KAEDAH KAJIAN

Beberapa kaedah kajian telah digunakan di dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Antaranya ialah:-

1~Kaedah Penyelidikan -Saya bersama-sama kawan telah berkunjung ke perpustakaan awam dan perpustakaan sekolah untuk mendapatkan bahan-bahan daripada buku-buku ilmiah dan majalah tersebut untuk mendapatkan bahan dan maklumat.

2~Kaedah Analisis -Saya telah menanalisis beberapa dokumen mengenai permainan wau yang diperoleh daripada sumber internet.

3~Kaedah Temubual -saya telah menemubual orang sumber iaitu pembuat wau dan pemain wau.Beliau telah menceritakan bagaimana wau dibuat dan pengalaman selama beliau bermain wau.

4~Kaedah Pemerhatian -Saya bersama-sama rakan telah pergi ke tempat membuat wau dan memerhati caracara mereka membuat wau dan jenis-jenis wau yang ada disana.

RUMUSAN
Permainan tradisional seperti wau ini patut diwarisi turun temurun oleh
generasi akan datang sebagai tanda menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa melayu.

Permainan wau ini juga boleh memupuk semangat kerjasama dan tolongmenolong antara satu sama lain terutama semasa bermain wau.Kebiasaannya,wau akan dinaikkan oleh dua orang,iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juruanjung yang memegang tali.Disini juga memerlukan sikap bersefahaman dan muafakat agar permainan dapat berjalan lancar.

Membuat wau merupakan satu kerja yang rumit dan memerlukan masa
yang agak lama.Sikap rajin dan gigih perlu ada pada diri pembuat wau agar waunya kelihatan elok,cantik dan menarik.

Permainan wau bukan sahaja merupakan aktiviti masa lapang,tetapi ia
juga telah menjadi satu upacara pertandingan baik di peringkat kawasan,daerah,negeri,kebangsaan dan antarabangsa.Para pemain mestilah mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan agar pertandingan berjalan lancar.

Kita patut bersyukur sebagai warganegara Malaysia yang mempunyai
penduduk berbilang bangsa yang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan,adat resam dan permainan terutama yang boleh menjadi warisan budaya bangsa.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan mempunyai beberapa objektif,iaitu:a) Dapat mengetahui dan mengenali secara lebih mendalam sejarah permainan wau dalam masyarakat Melayu Kelantan. b) Melalui kajian yang dijalankan , saya mendapat pengetahuan baru dalam mencari sumber ,mentafsir ,menganalisis dan merumus tentang latar belakang ,tujuan ,cara-cara membuat wau ,jenis-jenis dan cara wau dimainkan. c) Kajian yang dijalankan boleh dijadikan panduan dan iktibar untuk generasi muda tentang sejarah permainan wau. d) Dapat merungkai dan mengingati kembali sejarah warisan budaya Melayu agar ianya tidak luput ditelan zaman.

TAJUK KAJIAN

PER MA IN AN TRAD ISI ON AL MA SYARAKA T MELA YU KELA NTAN “PER MAI NAN WAU”

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja kursus 21/2 sejarah PMR tahun 2008.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara lansung atau tidak lansung dalam menghasilkan dan menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengetua sekolah saya iaitu Tuan Haji
Zainuddin bin Ismail kerana telah memberi keizinan dan galakan kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus ini.Ucapan terima kasih juga kepada guru matapelajaran saya iaitu Puan Ruhainah binti Abdullah yang tidak jemujemu membantu memberi bimbingan dan tunjuk ajar di dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya yang sentiasa memberi
semangat ,peransang,dorongan dan bantuan kewangan dalam menyiapkan kerja kursus ini.kepada rakan-rakan yang telah membantu dan memberi kerjasama juga diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Berkat bantuan,karjasama,dorongan dan tunjuk ajar yang kalian berikan ,
dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah ini dengan jayanya.Terima kasih.

HASIL KAJIAN
~Pengenalan wau

Wau yang turut dikenali sebagai laying-layang atau teraju tiga adalah
suatu permainan tradisional yang unik dan masih kekal hingga kini yang sinonim dengan masyarakat Melayu.Bentuknya yang unik ini telah dijadikan simbol dan lambang oleh MAS.Pada masa kini, wau juga telah dijadikan hobi dan disimpan oleh setengah orang yang tertarik dengan corak dan keunikannya. ~Latar Belakang

Permainan tradisional masyarakat Melayu ini telah wujud sejak sekitar
kurun yang ke-15 lagi.Walaubagaimanapun, menurut sejarawan Clive Hart, layang-layang berasal dari Negara China.Ini kerana reka bentuk dan karektor antara kedua-duanya mempunyai persamaan.Permainan wau juga dikaitkan dengan mitos “Semangat Padi” yang berasal dari utara Semenanjung.Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani yang menanam padi huma di sebuah kaki bukit.Suatu hari, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu di dipeliharanya sehingga besar.Suaminya amat menyayangi anak gadisnya dan menyebabkan si isteri cemburu.Disebabkan cemburunya itu, dia telah menyeksa anak gadisnya sehingga melarikan diri. Akibatnya ,padi yang dikerjakan tidak menjadi.Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anaknya sebenarnya adalah “Semangat Padi”.Petani itu dinasihatkan meminta maaf dengan membuat lembaga menyerupai wau dan diterbangkan menggunakan tali jerami.Antara negeri yang masih mengekalkan

permainan ini ialah Kelantan, Kedah, Terenganu dan Perlis.Berbagai jenis wau telah dicipta, contohnya wau burung, merak, kucing, lenggang kebayan, sewah, jala budi, katak, barat dan yang paling digemari ialah wau bulan.Kini pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta seperti yang berbentu orang, kapal berangkai, haiwan, dan ada yang dimainkan menggunakan dua tali. ~Tujuan Dimainkan

Permainan wau ini dimainkan oleh orang-orang biasa dan juga golongan
istana sebagai permainan di masa lapang dan juga di kala menyambut sesuatu perayaan yang menunjukkan kegembiraan dan kemenangan.Pada zaman dahulu, wau dimainkan oleh orang melayu kerana mereka mempercayai adanya kaitan di antara semangat angin dan langit.mereka percaya akan pertalian antara manusia dengan alam.Wau juga dimainkan selepas selesai musim menuai padi iaitu dari bulan April hingga Jun.Ia biasanya dimain kan dipadang, sawah padi dan di tempat-tempat lapang.Kini, permainan ini turut dijadikan upacara pertandingan baik diperingkat kawasan, daerah, negeri, kebangsaan malahan antarabangsa. ~Pembuatan Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa.Dari kerja-kerja
meraut buluh untuk dijadikan rangka ,mengimbang stabilkan kepak dan melekat -kan kertas pada rangka mengambil masa 2 minggu.Wau tersebut akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis lutsinar.Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua dan ketiga pula menggunakan kertas bercorak yang telah ditebuk dan diukir.Kebiasaannya ,rekabentuk bermotifkan awan larat menghiasi kebanyakan wau.Di bahagian kepala atau muncungnya serta hujung kiri dan kanan kepak akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang diperbuat daripada kertas yang berwarna–warni.Busul akan direnggangkan di bahagian belakang tengkuk wau agar mengeluarkan bunyi apabila diterbangkan.Busul dibuat daripada daun rumbia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering.Ia berbentuk seperti alat memanah.Kesemua wau boleh

diletakkan busul kecuali wau kikek dan wau barat.Tali teraju pula diikat diantara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbanginya semasa terbang di udara. ~Cara Dimainkan

Pada kebiasaannya, wau akan dinaikkan oleh dua orang, iaitu seorang
akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juruanjung yang memegang tali.Selalunya, ia dimainkan oleh golongan lelaki kerana ia memerlukan kekuatan untuk menaikkannya.Apabila angin bertiup, maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut naik tinggi dengan stabil di udara.Sesetengahnya dapat naik hingga 600 meter di udara.Kilauan cahaya matahari akan menambah cantikkan lagi wau yang dihias berwarna-warni. ~Alat-alat yang Digunakan Antara alat-alat yang digunakan ialah :1)Buluh -buluh yang kebiasaannya digunakan ialah buluh dari jenis buluh minyak kerana ia keras dan mempunyai ruas yang panjang. 2)Tali tangsi -tali ini digunakan kerana ia tidak mudah putus.Tali yang digunakan sangat panjang dan dililit di sebuah pemegang. 3)Kanji -kanji digunakan sebagai pelekat bagi kertas wau. 4)kertas wau -kertas ini adalah faktor utama yang menerbangkan wau.Ia menggunakan beberapa keping kertas yang berlainan warna dan dihias dengan berbagaibagai corak yang halus dan unik.

Oleh kerana wau adalah permainan tradisional orang-orang desa dan juga
hasil kesenian yang halus, maka wau semenjak berdekad-dekad yang lampau hanyalah sejenis permainan untuk hiburan dan kesenian sahaja.Tidak ada punca untuk mendapat sumber kewangan daripadanya.Malah orang-orang kampung akan mengeluarkan wang ringgit kerana kos pembuatan wau itu termasuk untuk membeli tali, pisau meraut, pisau untuk menetas, tali tangsi, kanji dan keperluankeperluan lain.Semuanya dikeluarkan semata-mata untuk memuaskan perasaan sebagai permainan tradisional.

Pada tahun-tahun 60-an dan 70-an barulah permainan wau itu mula
dipertandingkan dan para pemenang diberikan hadiah yang tidak seberapa sahaja.Kemudian barulah muncul kelab-kelab belia dan badan-badan tertentu yang menjadi penganjur barulah diadakan hadiah yang lumayan dab pertandingan diadakan dengan lebih teratur dan moden.

Akhir-akhir ini Negara kita mula menjadi tumpuan dan destinasi
pelancong-pelancong dari serata dunia, maka wau itu telah dibuat denga lebih kecil dan cantik untuk dijual sebagai cederamata.Fungsi wau sebagai permainan tradisional telah bertukar menjadi barang hiasan dan nilai-nilai halus yang ada pada wau itu telah menjadi nilai komersial.Sebetulnya ada buruk dan baiknya perkembangan seperti ini.Bagi orang yang mementingkan nilai ekonomi, mereka beranggapan perkembangan seperti itu adalah sangat wajar, kerana kata mereka sesuai dengan perkembangan masa.Tetapi bagi kalangan pencinta seni tanah air mereka tidak mahu nilai seni yang diwarisi semenjak turun-temurun ditukar dengan sewenang-wenangnya kepada nilai ekonomi yang fungsi asalnya telah berubah daripada permainan tradisi dan ciptaan seni kepada ciptaan yang mementingkan kuantiti kerana hendak mengejar wang atau kebendaan.

Sesungguhnya, pendapat yang merupakan pro dan kontra kepada dilema
ini sukar dibuat keputusan keran kedua-duanya mempunyai kebenarannya yang

tersendiri.Namun begitu, walaupun ada usaha penciptaan wau untuk menjadi komersial, ia tidak juga menjejaskan permainan dan penciptaan wau tradisional. Wau tetap juga menjadi permainan utama bagi masyarakat setiap kali selepas musim menuai.

Wau juga telah menjadi permainan yang dimainkan ke peringkat
antarabangsa.Pertandingan ini sedikit sebanyak telah mempopularkan Malaysia ke mata dunia dan tentunya akan menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi negara kita lebih-lebih lagi dengan kempen “Tahun Melawat Malaysia” pada tahun 2007 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

BAGA IMANAKAH M ODAL INSAN YANG PATR IOT IK DAPAT DIBENTUK MELALU I AKT IV IT I SUKAN DAN PERMAINAN ?

Modal insan adalah peruntukan untuk pembangunan seorang manusia. Era globalisasi masa kini tidak memahami erti patriotik. Namun, dengan adanya warisan-warisan tradisional seperti wau, congkak, gasing dan lain-lain, maka unsur patriotisma dapat dipupuk. Antara unsur-unsur yang diterap ialah berbangga sebagai rakyat Malaysia . Apabila kita berbangga sebagai rakyat Malaysia, secara tidak langsung kita akan meghormati raja, pemimpin Negara dan lambang-lambang Negara. Selain daripada itu kita lebih mengahargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh dan mengamalkan tradisi serta budaya bangsa. Kita sebagai generasi yang seterusnya juga akan lebih berbangga dengan Negara kita yang kaya dengan tinggalan sejarah. Selain daripada itu, kita bersemangat setia Negara. Zaman intelek teknologi sekarang tidak sedar kenikmatan suasana aman dan damai ini selagi tidak mengetahui keadaan peperangan. Oleh itu, permainan tradisional ini bertujuan untuk memupuk sikap-sikap setia Negara antaranya ialah cinta akan bangsa dan Negara, sedia berkorban untuk bangsa dan Negara serta bertanggungjawab kepada bangsa dan negara . seterusnya kita berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara. Selanjutnya, adalah sikap peka kepada masalah dan isu tentang bahasa dan Negara. Dengan itu, bersyukurlah sebagai warganegara Malaysia . Seterusnya ialah sikap semangat kekitaan. Lantaran, kita bersatu padu,harmoni bertolak ansur dan bertoleransi. Tambahan lagi, kita bekerjasama dan toleransi melalui aktiviti sukan dan permainan. Sikap hormat-menghormati serta bersefahaman dan bermuafakat tidak dilupai lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat majmuk seperti kita. Selanjutnya, ialah sikap muhibah atau semangat bermasyarakat. Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan juga menjana generasi muda dengan penerapan unsure patriotisma seperti berdisiplin. Di peringkat sekolah

rendah skalipun dididik untuk berdisiplin. Antara sikap-sikap yang turut wujud adalah berakhlak, berbudi pekerti mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Dengan aktiviti sukan dan permainan pula, ia memupuk sikap ingin mempertahankan dan menjunjung perlembagaan Negara serta mematuhi undang-undang. Sikap ini bukan sahaja baik, malahan dipandang mulia. Sikap ini wajar sebagai contoh untuk menggalakkan sikap-sikap yang berkaitan seperti bertindak wajar, bersifat amanah dan jujur serta berlaku adil dan bertimbang rasa. Akhirnya ialah sikap berusaha dan produktif. Contoh adalah seperti rajin, gigih, berdikari, dan tabah menghadapi cabaran. Selanjutnya adalah menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan. Tambahan lagi, ialah sikap berganding bahu membangun Negara. Dengan ini juga, masyarakat berilmu dan berketrampilan Berdasarkan fakta-fakta yang tidak dapat dinafikan lagi, jelaslah bahawa aktiviti sukan dan permainan penting demi untuk menjana generasi muda kearah wawasan 2020. justeru itu, kita seharusnya menjaga warisan terdahulu supaya tidak luput ditelan zaman.

MEREKOD FAKTA SEJARAH

MENGU MPUL FAK TA SEJ AR AH DARIP AD A SUMBER YAN G S AHIH

Jenis-jenis sumber yang digunakan :-

1.Sumber Internet 2.Buku Ilmiah 3.Melawat Tempat Kejadian 4.Orang Sumber

RUJUKAN
1~

2~

3~

4~