i)

Bahagian Pertama ± Deskripsi Kerjaya Pilihan Saya. Saya adalah pelajar berkelulusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan (UiTM) dan

InsyaAllah bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (USM) dengan major Mikrobiologi dan minor Psikologi. Berdasarkan kelulusan yang ada, saya berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PHD. Hal ini kerana saya mempunyai kecenderungan menjadi seorang pensyarah di institusi pendidikan di Malaysia. Oleh kerana minat yang mendalam, serta berlatar-belakangkan bidang sains, maka saya memilih kerjaya sebagai golongan pendidik sebagai pilihan utama.

ii)

Bahagian Kedua ± Aplikasi Psikologi Sosial Menurut Holland, untuk seseorang individu menikmati dan gembira dengan

kerjayanya bagi jangka masa yang panjang, personaliti dan kerja harus serasi agar kerja tersebut lebih bermakna dan realistik. Hal ini bertepatan dengan µPersonality Type Theory¶ dimana teori ini menekankan tentang betapa pentingnya untuk menyesuaikan personaliti dengan kerjaya. Berdasarkan ini, terlebih dahulu, sebelum saya mengorak langkah untuk menjadi seorang pensyarah, adalah lebih baik saya menerapkan personaliti yang baik dan bersesuaian untuk saya menjadi golongan pendidik yang baik. Sikap yang boleh diterapkan ialah sikap suka membantu. Ini terdapat dalam konsep Empati iaitu membantu. Menurut kajian, empati dapat mengurangkan emosi negatif yang dialami. Sudah menjadi lumrah dalam mengajar, tidak semua pelajar akan memahami semua yang kita ajarkan. Oleh kerana itu, pelajar akan datang berjumpa untuk menanyakan berbagai soalan. Empati akan mendorong saya membantu mereka sebaik mungkin agar mereka benar-benar memahami apa yang saya ajarkan. Manusia tidak lari dari perasaan marah dan bosan, dan kadangkala mungkin saya akan merasa malas untuk membantu pelajar. Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, empati boleh dipengaruhi oleh pengaruh emosi. Saya perlu lebih positif dalam emosi dan juga sentiasa dalam keadaan wangi, dimana wangian dipercayai dapat membantu dalam meningkatkan empati dalam diri. Individu yang normal seperti saya, perlu bersikap profesional. Oleh kerana itu, saya harus membezakan antara Identiti Personal dan juga Identiti Sosial saya agar tingkahlaku dan keputusan yang bakal saya ambil tidak dipengaruhi oleh mana-mana identiti tersebut seandainya tidak berkaitan. Golongan pendidik yang bagus adalah mereka yang boleh
1

mengubah sikap pelajar dengan menggunakan pelbagai mesej. Ini boleh disempurnakan menggunakan teknik persuasi. Saya percaya dengan diri saya sendiri bahawa saya adalah seorang individu yang memiliki personaliti menarik dan boleh dipercayai. Dengan menggunakan teknik emosi, saya percaya saya mempunyai peluang yang tinggi untuk melancarkan teknik persuasi dengan jayanya terhadap pelajar-pelajar saya yang memerlukan pandangan saya. Emosi memainkan peranan penting apabila tindakan seseorang mempengaruhi emosi kita. Ini ialah kesan terus emosi dimana seseorang individu akan suka kepada individu yang lain yang selalu mewujudkan emosi yang positif tentang individu tersebut. Oleh itu, sebagai pensyarah, saya seharusnya menjadi individu yang merendah diri dan sentiasa beringrasiasi kepada pelajar. Ingrasiasi kepada mereka bermakna saya akan memberi peluang kepada mereka untuk mengutarakan pandangan masing-masing, melayan setiap soalan yang mereka tujukan, menghormati pandangan dan pendirian pelajar serta memuji mereka yang berani bangkit menanyakan soalan dan memberi pandangan sendiri. Kesan rendah diri dan ingrasiasi kepada pelajar sedikit sebanyak dapat menimbulkan rasa dihormati dikalangan pelajar dan dengan ini, prinsip µKuasa Proksimiti¶ akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Pendidik harus memiliki atau membina hubungan yang rapat dalam erti kata profesional terhadap pelajar bagi memahami permasalahan sebenar yang dihadapi oleh sesetengah pelajar yang bermasalah. Melalui hubungan rapat ini, µKuasa Proksimiti¶ dapat dibentuk. Proksimiti ini boleh kita katakan sebagai kerapatan. Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan tarikan dan hubungan. Hal ini kerana, kita hanya boleh tertarik degan mereka yang ada µkontek¶ dengan kita. Tertariknya pelajar dengan pendidik mudah untuk , saya dedahkan kepada mereka perkara-perkara yang boleh memotivasikan mereka untuk lebih gigih berusaha, kerana semakin kita terdedah kepada sesuatu perkara, semakin tinggi kebarangkalian membuat evaluasi positif atau menurut kajian Moreland dan Beach, semakin kita terdedah, semakin kurang keresahan (anxiety) dan penilaian negatif. Adalah dengan ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat mengubah pendirian pelajar saya agar terus berusaha gigih dan menjadi pelajar yang berkualiti dari segi personaliti dan akademik. Pensyarah juga sedikit sebanyak memainkan peranan dalam membantu membentuk skema tentang pelajar di suatu institusi pendidikan. Pensyarah juga berhak menentukan personaliti yang harus digunapakai dalam kelas pensyarah tersebut. Saya lebih gemar menerapkan µTowering Personality¶ kepada pelajar-pelajar saya. Personaliti yang
2

merangkumi pemakaian, pemikiran dan tingkahlaku dalam kehidupan. Pemakaian yang kemas dan mengikut peraturan, disiplin yang tinggi serta menghormati satu sama lain. Saya akan cuba menjadikan skema ini berkembang dan lebih kukuh kerana skema yang kukuh dan berkembang dapat mempengaruhi pemikiran.Bagi suatu jangka masa tertentu, penerapan skema ini akan menjadi Heuristik Perwakilan. Heuristik perwakilan adalah strategi membuat penilaian berdasarkan berapa serupa stimuli atau kejadian sekarang dengan stimuli atau kejadian dalam kategori tersebut. Masyarakat setempat mahupun seluruh Malaysia akan mempunyai heuristik bahawa pelajar yang memiliki µTowering Personality¶ ini adalah pelajar daripada institusi pengajian tempat saya mengajar. Bagi memastikan kelancaran pengajaran saya didalam kelas, pengaruh sosial dapat saya manipulasikan agar pelajar menjadi lebih patuh. Pengaruh sosial ini termasuklah kepatuhan, komplian dan penurutan. Pada konteks saya sebagai pensyarah, konsep kepatuhan adalah lebih relevan, dimana pelajar akan patuh kepada pensyarah atas dasar autoriti. Arahan saya akan mereka ikuti termasuklah dalam memberi tugasan dan mengarahkan mereka untuk menyiapkan tugasan tersebut dalam suatu jangka masa tertentu agar tidak mengganggu jadual pembelajaran untuk sillibus yang lain. Namun begitu, saya tidak seharusnya percaya saya akan sentiasa dapat mematuhi jadual sillibus kerana Falasi Perancangan boleh berlaku. Ia merujuk kepada terlalu optimistik tentang jangkaan waktu yang diperlukan untuk menjalankan suatu tugasan. Oleh itu, saya perlu sentiasa bersedia untuk mengejar sillib us pengajaran agar tidak lari dengan jadual. Ujian dan kuiz harus sentiasa berjalan mengikut jadual kerana ia penting untuk saya menilai prestasi pelajar saya secara individual dan mengelak daripada berlakunya µsocial loafing¶ atau perlepakan sosial. Pensyarah turut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan ku aliti akademik pelajar. Selain daripada teknik pengurusan impressi, saya turut boleh menggunakan perbandingan sosial kepada pelajar saya. Berdasarkan Teori Perbandingan Sosial Festinger, saya akan menyeru pelajar saya untuk membandingkan diri dengan individu lain yang lebih berjaya dalam bidang mereka untuk dijadikan sebagai role model. Dalam erti kata lain, perbandingan ke atas dimana kita membandingkan diri sendiri dengan individu yang le bih berjaya. Turut jangan dilupakan adalah perbandingan kebawah iaitu membandingkan diri kita dengan mereka yang kurang bernasib baik seperti kita. Oleh itu, palajar akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki dan dapat kekal positif tentang diri send Merujuk iri. tentang apa yang telah saya sebutkan tadi, pengurusan impressi juga dapat meningkatkan kualiti pelajar saya malah diri saya sendiri. Strategi untuk kelihatan bagus adalah dengan
3

meningkatkan diri dengan meningkatkan daya tarikan, mengenakan pakaian yang kemas dan bergaya, tampil berbakat dan memberi maklumat yang positif tentang diri saya sendiri. Manakala dalam meningkatkan kualiti pelajar saya atau orang lain, saya harus memberi pujian, memberi persetujuan atau menunjukkan minat tentang pendapat dan cadangan mereka, memberi bantuan kepada mereka (berempati), meminta pendapat mereka dan melahirkan rasa suka kepada mereka. Pengurusan impressi ini bagus kerana ia memberikan refleksi interaksi dua arah antara pelajar dan pensyarah. Pengajaran secara produk dan proses juga akan menjadi mudah untuk dilaksanakan. Berada di negara berbilang kaum seperti Malaysia, sikap prejudis, stereotaip negatif dan diskriminasi perlu dielakkan. Perkara ini perlu saya elakkan terutama sekali didalam kuliah. Saya perlu mendidik pelajar saya dan menekan kepada mereka untuk belajar untuk tidak membenci, menerapkan konsep 1Malaysia seperti yang dilaungkan oleh kerajaan Malaysia dan mendidik pelajar agar menolak stereotaip yang negatif. Saya sendiri harus memainkan peranan penting dalam pengaruh sosial dengan menunjukkan bahawa saya tiada stereotaip negatif tertentu terhadap pelajar yang berketurunan atau kaum yang berbeza dengan saya atau berlainan gender. Saya harus menerapkan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia adalah serumpun dan dengan ini adalah diharapkan prejudis dapat dikurangkan dan suasana harmoni didalam kelas mahupun diluar dapat dikekalkan hingga ke peringkat masyarakat Malaysia amnya. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam ujian mahupun kuiz dan peperiksaan akhir, akan saya berikan ganjaran disamping pujian dan penghargaan. Ini adalah sebagai dorongan mereka untuk berusaha dengan lebih gigih. Pendekatan ini adalah Pelaziman Instrumental dimana ia adalah satu bentuk pembelajaran asas dimana tindakba las yang membawa kepada ganjaran atau pengelakkan dari hukuman diperkukuhkan. Saya harap aplikasi teori Psikologi Sosial yang dapat saya gunakan akan dapat membantu saya dalam membentuk kerjaya yang ideal untuk personaliti saya dan demi masa depan saya sendiri.

4