Definisi Rasuah Rasuah merupakan suatu jenayah ataupun kesalahan undang-undang dimana seseorang itu mendapat kebebasan

, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:• • • •

Meminta / Menerima Rasuah Menawar / Memberi Rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahguna Jawatan / Kedudukan

Sekiranya pemberian rasuah tidak dibendung dengan segera, maka ini akan mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Ini adalah kerana masyarakat tidak mematuhi undang-undang dengan sepenuhnya. Lantaran itu, kegiatan jenayah dan ketidakadilan semakin berleluasa. Rasuah adalah satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau keistimewaan (favours) daripada pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Ini merupakan definisi yang diberikan berkaitan tentang rasuah. Menurut Bahasa Latin, rasuah berasal daripada corruptio, iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyogok. Secara tidak langsungnya, mesej yang paling jelas dapat disampaikan melalui pengertian rasuah ialah ia merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja agama malah kemanusiaan sekalipun menolaknya secara total. Mengikut Tranparency International, rasuah adalah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang.

Rasuah mencakupi empat perkara: 1- Melanggar undang-undang yang dikuatkuasa 23Penyalahgunaan harta negara Merugikan negara

4- Memperkayakan diri sendiri dan kerabat Manakala Badan Pencegah Rasuah (BPR) meletakkan empat kesalahan utama dalam rasuah merangkumi:
• • • •

Meminta / Menerima Rasuah Menawar / Memberi Rasuah Membuat Tuntutan Palsu Menyalahguna Jawatan / Kedudukan

Ini boleh dikatakan bahawa rasuah merupakan cabang daripada korupsi. Rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan perkembangan ekonomi dan merencatkan perjalanannya. Para pakar ekonomi berpendapat, beberapa buah negara Asia dan Afrika sangat lemah daripada sudut perkembangan ekonomi khususnya di Afrika kerana rasuah berbentuk “penagihan sewa” yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukan dalam negara. Mengikut jabatan Mufti Brunei, terdapat beberapa faktor, ancaman, dan kesan yang besar dampaknya bahana rasuah.

Punca Berlakunya Rasuah Antara punca berlakunya rasuah ialah : a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa

Seseorang itu perlulah mengetahui bahawa rasuah adalah dilarang sama sekali oleh agama dan undang-undang. Walaupun begitu, ia tetap dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuknunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b)

Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c)

Sosial dan budaya

Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d)

Modenisasi

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak banyaknya Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan

tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Selain itu, juga terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan berlakunya rasuah. Antaranya ialah:1.Hilang atau lemahnya nilai keagamaan 2.Tabiat manusia yang amat menyukai harta kekayaan 3.Tidak amanah 4.Tidak ada penerapan hukum agama 5.Kurang kefahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam secara betul dan menyeluruh 6.Banyak berhutang 7.Tamak 8.Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah 9.Faktor sosial yang menganggap rasuah sebagai satu cara hidup 10.Belanja hidup yang kian meningkat Kesan-kesan Rasuah Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung

kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah hanya akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu, pemerintahan akan menjadi lemah apabila setiap kali rasuah berlaku. Lantaran itu, pemerintah akan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakantindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Contohnya, di Filipina telah mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dibendung.

Langkah-langkah Mencegah Rasuah Antara langkah-langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut:-

 Memantapkan iman dan mengukuhkan jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

 Memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
Perasaan benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan dapat membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

 Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlulah dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

 Memudahkan urusan dengan menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses. Manakala ancaman terhadap orang yang terlibat dengan rasuah sama ada secara langsung atau tidak ialah: 1.mendapat balasan daripada Tuhan 2.akan disambar api neraka

3.satu dosa yang besar 4.haram juga bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada individu, malah juga kepada masyarakat dan negara Kesan kepada individu 1.Hilang kerjaya 2.Jatuh moral dan maruah 3.Terima hukuman di dunia dan di akhirat 4.Hancur keharmonian rumah tangga 5.Keluarga terabai Kesan kepada masyarakat 1.Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu 2.Menggalakkan malah melindungi penjenayah 3.Memburukkan lagi taraf kemiskinan Kesan kepada negara 1.Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran 2.Menjejaskan sosial serta kestabilan politik serta keselamatan 3.Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang 4.Kenaikan kos barang dan perkhidmatan 5.Mengurangkan pendapatan negara 6.Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan

Tindakan Kerajaan Terhadap Isu Rasuah Definisi, Sejarah dan Tugas yang dilakukan oleh SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dahulu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia ataupun singkatannya iaitu BPR. BPR mula beroperasi 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. BPR berakhir pada 1 Januari 2009 dan diambil alih oleh SPRM. Ketua Pesuruhjaya yang terkini adalah Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan. Tetapi beliau telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009. Ekoran daripada itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan jawatan beliau diambil alih oleh timbalannya, Datuk Abu Kassim Mohamed.

Sejarah BPR Sebelum itu, BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime” yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan iaitu Kementerian Undang-Undang. Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan oleh Parlimen. Dengan itu, nama BPR ditukar kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Tujuan penukaran nama ini adalah untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah Akta.

Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan oleh Parlimen dan

dikuatkuasakan. “Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan Badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah perbuatan rasuah. Struktur Organisasi Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR) adalah salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun ia terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi itu hanyalah sekadar melibatkan urusan kewangan dan kakitangan sahaja. Urusan harian BPR dilaksanakan secara bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Ketua Pengarah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak. BPR diketuai oleh seorang Ketua Pengarah yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Seksyen 3(2) Akta Pencegahan Rasuah, 1997 atas nasihat Perdana Menteri Malaysia dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah BPR pada masa kini adalah Dato’ Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan. BPR mempunyai 9 bahagian di peringkat Ibu Pejabat serta 15 buah pejabat peringkat negeri diketuai oleh seorang Pengarah Negeri. Satu operasional dan evolusi bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan dengan segera. Penanaman nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya dibuat mulai sekarang tanpa bertangguh lagi. Kursus-kursus yang dianjurkan janganlah hanya melihat kepada pembangunan jati diri berbentuk luaran semata-mata bahkan juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama. Dalam konteks yang sama, kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan kemiskinan dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya, apatah lagi di era yang kian sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan gejala yang tidak sihat ini. Baja-baja keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada menjauhkan diri daripada rasuah jika prasarana atau khidmat kerajaan terhadap rakyat tidak ditingkatkan. Secara praktikalnya, tidak dinafikan gaji penjawat awam harus

ditingkatkan mengikut realiti semasa dan kos kehidupan haruslah diperhatikan agar jangan sampai membebankan orang lain. Satu persidangan dan bengkel yang menghimpunkan para cerdik pandai, para ulama dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai BPR dan pihak berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang dan para pimpinan mahasiswa harus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian segera mungkin.

Amalan Nilai Datuk Seri Najib Razak menggariskan enam pendekatan yang perlu diamalkan oleh kakitangan awam bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi global, termasuk meminta pegawai peringkat atasan mengurangkan kuasa membuat keputusan mengikut budi bicara bagi mengelak amalan rasuah. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka perlu sentiasa berpegang kepada nilai integriti dalam sistem kerajaan, sekali gus menjadikan sektor perkhidmatan awam mempunyai integriti tinggi. Najib berkata, pendekatan lain perlu diberi perhatian kakitangan awam, terutama Kementerian Kewangan ialah memperkukuhkan modal keintelektualan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan yang tepat. Beliau berkata, Perbendaharaan yang turut menyediakan perkhidmatan kepada agensi dan kementerian lain perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya. Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya fikir untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan keputusan atau hasil projek pembangunan yang berkesan bagi memenuhi objektif setiap kementerian dan kerajaan. Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk projek pembangunan supaya dapat memberi nilai yang sewajarnya.

Rujukan 1. “Satu era baru bagi SPRM”, Utusan Online, 25 Februari 2008. Utusan online. 2. “SPRM: Ahmad Said bersara awal, diganti timnalannya”, 4 Disember 2009. 3. “SPRM: Ahmad Said bersara awal, diganti timbalannya”, Malaysiakini.com, 4 Disember 2009.