori lain iaitu mengkaji perbezaan sikap terhadap perjudian secara umum, loteri dan kad. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian. Kajian pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian ini juga mengkaji tiga kategori lain iaitu perbezaan sikap terhadap perjudian secara umum, loteri dan kad. Seramai 155 orang subjek yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut serta dalam kajian ini, iaitu 61 orang lelaki dan 94 orang perempuan. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Gambling Attitude Survey (GAS) yang direka oleh Kassinove (1998). Alat dalam kajian ini diuji dengan menggunakan ujian-t dan analisis regresi mudah. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian. Selain daripada perjudian kad, sikap terhadap perjudian secara umum dan loteri juga menunjukkan keputusan yang signifikan. Dari segi pendapatan ibu bapa dan pengalaman berjudi pula menunjukkan, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sikap terhadap perjudian. Kajian ini juga mendapati kekerapan berjudi memberi kesan kepada sikap terhadap perjudian. Ini termasuklah dari segi sikap perjudian secara umum, loteri dan kad dalam kalangan pelajar UMS.

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Perjudian merupakan sejenis permainan yang melibatkan pertaruhan, sama ada melibatkan wang, harta benda mahupun perkara lain. Melalui pertaruhan ini, seseorang akan memperoleh keuntungan sekiranya bernasib baik. Faktor nasib adalah salah satu elemen di dalam perjudian di samping teknik permainan yang betul. Menurut Kassinove (1998), perjudian didefinisikan sebagai sebarang tingkah laku berisiko, berdasarkan kepada gabungan beberapa teknik atau nasib atau juga keduanya sekali, iaitu suatu nilai yang boleh membawa kepada kemenangan juga kepada kekalahan. Menurut Wallisch (1996), terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu berjudi. Antaranya keinginan untuk mendapatkan wang atau ingin menjadi kaya, keseronokan, dapat bersosial dengan rakan-rakan, rasa dihormati dan penting dalam kalangan rakan, melarikan diri daripada tekanan atau masalah, menguji kemahiran di dalam membuat keputusan, untuk kepuasan diri, mendapat pengalaman baru, dan berasakan dirinya seorang yang bertuah. Wallisch (1996) juga mendapati, alasan yang paling kuat untuk membawa seseorang bertingkah laku kepada perjudian adalah untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Di dalam kajiannya, 50%

responden mengatakan keseronokan adalah lebih penting berbanding mendapatkan wang, yang hanya mencatatkan 28% sahaja.

Remaja atau golongan muda pada masa kini mudah mempelajari semua ini dengan adanya informasi yang datang dari media massa mahupun elektronik. Menurut Wood dan Griffiths (2002), remaja di United Kingdom (UK) memperoleh pengalaman dan teknik bermain loteri dan kad gores dan menang melalui iklan perjudian yang disiarkan di televisyen, radio, surat khabar, rancangan hiburan dan pada iklan yang dipamerkan di kedai. Oleh itu, faktor media massa merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada sikap positif remaja terhadap perjudian selain daripada faktor pengaruh keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, perjudian sememangnya menjanjikan keseronokan dan kepuasan kepada setiap pemainnya. Wood dan Griffiths (2002) mendapati cabutan tiket bertuah untuk perjudian loteri kebangsaan (National Lottery) di United Kingdom disiarkan secara terus ke televisyen dengan menjemput kumpulan atau individu popular sebagai salah satu faktor yang boleh menarik perhatian para penonton. Rancangan televisyen yang berbentuk perjudian yang disaksikan oleh seisi keluarga boleh membawa kepada keseronokan dan menjadikan perjudian sebagai sesuatu yang boleh memberikan kesan positif dalam hubungan kekeluargaan. Pusat Kajian Pew, iaitu sebuah pusat yang mengkaji sikap dan tingkah laku rakyat Amerika mendapati, kepuasan atau keseronokan yang diperoleh dalam kalangan pejudi Amerika apabila

mereka menang adalah 87 peratus. Manakala yang lain tidak berasa seronok sekiranya mereka kalah berjudi (Pew Social Trends Reports ,2007). Di negara Malaysia perjudian masih pada peringkat yang terkawal. Namun situasi perjudian di Malaysia perlu diberikan perhatian yang serius. Hal ini kerana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Cina, India dan Melayu mempunyai pelbagai perspektif atau sikap yang berbeza terhadap perjudian. Merujuk kepada laporan kajian oleh National Council on Problem Gambling (2006) di Singapura, negara yang terdiri daripada pelbagai masyarakat seperti Cina, India dan Melayu

mempunyai perspektif yang berbeza tentang pendirian. Bagi perspektif masyarakat Cina dan India perjudian merupakan salah satu cara untuk bersosial, berseronok dan beriadah berbanding masyarakat Melayu, yang sememangnya menekankan aspek agama sebagai langkah penolakan terhadap aktiviti tersebut. Laporan tersebut juga menyatakan masyarakat Cina dan India di Singapura berpendapat perjudian dalam situasi yang terkawal adalah tidak salah. Sekiranya pemikiran sebegini juga berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia, tidak mustahil pembentukan sikap positif masyarakat Malaysia terhadap perjudian akan berlaku secara drastik. Negara Arab sebelum Nabi Muhammad S.A.W., iaitu semasa zaman Jahiliyah, sememangnya pernah menjadikan perjudian sebagai aktiviti harian mereka (Lewis, 2008). Antara perjudian awal yang melibatkan pertaruhan di dalam perjudian adalah seperti perjudian yang menggunakan dadu, catur, lumba kuda dan sabung ayam. Keadaan ini menunjukkan perjudian sememangnya aktiviti yang telah lama dilakukan oleh manusia, di mana ia telah wujud semasa zaman empayar seperti Mesir. Perjudian juga merupakan

salah satu aktiviti masyrakat di Eropah. Ini jelas di mana menurut Suruhanjaya Kajian Impak Perjudian Nasional (National Gambling Impact Study Commision, NGISC)(2007), perjudian loteri yang melibatkan tiket dan wang tunai sebagai ganjaran telah berlaku di Eropah pada awal 1500an. Hasil perjudian loteri ini dianggap penting sebagai hasil diraja yang utama pada waktu itu. Menurut Suruhanjaya itu juga, Amerika Syarikat pada zaman dahulu menjadikan perjudian loteri ini sebagai satu cara untuk mendapatkan dana untuk membina jambatan, bangunan, dan jalan raya. Di samping itu, Amerika juga menjadikan perjudian loteri sebagai cara untuk mengutip duit bagi membiayai pasukan tentera George Washington. Kerajaan Nevada juga menjadikan aktiviti perjudian sebagai salah satu sumber kewangan kerajaan di mana keuntungan yang diperoleh daripada industri perjudian tersebut dapat disalurkan kepada negara. Laporan NGISC (2007) bagi tahun 1996 menyatakan perolehan perjudian loteri pada tahun tersebut berjumlah Dolar Amerika 42.9 billion (USD$42.9 billion). Perolehan ini semakin berkembang setiap masa dengan wujudnya pelbagai kawasan perjudian yang sah, di Amerika mahupun negara lain. Keadaan ini pastinya mewujudkan keuntungan kepada kerajaan dengan cukai yang dikenakan kepada industri ini. Namun, impak negatif seperti masalah sosial juga pastinya akan wujud akibat keghairahan meluluskan pembukaan pusat perjudian. Keadaan ini harus diberikan perhatian oleh sesebuah kerajaan sebelum membuat keputusan untuk membuka pusat–pusat perjudian di negara mereka. Impak negatif daripada sikap terhadap perjudian juga harus dilihat daripada negeri pertama yang mengesahkan perjudian tersebut iaitu Nevada.

Dunia mengetahui yang cukai daripada perjudian sememangnya dapat menjana hasil perolehan sesebuah negeri atau negara. Namun kesan negatif yang bakal timbul juga akan membebankan masyarakat dan juga negara. Menurut Rosati (2008) dalam kajiannya di Hawaii berpendapat sekiranya Hawaii dijadikan seperti Nevada, masalah sosial juga akan wujud di tempat tersebut. Nevada, negeri pertama di Amerika Syarikat yang menjadikan perjudian sebagai sebuah perniagaan yang sah di sisi undang–undang juga merupakan negeri pertama di Amerika yang banyak menimbulkan kes perceraian, pembunuhan, bunuh diri dan juga kes pelajar yang dibuang sekolah. Keadaan ini menunjukkan sikap positif terhadap perjudian

sememangnya memberi kesan negatif kepada semua pihak dalam tempoh jangka panjang. Namun, yang agak menghairankan, penyertaan masyarakat ke dalam industri perjudian ini masih lagi tinggi. Justeru, sikap terhadap perjudian khususnya dalam konteks tempatan seperti di Malaysia perlu dikaji walaupun tahap perjudiannya masih pada peringkat yang terkawal. Merujuk kepada hubungan sikap dengan tingkah laku terhadap perjudian, seseorang itu harus mengubah sikapnya terhadap apa jua jenis aktiviti yang hendak disertainya terlebih dahulu dan barulah tingkah laku akan terhasil (dlm. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., 1997). Menurut Hovland (dlm. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 1997) perubahan ini juga harus disertai dengan dorongan yang kuat bagi memastikan individu tersebut mempunyai alasan untuk melakukan perkara tersebut. Wood dan Griffiths (2004) ada menyatakan bahawa sebelum seseorang itu mahu melakukan

sesuatu tingkah laku, individu itu seharusnya telah mempunyai pengetahuan berkenaan aktiviti tersebut dan seharusnya bermotivasi untuk mengawal

tingkah laku baru itu. Ini secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku individu tersebut. Faktor dorongan atau motivasi ini mungkin dipengaruhi oleh faktor ekstrinsik dan intrinsik. Menurut Adebayo (1998), dalam kajiannya yang

mengkaji punca motivasi di sebalik penglibatan ke dalam perjudian dalam kalangan pelajar kolej mendapati, wujudnya pengaruh dari segi faktor motivasi ekstrinsik berbanding faktor intrinsik ke atas penglibatan dalam perjudian. Faktor intrinsik mencatatkan 65% sahaja pengaruh terhadap penglibatan pelajar kolej ke dalam perjudian berbanding faktor ekstrinsik 80%. Faktor ekstrinsik merujuk kepada motivasi atau harapan untuk memenangi ganjaran dan faktor intrinsik pula lebih kepada keseronokan individu. Namun adakah faktor ekstrinsik ini penting bagi mereka yang berada dalam kumpulan masyarakat kaya yang sekadar mencari

keseronokan seperti yang dinyatakan oleh Wallisch (1996). Di mana kebanyakan golongan kaya bermain judi hanya untuk keseronokan sahaja dan bukannya disebabkan oleh wang atau ganjaran. Mungkin pembentukan sikap terhadap perjudian berbeza mengikut tahap pendapatan seseorang atau sesebuah keluarga itu. Menurut Wood dan Griffiths (2004) seseorang itu harus mempunyai pengetahuan selain motivasi bagi mengawal sesuatu tingkah laku.

Pengetahuan disini merujuk kepada pengalaman yang pernah diperoleh kesan daripada aktiviti lepas. Seseorang yang pernah berjudi sememangnya dipengaruhi oleh faktor luaran yang menyebabkan individu tersebut akan bermain judi semula atau tidak. Kajian yang dilakukan oleh Wallisch (1996) menyatakan, remaja yang pernah berjudi sememangnya mempunyai rakan–

rakan yang juga pernah berjudi. Daripada kajian yang dilakukan oleh beliau, 60% responden menyatakan terdapat sebilangan rakan mereka bermain judi dan 29% responden pula menyatakan yang kesemua rakan mereka memang pernah bermain judi dan 13% daripadanya pula mempunyai rakan yang kerap berjudi. Dalam keadaan ini, pengalaman berjudi seseorang itu biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya yang pernah berjudi, yang sememangnya faktor yang kuat untuk membawa dirinya untuk berjudi sekali lagi. Namun, faktor lain seperti ibu bapa dan masyarakat juga tidak boleh diendahkan. Dalam dunia perjudian, golongan lelaki sememangnya telah dilabelkan sebagai “golongan pejudi” biarpun ada individu yang menyatakan mereka tidak pernah berjudi kerana setiap kali hasil kajian dilaporkan oleh para pengkaji, golongan lelaki merupakan kriteria utama yang sering dikaitkan dengan perjudian (Wood dan Griffiths, 2002); Stinchfield, 2004). Keadaan ini menunjukkan sekiranya seorang lelaki itu berjudi, stigma atau label yang telah diberikan kepada mereka membuatkan golongan lelaki ini akan berasakan perjudian merupakan sikap yang positif kerana masyarakat telah memberikan tanggapan sedemikian kepada mereka. Wallisch (1996)

berpendapat, golongan lelaki lebih gemar berjudi kerana mereka inginkan cabaran dan juga hubungan sosial berbanding golongan perempuan yang bermain judi sekadar untuk keseronokan. Mungkin sikap golongan lelaki terhadap perjudian terbentuk akibat sikap gemarkan cabaran seperti yang dinyatakan oleh Wallisch (1996). Namun golongan perempuan juga

mengemari permainan perjudian. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kassinove, Tsytsarev dan Davidson (1998) mendapati golongan perempuan

di Russia lebih bersikap positif terhadap perjudian terutamanya dari segi perjudian loteri. Selain faktor jantina, kekerapan berjudi juga merupakan satu keadaan yang mempengaruhi sikap positif seseorang individu terhadap perjudian. Menurut Volberg (2003), separuh daripada remaja (52.7%) di Sacramento yang berumur 14 hingga 22 tahun akan berjudi separuh bulan dalam masa sebulan dan sekurang–kurangnya 1 daripada 6 orang remaja ini akan berjudi beberapa kali dalam masa seminggu. Selain itu, Volberg (2003) juga menyatakan yang golongan remaja yang berumur 20 hingga 22 tahun, iaitu dalam 60% daripada penduduk Sacramento yang berusia sedemikian akan berjudi secara berlarutan dalam masa sebulan. Kekerapan sebegini

sememangnya berbahaya kepada mereka yang terlalu kerap berjudi dalam masa sebulan apalagi dalam tempoh masa seminggu. Sikap yang terlalu obses terhadap perjudian ini dikenali sebagai ‘Pathological Gambling’ atau pejudi patologikal di dalam Diagnostic Statistical Manual-IV (DSM–IV). Individu yang mengalami masalah pejudi patologikal cenderung menunjukkan ciri-ciri seperti mempertaruhkan wangnya dalam jumlah yang besar untuk tujuan keseronokan, tidak berupaya mengurangkan atau memberhentikan aktiviti perjudiannya, berusaha mendapatkan semula apa yang telah dibelanjakan, menipu, mencuri, cuba membahayakan pasangan, depresi, meminjam wang yang banyak dan selalu terfikir untuk membunuh diri (dlm. American Psychiatric Association, 1994). Masalah pejudi patologikal ini mungkin disebabkan oleh wujudnya pusat-pusat perjudian di kawasan awam contohnya seperti perjudian loteri yang kebanyakkannya terletak di kawasan yang mudah dikunjungi oleh

orang ramai termasuklah golongan remaja di bawah umur 18 tahun. Peluang yang ada membolehkan mereka berjudi secara bebas. Delfabro dan Thrupp (2003) mengatakan yang biarpun masyarakat menghalang remaja untuk memasuki kawasan seperti pusat penjualan tiket loteri dan kasino, namun perjudian seperti Blackjack dan kad masih boleh dimainkan secara bebas oleh para remaja, terutamanya dengan rakan–rakan mereka. Selain itu, keadaan ini menunjukkan yang pengalaman sememangnya boleh dibentuk pada mana–mana peringkat umur kerana kebebasan berjudi boleh diperoleh melalui mana–mana sumber, sama ada daripada rakan, ibu bapa,

masyarakat mahupun media. 1.2 Permasalahan Kajian

Perjudian sering dikaitkan dengan golongan lelaki berbanding perempuan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Pew (Pew Social Trends Reports, 2007), mendapati lelaki lebih cenderung bermain dalam apa jua jenis perjudian berbanding perempuan. Keadaan ini menunjukkan golongan lelaki lebih mempunyai sikap yang positif terhadap perjudian berbanding perempuan. Volberg (2003) juga menyatakan golongan lelaki lebih kerap bermain judi berbanding perempuan. Oleh itu, sememangnya keadaan ini harus dilihat dengan lebih teliti memandangkan keadaan ini sudah menjadi satu penglabelan masyarakat kepada golongan lelaki. Justeru wujud

permasalahan sama ada lelaki lebih bersikap positif terhadap perjudian atau sebaliknya. Hal ini kerana menurut Kassinove, Tsytsarev dan Davidson (1998) mendapati golongan perempuan di Russia lebih bersikap positif terhadap perjudian terutamanya dari segi perjudian loteri.

Selain itu, faktor pendapatan ibu bapa juga boleh dikaitkan dengan perjudian dalam kalangan anak-anak. Hal ini kerana, menurut Wood dan Griffiths (2002), perjudian mempunyai kaitan atau hubungan dengan peningkatan ekonomi, terutamanya sebagai sumber pendapatan sampingan. Shu-Zhen Kuang(2005) berpendapat mereka yang berpendapatan rendah mempunyai sikap yang lebih tinggi dan berisiko ke atas sikap terhadap perjudian. Oleh itu, anak-anak yang tergolong dalam ibu bapa yang berpendapatan rendah, pastinya merasakan perjudian adalah cara terbaik untuk mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat. Ini secara tidak langsung mempengaruhi sikap mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti perjudian. Selain itu, wujud juga permasalahan di mana keseronokan yang dialami semasa bermain judi pada kali pertama menyebabkan golongan ini cenderung untuk bermain judi lagi berbanding mereka yang tidak pernah bermain judi. Ini mungkin bagi mereka yang tidak pernah berjudi, keinginan mereka terhalang akibat pengaruh agama atau kurang desakan daripada faktor persekitaran, seperti keluarga atau rakan-rakan (Pusat Kajian Pew (Pew Social Trends Reports), 2007). Namun, keinginan untuk mencuba yang wujud dalam diri remaja atau belia biasanya akan mempengaruhi juga sikap mereka terhadap perjudian di dalam kalangan mereka yang tidak pernah bermain judi ini. Oleh itu, permasalahan seperti ini sememangnya perlu di kaji khususnya dalam kalangan belia untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara individu yang pernah dan yang tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian.

Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian juga menimbulkan permasalahan dalam kajian ini. Ini kerana ada pendapat yang mengatakan sekiranya seseorang individu kerap berjudi, ia mungkin akan mempengaruhi sikapnya untuk berjudi. Ini jelas menurut Moore dan Ohtsuka (1997) mendapati kekerapan berjudi sering dikaitkan dengan individu yang mempunyai sikap yang positif dan optimistik terhadap perjudian. Sikap yang positif terhadap perjudian ini akan menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti mencuri dan meminjam wang dalam jumlah yang banyak apabila individu itu mula ketagih dengan permainan perjudian tersebut. Secara tidak langsung, masalah ini akan membahayakan masyarakat dan diri, khususnya. 1.3 Tujuan Kajian

Antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk; 1. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian. 2. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian secara umum. 3. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian loteri. 4. Mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap

terhadap perjudian kad. 5. Mengkaji perbezaan di antara dua kategori pendapatan ibu bapa dari segi sikap terhadap perjudian.

6. Mengkaji perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan yang tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian. 7. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas sikap terhadap perjudian. 8. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas sikap terhadap perjudian secara umum. 9. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas sikap terhadap perjudian loteri. 10. Mengkaji pengaruh dari segi kekerapan berjudi memberi kesan ke atas sikap terhadap perjudian kad. 1.4 Kesignifikanan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada beberapa kepentingan seperti:1. Kajian sikap terhadap perjudian penting dijalankan khususnya kepada golongan belia di institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana sikap yang positif terhadap perjudian boleh membawa masalah kepada individu dan juga masyarakat. Masalah sosial seperti menipu, mencuri, cuba membahayakan pasangan, depresi, meminjam wang yang banyak dan selalu terfikir untuk membunuh diri akan berlaku (dlm. American Psychiatric Association, 1994). Oleh itu, sikap terhadap perjudian khususnya dalam kalangan belia perlu dikaji kerana sikap sekiranya terlalu obses terhadap perjudian,pastinya akan menimbulkan masalah sosial.

2. Kajian ini juga cuba mengesahkan kebenaran stereotaip dan stigma yang diberikan kepada golongan lelaki di mana golongan ini lebih cenderung bersikap positif terhadap perjudian berbanding golongan perempuan. Ini seperti yang dinyatakan oleh Stinchfield (2004) di mana golongan lelaki merupakan kriteria utama yang sering dikaitkan dengan perjudian

berbanding golongan perempuan. 3. Kajian ini juga penting untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan dari segi sikap golongan belia terhadap perjudian berdasarkan kepada pendapatan ibu bapa. Selain itu, kajian ini juga penting bagi mengkaji sama ada pengalaman berjudi seseorang individu akan mempengaruhi sikap individu itu terhadap perjudian semakin meningkat atau tidak. 4. Kajian ini juga penting dalam menilai pengaruh kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian. Seterusnya hasil dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji–pengkaji seterusnya yang berminat menjalankan kajian yang menjurus kepada sikap terhadap perjudian. Hal ini kerana kajian sikap terhadap perjudian masih kurang atau jarang dilakukan di Malaysia dan di Sabah amnya. 1.5 Sorotan Kajian Lepas

Salah satu kajian lepas yang pernah dilakukan adalah ke atas perjudian loteri dan kad gores (scratchcard) dalam kalangan belia di United Kingdom. Wood dan Griffiths (1998) mendapati daripada 1195 orang belia yang terlibat di dalam kajian tersebut, 48% daripada mereka pernah bermain perjudian Loteri Kebangsaan United Kingdom (U.K. National Lottery). Biasanya mereka bermain bersama keluarga atau rakan mereka. Manakala 30% dilaporkan

bermain permainan itu semula. Kajian ini juga mendapati 6% daripada subjek yang bermain perjudian Loteri Kebangsaan dan kad gores cenderung untuk menjadi seorang pejudi patologikal. Shaffer, Hall dan Vander (1999) melakukan kajian meta–analisis terhadap 119 orang subjek di Amerika Syarikat. Beliau mengkaji pelaziman dalam patologikal dan masalah perjudian di Amerika Syarikat dan Kanada. Kajian mendapati daripada populasi umum individu dewasa, 1.6% berada dalam tahap tiga (tahap pejudi patologikal) dan selebihnya iaitu 3.85% berada pada tahap dua iaitu pejudi bermasalah. Kajian oleh Creigh–Tyle dan Lepper (2007) pula mendapati kebanyakan rakyat Britain mempunyai sikap gemar bermain perjudian loteri, di mana 53% daripada subjek mengatakan lebih gemar kepada perjudian loteri. Sementara 20% mengatakan diri mereka tidak mempunyai keinginan untuk terlibat dengan perjudian loteri. Kajian oleh Shaffer, LaBrie, Scanlan dan Cummings (1994) telah dijalankan ke atas 856 orang remaja yang berumur antara 13 hingga 20 tahun, yang terdiri daripada pelajar–pelajar Sekolah Tinggi Boston. Dalam kajian in,i 96% daripada subjek terdiri daripada pejudi patologikal, bukan patologikal dan remaja peralihan. Kajian tersebut mengambil responden daripada kelas pertengahan dan atasan. Keputusan mendapati tiada kesan signifikan bagi perbezaan demografi ke atas sekolah yang dijadikan kajian. Burnett, Ong dan Fuller (1997) telah menjalankan kajian ke atas 778 orang pelajar sekolah tinggi tahun akhir, dalam umur sekitar 16 hingga 18 tahun. Kajian tersebut mendapati perjudian mingguan dikaitkan dengan ketidakselesaan subjek semasa berada di sekolah terutamanya di kalangan

pelajar lelaki, masalah sosial, berkawan dengan individu yang berjudi dan juga terlibat dengan tingkah laku berisiko, seperti meminum minuman keras di bawah umur dan memandu secara berbahaya. Keputusan kajian ini sama seperti yang diperoleh oleh Jackson (1999) ke atas 2700 pelajar sekolah tinggi tahun pertama. Di mana dalam kajian tersebut mendapati pelajar yang terlibat dengan perjudian cenderung terlibat dengan tingkah laku berisiko seperti merokok, meminum alkohol dan penggunaan dadah. Selain itu,

individu ini juga kurang terlibat dengan aktiviti sekolah dan juga gemar mencederakan diri mereka sendiri. Satu kajian secara tinjau selidik menggunakan telefon oleh Pusat Kajian Pew (Pew Social Trends Reports, 2007) telah dilakukan pada 8 Febuari sehingga 7 Mac 2006 ke atas 2,250 sampel yang dipilih secara rawak. Salah satu dapatan penting dalam kajian tersebut adalah perubahan sikap negatif terhadap perjudian. Subjek kajian lebih bersikap negatif terhadap bilangan pejudi yang semakin bertambah berbanding sebelum ini, sikap negatif perjudian disasarkan kepada aktiviti perjudian. Dalam tinjauan ini juga, 28% resonden mengatakan mereka percaya bahawa perjudian itu merupakan aktiviti yang tidak bermoral. Kajian yang dilakukan oleh Moore dan Ohtsuka (1997) ke atas lebih 1000 pelajar sekolah dan universiti (14 sehingga 25 tahun) mendapati secara majoritinya pelajar– pelajar yang menjadi responden pernah bermain judi dan sekurang-kurangnya pernah berjudi sepanjang 12 bulan sebelumnya. Antara aktiviti perjudian yang paling popular adalah perjudian loteri, kad dan perjudian mesin. Kajian yang dilakukan dengan menggunakan alat ujian South Oaks Gambling Screen (SOGS) yang telah diubahsuai, mendapati 3.1%

daripada sampel diklasifikasikan sebagai pejudi yang bermasalah. Mereka juga turut mendapati individu yang kerap berjudi dapat dikaitkan dengan sikap positif dan optimistik terhadap perjudian. Keadaan ini juga dialami oleh ibu bapa dan rakan individu tersebut. Kajian lanjutan yang dilakukan oleh Moore dan Othsuka (1997) yang melibatkan 769 orang remaja berumur antara 15 hingga 18 tahun mengesahkan hasil dapatan sebelum ini. Di mana 3.8% daripada sampel dikategorikan sebagai pejudi bermasalah jika

mengikut ukuran SOGS. Kajian yang dilakukan oleh Wood dan Griffiths (2004) pula yang melibatkan 1195 orang remaja berusia antara 11 sehingga 15 tahun yang terdiri daripada 550 sampel lelaki dan 641 sampel perempuan (4 orang tidak menyatakan jantina) mendapati, sikap golongan remaja dapat mengukur hubungan di antara sikap mereka dengan tingkah laku berjudi. Kajian ini mendapati, 48% daripada sampel pernah bermain loteri dan 30% pula pernah bermain kad gores dan menang. Mereka cenderung melakukan aktiviti ini secara bersendirian atau bersama dengan ibu bapa atau rakan mereka. Kajian yang dilakukan di United Kingdom ini mendapati 76% daripada sampel menyatakan perjudian merupakan satu aktiviti yang tidak baik. Namun, sampel yang menyertai kajian ini juga menyatakan yang perjudian loteri adalah baik (49%) dan begitu juga dengan perjudian kad gores dan menang (33%). Kassinove (1998) juga telah menjalankan kajian ke atas 170 sampel, iaitu 71 orang lelaki dan 98 orang perempuan yang berumur di antara 17 sehingga 35 tahun. Kajian yang menggunakan alat kajian Gambling Attitude Scales ini bertujuan menguji sikap perjudian secara umum dan sikap

terhadap perjudian seperti pertaruhan lumba kuda, kasino, dan juga loteri. Sikap perjudian yang paling positif adalah terhadap perjudian loteri dan kurang positif terhadap perjudian pertaruhan lumba kuda. Selain itu, sampel lelaki didapati lebih bersikap positif terhadap perjudian berbanding sampel perempuan. Kajian ini juga mendapati sikap positif terhadap perjudian berkaitan dengan kecenderungan untuk sanggup menanggung risiko kesan daripada berjudi. 1.6 Pendekatan Teori

1.6.1 Theory of Reasoned Action Jee Hyun Kim (1997) menyatakan niat merupakan peramal kepada tingkah laku dan sikap terhadap tingkah laku. Selain itu, norma subjektif juga mempengaruhi niat untuk bertingkah laku. Dalam teori yang dikemukakan oleh Ajzen dan Fishbein (dlm. Magee, 2001), niat merupakan premis utama dalam teori ini. Niat akan mempengaruhi dan meramal sikap seseorang dan seseorang itu akan melakukan sesuatu tingkah laku itu sekiranya dirinya berniat untuk melakukannya dan begitu juga sebaliknya. Sikap terhadap tingkah laku merupakan sikap seseorang sebelum melakukan sesuatu tingkah laku itu. Seseorang itu cenderung untuk memikirkan tentang hasil yang akan mereka peroleh hasil daripada keputusan yang dilakukan. Sebagai contoh, individu A ingin membeli tiket loteri. Namun, sebelum membuat keputusan, individu A ini cenderung memikirkan tentang kebaikan yang bakal diperoleh jika dia membeli tiket loteri tersebut. Contohnya mendapat wang ganjaran, kepuasan, keseronokan dan sebagainya.

Menurut Ajzen dan Fishbein (dlm. Magee, 2001), norma subjektif merujuk kepada kepercayaan dan motivasi indiividu ataupun kumpulan yang spesifik. Sebelum membuat keputusan untuk bertingkah laku, norma subjektif yang wujud di kawasan individu tersebut akan dinilai terlebih dahulu. Sekiranya tingkah laku yang ingin dilakukan bersesuaian dengan norma, maka tingkah laku tersebut tersebut akan dilakukan oleh individu tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya norma masyarakat di kawasan A memandang perjudian kad sebagai boleh diterima, maka individu yang mempunyai niat untuk bermain perjudian kad akan bertingkah laku terhadap permainan kad tersebut.

1.7

Kerangka Kajian

- JANTINA - PENDAPATAN IBU BAPA -PENGALAMAN BERJUDI - KEKERAPAN BERJUDI

SIKAP TERHADAP PERJUDIAN

Rajah 1 Kajian sikap terhadap perjudian ( diubahsuai daripada Theory of Reasoned Action yang dikemukakan oleh Ajzen dan Fishbein, (dlm. Magee, 2001). Dalam kerangka kajian ini (Rajah 1), sikap ke atas perjudian merupakan pemboleh ubah terikat. Terdapat empat pemboleh ubah bebas dalam kajian

ini iaitu jantina (lelaki dan perempuan), pendapatan ibu bapa (di bawah RM1000 dan di atas RM1001), pengalaman berjudi (pernah atau tidak pernah) dan kekerapan berjudi. Pemboleh ubah bebas ini akan memberi kesan kepada pemboleh ubah terikat. Pemboleh secara ubah terikat juga

termasuklah

sikap

terhadap

perjudian

umum,

sikap

terhadap

perjudian loteri dan sikap terhadap perjudian kad. 1.7.1 Hipotesis Kajian Hip.1: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian. Hip.2: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian secara umum. Hip.3: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian loteri. Hip.4: Terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian kad. Hip.5: Terdapat perbezaan di antara pendapatan ibu bapa dengan sikap terhadap perjudian. Hip.6: Terdapat perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan yang tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian. Hip.7: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian. Hip.8: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian secara umum.

Hip.9: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian loteri. Hip.10: Terdapat pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian kad. 1.8 Definisi Konsep

1.8.1 Sikap Thurstone (1931) menjelaskan sikap sebagai satu peringkat mental yang kompleks yang mana melibatkan kepercayaan dan perasaan, nilai dan juga kedudukan untuk berhubung atau bertindak mengikut sesuatu cara. Di samping itu, Thurstone (1931) juga menyatakan sikap sebagai kesediaan untuk memberi respon kepada objek psikologi mengikut tahap kegemaran dan kecenderungan. Menurut Baltus (1995), sikap merupakan satu persediaan untuk bertingkah laku dan ini termasuklah melalui pemikiran dan juga emosi seseorang terhadap sesuatu. Beliau juga menyatakan yang setiap individu boleh memegang pelbagai sikap dan individu tersebut akan menyesuaikan sikap mereka berdasarkan situasi semasa. Selain itu, Fishbein dan Ajzen (1975) berpendapat sikap merupakan learned predisposition untuk respon dalam keadaan kelakuan yang digemari atau tidak digemari. Bagi Huffman (2004), sikap boleh dikategorikan kepada tiga elemen utama. Tiga elemen tersebut adalah seperti kognitif, afektif dan

kecenderungan untuk bertingkah laku atau psikomotor. Elemen kognitif melibatkan pemikiran seseorang. Sementara afektif pula melibatkan emosi

iaitu merujuk kepada perasaan seseorang, contohnya perasaan minat atau benci terhadap perjudian. Elemen psikomotor pula adalah berkenaan dengan kecenderungan untuk bertingkah laku contohnya apabila individu itu telah mula meminati dan asyik memikirkan tentang permainan judi, individu itu secara tidak langsung akan cenderung bertingkah laku ke arah perjudian. 1.8.2 Perjudian Menurut Pratte (2002), perjudian didefinisikan berdasarkan kepada empat kategori. Antaranya perjudian merupakan satu permainan nasib atau kemahiran, satu pertaruhan kerana melibatkan penggunaan wang dan satu perjanjian, di mana individu yang berjudi sanggup menerima apa sahaja risiko, sama ada mengalami kekalahan atau kehilangan harta benda. Selain itu, perjudian juga dijelaskan sebagai sebuah permainan yang tidak adil dari segi ganti rugi iaitu individu yang kalah tidak akan menerima apa – apa juga keistimewaan biarpun dirinya telah mengeluarkan wang ke atas permainan tersebut. Menurut Kassinove (1998), perjudian yang biasa dimainkan adalah seperti loteri, lumba kuda dan anjing, dan beberapa aktiviti kasino seperti blackjack dan roulette. Beliau juga menyatakan terdapat perjudian yang jarang dimainkan seperti pertaruhan ke atas perlumbaan kura-kura dan lipas, perlawanan anjing dan sebagainya. Anderson (2005) mengatakan perjudian terbahagi kepada beberapa jenis. Perjudian yang paling popular merupakan loteri. Kasino pula perjudian yang kedua popular. Perjudian sukan seperti dalam sukan bola sepak merupakan perjudian ketiga yang diminati.

Perjudian melalui internet merupakan perjudian yang sedang berkembang pengaruhnya pada masa kini. 1.9 Definisi Operasi

1.9.1 Sikap Terhadap Perjudian Dalam kajian ini, sikap terhadap perjudian merujuk kepada gabungan tiga kategori iaitu dari segi pendapat umum mengenai perjudian, perjudian loteri dan juga perjudian kad. Sikap terhadap perjudian ini diukur dengan menggunakan soal selidik Gambling Attitude Survey (GAS) oleh Kassinove (1998) yang mengandungi 23 item, selepas diubahsuai mengikut kepada konteks kawasan kajian. Sebagai contohnya, item yang disoal adalah; ‘Saya seronok berjudi’, ‘Saya fikir berjudi baik untuk rakyat Malaysia’, ‘Saya mahu membeli tiket loteri’, dan ‘Saya berasa membeli tiket loteri boleh diterima’. Item negatif seperti; ‘Saya benci perjudian permainan kad’ dan ‘Saya fikir adalah baik jika perjudian diharamkan di negeri saya’, juga turut dimasukkan ke dalam kajian ini. Sikap terhadap perjudian secara umum mengukur pendapat individu terhadap perjudian secara umum tanpa melibatkan mana-mana aktiviti perjudian. Item-item soalan seperti; ‘Saya seronok berjudi’, ‘Saya menyokong hak rakyat Malaysia untuk berjudi setiap hari mengikut kemahuan mereka’, dan ‘Saya berasa perjudian boleh diterima’ merupakan persoalan mengenai pendapat individu. Terdapat 10 item mengenai pendapat umum individu dalam kajian sikap terhadap perjudian secara umum. Dalam sikap terhadap perjudian loteri, tujuh item berkenaan loteri dimasukkan ke dalam alat kajian ini. Antara item tersebut adalah; ‘Saya

seronok membeli tiket loteri’, dan ‘Saya akan membeli tiket loteri apabila peluang tiba’. Manakala dalam sikap terhadap perjudian kad pula, terdapat enam item yang dikemukakan. Antaranya adalah; ‘Saya seronok berjudi dalam permainan kad’, dan ‘Perjudian permainan kad adalah sah’,

merupakan item yang mengkaji sikap terhadap perjudian kad. 1.9.2 Kekerapan Berjudi Dalam kajian ini, kekerapan berjudi merujuk kepada jumlah perjudian seorang individu dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan dalam kajian ini. Kekerapan berjudi ini dinilai menggunakan lima skala yang telah ditetapkan iaitu tidak pernah, jarang (beberapa kali dalam setahun), kadangkadang (beberapa kali dalam sebulan), kerap (beberapa kali dalam

seminggu) dan sangat kerap (setiap hari). Soalan kekerapan berjudi ini diletakkan pada bahagian A. Contoh soalan adalah; ‘Kekerapan anda bermain judi:’, yang dijawab dengan menggunakan skala yang telah ditetapkan pengkaji. Selain dari mengkaji kesan pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian, kajian pengaruh kekerapan berjudi juga dilakukan bagi sikap terhadap perjudian secara umum, loteri dan kad.

BAB 2

METODOLOGI

2.1

Pendahuluan

Bahagian ini akan mengemukakan metodologi kajian di mana perbincangan bermula dari reka bentuk kajian, subjek kajian, tempat kajian, alat kajian, cara pemarkatan, tatacara kajian, analisis data dan juga mengenai tahap reliabiliti dan validiti kajian. 2.2 Kajian Reka Bentuk Kajian ini merupakan kajian lapangan bercorak tinjauan dengan

menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik digunakan kerana sampel yang diperlukan adalah dalam jumlah yang banyak iaitu di atas 150 orang. Tambahan pula, sekiranya kajian lapangan dijalankan secara temu bual atau temu ramah dilakukan, masalah seperti masa untuk menjalankan kajian sukar untuk diselaraskan dengan masa sampel kajian yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Oleh itu, penggunaan borang soal selidik dapat mengatasi masalah berkenaan masa untuk menjalankan kajian. 2.3 Subjek Kajian

Subjek kajian yang dipilih ialah pelajar sepenuh masa daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS). Subjek kajian juga terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 20 hingga 23 tahun. Subjek juga tidak ditetapkan kepada satu program sekolah sahaja tetapi dipilih secara rawak

daripada pelajar program sekolah yang lain. Ini bagi mewakili keseluruhan populasi pelajar UMS. 2.4 Tempat Kajian

Kajian dilakukan di dalam kawasan kediaman pelajar UMS iaitu yang terletak di kawasan kolej kediaman pelajar, dan juga di dalam kawasan pembelajaran UMS. Ini seperti Dewan Kuliah Pusat, Bilik Seminar, Bilik Tutorial dan juga Perpustakaan UMS. 2.5 Alat Kajian

Terdapat dua bahagian dalam alat kajian ini. Bahagian A adalah soalan
berkenaan butir peribadi subjek contohnya jantina, etnik, pendapatan ibu bapa, kawasan tempat tinggal dan juga kekerapan berjudi . Soal selidik ini diubah suai bagi menyesuaikan soalan dengan persekitaran kawasan kajian. Pendapatan ibu bapa dibahagikan kepada dua kategori iaitu ibu bapa yang berpendapatan RM1000 ke bawah dan ibu bapa berpendapatan RM1001 ke atas. Bagi soalan kekerapan berjudi pula, lima pilihan jawapan dibentuk iaitu; tidak pernah, jarang (beberapa kali setahun), kadang-kadang (beberapa kali sebulan), kerap (beberapa kali seminggu) dan sangat kerap (setiap hari). Bahagian B pula mengandungi 23 item untuk mengukur skala sikap subjek ke atas perjudian. Item yang digunakan adalah berdasarkan alat kajian Gambling Attitude Survey (GAS) yang dibentuk oleh Kassinove (1998). Item dalam bahagian ini mengandungi tiga komponen yang mengukur sikap iaitu sikap terhadap perjudian secara umum, loteri dan kad. Item sikap ini disesuaikan dengan tiga komponen sikap iaitu afektif, kognitif dan

psikomotor (tingkah laku). Contohnya, item berbentuk soalan afekif; “ Saya

seronok berjudi.” Skala Likert digunakan untuk mengukur skala sikap subjek. Pilihan jawapan terdiri daripada 1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Kurang pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat setuju. Dalam bahagian ini, terdapat 20 item positif dan tiga item negatif. Jadual 1 Taburan Item Tinjauan Sikap Perjudian ( Gambling Attitude Survey) ELEMEN Sikap Terhadap Perjudian Secara Umum Sikap Terhadap Perjudian Loteri Sikap Terhadap Perjudian Kad ITEM 1, 2, 4, 10, 12, 14, 18, 19, 21, 23 3, 7, 11, 13, 15, 20, 22 5, 6, 8, 9, 16, 17 JUMLAH KESELURUHAN JUMLA H 10 7 6 23

Jadual 2 Senarai item positif dan negatif bagi soal selidik sikap terhadap perjudian ELEMEN Positif Negatif ITEM 1,2,3,4,5,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,23 6,20,21

2.6

Tatacara Kajian

Sebelum kajian dijalankan, kajian perpustakaan dilakukan bagi memilih tajuk yang sesuai bagi kajian lapangan ini. Sumber maklumat mengenai tajuk diperoleh daripada sumber buku dan jurnal akademik. Kajian tinjauan awal atau Pilot Test dilakukan terlebih dahulu bagi menguji item dalam borang soal selidik yang telah diubah suai daripada borang soal selidik yang asal. Cara ini bagi memastikan borang soal selidik yang dibentuk adalah sesuai dalam konteks tempatan kerana soalan asal dibentuk mengikut konteks masyarakat di Barat. Lebih kurang 30 borang soal selidik diedarkan kepada

pelajar Universiti Malaysia Sabah. Subjek yang menjawab borang soal selidik tinjauan ini akan diberikan masa 10 minit berdasarkan jumlah item sebanyak 23 soalan sahaja. Borang kemudiannya dikembalikan dan set soalan tinjauan itu akan dikaji kebolehpercayaan dan keesahannya. Selepas proses pembaikan, set soal selidik yang baru akan diedarkan kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah. Sebanyak 200 borang diedarkan. Pengkaji akan memberikan penerangan terlebih dahulu sebelum kajian dijalankan. Masa menjawab adalah sama seperti semasa membuat kajian tinjauan awal. Setelah semua kertas soal selidik siap diisi oleh subjek, keseluruhannya dikumpulkan untuk dianalisis. Kemudian, soal selidik

tersebut disemak sama ada lengkap diisi atau tidak. Soal selidik yang lengkap diisi sahaja akan diterima dan yang mempunyai missing value akan ditolak bagi mengelakkan berlakunya ralat. Selepas disemak, hanya terdapat 155 borang sahaja yang lengkap diisi. Data kemudiannya dianalisa

menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 12 dan akhir sekali melaporkan keputusan. 2.7 Analisis Data

Setiap data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan program komputer iaitu Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 12. Hipotesis yang dibina akan dianalisis menggunakan analisis ujian-t sampel bebas dan analisis regresi linear atau mudah. Ujian–t sampel bebas digunakan untuk mengkaji perbezaan di antara dua kumpulan berbeza. Dalam kajian ini, ujian– t sampel bebas digunakan untuk mengkaji perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian, perbezaan di antara

pendapatan ibu bapa dari segi sikap terhadap perjudian dan juga mengkaji terdapat perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan pelajar yang tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian. Analisis regresi mudah digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat pengaruh dari segi kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian. Kajian reliabiliti dan validiti juga dijalankan bagi menilai sama ada item yang dibentuk sesuai untuk digunakan atau tidak dalam konteks kajian perjudian ke atas pelajar UMS. 2.8 Reliabiliti

Menurut Bar–On dan Parker (2000), tujuan menguji reliabiliti adalah untuk mengetahui sama ada pengurusan kali kedua ujian berkenaan menghasilkan keputusan yang sama seperti pada kali pertama. Selain itu, menurut Marvin dan Jack (dlm. Getrude C., 2001), reliabiliti ialah darjah di mana sesuatu skala itu menghasilkan skor yang konsisten apabila diukur berulang kali. Dalam kajian ini, kaedah Cronbach Alpha digunakan dalam menganalisis reliabiliti. Melalui analisis reliabiliti, didapati nilai pekali Cronbach Alpha yang diperoleh daripada alat kajian GAS ialah .966. Keputusan ini menunjukkan alat kajian GAS ini menunjukkan tahap skala reliabiliti yang tinggi dan sememangnya boleh digunakan untuk melihat sikap terhadap perjudian dalam persekitaran di kawasan kajian. Jadual 3 Reliabiliti Alat Kajian Alat kajian Cronbach Nilai Alpha

Gambling Attitude Survey (GAS)

.966

2.9

Validiti

Bar–On dan Parker (2000) menyatakan validiti sesuatu instrumen atau alat kajian adalah had di mana ukuran tepat yang dilakukan dibina ataupun terbina bagi membolehkan penilaian dibuat. Walau bagaimanapun, Bar–On dan Parker (2000) juga menyatakan adalah mustahil mengetahui sama ada alat kajian tersebut benar–benar mengukur ciri–ciri yang dikaji dengan tepat dan sempurna. Oleh itu, pengujian alat kajian yang berterusan sering dilakukan bagi memastikan skala yang digunakan mengukur apa yang sepatutnya diukur. Bagi mengukur validiti sikap terhadap perjudian maka analisis item keseluruhan telah digunakan. Ia dilakukan dengan melihat korelasi antara setiap item sikap terhadap perjudian dengan total sikap terhadap perjudian. Dalam nilai korelasi setiap item sikap terhadap perjudian dengan total sikap terhadap perjudian. Nilai korelasi setiap item sikap adalah antara .42 hingga . 88. Oleh itu, analisis item keseluruhan bagi faktor sikap terhadap perjudian adalah sesuai digunakan dalam kajian ini(Sila rujuk Jadual dalam Lampiran B halaman ).

BAB 3

KEPUTUSAN

3.1

Pendahuluan

Bab ini menerangkan keputusan daripada kajian yang diperoleh. Keputusan dalam kajian ini menjawab segala persoalan kajian dan hipotesis yang diuji sama ada diterima atau tidak. Kaedah ujian–t dan regresi mudah digunakan dalam menguji hipotesis yang dinyatakan. 3.2 Maklumat Latar Belakang Sampel Kajian

Maklumat latar belakang daripada kajian ini boleh dikategorikan kepada jantina, etnik, pendapatan ibu bapa (di bawah RM1000 dan di atas RM1001), kawasan tempat tinggal, dan pengalaman berjudi (pernah atau tidak pernah).

Selain itu, kekerapan bermain judi juga diukur pada bahagian ini. Daripada 155 orang subjek, lelaki adalah seramai 61 orang dan perempuan adalah seramai 94 orang. Jumlah subjek yang pernah berjudi adalah 72 orang (46.5%) berbanding 83 subjek (53.5%) lagi tidak pernah berjudi. Daripada maklumat latar belakang ini menunjukkan 91 orang subjek (58.7%) mempunyai ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM1000. Manakala 64 orang subjek (41.3%) mempunyai ibu bapa yang berpendapatan di atas RM1001. Dalam kekerapan berjudi, 83 subjek didapati tidak pernah berjudi. Subjek yang kerap berjudi adalah dalam 14 orang subjek, kadangkadang; 17 orang subjek dan jarang; 41 orang subjek. Namun tidak terdapat sebarang dapatan analisis bagi subjek yang sangat kerap berjudi Jadual 4 Maklumat Latar Belakang Sampel Kajian Pemboleh ubah Peratus Jantina 39.4 Lelaki Perempuan Pendapatan Ibu Bapa 58.7 41.3 Pernah Berjudi 46.5 Tidak Kekerapan Berjudi 53.5 Tidak pernah Jarang 41 Ya 83 83 26.5 72 53.5 Bawah RM1000 Atas RM1001 94 91 64 61 60.6 Kekerapan

Kadang – kadang Kerap Sangat kerap 0.0 N=155

17 14 0

11.0 9.0

3.5

Perbandingan sikap terhadap perjudian berdasarkan jantina

Analisis ujian–t menunjukkan terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian (t = 3.42, k < .05). Ini menunjukkan lelaki lebih mempunyai sikap positif terhadap perjudian berbanding perempuan. Oleh itu, hipotesis pertama kajian ini diterima. Jadual 5 Keputusan Ujian–t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Jantina Sikap Terhadap Perjudian Lelaki N 61 Min 56.64 3.42 .002 S.P t Sig. 24.34 Berdasarkan

Perempuan Nota: Sig k < .05 3.6 Perbandingan sikap

94

43.93 19.66

terhadap

perjudian

secara

umum

berdasarkan jantina Analisis ujian–t menunjukkan terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian secara umum (t = 3.21, k < . 05).Ini menunjukkan lelaki secara umumnya berpandangan positif terhadap permainan perjudian berbanding perempuan. Oleh itu, hipotesis kedua kajian ini diterima. Jadual 6 Keputusan Ujian–t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Secara Umum Berdasarkan Jantina Sikap Terhadap Perjudian Lelaki N 61 Min S.P t Sig.

24.01 11.51 3.21 .00

Perempuan Nota: Sig k < .05 3.7

94

18.49

8.66

Perbandingan sikap terhadap perjudian loteri berdasarkan

jantina Analisis ujian–t menunjukkan terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian secara umum (t = 3.45, k < . 05). Iini menunjukkan lelaki lebih mempunyai sikap positif terhadap perjudian loteri berbanding perempuan. Oleh itu, hipotesis ketiga kajian ini juga diterima. Jadual 7 Keputusan Ujian–t Perbandingan Berdasarkan Jantina Sikap Terhadap Perjudian Loteri

Sikap Terhadap Perjudian Lelaki

N 61

Min 17.18

S.P 7.41

t

Sig.

3.45 Perempuan Nota: Sig k < .05 3.8 Perbandingan sikap terhadap perjudian 94 13.23 6.18

.02

kad

berdasarkan

jantina Analisis ujian–t menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian secara umum (t = 3.22, k > . 05). Oleh itu, hipotesis keempat kajian ini ditolak. Jadual 8 Keputusan Ujian–t Perbandingan Sikap Terhadap Perjudian Kad Berdasarkan Jantina Sikap Terhadap Perjudian Lelaki N 61 Min 15.44 S.P 6.47 3.22 Perempuan Nota: Sig k < .05 94 12.20 5.54 .06 t Sig.

3.9

Perbandingan

sikap

terhadap

perjudian

berdasarkan

pendapatan ibu bapa Hasil daripada analisis ujian–t yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pendapatan ibu bapa dari sikap terhadap perjudian, t = -3.16, k < .05.. Dengan ini, hipotesis kedua kajian adalah diterima. Jadual 9

Keputusan Ujian- t Pendapatan Ibu Bapa

Perbandingan N 91

Sikap Min

Terhadap S.P t

Perjudian Sig.

Antara

Sikap Terhadap Perjudian Di bawah RM1000

44.05

18.71 -3.16 .00

Di atas RM1001 Nota: Sig k < .05

64

55.86

25.43

3.10 Perbandingan sikap terhadap perjudian berdasarkan pengalaman berjudi Hasil analisis ujian–t yang dilakukan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara subjek yang pernah berjudi dan yang tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian, t = 9.99, k < .05. Dengan ini, hipotesis ketiga juga diterima. Jadual 10 Keputusan Ujian–t Perbandingan Sikap Terhadap Pengalaman (Pernah Berjudi dan Tidak Pernah Berjudi) Sikap Terhadap Perjudian Pernah Berjudi N Min 72 S.P 64.36 t 21.73 9.99 Tidak Pernah Berjudi Nota: Sig k < .05 3.11 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian Hasil analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang positif dan signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.69). Kekerapan berjudi memberi sumbangan sebanyak 47% ke atas sikap terhadap perjudian. Kesan positif ini menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi, maka semakin positif sikapnya terhadap perjudian. Dengan itu, 83 35.54 12.07 .00 Perjudian Sig. dengan

hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian adalah boleh diterima. Jadual 11 Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian. Kekerapan Berjudi Sikap terhadap Perjudian Nota: Sig k < .05 3.12 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian secara umum Analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang positif dan signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.67). Kekerapan berjudi memberi sumbangan sebanyak 45% ke atas sikap terhadap perjudian secara umum. Kesan positif ini menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi, maka semakin positif sikapnya terhadap perjudian secara umum. Hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian secara umum adalah diterima. Jadual 12 Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian Secara Umum Kekerapan Berjudi Sikap terhadap Perjudian Nota: Sig k < .05 3.13 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian loteri Analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang positif dan signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.65). Kekerapan berjudi memberi sumbangan sebanyak 42% ke atas sikap terhadap perjudian B .67 R² .45 F 124.22 Constant Sig. .00 B .69 R² F Constant 37.0 Sig. .00

.47 136.79

15.38

loteri. Keputusan ini menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi loteri, maka semakin positif sikapnya terhadap perjudian loteri. Hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian loteri adalah boleh diterima. Jadual 13 Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian Loteri Kekerapan Berjudi Sikap terhadap Perjudian Nota: Sig k < .05 R .65 R² .42 F 111.04 Constant Sig. .00

11.30

3.14 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian kad Analisis regresi menunjukkan kekerapan berjudi memberi sumbangan yang positif dan signifikan ke atas sikap terhadap perjudian (Beta=.67). Kekerapan berjudi memberi sumbangan sebanyak 44% ke atas sikap terhadap perjudian kad. Keputusan ini menjelaskan semakin kerap individu itu bermain judi kad, maka semakin positif sikapnya terhadap perjudian kad. Hipotesis yang menyatakan terdapat pengaruh kekerapan bermain judi ke atas sikap terhadap perjudian kad adalah boleh diterima. Jadual 14 Regresi Mudah Kekerapan Perjudian ke atas Sikap Terhadap Perjudian Kad Kekerapan Berjudi Sikap terhadap Perjudian Nota: Sig k < .05 R .67 R² .44 F 122.06 Constant Sig. .00

10.33

BAB 4

PERBINCANGAN

4.1

Pendahuluan

Bab ini menumpukan perbincangan berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh dan dikemukakan dalam Bab Tiga. Dalam bab ini, tumpuan kepada perkara seperti perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap perjudian, perbandingan di antara pendapatan ibu bapa dari segi sikap terhadap perjudian dan perbandingan di antara pelajar yang pernah berjudi dan tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian. Di samping itu, bahagian ini juga akan menjelaskan pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian. 4.2 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap

perjudian Keputusan menunjukkan golongan lelaki lebih cenderung bersikap positif dalam perjudian. Jika dilihat daripada kajian lepas, semuanya menunjukkan keputusan yang sama iaitu lelaki memang lebih gemar untuk berjudi. Wickwire et al. (2007) dalam kajian mendapati lelaki lebih bersikap positif terhadap perjudian berbanding perempuan. Sikap gemar berjudi di kalangan lelaki ini juga boleh dikaitkan dengan kecenderungan mereka mencuba apa jua jenis perjudian berbanding golongan perempuan. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Pew (Pew Social Trends Reports, 2007) berpendapat golongan lelaki lebih gemar bermain apa jua jenis perjudian. Menurut Wallisch (1996) golongan lelaki gemarkan perjudian kerana inginkan cabaran

dan juga hubungan sosial. Pendapat ini mengukuhkan dapatan pengkaji mengenai sikap positif golongan lelaki ke atas perjudian. Wallisch (1996) juga menyatakan golongan perempuan berjudi hanya untuk keseronokan sahaja. Hraba dan Lee (1996) turut mendapati yang golongan perempuan kurang berjudi berbanding lelaki. Dapatan ini

menunjukkan yang golongan perempuan sememangnya bersikap negatif terhadap perjudian. Di Malaysia faktor agama dan budaya memainkan

peranan yang kuat untuk menolak permainan ini dan keadaan ini mungkin dapat menyokong kenyataan Hraba dan Lee (1996) walaupun kajian yang dilakukan oleh mereka adalah kepada masyarakat di negara Barat. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini terdapat dalam 29 orang sampel perempuan yang pernah berjudi dan lelaki seramai 43 sampel. Oleh itu, tidak boleh dikatakan yang golongan perempuan menolak atau berpandangan negatif terhadap aktiviti perjudian kerana terdapat sebilangan daripada sampel perempuan dalam kajian ini juga pernah berjudi. Kajian yang dilakukan oleh Kassinove, Tsytsarev dan Davidson (1998) mendapati golongan perempuan di Russia lebih bersikap positif terhadap perjudian terutamanya dari segi perjudian loteri. Keputusan min kajian yang menunjukkan golongan lelaki mempunyai min 56.64 berbanding golongan perempuan dengan min 43.93 menunjukkan golongan lelaki sememangnya lebih bersikap positif terhadap perjudian di dalam kajian ini. Pengkaji mendapati kumpulan perempuan yang berjudi lebih kepada perjudian kad tetapi tidak melibatkan pertaruhan.

4.3

Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap perjudian secara umum

Kajian ini mendapati golongan lelaki memberikan reaksi yang positif terhadap pendapat secara umum di dalam perjudian berbanding golongan perempuan. Min bagi golongan lelaki adalah 24.01 berbanding min daripada golongan perempuan 18.49. Keputusan kajian ini menyokong kajian Kassinove (1998) yang menyatakan golongan lelaki lebih bersikap positif terhadap perjudian. Kajian ini juga menyokong hipotesis pertama kajian yang menyatakan golongan lelaki lebih cenderung ke atas perjudian berbanding golongan perempuan. Sikap positif terhadap perjudian secara umum boleh dilihat melalui item “Saya seronok berjudi” dan “ Saya mahu berjudi”. Golongan lelaki lebih memberikan pandangan positif terhadap

persoalan ini berbanding golongan perempuan. Tetapi ini tidak bermaksud golongan perempuan terlalu berpandangan negatif terhadap perjudian. Ini

kerana perkembangan industri perjudian ini telah menunjukkan golongan perempuan mula menerima perjudian (Kassinove, Tsytsarev dan Davidson, 1998). Penerimaan ini menunjukkan golongan perempuan secara umumnya mula merasakan perjudian satu cara bersosial pada masa kini berbanding perjudian dahulu yang sering dikaitkan dengan tingkah laku negatif.

4.4

Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap

perjudian loteri

Keputusan yang diperoleh menunjukkan golongan lelaki lebih bersikap positif terhadap perjudian loteri dengan min 17.18. Golongan perempuan pula hanya mencatatkan keputusan min 13.23. Jelas di sini perjudian yang melibatkan kawasan yang lebih terbuka seperti perjudian loteri kurang digemari oleh golongan perempuan. Mungkin faktor budaya masyarakat di Malaysia amnya di Sabah, menunjukkan kekuatan stigma yang melarang golongan perempuan ini melibatkan diri dalam aktiviti perjudian. Namun jika dilihat daripada kajian yang dilakukan oleh Kassinove, Tsytsarev dan Davidson (1998), yang mendapati golongan perempuan di Russia lebih bersikap positif terhadap perjudian terutamanya dari segi perjudian loteri. Ini mungkin disebabkan masyarakat Rusia dapat menerima golongan

perempuan yang melibatkan diri dalam aktiviti perjudian loteri. Kajian oleh Wallisch (1996) ke atas penduduk Texas di Amerika mendapati sekiranya individu itu lelaki, berpendidikan sekolah tinggi dan mempunyai pendapatan yang tinggi, individu tersebut sememangnya pernah membeli tiket loteri pada tahun sebelumnya. Kajian tersebut menunjukkan yang sememangnya golongan lelaki memang gemar terhadap permainan judi. Keadaan ini mungkin merupakan sebab utama seorang individu lelaki itu bermain loteri iaitu kerana mahukan aktiviti yang digemarinya dilakukan. 4.5 Perbandingan di antara jantina dari segi sikap terhadap

perjudian kad Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian kad. Namun min lelaki lebih tinggi daripada min perempuan dengan min lelaki 15.44 dan min

perempuan

12.20.

Keputusan

ini

menunjukkan

kedua-dua

golongan

sememangnya bersikap positif terhadap perjudian kad berbanding sikap terhadap perjudian loteri. Keadaan ini mungkin boleh dilihat daripada aspek pembawaan awal permainan ini daripada rakan mahupun ibu bapa. Permainan kad biasanya dimainkan dalam bentuk mengisi masa lapang seperti semasa majlis harijadi mahupun semasa berkumpul dengan rakan– rakan lama. Permainan yang pada awalnya hanya untuk berseronok akan membawa kepada permainan yang melibatkan pertaruhan. Golongan lelaki biasanya menggunakan pertaruhan dalam permainan kad. Ini supaya ia lebih menyeronokkan dan mencabar. Kenyataan ini bersesuaian dengan hipotesis pengkaji yang pertama yang mengatakan golongan lelaki menggemari cabaran semasa bermain judi, seperti juga yang dinyatakan oleh Pusat Kajian Pew (2007) berkenaan dengan golongan lelaki yang mengemari permainan yang melibatkan cabaran. 4.6 Perbandingan di antara pendapatan ibu bapa dari segi sikap terhadap perjudian Kajian ini mendapati wujudnya perbezaan yang signifikan bagi ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM1000 dan ibu bapa yang berpendapatan RM1001 ke atas. Keputusan kajian menunjukkan min bagi ibu bapa yang

berpendapatan di bawah RM1000 adalah 44.05 dan min bagi ibu bapa berpendapatan RM1001 ke atas adalah 55.86. Keputusan ini menunjukkan individu yang mempunyai ibu bapa berpendapatan di atas RM1001 lebih cenderung bersikap positif terhadap perjudian berbanding individu yang mempunyai ibu bapa berpendapatan di bawah RM1000. Keadaan ini

menunjukkan mereka yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan melebihi RM1001 akan lebih bersikap positif terhadap perjudian. Menurut Wallisch (1996), mereka yang tidak mendapat pendidikan di sekolah tinggi dan mempunyai pendapatan yang kurang atau sedikit adalah individu yang paling sedikit bermain judi. Beliau juga menyatakan, keluarga yang berpendapatan di bawah US$10,000 tidak akan kerap bermain judi. Keputusan kajian ini boleh dikaitkan dengan keputusan yang diperoleh pengkaji. Sekiranya dinilai bagi mereka yang berpendapatan RM1000 dalam masa setahun, pendapatan mereka hanya sebanyak RM12,000 sahaja. Perbelanjaan wang lebih digunakan untuk perbelanjaan pendidikan,

keperluan rumah, bayaran elektrik dan air, dan juga keperluan lain. Justeru keinginan untuk berjudi semakin kurang bagi keluarga yang berpendapatan di bawah RM1000. Namun, menurut Shu–Zhen Kuang (2005), mereka yang

berpendapatan rendah dan mempunyai pendidikan yang terhad atau sederhana mempunyai sikap terhadap perjudian yang lebih tinggi dan berisiko. Beliau juga turut menekankan yang kemahuan untuk memenangi ganjaran yang besar telah menyebabkan mereka lebih kerap mengunjungi kasino dan membeli tiket loteri. Hal ini kerana mereka mempercayai mereka mempunyai peluang untuk menang. Perbezaan keputusan ini menunjukkan penyertaan anak–anak yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM1000 adalah bergantung kepada keyakinan individu untuk

membabitkan diri dalam aktiviti perjudian. Kepercayaan yang perjudian mampu mengubah kehidupan keluarga individu itu mungkin akan

menyebabkan dirinya bersikap positif terhadap perjudian. Namun sekiranya

dirinya merasakan perjudian itu sesuatu yang membazirkan dan salah di sisi agama, sikap negatif terhadap perjudian pasti dapat mengawal individu tersebut daripada terus bermain perjudian tersebut. Keluarga yang mempunyai pendapatan RM1001 dan ke atas lebih kerap bermain judi mungkin (1998) merasakan mendapati perjudian merupakan pelajar satu kolej

keseronokan.

Adebayo

kebanyakan

menggambarkan perjudian sebagai satu bentuk rekreasi dan juga sebagai satu cara paling cepat untuk memperbaiki masalah kewangan mereka. Kemenangan dalam perjudian juga merupakan satu keseronokan dan maka tidak hairanlah sekiranya keputusan yang diperoleh oleh pengkaji

menunjukkan subjek yang ibu bapanya berpendapatan tinggi cenderung bersikap positif terhadap perjudian. 4.7 Perbandingan di antara pelajar yang pernah berjudi dan pelajar yang tidak pernah berjudi dari segi sikap terhadap perjudian. Kajian ini mendapati terdapat perbezaan di antara pelajar yang pernah berjudi dengan yang tidak pernah berjudi. Dapatan menunjukkan mereka yang pernah berjudi mempunyai kecenderungan untuk bersikap lebih positif terhadap perjudian. Hasil keputusan menunjukkan min bagi mereka yang pernah berjudi adalah 64.36 dengan 72 sampel mengatakan mereka pernah berjudi. Sementara itu, min bagi mereka yang tidak pernah berjudi 35.54 dengan 83 sampel lelaki dan perempuan. Daripada 72 sampel yang mengatakan mereka pernah berjudi, golongan lelaki adalah seramai 43 orang dan perempuan sebanyak 29 orang.

Menurut Wallisch (1996), mereka yang tidak pernah berjudi adalah terdiri daripada golongan perempuan, tidak mempunyai pendidikan yang tinggi sehingga ke peringkat sekolah tinggi atau universiti dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah US$20,000 setahun. Selain itu, faktor agama juga merupakan penyebab mereka tidak pernah berjudi. Faktor agama dan moral ini dikuatkan jawapan lagi yang dengan 46% responden agama yang ditemubual faktor yang

memberikan

mengaitkan

sebagai

menyebabkan mereka tidak terlibat dengan aktiviti perjudian. Respon jawapan seperti, “ Saya merasakan berjudi sesuatu yang salah” dan “Kitab Injil melarang saya melakukannya” adalah respon yang diberikan oleh penduduk Texas, Amerika Syarikat, yang menjadi responden dalam kajian ini. Mungkin subjek dalam kajian ini tidak pernah berjudi disebabkan oleh faktor moral dan agama. Situasi seperti ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan dapatan kajian ini di mana terdapat sebilangan subjek yang tidak pernah berjudi. Ini mungkin disebabkan kebanyakkan subjek masih kuat dengan pegangan agamanya dan budaya mereka. 4.8 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian

Kajian mendapati kekerapan seseorang itu berjudi akan mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap perjudian. Kekerapan bermain judi sememangnya akan memberi kesan kepada sikap perjudian seseorang. Kekerapan berjudi ini mungkin dipengaruhi oleh faktor kemenangan atau keseronokan. Menurut laporan National Council on Problem Gambling (2006), selepas seseorang itu memperoleh kemenangan, individu itu akan mempunyai keinginan untuk bermain semula permainan tersebut dengan tujuan untuk menang dengan

lebih

besar

lagi

dan

laporan

tersebut

menyatakan

20%

responden

menyokong kenyataan tersebut. Hasil kajian yang dijalankan oleh Volberg (2003) ke atas 900 sampel yang berumur lingkungan 14 hingga 22 tahun di sekitar 48 buah negeri di Amerika Syarikat mendapati mereka yang berumur 18 hingga 22 tahun biasanya akan berjudi sekali dalam seminggu. Dalam kajian sikap terhadap perjudian ini, pengkaji mendapati subjek yang berjudi pada setiap minggu (dalam skala kerap) adalah seramai 14 orang. Umur mereka dalam lingkungan 20 hingga 23 tahun. Keputusan kajian ini menyokong hasil kajian Volberg (2003) di mana mereka yang berumur 18 hingga 22 tahun ini akan berjudi sekurang–kurangnya sekali dalam seminggu. Keputusan kajian juga menunjukkan 41 orang yang jarang bermain judi, iaitu hanya beberapa kali dalam setahun. Jumlah ini lebih banyak berbanding mereka yang kadang– kadang berjudi iaitu beberapa kali dalam sebulan hanya mencatatkan 17 orang sampel. Keadaan ini masih boleh dianggap sebagai bersesuaian dengan keadaan budaya di Malaysia di mana para belianya masih merasakan perjudian itu merupakan satu tingkah laku yang negatif dan melanggar ajaran agama dan moral. 4.9 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian

secara umum Kajian ini mendapati wujud pengaruh kekerapan ke atas sikap terhadap perjudian secara umum. Individu yang kerap bermain judi akan mempunyai sikap yang positif terhadap perjudian kerana berasakan perjudian

memberikan keseronokan dan kadang kala keuntungan kepada diri mereka.

Griffiths dan Wood (2004) menyatakan golongan remaja biasanya lebih memikirkan jumlah ganjaran yang bakal mereka menangi berbanding peluang mereka untuk memenangi ganjaran tersebut. Harapan untuk memenangi ganjaran yang juga dipengaruhi oleh kemenangan yang pernah mereka peroleh atau menerusi pembacaan daripada mana-mana sumber media. Ini meningkatkan lagi kekerapan mereka untuk bermain judi. Ini sekali gus akan membentuk sikap positif terhadap perjudian secara umumnya dan secara tidak langsung akan menyebabkan wujudnya pejudi patologikal secara perlahan-lahan. 4.10 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian loteri Kassinove (1998) dalam kajiannya mendapati wujud sikap yang positif terhadap perjudian loteri. Ini mungkin disebabkan penambahan bilangan pusat penjualan loteri yang memudahkan pembelian dan juga keinginan bertingkah laku adalah punca kepada sikap kongruen iaitu sikap positif terhadap sesuatu perkara itu (Myers, 1993). Dalam kajian ke atas pelajar UMS, didapati kekerapan berjudi memberi sumbangan 42% ke atas sikap terhadap perjudian. Kekerapan untuk membeli tiket loteri secara berulang kali ini mungkin disebabkan wujudnya pusat-pusat penjualan tiket loteri. Tambahan pula, wujud juga penjual tiket loteri dari rumah ke rumah yang biasanya ke kawasan kampung yang jauh dari pusat penjualan tiket. Maka tidak hairanlah kekerapan berjudi dapat mempengaruhi sikap seseorang terhadap perjudian, khususnya loteri. Ini kerana semakin kerap individu itu bermain perjudian loteri ini, maka semakin positif sikap individu tersebut terhadap perjudian loteri.

4.11 Pengaruh kekerapan berjudi ke atas sikap terhadap perjudian kad Kajian ini mendapati kekerapan berjudi juga mempengaruhi sikap terhadap perjudian kad. Perjudian kad merupakan permainan yang boleh dimainkan pada bila-bila masa sahaja berbanding perjudian loteri yang mempunyai masa-masa tertentu bagi membuat cabutan tiket pemenang. Perjudian kad biasanya berlaku semasa perayaan-perayaan besar seperti Tahun Baru Cina dan perayaan Krismas. Namun pada waktu-waktu seperti ahli keluarga berkumpul contohnya semasa harijadi ataupun semasa hari keluarga, permainan perjudian kad ini sering digunakan sebagai hiburan dan juga untuk mendapatkan keuntungan. Walau bagaimanapun, perjudian ini hanya dimainkan sekiranya

perayaan atau aktiviti tersebut dirayakan. Namun ada juga individu yang akan bermain permainan perjudian ini pada setiap minggu atau bulan. Kajian Volberg (2003), mendapati mereka yang berumur 18 sehingga 19 tahun merupakan kumpulan yang paling kerap bermain judi dalam masa sebulan iaitu sebanyak 27.5% berbanding mereka yang berumur 20 sehingga 22 tahun dengan 24.7% sahaja. Boleh dilihat di sini golongan remaja lebih gemar bermain perjudian kad kerana mereka tidak dibenarkan bermain perjudian loteri. Kekerapan mereka bermain perjudian kad berbanding perjudian lain yang tidak dibenarkan menyebabkan sikap positif mereka terhadap perjudian kad akan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Mungkin apabila umur mereka meningkat, mereka dapat membiasakan diri dengan perjudian kad

dan mengganggap perjudian kad sebagai sesuatu yang normal biarpun masyarakat memandangnya sebagai sesuatu yang salah di sisi agama dan norma masyarakat.

BAB 5

PENUTUP

5.1

Pendahuluan

Bab ini mengutarakan rumusan daripada hasil kajian yang telah dilakukan dan diperoleh daripada pengkaji. Di dalam bab ini juga, perbincangan berkenaan implikasi, masalah yang dihadapi dan limitasi berkenaan kajian dikemukakan. Selain itu, saranan kajian juga disertakan bagi pengkaji yang berminat mengkaji lebih lanjut berkenaan sikap terhadap perjudian dalam konteks masyarakat yang berbeza pula. 5.2 Rumusan kajian

Kesemua hipotesis yang dibentuk oleh pengkaji secara keseluruhannya boleh diterima. Kesemua hasil kajian menunjukkan keputusan yang signifikan dan keadaan ini sememangnya menyokong hipotesis yang dibentuk. Hipotesis yang menyatakan terdapat perbezaan di antara golongan lelaki dan perempuan dari segi sikap terhadap perjudian disokong dalam kajian ini. Dapatan ini selari oleh dengan para dapatan kajian–kajian lepas yang golongan pernah lelaki

dikemukakan

pengkaji

yang

mengatakan

sememangnya bersikap positif terhadap perjudian berbanding golongan perempuan. Namun, dari segi sikap terhadap perjudian kad, keputusan yang tidak signifikan telah diperoleh. Keadaan ini mungkin disebabkan golongan

lelaki dan perempuan di dalam kajian ini hanya berasakan perjudian kad boleh dimainkan secara bersama tanpa wujud unsur pertaruhan dan hanya untuk keseronokan sahaja berbanding perjudian loteri yang memerlukan wang untuk sebarang pertaruhan. Kajian ini dapat merumuskan yang masyarakat di institut pengajian tinggi kini khususnya di kalangan belia melihat perjudian itu sebagai satu permainan yang boleh diterima di dalam konteks masyarakat di Malaysia, tidak kira sama ada individu tersebut perempuan mahupun lelaki. Namun golongan lelaki sememangnya kumpulan yang telah dilabelkan sebagai golongan yang gemar berjudi dan dapatan kajian ini dan kajian lepas menyokong kenyataan ini. Merujuk kepada pendapatan ibu bapa atau isi rumah secara keseluruhannya di dalam kajian ini, mereka yang mempunyai ibu bapa yang berpendapatan isi rumah RM1001 dan ke atas mempunyai sikap yang positif untuk bermain judi berbanding mereka yang mempunyai keluarga yang berpendapatan RM1000 dan ke bawah. Keadaan ini

menunjukkan pendapatan yang tinggi juga menggalakkan masyarakat untuk berjudi dan situasi ini boleh dikaitkan dengan faktor kepuasan dan keseronokan diri. Kemiskinan yang dialami oleh sesebuah keluarga itu sehingga menjadikan perjudian sebagai medan untuk mengubah keadaan keluarga tidak akan mampu memberhentikan tabiat atau sikap terhadap perjudian. Hal ini kerana kemenangan akan menyebabkan keseronokan dan kepuasan dalam diri seseorang seperti yang dikemukakan oleh Abraham Maslow dalam Teori Hierarki Keperluan Maslow. Keadaan ini sebagai motivasi yang diperoleh daripada kemenangan yang memuaskan kehendak fisiologi dan

seterusnya kepada penyempurnaan keperluan lain (Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2003).

5.3

Implikasi kajian

Daripada kajian ini, dapat dilihat beberapa implikasi yang wujud. Salah satunya adalah kajian ini telah menyedarkan kita sebagai masyarakat bahawa faktor agama dan budaya tidak lagi menjadi alasan mengapa sikap yang positif terhadap perjudian ini tidak berlaku dalam kalangan belia di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Mungkin keadaan ini berlaku akibat gerbang media terutamanya melalui laman – laman web internet yang semakin mudah untuk dimasuki oleh para pengguna pelbagai umur. Pengusaha industri ini telah menjadikan internet sebagai produk pengiklanan kepada pasaran perjudian mereka yang sememangnya tanpa had. Permainan yang bercorak hiburan telah berjaya membawa seseorang individu itu untuk lebih kerap bermain judi dalam apa jua jenis permainan. Walaupun kajian yang dilakukan pengkaji hanya terhadap perjudian kad dan loteri sahaja, informasi dan kaedah bermain mengenai perjudian permainan tersebut begitu mudah diperoleh pada masa kini, apalagi sekiranya menggunakan internet. Oleh itu, kajian ini serba sedikit dapat melihat situasi masa kini yang mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap perjudian. Selain itu, kajian ini juga telah dapat mengetengahkan kepada masyarakat tahap kekerapan berjudi dalam kalangan belia terutamanya golongan pelajar universiti. Biarpun masih di tahap yang jarang bermain, namun tidak mustahil sekiranya mereka yang dikategorikan jarang bermain

akan berubah kepada tahap sering bermain pada masa akan datang. Budaya perjudian ini akan semakin mudah menular sekiranya pada peringkat awalan lagi masalah ini tidak disekat. Kajian ini diharap dapat menyedarkan semua pihak, tentang penerimaan masyarakat terhadap perjudian masih pada tahap sederhana dan masih boleh dikurangkan sebelum menimbulkan masalah lain seperti pejudi patologikal dan masalah sosial. Oleh itu, kajian lanjutan harus sentiasa dijalankan bagi mengetahui sikap masyarakat tempatan terhadap perjudian. Kajian ini juga dapat memperbanyakkan lagi usaha dalam mengkaji aspek perjudian dari sudut psikologi seperti sikap dan tingkah laku. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pengkaji–pengkaji akan datang untuk mendapatkan sumber rujukan tambahan terutamanya mereka yang

mengaitkan aspek perjudian dalam psikologi. 5.4 Masalah kajian

Wujud beberapa masalah semasa pengkaji menjalankan kajian ini dan seharusnya pengkaji lain yang mahu menjalankan kajian berkenaan aspek perjudian dapat memperbaiki atau mencari penyelesaian awal sebelum kajian dilakukan. Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji adalah masalah alat kajian yang digunakan. Walaupun pengkaji mempunyai alat kajian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, namun banyak item–item yang terpaksa diubah daripada item yang asal. Hal ini bertujuan menyesuaikan item tersebut dengan konteks masyarakat tempatan dan bagi memastikan alat kajian ini boleh digunakan dan difahami oleh subjek kajian.

Selain itu, item yang menyoal berkenaan pendapat umum masyarakat terhadap perjudian juga tidak banyak dalam alat kajian asal. Tambahan pula, persoalan yang ditimbulkan sememangnya lebih kepada masyarakat di negara Barat dan ini menyukarkan pengkaji mengubah set soalan kepada perspektif di negara Timur. Pengkaji bimbang pengubahsuain ini akan mengganggu kebolehpercayaan dan keesahan alat kajian. Di samping itu, banyak item yang hampir sama dalam setiap soalan menyebabkan subjek kajian tidak memahami persoalan yang cuba diutarakan. Keadaan ini memberi masalah kepada pengkaji pada peringkat awal namun melalui perbincangan dengan pensyarah, keadaan ini telah dapat diatasi. Diharap, pengkaji yang akan datang dapat memahami alat kajian dengan lebih jelas dahulu sebelum menggunakannya dalam kajian sebenar. Masalah lain yang wujud adalah dari segi kerjasama daripada subjek kajian. Daripada 200 borang soal selidik yag diedarkan, hanya 155 borang yang lengkap diisi sahaja diperoleh atau boleh dianalisa. Borang soal selidik yang selebihnya sememangnya tidak boleh digunakan akibat beberapa masalah yang timbul. Antara masalah tersebut adalah banyak bahagian yang tidak diisi contohnya pada bahagian jantina dan pendapatan ibu bapa. Kekosongan ruangan ini sememangnya menyukarkan kepada pengkaji kerana bahagian itu diperlukan dalam menjawab hipotesis yang telah dibentuk. Ada juga borang soal selidik yang tidak dikembalikan dan keadaan ini menyebabkan harapan untuk mendapatkan 200 borang soal selidik yang telah siap disi tidak tercapai dalam kajian ini. 5.5 Limitasi kajian

Di dalam bahagian, terdapat beberapa limitasi kajian yang wujud. Dari segi alat kajian, kebanyakkan alat kajian yang diperoleh pengkaji adalah lebih kepada perspektif masyarakat Barat contohnya Gambling Attitude Survey yang dibentuk oleh Kassinove. Kekurangan alat kajian berkenaan sikap terhadap perjudian ini dalam konteks tempatan sememangnya menjadi limitasi dalam menjalankan kajian sebegini. Selain itu, kajian ini juga tidak dapat mengkaji kesan judi ke atas masalah sosial seperti mencuri, pengambilan alkohol dan dadah, dan masalah sosial yang lain. Kajian ini hanya dapat melihat kekerapan berjudi seseorang itu sahaja. Pengkaji yang ingin membuat kajian berkenaan aspek perjudian di masa akan datang seharusnya menumpukan kaitan masalah sosial dengan perjudian. Perkaitan ini akan dapat membantu mengenal pasti mengapa sesetengah pejudi itu kerap melakukan kesalahan sosial. Kajian ini juga tidak dapat mengkaji aktiviti perjudian yang lain seperti perjudian di kasino, lumba kuda, kad gores dan menang dan sebagainya. Kajian ini hanya mengkaji dua aktiviti perjudian yang sering dimainkan seperti perjudian loteri dan kad sahaja. Limitasi ini dipengaruhi oleh kawasan kajian dan pengetahuan berkenaan perjudian kerana selain perjudian loteri dan kad, perjudian yang lain kebanyakkan dimainkan oleh golongan awal dewasa berbanding remaja. Pengkaji akan datang seharusnya

memperluaskan lagi kajian mereka dalam perjudian ini kerana banyak terdapat banyak jenis perjudian masa kini yanng boleh dikaji. Selain itu, pemilihan tempat kajian yang hanya fokus kepada subjek di kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) sahaja adalah limitasi

dalam kajian ini juga. Pemilihan UMS sebagai lokasi kajian sahaja sebenarnya tidak mencukupi bagi menilai tahap sikap remaja di Malaysia terhadap perjudian. Kajian ini juga tidak dapat di jalankan ke atas remaja dari kalangan pelajar bukan IPTA iaitu golongan remaja yang mengganggur ataupun bekerja. Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai risiko tinggi untuk menjadi pejudi patologikal kerana mereka lebih terdedah kepada aktiviti perjudian berbanding golongan remaja yang berpendidikan. 5.6 Saranan kajian

Pengkaji menyarankan kepada pengkaji lain yang mahu menjalankan kajian bagi permasalahan ini agar meluaskan lagi kajian mereka kepada perspektif belia yang lain dan bukannya kepada belia yang sedang menuntut di IPTA mahupun IPTS. Ini bagi meningkatkan lagi hasil keputusan yang bakal diperoleh. Selain itu, kajian ke atas masyarakat Malaysia juga adalah disarankan bagi membolehkan pengkaji meneliti tahap sikap masyarakat Malaysia terhadap perjudian masa kini. Di samping, kajian di setiap negeri juga boleh dilakukan bagi mengetahui tahap sikap perjudian di negeri tersebut supaya pemantauan oleh pihak berwajib boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah tersebut. Alat kajian yang lebih bersesuaian dengan keadaan persekitaran masyarakat tempatan harus dibentuk dan digunakan sebagai alat kajian bagi mengkaji sikap terhadap perjudian di negara ini mahupun negara Asia yang lain. Dengan adanya alat kajian ini, pengkaji–pengkaji lain yang hendak menjalankan kajian dapat menggunakan alat kajian tersebut khususnya dalam konteks tempatan.

RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Mohd.(1997). Daya pengaruh dan perubahan sikap. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas(M) Sdn.Bhd. Adebayo, B. (1998). Luck of the dice: Gambling attitudes of a sample of community college students. College Student Journal, 32, 255-257. American Psychiatric Association (1994). Diagnostic and statistical manual of mental disorders. (4th ed.). United States of America : Author. Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action. United States of America: Prentice Hall. Bar-On, R. & Parker, D.A.J. (2000). BarOn emotional quotient inventory: youth version(BarOn EQ – i:YV). United States of America: Multi – Health Systems Inc. Burnett, J., Ong, B., & Fuller, A. (1999). Correlates of gambling by adolescents. In: J, McMillen, L, Laker (Eds.), Developing strategic alliances. Proceedings of the 9th National Association for Gambling Studies Conference (pp.216–234), Gold Coast, Queensland. Davidson, L., Collins M. L., & Romboy, D. (2005). Gambling spurs social, legal woes. Amerika Syarikat: Desert Morning News.

Delfabbro, P. & Thrupp, L. (2003). The social determinants of youth gambling in South Australian adolescents. Journal of Adolescent, 26(3), 313 – 330. Fishbein, M. & Ajzen, L. (1975). Belief, attitude, intention and behavior: an introduction to theory and research. Reading, MA: Addison – Wesley. Furnham, A. (1986). Children’s understanding of the economic world. Australian Journal of education, 30, 219 – 240. Getrude Cosmas(1999). Sikap masyarakat luar bandar terhadap pembangunan dalam usaha pembasmian kemiskinan. Koleksi kertas kerja mini seminar: peranan psikologi dalam masyarakat Malaysia semasa. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Jackson, A. (1999). The impacts of gambling on adolescents and children. Report prepared for the Department of Human Services, Victoria, School of Social Work, University of Melbourne. Kassinove, J.I. (1996). Pathological gambling: The neglect epidemic. The Behavior Therapist, 19,102-104. Kassinove, J.I. (1998). Development of the Gambling Attitude Scales: Preliminary Findings. Journal of Clinical Psychology, 54(6), 763 – 771. Kassinove, J.I., Tsytsarev V.S., & Davidson I. (1998). Russian attitudes towards gambling.Journal of Psychology, 24(1), 41 – 46. Moore, S.M. and Ohtsuka, K. (1997). Gambling activities of young Australians: Developing a model of behavior. Journal of Gambling Studies, 13, 207– 236. Moore, S.M. and Ohtsuka, K. (1999). Beliefs about control over gambling among young people, and their relation to problem gambling. Psychology of Addictive Behaviors, 13, 339–347. Ngo Pei Nee (2002). Waktu dating pertama dan sikap dating remaja: pengaruh strategi keibubapaan dan faktor – faktor lain. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Oskamp, S. (1991). Attitudes and opinions.( 2nd Ed). New Jersey: Prentice Hall. Shaffer, H.J., LaBrie, R., Scanlan, K.M. & Cummings, T.N. (1994). Pathological Gambling Among Adolescents: Massachuttes Gambling Screen(MAGS). Journal of Gambling Studies, 10(4), 339 – 370. Shaffer H.J., Hall M.N., & Vander B.J. (1999). The prevalence of disordered gambling behavior in the United States and Canada: A research synthesis. American Journal of Public Health, 89(9), 1369 – 1376. Stinchfield, R. (2004). Demographic, psychosocial, and behavioral factors associated with youth gambling and problem gambling. In Gambling

Problems in Youth: Theoretical and Applied Perspectives, ed. Derevensky & Gupta, 27–40. New York : Kluwer Academic/Plenum Publishers. Thurstone, L.(1931). The measurement of social attitudes. New York: John Wiley & Sons. Inc. Wood, R.T.A., & Griffiths, M. (1998). The acquisition, development and maintenance of lottery and scratchcard gambling in adolescence. Journal of Adolescence, 21, 265 – 273. Wood, R.T.A., & Griffiths, M. (2002). Risk factors in adolescence: The case of gambling, videogame playing, and the Internet. Journal of Gambling Studies, 16(2/3), 199– 226. Wood, R.T.A., & Griffiths, M. (2004). Adolescent lottery and scratchcard players: do their attitudes influence their gambling behaviour?. Journal of Adolescence, 27, 467 – 475. Wickwire, M.E. , Whelan, P.J. , Meyers, W.A. , & Murray, M.D. (2007). Environmental correlates of gambling behaviour in urban adolescents. Journal of Abnormal Child Psychology. 35, 179 – 190.

RUJUKAN ATAS TALIAN Anderson, K. (2005). Gambling. Dicetak pada 14 Jun 2008. (atas talian) http://www.probe.org/content/view/662/0/ Creigh–Tyte, S. & Lepper, J.(2004). Survey of participation in, and attitudes towards,gambling. Dicetak pada 16 November 2007. (atas talian) www.culture.gov.uk. National Gambling Impact Study Commision (2007). Lotteries. Dicetak pada 18 November 2007.(atas talian) http://www.NationalGamblingImpactStudyCommision . National Council on Problem Gambling (2006). Dicetak pada 14 Jun 2008. ( atas talian) http://www.ncpg.org.sg/research/NCPG_PE_Baseline_Survey_Report.pdf Lewis, E. (2008). Gambling and Islam: Clasing and Co – Existing. Dicetak pada 14 Jun 2008.(atas talian) http://www.math.byu.edu/~jarvis/gambling/Student-papers/EricLewis.pdf

Lotteries (2007). Dicetak pada 18 November http://www.MSNEyclopediaArticle.com.

2007.

(atas

talian) talian)

Lotteries (2007). Dicetak pada 18 November 2007. (atas http://www.NationalGamblingImpactStudyCommission.com.

Pusat Kajian Pew (2007) Pew Social Trends Reports. Dicetak pada 22 Febuari 2008.(atas talian) http://www.pewresearch.org. Pratte E.D (2002). Is Gambling Moral or Immoral? Dicetak pada 14 Jun 2008. (atas talian) http://www.gospelway.com/morality/gambling.php. Rosati, M.K. (2008) Legalized Gambling in Hawaii: A very Bad Bet. Dicetak pada 14 Jun 2008.(atas talian) http://www.HawaiiFamilyForum.com . Shu-Zhen Kuang (2005). Compulsive Gambling:Why Gambling. Dicetak pada 14 Jun 2008. (Atas talian) http://serendip.brynmawr.edu/bb/neuro/neuro05/web3/skuang.html Volberg, R. (2003) On the Path to Problem Gambling: National Survey Shows Casinos, Slots And Lotteries Attract Youth Into Potentially Addictive Habit. Dicetak pada 19 Januari 2008. (atas talian) http://www.TheAnnenbergNationalRiskSurveyofYouth.com. Wallisch, S.L. (1996). Gambling in Texas: 1995 Surveys of Adult and Adolescent GamblingBehavior. Dicetak pada 14 Jun 2008. (atas talian) http://www.tcada.state.tx.us

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful