PERMAINAN BAHASA Nama permainan: Buah Dadu Objektif : Murid dapat mengeja suku kata dengan betul.

Bahan: kad suku kata,kad perkataan, buah dadu Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Murid diminta melontarkan buah dadu. 4. Murid diminta mengeja suku kata berdasarkan suku kata yang tertera. 5. Murid bergilir-gilir melontarkan buah dadu dan cuba mengeja suku kata tersebut.. 6. Guru membimbing murid yang lemah. 7. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan dikira pemenang. 8. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Buah Dadu”.

Nama permainan: Nombor Misteri Objektif :Murid dapat mengeja suku kata dengan betul. Bahan : kad suku kata,kad gambar,buah dadu,sampul surat. Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Murid diminta melontarkan buah dadu berdasarkan nombor. 4. Murid diminta mengambil sampul surat berdasarkan nombor yang tertera. 5. Murid diminta mengejakan suku kata yang terdapat dalam sampul surat tersebut. 6. Murid-murid mengulangkan aktiviti ini secara bergiliran. 7. Guru membimbing murid yang lemah. 8. Kumpulan yang mendapat skor markah yang tertinggi dikira pemenang. 9. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan “Nombor Misteri”.