OBJEKTIF KAJIAN

Saya membahagikan objektif kajian kepada dua iaitu objektif am dan objektif khusus.

Objektif am : memenuhi kehendak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mata Pelajaran Sejarah tingkatan 3. Objektif khusus : 1) murid dapat mengenal pasti jenis permainan tradisional masyarakat di negara ini. 2) murid dapat mengetahui latar belakang permainan tradisional. 3) murid dapat mengetahui tujuan permainan tradisional dimainkan. 4) murid dapat mengenal pasti alat-alat yang digunakan untuk membuat permainan tersebut. 5) murid dapat mengetahui cara permainan tersebut dimainkan 6) murid dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu. 7) murid dapat menyedari bahawa betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri.