BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN Secara keseluruhannya, selama lima bulan saya menjalani latihan industri di Computer IT Care Centre Sdn. Bhd, ianya tertumpu kearah penyelenggaran dan membaikpulih komputer. Disamping penyelenggaran pencetak, kamera litar tertutup, ‘switch’ dan lain-lain. Computer IT Care Centre terbahagi kepada beberapa bidang tugas, antaranya ialah; 1. Bahagian Pejabat (Servis) 2. Bahagian Servis Pencetak 3. Bahagian Servis Luar a. Terbahagi kepada ; i. Penyelenggaran komputer di rumah/pejabat. ii. Penyelenggaran kamera litar tertutup (CCTV) iii. Pemasangan Streamyx dan Wireless iv. Penyelenggaran Pencetak di rumah/pejabat 4. Kontrak Penyelenggaran Komputer di sekolah-sekolah.

10

Berikut merupakan jadual penempatan latihan industri yang ditentukan oleh pihak syarikat : JADUAL PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI Nama No. Pendaftaran Institusi Tempoh Latihan : Afindy Bin Matnor : 07DTK05F508 : Politeknik Kota Kinabalu : 16 Julai.07 – 14.Disember.07

SEKSYEN / UNIT Bahagian Pejabat (servis) Bahagian Pencetak Bahagian Servis Luar Bahagian kontrak penyelenggaran  Waktu kerja  Waktu rehat  Cuti  Kerja lebih masa

MELAPOR KEPADA En. Max Goh En. Halim En. Mathew En. Cyril

: Dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.45 petang : Jam 12.00 hingga jam 12.45 tengahari : Sabtu dan Ahad (termasuk cuti umum) : Sabtu (jika mendapat arahan majikan)

11

2.2 RINGKASAN AKTIVITI 2.2.1 Bahagian Pejabat Dibahagian pejabat ini, tiga orang juruteknik komputer ditempatkan di bahagian ini. Antara tugas yang diberikan kepada pelatih adalah menservis komputer pelanggan dan mengganti alatan komputer yang telah rosak. Di bahagian ini, pelatih akan menyambut kedatangan pelanggan dengan layanan yang mesra. Kemudian, komputer pelanggan akan dihidupkan untuk mengetahui masalah sebenar komputer tersebut. Setelah diperiksa pelatih akan mengambil nama dan nombor telefon bagi mendapatkan ‘servis report’. Keratan atas servis report akan diserahkan kepada pelanggan untuk tuntutan semula setelah komputer miliknya siap. Keratan bawah pula adalah untuk laporan apa yang telah dibuat oleh juruteknik. Computer IT Care juga akan menghubungi pelanggan dengan segera jika komputer mereka telah siap. inginkan. 2.2.2 Bahagian Pencetak Dibahagikan pencetak, pelatih diberi tugas menservis printer bagi kerosakkan yang mudah. Antara jenis-jenis printer yang diservis seperti HP, Canon, Epson. Juruteknik akan memeriksa terlebih dahulu pencetak yang rosak. Setelah permasalahan di jumpai, juruteknik tersebut akan menghubungi pelanggan bagi tujuan pengesahan. Pengesahan jua dibuat apabila pelanggan bersetuju untuk menukar alat ganti pencetak yang telah rosak. Alat ganti pencetak kebiasaan nya dipesan khas oleh syarikat utama Picotec Sdn Bhd. Setelah alat yang dipesan sampai, juruteknik segera memasangnya. Di samping cas yang berpatutan yang semestinya kepuasan hati pelanggan yang syarikat ini

11

2.2.3 Bahagian Servis Luar Dibahagian ini, juruteknik akan bergerak luar dari pejabat. Apabila kerani menerima panggilan tentang kerosakan, juruteknik akan segera dihantar ke rumah pelanggan atau pejabat. Antara bidang kerja yang dilakukan adalah seperti pemasangan streamyx, penyelenggaraan CCTV, peneyelenggaraan printer dan membuat pendawaian rangkaian internet (networking). 2.2.4 Bahagian Kontrak Penyelenggaraan Dibahagian ini, seramai lima orang juruteknik dibawah BUMI IT CONSULTING SDN. BHD. Dengan baju uniform, juruteknik akan dihantar ke sekolahsekolah mengikut jadual yang ditetapkan. Preventive Maintaince (PM) akan dilakukan keatas komputer-komputer disekolah. Antara tugas Preventive Maintaince adalah seperti membersihkan ‘casing’ monitor dan komputer, pemeriksaan fungi pada papan kekunci, tetikus, suhu dalam komputer. Selain itu juga, pembersihan dalaman komputer bagi mengelakkan daripada habuk. Dengan menggunakan alatan khas seperi vakum atau ‘blower’ segala kotoran akan dibersihkan. Setelah aktiviti pembersihan dalaman selesai, seterusnya pemeriksaan terhadap OS komputer tersebut. Kebiasaannya, juruteknik akan memasang perisian antivirus Jika komputer mempunyai masalah yang teruk, computer akan dibawa pulang dan diservis di Computer IT Care Centre.

12

2.3 Rumusan Mingguan Minggu 1: Membaikpulih Komputer (Formating Hard Disk) Tugas utama saya yang diberikan oleh pihak organisasi ialah membaikpulih komputer. Pelanggan akan menghantar komputer mereka untuk diservis kerana mempunyai masalah. Contoh masalah yang dihadapi oleh komputer pelanggan adalah kerosakkan pada system windows (OS). Kerosakkan system windows ini mungkin di sebabkan oleh serangan virus atau spyware. Kerosakan windows dapat dikesan apabila symptom-simptom ini terhasil. Antaranya seperti ; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Komputer akan mengalami ‘autorestart’ yang kerap Komputer akan memaparkan ada fail system yang telah ‘corrupted’. “NTLDR is missing.” Operasi windows sangat perlahan. Komputer selalu ‘hang’ Terpapar kotak ‘sytem error’ Komputer menghasilkan skrin biru ‘blue screen’

Simptom seperti diatas dapat diatasi dengan melakukan formatting terhadap windows berkenaan. Ingat formatting hard disk akan menyebabkan semua data atau fail milik pelanggan akan hilang. Seharusnya proses ‘backup file’ dijalankan terlebih dahulu. Dengan cara ini, data-data milik pelanggan dapat diselamatkan daripada hilang. Proses Menyimpan Data ( Backup Files) Proses backup file ini dilakukan oleh juruteknik untuk menyimpan fail data atau dokumen penting. Antara dokumen penting yang perlu di simpan antaranya seperti My Document, E-Mail, UBS system (Ultimate Business System), Fail-fail yang terdapat

13

dalam desktop serta fail yang terdapat local disk c:. Kehilangan fail penting seperti di atas boleh menyebabkan pelanggan kecewa dan boleh menyebabkan kerugian.

Fail-fail penting seperti diatas dapat disimpan dengan lebih selamat dan lebih terjamin dengan menggunakan satu perisian yang dikenali sebagai ‘Norton Ghost’ Perisian ini dapat membantu juruteknik menyalin dan menyimpan keseluruhan data. Antara keperluan yang diperlukan bagi menjalan perisian Norton Ghost adalah seperti; i. ii. CD Bootable (Norton Ghost) Hard Disk yang mempunyai kapasiti lebih besar daripada hard disk milik pelanggan. Berikut merupakan cara bagi menggunakan perisian Norton Ghost; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. Pasangkan hard disk yang baru sebagai slave. Hidupkan komputer. Masukkan cd bootable tersebut ke dalam pemacu cakera. Set kan BIOS, first boot ke CD-ROM. Apabila system mengesan cd bootable, tekan Enter. Di skrin akan keluar paparan dari perisian tersebut. Pastikan BIOS telah mengesan kedua-dua hard disk. Pilih local, disk to disk. Pilih source (1) hard disk milik pelanggan dan enter Pilih destination (2) hard milik kita Tekan (yes) apabila yakin dengan pilihan kita. Tunggu sehingga proses menyalin data selesai.

14

Apabila selesai proses tersebut, keluarkan cd tersebut dari pemacu cakera. Sekarang juruteknik telah mengklon hard disk milik pelanggan ke satu hard disk milik kita. Proses menyalin data selesai. Seterusnya, proses formatting boleh dijalankan. Proses Formatting Hard Disk Untuk menjalankan proses ini, juruteknik harus tahu terlebih dahulu windows yang digunakan sebelum ini. Windows 95,98, ME, 2000, XP atau Vista. Selalunya proses formatting ini akan disambung dengan proses ‘installation windows’. Cara-cara memformat hard disk menggunakan Windows 95,98 dan ME. Untuk memformat semula sesebuah cakera yang sudah digunakan, katakan pemacu C:, apa yang perlu dilakukan adalah dengan memanggil arahan format dengan menaip FORMAT C:. Arahan ataupun program untuk format ini biasanya terkandung di dalam disket “startup” (ataupun “boot” / “system”) serta dalam direktori c:\dos ataupun c:\windows\command. Tetapi awas, kerana semua data yang ada di dalamnya akan dipadamkan. Jika perlu alihkan data-data yang penting ke dalam disket terlebih dahulu. Cara-cara menformat hard disk menggunakan Windows 2000,XP dan Vista. Untuk memformat hard disk menggunakan windows, juruteknik memerlukan cd windows 2000, XP atau Vista untuk melakukan formatting. Caranya boot cd tersebut, kemudian pilih Enter. System akan memaparkan partion hard disk yang telah digunakan. Antaranya seperti Pemacu C: dan Pemacu D:. Jika proses formatting untuk membaiki windows, juruteknik boleh memformat pemacu C sahaja. Pemacu yang lain tidak perlu diformat. Tekan huruf (d) untuk ‘delete’ partion tersebut. Selepas itu tekan huruf (c) untuk ‘create kembali pemacu c yang kita telah buang. Selepas itu akan keluar paparan untuk melakukan formatting. Tekan enter dan proses tersebut akan beroperasi dengan sendiri dan terus bersambung ke proses ‘installation’.

15

Jenis-jenis Kerosakan Komputer Kerosakan komputer adalah amat sinonim dengan seorang juruteknik komputer. Setiap kerosakan yang berlaku dapat diselesaikan dengan seberapa pantas mengikut pengalaman yang dimiliki oleh seorang juruteknik. Antara kerosakan yang sering berlaku kepada pengguna komputer adalah seperti berikut; i. Tiada Paparan ( No display )  Cara penyelesaian; Periksa monitor, sambungan kabel, VGA kad atau RAM. ii. Bunyi ‘beep’ terhasil  Cara peneyelesaian; Periksa RAM iii. PC hang  Cara penyelesaian: Periksa Hard Disk, RAM dan windows iv. Tiada elektrik ( No Power )  Cara penyelesaian: :Periksa kabel power, fius, power supply v. PC autorestart  Cara penyelesaian: Periksa windows atau format vi. PC autoshutdown  Cara penyelesaian: Periksa heat sink processor vii. PC blue screen  Cara penyelesaian: Periksa Hardware atau Windows

16

viii.

PC Slow  Cara penyelesaian: Periksa Saiz RAM, masalah windows dan virus

ix.

PC Cannot load windows  Cara penyelesaian: Buat Formatting dan Install Windows

x.

Tiada paparan  Cara penyelesaian: Periksa kabel/monitor, RAM, Kad Paparan

xi.

PC tiada bunyi  Cara penyelesaian: Periksa ‘audio driver’, jack audio port, speaker.

xii.

PC restart dalam beberapa minit  Cara penyelesaian: Buat Formatting atau masalah hardware

xiii.

Berlaku ‘spark’ ketika hidupkan computer  Cara penyelesaian: Periksa power supply atau voltan rumah

xiv.

Bila ‘on’ PC berlaku renjatan pada casing  Cara penyelesaian: Periksa power supply dan pelapik papan induk.

xv.

Windows Problem  Cara penyelesaian: Buat formatting hard disk.

Minggu ke-2: Memasang Komponen-Komponen Komputer Apabila terdapat pelanggan yang membeli komputer dari bahagian jualan Syarikat Picotec, komponen-komponen utama tersebut akan dihantar ke Computer IT

17

Care untuk pemasangan. Pelatih diberi 30minit untuk pemasangan komponen tersebut. Masa yang diperuntukkan ini diharapkan dapat ditepati oleh pelatih. Untuk memasang komponen-komponen komputer, secara ringkasnya langkah-langkah berikut dilakukan:

Rajah 2.3.1: Cara pemasangan papan induk i. Papan utama (motherboard) diambil dan atur posisi konektor "jumper", sesuai dengan yang tertulis dalam manual. Cabut konektor plastik "jumper" penghubung antara pin yang ada pada motherboard pindahkan pada posisi lain yang menghubungkan sebuah kaki pin dengan kaki pin lainnya sesuai dengan apa yang tertulis dalam buku panduan (manual) papan utama (motherboard). Biasanya buku panduan tersebut akan memberitahu posisi "jumper" tertentu sesuai dengan jenis processor yang akan dipergunakan. Konektor "jumper" dipasang sesuai dengan keperluan dengan mengikuti buku panduan (manual) yang didatangkan sekali dengna papan utama. Sesuaikan posisi jumper tersebut dengan jenis processor yang akan anda pasang. Pemasangan posisi "jumper" memungkinkan motherboard memberikan listrik yang tepat dan sesuai dengan keperluan listrik pemproses (processor) yang dipasang. Jika tersalah pasang boleh mengakibatkan pemproses rosak.

18

ii.

Pemproses dipasang pada tempatnya, tanda pada processor harus ditempatkan sesuai dengan tanda yang ada pada soket tersebut (tidak boleh terbalik). Tangkai pengunci yang biasanya terdapat disisi soket processor dikunci. Kod titik atau sisi processor dengan bentuk miring merupakan petunjuk agar bahagian pemproses itu dipasang pada bagian slot yang memiliki tanda sama. Pemasangan pemproses pada soket ataupun tempat yang ada di papan utama tidak boleh terbalik karena dapat mengakibatkan papan utama (motherboard) atau pemproses (processor) rosak.

iii.

RAM dipasang pada tempatnya dengan baik, sudut memori yang biasanya berlekuk harus ditempatkan pada tempatnya secara hati-hati. Jika terbalik, maka memori akan susah untuk dimasukan.

iv.

Masukan papan utama (motherboard) ke dalam kotak komputer (casing), pengait plastik yang biasa disediakan dikaitkan ke dalam lubang yang terdapat pada papan utama (motherboard).

v.

Kabel khusus dapasangkan pada papan utama (motherboard) yang ada pada sumber kuasa (power supply). Biasanya dituliskan P8 dan P9. Jika jenis papan induk adalab ATX, kabel kuasa (power) khusus tersebut dipasang pada slot kuasa ATX yang terdapat pada papan utama tersebut.

vi.

Cakera keras (hard disk), pemacu disket (floppy drive), pemacu CD-ROM dipasang pada tempat yang telah tersedia dalam casing CPU, kedudukannya dikuatkan dengan berhati-hati.

vii.

Kabel dari sumber kuasa ke slot kuasa yang terdapat di cakera keras, pemacu disket dan pemacu CD ROM disambungkan.

19

viii.

Kabel pita (kabel data) pada dudukan cakera keras, pemacu CD-ROM disambungkan . Kabel ini

pemacu disket dan berfungsi untuk

menghubungkan peralatan tersebut ke papan utama. Sisi kabel berwarna merah harus ditempatkan pada kaki nombor satu. Jika terbalik, komputer tidak akan bekerja denganbaik dan dapat merosakkan peralatan-peralatan tersebut. ix. Kabel dari pemacu disket ke slot untuk pemacu disket disambungkan, begitu juga dengan kabel dari cakera keras ke slot IDE nombor 1, dan kabel dari pemacu CD-ROM ke slot IDE nombor 2. Kabel berwarna merah harus menepati kaki nombor satu pada tiap slot. x. Kad VGA dipasang pada slotnya, jika kad tersebut jenis ISA, ianya harus ditempatkan pada slot ISA di papan utama. jika kad tersebut jenis PCI, ianya harus ditempatkan pada slot PCI. xi. Konektor kabel penghubung tombol "Reset" ke pin "Reset" yang terdapat pada papan utama (motherboard) dihubungkan. Konektor kabel penghubung suara (speaker) dhubugnkan ke pin bertuliskan speaker yang ada pada papan utama (motherboard). Biasanya ditulis dengan kod LS. xii. Kotak komputer (casing) ditutup dan skru dipasang.

Minggu Ke-3: Proses ‘Installation Windows’. XP Bagi menjalankan ‘installation windows’, sekeping cd windows diperlukan. Tanpa cd tersebut proses tidak dapat dijalankan. Sama juga jika cd atau pemacu cd mempunyai masalah.

20

Cara-cara proses ‘installation windows’. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Masukkan cd windows kedalam pemacu cakera. Boot CD tersebut. Pilih ‘setup new installation windows’. Biarkan komputer sehingga proses penyalinan selesai. Seterusnya, komputer akan restart semula Kini komputer dalam proses ‘installation’. Proses ini mengambil masa selama 30 minit. Di minit terakhir, paparan untuk kita setkan nama pengguna, lokasi, jam dan nombor produk. Setelah itu, proses tersebut selesai. Bersedia untuk proses ‘installation software’.

Minggu ke-3: ‘Installation Basic Software’. Setelah proses ‘installation windows’ selesai, seterusnya proses ‘installation basic software’. Aplikasi yang dimasukkan kedalam windows dapat digunakan untuk membantu pengguna melakukan kerja-kerja harian. Antara aplikasi asas yang dimasukkan kedalam windows adalah seperti; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. ACD See 9 Adobe Acrobat 8 Anti Virus ( Kaspersky) Cyberlink Power DVD 7 Winamp 5.35 Real Player 10 Microsoft Office 2007 Mozilla Firefox Nero 7 Winzip

21

xi. xii.

Quick Time 7 Spyware Doctor 5 Diatas merupakan senarai aplikasi yang dimasukkan kedalam windows.

Selebihnya, pengguna kena memasukkan aplikasi itu sendiri. Kemasukkan aplikasi ini adalah bergantung dengan kepantasan system komputer. Jika pengguna menggunakan Windows 95,98 dan ME, aplikasi yang terkini tidak dapat dimasukkan. Aplikasi yang lebih lama versinya hanya dapat dimasukkan seperti ACD See 7, Adobe Acrobat 6, Cyberlink Power DVD 5 dan sebagainya. Minggu ke-4: Pemasangan Modem Streamyx jenis D-Link 500T Setelah mendapat panggilan untuk memasang streamyx di rumah pelanggan. Pelatih akan mengambil modem mengikut pilihan pelanggan. Modem D-Link tersebut akan diambil dari Picotec dan pengambilan itu akan direkodkan pada sistem stok.

Rajah 2.3.2: Jenis modem untuk broadband Cara pemasangan Streamyx Modem; i. ii. iii. iv. Letakkan modem di tempat yang sesuai, yang jauh dari cahaya matahari, basah. Sambungkan modem dengan adapter 12V. Sambungkan kabel ADSL iaitu kabel telefon rumah pada belakang modem. Sambungkan ‘straight cable’ pada Ethernet Port dan pada Network Kad.

22

v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii.

Hidupkan punca bekalan. Perhatikan nyalaan LED pada modem. Sambungan yang betul akan menyebabkan lampu modem menyala kesemuanya. Buka Internet Explorer, pada ruangan console taip 192.168.1.1 Satu paparan modem akan terhasil. Modem tersebut boleh disetkan sebagai router, jika perlu. Aktifkan akaun streamyx. Hubungi 1-800-9515. Buat satu dail-up baru untk streamyx Caranya, pergi Network Connection Wizard, Connect to Internet, Setup my connection manually, Connect using a broadband connection, taip ISP Name iaitu Streamyx, masukkan username dan password, finish.

xiii.

Pengguna sudah boleh melayari internet dengan pelan Steramyx.

Minggu ke-5: Pemasangan Komputer di kediaman pelanggan. (Lokasi: Standard Marine Sdn. Bhd). Setelah proses installation selesai, komputer akan di ‘packing’ kembali kedalam kotak untuk dihantar ke kediaman atau pejabat pelanggan Berikut merupakan prosedur yang dilalui untuk pemasangan komputer dikediaman pelanggan. i. Buka semua kotak dengan menggunakan pisau. Pertama keluarkan monitor terlebih dahulu. Letakkan monitor dimeja komputer. Sambungkan kabel pada monitor. ii. Keluarkan komputer dan letakkan komputer diatas meja. Sambungkan semua kabel seperti VGA Kabel, Mouse, Keyboard, Jek Audio, Kabel kuasa dan sambungan lain. iii. iv. Hidupkan komputer, dan periksa komputer akan berkendali dengan keadaan baik. Berikan penerangan kepada pelanggan tentang penjagaan komputer dan fungsi aplikasi yang terdapat didalam komputer.

23

Minggu ke-6: Membuat Preventive Maintaince di Sekolah Menengah Labuan. ( Bahagian Makmal Komputer: 20 PC) Pelatih ditugaskan untuk bersama Bumi IT untuk membuat penyelenggaraan komputer. Sebelum pergi ke sekolah, pelatih dikehendaki memakai uniform khas dan kad nama. Alatan servis seperti berus, blower, vakum, cd cleaner dan disket cleaner. Preventive Maintaince merupakan kerja penyelenggaraan komputer di sekolah-sekolah yang ditetapkan mengikut jadual. Projek Penyelenggaraan Komputer dibawah BUMI-IT CONSULTING SDN.BHD 2005-2007. Seramai lima orang juruteknik akan ditugaskan di sekolah yang ditetapkan. Antara aktiviti penyelenggaraan yang dilakukan adalah seperti; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Memasang aplikasi anti virus dan spyware termasuk update yang terkini Scan virus dan spyware dijalankan. Membuat proses defragment keatas sistem komputer. Membersihkan monitor, casing, papan kekunci, tetikus dan bahagian dalam casing iaitu pada bahagian papan induk dan heat sink. Jika terdapat komputer yang mengalami masalah windows, komputer tersebut akan diangkut ke Computer IT Care untuk proses penyelenggaraan. Seterusnya proses membuat report pada PM FORM selepas proses penyelenggaraan dilakukan. Proses tagging dijalankan pada komputer yang telah diservis. Laporan penyelenggaraan akan dihantar ke Help-Desk Bumi IT.

24

Minggu ke-7: Buat wiring networking di Infolada Sdn.Bhd Pendawaian kabel untuk networking amatlah sinonim dengan sebuah syarikat yang memiliki kemudahan internet. Syarikat tersebut telah menaik taraf sistem rangkaian mereka. Kesemua komputer staff akan disambungkan dengan internet. Untuk membina kabel rangkaian, seharusnya juruteknik melihat sendiri lokasi yang dimaksudkan bagi mengetahui panjang kabel yang digunakan dan arah yang sesuai untuk kabel itu diletakkan. Di syarikat tersebut terdapat lima komputer yang ingin dibuat pendawaian. Berikut merupakan senarai semak rangkaian tersebut; i. ii. iii. iv. v. Jarak komputer pertama dari switch LAN sepanjang 10m Jarak komputer kedua dari switch LAN sepanjang 11m Jarak komputer ketiga dari switch LAN sepanjang 8m Jarak komputer keempat dari switch LAN sepanjang 9m Jarak komputer kelima dari switch LAN sepanjang 2m (Host)

Antara keperluan yang diperlukan adalah seperti; i. ii. iii. iv. v. Modem ADSL Streamyx Straight Kabel sepanjang 40m Switch LAN 8 port 3 buah Network Kad (bagi komputer yang tiada) Kotak plastic khas untuk memasukkan kabel.

Antara alatan yang diperlukan; i. ii. iii. iv. Pemotong Kabel LAN Network Tester Plug pin kabel Label (12biji) Networking Tool Kit

25

v.

Meter Penyukat

Cara Kerja i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Setiap kabel akan dipotong mengikut panjang yang diperlukan. Wayar kabel dalam akan dimasukkan kedalam kepala plug mengikut urutan yang ditetapkan. Setelah selesai proses memasang kepala plug kabel, setiap kabel akan diperiksa terlebih dahulu keterusannya menggunakan network tester. Letakkan kabel LAN tersebut kedalam casing plastic yang telah dipasang ke setiap komputer. Sambungkan semua kabel ke komputer dan casing tersebut ditutup. Sambungkan juga kabel ke switch dari port 1 hingga 5. Sambungkan ADSL kabel iaitu talian telefon tetap Hidupkan modem dan switch. Pastikan semua lampu menyala. Setkan modem tersebut sebagai router, dan setkan modem kepada PPOE. Kini internet dapat diaccess semua komputer Jumlah masa yang digunakan selama 6 jam.

Minggu ke-8: Pemasangan kamera litar tertutup. (CCTV) Kamera litar tertutup ataupun dikenali sebagai CCTV amatlah digunakan meluas oleh syarikat besar untuk menangani kecurian dan memperhatikan pekerja mereka. Namun pemasangan CCTV ini amatlah mahal, bukan sahaja kamera yang digunakan mahal tetapi pendawaian kable dari kamera ke komputer juga turut mahal. Mengikut majikan yang ada memasang CCTV, mereka lebih rela membeli CCTV yang mahal, jika dibandingkan apabila barang-barang keperluan berharga hilang akibat dicuri.

26

Berikut merupakan langkah pemasangan CCTV: i. ii. iii. iv. Majikan tersebut akan memberitahu pandangan mana yang ingin dikawal iaitu kawasan hitam. Selepas itu, jumlah kamera yang diperlukan diperolehi. Setelah itu, pelatih akan menyukat panjang kable yang digunakan bagi menyambungkan kamera dari komputer (Host). Pendawaian kable coaxial akan dilakukan dengan penuh teliti dan berhatihati. Ini kerana kesilapan yang berlaku semasa pendawaian akan menyebabkan komputer tidak dapat mengesan kamera tersebut. v. CCTV Kad akan dipasang ke dalam komputer. Jenis GeoVision Survilleance. Kesemua kable akan disambungkan ke port yang terdapat di belakang komputer. vi. vii. viii. ix. Selepas itu perisian khas untuk CCTV terebut akan diinstall kedalam komputer. Kamera tersebut akan diperiksa dan diperhatikan melalui komputer. Komputer telah dapat melihat semua pandangan yang diinginkan. Setting bagi kamera akan disetkan bagi memudahkan pelanggan. Jumlah masa yang digunakan 2hari bekerja.

Minggu ke-9: Menservis printer Menservis pencetak atau lebih dikenali sebagai ‘printer’ merupakan satu tugasan yang amat sulit untuk dijalankan. Ini kerana kesetiap bahagian yangditanggalkan harus dicantumkan kembali. Kecuaian kehilanggan skru, nat, spring, atau komponen kecil boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Semua kerja mestilah dilakukan dengan berhati-hati. Berikut merupakan senarai semak kerosakkan pencetak; i. ii. Jenis printer : Canon BJC 2000 Kerosakkan: Tulisan yang dihasilkan bergaris-garis dan putus-putus.

27

iii. iv.

Jangkaan kerosakan: Berlaku kekotoran pada ‘head’ pencetak ataupun kerosakan berlaku. Penyelesaian; a. Sambungkan pencetak tersebut ke komputer dan lakukan proses cetakkan. b. Didapati tulisan bergaris-garis. ‘Print Head Cleaning’ dijalankan beberapa kali. c. Proses cetakan semula dilakukan. d. Ini bermakna ‘printer head’ mengalami kerosakkan teruk. e. Penutup printer di tanggalkan. Dakwat dikeluarkan dan ‘head’ tersebut ditanggalkan f. Tanggal semua skru yang memegang ‘head’ tersebut. g. Gantikan kepada ‘head’ yang baru. h. Kini, tulisan yang dihasilkan dalam keadaan normal.

Minggu ke-10: Menservis switch Switch perlulah diselenggara setiap sebulan sekali. Ini kerana switch merupakan komponen penting dalam sistem rangkaian. Jika berlaku kerosakkan, sistem akan terberhenti seketika yang mengambil masa yang lama untuk diservis. Oleh itu langkah pencegahan sebelum kerosakkan mestilah dibuat. Antara kerja yang dilakukan adalah seperti pembersihan setiap port LAN, pembersihan kipas switch, pemeriksaan voltan keluaran switch, menguji suhu dalam switch dan membuat pengujian kesemua port LAN.

28

Minggu ke-11: Menservis komputer (masalah: tiada paparan) Kerosakkan tiada paparan amatlah sinonim dengan masalah pelanggan. Jika tiada paparan dimonitor, banyak aspek perlu diambil kira. Kemungkinan besar monitor mempunyai masalah atau kad grafik atau RAM. Kebiasaannya, setelah monitor diperiksa dalam keadaan baik, pelatih akan menanggalkan semua kad pilihan seperti modem, kad audio, kad grafik, network kad termasuk RAM. RAM terlebih dahulu dibersihkan dengan pemadam getah jenis lembut. Plat tembaga dibersihan bagi menanggalkan habuk dan juga membersihkan slot RAM. Kehadiran habuk ini akan mengganggu proses pengaliran arus ke papan induk. Gunakan video output dari ‘video built in’. Jika paparan ada dikeluaran itu bermakna papan induk tiada permasalahan. Cuba pasang kembali Kad paparan tersebut, jika masih sama kerosakkan dijangka berlaku pada kad grafik tersebut.

Minggu ke-12: Membuat kable ‘Straight dan Twist’ Untuk membuat satu rangkaian lengkap mestilah mempunyai kabel yang yang dibuat khas. Rangkaian internet atapun pc to pc menggunakan kabel seperti ‘straight kabel’ atau ‘twist kabel’. Perbezaan kabel ini hanya dapat ditentukan melalui susunan warna pada kabel tersebut. Cara membuat ‘straight cable dan twist cable’ : i. Dapatkan seutas kabel mengikut panjang yang diinginkan. ii. iii. iv. Dapatkan 2 kepala plug untuk penyambungkan ke port Keratkan kulit luar kabel tersebut untuk mendapatkan wayar teras yang bewarna warni. Susunkan kabel teras tersebut mengikut aturan warna yang ditetapkan untuk fungsi kabel.

29

v.

Setelah itu, masukkan kabel kedalam plug dan kepitkan kepala plug menggunakan pengepit supaya plug kukuh dan tidak mudah tertanggal.

vi.

Periksa keterusan dan ketepatan sambungan menggunakan network tester.

Minggu ke-13: Pemasangan switch Switch merupakan alat yang digunakan untuk melengkap sistem rangkaian komputer bagi penggunaan komputer yang banyak. Jumlah minima port switch yang terapat dipasaran adalah 4 port manakala jmlah maksima adalah sebanyak 100 port. Switch port sebanyak ini biasanya digunakan untuk syarikat yang besar ataupun institusi pendidikan. Namun pemasangan switch amatlah mudah bagi jumlah port yang sedikit. Bagi jumlah port yang besar, switch tersebut adalah besar boleh mencecah sehingga satu kaki panjang. Switch akan rosak apabila terkena panahan kilat atau ‘spike current’. Cara pemasangan sebuah switch; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Letakkan switch ditempat yang selamat iaitu jauh dari bahan cecair, cahaya matahari ataupun magnet. Sambungkan switch dengan sumber kuasa. Sambungkan kabel LAN dari komputer ke modem Sambungkan kabel LAN dari modem ke main port pada switch. Masukkan semua kabel LAN pada port yang terdapat pada switch mengikut urutan nombor. Periksa setiap port, pastikan lampu LED menyala kesemuanya. Setkan aturan untuk networking komputer.

30

Minggu ke-14: Membuat backup e-mail outlook express E-mail merupakan satu perisian yang dicipta untuk tujuan penghantaran maklumat iaitu dalam bentuk teks, gambar atau sebagainya. ‘Electronik Mail’ amatlah digunakan oleh pengguna komputer. Tambahan lagi, jika sebuah syarikat tersebut itu mempunyai rangkaian yang luas. Penggunaan e-mail dapat mengatasi kelewatan untuk penghantaran maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain. Hanya dengan menggunakan internet kita sudah mampu menghantar maklumat kepada pengguna yang lain. Jesteru itu, apabila proses formatting dijalankan keatas cakera keras (hard disk), semua data akan terpadam termasuklah email. Cara membuat backup e-mail outlook express: i. ii. iii. iv. v. vi. Tunjukkan semua fail yang tersembunyi. (hidden files) Masuk ke perisian outlook express Pilih file, import, address book. Cari address book tersebut di akaun pengguna, application data, microsoft, address book. Cari mesej di peti di akaun pengguna, identities, application data, Outlook. Sistem akan mengambil semula semua data berkaitan dengan emain masuk balik ke perisian outlook.

Minggu ke-15: Pemasangan Modem Streamyx Jenis ‘wireless’. Pemasangan modem streamyx jenis wireless adalah sama juga cara kerjanya dengan modem streamyx jenis biasa iaitu menggunakan kabel. Ada juga pelanggan yang inginkan penggunakan streamx sepertinya di kawasan rumah ataupun pejabat. Dengan

31

penggunaan ‘wireless’, pelanggan tidak perlu membeli kabel LAN ataupun network kad. Ini kerana, komputer hanya menggunakan sistem ‘wireless’(tanpa wayar). Sesebuah komputer atau laptop memerlukan wireless kad atau wireless usb drive atau komponen yang dipasang pada setiap laptop. Kita hanya perlu aktifkan wireless komputer dan komputer akan mengesan jika gelombang itu mengenai sistem komputer. Jika gelombang diterima, pengguna sudah boleh menggunakan Internet Streamyx Wireless.

Minggu ke-16: Menservis Komputer (Masalah: Sistem Beroperasi Perlahan) Masalah komputer terlalu perlahan merupakan antara jenis permasalahan yang sering berlaku kepada pengguna komputer. Masalah ini ditimbuk disebabkan oleh saiz memori yang terlalu rendah, terlalu banyak aplikasi dimasukkan, masalah virus dan spyware, cakera keras mempunyai ‘bad sector’ dan masalah windows. Jika memori sangat rendah, tingkatkan keupayaan memori kepada saiz yang lebih besar sehingga ke 256MB, 512MB ataupun 1GB. Satu cara bagi mengatasi masalah ini dengan membuat proses formatting terhadap cakera keras. Format semula hard disk dan install windows dan aplikasi yang digunakan sahaja. Selepas itu komputer akan berkendali dengan laju kembali. Minggu ke-17: Menservis Penyambungan Internet ( Masalah: Tidak dapat penyambungan ke internet ) Internet merupakan satu kemudahan yang telah disediakan untuk kita melayari laman web yang tertentu. Namun penyambungan internet kadang-kadang mengalami masalah. Kegagalan penyambungan ke internet boleh membantutkan kerja pengguna malahan juga dapat merugikan syarikat. Penyelenggaraan dapat dilakukan kepada modem atau komputer tersebut.

32

Langkah penyelesaian; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Hidupkan modem streamyx. Periksa kesemua lampu. Didapati semua lampu menyala. Penyambungan ke internet dilakukan. Di dapati paparan error dipaparkan. Error 671 Untuk kepastian, hubungi 1-300-88-9515 TMnet. Mohon untuk memeriksa talian streamyx mungkin mengalami ‘hang session’. Jika operator mengesahkan terdapat ‘hang session’, mohon di berhentikan. Selepas itu, kita matikan modem buat beberapa ketika dan cuba buat penyambungan kembali. Internet dapat dilayari dengan baik.

Minggu ke-18: Menservis komputer (Masalah: Komputer Hang) Masalah komputer yang mengalami ‘hang’ ataupun ‘stuck’ ini haruslah diselenggara. Apabila kita melakukan kerja melalui aplikasi dan tiba-tiba komputer hang, ini akan menyebabkan kerja yang dilakukan akan hilang. Justeru itu baikpulih harus dijalankan. Punca komputer mengalami ‘hang’ adalah disebabkan dengan pengguna membuka terlalu banyak aplikasi. Ini menyebabkan ‘operation system process’ akan meningkat. Selain itu masalah virus jugak boleh dikaitkan dengan permasalahan ini. Antara jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini dengan memeriksa sector yang terdapat dalam cakera keras. Kemungkinan mengandungi banyak ‘bad sector’. Jikalau terlalu banyak badsector, pengguna harus menggantikan kepada hard disk yang baru dan lakukan formatting.

33

Minggu ke-19: Preventive Maintaince di Sekolah Menegah Kebangsaan Labuan Preventive Maintaince akan dilakukan di seluruh sekolah di WP.Labuan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun pelatih hanya dapat mengikuti BUMI-IT untuk beberapa buah sekolah sahaja. Ini kerana, bahagian pejabat tidak mencukupi juruteknik. Kerja penyelenggaraan akan dilakukan dengan baik dan berkualiti tinggi ini kerana syarikat ini merupakan kontrak. Kesilapan yang berlaku boleh menyebabkan syarikat ini disenarai hitam dari kontrak. Pelatih perlu memegang nama baik syarikat dan tidak membuat perkara yang tidak sepatutnya. Minggu ke-20: Minggu Akhir Di minggu akhir pelatih di syarikat tersebut, majikan telah menyuruh pelatih untuk bertugas dibahagian pejabat. Pelatih melakukan kerja penyelenggaraan komputer. Didalam sehari, pelatih dapat menyiapkan lebih kurang lima buah komputer. Bahkan pelatih di arahkan untuk berlajar bagaimana menyelesaikan masalah ‘trableshoot’ bahagian server, dari segi kendalian ‘line’ dan ‘Router’ serta kecepatan mengendalikan masalah bahagian server dengan cepat. Di samping itu, pelatih juga berusaha untuk mencari maklumat tentang syarikat seperti mana yang diperlukan bagi mengisi laporan ini. Maklumat juga diperolehi dengan bertanyakan kepada bahagian pentadbiran. Borang-borang penilaian juga diserahkan bagi proses penilaian terhadap prestasi pelatih. Pensyarah bagi melawat pelatih di organisasi tersebut juga tidak hadir sehingga minggu terakhir pelatih menanti.

34

35

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful