ISRAK-- ERDA ROSLAN KHAIRI

Sinopsis
Cerpan Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah membawa isterinya,Hawa dan anakanaknya ,Israk dan Mikraj bercuti di rumah nenek mereka di Kampung Sayong ,Perak.Keadaan rumah kampong yang serba kekurangan dari segi kemudahan asa menyebabkan Israk berasa kurang senang.Dia menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. Sebaliknya adik perempuannya, Mikraj suka akan suasana di kampung.Mereka berdua sering bertikam lidah kerana perbezaan pendapat . Israk tidak betah tinggal di kampung kerana dia dibesarkan di luar negara. Dia tidak menggemari makanan dan buah-buahan tempatan juga. Tindakan Israk menimbulkan perasaan kurang senang Mikraj.Mikraj sakit hati akan sikap Israk yang sering menghina dan menggores Wah.Hal ini demikian kerana Mikraj amat menyayangi Wah dan faham akan perasaan neneknya itu.Mikraj kerap mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah.Mikraj mahu supaya Israk menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.Selain itu,Mikraj mahu supaya Israk mengenali Wah lebih dekat kerana Wah telah menjaga Israk sejak hari pertama kelahirannya lagi.Perbezaan pendapat ini menyebabkan berlakunya perang mulut antara Israk dengan Mikraj dan hampir-hampir terjadinya pergaduhan.Wah tidak suka mereka bertengkar seperti anjing dengan kucing. Wah telah menasihati Israk dan Mikraj .Wah mahu supaya mereka berbaik-baik walaupun hati Wah terluka. Pada sesuatu hari,bekalan air paip di Kampung Sayong terputus.Mikraj menyuruh abangnya mandi air sungai sahaja .Malangnya ,ketika Israk melalui rimbunan semak,dia terjatuh ke dalam sungai.Wah menghulurkan sebatang kayukepada Israk. Dia juga berusaha sedaya upaya untuk menarik Israk naik ke tebing.Akhirnya,Israk mula insaf dan berubah. Perubahan sikap Israk dapat dilihat apabila dia mula memakai baju Melayu ,dan makan nasi ,serta mencari jering dan tempoyak untuk makan.

Tema
Cerpen ini mengutarakan tema tentang jati diri remaja kota yang kian terhakis.Israk yang dibesarkan di luar negara tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampung .Keadaan rumah kampung yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas menyebabkan Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya,Wah.Dia tidak suka akan makanan dan buah-buahan tempatan juga.

Persoalan
k k k k k k Kasih sayang nenek terhadap cucunya. Generasi muda yang lebih senang dengan kehidaupan di Bandar. Sikap mementingkan diri dan ego seorang pemuda yang mendapat pendidikan di luar negara. Ketenangan seorang nenek dalam menyelesaikan perbezaan pendapat cucu-cucunya. Kepentingan melihat asal usul diri dan sejarah keluarga. Penghargaan terhadap adat resam dan budaya masyarakat yang tinggal di luar bandar.

Watak Dan Perwatakan
Israk
Anak sulung kepada Adam dan Hawa. Cucu sulung Wah Datuknya ialah Firdaus Frank ,iaitu anak buah Frank Swettenham. Sewaktu kecil Israk dipelihara oleh Wah tetapi kemudian dilarikan oleh atuk Perth dan dibesarkan di Perth ,Australia. Menyambung pengajian dalam bidang korporat. Tidak suka tinggal di rumah neneknya Tidak suka akan makanan kampung (jering dan tempoyak) Bersikap ego dan berlagak sombong Sering bertikam lidah dengan adiknya,Mikraj. Menghina ,mengeji,serta menyakiti hati Wah.(tidak memperdulikan perasaan Wah ,menganggap penduduk kampung kolot). Insaf dan sedar akan kesalahannya.

Mikraj Anak kedua kepada Adam dan Hwa . Cucu kedua Wah Adik kepada Israk Suka tinggal di kampung Amat menyayangi Wah Tidak suka akan layanan dan tindakan Israk yang keterlaluan terhadap Wah Selalu bertikam lidah dengan Israk Berbakat dalm bidang sastera

Wah Ibu kepada Adam Nenek kepada Israk dan Mikraj Masih kuat dan bertenaga Warak dan taat akan agama Telah berkahwin dengan Firdaus Frank ,iaitu anak buah Frank Swettenham. Tabah menerima kenyataan (kematian suaminya ,Firdaus Frank yang meningggal dunia ketika kandungan Wah berusia Sembilan bulan ,tiga hari) Memelihara cucunya,Israk sejak berusia satu hari sehinggalah cucunyaitu dilarikan oleh atuknya Perth ke Perth ,Australia Taat kepada perintah agama(lahir dalamkalangan orang alim) Saying akan anak ,menantu ,dan cucu-cucunya(mengambil berat terhadap kebajikan mereka) Berpegang teguh pada janji(tidak mahu menjual rumahnya kepada Majlis Daerah bagi pusat pelancongan kerana dia berjanji dengan ibunya untuk tidak menjual rumah tersebut) Bersemangat kental dan berani(menghulurkan sebatang kayu kepada Israk semasa Israk terjatuh dalm sungai----berusaha sedaya upaya menarik Israk ke tebing )

LATAR
Latar Tempat
k Latar tempat dalam cerpen ini ialah di rumah Wah ,di Kampung Sayong.

Latar Masa
k Latar masa cerpen ini ialah musim durian dan pada waktu pagi(sewaktu Israk mahu mandi di sungai).

Latar Masyarakat
k Masyarakat Melayu yang sudah lama menetap di luar negara. Misalnya :Israk dibesarkan di Perth. k Masyarakat warga emas yang amat menyayangi anak cucunya. Misalnya :Wah amat menyaayangi anak cucu-cucunya. k Masyarakat yang sukar menyesuaikan diri dengan kehidaupan di kampung Misalnya :Israk berasa tidak selesa tinggal di rumah neneknya di kampung yang serba kekurangan. k Masyarakat yang amat menghargai pengorbanan ornag tua. Misalnya :Mikraj kagum akan ketabahan dan kegigihan yang dimiliki oleh Wan. k Masyarakat yang insaf atas kesalahan yang dilakukan . Misalnya :Israk insaf dan mula berubah sikap setelah dia diselamat kan oleh Wah ketika terjatuh ke dalam sungai.

PLOT
Binaan Plot 
Permulaan -Israk dan keluarganya pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong .Israk kelihatan tidak selesa dengan suasana di kampung itu kerana dia dibesarkan di luar negara.  Konflik -bermula antara Israk dengan adiknya ,Mikraj.Mikraj dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung ,sebaliknya Israk ego dengan statusnya sebagai orang bandar .Israk sering juga menyakiti hati Wah.Oleh itu,Israk dan Mikraj sering bertikam lidah.Mikraj tidak suka akan tindakan Israk yang keterlaluann terhadap Wah.Bagi Mikraj,Israk tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wah telah menjaga Israk sejak dia berumur satu hari sehinggalah dia dilarikan oleh atuk Perth.  Puncak/Klimaks -Israk terjatuh ke dalam sungai ketika dia hendak mandi apabila bekalan air paip di rumah Wah terputus .Israk yang hampir lemastelah diselamatkan oleh Wah .Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk.Wah berusaha sedaya upaya untuk menarik Israk naik ke tebing .TindakanWah itu telah menyebabkan Israk tertunduk malu ,namun egonya masih menebal.  Peleraian -Ibu bapa Israk dan Mikraj balik ke kampung .Mereka agak terkejut melihat perubahan yang berlaku pada diri Israk.

GAYA BAHASA 
Simile
-kendatipun Wah sudah melanjutkan usia,namun langkahnya tetap pantas dan teratur sekali laksana primadona.(hal.131) -dia bagaikan gunung berapi pendam.(hal.133) -Abang ni macam perempuan.(hal.134) -Persis Siti Hajarkah?(hal.133) 

Peribahasa
-bagaiakan cacing kepanasan(hal.134) -sudah terhantuk baru tengadah(hal.134) -rendah diri(hal.136) -paha kanan tercubit paha kiri turut berasa sakit(hal.137) -bagaikan minyak dengan air(hal.138) -bertikam lidah(hal.139) -carik-carik bulu ayam bercatum jua akhirnya(hal.139) -jangan jadi macam anjing dengan kucing(hal.139) 

Personifikasi

-Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengejinya(hal.134) -Dawai langsir terputus dan tali langsir menjilat lantai kayu merbau itu .(hal136) 

Sinkope
-Kalau kau jadi macam aku tentu pa dan ma bangga.(hal.138) -Aku bukan nak jadi petani (hal.139) -Israk,jamahlah buah-buahan ,tu dulu.Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.(hal.133) 

Penggunaaan kata bahasa asing
-bahasa Inggeris(yoghurt)(hal.138) -bahasa Arab(Wallahualam)(hal.142) 

Penggunaan dialek daerah Perak
-Mikraj ,moh lerah! (hal.138) 

Metafora
-Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.(hal. 134)-Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telingaMikraj.(hal.134) -Bom radang Ghaza dilepaskan (hal.139)

Nilai
Nilai hormat akan ibu bapa -Contohnya :Israk menolakpelawaan ayahnya untuk makan durian dengan baik. Nilai jati diri yang tinggi -Contohnya :Mikraj suka tinggal di rumah Wah ,di Kampung Sayong.Mikraj juga suka akan buahbuahan tempatan. Nilai kasih syang Contohnya :Wah amat saying akan anal ,menantu,dan cucu-cucunya .Wah tetap menyayangi Israk walaupun Israk menunjukkan rasa kurnag senangnya tinggal di kampung. Nilai ketabahan -Wah tabah menerima kenyataan apabila suaminya meninggal dunia ketika kandungannya berusia Sembilan bulan tiga hari. Nilai taat akan perintah agama -Wah segera mengerjakan solat sebaik-baik sahaja azan habis dilaungkan Nilai berani Contohnya :Wah berusaha menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam sungai.Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk dan berusaha sedaya upaya menarik Israk naik ke tebing.

Pengajaran
Janganlah lupa akan asal usul kita -Contohnya :Israk yang dibesarkan di luar negara lupa aka nasal usulnya yang pernah dijaga oleh neneknya di kampung. Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan setempat -Contohnya :Mikraj pandai menyesuaikan dirinyadengan suasana di kampung walaupun dia tinggal di bandar.

Kita hendaklah mentaati perintah Tuhan dengan mengerjakan segala suruhannya. -Contohnya :Wah rajin bersolat Janganlah bergaduh dengan adik-beradik sendiri -Contohnya :Israk dan Mikraj sering bergaduh kerana perbezaan pendapat.Sikap mereka ini tidak disukai oleh Wah. Kita hendaklah memberikan nasihat yang baik bagi menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini -Contohnya :Wah menasihati Israk dan Mikraj supaya tidak bertengkar. Janganlah manyakiti hati orang tua apatah lagi ahli keluarga kita sendiri . -Contohnya :Israk sering merendah-rendah kan orang kampung tanpa memperdulikan perasaan Wah. Kita haruslah berani bertindak untuk menyelamatkan orang yang kita sayangi. -Contohnya :Wah telah menghulurkan sebatang kayukepada Israk yang terjatuh ke dalam sungai.Wah juga telah menarik Israk naik ke tebing. Kita hendaklah sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan. -Contohnya :Israk akhirnya sedar akan kesilapan dan mula berubah. Dia telah memakai baju melayu dan mula menyukai makanan tempatan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful