You are on page 1of 5

Pengenalan Gejala sosial adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan dan

ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah meruntuhkan sifat semulajadi manusia. Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media-media massa dan media elektronik. Diantara gejala yang kerap kita dengari adalah 1. Merempit 2. Membuang anak 3. Seks luar nikah 4. Bergaduh di sekolah 5. Berdisko 6. Minum minuman keras 7. Ponteng sekolah Ini segelintir sahaja gejala sosial yang kerap kita dengari, bagaimana pula dengan gejala yang tidak kita ketahui dan berleluasa di negara ini. Gejala sosial boleh dielakkan dari berlaku dengan mengambil kira banyak faktor dan perlu disertai oleh banyak pihak antaranya 1. Ibu Bapa Ibu bapa perlu memainkan peranan lebih dalam mengelakkan anakanak mereka dari terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang tidak bermoral. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi tumpuan kepada anak-anak dengan mengambil kira siapakah rakan-rakan mereka, kemana mereka pergi selepas waktu sekolah, adakah mereka benarbenar sampai di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang lebih kepada anak-anak mereka dari peringkat awal dalam mendidik hati dan jiwa agar dipenuhi dengan akhlak yang mulia. Disamping itu ibu bapa tidak digalakkan terlalu mendedahkan anak-anak mereka dengan hiburan yang berlebihan. 2. Sekolah dan guru Pihak sekolah dan guru adalah pihak kedua yang dapat membentuk remaja-remaja dari peringkat awal. Pihak sekolah dan guru perlu lebih memberi perhatian kepada pelajar mereka tidak kira samada pelajar mereka seorang pelajar yang mundur ataupun yang cemerlang. Dari pengalaman pengarang sendiri, pengarang bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Pengarang boleh dianggap pelajar yang ketinggalan. Guru-guru tidak terlalu memberi tumpuan dan perhatian

terhadap pengarang. Ini mengakibatkan pengarang hilang tumpuan dan hilang keinginan belajar. Namun begitu, berkat daripada keazaman dan doa, akhirnya pengarang berjaya. Guru-guru perlu lebih peka terhadap keinginan pelajar. Janganlah disisih pelajar yang mundur kerana mereka lebih memerlukan perhatian. Pihak guru dan sekolah juga perlu lebih mendedahkan kepada pelajar perkara-perkara yang dapat membentuk sahsiah pelajar dan mempraktikkan contoh yang baik kepada pelajar agar dapat diikuti. 3. Media Massa dan Elektronik pihak media massa dan media elektronik perlu menyebarkan maklumatmaklumat yang berguna dalam membantu membentuk minda anak-anak dan remaja terhadap perkara-perkara yang lebih baik dan bukannya terlalu mendedahkan mereka dengan hiburan yang berlebihan samada dari dalam negara ataupun luar negara. Ini kerana, minda kanak-kanak dan remaja terbentuk dari peringkat awal berdasarkan apa yang dilihat, didengar, disentuh dan seumpamanya. Mereka akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Jika perkara tersebut buruk, maka ia berkemungkinan bakal membentuk sifat yang buruk terhadap minda dan kelakuan mereka. Maka pihak media massa dan media elektronik perlu lebih peka dalam menilai dan menangani isu ini. 4. Pemimpin dan Kerajaan Pemimpin dan Kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam membantu membentuk rakyatnya, tidak kira peringkat umur. Dalam menangani isu gejala sosial ini, pihak pimpinan yang menerajui kerajaan perlu menjalankan satu dasar atau kaedah yang lebih baik dalam membantu membentuk rakyat yang lebih baik agar negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan makmur. Sepertimana Malaysia, PLKN telah dilaksanakan bagi membentuk sahsiah pelajar agar lebih matang dan berdaya maju. Memang boleh dikatakan sistem yang dijalankan baik dan berguna buat pelajar dan remaja, namun begitu, ia perlu lebih menerapkan nilai-nilai murni yang tingga serta lebih mendedahkan penerapan ajaran agama yang lebih. Ini kerana di dalam program PLKN yang telah dan masih dijalankan, terdapat pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak dibendung. Perkara sebegini yang bakal menjejaskan objektif asal program tersebut dan bakal merosakkan lagi dan menambahkan lagi gejala sosail yang teruk dan bakal menjadikan sesebuah bangsa seperti tidak beragama.

Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membinbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini.

INTERNET kini menjadi medium perhubungan komunikasi yang popular di kalangan rakyatMalaysia malahan ia turut menjadi medium pilihan rakyat Dunia sebagai satu cara baru dalam berkomunikasi dan juga bakal menjadi medium komunikasi utama dunia tambahan pula ‘talian telefon internet berasaskan IP‘ semakin popular dewasa ini. Kewujudan internet banyak juga pro dan kontranya terhadap masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya. Kini di Malaysia Internet menjadi ‘medium penyampaian’ baru apabila kebanyakkan pemimpin menggunakan platform blog untuk menyampaikan maklumat termasuklah Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga turut menggunakan blog sebagai medium penyampaian.

Pelajar Sekolah Di Kafe Siber

Penulis tidak nafikan memang banyak kebaikkan penggunaan internet tetapi adalah tidak adil jika kita sekadar membincangkan kebaikkan tetapi tidak membincangkan keburukanya. Terlebih dahulu penulis bukanlah ‘anti internet’ tetapi penulis lebih kepada untuk membimbing ibu-bapa agar dapat membimbing anak-anak mereka menggunakan internet untuk jalan-jalan yang lurus. Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Sekiranya di rumah mereka tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet jadi kebanyakkan mereka sudah terdedah kepada penggunaan internet. Portal-portal sosial seperti Myspace, Friendster, Hi-5, Tagged,Facebook dan bermacam-macam lagi yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi kegilaan pelajar-pelajar zaman sekarang maklumlah dunia sudah serubah zaman sudah maju. Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian(Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular adalah Risk Your Life 2 Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi. Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membinbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini. Paling mengejutkan apabila penulis membuat tinjauan di Kafe Siber sekitar Kota Bharu, Kelantan Pelajar Sekolah seawal darjah empat sudah terdedah dengan laman web lucah apabila penulis secara tidak sengaja terlihat kumpulan pelajar sekolah terbabit melayari laman web lucah di sebuah Kafe Siber berdekatan dengan bangunan PKINK. Mungkin menyedari tindak-tanduk mereka diperhatikan penulis cepat-cepat mereka menutup laman web tersebut. Pada mulanya penulis membiarkan sahaja mereka tetapi atas dasar ingin tahu, penulis cuba bertanya mereka tentang ‘umur mereka’ kesemua mereka adalah pelajar darjah empat sebuah sekolah rendah yang berdekatan.

Di samping itu, semasa mahu pulang penulis terserempak dengan dua kumpulan pelajar sekolah yang ‘bertengkar’ dan saling memarahi antara satu sama lain. Penulis cuba memasang telingga untuk mengetahui sebab mereka bertengkar, akhirnya tahulah penulis bahawa mereka bertengkar mengenai ‘item permainan atas talian Risk Your Life Incomplete Union’ yang hilang dan mereka menuduh satu kumpulan lagi yang bertanggungjawab mencuri item tersebut. Nampaknya, permainan atas talian itu menjadi punca pergaduhan mereka ini bermakna permainan atas talian itu secara tidak langsung mengajar pelajar-pelajar bertindak ganas. Selain daripada itu, bahasa-bahasa yang digunakan semasa permainan itu dijalankan juga tidak sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelajar kerana ada yang mencarut, ada yang menyumpah dan ada juga yang mengungut. Penulis tidak nafikan kebanyakaan perkataan lucah telah disekat oleh penyedia permainan atas talian tersebut, namun mereka tetap mencarut dengan menggunakan perkataan yang tidak mampu dikesan oleh pengesan perkataan buruk permainan itu dengan menambahkan aksara-akasara tertentu seperti ****. Jelas sekali pelajar-pelajar sekolah masakini perlu dibimbing oleh ibu-bapa semasa menggunakan internet ataupun bermain permainan video atas talian seperti RYL2 Incomplete Union.

didiklah ank dgn solat Sebagai ibu-bapa mereka perlulah menjadi ‘role model‘ yang terbaik bagi anak mereka, kerana anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih dan ibu-bapalah yang mencorakkan kain itu dengan corak yang bagaimana. Janganlah jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

Pada artikel penulis pada kali ini saya ingin memberikan sedikit tips kepada ibu-bapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang masih muda remaja dan cenderung melakukan sesuatu perkara yang baru. Perlu diingat mereka masih belum berkemampuan untuk membezakan baik dan buruk jika tidak dibimbing dengan betul padah akibahnya. SOLAT sebenarnya salah satu cara untuk para ibu-bapa mendidik anak mereka kerana dengan bersolat ia mampu mengelakkan anak-anak anda daripada membuat perkara-perkara yang mungkar dan bertentangan dengan norma-norma masyarakat. Sebenarnya Ibu-bapa boleh mengambil peranan sebagai “Pembimbing” di dalam membentuk peribadi ‘cahaya mata’ mereka. Perlu diingatkan disini, mereka hendaklah bertindak sebagai pembimbing dan bukanya pemberi arahan kerana remaja lazimnya tidak suka dengan ‘arahan’. Bimbinglah mereka dengan cara ‘psikologi’ biar nampak lembut tetapi kesanya agak mendalam ke atas ‘kurniaan Allah‘ itu. Ibu-bapa juga perlu fikirkan yang anak mereka adalah harta paling bernilai dalam keluarga mereka. Ibu-bapa juga tidak boleh menggunakan ‘pendekatan’ bimbingan yang sama mereka dapat semasa mereka kecil dahulu, kerana apabila zaman berubah, cara pengendalian remaja pun juga turut berubah. Elakkan dari terlalu mengokongnya. Emosi remaja juga berbeza merentas waktu, sebagai contoh ada satu perkara yang dahulunya anda (sebagai anak) tidak boleh buat tetapi sekarang remaja sekarang sudah boleh buatnya. Bimbingan yang dibuat hendaklah bersesuaian dengan ‘fitrah remaja’ pada zamanya.

Namun apa yang membuatkan saya binggung ialah ada di antara ibu bapa yang bukan sahaja tidak mengambil berat soal anaknya malah diri mereka sendiri pun tidak pernah bersolat sebaliknya sering mendewakan soal wang ringgit yang sah tidak boleh di tanam semasa jasad anda di tanam ke dalam tanah. Kehidupan yang tidak ada Barakah menyebabkan berlakunya keruntuhan moral muda-mudi sekarang ini yang semakin hari semakin teruk umpama “telur di hujung tanduk”. Sebagai ibu-bapa mereka perlulah menjadi ‘role model’ yang terbaik bagi anak mereka, kerana anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih dan ibu-bapalah yang mencorakkan kain itu dengan corak yang bagaimana. Janganlah jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Kepada ibu-bapa yang sering mengabaikan Solat perbaikilah diri terlebih dahulu dan barulah anda memperbaiki anak anda dengan membimbing mereka mengerjakan solat dan memastikan anak mereka patuh pada suruhan agama ini. Ingat sepanjang tugas saya, hampir 90% pelajar yang mempunyai masalah disiplin datangnya daripada keluarga yang langsung tidak mendirikan Solat sedangkan solat itu tiang agama. Inilah menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ‘merajai’ tajuk utama akhbar kita. Fikir-fikirkanlah dengan hati yang terbuka…..