You are on page 1of 32

Tajuk kajian

Tajuk Kajian:

NAMA :MOHAMED FAZIL BIN NOORUL AMEEN

KELAS:3 BESTARI

NAMA GURU:PN NORMALA

-1-

Senarai Kandungan

___________________________________________

Bil Tajuk M/S
1 Tajuk kajian
2 Senarai Kandungan
3 Penghargaan
4 Objektif kajian
5 Kaedah kajian
6 Hasil kajian
7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

-2-
Penghargaan

___________________________________________

Saya, Mohamed Fazil Bin Noorul Ameen dari kelas 3Bestari ,mengucapkan

ribuan terima kasih kepada Pengetua, Pn. Che Aini bt Che Ismail, yang telah memberi

kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan

kepada guru sejarah saya,Pn Nomala ,yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar

hingga kajian ini selesai.Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa

saya,Noorul Ameen Bin E. Abdul Lathiff dan Hasarabunisa Binti Abdul Jabbar

yang telah memberi dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima

kasih juga kepada rakan-rakan saya Zharif,Anuar,Zulfadhli,Aqim,dan banyak lagi

kerana menolong saya dari segala aspek dan tunjuk ajar sekiranya saya membuat apa-apa

kesilapan ketika menjalankan kajian ini.

-3-
Objektif Kajian

___________________________________________

Objektif kajian ini adalah untuk: • Mengetahui secara mendalam tentang permainan gasing • Asal usul permainan gasing • Jenis-jenis gasing • Cara permainan gasing • Pertandingan gasing • Cara membuat gasing • Proses permainan gasing -4- Kaedah Kajian .

Kaedah Penyelidikan Perpustakaan.surat khabar dan majalah yang berkaitan dengan permainan gasing -5- Hasil Kajian . Kuala Lumpur untuk mencari beberapa sumber penting tentang permainan gasing . Saya telah fotostat beberapa lampiran seperti buku . Pemerhatian Saya dan beberapa orang rakan telah memerhati beberapa orang bermain gasing. Melalui internet juga saya dapat mengambil berberapa gambar berkaitan permainan gasing . 2. surat khabar dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan permainan gasing. Buku Ilmiah.Kami telah mendapat pelbagai maklumat melalui pemerhatian ini.Antaranya majalah.Kaedah Melayari Laman Web Saya telah mendapat mengumpul maklumat melalui internet yang membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang permainan tradisional gasing masyarakat kita seperti cara-cara bermain gasing. Saya dan beberapa orang rakan saya telah pergi ke salah sebuah perpustakaan yang terletak di Jalan Tun Razak.___________________________________________ 1. asal usul permainan gasing dan sebagainya. 3.

malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Gasing tidak mempunyai nama lain. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri. Gasing sesuai dimainkan oleh kaum lelaki. Gasing -6- Hasil Kajian . Bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa. Permainan gasing diterima dan diubahsuai dari semasa ke semasa dan kekal sehingga hari ini. mereka telah mengisi masa lapang dengan berbagai-bagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan adalah bermain gasing. tetapi ia mempunyai pelbagai jenis bentuk. Gasing adalah satu permainan tradisi masyarakat melayu sejak berkurun lagi. Terdapat beberapa jenis gasing yang popular di beberapa buah negeri di Malaysia.___________________________________________ NAMA PERMAINAN Nama permainan tradisional yang dipilih oleh saya adalah ‘Gasing’. LATAR BELAKANG ASAL-USUL … Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin kedua-duanya dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat.

Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. ‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan “kayu” iaitu ‘ka’ dan sing daripada perkataan ‘pusing’. gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan popular. Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 masihi. Hanya asal-usul permainan ini belum dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini. Kini gasing kekal sebagai warisan budaya Masyarakat Melayu. Ia pula mudah dipusingkan dengan tangan.Buah yang ligat dan lama pusingannya di kira menang. Peredaran masa telah menyebabkan perkataan ‘kasing’ membentuk perkataan ‘gasing’. Kedah.. permainan gasing telah pun bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. satu daripada latihan untuk menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat. Dari Melaka. Permainan ini dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab.memangkah dikenali oleh segenap lapisan masyarakat Melayu diseluruh negara. permaianan gasing berasal daripada permainan -7- Hasil Kajian . Lama kelamaan. Bagi ahli silat. Terdapat cerita mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. licin dan agak leper.. Daripada istilah ini lah dikatakan bermulanya permainan gasing. Menurut seorang tua dari Kulim. Ini menjadikan faktor mengapa permainan gasing antara negeri berbeza antara satu dengan yang lain. Terdapat berbagai- bagai cerita yang berbeza tentang asal usul permainan ni mengikut daerah dan kampung. ia disebut ‘gah’ yang bermakna tegak dan kuat. Ketika ligat berpusing.

timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Menurutnya lagi. Permainan gasing tradisional terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk serta hanya -8- Hasil Kajian . Kini mula diminati kembali pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya dalam kalangan masyarakat. kanak-kanak begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati diseluruh Malaysia.‘laga telur’ yang dimainkan oleh kanak-kanak. ia akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Kalau dahulu. Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Pada dasarnya. Jadi. Alat tersebut kemudian telah direka bentuk sedemikian rupa sehinggalah seperti bentuk gasing yang terdapat pada hari ini. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya. gasing hanya dimainkan dipertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Seorang pemain gasing veteran yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Permainan itu akhirnya diminati oleh masyarakat. Apabila dilemparkan alat ini. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran.

peraturan yang hampir memenuhi keperluan permainan gasing telah dibuat. Daripada persamaan permainan seperti memusing. Di nusantara sendiri. peperangan.peraturan dan cara mengendalikan juga berlainan mengikut kampung. melilit tali. dan perdagangan terbuka sejarah lampau. permainan gasing telah memasuki era baru iaitu berbentuk sukan dan kesenian .memangkah dan membela uri. Daripada perbezaan ini. -9- Hasil Kajian . Hanya yang membezakannya ialah kaedah membela uri. Kesan pengaruh kerajaan ini masih terdapat dalam cara hidup rakyat negeri tersebut. dan membela uri. Gasing timah dan gasing leper kelantan tidak terdapat di negeri lain selain negeri Kelantan. daerah dan ketua dalam setiap permainan. peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. kesenian mengekalkan ciri-ciri permainan tradisional dan sukan sebagai pilihan kepada peminat sukan. Berdasarkan perbezaan ini. usaha menyeluruh dan serius telah dilakukan untuk menyatukan permainan ini. Andaian ini berdasarkan bentuk- bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajah oleh kerajaan lain. gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan. memangkah. saiz dan cara bermain. Kini. muncul pula bentuk permainan yang berlainan dan dimainkan pula dengan cara yang berbeza sedikit. Kaedah permainan gasing adalah sama iaitu memusing. Terdapat beberapa persamaan yang jelas diperlihatkan dalam permainan gasing terutamanya dari segi reka bentuk.

permainan gasing ini turut terdapat di negara- negara lain di Asia seperti di Jepun.Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain. Perancis. Sepanyol. Tentang bagaimana gasing boleh berkembang sehingga ke merata dunia agak sukar untuk diterangkan kerana belum ada lagi kajian yang khusus dilakukan tentang perkembangan permainan ini. Hanya yang membezakannya ialah permainan ini dimainkan di pesta-pesta tertentu dan oleh pemain yang tertentu sahaja.mukim. Berdasarkan beberapa persamaan dan ciri-ciri yang nyata. mukim. China. gasing hanya dimainkan halaman rumah dan digelanggang sendiri. Pada masa itu. Di negara-negara seperti Jerman. Selain Malaysia. Itali dan Belgium juga permainan yang menyerupai permainan gasing. Gelanggang yang mereka gunakan tidam mempunyai ukuran yang seragam. Cara permainannya berlainan antara daerah. dan negeri. Benua-benua di Afrika dan Eropah juga tidak ketinggalan untuk menyertai permainan tradisional ini. Para pemain -10- . gasing dimainkan dengan meluas dan banyak pertandingan diadakan diperingkat kampung. daerah. Persamaan khusus ini menjadi faktor yang membezakan bentuk dan gaya permainan antara negeri- negeri di Malaysia. Permainan gasing juga wujud di negara-negara lain juga masih belum membangunkan permainan ini secara menyeluruh. dipercayai bahawa permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hampir semua tamadun. Taiwan. ia terbuka kepada semua peminat untuk bermain gasing. dan negeri. dan Vietnam. Tidak seperti di negara kita. Di Malaysia.

Terdapat Gelanggang Seni di Kota Baharu. gasing dan lain-lain lagi. permainan gasing amat popular dalam kalangan masyarakat. Bukan sekadar kayu serpih atau tunggul balak sahaja. gasing penyek dan gasing tempayam terdapat di negeri Selangor. gasing piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. memintal dan mencari kayu di sekeliling kampung. Manakala gasing bakal. Para pemain akan mengikut bentuk dan peraturan yang akan ditetapkan oleh ketua-ketua mereka. Jadi apabila menghadapi sesuatu pertandingan yang besar atau agak rasmi. Pemain menggunakan kayu jenis yang terbaik untuk membuat gasing. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para pengunjung dan hanya di buka pada hari isnin. NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN INI … Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ini adalah negeri Kelantan. Bentuk permainan gasing ketika itu banyak dinamakan dan dipengaruhi oleh ketua kampung di sesebuah kampung. Hasil Kajian pula menyediakan peralatan sendiri seperti mencari kulit terap sebagai tali. Bagi negeri Sabah dan Sarawak. Di situ terdapat pertunjukan wau. Ia juga telah ditubuhkan sejak tahun 1978. Di Kedah pula. Antaranya ialah gasing talar. Terdapat pelbagai jenis gasing di setiap negeri. Gelanggang Seni ini telah menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan. -11- . gasing lang laut. Kelantan. banyaklah gasing yang diperlukan dan terpaksa diubahsuai untuk memenuhi kehendak pertandingan. terdapat bentuk-bentuk yang berbezadan dinamakan dengan gasing lundu. Gasing timah dan gasing leper kelantan hanya terdapat di negeri Kelantan sahaja. rabu dan sabtu.

Pelbagai jenis gasing pangkah yang terdapat di negeri Melaka antaranya ‘gasing bulat’ atau ‘gasing tunjang’. Kelantan. Johor dan Brunei. dan negeri Sembilan. Hasil kajian gasing pontianak. gasing limbang kadazan. Sememangnya ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing itu. gasing borneo. Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. gasing bajau dan gasing Brunei. Ia popular dimainkan di Sabah. Gasing toyol pula dimainkan di Melaka. Gasing begelan berbentuk agak leper dan diperbuat daripada kayu jenis ringan. Selangor. Gasing pangkah mempunyai kesenian tersendiri di mana menggandingkan kepakaran pembuat dan pemain. Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri Melaka sejak abad ke-15 lagi. gasing kundasan. salah satu negeri yang mempopularkan permainan gasing -12- . ‘gasing botol’ atau ‘gasing jantung’ manakala ‘gasing leper’ pula dikenali sebagai ‘gasing pereng’ atau ‘gasing merempang’.

Selain Malaysia. Taiwan. Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Orang Melayu adalah salah satu kaum yang mempopularkan permainan gasing -13- . mereka lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina kerana saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan. Itali dan Belgium juga terdapat permainan yang menyerupai permainan gasing. Bagi kanak-kanak. Bagaimanapun. Permainan tradisional seperti gasing kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda disebabkan pengaruh arus pembanggunan yang menghasilkan lebih banyak permainan yang baru. Benua-benua di afrika dan eropah juga tidak ketinggalan. perubahan masa turut mempengaruhi permainan gasing pangkah yang mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda untuk menyertainya di samping menjadikan permainan itu lebih mencabar. China dan Vietnam. Hasil kajian KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT … Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dalam kalangan orang Melayu. permainan gasing ini turut terdapat di negara-negara lain di asia seperti di Jepun. Di negara-negara seperti Perancis. Orang dewasa telah memajukan seni permainan ini. Sepanyol.

tua. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan bahan terbuang. keras dan liat. Permainan gasing bagi orang Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang. Mereka menarah kayu itu sehingga terbentuk gasing. permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu. ALAT – ALAT YANG DIGUNAKAN … Pembuat gasing Melayu tradisional telah mengalami dan menjalankan pelbagai cubaan ketika membuat gasing sehinggalah terciptanya berbagai-bagai peralatan yang membantu kerja ini. Pada mulanya. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Mereka mencuba pula bongkah kayu yang lebih besar. tukang gasing membulat gasing hanya dengan menggunakan kayu bulat sahaja. dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan. Cara melarik gasing pada zaman dahulu hanya menggunakan peralatan yang terdapat -14- . Hasil kajian TUJUAN DIMAINKAN … Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu. Gasing yang dibuat begini tidak tahan lama kerana mudah pecah dan sukar dibaik pulih.

