BAB 3

PENAIKAN TARAF BAHAGIAN LUARAN KOMPUTER

PENAIKAN TARAF MONITOR

3.1.1) Pengenalan
Sejak IMB menghasilkan computer peribadi (PC) yang pertama, monitor telah menjadi aset penting bagi computer. Sejajar dengan perkembagan computer yang pesat, monitor telah berkembang daripada paparan hitam putih, sehingga ke kepada monitor CRT dan LCD berwarna. Jika hendak melakukan penaikan taraf monitor, adalah penting untuk mengenali spesifikasi, piawaian, model serta aspek lain yamg berkaitan dengan monitor terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

3.1.2) Mengenali model monitor
Berikut adalah tentang model komputer yang boleh didapati di pasaran.

• CRT
Monitor CRT, juga dikenali sebagai monitor tiub sinar katod. Jenis monitor ini merupakan model umum yang boleh didapati dalam pasaran. Ia terdiri daripada lima bahagian: Electron gun, Deflection coils, Shadow mask, Phosphor dan skrin cermin. Berikut merupakan konsep kerja CRT. Isyarat yang diterima oleh elektron gun akan ditukar menjadi gelombang elektron, di mana penghantaran gelombang elektron ini akan dipercepatkan menerusi satu medan voltan 10000-30000V. Gelombang elektron ini kemudiannya akan dibias kea rah tertantu menerusi medan magnet yang dihasilkan oleh deflection coil. Gelombang elektron kemudiannya akan menembusi lubang-lubang kecil pada shadow mask, dan dipantul ke phosphor, menukarkan keupayaannya kepada tenaga cahaya. Proses ini berlaku dalam masa sekielip mata sahaja. Cahaya yang dipantul pada phosphor akan menghasilkan paparan pada skrin monitor. Kini, monitor CRT masih mendapat sambutan ramai. Bagaimanapun, kemunculan teknologi monitor LCD, PDP dan lain-lain lagi telah menonjolkan kelemahan monitor CRT, misalnya saiz yang besar, penghausan kuasa yang banyak, berat dan saiz paparan yang terhad. Namun begitu, harganya yang berpatutan serta teknologinya yang stabil masih menjadikannya trend utama dalan pasaran computer.

• LCD
Teknologi monitor LCD boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, termasuk STN, DSTN, TFT dan lain-lain lagi, di mana TFT-LCD merupakan teknologi monitor yang paling popular. LCD, atau paparan hablur cecair menggunakan sinaran tidak langsung dalam keadaan hablur cecair supaya grafik dapat dilihat oleh oaring ramai. Paparan yang dihasilkan oleh LCD terdiri daripada kumpulan-kumpulan segmen yang boleh membentuk aksara individu. Setiap segmen terdiri daripada cecair anisotrop yang biasanya lut sinar yang terletak di antara dua elektron lutsinar. Medan elektrik yang dikenakan merentasi elektrod-elektrod itu akan menyebabkan kebolehpantulan cecair tersebut berubah dan segmen itu menjadi legap. LCD tidak menghasilkan cahayanya sendiri dan dengan itu memerlukan pencahayaan dari luar. Walau bagaimanapun, ia mempunyai aliran arus yang lebih rendah berbanding bentuk-bentuk paparan yang lain. Walaupun kelebihan monitor LCD banyak berbanding monitor CRT, tetapi harganya lebih mahal daripada monitor CRT. Selain itu, kadar pembaharuan grafik juga tidak dapat dibandingkan dengan computer CRT. Oleh itu, ia masih lagi berkembang untuk menjadi trend utama dalam pasaran monitor.

3.1.3) Mengenali penyambungan monitor
Selain daripada mengenali monitor CRT, dan LCD, kita perlu mengambil tahu tentang adakah penyambungan monitor tersebut dapatbersepadan dengan kad paparan atau tidak untuk penaikan taraf. Jika kad paparan yang digunakan mempunyai jenis penyambung D-Sub, maka berhati-hati supaya tidak tersalah beli monitor yang mempunyai mulut penyambung BNC atau DVI. Keterangan berikut merupakan jenis penyanbung monitor yang terdapat di pasaran kini.

• BNC
Penyambungan BNC digunakan pada skrin profesional. Ia terdiri daripada lima antara muka, iaitu R (merah), G (hijau), B (biru), HD dan VD. Kelima-lima antara muka akan bertanggungjawab atas isyarat yang berbeza. Dengan ini, gangguan di antara isyarat yang berbeza akan dapat dielakkan, malah turut membekalkan lebar jalur isyarat yang berkualiti tinggi. Penyambung ini diaplikasikan pada monitor yang bersaiz 17 inci atau yang lebih besar. Biasanya, penggunaan penyambung ini adalah untuk memenuhi keperluan kerja perekaan dan penciptaan grafik, di mana harganya juga agak mahal. Selain daripada itu, penyambung BNC juga perludigunakan bersama dengan kad paparan yang mempunyai antara muka output yang bersepadan dengannya. Biasanya, computer untuk kegunaan rumah jarang menggunakan jenis penyambungan ini.

• DVI
DVI merupakan singkatan bagi Digital Visual Interface. Antara muka ini ditentukan oleh organisasi DDWG (Digital Display Working Group), tetapi dihasilkan oleh pengilang terkenal seperti HP, IBM, INTEL dan NEC. Berbeza dengan antara muka VGA 15pin jenis analog, DVI mengaplikasikan cara digital. Pemindahan data secara digitalmenjadikan kadar penghantaran maklumat imej bertambah cepat, malah berkualiti imej yang dipaparkan juga adalah amat baik. Biasanya, antara muka ini digunakan pada monitor LCD, Bagaimanapun, ia juga diaplikasikan pada monitor CRT bagi meningkatkan kecekapan monitor CRT. Jenis isyarat yang diterima oleh antara muka DVI boleh dibahagikan kepada dua: DVI-I (24+4 pin) dapat menerima isyarat analog dan digital; DVI-V(24pin) pula hanya dapat menerima isyarat digital. Jika hendak menai taraf monitor anda kepada monitor LCD, maka sediakan monitor yang mengaplikasikan antara muka DVI. Untuk pengetahuan, terdapat juga sebilangan monitor LCD yang kurang berkualiti masih menggunakan antara muka VGA.

• D-Sub
Antara muka D-Sub merujuk kepada antara muka VGA yang telah disebut dalam keterangan sebelumnya.Ia merupakan antara muka monitor yang meluas digunakan kini. Kebanyakkan monitor CRT telah mengaplikasikan antara muka ini, malah sesetengah monitor LCD yang bertaraf rendah juga menggunakannya. Perbezaan utama antara muka D-Sub dengan DVIialah, isyarat yang dihantarnya merupakan isyarat analog, manakala isyarat yang dihantar oleh antara muka DVI merupakan isyarat digital.

3.1.4) Mengenali spesifikasi monitor
Kualiti sesebuah monitor banyak bergantung pada spesifikasi berikut:

• Resolusi dan indeks warna
Monitor adalah umpama sebuah papan catur yang dipenuhi oleh buah catur. Pikselpiksel akan disusun dengan teratur bagi membentuk satu paparan cantik. Resolusi, atau resolution boleh diumpamakan bilangan petak yang terdapat satu papan catur. Semakin banyakpetak yang terdapat, maka semakin tinggi resolusinya. Resolusi sesebuah monitor adalah ditentukan oleh saiz monitor, jarak piksel dan lebar jalur monitor.

Resolusi boleh dikira mengikut format yang berikut: Bilangan piksel pada baris melintang × jumlah baris melintang = resolusi monitor Jika merupakan resolusi 1024 × 768, maka ini bermakna terdapat 1024 piksel pada satu baris melintang, manakala 768 pula merupakan jumlah baris melintang yang didapati.

Indeks warna merujuk kepada bilangan warna yang dapat dipaparkan pada monitor. Biasanya, monitor mempunyai empat jenis indeks warna untuk dipilih, iaitu 256 bit, 16 bit, 24 bit dan 32 bit. Mungkin anda akan menganggap bahawa 256 bit merupakan penetapan yang paling optimum. Sebenarnya, tidak. Ini adalah kerana pengiraan indeks warna adalah berdasarkan gandaaan 2. Oleh itu, 256 bit, 24 bit, dan 32 bit adalah 216, 224 dan 232 masing-masing. Oleh itu, 32 bit merupakan penetapan indeks warna yang tertinggi.

• Jarak piksel
Ia merujuk kepada jarak terpendek di antara dua piksel, biasanya diukur dalam millimeter(mm). Semakin pendek jarak pikselnya, maka semakin halus imej dipaparkan. Monitor yang mempunyai jarak piksel yang lebih pendek adalah lebih mahal daripada monitor yang mempunyai jarak piksel yang lebih panjang. Secara umum, monitor bersaiz 15 dan 17 inci akan mempunyai jarak piksel 0.28 mm, atau nilai yang lebih kecil.

• Frekuensi pembaharuan
Frekuensi pembaharuan ( screen refresh rate ) merupakan aspek penting bagi menentukan kualiti sesebuah monitor. Semakin tinggi frekuensi mengimbas, semakin cekap sebuah monitor itu. Kebanyakan monitor bersaiz 15 inci yang resolusi 800 × 600 mempunyai frekuensi mengimbas yang mencapai 85 Hz.

Jika anda hendak menaik taraf monitor anda, anda boleh mempertimbangkan monitor CRT yang dilengkapi dengan Trinitron atau Diamond Tron, jarak piksel di bawah 0.25, frekuensi pembaharuan 85 Hz ketika resolusi ditetapkan sebagai 1024 × 768; atau, anda juga boleh membeli monitor LCD yang mempunyai frekuensi ditetapkan sebagai 800 × 600. Bagaimanapun, pastikan kad paparan anda dapat menyokong jenis monitor yang hendak dinaik taraf sebelum melakukan pembelian. Jika tidak, kecekapan monitor akan gagal dioptimumkan.

3.1.5) Mengenali pengilang monitor
Berikut merupakan laman web rasmi bagi beberapa pengilang monitor yang terkenal: Apple: www.apple.com HP: www.hp.com NEC: www.nec.com Sony: www.sony.com ADI: www.adi.com Philips: www.philips.com Samsung: www.samsung.com

3.1.6) Proses pemasangan monitor
Berikut merupakan gambar rajah yang menjelaskan tentang langkah-langkah penaik taraf monitor:

Matikan bekalan kuasa Longgarkan skru Tanggalkan penyambungan D-Sub Sediakan monitor baru Sambungkan bekalan kuasa ke monitor LCD Sambungkan tranformer dan bekalan kuasa Sambungkan penyambung DVI Ketatkan skru

Hidupkan computer dan periksa adakah Operasi berjalan lancar

Berikut merupakan beberapa perkara yang harus diberi perhatian ketika menaik taraf monitor: 1. Matikan bekalan kuasa sebelum sebarang kerja penanggalan atau pemasangan dilakukan. 2. Berhati-hati ketika menaaggalkan penyambungan, jangan merosakkan kaki pin yang terdapat pada penyambungan. 3. Berhati-hsati ketika mengeluarkan monitor LCD dari bekas atau kotaknya, ini adalah kerana monitor LCD amat halus dan mudah rosak. 4. Ketika memasang transformer atau bekalan kuasa, sambungkan talian bekalan kuasa ke monitor LCD terlebih dahulu, kemudian barulah sambungkannya ke bekalan kuasa utama. 5. Ketika memilih kedudukan bagi monitor LCD, pastikan adakah kedudukan tersebut mempunyai suhu yang lebih tinggi, atau medan elektrik yang lebih kuat. Elakkan daripada meletakkanya berdekatan dengan televisyen, peti sejuk dan peralatan elektrik yang lain.

3.1.7) Menyediakan peralatan pemasangan
Seperti kerja pemasangan yang lain, peralatan yang diperlukan bagi pemasangan monitor juga adalah pemutar skru.

3.1.8) Penanggalan monitor CRT
Berikut merupakan langkah menanggalkan monitor CRT.

Langkah 1
Matikan bekalan kuasa dan tanggalkan penyambungan bekalan kuasa. Longgarkan skru pengetat bagi penyambungan D-Sub.

Langkah 2
Tanggalkan penyambugan D-Sub.

Langkah 3
Sediakan kabel yang diperlukan. Letakkan di tepi moniytor yang lama.

3.1.9) Pemasangan monitor LCD
Setelah menanggalkan monitor yang lama, mari kita lihat bagaimana memasang monitor LCD.

Langkah 1
Sediakan monitor LCD dan letakkannya pada permukaan yang rata.

Langkah 2
Sambungakan penyambung monitor LCD ke kad paparan. Di sini, antara muka penyambung D-Sub digunakan sebagai contoh.

Langkah 3
Ketatkan skru.

Kemudian, hidupkan computer dan periksa adakah pemasangan dilakukan dengan tepat dan betul