You are on page 1of 12

Prof.Madya Dr.

Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia


EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

NOTA 1: PENGENALAN

MASALAH MAKROEKONOMI

Makro, perkataan Greek yang bermaksud besar atau panjang. Mikro pula bermaksud kecil
atau pendek. Ekonomi merupakan satu kajian berkaitan tingkahlaku manusia untuk
memenuhi keperluan yang tidak terhad berdaskan sumber yang terhad. Jika mikro
ekonomi mengkaji tingkahlaku individu, makro akan mengkaji tingkahlaku gabungan
semua individu/firma yang bermaksud kajian secara aggregate.

Dalam kedua-dua kajian ekonomi mikro dan makro, tumpuan teori lebih kepada faktor
penentu permintaan dan penawaran. Kajian mikroekonomi permintaan dan penawaran
akan menentukan keseimbangan diantara harga dan kuantiti output firma. Pada tingkat
keseimbangan tersebut, pengguna akan memaksimumkan kepuasan dan firma akan
meninimumkan kos pengeluaran.

Manakala dalam kajian makroekonomi, permintaan aggregate dan penawaran aggregate


akan menentukan keseimbangan diantara tingkat harga umum dan keluaran negara (atau
pendapatan negara). Pada tingkat keseimbangan tersebut, pembuat dasar (negara) akan
cuba untuk memaksimum penggunaan sumber pengeluaran yang ada untuk memaksimum
pertumbuhan ekonomi negara (pendapatan negara) dan dalam masa yang sama cuba
untuk meminimumkan kenaikan tingkat harga umum (inflasi), pengganguran, difisit
(kurangan) imbangan pembayaran dan kejatuhan dalam kadar pertukaran.

Dalam kajian mikroekonomi, kenaikan permintaan akan menyebabkan harga sesuatu


produk (barang atau perkhidmatan) itu miningkat. Manakala kenaikan kuantiti penawaran
akan menyebabkan kesan sebaliknya. Dalam makroekonomi kesan yang berlaku apabila
permintaan atau penawaran aggregate berubah akan lebih menyeluruh. Perubahan pada
satu pembolehubah makroekonomi akan menyebabkan lain-lain pembolehubah
makroekonomi berubah. Setiap perubahan akan memberi kesan positif dan negative
kepada ekonomi negara.

1
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

PERANAN KERAJAAN

Kerajaan akan mempengaruhi dalam kegiatan makroekonomi negara dengan matlamat


akhir untuk mengatasi masalah ekonomi yang paling utama iaitu inflasi atau
pengganguran. Masalah inflasi berlaku disebabkan oleh peningkatan dalam tingkat harga
umum akibat daripada peningkatan dalam permintaan aggregate atau kurangan dalam
penawaran aggregat. Peningkatan dalam permintaan aggregate ini boleh berlaku akibat
daripada peningkatan dalam penggunaan domestik yang disebabkan oleh peningkatan
dalam pendapatan aggregat. Manakala pengganguran boleh berlaku akibat daripada
kejatuhan dalam permintaan aggregat akibat daripada kejatuhan dalam pendapatan
aggregat.

Kerajaan akan campur tangan melalui dasar fiskal dan dasar kewangan. Dasar fiskal dan
kewangan ini terbahagi kepada dua iaitu dasar mengembang atau menguncup.
Mengembang atau menguncup ini secara langsung merujuk kepada perubahan yang akan
berlaku kepada permintaan aggregat. Mengembang merujuk kepada matlamat dasar untuk
meningkatkan permintaan aggregat (mengaktifkan kegiatan ekonomi) manakala
menguncup merujuk kepada matlamat dasar untuk mengurangkan permintaan aggregat.

Alat dasar fiskal terbahagi kepada dua iaitu perbelanjaan kerajaan dan cukai. Dasar fiskal
mengembang atau menguncup akan secara langsung mempengaruhi pendapatan aggregat.
Peningkatan perbelanjaan kerajaan (dasar fiskal mengembang) akan meningkatkan
pendapatan aggregat dan pengurangan perbelanjaan kerajaan (dasar fiskal menguncup)
pula akan mengurangkan pendapatan aggregat. Manakala peningkatan cukai (dasar fiskal
menguncup) akan mengurangkan pendapatan aggregat dan pengurangan cukai (dasar
fiskal mengembang) pula akan meningkatkan pendapatan aggregat. Perubahan dalam
pendapatan aggregat ini seterusnya akan mempengaruhi permintaan aggregat.

Dasar kewangan mengembang atau menguncup pula akan secara langsung mempengaruhi
penawaran wang domestik (wang dalam edaran). Penawaran wang ini seterusnya akan
mempengaruhi kadar bunga, kadar bunga akan mempengaruhi tingkat pelaburan dan
seterusnya tingkat pelaburan akan menentukan pendapatan aggregat. Alat-alat dasar
kewangan yang utama ialah penentuan nisbah rizab berkanun dan menjual/membeli
bon/sekuriti di pasaran.

Secara ringkas, dasar kerajaan akan mempengaruhi pendapatan aggregat. Contohnya


seperti dasar fiskal – perubahan perbelanjaan kerajaan akan mempengaruhi perubahan
pendapatan aggregat. Manakala dengan dasar kewangan – perubahan nisbah rizab akan
akan mempengaruhi perubahan kadar bunga, kadar bunga mempengaruhi tingkat
pelaburan dan akhirnya tingkat pelaburan menpengaruhi pendapatan aggregat.
Pendapatan aggregat seterusnya akan menentukan penggunaan yang seterusnya akan
menentukan permintaan aggregat. Permintaan dan penawaran aggregat kemudiannya
akan menentukan tingkat harga umum. Jika permintaan aggregat meningkat dalam
keadaan penawaran aggregat yang tidak berubah, tingkat harga umum dan kadar inflasi
juga akan meningkat. Jika permintaan aggregat meningkat diikuti dengan peningkatan
penawaran aggregat yang meningkat, maka tingkat pengganguran akan berkurangan. Ini
kerana, untuk penawaran aggregat meningkat, permintaan buruh perlu ditingkatkan dan
apabila permintaan buruh meningkat, kadar pengangguran akan berkurangan (Rajah 1.1).

2
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

Rajah 1.1: Dasar-Dasar Kerajaan, Permintaan Agregat, Inflasi dan Pengganguran

Pendapatan Penggunaan Permintaan


aggregat domestik aggregat

Tingkat harga
umum Kadar inflasi
Dasar kerajaan

Dasar fiskal Penawaran


- Dasar fiskal mengembang aggregat
- Dasar fiskal menguncup

Dasar kewangan Permintaan


- Dasar kewangan mengembang buruh Kadar pengganguran
- Dasar kewangan menguncup

Dasar kewangan mengembang akau menguncup dilaksanakan oleh kerajaan berdasarkan


kepada keperluan ekonomi semasa akibat daripada perubahan aktiviti ekonomi pada
peringkat domestik atau antarabangsa. Ia merupakan tindakbalas bank pusat (Bank
Negara Malaysia) dalam mengatasai atau untuk berhadapan dengan jangkaan ekonomi
yang akan berlaku. Contoh jika kadar bunga di pasaran antarabangsa meningkat, akan
menyebabkan berlaku aliran keluar modal dari Malaysia ke luar negara. Untuk mengatasi
masalah ini bank pusat perlu menjalankan dasar kewangan yang bersesuaian supaya kadar
bunga domistik boleh meningkat. Antara langka yang boleh ambil ialah dengan cara
meningkatkan nisbah rizab berkanan. Ini kerana apabila nisbah rizab berkanun
meningkat, penawaran wang domestik (wang dalam edaran) akan berkurangan yang
akhirnya akan menyebabkan kadar bunga meningkat. Walaupun langkah tersebut
memberi kesan positif dari segi mengurangkan aliran keluar modal, namun ia juga akan
memberi kesan negatif kerana jika kadar bunga meningkat, menyebabkan tingkat
pelaburan akan jatuh, yang menyebabkan pendapatan berkurangan, akhirnya permintaan
aggregat juga berkurangan. Dalam jangka masa panjang, penawaran aggregat juga akan
berkurangan (akibat daripada kejatuhan dalam permintaan aggregat), yang akan
menyebabkan kadar pengganguran meningkat (untuk mengurangkan penawaran aggregat,
permintaan buruh akan dikurangkan).

Ringkasnya dasar kerajaan samada dasar kewangan atau fiskal akan memberi kesan
positif dalam jangka masa pendik tetapi boleh memberi kesan negatif dalam jangka masa
panjang. Sehubungan itu, kerajaan terutamanya melalui dasar kewangan akan sentiasa
campur tangan dalam ekonomi untuk mengurang kesan negatif kepada ekonomi akibat
daripada perubahan ekonomi domestik atau antarabangsa atau akibat daripada (kesan
negatif) dasar kewangan yang telah dijalankan sebelum ini.

3
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

4
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

Dasar fiskal pula biasanya dijalankan oleh kerajaan selepas kerajaan merangka pelan
perancangan pembangunan negara. Contohnya seperti rancangan pembangunan di
Malaysia yang boleh dibahagikan kepada tiga berdasarkan kepada jangka masa
perancangan tersebut.

Rangka rancangan jangka panjang, rancangan pembangunan lima tahun negara dan bajet
tahunan (dulu dikenali sebagai belanjawan tahunan). Perancangan pembangunan di
Malaysia seperti yang diringkaskan dalam Jadual 1.1 dan contoh dasar-dasar fiskal yang
dijalankan oleh kerajaan untuk Bajet 2005 dan 2007 seperti keratin-keratan akbar di
bawah.

Jadual 1.1: Perancangan Nasional: Malaysia, 1950-2010

Rancangan Pembangunan Jangka Tahun Rancangan Pembangunan Lima Tahun


Panjang/ Dasar Nasional
1950-1955 Draf Rancangan Pembangunan Malaya
1956-1960 Rancangan Malaya Pertama
1961-1965 Rancangan Malaya Kedua
1966-1970 Rancangan Malaysia Pertama (RMK1)
RRJP1 1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua (RMK2)
Dasar Ekonomi Baru 1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3)
(1971-1990) 1981-1985 Rancangan Malaysia Keempat (RMK4)
1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima (RMK5)
RRJP2 1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam (RMK6)
Dasar Pembangunan Nasional 1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7)
(1991-2000)
RRJP3 2001-2005 Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8)
Dasar Wawasan Negara 2006-2010 Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)
(2001-2010)
Sumber: Asan Ali Golam Hassan. 2004. Growth, Structural Change and Regional Inequality in
Malaysia. Aldershot: Ashgate Publishing Ltd, Englang. ms.68.

5
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

Utusan Malaysia, 11 September 2004. ms.21

6
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

Utusan Malaysia, 4 September 2006. ms.20

7
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

Utusan Malaysia, 17 November 2006. ms.10

8
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

KOMPONEN MAKROEKONOMI

Kajian makroekonomi terbahagi kepada empat pasaran iaitu;

a. Pasaran barang
b. Pasaran wang
c. Pasaran buruh
d. Pasaran harta

Pasaran barang meliputi permintaan dan penawaran barang-barang termasuk


perkhidmatan. Komponen pasaran dalam ekonomi dua sektor (isirumah dan firma)
meliputi; Pengunaan C = a + bY; Tabungan S = -a + (1 - b)Y; dan Pelaburan I = Io; I = d
- vr. Dalam ekonomi tiga sektor, ia melibatkan tambahan komponen perbelanjaan
kerajaan G = Go dan cukai. Jika cukai adalah tetap T = To dan jika cukai adalah berkadar
T = tY. Manakala dalam ekonomi empat sektor pasaran barang termasuk komponen
eksport X = Xo dan import. Jika import adalah tetap M = Mo. Manakala jika import
berkadar M = mY dan jika import adalah kombinasi tetap dan berkadar M = Mo + mY.

Komponen pasaran wang meliputi permintaan dan penawaran wang. Ia meliputi


permintaan wang untuk tujuan urusniaga Mdt = kY; spekulasi Mds = e – hr dan untuk
tujuan awasan Mdc = qY. Penawaran wang (wang dalam edaran) adalah tetap dan
ditentukan oleh dasar kerajan. Dalam keseimbangan kuantiti penawaran wang bersamaan
dengan permintaan wang Ms = Md

Pasaran buruh meliputi permintaan dan penawaran buruh di pasaran yang kemudiannya
akan menentukan tingkat upah keseimbangan, keluaran marginal buruh, upah wang dan
upah benar (upah wang dibahagikan dengan tingkat harga umum). Manakala pasaran
harga meliputi permintaan dan penawaran harta di pasaran (tidak dibincangkan dan
dianggap sebahagian daripada pasaran barang – dibincangan pada kursus peringkat
siswazah ekonomi).

Setiap pasaran berhubungkait antara satu sama lain dan dihubungkan dengan pendapatan
(Y), kadar bunga (r) dan tingkat harga umum (P). Keseimbangan serentak dalam semua
pasaran akan menentukan keseimbangan pendapatan aggregat, kadar bunga, tingkat harga
umum, imbangan pembayaran dan kadar pertukaran.

KAEDAH MAKROEKONOMI

Komponen makroekonomi boleh diringkaskan dalam bentuk fungsi, persamaan dan


gambarajah (graf). Contoh seperti fungsi penggunaan C = f(Y) atau pelaburan I = f(r). Ia
bermaksud penggunan (C) bergantung kepada (ditentukan oleh) tingkat pendapatan atau
pelaburan (I) bergantung kepada tingkat kadar bunga (r). Dalam bentuk persamaan C = a
+ bY, a merujuk kepada satu angka autonomi dan b ialah satu pekali. Ia menerangkan jika
Y = 0, C = a dan b merupakan satu pekali yang menerangkan berapa banyak C akan
berubah jika Y berubah. Penanda + bermaksud jika Y meningkat C juga akan meningkat.
Dalam makroekonomi, persamaan diatas merujuk kepada persamaan penggunan (C). Ia
menerangkan jika pendapatan bersamaan dengan sifar, pengguaan ialah sebanyak a iaitu
penggunaan autonomi dan jika pendapatan meningkat sebanyak satu unit, penggunaan

9
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

akan meningkat sebanyak b, b merujuk kepada kecenderungan mengguna marginal.


Contoh jika C = 10 + 0.6Y, ia bermaksud jika pendapatan bersamaan dengan sifar,
penggunaan adalah sebanyak 10. Jika pendapatan meningkat sebanyak satu unit,
penggunan akan meningkat sebanyak 0.6 unit, jika pendapatan meningkat sebanyak 10
unit, penggunaan akan meningkat sebanyak 6 unit dan seterusnya.

Permintaan wang untuk tujuan spekulasi (Mds), secara fungsi Mds = f(r) bermaksud
permintaan wang untuk tujuan spekulasi ditentukan oleh kadar bunga. Dalam bentuk
persamaan Mds = e - hr, bermaksud jika kadar bunga sifar, permintaan wang untuk tujuan
spekulasi ialah sebanyak e dan jika kadar bunga meningkat sebanyak satu unit,
permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurangan sebanyak h unit (tanda –
bermaksud jika r meningkat Mds akan berkurangan). Contoh yang lain seperti fungsi
import berkadar M = f(Y), bermaksud import ditentukan oleh pendapatan. Dalam bentuk
persamaan M = mY, iaitu jika pendapatan (Y) meningkat import akan meningkat
sebanyak m unit, jika pendapatan sifar, import juga adalah sifar (tiada import autonomi).

Secara gambarajah, jika diberi fungsi C = f(Y) dalam anika bentuk persamaan, ia
boleh diplotkan dalam betuk-bentuk graf seperti Rajah 1.2 dan 1.3.

Rajah 1.2: Contoh Persamaan dan Graf (simbol)

C = a + bY

C
C = bY

C = -a + bY

C = C0
C = a - bY
Y

C = - bY
C = - C0
C
C = - a - bY

10
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

Rajah 1.3: Contoh Persamaan dan Graf (berangka)

C = 15 + 0.5Y
C
C = 0.5Y
20
C = -5 + 0.5Y
15
10 C = 10
C = 20 - 0.5Y
Y

-5
-6
C = - 0.5Y

-10 C = - 10

C C = - 6 - 0.5Y

11
Prof.Madya Dr.Asan Ali Golam Hassan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia
EEB2023 Makroekonomi Semester II Sesi 2007/08

LATIHAN 1

1. Apa itu makroekonomi?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi, deflasi dan stagflasi (stagflasion) dan
bincangkan bagaimana ia boleh berlaku

3. Apakah hubungan antara dua masalah utama makroekonomi berikut, pengganguran


dan inflasi

4. Lukis (plot) graf yang berasingan untuk persamaan-persamaan berikut jika komponen
tersebut berfungsi kepada Y; [ _ = f(Y)]
a. Penggunaan C = a + bY ; (C = 30 + 0.6Y)
b. Tabungan S = -a + (1 - b)Y ; (S = - 30 + 0.4Y)
c. Pelaburan I = Io (I = 20)
d. Perbelanjaan kerajaan G = Go ; (G = 10)
e. Cukai tetap T = To ; (T = 5)
f. Cukai berkadar T = tY ; (T = 0.2Y)
g. Eksport X = Xo ; (X = 9)
h. Import tetap M = Mo ; (M = 7)
i. Import berkadar M = mY ; (M = 0.1Y)
j. Import tetap dan berkadar M = Mo + mY ; (M = 6 + 0.6Y)
k. Permintaan wang untuk tujuan urusniaga Mdt = kY ; (Mdt = 0.3Y)
l. Permintaan wang untuk tujuan awasan Mdc = qY ; (Mdc = 0.2Y)

5. Lukis (plot) graf yang berasingan untuk persamaan-persamaan berikut jika komponen
tersebut berfungsi kepada r; [ _ = f(r)]
a. Pelaburan I = d - vr ; (I = 20 – 0.3r)
b. Permintaan wang untuk tujuan spekulasi Mds = e – hr ; (Mds = 12 – 0.6r)

12