Pengenalan Memori (RAM

)
Memori (RAM), satu kata nama umum dalam dunia komputer. Memori (RAM) merupakan komponen yang digunakan untuk menyimpan aturcara dan maklumat sementara serta membantu CPU mengendalikan maklumat dengan cepat. Sejajar dengan peningkatan frekuensi CPU yang semakin pesat, frekuensi pengendalian juga semakin meningkat. Jika frekuensi pengendalian gagal bersepadan dengan memori, maka kecekapan komputer akan gagal dipertingkatkan secara menyeluruh. Memori adalah penting dan berpengaruh besar terhadap kecekapan komputer. Dari EDO ketika zaman Pentium, SDRAM ketika zaman Pentium 2/3 dan K5/6, sehingga ke DDR, SDRAM yang disokong oleh Pentium 4 dan Athlon XP, kita dengan jelas bagaimana memori dapat membantu mempertingkatkan kecekapan komputer. Selain itu, sejajar dengan perkembangan sistem operasi komputer yang pesat, permintaan terhadap memori juga kian meningkat dari semasa ke semasa. Dari 32 M ketika Win95, 64 M ketika Win98 sehingga ke 128 M ketika Win2000/XP, kapasiti memori telah bertambah dengan mendadak. Sebenarnya, jika hendak memperoleh kecekapan komputer yang lebih tinggi, memori memang memainkan peranan yang amat penting.

Memori DDR Oleh itu, menaik taraf memori sememangnya merupakan cara mempertingkatkan kecekapan komputer yang paling berkesan, malah yang paling mudah. Pada masa dulu, kebanyakan papan induk hanya dapat menyokong memori jenis SDRAM. Bagaimanapun, dalam zaman yang canggih ini, SDRAM boleh dikatakan semakin mundur malah telah diganti oleh DDR-RAM. Kecekapan DDR-RAM adalah amat baik berbanding dengan SDRAM, dan dapat mencapai prestasi yang amat cemerlang bersama dengan CPU P3 atau Athlon. Jenis memori yang terkini merupakan RDRAM. Intel telah mengumumkan bahawa CPU P4 bersama dengan RDRAM akan menghasilkan prestasi yang paling optimum. Namun begitu, harga RDRAM adalah agak mahal dan bukan semua pengguna dapat menampungnya. Kebanyakan pengilang cip set telah mengeluarkan cip set P4 yang dapat menyokong memori SDRAM dan DDR untuk memenuhi permintaan pengguna umum. Jika komputer masih menggunakan memori EDO, maka usah menaik taraf memori. Ini adalah kerana, berkemungkinan besar papan induk turut gagal menyokong SDRAM.

Sebaliknya, jika memori yang digunakan oleh komputer adalh SDRAM, maka boleh menaikkan taraf ke DDR. Bagaimanapun, sebelum menaik taraf, pastikan papan induk yang digunakan dapat menyokong memori DDR. Jika papan induk gagal menyokong DDR, maka boleh menggunakan alternative yang lain, iaitu menambah satu lagi SDRAM bagi menggandakan kapasiti memori. Tindakan ini juga dapat mempertingkatkan kecekapan sisitem operasi. Jika komputer menggunaka SDRAM 128 M untuk melaksanakan Win2000/XP, maka mengesyorkan supaya menaik taraf memori yang lebih fleksibel. Jika komputer merupakan P4 peringkat awal dan memori yang digunakan adalah SDRAM, maka mungkin akan mendapati bahawa tiada perubahan besar setelah penaik taraf dilakukan. Ini adalah kerana, SDRAM yang berharga murah gagal bersepadan dengan kecekapan CPU P4 yang berkelajuan tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Intel, CPU bertaraf P4 perlu bekerja bersama dengan RDRAM untuk prestasi yang optimum. Cip set P4X266 keluaran VIA merupakan cip set yang amat popular. Cip set ini bukan sahaja dapat menyokong memori DDR, malah harganya juga amat ekonomik. Cip set 1845D keluaran Intel juga dapat menyokong memori DDR. Harganya lebih mahal dan kecekapannya juga lebih tinggi. • Jenis kad memori

Jenis kad memori yang terdapat dalam pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama: SDRAM, DDR RAM dan RDRAM. SDRAM SDRAM merupakan jenis kad memori yang paling lama wujud dalam pasaran. Pada suatu ketika, SDRAM mendapat sambutan hangat memandangkan harganya yang murah serta prestasinya yang baik. Bagaimanapun, sejajar dengan perkembangan yang pesat, sambutannya telah semakin menurun.

DDR RAM DDR RAM boleh dikatakan pengganti SDRAM. Sejak DDR RAM dikeluarkan, SDRAM telah kian kurang mendapat sambutan pengguna, tetapi DDR ARM pula yang hangat di pasaran. Memori DDR RAM mempunyai kelajuan pengendalian yang berkali ganda lebih cepat berbanding SDRAM, malah harganya juga amat ekonomik memandangkan taraf teknologi yang semakin meningkat dan kos pengeluaran yang semakin menurun.

RDRAM Ketika DDR RAM masih ingat dibincangkan di kalangan pengguna, Intel telah melancarkan cip set P4 dan mengatakan bahawa memori dedekasi baginya RDRAM, iaitu satu kad memori yang direka khas oleh RamBus bagi sistem operasi P4. RDRAM merupakan kad memori yang khas digunakan oleh P4, bagaimanapun konsep operasinya adalah lebih kurang sama dengan DDR RAM, tetapi harganya agak tinggi. Oleh itu, setakat ini hanya pengguna P4 saja berminat terhadap RDRAM. Namun begitu, kami percaya dengan perkembangan teknologi, RDRAM akan menjadi sesuatu yang umum dalam masa yang singkat.

Ketika membeli produk baru bagi penggunaan menaik taraf, janganlah terburu-buru membeli produk yang yang paling baru dan terkini. Ini adalah kerana, produk baru biasanya masih belum stabil dari segi teknologinya, malah harganya turut lebih tinggi dan berkemungkinan sistem yang digunakan akan gagal menyokongnya. Oleh itu, penaik taraf yang rasional harus difikirkan dalam skop yang disokong oleh sistem operasi yang sedang digunakan, kemudian lakukan penyelarasan yang sesuai bagi mengoptimumkan kecekapan komputer. Ketika membeli kad memori, ingat untuk memilih jenis kad memori yang dapat disokong oleh papan induk komputer. Dengan ini,barilah penaik taraf dapat dilakukan dengan efektif. • Kapasiti memori

Ketika menaik taraf memori, bagi mengelakkan kerja berganda, kita boleh cuba memilih untuk menaik taraf memori kapasiti yang lebih besar. Bagaimanapun, tidak semestinya kapasiti yang lebih besar itu lebih baik. Kita harus mempertimbangkan keadaan papan induk. Jika kapasiti memori yang dinaik taraf melebihi skop sokongan papan induk, maka sia-sia saja usaha menaik taraf yang dilakukan. Setakat ini, kapasiti yang dapat disokong oleh papan induk adalah 512 M bagi SDRAM, dan 1024 M bagi DDR. Namun, ini adalah tertakluk kepada pengilang papan induk tertentu, kita harus

merujuk kepada buku panduan papan induk, Perhatian, RDRAM tidak dapat menyokong memori tunggal. • Pengilang memori

Setiap pengilang turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berikut merupakan pengilang utama bagi keluaran kad memori komputer, boleh melayari laman webnya untuk maklumat lanjut: Kingston: www.kingston.com Genuine: www.genuine.com Twinmos: www.twinmos.com Kingmax: www.kingmax.com Synnex: www.synnex.com • Bergantung pada papan induk

Seperti yang telah dibincangkan, kapasiti maksimum bagi penaik taraf memori adalah bergantung pada tahap sokongan papan induk. Sebelum menaik taraf, rujuk kepada buku panduan papan induk bagi mengetahui keterangan yang berkaitan dengan kad memori yang dapat disokongnya. Jika penaik taraf yang dilakukan gagal disokong oleh papan induk, maka prestasi memori turut gagal dipertingkatkan.

Proses pemasangan kad memori
Berikut merupakan aliran proses memasang kad memori. Memahami jenis kad memori yang disokong oleh papan induk Menanggalkan casing, menanggalkan kad memori Memasang memori yang baru Memasang semula casing Pemasangan selesai Menerusi gambar rajah di atas, kita dapat memahami elemen penting ketika pemasangan memori. Terlebih dahulu, kita perlu mengetahui struktur papan induk dan kapasiti maksimum memori yang disokongnya. Proses pemasangan memori sebenarnya amat mudah, usah bimbang jika belum pernah melakukan penaikan taraf. Ikuti aliran proses penaikan taraf yang dinyatakan di atas dan semuanya akan berjalan lancar.

Menyediakan peralatan pemasangan
Peralatan yang diperlukan untuk penaikan taraf memori amat ringkas, hanya memerlukan satu pemutar skru. Pemutar skru boleh dikatakan peralatan penting bagi pemasangan, penaikan taraf dan penyelenggaraan computer. Semua kerja berkenaan perkakasan akan memerlukan pemutar skru. Gambar berikut menunjukkan salah satu pemutar skru yang biasa digunakan, iaitu skru berhujung T.

Kini kebanyakkan casing telah direka untuk penggunaan yang lebih mudah. Sesetengah jenis casing hanya memerlukan pemutar skru biasa, atau ada juga tidak mempunyai skru. Dengan kemajuan teknologi, pengendalian casing semakin mudah dan ringkas.

