Majalah

Media cetak seterusnya ialah majalah. Tidak seperti akhbar, majalah mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. Jika akhbar menyampaikan segala bentuk maklumat bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat majalah , pula lebih menumpukan kepada menyampaikan maklumat-maklumat tertentu dan spesifik sahaja. Di samping itu, maklumat yang disampaikan oleh akhbar bersifat harian dan ,akhbar memberi tumpuan yang tinggi terhadap soal ketepatan masa (timeliness) sesuatu berita itu. Berbanding majalah, isu-isu yang diketengahkan adalah semasa tetapi ³sense of urgency´ nya tidaklah begitu tinggi. Maka ia boleh diterbitkan secara bulanan atau mingguan.Kesannya ialah maklumat yang disebarkan melalui akhbar adalah umum disebabkan ia terpaksa menyampaikan pelbagai jenis berita setiap hari untuk memenuhi kehendak pembaca yang pelbagai. Sementara informasi yang disampaikan oleh majalah bersifat mengkhusus iaitu hanya menumpu kepada bidang-bidang tertentu dan pembaca tertentu sahaja. Ia memenuhi keperluan spesifik pembaca dengan mengetengahkan isu-isu spesifik. Namun, majalah masih dikategorikan sebagai media-massa kerana ia mempunyai pembaca yang luas dan bersifat massa. Penyampaian maklumat dilakukan oleh komunikator profesional dengan menggunakan teknologi yang mengkhusus. Menurut John Merrill dan Ralph Lowenstein, majalah boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu Unit Pengkhususan (Unit Specialisation) dan Pengkhususan Dalaman (Internal Specialisation). Unit Pengkhususan bermaksud majalah yang mana sasaran pembaca mempunyai minat tertentu. Misalnya :- Majalah Remaja. Pengkhususan Dalaman pula ialah majalah yang menerbit isu-isu umum, yang mempunyai pembaca yang luas serta menyediakan artikel dari pelbagai isu. (Dewan Masyarakat, Times, Newsweek). Sejarah Perkembangan Majalah di Dunia & Malaysia
Majalah sebagai salah satu bentuk media cetak memiliki sejarah perkembangan yang cukup panjang hingga saat ini.Di England, majalah yang pertama wujud pada awal abad ke-18 iaitu majalah

³Review´ yang sebenarnya gabungan sebuah majalah dan akhbar. Ini diikuti dengan majalah ³Tatler´ ± kedua-dua majalah ini memuatkan artikelartikel mengenai sastera dan satira. Manakala di Amerika Syarikat, majalah yang pertama diterbitkan ialah majalah ³American Magazine´ oleh Andrew Bradford dan Benjamin Franklin yang menerbitkan majalah ³General Magazine and Historial Chronicle´ pada tahun 1741. Majalah-majalah di Amerika Syarikat disasarkan kepada golongan elit dan juga segelintir masyarakat yang mana tahap celik hurufnya adalah tinggi .Menjelang abad ke-19, majalah mula mengalami perkembangan yang pesat dan menjadi sebuah industri yang besar. Perkembangan pesat itu disebabkan oleh meningkatnya teknologi dalam percetakan, bertambahnya kadar celik huruf akibat polisi pendidikan wajib di sekolah-sekolah dan juga pembaharuan-pembaharuan sosial yang berlaku di dalam masyarakat. (De Fleur dan Dennis, 1996). Pada ketika itu, majalah-majalah yang diterbitkan kebanyakan mengetengahkan soal-soal kesusasteraan, politik, agama dan juga sosial. Apabila berakhirnya, Perang Saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1865, majalah telah mula memperkenalkan budaya popular dalam isu keluarannya. Bagaimanapun periode selepas Perang Dunia Kedua, barulah majalah mula berkembang dengan pesat sekali. Pada waktu inilah, majalah mula mengetengahkan isu-isu yang berkisar mengenai kehidupan seharian pembaca di samping bermulanya nilai konsumerisme dalam majalah.Antara jenis -jenis majalah yang mula diterbitkan ialah McCall¶s dan Cosmopolitan, dua majalah yang begitu terkenal sehingga kini.

Di Malaysia, majalah berbahasa Melayu yang pertama pada abad ke -20 ialah Khizanah Al-Ulum diikuti oleh Al-Imam dua tahun kemudiannya. (Hamedi Mohd Adnan, 2003) Dunia permajalahan Melayu aktif pada tahun 1990-an kerana terdapat rangsangan untuk peningkatan prestasi penerbitan lebih banyak berbanding dulu. Menurut Dr Hamedi, faktor kecanggihan teknologi penerbitan iaitu desktop publishing telah membuka laluan kepada semua individu yang berminat untuk memulakan perniagaan penerbitan. PERANAN MAJALAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT Secara umumnya, majalah dikatakan memainkan peranan pembentukan budaya dalam kehidupan pembacanya. Berbeza dengan akhbar, majalah menentukan aliran pemi iran dan k cara hidup masyarakat mengikut peredaran zaman. Menurut John Vivian (1997), majalahmajalah di Amerika Syarikat menyumbang kepada pembentukan konsep kenegaraan kepada masyarakat. Majalah yang awal di Amerika membawa kepada pembentukan pembaca di tahap nasional. Majalah-majalah tersebut menyiarkan kesusasteraan Amerika dan membentuk identiti nasional rakyat Amerika. Selain dari itu, majalah juga dilihat sebagai saluran periklanan yang pertama di dunia. Sebelum wujudnya, media-massa yang lain para pengiklan menggunakan majalah untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka kepada para pengguna. Di Malaysia, peranan majalah berubah mengikut perkembangan semasa. Menurut Dr Hamedi yang mengkaji mengenai kegiatan dan perkembangan majalah Melayu di Tanah Melayu, perkembangan awal penerbitan majalah Melayu di negara didorong oleh dua faktor iaitu (1) eksploitasi agama dan (2) perjuangan bersifat kebangsaan. (Hamedi Mohd Adnan, 2003). Isu agama menjadi tema kepada isu-isu yang dibincangkan dalam majalah Melayu sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, suasana sosial masyarakat mula berubah di mana pengenalan kepada satu bentuk media baru iaitu wayang gambar ± filem telah menyebabkan masyarakat beralih minat dari isu-isu politik dan sosial kini beralih kepada hiburan. Masyarakat dikatakan lebih suka membaca kisah -kisah artis sama ada dari Barat mahupun Hindi dan Indonesia maka majalah -majalah hiburan lebih popular dari majalah umum dan agama. Akibatnya, penerbitan majalah tempatan terpaksa berubah dari berbentuk agama kepada bentuk komersil dan hiburan demi ³survival´ mereka. (Hamedi Mohd Adnan, 2003). Model pembangunan berasaskan sistem kapitalis telah mengubah matlamat dan peranan majalah dari sebuah institusi yang mempunyai tanggungjawab sosial kepada satu industri yang berbentuk komersil dan mementingkan keuntungan. Dulu, majalah diwujudkan kerana untuk memberi kesedaran agama dan s emangat nasionalisme melalui hasil-hasil kesusasteraan kini majalah wujud bagai cendawan tumbuh kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan. Apabila satu penerbitan itu diwujudkan sebagai satu entiti perniagaan maka falsafah editorialnya akan menyentuh isu-isu yang mendapat meraih sokongan pengguna. Dalam keadaan ini, majalah mula menumpu kepada pengembangan budaya-budaya popular yang akhirnya membentuk budaya konsumerisme. Jumlah majalah fesyen, wanita, hiburan, berbentuk hobi lebih banyak dan diwujudkan untuk menggalakkan orang ramai supaya menumpu kepada minat masing -masing. Bagaimanapun, dalam menggalakkan orang ramai ke arah minat mereka, majalah itu turut menarik mereka kepada hal-hal yang remeh.Kemunculan majalah ³Playboy´ pada tahun 1953 menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iaitu mereka yang menjadi pengkritik sosial dan pelopor budaya popular. Wujudnya media yang bersifat mengkhusus seperti majalah juga telah membawa kepada pembentukan pemikiran individualistik di kalangan masyarakat yang semakin luntur kesedaran sosialnya