You are on page 1of 10

CONTOH-CONTOH KES

KES 1:
Olympia-Jabatan Kesihatan menahan seorang kaunselor Preston Carbery yang
memiliki license of Mental Health(CLH 00006880) di atas kesalahan melakukan
hubungan seksual semasa mengendalikan kaunseling. Carbery disabitkan
kesalahan pada 7 September 2005 di Steven County Supervisor Court dengan
melakukan 3 kali perkosaan ke atas kliennya. Carbery didapati tidak dapat
menjadi seorang kaunselor yang baik, dan beliau yang masih mempunyai
kontrak dengan Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Kesihatan yang menyediakan
perkhidmatan kaunseling kesihatan kepada kliennya.
Tuduhan ini menyatakan Carbery terlibat dengan hubungan seksual dengan dua
orang klien perempuan semasa mengadakan perkihmatan kaunseling. Carbery
juga didapati bersalah kerana cuba menakutkan kliennya dengan mengugut
sekiranya kejadian tersebut dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Sosial,
Carbery akan mengancam anak-anak kliennya. Carbery mempunyai 20 hari
untuk memberikan maklum balas di atas tuduhan tersebut.
Daripada kes tersebut, didapati kaunselor telah menyalahi etikanya sebagai
seorang kaunselor yang bertauliah kerana merujuk kepada Kod Etika Kaunselor
2005, batasan seksual , bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga melibatkan
pertuturan. Contohnya, kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur
lucah. Justeru itu, gangguan seksual akan menyebabkan ahli-ahli kelompok tidak
selamat dan kebolehpercayaannya terhadap kaunselor tergugat.
KES 2:
Seorang kaunselor pembimbing didapati bersalah kerana mengadakan seks
dengan kliennya yang berusia 16 tahun. Jenniffer Villacrusis disabitkan
kesalahan minggu lepas, kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai kaunselor

dan secara tidak langsung melanggar etika seorang kaunselor. Menurut laporan
polis, beliau dan pelajar melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya,Hugesville
Junior High School dan di rumah kediamannya. East Lycony School
Superintendent Dave Price, mengesahkan Villacrusis telah digantung bekerja
pada hari Selasa, dan kes ini akan didengar pada 22 Januari di bilik mesyuarat.
Ahli mesyuarat akan membuat keputusan sama ada beliau akan terus atau
berhenti daripada kerjaya sebagai seorang kaunselor. Polis turut mengesahkan
satu penyiasatan terhadap remaja tersebut terpaksa ditangguhkan kerana
Villacrusis tidak memberikan kerjasama. Penyiasatan ini bermula minggu lepas
selepas Villacrusis mendapatkan perkhidmatan hospital dan memberitahu
kepada seorang jururawat bahawa dia telah dirogol dan tidak mahu membuat
laporan polis.
KES 3:
Olympia- Jabatan Kesihatan Negeri Washington telah menahan James F.
Durham seorang kaunselor yang juga mempunyai banyak kepakaran
professional dalam mengendalikan bahan kimia . Beliau ditahan diatas tuduhan
penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan dadah. Tindakan disiplin dikenali
sebagai pergantungan tanpa perbincanganbermaksud Durham yang
mempunyai sijil CP 828 dan berdaftar sebagai RC11842, didapati tidak
dibenarkan bekerja sebagai seorang kaunselor dan juga pakar mengendalikan
bahan kimia sehinggalah kes beliau dibicarakan semula.
Durham mempunyai 20 hari untuk memberikan respond diatas tuduhan tersebut.
Durham ditahan di atas berurusan dengan kumpulan kecil untuk tujuan yang
tidak bermoral pada 3 June 2001.Perbicaraan beliau dijadualkan pada 18
Oktober 2001. sebelum ini Durham didapati banyak melakukan perbuatan tidak
bermoral dan masih berhubungan dengan pesalah-pesalah juvana untuk urusan
peribadi. Penyiasat yang ditugaskan daripada Jabatan Kesihatan mendapati
Durham gagal menunjukkan kesalahan jenayah di kawasan Yakima dan King.

semasa permohananya sebagai pakar penggunaan bahan kimia . Rekod


jenayah Durham sebelum ini mengandungi rompakan berbahaya pada tahun
1978 dan kejadian jenayah kredibilitinya pada Mac 2000.
Merujuk kepada kes ini pula, kaunselor didapati melanggar etika serta
menghilangkan kepercayaan kelompok terhadap kewibawaan kaunselor. Oleh
itu. Dengan tertubuhnya, Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998, dengan ini
mengesahkan bahawa sebarang salahlaku , maka secara automatiknya, jawatan
kaunselor akan digantung sehinggalah kes tersebut dibicarakan.
Kesimpulan daripada kes-kes di atas, dapat mengukuhkan lagi bahawa wujud
isu-isu yang berlaku dalam kaunseling kelompok yang mengganggu proses
ataupun sesi dari berjalan dengan lancar mengikut kaedah yang sebenarnya.
Namun isu-isu ini dapat dielakkan jika pemimpin yang mengendalikan kelompok
mempunyai etika yang telus.

KES 4 : DILEMA KAUNSELOR SEKOLAH


Permasalahan kes
En. T merupakan seorang guru sekolah Menengah dan juga berperanan sebagai
kaunselor di sekolah beliau. En. T juga merupakan salah seorang ahli
jawatankuasa disiplin yang bertanggungjawab untuk menjaga disiplin pelajar.
Pelajar A merupakan klien Mr. T yang telah digantung sekolah kerana kesalahan
disiplin. Baru-baru ini, En. T mengetahui tentang perubahan keluarga Pelajar A
dan menyebabkan En. T berasa memahami dan berempati dengan perubahan
tingkah laku pelajar A. Pada waktu ini En. T merasakan dia perlu untuk campur
tangan dengan isu yang dialami oleh pelajar A.
Walaubagaimanapun, memandangkan peranan En. T sebagai guru
kaunseling dan guru disiplin En. T terpaksa mempertimbangkan kepentingan
yang terbaik bagi mendukung peraturan sekolah pada masa yang sama. Oleh
hal yang demikian, En. T bertindak menyokong tindakan pelajar A semasa
mesyuarat dengan lembaga disiplin sekolah dan hal ini menyebabkan En. T telah
memungkiri kerahsiaan dan memaklumkan di dalam mesyuarat tentang pelajar
A.

Walau

bagaimanapun

jawatankuasa

masih

lagi

mengundi

untuk

mengeluarkan pelajar A daripada sekolah dan butiran peribadi keluarga Pelajar A


sudah pun dikeluarkan. Oleh hal yang demikian Pelajar A berasa marah dengan
tindakan kaunselor kerana En T bertindak melanggar amanah Pelajar T dan
mengeluaran pelajar T dari sekolah.
Oleh hal yang demikian, En. T berasa sangat kecewa dengan keadaan
ini. Kes ini merupakan sebuah senarion yang biasa ditemui oleh guru-guru
sekolah kerana kes ini menjadi senario yang biasa berkaitan konteks dwi
hubungan ataupun dwi peranan yang terpaksa digalas oleh kaunselor sekolah
iaitu sebagai guru disiplin dan kaunselor. Di beberapa bandar raya di Asia
misalnya di Hong Kong dan Taiwan, peranan guru di sekolah melebihi daripada
peranan biasa dan lazimnya guru bertindak sebagai kaunselor kepada pelajar.
Oleh hal yang demikian, terdapat sebuah keperluan yang menjelaskan tentang

potensi konflik dan mencari penyelesaian yang lebih relevan terhadap


persekitaran organisasi sekolah terbabit.
Dwi atau pelbagai Hubungan dalam kaunseling
Berdasarkan kes 1 ini, En T mempunyai tiga tanggungjawab yang berbeza di
sekolah iaitu sebagai kaunselor, guru dan juga sebagai ahli dalam lembaga
disiplinm sekolah. Oleh hal yang demikian terdapat potensi konflik yang
terbentuk dalam ketiga-tiga tugas ini. Peranan En T sebagai seorang kaunselor
memerlukan En T untuk membantu mendengar isu yang dialami klien dan
menjaga hak serta privasi dengan menyimpan segala kerahsiaan yang terdapat
dalam isu klien. Manakala peranan En T sebagai Guru juga menyebabkan en T
terikat dengan peraturan disiplin di sekolah dan perlu menyampaikan maklumat
kepada lembaga disiplin sekolah dengan tindakan pelajar A yang menyalahi
disiplin sekolah. Oleh itu di sini terdapat konflik dalam peranan yang digalas oleh
En. T.
Dilema Etika yang dilalui oleh Kaunselor
Isu ataupun dilema etika utama dalam kes ini melibatkan kes hubungan yang
pelbagai yang menyebabkan berlakunya pertindihan peranan antara kaunselor,
guru dan juga ahli lembaga disiplin di sekolah. Dalam konteks perhubungan yang
pelnagai tidak semestinya ianya tidak beretika. Lazimnya di organisasi yang
melibatkan sekolah ianya merupakan sebuah isu yang tidak dapat dielakkan
oleh ramai guru yang juga memegang amanah sebagai kaunselor di sekolah.
Peranan yang di pegang oleh kaunselor sekolah ini menyebabkan kaunnselor
telah melanggar etika kerahsiaan dan privasi klien. Dalam kes ini kaunselor telah
bertindak memberitahu ahli lembaga disiplin tentang Butiran pelajar A dan hal ini
telah melanggar fungsi kaunselor sebagai seorang kaunselor. Isu sebegini
ternyata menyebabkan kaunselor berada dalam keadaan yang dilema kerana
terikat dengan polisi sekolah yang mengehendakki kaunselor dan guru
memaklumkan kepada pihak lembaga berkaitan kes melibatkan pelajar yang
terlibat dalam salah laku tingkah laku.

Tanggungjawab kaunselor dalam kes ini


Berdasarkas kes ini, kaunselor sebenarnya perlu jelas dengan peranan dan
tanggungjawabnya sebagai kaunselor, guru dan juga ahli lembaga disiplin
sekolah. En T perlu mencari sebuah solusi untuk menguruskan konflik peranan
En T. En T juga perlu memaafkan dirinya dan perlu menahan diri daripada
membuat sebarang keputusan

berkaitan klien En T sendiri. Oleh hal yang

demikian, kaunselor perlu menerangkan kepada klien tentang peranan kaunselor


dengan menyediakan persetujuan termaklum. Kaunselor perlu menerangkan
pelbagai peranan yang kaunselor pegang serta menjelaskan peranan dirinya
kepada klien supaya klien lebih memahami
En T boleh menjelaskan kepada kaunselor bahawa dirinya merupakan
seorang guru dan guru disiplin supaya klien lebih jelas dan faham tentang diri
kaunselor. Selain itu, berdasarkan konteks kerahsiaan pula, kaunselor boleh
meminta persetujuan daripada klien untuk mengeluarkan beberapa maklumat
yang

penting

sahaja

dan

di

bawa

kepada

lembaga

disiplin

untuk

dipertimbangkan. En T juga boleh menidik pihak sekolah supaya isu konflik ini
boleh di urus dengan baik di peringkat institusi. Oleh hal yang demikian dengan
wujudnya solusi yang sistemik dan teratur ini, ianya dapat membentuk sebuah
pastukan yang dapat menjelaskan lagi peranan seorang guru serta kaunselor di
sekolah dengan berpandukan amalan etika yang sewajarnya di pegang oleh
kaunselor sekolah. Oleh hal yang demikian perkara ini sedikit sebanyak dapat
memegang etika kerahsiaan dan menjaga hak klien sebagai individu yang
dilindungi.
Dalam konteks negara Asia, institusi pendidikan lazimnya lebih terdedah
dengan konteks bimbingan dan kaunseling. Keadaan ini lebih menjurus kepada
latar belakang pendidikan. Alaman profesional kaunselor sekolah ini memerlukan
mereka untuk menghadapi dilema etika yang boleh dikatakan agak unik dalam
konteks pendidikan dan keadaan masyarakat mereka. Dialog dan perundingan
perlu dijalankan bersama rakan sekerja supaya ianya menjadi mudah dan lebih

jelas tentang peranan profesional kaunselor serta meningkatkan sempadan


profesional kaunselor.
Prinsip etika
Dalam kes ini kaunselor mempunyai hubungan di luar sesi kaunseling iaitu
sebagai guru dan juga ahli lembaga disiplin sekolah. Prinsip etika yang perlu
diberikan penekanan dalam kes ini melibatkan etika kerahsiaan dan juga
persetujuan termaklum.
Kod etika kerahsiaan
Etika kerahsiaan merupakan sebuah asas penting dalam memastikan hak dan
kepercayaan klien itu terjaga. Dalam kes ini Kaunselor mengalami konflik
peranan. Berasarkan konteks etika, kaunselor telah melanggar etika kerana telah
mendedahkan isu klien kepada pihak sekolah berkaitan disiplin pelajar A. Hal ini
menyebabkan dilema etika terbentuk dalam diri kaunselor sama ada mahu
mendedahkan ataupun tidak kerana kaunselor berada dalam polisi sekolah.
Kesan daripada kesan tindakan kaunselor ini menyebabkan klien kurang
kepercayaan kepada kaunselor En. T.
Persetujuan termaklum
Kaunselor perlu memberikan pemahaman kepada klien bahawa kaunselor juga
mempunyai peranan lain misalnya sebagai guru dan ahli lembaga disiplin
sekolah. Makluman yang jelas mungkin dapat memberikan pemahaman yang
holistik oleh klien yang menghadiri. Klien berhak untuk mengetahui perkara yang
berlaku sepanjang sesi kaunseling dijalankan.
Prinsip Moral
Dalam kes ini,

prinsip moral yang perlu diberikan penekanan adalah

berdasarkan prinsip autonomi, nonmelificence dan juga fidelity.

Autonomi
Dalam konteks autonomi kaunselor perlu memberikan kebebasan kepada klien
untuk memilih tindakan yang sesuai terhadap isu yang klien alami. Kaunselor
perlu menghormati segala keputusan klien. Kaunselor perlu menghormati hak
klien sebagai individu yang dilindungi.
Nonmelificence
Prinsip moral yang kedua yang perlu diberikan penekanan oleh kaunselor adalah
berdasarkan prinsip nonmelificence. Prinsip nonmaleficence ini merupakan
sebuah prinsip moral yang menggariskan supaya kaunselor tidak memberikan
apa-apa bahaya kepada klien atau tidak menyakiti klien. Berdasarkan kod etika
APA, (2002) menyatakan bahawa ahli psikologi perlu memberikan kebaikan
kepada klien dan sentiasa menjaga kebajikan serta tidak melakukan bahaya
kepada klien. Oleh hal yang demikian bagi kes klien 1 ini ianya melibatkan
keadaan dilema etika iaitu kaunselor perlu untuk membuka kerahsiaan berkaitan
isu klien iaitu pelajar A ke peringkat lembaga disiplin. Dilema etika ini terbentuk
dan menyebabkan klien berasa marah dengan tindakan kaunselor kesan
daripada dwi/pelbagai hubungan sebagai kaunselor, guru dan juga ahli lembaga
disiplin.
Fideliti
Prinsip fideliti membawa maksud profesional perlu membuat perjanjian untuk
menyimpan segala rahsia dan berjanji kepada klien untuk membocorkan rahsia
klien. Kaunselor perlu menggalas tanggungjawa untuk mewujudkan kepercayaan
dalam perhubungan kaunseling. Kod ACA (2014) menggalakkan kaunselor untuk
memberi makluman dalam persetujuan termaklum tentang kaunseling dan
membentuk komitmen dengan klien. Konsep fidelity ini membentuk kepercayaan
dan juga hubungan yang terapeutik yang baik dengan klien. Misalnya dalam
konteks kes ini, kaunselor telah berjanji untuk menyimpan rahsia tetapi
disebabkan polisi sekolah yang memerlukan kaunselor mengeluarkan rahsia
berkaitan pelajar A. Kaunselor mendedahkan isu kepada pihak sekolah hal ini

menyebabkan klien berasa kecewa dengan kaunselor. Dilema etika berkaitan


dwihubungan ini sebenarnya memberikan banyak kesan kepada hubungan
kaunselor dan klien sendiri.
Prinsip perundangan
Polisi dan peraturan sekolah
Kes klien ini lebih melibatkan dalam polisi institusi pendidikan iaitu
sekolah. Kes ini berdasarkan

Kes diambil di negara Taiwan. Berdasarkan

konteks perundangan, polisi sekolah di negara Taiwan (konteks negara asian)


menunjukkan bahawa kaunselor memegang tanggungjawab sebagai guru, guru
disiplin dan kaunselor pada waktu yang sama. Kaunselor sekolah mempunyai
dilema berkaitan dengan isu ini dan terikat dengan polisi serta peraturan sekolah
yang memerlukan kaunselor untuk mendedahkan kerahsiaan klien. Kes ini
melibatkan kaunselor mendedahkan kerahsiaan klien kepada pihak lembaga
disiplin sehingga menyebabkan klien digantung persekolahan. Sewajarnya
semasa permulaan sesi kaunseling dijalankan bersama klien, kaunselor
seharusnya memberikan pemahaman yang menyeluruh berkaitan peranan
kaunselor dalam kes klien ini. Kaunselor perlu menjelaskan peranan kaunselor di
sekolah dan juga peranan sekolah dalam kes klien ini seupaya klien tidak berasa
tergugat dan terlalu bimbang pada awal sesi yang dijalankan.
Kesimpulan
Dilema etika yang yang dialami oleh kaunselor sekolah sebenarnya bukanlah
sesuatu perkara yang baharu. Kaunselor perlu lebih peka dengan peranan dwi
hubungan supaya tidak berlaku konflik peranan semasa sesi yang dijalankan
bersama klien. Etika kerahsiaan perlu dipegang oleh kaunselor dan hak klien
sebagai individu yang dilindungi perlu dijaga. Isu dwi hubungan di sekolah ini
merupakan isu yang menjadi kontroversi kerana ianya melibatkan kepercayaan
klien dalam menghadiri sesi kaunseling. Kaunselor sekolah perlu lebih peka
dengan perkara yang melibatkan polisi sekolah dan perundingan perlu dijalankan

bersama pihak sekolah bagi mendapatkan sebuah jawapan yang dapat menjaga
kepentingan semua pihak.