You are on page 1of 4

Soalan Bahagian B

(20 markah)
Lihat bahan grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
mempopularkan permainan tradisional. Panjang huraian anda hendaklah kurang daripada
120 patah perkataan.
Galakan ibu bapa

Kempen

CARA-CARA
MEMPOPULARKAN
PERMAINAN
TRADISIONAL

Penubuhan kelab permainan


tradisional

Pertandingan

RANGKA JAWAPAN : CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN


TRADISIONAL
Pendahuluan
-

congkak, gasing, sepak raga dan wau


semakin kurang diminati

Isi-isi penting
1.
2.
3.
4.

Galakan daripada ibu bapa - membelikan set permainan tradisional


Pertandingan menggalakkan penglibatan masyarakat
Penubuhan kelab permainan tradisional - di sekolah - menarik minat pelajar
Kempen melalui media elektronik atau media cetak memperkenalkan permainan tak
kenal maka tak cinta

Penutup
-

semua pihak perlu bekerjasama


tidak terpinggir dalam arus kemodenan

AKTIVITI
Isikan tempat kosong di bawah dengan rangka jawapan yang disenaraikan.

___________________________ merupakan beberapa contoh permainan tradisional.


Mutakhir ini, permainan tradisional _____________________________. Terdapat beberapa
_____(ayat soalan yang ditebalkan)____.
Antaranya, _________________________. Mereka boleh ______________________
untuk anak-anak mereka berbanding set permainan video. Selain itu, pihak tertentu perlu
mengadakan ____________ permainan tradisional untuk _______________________ dengan
permainan ini.
Seterusnya, ____________________________ dapat _______________________ untuk
bermain permainan tradisional. Malahan, _______ permainan tradisional __________________
membantu _________________________________ sama ada di dalam atau di luar negara. Kata
orang _________________.
Konklusinya, ___________________________untuk mempopularkan permainan
tradisional. Usaha ini penting supaya permainan tradisional ___________________________.

JAWAPAN AKTIVITI : MENGISI TEMPAT KOSONG (BERPANDUKAN RANGKA


JAWAPAN)

Congkak, gasing dan wau merupakan beberapa contoh permainan tradisional. Mutakhir
ini, permainan tradisional semakin kurang diminati. Terdapat beberapa cara mempopularkan
permainan tradisional.
Antaranya, galakan daripada ibu bapa. Mereka boleh membelikan set permainan
tradisional untuk anak-anak mereka berbanding set permainan video. Selain itu, pihak tertentu
perlu mengadakan pertandingan permainan tradisional untuk menggalakkan penglibatan
masyarakat dengan permainan ini.
Seterusnya, penubuhan kelab permainan tradisional di sekolah dapat menarik minat
pelajar sekolah untuk bermain permainan tradisional. Malahan, kempen permainan tradisional
melalui media elektronik dan media cetak membantu memperkenalkan permainan ini sama ada
di dalam atau di luar negara. Kata orang tak kenal maka tak cinta.
Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mempopularkan permainan
tradisional. Usaha ini penting supaya permainan tradisional tidak terpinggir dalam arus
kemodenan.
(119 patah
perkataan)

You might also like