Menaik Taraf ke DDR RAM
Bagi papan induk P4 yang terdapat menyokong SDRAM dan DDR RAM, sudah pasti DDR RAM dapat menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi.Masih belum terdapat jenis papan induk yang dapat menyokong kesemua jenis memori dalam masa yang sama. Rekaan kesepadanan papan induk membolehkan pengguna menikmati kecekapan P4 yang optimum tanpa memerlukan RDRAM yang mahal. Bagaimanapun, gabungan P4 dan SDRAM belum dapat memuaskan pengguna dari segi kecekapan, ini adalah kerana frekuensi pengendalian SDRAM adalah lemah. Dalam keadaan ini, memasang satu DDR RAM akan dapat mempercepatkan kelajuan pengendallian sistem. Di samping itu, perbezaan hargan DDR RAM dan SDRAM juga tidaklah besar. Pada masa yang akan dating, P4 akan terus menyokong DDR RAM, jesteru itu membekalkan peluang pengembangan yang besar juga. Selain itu, jika papan induk hanya dapat menyokong CPU peringkat P3 sahaja, usah bimbang kerana penaikan taraf masih dapat dilakukan. Namun, penaikan taraf yang dapat dilakukan bukanlah menaik taraf komputer ke P4 kerana kos menaik taraf papan induk bukanlah murah, malah prosesnya juga kompleks. Sebenarnya, komputer P3 adalah cukup untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap kecekapan system, menaik taraf SDRAM ke DDR RAM, ataupun menambah lagi satu DDR RAM akan dapat mempertingkatkan kecekapan komputer. Tindakan ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah ringkas saja.

Bagaimanapun, harus memberi perhatian terhadap jumlah pin DDR RAM (184Pin) DAN sdram (168Pin) ketika menaik taraf memori. Ini adalah kerana soketnya turut berbeza, oleh itu pastikan papan induk yang dapat memuatkan dua jenis memori dalam masa yang sama. Oleh itu, jika SDRAM digunakan, maka DDR RAM tidak dapat digunakan, dan keadaannya sama jika DDR RAM digunakan, maka SDRAM tidak dapat digunakan. Mari kita mulakan proses menaik taraf. Contoh berikut mengaplikasikan memori DDR RAM. Langkah 1 Matikan suis utama komputer. Tanggalkan casing dan letakkannya secara mendatar atas permukaan yang rata.

Langkah 2 Tanggalkan SDRAM yang terdapat pada papan induk. Longgarkan pemegang SDRAM (tarik pemegang ke luar) dan tanggalkan dari soket. Kemudian, berpandukan buku panduan induk, cari soket DIMM yang berlabel “BANK1” pada papan induk, bukanlah dua pemegang yang terdapat pada dua sisi soket.

Langkah 3 Pasangkan DDR RAM yang baru ke dalam soket yang bersepadan.

Langkah 4 Tekan kedua-dua hujung DDR RAM ke bawah agar ketat pada soketnya. Jika ia gagal dimuatkan ke dalam soket, maka mungkin arah pemasangan telah salah. Tukarkan arah pemasangan dan cuba pasangkannya ke dalam soket, ketatkannya.

Langkah 5 Pastikan memori telah dipasang dengan betul. Pasangkan casing dan ketatkannya dengan skru.

Setakat ini, sudahpun memasang satu DDR RAM ke atas papan induk. Jika hendak memasang dua DDR RAM, maka aplikasikan langkah yang sama.

Menaik Taraf ke RDRAM
Ketika hendak menaik taraf memori, jika berkemampuan, dan papan induk turut dapat menyokong memori jenis RDRAM, maka boleh menaik taraf memori ke RDRAM bagi menikmati kecekapan sebenar yang dibawa oleh komputer P4. Proses pemasangannya adalah seperti berikut:

Langkah 1 Matikan suis utama komputer. Tanggalkan casing komputer.

Langkah 2 Berpandukan arahan yang terdapat dalam buku panduan papan induk, cari soket pada papan induk yang berlabel “RIMM”, bukakan pemegang yang terdapat pada sisi soket.

Langkah 3 Berdasarkan arah pemasangan yang betul, pasangkan RDRAM ke dalam soket RIMM. Ketatkan kedudukannya.

Periksa dan pastikan pemasangan adalah betul. Kemudian, pasangkan semula casing dan hidupkan komputer. Pemasangan telahpun selesai. Perhatian!Memandang RDRAM tidak menyokong bilangan memori ganjil, oleh itu ketika memasang RDRAM, pastikan bilangan memori sentiasa genap. Jika bilangan memori ganjil, maka tambahkan satu lagi RDRAM atau pasangkan satu kelengkapan soket memori sampukan. Fungsi kelengkapan ini adalah untuk membolehkan computer mengenal pasti bahawa papan induk telah dipasang dengan bilangan RDRAM yang genap, dan seterusnya dapat memastikan system bekerja dengan stabil. Cara pemasangannya adalah sama seperti yang ditunjukkan di atas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful