You are on page 1of 20

PANDUAN MENULIS PERENGGAN

PENDAHULUAN

PENDAHULUAN

Jenis-jenis pendahuluan :-

(i) pendahuluan jenis definisi


(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·


memberikan takrif · makna · definisi
Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan.
Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut
kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada
43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari
semasa ke semasa.
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan
sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang
sama meneruskan pembangunan.
PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan
perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang
yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku
sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka.
Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan
seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu
boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan ?
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengan
tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah
komuniti.
PERENGGAN
Jenis-jenis perenggan:
- perenggan deduktif
- perenggan induktif
- perenggan gabungan induktif dan deduktif

PERENGGAN DEDUKTIF
isi penting huraian isi contoh-contoh
Contoh soalan : Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan
perpustakaan sekolah. Punca pertama, walaupaun pihak perpustakaan telah cuba sedaya upaya
mendapatkan buku-buku untuk kegunaan pelajar, tetapi kebanyakan buku yang disediakan
sudah terlalu lama. Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhi
keperluan pelajar. lagipun terdapat banyak buku yang mengalami kerosakkan . Contohnya ,
masih tedapat buku-buku yang diterbitkab pada tahun 60-an dan 70-an. Isi Buku yang disediakan
sudah terlalu lama Huraian Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat
memenuhi keperluan pelajar. Lagipun tedapat banyak buku yang mengalami kerosakkan Contoh
Contohnya, masih terdapat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 60-an dan 70-an.
PERENGGAN INDUKTIF
huraian isi contoh-contoh isi penting
Contoh soalan : Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Selekoh yang tajam , jalan
berlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca terjadinya
kemalangan jalan raya . Misalnya, jalan menuju ke Genting Highlandmempunyai banyak selekoh
yang tajam dan berbahaya kepada pengguna jalan tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa faktor
alam dan keadaan jalan raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan
raya di negara ini. Huraian Selekoh yang tajam , jalan belopak, cahaya lampu, cahaya matahari,
dan hujan juga merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya. Contoh Misalnya, jalan
menuju ke Genting Highlands Isi Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan
raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.
PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF
isi penting huraian isi contoh-contoh isi penting
Contoh Soalan: Mengatasi masalah inflasi. Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh
kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Kempen yang dijalankan secara
bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan
memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Misalnya , dengan
menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Oleh itu, kempen -kempen
yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna dapat
disedarkan daripada lena yang panjang. Isi Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh
kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Huraian Kempen yang dijalankan
secara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan
memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Contoh misalnya , dengan
menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Isi Oleh itu, kempen-
kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang segera agar pengguna
dapat disedarkan daripada lena yang panjang.
PENUTUP -
Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan -
Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan -
Gunakan penanda wacana yang sesuai
Contoh :-
(ii) Kesimpulanya, kita perlulah berhati-hati apabila menerima kedatangan pekerja asing kerana
pelbagai masalah sosial yang dibawa oleh mereka. Mereka seharusnya ditapis sebelum diterima
bekerja di sini.
(iii) Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menjadi pengguan yang bijak dan
bergabung tenaga untuk membanteras inflasi.Ini sejajar dengan wawasan Perdana Menteri kita
yang berkeyakinan bahawa inflasi di Malaysia boleh mencapai nilai 0%.
(iv) Jelaslah kepada kita bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting dalam usaha
membantu kerajaan membendung masalah inflasi merupakan masalah kita bersama. Masalah
inflasi tidak akan menjadi gawat dan membimbangkan sekiranya semua pihak mempunyai
kesedaran.
(v) Natijahnya, sektor perindustrian bukan sahaja mendorong pertumbuhan ekonomi negara
malah mengembleng tenaga belia ke arah penerokaan suatu bidang baru . Oleh itu, langkah-
langkah yang sewajarnya harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung pelbagai masalah
negatif dalam sektor ini untuk menjamin keutuhan dan kejayaannn sektor perindustrian di
Malaysia.
(vi) Pada keseluruhannya, lawatan sambil belajar itu sungguh berjaya. Menurut beberapa orang
ahli yang ditemu ramah, mereka sedar bahawa kegiataan penubaan ikan merupakan satu cara
yang tidak bermoral. Sebaliknya , penternakan ikan di dalam sangkar perlu digalakkan bagi
mendapatkan hasil yang lumayan di samping dapat mengelakkan keracunan dan pencemaran
sungai.

PANDUAN MERUMUSKAN KARANGAN


Oleh Abdul Ghalib Yunus

BAHAGIAN merumuskan karangan atau rumusan merupakan soalan yang wajib dijawab oleh
pelajar dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Soalan ini menguji pemahaman pelajar terhadap
petikan yang dikemukakan. Soalan rumusan memerlukan pelajar mengemukakan pendahuluan,
isi, dan penutup atau kesimpulan. Isi-isi yang dikemukakan pula mestilah terdiri daripada isi-isi
tersurat dan isi-isi tersirat. Isi-isi tersurat ialah isi-isi yang terdapat dalam petikan. Manakala, isi-
isi tersirat ialah isi-isi yang tidak terdapat dalam petikan tetapi berkaitan.
Permarkahan
Markah yang disediakan untuk bahagian ini adalah sebanyak 30 markah. Dalam Kertas 2
Bahasa Melayu, bahagian merumuskan karangan merupakan bahagian yang penting. Hal ini
demikian kerana bahagian ini menguji aspek kemahiran berfikir pelajar daripada peringkat yang
paling rendah, iaitu aras pengetahuan kepada peringkat yang paling tinggi, iaitu penilaian.
Keupayaan pelajar menjawab soalan ini dengan baik akan memberi gambaran tentang
keupayaan pelajar secara keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Penilaian aspek rumusan ini bukan sahaja dinilai dari segi pemberian isi oleh pelajar, tetapi juga
dari aspek bahasa seperti penggunaan istilah dan kosa kata yang tepat, susunan frasa dan ayat,
penggunaan tanda baca yang betul, kesinambungan ayat yang memperlihatkan penggunaan
penanda wacana yang sesuai, dan susunan isi dan idea yang mengikut urutan.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah, iaitu 20
markah untuk bahagian isi, dan 10 markah untuk aspek bahasa. Dalam bahagian isi,
pengenalan diperuntukkan sebanyak 2 markah, setiap isi tersurat dan tersirat 2 markah, dan
kesimpulan juga diperuntukkan sebanyak 2 markah. Ini bermakna rumusan memerlukan 10 isi
yang memperuntukkan sebanyak 20 markah.

Untuk aspek bahasa pula, markah yang disediakan sebanyak 10 markah. Pemberian markah
pula adalah bergantung kepada jumlah markah isi yang diperoleh. Jika pelajar memperoleh
markah isi sebanyak 20 markah, markah maksimum aspek bahasa yang boleh diperoleh adalah
sebanyak 10 markah. Hal ini bermakna, untuk aspek bahasa, markah yang diperuntukkan
adalah separuh daripada markah isi. Walau bagaimanapun, pelajar tidak semestinya
memperoleh separuh daripada markah isi itu secara automatik. Sebaliknya, aspek bahasa
seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca, dan sebagainya akan
diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberi.

Perenggan
Dari segi binaan perenggan pelajar bebas menulis rumusan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau
empat perenggan. Sebenarnya, tidak ada satu peraturan yang khusus tentang bilangan
perenggan. Bilangan perenggan yang berbeza antara pelajar, sebenarnya tidak menjejaskan
markah. Namun demikian, pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat (4)
perenggan seperti yang di bawah ini:

Perenggan 1 -- Pengenalan
Perenggan 2 -- Isi-Iisi Tersurat
Perenggan 3 -- Isi-Isi Tersirat
Perenggan 4 -- Kesimpulan

Dari segi bilangan perkataan pula, pelajar hendaklah patuh terhadap bilangan perkataan yang
dinyatakan dalam soalan. Kebiasaannya, iaitu bermula pada tahun 1994, pelajar dikehendaki
menulis rumusan antara 100 hingga 120 patah perkataan. Jika pelajar menulis rumusan melebihi
jumlah perkataan yang dinyatakan, isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat yang
selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai. Hal ini sudah tentu akan merugikan pelajar. Oleh hal
yang demikian, pelajar dinasihati supaya memastikan bilangan perkataan untuk rumusan supaya
tidak melebihi jumlah yang telah ditetapkan.

Langkah-Langkah Menulis Rumusan


Dalam menulis rumusan, terdapat beberapa langkah boleh diikuti oleh pelajar. Langkah-langkah
ini akan membantu pelajar untuk menulis rumusan dengan lebih sistematik. Langkah-langkah
untuk menulis rumusan adalah seperti yang berikut:
Langkah 1: Pelajar-pelajar perlu membaca arahan dan soalan dengan teliti. Pastikan apakah
kata kunci soalan, iaitu aspek atau perkara yang dikehendaki. Tanya diri anda dengan soalan-
soalan seperti apa, mengapa, siapa, di mana, bila, dan bagaimana terhadap perkara yang
dikemukakan.

Langkah 2: Setelah membaca arahan dan soalan, dan setelah mengetahui apa-apa yang
dikehendaki, pelajar hendaklah membaca petikan sepintas lalu yang bertujuan untuk
mendapatkan kesan atau untuk mengetahui kandungan isi secara keseluruhan. Berdasarkan
soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri tadi, pelajar akan dapat menyusun isi dengan
mudah.

Langkah 3: Pada peringkat yang seterusnya, pelajar hendaklah membaca dengan teliti dan
menandakan isi-isi yang dikehendaki, iaitu isi-isi tersurat seperti yang dikehendaki dalam soalan.
Cara yang paling mudah untuk menanda isi ialah menanda kata kunci isi-isi tersurat yang
terdapat dalam ayat atau perenggan. Kebiasaannya, dalam sesuatu petikan itu terdapat 5
hingga 8 isi-isi tersurat.

Langkah 4: Kemudian, pelajar hendaklah menyusun kata-kata untuk ayat pendahuluan, ayat-
ayat untuk isi tersurat mengikut kepentingan, ayat untuk isi-isi tersirat, dan ayat kesimpulan.
Semasa menyusun perkara-perkara di atas, aspek-aspek yang berikut perlu diambil perhatian
sebelum menulis jawapan sepenuhnya dengan teliti.

(a) Ayat pendahuluan mestilah mengandungi kata kunci atau perkara yang menjawab soalan dan
kandungan petikan.
(b) Bilangan isi tersurat dan tersirat termasuk susunan, olahan, kesinambungan, dan
sebagainya. Sebaik-baiknya, pelajar menyediakan isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat mengikut
nisbah 4 : 4, 5 : 3 atau 6 : 2.
(c) Kesimpulan, iaitu yang berupa cadangan, seruan, kesan, akibat, atau penilaian.
(d) Aspek-aspek teknikal seperti bilangan perkataan, penyusunan perenggan, tulisan, dan
sebagainya.

Langkah 5: Pada peringkat ini, pelajar perlu menyemak rumusan yang ditulis dari segi ejaan,
tanda baca, bilangan perkataan, ketepatan dan bilangan isi, dan sebagainya sebelum menjawab
soalan yang seterusnya.

Panduan Menulis Rumusan


Oleh sebab rumusan terdiri daripada 4 bahagian yang utama, iaitu pendahuluan, isi-isi tersurat,
isi-isi tersirat dan kesimpulan, maka pelajar perlu mengetahui cara-cara menulis dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan keempat-empat perkara tersebut.

Pendahuluan
Untuk menulis pendahuluan, terdapat format tertentu yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Format
tersebut ialah pelajar dikehendaki menulis pendahuluan seperti yang di bawah ini:

(a) Petikan ini menyatakan ...


(b) Petikan tersebut membincangkan ...
(c) Penulis petikan tersebut memberi komen tentang ...
(d) Petikan ini membicarakan ...

Pendahuluan rumusan karangan ini hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja. Satu perkara yang
perlu diingati oleh pelajar ialah jangan menyalin bulat-bulat perkara atau aspek yang dikehendaki
seperti yang terdapat dalam soalan. Pelajar sepatutnya mengolah ayat sendiri dan menulis
pendahuluan berdasarkan isi yang diperkatakan dalam petikan.

Isi-isi Tersurat
Untuk menulis isi-isi tersurat, pelajar dikehendaki menyusun ayat yang lengkap dan gramatis satu
persatu berdasarkan kata kunci atau isi-isi yang telah ditanda atau dikenal pasti dalam petikan.
Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil bulat-bulat daripada petikan.
Dari segi ayat pula, para pelajar hendaklah memastikan bahawa setiap ayat terkandung isi-isi
tersurat yang dikehendaki. Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, pelajar hendaklah
menggunakan penanda wacana yang sesuai seperti selain itu, oleh hal yang demikian, dan oleh
itu.

Semasa menulis isi-isi tersurat, pelajar tidak dikehendaki menulis kesemua isi tersurat yang
terdapat dalam petikan. Berhubung dengan perkara ini, pelajar dikehendaki menulis 4, 5, atau 6
isi tersurat sahaja. Manakala, yang selebihnya adalah untuk isi-isi tersirat. Jumlah isi tersurat
dan tersirat mestilah dalam nisbah 4: 4, 5:3, atau 6:2. Sebaik-baiknya, isi tersurat dan tersirat
hendaklah seimbang, iaitu 4:4.

Isi-isi Tersirat
Dalam menulis rumusan, pelajar-pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2, 3 atau 4 isi tersirat.
Isi-isi tersirat yang hendak dikemukakan mestilah tidak terdapat dalam petikan. Isi-isi tersurat
tersebut diperoleh melalui pengalaman, pengetahuan, pembacaan, pengaplikasian, penilaian,
dan sebagainya. Isi-isi tersirat yang dikemukakan ini dapat membezakan pelajar yang baik,
sederhana, dan lemah dalam rumusan karangan. Oleh hal yang demikian, sudah tentulah
pelajar yang banyak membaca serta banyak pengalaman dan pengetahuan akan membantu
mereka untuk menjawab soalan rumusan dengan baik dan cemerlang.

Seperti isi-isi tersurat, isi-isi tersirat juga hendaklah ditulis dan diolah dengan bahasa yang baik
dan lancar. Selain itu, penanda wacana yang digunakan mestilah memperlihatkan kesatuan ayat
yang berkesan dan berkesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain. Dalam hal ini,
huraian hendaklah matang dan memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik.

Kesimpulan Rumusan
Pelajar mestilah juga mempunyai kemahiran untuk menulis ayat kesimpulan atau penutup
rumusan. Ayat untuk penutup ini mestilah memaparkan kebolehan pelajar untuk menyatakan
kesan, langkah, usaha, dan sebagainya secara keseluruhan dengan membuat penilaian,
cadangan, nasihat, dan sebagainya. Kebiasaannya, format untuk ayat penutup atau kesimpulan
adalah seperti yang di bawah ini:

a) Kesimpulannya, ...
b) Oleh itu, ...
c) Sebagai kesimpulan, ...

d) Rumusannya, ...
e) Sebagai rumusan, ...

Dalam penulisan rumusan, pelajar kebiasaannya dikehendaki menulis tidak lebih daripada 120
patah perkataan. Hal ini bermakna rumusan yang terdiri daripada 120 patah perkataan dan 10 isi
itu hendaklah mengandungi 10 hingga 12 patah perkataan dalam setiap ayat seperti yang
digambarkan di bawah ini:

Bilangan Ayat Isi Bilangan Perkataan


1. Pendahuluan 10-12
2. Tersurat 1 10-12
3. Tersurat 2 10-12
4. Tersurat 3 10-12
5. Tersurat 4 10-12
6. Tersurat 5 10-12
7. Tersirat 1 10-12
8. Tersirat 2 10-12
9. Tersirat 3 10-12
10. Kesimpulan 10-12

JUMLAH 100-120

Kesimpulannya, untuk menjawab soalan rumusan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM, pelajar
mestilah mengetahui perkara-perkara yang diperlukan serta langkah-langkah yang harus diikuti.
Walau bagaimanapun, aspek ini belum menjamin seseorang pelajar itu memperoleh markah
yang baik dalam soalan rumusan kerana terdapat beberapa faktor lain seperti teknik menulis
rumusan dan pengetahuan yang luas serta kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis perlu
dipunyai oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pada keluaran yang akan datang, akan
dibicarakan pula teknik menulis rumusan yang berkesan. Semoga tulisan yang dipaparkan ini,
sedikit banyak, dapat membantu pelajar untuk menghadapi Kertas 2 Bahasa Melayu di peringkat
peperiksaan SPM.

Menulis Karangan Menggunakan Teknik


yang Mudah
Oleh Suhaimi Mohd. Salleh

SEBUAH karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana
unsur-unsur yang membina karangan; perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi serta
pengetahuan atau pengalaman, berpunca sepenuhnya daripada penulisnya. Sekiranya penulis
tidak menguasai semua unsur tersebut, karangan berkenaan tidak akan sempurna.

Karangan persis manusia juga, perlu mempunyai kepala, bahagian tengah, dan anggota bawah
untuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini demikian kerana setiap karangan perlu
mempunyai pendahuluan, isi, dan penutup. Anggota-anggota badan manusia itu pula perlu
berada di tempatnya yang sebenar atau biasa. Demikianlah halnya dengan karangan juga.
Bahagian-bahagian karangan berkenaan didirikan oleh perenggan.
Kegagalan calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) untuk mendapat markah yang tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu banyak
disumbangkan oleh kertas karangan. Pelajar mungkin mempunyai idea, tetapi mempunyai
masalah untuk menyampaikan idea tersebut. Oleh hal yang demikian, pelajar sebenarnya
menghadapi masalah untuk mengarang. Masalah ini timbul disebabkan pelajar tidak menguasai
suatu cara asas atau kemahiran untuk menulis karangan. Pelajar sebaik-baiknya ditunjukkan
langkah atau teknik menulis setiap perenggan supaya mereka dapat menulis karangan dengan
berkesan.

Mengetahui Kehendak Karangan

Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan baik,
pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu yang ingin
dibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema. Dalam kata lain, pelajar dapat perlu
mengetahui kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk bagi memastikan pelajar menulis isi yang tepat
dan terhindar daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk.

Membina Perenggan
Setiap karangan harus mempunyai perenggan-perenggan tertentu. Untuk pendahuluan dan
penutup, masing-masing dibina oleh satu perenggan. Untuk isi, jumlah perenggan bergantung
kepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap memadai untuk
sesebuah karangan ialah tiga atau empat. Satu perenggan hendaklah dibangunkan oleh satu isi
utama sahaja. Sekiranya terdapat tiga isi utama, maka jumlah perenggan untuk isi ialah tiga
juga. Dengan demikian, karangan tersebut biasanya mempunyai lima atau enam perenggan.
Pembinaan perenggan yang tersusun menjadikan karangan berkenaan menarik dibaca, malah
menggambarkan bahawa pelajar menguasai teknik penulisan yang berkesan.

Untuk memudahkan pelajar membina perenggan, pelajar harus menentukan jumlah ayat yang
perlu ditulis. Untuk peringkat PMR, sebaik-baiknya tiga atau empat ayat, manakala untuk SPM,
seelok-eloknya dibina lima ayat. Tujuan menentukan jumlah ayat adalah untuk mengimbangkan
huraian dan jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan.

(i) Perenggan Pendahuluan


Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalam
perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya.

Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat
pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca
untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Kemudian, diikuti pula oleh dua atau tiga ayat
huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat
pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas
kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi
nanti.

Lihat contoh pendahuluan di bawah:


(1) Akhir-akhir ini didapati bahawa kualiti air semakin terancam. (2) Banyak kes pencemaran air
yang dilaporkan berlaku di sana-sini yang sangat membimbangkan kita. (3) Bukan sahaja air
sungai atau laut yang tercemar, malah melibatkan air yang diproses diloji pembersihan. (4)
Fenomena ini akan mengancam kesihatan dan keselamatan sesiapa yang menggunakan air.
(5) Masalah ini terjadi disebabkan oleh sikap anggota masyarakat sendiri yang tidak memberi
perhatian terhadap kebersihan sumber alam tersebut.
Dalam perenggan di atas, ayat (1) ialah ayat pengenalan, manakala ayat (2) hingga ayat (4)
ialah ayat huraian. Ayat (5) pula merupakan ayat fokus, yang memberi bayangan paling dekat
terhadap inti tajuk, “sikap masyarakat merupakan penyebab pencemaran air”.

(ii) Perenggan Isi


Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi utama dihuraikan dalam satu
perenggan supaya karangan lebih kemas dan memudahkan pemeriksa mengenal pasti isi utama
dan isi sampingan. Penyusuan isi utama pula mengikut kepentingan, iaitu yang lebih penting
atau yang dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan.

Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi dimulakan
dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama. Bagi pelajar yang sudah cekap
mengarang, ayat topik boleh juga diletakkan di tengah atau bahagian akhir perenggan. Tetapi,
untuk memudahkan pelajar membuat huraian, lebih baik diletakkan pada awal perenggan dan
diikuti pula oleh dua hingga empat ayat huraian. Ayat ini mengandungi isi sampingan atau
sokongan kepada ayat topik, dan boleh dimasukkan contoh yang difikirkan sesuai.

Contohnya, pelajar boleh menulis satu perenggan isi sebagaimana yang berikut:

(1) Satu daripada sikap sebilangan anggota masyarakat kita adalah tidak mementingkan aspek
kebersihan persekitaran dalam kehidupan sehari-hari. (2) Mereka tidak suka kepada sampah-
sarap, tetapi mereka mengambil mudah urusan membuang sampah. (3) Dengan sikap ini
mereka menjadikan longkang, sungai dan tasik sebagai tong sampah, sebagaimana yang lazim
berlaku di perkampungan setinggan. (4) Hal ini bukan sahaja menyebabkan air sungai atau
tasik tercemar, tetapi juga memudahkan terjadinya banjir kilat kerana laluan air tersekat ketika
hujan.

Ayat (1) merupakan ayat topik, iaitu yang menyatakan isi utamanya, “sikap masyarakat yang
tidak mementingkan kebersihan”. Ayat-ayat berikutnya merupakan ayat huraian, iaitu ayat (2)
dan (3) memberi contoh sikap yang dinyatakan, manakala ayat (4) menerangkan kesan daripada
sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

(iii) Perenggan Penutup


Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah
dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina perenggan ini
dengan menggunakan tiga hingga lima ayat. Perenggan ini tidak seharusnya mengulang kembali
apa-apa yang telah dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Beberapa cara menulis penutup
yang mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan, dan membuat syor. Walau
bagaimanapun, pemilihan teknik penutup perlulah sesuai dengan jenis karangan.

(a) Menyatakan Semula


Melalui teknik ini pelajar boleh menyebut atau mengulang kembali semua hujah yang
dikemukakan sebagai isi utama secara ringkas. Contohnya:

(1) Sebenarnya banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk membanteras
pencemaran air. (2) Namun usaha tersebut tidak banyak membantu kerana sikap masyarakat
yang tidak mementingkan kebersihan persekitaran. (3) Projek pembangunan yang rancak
dijalankan di sana-sini tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar pula menyebabkan
berlakunya hakisan tanah yang teruk yang menjejaskan kualiti air di sungai atau tasik. Keadaan
tersebut menjadi lebih teruk apabila kebanyakan ahli masyarakat yang tidak mahu mematuhi
peraturan yang digubal oleh pihak berkuasa.
Perenggan penutup di atas memuatkan tiga isi utama karangan yang dinyatakan semula. Isi-isi
tersebut ialah satu dalam ayat (2), dan dua dalam ayat ayat (3).

(b) Membuat Ramalan


Karangan akan ditutup dengan menyatakan tanggapan bahawa sesuatu perkara mungkin terjadi
akibat daripada sesuatu masalah. Satu atau dua tanggapan yang difikirkan lojik boleh diberikan
secara ringkas. Teknik ini sesuai digunakan untuk beberapa jenis karangan, antaranya
perbincangan, ulasan, dan ceramah Contohnya:

Dengan wujudnya keadaan-keadaan di atas, pencemaran air sukar untuk diatasi. Sikap
sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius. Pelbagai jenis
penyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat dan menjejaskan kesihatan
penduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja
untuk mengubati pelbagai penyakit tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut
yang tercemar.

Dalam perenggan penutup tersebut, dua ramalan dibuat, iaitu dalam dua ayat terakhir.

(c) Memberikan Syor


Melalui teknik ini pelajar menutup karangan dengan memberikan cadangan yang dikira
munasabah. Dua cadangan dianggap mencukupi. Walau bagaimanapun, teknik ini tidak sesuai
dengan karangan yang sudah meminta langkah atau cara untuk menyelesaikan sesuatu isu. Hal
ini demikian kerana pelajar telah menyatakannya dalam perenggan isi, walaupun berlainan.
Contoh penutup jenis ini adalah sebagaimana yang di bawah ini:

Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di mana-mana


sahaja. Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap kebersihan dipupuk. Kempen,
ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari semasa ke semasa sehingga masyarakat dapat
mendisiplinkan diri dalam aspek kebersihan. Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal,
ditambah atau diubahsuai. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas, wajib
dilaksanakan untuk memastikan segala program mencapai matlamatnya.

Unsur-unsur Lain yang Penting

Kebanyakan pelajar, khususnya golongan pelajar yang lemah, tidak menitikberatkan hal-hal
teknikal dan unsur tatabahasa tertentu. Selain teknik menulis, hal-hal ini juga sangat perlu
diberikan perhatian untuk menghasilkan karangan yang berkesan.

(i) Mematuhi Jenis Karangan dan Format


Sesetengah jenis karangan memerlukan pendekatan yang berlainan. Karangan perbincangan
perlu diolah secara membincangkan sesuatu isu, seperti tajuk contoh di atas, berbeza daripada
karangan berbentuk cerita atau pengalaman. Manakala karangan yang berformat; surat kiriman,
syarahan, ceramah, perbahasan, wawancara, dan seumpamanya, perlu mematuhi format yang
telah ditetapkan.
(ii) Bahasa yang Berkesan
Bahasa yang tidak berkesan akan melemahkan karangan walaupun mempunyai isi yang kuat.
Unsur utama bahasa yang perlu diberikan perhatian ialah pembinaan ayat serta pemilihan frasa
dan perkataan yang sesuai. Sebaik-baiknya karangan dibina dengan ayat yang pelbagai jenis
atau struktur, iaitu campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, ayat songsang, ayat biasa, ayat
aktif, ayat pasif, dan ayat-ayat lain yang sesuai. Frasa yang dibina perlu mengikut Hukum D-M.
Manakala perkataan yang dipilih perlu tepat atau jelas untuk menggambarkan sesuatu, misalnya
perlu dibezakan antara ramai dengan banyak. Imbuhan harus juga digunakan dengan berhati-
hati supaya sesuai dengan kata dasar dan maksud yang ingin disampaikan.

(iii) Ejaan dan Tanda Baca


Didapati kebanyakan pelajar mengabaikan aspek ini. Ejaan perlu diberikan perhatian kerana
setiap kesalahan ejaan akan dipotong setengah markah sehingga tidak lebih daripada lima
markah untuk keseluruhan karangan. Kesalahan tanda baca termasuklah tanpa penggunaan
tanda sempang (-) pada kata ganda. Tetapi markah tidak dipotong untuk kesalahan berulang.
Banyak pelajar yang tidak menggunakan tanda koma (,), malah tidak menurunkan juga tanda
noktah (.) di akhir ayat. Selain itu, tanda-tanda bacaan yang lain seperti noktah bertindih (:),
noktah berkoma (;), dan sempang (-) pula tidak dipedulikan langsung. Tanda-tanda ini jika
digunakan di tempat yang tidak sesuai akan menyebabkan ayat yang dibina membawa maksud
yang lain, atau salah sama sekali.

KAEDAH MENCATAT ISI-ISI PENTING


PENULISAN KARANGAN
Kaedah ini , memerlukan anda mengemukakan beberapa soalan tentang tajuk yang
dikemukakan.
Contoh soalan : Rumah anda dimasuki pencuri . Beberapa barang berharga dan wang tunai
telah dicuri. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kejadian itu kepada pihak polis.
(a) Bilakah anda menyedari kehilangan barang-barang tersebut ?
(b) Bilakah tarikh dan masa kejadian tersebut berlaku?
(c) Di manakah rumah anda?
(d) Apakah barang-barang yang dicuri?
(e) Berapakah taksiran harga barang-barang yang hilang?
(f) Bagaimanakah pencuri dapat masuk ke rumah?
(g) Siapakah orang yang anda syaki?
Setelah membina soalan , jawablah soalan-solan tersebut semasa menyusun isi dan menulis
karangan.

KAEDAH KATA TANYA


- Bertujuan untuk menggerakkan dan memandu anda berfikir dengan pantas. Apa yang perlu
anda ingat ialah :
(a) Siapa?
(b) Apa?
(c) Di mana?
(d) Bila?
(e) Bagaimana?
(f) Mengapa?
Contohnya :
Siapa Siapakah ahli sains negara yang dimaksudkan?Siapakah yang memberi dorongan
kepadanya? Apa Apakah bidang sains yang diceburinya?Apakah keistimewaannya?
AhliSainsNegara Di mana Di manakah dia belajar ?Di manakah dia dilahirkan? Bila Bilakah dia
dipilih sebagai ahli sains negara? Bagaimana Bagaimanakah dia boleh menjadi ahli sains negara
? Mengapakah beliau dipilih sebagai ahli sains negara ?

KAEDAH KRONOLOGI
Kaedah ini lebih mementingkan rentetan waktu sama ada mengikut pusingan jam, hari,minggu,
bulan, tahun, dan sebagainya.Kaedah ini akan memudahkan kita mengingat kembali sesuatu
peristiwa yang berlaku.
Contoh:
Pukul 8.00 pagi - Pendaftaran peserta
Pukul 8. 30 pagi _ Majlis perasmian
Pukul 9.00 pagi _ Ketibaan Y.A.B Perdana Menteri
Pukul 9.10 pagi - Majlis ucapan bermula Ucapan pengerusi majlis
- Ucapan pengerusi sambutan
- Ucapan Y.A.B Perdana Menteri
- Penyampaian hadiah
Pukul 11.00 pagi - Melawat pameran
Pukul 12.00 tengah - Majlis bersurai Hari

KAEDAH ARISTOTAL
Kaedah ini agak lebih mencabar dan sesuai digunakan untuk mengembangkan isi-isi yang
memerlukan perbincangan lanjut.
Contoh : Tajuk Kepupusan Haiwan Definisi :
Apakah yang dikatakan kepupusan haiwan?Apakah contoh haiwan yang pupus? Perbandingan :
Apakah perbezaan dan persamaan antara haiwan yang dilindungi dengan haiwan yang tidak
dilindungi? Perkaitan : Apakah sebab-sebab kepupusan haiwan?Apakah langkah-langkah yang
diambil untuk menanggani masaalh ini?Apakah masalah yang akan timbul? Kemungkinan :
Apakah yang mungkin berlaku?Apakah yang tidak mungkin berlaku? Bukti : Apakah yang pernah
diperkatakan oleh tokoh-tokoh penting dalam negara dan luar negara tentang perkara ini?

KAEDAH PETA FIKIRAN/MINDA


-Berdikari
-Tidak menyeleweng
-bertatatertib Bersih
-Tidak rasuah
-Tidak khianat/Dengki Moral yang tinggi
- BCA- Berani membuat keputusan
-Menjalankan tugas Dengan gigih dan ikhlas
- Menghadapi Krisis dengan Amanah Luhur dan murni tenang
- Tegas Cekap Jujur kepada diri, rakan, Mahir Dan organisasi
- Berpandangan jauh Berpengalaman Berkeyakinan Penghasilan mutu kerjaya Yang tinggi
Karangan Sebagai Pengukur
Keintelektualan Pelajar
Oleh Nawi Ismail

SALAH satu aspek yang diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) sama ada di
sekolah rendah atau di sekolah menengah ialah karangan. Sesuai dengan tahap usia pelajar,
bentuk soalan, tahap kesukaran, dan panjang pendek karangan adalah berbeza-beza antara satu
peringkat dengan peringkat yang lain. Demikian juga halnya dengan cara karangan dinilai. Walau
apa pun kaedah penilaian dilakukan, pelajar seharusnya sedar atau disedarkan oleh guru
bahawa penilai atau pemeriksa karangan sebenarnya menilai tahap keintelektualan penulisnya
berdasarkan isi karangan, cara persembahannya, dan bahasa yang digunakan oleh mereka.

Sebelum menulis karangan, lazimnya, pelajar akan memikirkan beberapa isi karangan
berdasarkan tajuk yang ditetapkan atau yang dipilih. Sesetengah pelajar ternyata berupaya
mengutarakan isi karangan yang bernas dan menepati kehendak soalan. Walaupun demikian,
terdapat juga pelajar yang tidak mampu berbuat demikian, sebaliknya mereka mengemukakan isi
yang kurang bernas, kurang tepat, atau bercampur aduk antara isi yang relevan dengan perkara
yang gagal memahami kehendak soalan. Kelompok ini mengetengahkan isi karangan yang
menyeleweng atau hampir menyeleweng. Kecenderungan yang sedemikian ternyata
menggambarkan kecetekan daya pemahaman mereka. Berdasarkan hal yang sedemikian,
jelaslah bahawa kekuatan atau kelemahan daya fikir pelajar dapat dinilai berdasarkan isi
karangan yang dikemukakan.

Sebagai contoh, sila fahami tajuk karangan yang di bawah ini dan perhatikanlah isi-isi yang
dikemukakan oleh penulisnya.

Soalan:
Kesesakan lalu lintas di pusat-pusat bandar banyak menimbulkan masalah kepada orang ramai,
khususnya penghuni kota. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku dan
cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Yang berikut ialah isi karangan yang dikemukakan oleh Pelajar A.

Faktor kesesakan:
Penduduk kota suka bersaing membeli kereta.
Pemandu bas memandu laju dan mengganggu kenderaan yang lain.
Harga kereta rendah dan orang ramai mampu membelinya.

Penduduk kota tidak tahu menggunakan prasarana yang disediakan.

Cadangan mengatasinya:
Mengadakan kempen memandu cermat.
Menambahkan kenderaan awam di bandar-bandar besar.
Menggalakkan orang ramai mengamalkan perancangan keluarganya.

Soalan ini berkehendakkan pelajar menulis beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya
kesesakan lalu lintas dan selanjutnya mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi
masalah ini. Walaupun Pelajar A memahami soalan tersebut, isi-isi yang dikemukakannya itu
adalah lemah. Isi-isi tersebut tidak kukuh, kurang berkaitan, atau sukar dikaitkan dengan isu yang
diperkatakan. Pemaparan isi-isi yang sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan
kelemahan pemikiran pelajar berkenaan untuk mengutarakan isi-isi yang lebih kukuh. Hal ini
demikian berpunca daripada kurang latihan, di samping kecetekan pengetahuan pelajar
berkenaan tentang isu yang ingin diperkatakan, iaitu kesesakan lalu lintas. Bagi menulis
karangan tersebut, pelajar seharusnya dapat memikirkan isi-isi seperti yang berikut:

Faktor kesesakan:

i. Pelbagai pusat pentadbiran, pengajian, perniagaan, terdapat di bandar.


ii. Peningkatan taraf hidup rakyat; rakyat mampu membeli kenderaan.
iii. Perkhidmatan awam yang kurang sempurna; orang awam kurang berminat.
iv. Pembinaan infrastruktur di bandar yang kurang terancang.

Cadangan mengatasinya:

i. Memindahkan pusat-pusat tersebut ke luar bandar.


ii. Mengadakan lebih banyak sistem transit aliran ringan (LRT).
iii. Menggiatkan kempen berkongsi kereta dan kempen menggunakan perkhidmatan
awam.

Sesetengah pelajar pula mampu mengemukakan isi karangan yang tepat tetapi gagal
menghuraikan dengan menarik dan berkesan. Perhatikanlah penyampaian salah satu isi
karangan yang di atas oleh Pelajar B.
Salah satu faktor berlakunya kesesakan lalu lintas ialah pertambahan jumlah kenderaan di
bandar-bandar besar. Ini disebabkan kenderaan yang dicipta dengan pelbagai bentuk
menarik minat pengguna untuk memiliki kenderaan. Alat-alat moden yang canggih yang
digunakan oleh sesebuah kenderaan memudahkan cara pengendalian kenderaan tersebut.
Ini menyebabkan para pengguna mahir dan pandai memandu kenderaan sendiri. Lebih
memburukkan lagi keadaan jika sesebuah keluarga itu memiliki kenderaan lebih daripada
sebuah. Oleh sebab negara kini sedang menuju arus pemodenan rakyat berlumba-lumba untuk
menaikkan taraf hidup masing-masing agar dapat membeli kenderaan sendiri.
Berdasarkan petikan di atas, ternyata bahawa isi yang dikemukakan oleh Pelajar B adalah tepat,
iaitu pertambahan bilangan kenderaan menyebabkan kesesakan berlaku. Isi tersebut
dikemukakan dalam ayat pertama. Namun, huraian isi tersebut tidak munasabah. Perhatikanlah
bahagian yang berhuruf tebal dalam petikan di atas. Idea Pelajar B bahawa penciptaan
kenderaan yang pelbagai bentuk dan penggunaan peralatan canggih memudahkan kenderaan
dikendalikan ternyata tidak lojik untuk dikaitkan dengan kesesakan lalu lintas. Hanya dua ayat
terakhir dalam petikan yang di atas ada sedikit kaitan dengan isi berkenaan tetapi pendekatannya
pula kurang sesuai. Jika demikian, pembaca dan lebih-lebih lagi pemeriksa sudah pasti
melabelkan penulis berkenaan kurang menguasai perkara yang ditulis, kurang bijak
mengembangkan idea, dan tidak dapat menyusun maklumat yang sememangnya tidak seberapa.
Tegasnya, kemiskinan maklumat, kecetekan idea, dan ketidakmatangan pelajar berkenaan
tergambar dalam petikan karangan yang di atas.
Isi bagi karangan ini sewajarnya disampaikan seperti yang berikut:
Pertambahan bilangan kenderaan di bandar-bandar besar merupakan salah satu faktor
berlakunya kesesakan lalu lintas. Perkara ini berlaku kerana kemajuan negara pada hari
ini secara tidak langsung menyebabkan taraf hidup rakyat semakin meningkat. Oleh hal
yang demikian, lebih ramai yang dapat memiliki kenderaan sendiri, malah ada yang
memiliki lebih daripada sebuah kenderaan. Pertambahan kenderaan yang berlaku secara
berterusan sudah pasti mengakibatkan berlakunya kesesakan, terutama pada waktu
kakitangan awam pergi dan pulang dari tempat kerja. Tegasnya, pertambahan kenderaan
yang tidak seimbang dengan pertambahan jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas
sukar dielakkan.
Melalui karangan juga kebijaksanaan penulis tentang soal-soal kebahasaan dapat dinilai yang
antaranya termasuklah dari aspek binaan ayat sama ada gramatis atau tidak akan tergambar
dalam karangan. Pembaca dapat juga meneliti kualiti ayat yang digunakan untuk menyampaikan
idea sama ada terdapat kepelbagaian, berkesinambungan ataupun tidak.
Selain itu, penguasaan kosa kata seseorang penulis turut tergambar dalam karangan yang
dihasilkan. Pelajar yang memiliki kosa kata yang banyak akan mempelbagaikan penggunaannya
untuk menjadikan karangan lebih menarik. Sebaliknya, pelajar hanya akan mengulang-ulang
kosa kata yang sama, jika penguasaan kosa katanya terhad. Kecenderungan yang sedemikian
secara tidak langsung mencerminkan kuantiti dan kualiti pembacaan seseorang pelajar.
Aspek lain yang dapat dinilai dalam karangan pelajar termasuklah penguasaan tatabahasa,
pemahaman tentang peraturan pengejaan, dan penggunaan tanda baca. Di samping itu,
karangan yang terhasil dapat juga dijadikan alat pengukur keperibadian penulisnya, terutama dari
segi kesungguhan menyiapkan karangan, kekemasan, dan ketelitian.
Berdasarkan penjelasan yang di atas, dapatlah dikatakan bahawa karangan merupakan salah
satu cara yang berkesan untuk mengukur tahap pemilikan ilmu pengetahuan pelajar tentang
sesuatu isu. Di samping itu, kematangan pemikiran dan tahap penguasaan berbahasa pelajar
tergambar juga dalam sesebuah karangan. Bagi menghasilkan karangan yang mantap, menarik,
dan berkesan, pelajar seharusnya menguasai ilmu kepengarangan dan ilmu kebahasaan, di
samping mempunyai maklumat tentang perkara yang ingin diketengahkan. Ketiga-tiga aspek
inilah yang menjadi fokus penilai untuk menentukan tahap keintelektualan seseorang pelajar.
Teknik Subjek dan Predikat
Oleh Abdul Ghalib Yunus

DALAM Kertas 2 Bahasa Melayu, soalan rumusan merupakan soalan yang sukar
dijawab oleh kebanyakan pelajar. Salah satu puncanya kerana para pelajar tidak
mempunyai teknik yang berkesan untuk menjawab soalan tersebut. Untuk mengatasi
kesukaran ini, makalah ini akan membicarakan teknik menjawab rumusan dalam Kertas 2
Bahasa Melayu SPM. Teknik yang diperkatakan dalam makalah ini adalah mengikut
pandangan penulis sendiri berdasarkan pengalaman sebagai guru Bahasa Melayu di
peringkat SPM dan soalan-soalan rumusan sejak tahun 1993 hingga 1998. Teknik yang
dimaksudkan ialah Teknik Subjek dan predikat (SP) dan Teknik dengan Perkataan Lain
(DPL). Namun demikian, dalam keluaran kali ini, penulis akan membicarakan Teknik SP
sahaja. Manakala , Teknik DPL akan dibicarakan dalam keluaran yang akan datang.

Teknik Subjek dan Predikat


Teknik SP ialah satu cara yang digunakan untuk mengenal pasti idea utama yang
menjawab soalan dan keterangan terhadap idea tersebut. Idea utama yang
menjawab soalan tersebut dikenal sebagai subjek atau fokus isi, manakala
keterangan terhadap idea tersebut dikenali sebagai predikat. Ini bermakna, setiap
ayat dalam jawapan rumusan mesti mengandungi dua perkara. Teknik SP ini sesuai
digunakan untuk semua jenis rumusan, iaitu rumusan jenis khusus atau rumusan
jenis umum dan semua ayat yang terdapat dalam rumusan. Di bawah ini
dikemukakan satu soalan rumusan yang dijawab dengan menggunakan Teknik SP.

Soalan contoh
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tuliskan satu rumusan tentang peranan
penyelidikan sains dan teknologi dan halangan-halangannya di Malaysia. Panjang
rumusan anda hendaklah antara 100 hingga 120 perkataan sahaja.

Kemajuan sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan


sesebuah negara. Taraf hidup rakyat akan menjadi lebih tinggi dan maju
dengan adanya penekanan terhadap bidang sains dan teknologi. Dalam Rancangan
Malaysia Kelima, sejumlah RM400 juta telah diperuntukkan khas bagi program
penyelidikan dan pembangunan. Kerajaan menyeru pihak swasta supaya
menumpukan perhatian dalam penyelidikan sains dan teknologi dengan
menyediakan pelbagai insentif supaya penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih
berkesan. Penemuan baharu berperanan memodenkan sektor-sektor tertentu dan
turut meningkatkan produktiviti dan pendapatan negara. Salah satu sektor
yang mendapat faedah ialah sektor pertanian. Corak pertanian tradisional dapat
digantikan dengan kaedah pertanian moden yang lebih sistematik. Ini merupakan
satu strategi yang dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup para petani.

Kemajuan sains dan teknologi juga menyumbang faedah untuk sektor perindustrian.
Negara kita perlu menghasilkan keluaran baharu yang berkualiti dan belum
pernah dihasilkan oleh negara lain supaya dapat bersaing di pasaran
antarabangsa. Oleh itu, institut seperti SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan
Perindustrian Malaysia) menggalakkan dan menjalankan penyelidikan perindustrian
demi memodenkan teknologi dalam pengeluaran dan pemprosesan barang-barang
perkilangan. Sumber bekalan tenaga merupakan juga satu faktor yang penting
dalam sesuatu pembangunan, terutamanya sektor perindustrian. Kemajuan sains
dan teknologi membolehkan negara menjanakan sumber tenaga moden seperti
tenaga nuklear, tenaga suria, dan kuasa hidro. Sumber tenaga nuklear amat
diperlukan memandangkan bahawa krisis kepupusan tenaga tradisional seperti
petroleum, gas cecair asli, dan arang batu semakin serius dan perlu diatasi dengan
segera supaya tidak menjejaskan perkembangan aktiviti ekonomi. Kerajaan telah
melipatgandakan usaha untuk mengelakkan krisis ini melalui penubuhan Pusat Atom
Tun Dr. Ismail (PUSPATI) untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam
teknologi nuklear. Sumber tenaga ini lebih murah daripada tenaga petroleum.

Teknologi maklumat pula telah memajukan sistem pengurusan dan pentadbiran.


Semua urusan ini menggunakan komputer, talian telefon gentian optik, video, dan
kamera yang menjimatkan masa dan wang serta bebas daripada kelebihan
perjalanan untuk menghadiri mesyuarat. Satu pencapaian yang membanggakan
ialah pelancaran MEASAT (Malaysia East Asia Satelite), yang membolehkan kita
mengikut berita dengan serta merta. Malah satelit ini berperanan penting dalam
pengangkutan udara, laut, dan meramalkan fenomena alam. Usaha kerajaan dan
swasta dalam penyelidikan pasti akan mencapai pembangunan yang
membanggakan dan setanding dengan negara-negara maju yang lain sekiranya
rakyat Malaysia sanggup berganding bahu untuk mencapai hasrat tersebut.

(Diubahsuaikan daripada "Peranan Penyelidikan Sains dan Teknologi"oleh Thyee Chee


Cong, Dewan Siswa, November 1996)

(30 markah)

Langkah 1 - Baca petikan sekurang-kurangnya dua kali untuk mengetahui perkara-


perkara yang dibicarakan. Berdasarkan petikan tersebut, dua perkara yang
diperkatakan ialah 1) Kepentingan penyelidikan sains dan teknologi 2) Kemajuan dan
pembangunan. Ini bermakna subjek (perkara 1) untuk ayat pendahuluan ini ialah
Kepentingan penyelidikan sains dan teknologi dan predikatnya (perkara 2) ialah
Kemajuan dan pembangunan. Kemudian, berdasarkan perkara 1 dan perkara 2
tersebut, binalah ayat pendahuluan rumusan antara 10 hingga 12 patah perkataan
seperti di bawah ini:

Rangka isi-isi pengenalan:

Bil. Subjek (Perkara 1) Predikat


(Perkara 2)
1. kemajuan sains dan teknologi pembangunan
2. kepentingan penyelidikan sains dan teknologi kemajuan
Jawapan contoh
1. Petikan menyatakan kepentingan kemajuan sains dan teknologi untuk
pembangunan di Malaysia. (11 patah perkataan).
2. Petikan menghuraikan kepentingan penyelidikan sains dan teknologi demi
kemajuan negara. (10 patah perkataan).

Langkah 2 - Untuk mendapatkan isi-isi tersurat, tanya diri anda, apakah kehendak
rumusan tersebut dengan soalan-soalan seperti "apakah", "mengapakah", dan
sebagainya. Berdasarkan soalan di atas, soalan rumusan menghendaki anda
menyatakan apakah peranan penyelidikan sains dan teknologi dalam pembangunan
di Malaysia.

Langkah 3 - Lihat dan cari dalam setiap perenggan isi yang menjawab soalan
tersebut. Kemudian kenal pasti "subjek" dan "predikat" isu yang diutarakan.

Soalan Contoh: Apakah peranan penyelidikan sains dan teknologi dalam


pembangunan di Malaysia?
Berdasarkan baris satu hingga tiga dalam perenggan pertama, subjek isu ialah
tahap hidup rakyat (perkara 1), manakala predikat isu ialah lebih tinggi dan
maju (perkara 2).

Jawapan Contoh: Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan taraf hidup rakyat
akan meningkat lebih tinggi dan maju.

Rangka isi-isi tersurat:

Bil. Subjek (Perkara 1) (Perkara 2)


1. taraf hidup rakyat lebih tinggi dan maju
2. penemuan baharu pendapatan dan produktiviti
3 berkualiti bersaing di pasaran
4. sumber tenaga moden kepupusan tenaga tradisional
5 sistem pengurusan menjimatkan masa dan wang
6 pelancaran MEASAT berita

Langkah 4: Berdasarkan subjek dan predikat atau perkara 1 dan 2 di atas, pelajar
dikehendaki membina ayat yang terdiri daripada 10 hingga 12 patah perkataan.

Lihat ayat-ayat untuk isi-isi tersurat berdasarkan subjek dan predikat di atas di
bawah ini:

1. Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan taraf hidup rakyat akan meningkat
lebih tinggi dan maju.
2. Hasil penemuan baharu berupaya meningkatkan pendapatan dan
produktiviti negara.
3. Hasil-hasil keluaran yang berkualiti pula mampu bersaing di pasaran
antarabangsa.
4. Kemajuan menghasilkan sumber tenaga moden dapat menggantikan
kepupusan tenaga tradisional.
5. Sistem pengurusan dan pentadbiran yang kian cekap dan pantas banyak
menjimatkan masa dan wang.
6. Kejayaan pelancaran MEASAT menyebabkan sesuatu berita diperoleh dengan
serta merta.

Langkah 5 - Untuk menulis isi-isi tersirat pula, pelajar hendaklah mengemukakan isi
yang tidak terdapat dalam petikan dan mesti menjawab soalan rumusan, iaitu
Apakah peranan penyelidikan sains dan teknologi di Malaysia selain yang dinyatakan
dalam petikan?

Rangka isi-isi tersirat:

Bil. Subjek (Perkara 1) (Perkara 2)


1 Hanya manusia bertambah tahap kesihatan meningkat
2 sistem pertahanan serangan musuh
3. sistem pendidikan diperingkatkan
4. Jalan raya yang sistematik kesesakan dan kemalangan

Jawapan contoh:

1. Kemajuan dalam bidang perubatan menyebabkan hayat manusia bertambah


akibat tahap kesihatan yang meningkat.
2. Kejayaan mewujudkan sistem pertahanan yang canggih dapat mengelakkan
negara daripada diserang musuh.
3. Sistem pendidikan negara pula dapat dipertingkatkan dengan penggunaan
komputer dan internet.
4. Jalan raya yang sistematik dan terancang dapat mengatasi masalah kesesakan
dan kemalangan.

Langkah 6 - Kesimpulan sesuatu rumusan hendaklah berdasarkan isi-isi tersurat dan


tersirat yang dinyatakan. Selain itu, kesimpulan juga hendaklah merujuk isi
kandungan petikan secara keseluruhan. Sebagai contoh, jika soal rumusan
menghendaki pelajar menyatakan faktor-faktor atau sebab-sebab, atau punca-punca,
maka kesimpulan rumusan mestilah menyatakan langkah-langkah yang harus
diambil secara umum oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jika soalan menghendaki
pelajar menyatakan langkah-langkah, kesimpulannya hendaklah dinyatakan dengan
meminta kerjasama daripada semua pihak untuk menanganinya. Selain itu, pelajar
mestilah mengenal pasti perkara 1 dan perkara 2 untuk ayat kesimpulan.

Rangka isi-isi kesimpulan:

Bil. Subjek (Perkara 1) (Perkara 2)


1 berganding bahu meningkatkan kemajuan dan pembangunan
2 usaha kerajaan dan swasta negara maju

Jawapan contoh:
1.Kesimpulan rakyat dan kerajaan hendaklah berganding bahu untuk
meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara.
2. Rumusannya, usaha pihak kerajaan dan swasta akan menjadikan negara kita
sebuah negara maju.

Langkah 7 - Menulis rumusan sepenuhnya. Pada peringkat ini, pastikan rumusan


anda supaya menepati bilangan perkataan, bebas daripada sebarang kesalahan
bahasa, menggunakan penanda wacana yang betul, dan sebagainya.

Jawapan Contoh:
Petikan menghuraikan kepentingan penyelidikan sains dan teknologi demi
kemajuan negara.

Kemajuan sains dan teknologi akan menyebabkan taraf hidup rakyat meningkat
lebih tinggi dan maju. Hasil penemuan baharu berupaya meningkatkan
pendapatan dan produktiviti negara. Hasil-hasil keluaran yang berkualiti pula
mampu bersaing di pasaran antarabangsa. Kemajuan menghasilkan sumber
tenaga moden dapat menggantikan kepupusan tenaga tradisional. Seterusnya,
sistem penguruan dan pentadbiran yang kian cekap dan pantas banyak
menjimatkan masa dan wang.

Selain itu, kejayaan mewujudkan sistem pertahanan yang canggih dapat


mengelakkan negara daripada diserang musuh. Sistem pendidikan negara pula
dapat dipertingkatkan dengan penggunaan komputer dan internet. Seterusnya,
jalan raya yang sistematik dan terancang dapat mengatasi masalah kesesakan dan
kemalangan.

Rumusannya, usaha pihak kerajaan dan swasta mampu menjadikan negara kita
sebuah negara maju.

(120 perkataan)

Kesimpulannya, Teknik SP memerlukan pelajar menyatakan dua perkara atau dua


kata kunci dalam setiap ayat. Berdasarkan kata kunci tersebut, pelajar akan dipandu
untuk membina ayat yang lengkap sama ada untuk pengenalan, isi-isi tersurat, isi-isi
tersirat, dan kesimpulan. Rasionalnya ialah markah yang disediakan untuk bahagian
isi adalah sebanyak 20 markah. Oleh sebab rumusan terdiri daripada 10 ayat, hal ini
bermakna setiap ayat akan diberikan sebanyak 2 markah, iaitu 1 markah untuk
perkara 1 (Subjek) dan 1 markah untuk perkara 2 (predikat). Satu perkara lagi yang
perlu diingat ialah istilah subjek dan predikat yang digunakan dalam teknik ini
bukanlah bermaksud sebagai unsur subjek dan predikat dalam ayat. Sebaliknya,
subjek dan predikat yang dimaksudkan dalam rumusan ini ialah kata kunci atau inti
yang menjadi fokus dalam sesuatu ayat. Akhir kata, semoga teknik ini dapat
dimanfaatkan oleh guru dan pelajar demi kejayaan bersama.