You are on page 1of 1

Garis Panduan

Pembinaan Laman Pembelajaran PdP Yang


Dimuat Naik Oleh Guru
1. Laman PdP tidak mengandungi unsur-unsur sensitiviti seperti:
i. Perkauman (cth;perbezaan warna kulit, keturunan)
ii. Agama (cth;ajaran sesat, tahyul dan khurafat)
iii. Politik yang melampau (cth;demonstrasi, Komunisme)
iv. Pornografi (cth;unsur seks, gambar-gambar lucah)
v. Keganasan (cth;jenayah siber, buli, gangsterisme, penderaan)
2. Laman PdP mesti mempunyai nama bidang, mata pelajaran, topik dan kumpulan
sasaran (Tahun/ Tingkatan) dan mengandungi tab Pengenalan, Isi Kandung,
Penilaian dan Rumusan.
3. Laman PdP menepati sukatan pelajaran KPM yang terkini.
4. Maklumat peribadi tidak digalakkan untuk dimuat naik.
5. Laman perlu mempunyai arahan PdP (instruksional) yang sesuai supaya
memudahkan penggunaan laman PdP yang dibangunkan.
6. Bahan/ Kandungan yang dimuat naik dalam laman PdP mesti berkaitan dengan
tajuk dan topik.
7. Laman PdP lengkap dengan bahan/ kandungan tanpa meninggalkan
Tab/Page/Ruang kosong.
8. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) harus dimuat naik dalam laman PdP.
9. Bahan/ kandungan yang digunakan dalam pembinaan laman PdP tidak melanggar
Hak Cipta.
10. Bahan/ kandungan dalam pembinaan laman PdP perlu memasukkan elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
11. Laman PdP perlu mempunyai aspek pentaksiran.
12. Penggunaan bahan/ kandungan yang berlatar belakang/ mempunyai imej
Malaysia dan sesuai dengan Tajuk Laman PdP.
13. Pembinaan laman PdP menepati nilai-nilai moral.