mesin pelarik. apit. kapak. pahat. mereka akan menghadapi masalah. liat. acuan. kakak tua. Tukang gasing Melayu tradisional menggunakan peralatan biasa yang mudah ditemui di kebanyakkan kedai dan dimiliki oleh tukang kayu lain. Kayu yang akan dijadikan gasing mestilah daripada jenis kayu keras. Melalui bantuan peralatan moden. Apabila kerja membakal selesai dan kayu telah dilarik menjadi gasing. tukul. kikir. gerudi. pemutar skru. dan kuat. retak dan mempercepatkan kayu kering. -15- .simpai dipasang bagi mengelakkan gasing mudah pecah. penggarik. kaedah ini sudah tidak memerlukan masa yang terlalu lama. Kemudian dibentukkan turap dan temin sebagai alat perlindungan bahagian kepala dan patak gasing.Sebelum memulakan kerja-kerja membakal dan melarik. gunting. tolok luar. tukang gasing perlu memilih kayu. Tetapi. gandin. andas. gergaji dan lain-lain lagi. pelarik busar ini hanya boleh melarik kayu jenis kecil sahaja dan untuk melarik kayu yang lebih besar. Peralatan ini seperti pembaris. kerja membakal sudah boleh dipercepatkan dengan menggunakan gergaji mesin atau gasing hanya dilarik daripada kayu-kayu seperti beroti atau kayu untuk membuat tiang. Pada masa sekarang . umpamanya dengan menggunakan busar. Hasil Kajian disekeliling sahaja. kertas kaca. sesiku. berus kikir. player. ragum. jangka lukis.

mengangkat. semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing. Hasil Kajian CARA DIMAINKAN … Dalam permainan gasing. memangkah. Dalam permainan gasing langkah .langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:- 1)Melilit Tali 2)Melilit Gasing 3)Memusing Gasing 4)Memangkah Gasing 5)Mengangkat Gasing -16- . menegak dan membela uri gasing.

tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup.dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Hasil Kajian Melilit di jari kelingking Melilit di lengan 1) Melilit Tali Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua . Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi -17- . Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.

-18- . Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing. Hasil Kajian akan dililit pada tapak tangan. pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan. Selepas balingan gasing dibuat. kelembutan dan ketegangan tali. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.

Untuk melilit. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan -19- . gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir. mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Hasil Kajian Cara melilit gasing 2) Melilit Gasing Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing. iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. jika keadaan labu tidak rata.

-20- . pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas. gasing akan borot dan membahayakan semua orang. Hasil Kajian pertama. padat dan sejat. Semasa melilit. Jika ini berlaku.

Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak. meleret atau borot. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. ligat dan tetap. Semasa menghayun. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat . sebelum dilepaskan. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan. kuat. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini. Untuk pusingan sorong tarik. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan. Bagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah). Hasil Kajian 3) Memusing Gasing Terdapat berbagai . ligat dan kuat. memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak. Setelah gasing terpacak ke bumi.bagai gaya dalam memusing gasing. barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong tarik. sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan. gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak. langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring.

tegak dan kuat. . Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini. •Pangkah totok. pangkah layang dan pangkah tebang. -21- Hasil Kajian 4) Memangkah Gasing Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. kepala atau bahu gasing. Tumpuan. Pangkah totok . pangkahan jenis ini kurang sesuai. Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. iaitu pangkah totok. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku. pangkah hentak. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan. perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu. separas pula dengan bahu pemangkah. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat.

Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Sasarannya ialah pada kepala. Kaedah melakukan pangkah hentak. . Jika tepat mengenai sasaran. -22- Hasil kajian •Pangkah hentak Untuk melakukan pangkah hentak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan. badan pemangkah mestilah tegak. kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. labu atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Kaedah melakukan pangkah hentak.

Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. kepala atau tengkuk gasing. labu. cepat dan kencang. -23- Hasil Kajian •Pangkah layang Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat. Cara melakukan pangkah layang .

kedudukan pangkah mestilah tegak. -24- Hasil Kajian •Pangkah tebang Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Cara Melakukan Pangkah Terbang . Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang. gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat.

Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. -25- Hasil Kajian 5) Mengangkat Gasing Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah. Sebelum gasing diangkat. pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran. ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. . Bahagian terendah inilah yang akan diangkat.

-26- Rumusan _____________________________________________________ _ Selepas saya menjalankan kajian ini.saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu. . Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.Selepas kajian dijalankan. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional melayu.ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormat antara kaum.Andai rakyat Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang mendalam.

-27- Lampiran _______________________________________ .

GASING -28- Lampiran .

GASING -29- Lampiran .

KELANTAN-Negeri yang mempopularkan permainan gasing -30- Rujukan .

htm “Permainan Gasing – Melayu Online” http://culture._______________________________________ Internet “Warisan Budaya Malaysia” http://malaysiana.melayuonline.com/ Buku atau Majalah “Penerbit Femina – Gasing & Congkak” “Dewan Bahasa & Pustaka – Gasing dalam masyarakat melayu” “Mingguan Malaysia – Bersaing di gelanggang gasing” “Berita Harian – Gasing pangkah kembali popular” Orang Sumber Nama : Pak Ishak Bin Abdul Majid NO.KP:570315 – 03 – 5769 Pekerjaan:Pereka gasing -31- .pnm.flickr.com/?a=c3d3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx= “Pengambilan gambar” http://www.my/03/0307gasing.