You are on page 1of 25

MINIT MESYUARAT

UNIT HAL EHWAL MURID KALI KEDUA 2016
SK CONVENT, TANAH RATA
TARIKH
: 14 April 2016
MASA
: 2.00 petang
TEMPAT
: BILIK GERAKAN
Kehadiran
1. Encik Mohd Sukri Bin Sharkawi - Guru Besar
2. Puan Jay Jamilah -Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Mohd Pazli Bin Ghazali - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Mohd Fauzi Bin Malek – GPK Ko Kurikulum
5. Pn. Rosnani Binti Ghazali
6. Pn. Dahliahh binti Mat
7. Pn. Jamilah Binti Yusoff
8. Pn. Hasfiza binti Mat Hussin
9. Pn. Nurul Huda binti Ariffin
10. Pn. Farah Amira binti Zulkifli
11. Pn. Wan Nuruljannah binti Wan Ismail Suhaimi
12. Pn. Zuhana binti Md. Zaki
13.Pn. Yap Su Sun
14. En. Muhammad Azizi bin Aziz
15. En. Muhamad Rozarulaidil bin Rosli
16. Pn. Khor Wui Kean
17. Pn. Selvi Victoria
18. Pn. Norizan binti Hussin
19. En. Khairuddin bin Aziz
20. Pn. Norlina binti Mohd Ali
21. Cik Kamsiah Binti Abdul Aziz
22. Puan Amira binti Amir
23. Encik Iffizie Irman bin Ibrahim
24. Cik Anthiri Ramachandran
25. Puan Rosmasuriani binti Salleh

AGENDA 1
UCAPAN ALUAN PENGERUSI (TN.GURU BESAR)
1.0 Pengerusi memulakan dengan lafaz bismillah dan bacaan doa.
1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan sumbangan
guru dalam menjayakan semua semua aktiviti HEM yang dirancang.
1.2 Unit HEM banyak membantu dalam memajukan dan meningkatkan usaha melahirkan
pelajar cemerlang.

1.3 Pengawas sekolah yang dilantik haruslah yang boleh memberi contoh terbaik kepada pelajar
yang lain.
1.4 Perjumpaan pengawas perlu diadakan dari masa ke semasa supaya mereka sentiasa
mendapat bimbingan.
1.5 Guru disiplin harus mengambil tindakan yang tegas bagi pelajar yang melanggar disiplin
sekolah.
1.6 KPI disiplin,peratus salah laku mestilah diminimumkan
1.7 Sekolah harus mengsasarkan kehadiran ke sekolah sebanyak 95%.
1.8 Pihak sekolah akan mengadakan perjumpaan dengan waris pelajar tahun 6,2014. Oleh
itu,tuan Guru Besar akan memberi taklimat dan menekankan mengenai kehadiran pelajar ke
sekolah dan progam-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
1.9 Program Pemantapan Budaya Sekolah adalah bertujuan untuk melatih pelajar berdisiplin ,
membudayakan nilai-nilai murni dan menghormati budaya walau di mana berada.
1.12AJK Program Pemantapan Budaya Sekolah telah pun dibentuk:
Budaya Memberi Salam
: Ustazah Norizan binti Hussin
Budaya makan di kantin
: Puan Jamilah Binti Yusoff
Budaya Buku di tangan
: Puan Hasfiza binti Mat Hussin
Budaya Menghormati Majlis
: Puan Zuhana binti Mod Zaki
Budaya Menjaga Kemudahan Awam
: En. Khairuddin bin Abdul Aziz
1.13Pn. Norisan selaku penyelaras Unit Bina Insan dilantik sebagai penyelaras program.
1.14Bimbingan dan Kaunseling masih lagi Pn. Rosmasuriani sebagai guru bimbingan SK
Convent
. Guru Bimbingan akan sentiasa membantu mengenal pasti pelajar yang bermasalah
dan merancang akiviti bermula awal tahun.
1.15Tahniah kepada Kelab PPDa di bawah teraju En. Che Rosdam dan AJKnya yang telah
Berjaya mengadakan Minggu Anti Dadah.
1.16Kepada AJK kantin, kantin sekolah telah dinaik taraf dan telah pun siap sepenuhnya.
Diharap AJK kantin dapat menyelia keadaan di kantin termasuk kemudahan meja
kerusi,kualiti makanan, kebersihan kantin, tempat makan guru dan murid dan sebagainya.
1.18 Bilangan pelajar yang menerima RMT tidaklah ramai.Hanya 28 orang sahaja.Oleh itu
memudahkan AJK dalam mengatur masa makan.Pelajar tidak boleh makan ketika P&P
berjalan.
1.19 Sekolah yang selamat adalah sekolah yang sentiasa menjaga keselamatan warganya.Semua
guru adalah bertangungjawab dalam memastikan keadan sekolah sentiasa selamat.Sila
laporkan kepada pihak pentadbiran sekiranya menjumpai situasi yang tidak
selamat.Contohnya takungan jentik-jentik, tiang gol yang rosak,kerusi meja yang rosak dan
sebagainya.Labelkan tempat-tempat yang merbahaya di dalam kawasan sekolah.
1.20 Terima kasih juga kepada AJK Kebajikan Murid yang telah menjalankan program untuk
menyalurkan bantuan kepada pelajar miskin. Contohnya sumbangan,kematian ibu
atau bapa, bayaran yuran dan bencana alam.

1.21 Kelas yang bersih dan ceria mengundang rasa bahagia untuk kita mengajar dan murid
belajar. Oleh itu guru-guru kelas pertama dan kedua berusahalah untuk menyediakan kelas
masing-masing sebelum sekolah dibuka untuk kesejahteraan anak-anak didiki kita.Guruguru harus menitikberatkan budaya menyorong kerusi sebelum meninggalkan kelas.
1.22Tidak ada peruntukan buku teks untuk guru-guru.
1.27Tuan Guru Besar menyerahkan kepada GPK HEM.
Tindakan:Semua guru yang terlibat
AGENDA 2
UCAPAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
2.0 Pn. Aminah mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar diatas penyampaian
beliau sebentar tadi dan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh semua guru dalam
melancarkan perjalanan unit HEM.
2.1 GPK HEM menyampaikan dapatan sepanjang suku pertama persekolahan 2016.
A) Penambahbaikan 2016
1 Buku jadual kedatangan murid , nama murid hendaklah ditulis dengan nama penuh
dan mempunyai bin atau binti.
2 No rekod murid juga hendaklah ditulis setiap bulan.
3 Guru kelas pertama atau guru kelas kedua mesti menanda kedatangan murid setiap
hari bukan seminggu sekali.
4 Ketidak hadiran murid dalam e-kehadiran dan buku kedatangan mestilah sama.
5 Hantar ke pejabat sebelum jam 9 pagi setiap hari.
6 Tidak dibenarkan membawa pulang buku rekod kedatangan ke rumah atau
meninggalkan di atas meja di bilik guru.
7 Sekiranya guru kelas pertama tidak hadir sila maklumkan kepada guru kelas kedua.
8 Hendaklah menggunakan pen dakwat hitam dan tidak boleh menggunakan cecair
liquid .Sekiranya berlaku kesalahan hanya buat satu garisan panjang sahaja.
Tindakan:Semua guru kelas
B) Program Sekolah Penyanyang
1 Program ini hendaklah diteruskan.Sepertimana yang telah kita lakukan sambutan hari
lahir, penghargaan kepada murid(hasaniah) , sambut murid datang sekolah, guru
bertugas tunggu di hadapan sekolah,memuji murid dan sebagainya.
Tindakan:Unit Bina Insan

C) Murid Ponteng
1 Murid yang tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut tanpa sebab dan
pemberitahuan,guru kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM.
2 Sila ambil tindakan segera mengenai masalah ponteng kerana ia menjejaskan peratus
kehadiran murid ke sekolah.
Tindakan : Guru Penolong Kanan HEM dan semua guru.
AGENDA 3
HAL-HAL LAIN
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

Program-program yang akan dijalankan akan mendapat kerjasama Jawatankuasa PIBG.
Pihak sekolah boleh memohon sumbangan daripada PIBG untuk menjalankan sesuatu
program.
Guru bertugas mingguan hendaklah mengawasi keadaan di kantin ketika waktu rehat.
Fail unit HEM hendaklah dilengkapkan dari masa ke semasa oleh setiausaha unit masingmasing.
Murid yang pindah masuk GPK HEM akan tolong rekodkan.
Guru kelas tahun 1 hendaklah merekod dalam buku besar pendaftaran.

Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih Kafarah dan surah al-Asr dan ditangguhkan pada jam
5.00 petang.
Disediakan oleh:

Disahkan oleh :

( NORLINA BINTI MOHD ALI)
Setiausaha,
Unit Hal Ehwal Murid,
SK CONVENT

( MOHD PAZLI BIN GHAZALI
Guru Penolong Kanan ,
Hal Ehwal Murid,
SK CONVENT

)

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT
39000 TANAH RATA, CAMERON
HIGHLANDS
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Ruj. Kami:
Tarikh
: 10 APRIL 2016
No. Tel : 054911045
No. Fax : 05Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Convent,
Tanah Rata, Cameron highlands.
Tuan,
MESYUARAT AJK HAL EHWAL MURID KALI KEDUA 2016.
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara seperti di atas.
2.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, mesyuarat tersebut akan diaadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 17 Julai 2014 (KHAMIS)
Masa : 12.00 tghr.
Tempat: BILIK JUBLI EMAS
Agenda :
2.1Ucapan Aluan Pengerusi
2.2Ucapan Tuan Guru Besar
2.3Pembentangan Minit Mesyuarat
2.4Pengesahan Minit Mesyuarat
2.5Perkara Berbangkit
2.6 Laporan Aktiviti
2.7Hal-Hal Lain

3.

Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

4. Kerjasama, tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

(SABIZAH BINTI BIDIN )
Setiausaha,
Hal Ehwal Murid,
Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera,
01000 Kangar,Perlis.
s.k :Guru Besar /Fail

MINIT MESYUARAT
UNIT HAL EHWAL MURID KALI KEDUA 2014
SEK . REN. KEB. SERI INDERA , KANGAR, PERLIS.
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 17 JULAI 2014 (KHAMIS)
: 12.00 TENGAHARI
: BILIK JUBLI EMAS,SRKSI.

SEMUA HADIR KECUAL:
1)Pn. Sarimah(bersebab)
2)En. Nursaiful(bersebab)
3)Pn. Sh. Noraziah(bersebab)
AGENDA 1
UCAPAN ALUAN PENGERUSI (PN. AMINAH JUSOH)
1.0 Pengerusi memulakan dengan lafaz bismillah dan bacaan doa.
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua Unit HEM dapat meluangkan
masa
pada hari ini.
1.2Pengerusi meminta setiap ketua unit membentangkan laporan unit masing-masing pada
mesyuarat hari ini.
Tindakan:Ketua-ketua Unit HEM
AGENDA 2
UCAPAN TN. GURU BESAR ( PN. NOORIZAH SHUID )
2.0Tn. Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran ketua-ketua unit HEM.
2.1Tn. Guru Besar mengucapkan syabas kepada unit HEM kerana dapat mengadakan mesyuarat
pada hari ini.
AGENDA 3

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
3.0 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat.
3.1 Ustaz Roswira mencadangkan agar minit ini diterima dan disahkan,
3.2 Disokong oleh cikgu Ahmad Shapri.

3.3 Minit mesyuarat hendaklah disiapkan dalam beberapa hari dan diserahkan kepada cikgu
Nursaiful untuk dimasukkan ke dalam web sekolah. Semua mesyuarat yang dijalankan di
sekolah mulai pada hari ini hendaklah diserahkan kepada cikgu Nursaiful.
Tindakan : Setiausaha Unit HEM .
AGENDA 4
PERKARA BERBANGKIT
4.0) (1.12) Budaya makan di kantin telah ada perubahan. Laluan khas telah diwujudkan untuk
membeli makanan di kantin .
4.1) Budaya buku di tangan, program sanggar bahasa dan klik bestari telah berjalan dengan
lancar.
4.2)AJK mencadangkan agar penyelaras budaya menyediakan borang kosong untuk melaporkan
budaya masing-masing supaya lebih tersusun dan sempurna.
4.3)( 1.17) Anjung Adriana masih belum diperkenankan oleh Tuanku. Mungkin perlu dibuat
surat susulan untuk diperkenankan. DYMM Tuanku Raja Muda telah memperkenankan untuk
hadir pada Majlis Anugerah Penyampaian Hadiah pada tahun 2014.Penyelaras Anjung Adriana
telah diganti oleh Ybhg. Datin Noriah dan Cikgu Maznah Harun.Pihak sekolah menyewakan
kepada pihak luar dengan bayaran RM 150.00 untuk sekali penggunaan.Di mana ia boleh
memuatkan seramai 40 orang sahaja.
4.4)( 1.7) Sasaran kehadiran pelajar 97% telah tercapai dengan wujudnya program “Saya Sayang
Sekolah” .Pelajar yang kehadirannya penuh pada penggal pertama telah mendapat hadiah .Begitu
juga dengan program Klik Bestari, pelajar-pelajar tertentu telah pun mendapat hadiah.
4.5)Pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah mestilah bersebab dengan menghantar surat
pemberitahuan kepada pihak sekolah.Pelajar yang tidak hadir ke sekolah 3 hari tanpa sebab akan
diberi amaran yang pertama, selang 2 hari amaran kedua,selang 2 hari amaran ketiga dan lebih
10 hari akan dikeluarkan surat oleh pihak sekolah.
4.6)Sekiranya pelajar hendak bercuti panjang hendaklah menghantar surat ke sekolah.Pelajar
yang tidak hadir kerana mewakili sekolah ke aktiviti luar hendaklah disertakan surat aktiviti.

4.7)Di dalam buku rekod kedatangan mestilah ditandakan “kosong” dan tulis huruf “s”
bermaksud bersebab.Tanda buku kehadiran mestilah sama dengan tanda e-kehadiran.Sekiranya
tidak tahu sebab tanda bulat kosong sahaja.
4.8)Terdapat 10 sebab yang dinyatakan dalam online e-kehadiran. E-kehadiran boleh dicetak
untuk mengetahui % kehadiran satu sekolah.En. Ishak mestilah tanda sakit pada borang ekehadiran.

4.9)Guru masa pertama hendaklah mengisi borang e-kehadiran dan menulis nama
guru.Cadangan agar dikeluarkan surat kepada waris untuk menyatakan ,ibu bapa mesti memberi
surat kepada guru untuk pemberitahuan ketidakhadiran anak ke sekolah.
4.10)Murid yang datang ke sekolah pada masa kedua pembelajaran dikira lewat.
4.11)Kad keluar kelas telah diserahkan kepada guru-guru kelas dan digunakan sepenuhnya.Cikgu
Noorhidayah memberi pandangan murid perempuan hendaklah keluar berdua untuk faktor
keselamatan. Tuan guru besar menyatakan akan wujud satu lagi kad yang mempunyai nama
guru untuk kegunaan murid.
Tindakan : GPK HEM, Guru pengawas, guru disiplin dan guru kelas
AGENDA 5
LAPORAN AKTIVITI UNIT HEM
5.0)Pn. Noorhidayah melaporkan, unit pengawas dan disiplin telah mengadakan majlis
pelantikan pengawas, taklimat tugas-tugas pengawas, spot check, kursus asas pengawas secara
dalaman, taklimat disiplin tahap 1 & 2 , pemantauan laluan masuk kenderaan guru dan ibu bapa.
Masih terdapat ibu bapa yang masih tidak mematuhi laluan yang ditetapkan.
- Tuan Guru Besar mencadangkan guru pengawas ,guru bertugas dan pengawas memantau laluan
guru dengan meletak “kun” di tengah laluan masuk guru. Pemantauan ini mestilah dijalankan
sekitar jam 7.15 pagi waktu kemuncak. Pengawas mencatat nombor pendaftaran kereta yang
masih melanggar peraturan laluan.
-Pengawas mencatat nama – nama pelajar yang lewat dan mesti diambil tindakan yang
positif.Sediakan sebuah sahaja buku kesalahan datang lewat.
-Kursus luar untuk pengawas ditunda ke bulan September 2014.
5.1)Pn. Zurianie ,guru bimbingan kaunseling melaporkan program yang telah dijalankan ialah
mentor mentee, taklimat keselamatan diri tahap 1& 2, kursus kepimpinan Fasa 1 dan ujian
aptitude untuk tahun 3, 2013.

-Kursus kepimpinan pengawas akan dijalankan di Pusat Ko Sg. Tiang pada 26 dan 27 September
nanti.
-Bengkel teknik menjawab tahun 5 akan dijalankan secepat mungkin.
-Guru Kaunseling bersama guru pemulihan telah membawa 3 orang murid LINUS ke Sekolah
Pendidikan Khas untuk mengenal pasti tahap kebolehan mereka.Mohd Haikal,Nor Huda dan M.
Aiman.

5.2)Pn. Azmira unit SBT melaporkan semua pelajar mendapat pinjaman buku teks kecuali warga
asing.
-Bekalan 2015 sudah di tempah dan buku dijangka akan sampai selepas raya.
-Pelupusan buku belum lagi dilakukan.Ia akan dilakukan sendiri oleh unit SBT.
5.3)Pn. Rosna melaporkan dalam PPDA tidak wujud kes yang berat.Pelancaran Anti Dadah telah
pun dijalankan. Guru yang berkenaan boleh bercakap mengenai PPDA pada perhimpunan hari
Khamis iaitu hari HEM.
-Pertandingan berkaitan anti dadah diadakan pada masa pelancaran anti dadah. Pertandingan
dijalankan peringkat kawasan secara terbuka.
5.4)Pn. Salina unit kesihatan melaporkan pemeriksaan gigi tahun 1 – 6 telah selesai dijalankan.
Pemeriksaan kesihatan tahun 6 telah dijalankan manakala tahun 1 belum.
-Insuran sekolah sudah dibayar.
-Minta diwujudkan fail peribadi untuk tahun 1 dan tahun 2.
-Pada masa ini bilik kesihatan tumpang bilik guru, bilik doktor muda dan kesihatan dicadangkan
akan disatukan.
-Mohon PK HEM member taklimat semula mengenai kad kesihatan murid. Guru hendaklah
proses rekod kesihatan mengikut aliran kelas setiap tahun.
5.5)Pn. Azizah melaporkan murid RMT seramai 21 orang. Murid tidak mahu makan.berbagai
cara telah dilakukan masih tidak berkesan. Meletak makanan dalam pinggan, bungkus makanan
pun mereka tidak datang makan. Pada hari jumaat menu ayam goreng tepung pun murid tidak
makan.Boleh dikatakan murid RMT suka ponteng.
-Harga di kantin tidak berbaloi.

-Sekiranya APDM mengatakan murid tidak layak RMT maka RMT tak akan wujud di sekolah
tersebut.
5.6)En. Ahmad Shakri melaporkan tiada masalah denggi di SRKSI . SRKSI adalah sekolah yang
bagus kerana longkang tidak ada air.
-Berbagai pesanan telah disampaikan iaitu pam dalam tandas jangan dibiar terbuka,nanti nyamuk
akan membiak. Walaupun rosak hendaklah ditutup. Sekolah mestilah sentiasa ada ubat jentikjentik.
-Pekerja swasta hendaklah menjaga semua kawasan sekolah hingga ke court tenis belakang JPN
cawangan.
5.7)Ustaz Roswira melaporkan bahagian unit sekolah selamat. Program kawad kebakaran masih
tertunda. Dicadangkan untuk diadakan pada hari kantin.
-Mesti mewujudkan jawatankuasa induk yang terdiri daripada polis,bomba,jpam,jkk dan
sebagainya. Mengadakan program-program lain bersama unit-unit lain termasuk fizikal sekolah.
Kawasan yang bahaya hendaklah di tanda dengan pita tali merah seperti kawasan longgokan
konkrit.
-Sekolah masih belum selamat kerana beberapa kawasan sekolah tidak ada pagar.
5.8)En. Norhisyam melaporkan keadaan kantin memuaskan. Memetik kata-kata En. Ayob
,berilah priority kepada murid. Jangan meletak harga yang tinggi. Telah wujud system budaya
makan di kantin yang sedia diketahui oleh semua murid.Ruang-ruang khas telah ditetapkan .3
baris meja untuk tahun 123 dan tahun 456.
-Guru-guru haruslah member kerjasama menegur murid ketika di kantin
-Sticker arahan penggunaan laluan membeli di kantin telah diadakan.Pengawas hendaklah
mengawal laluan tersebut.
-Minta ditambah tong sampah dan besen meletak pinggan kotor. Sekiranya ada bahan dari board
jatuh minta sesiapa yang nampak untuk mengambil dan melekat semula. Papan kenyataan
belakang kantin mesti diceriakan. Junkfood yang tidak berfaedah tidak dibenarkan dijual di
kantin.Longkang yang tersumbat..merupakasn masalah semasa yang tidak terlerai.
5.9)Pn. Salwa melaporkan pertandingan keceriaan kelas telah dijalankan.Hadiah telah diberikan
kepada pemenang iaitu wang tunai setiap bulan.Fasa 1 telah selesai.Fasa 2 akan diteruskan.
-Pn. Salwa mencadangkan pada hujung tahun kelas paling banyak memenangi hadiah keceriaan
akan diberikan hadiah khas dalam Hari Anugerah Cemerlang.
5.10)Ustazah Sabizah melaporkan unit kebajikan telah menjalankan program bantuan dari masa
ke semasa, bantuan anak yatim,bantuan pelajar miskin,bantuan kemanusiaan.

-Terdapat pelajar yang menerima bantuan Yayasan Tuanku Syed Putra dan Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin.
Tindakan: AJK Induk HEM, GPK HEM.

AGENDA 6
HAL-HAL LAIN
6.1) PK HEM menyatakan ujian pemilihan tahun 1,2015 akan dijalankan pada 9 ogos
2014.Seramai 160 orang calon yang akan datang menduduki ijian kemasukan tahun 1.pelajar
yang akan dipilih hanya seramai 120 orang sahaja.
6.2)Pendaftaran Pra sekolah telah dibuka. Keutamaan diberi kepada murid yang lahir tahun
2009. Tarikh tutup ialah pada 31 julai 2014.Kriterianya orang susah.Sekiranya tidak cukup boleh
dibuka kepada umur 5 tahun.
6.3)Pengubal soalan ujian kemasukan tahun 1 ialah guru PRA,guru pemulihan dan guru tahun 1.
Penekana diberikan kepada murid yang boleh membaca.Ujian bertulis 60%.Bahasa Melayu
20%.Matematik 20% dan Bahasa Inggeris 20%.Tarikh pengumpulan soalan pada 24 Julai.
6.4)Pihak sekolah telah mengeluarkan surat panggilan untuk menduduki ujian kelayakan
tersebut.
6.5)Tuan Guru Besar mencadangkan pada masa akan datang,walaupun mesyuarat induk mesti
jemput semua guru datang.Ini akan membuahkan hasil yang lebih baik.
6.6)Tuan Guru Besar mohon agar perkara mesyuarat pada hari ini diwar-warkan kepada semua
guru.
Tindakan : GPK HEM , AJK Tahun 1 dan AJK HEM.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih Kafarah dan surah al-Asr dan ditangguhkan pada jam
2.50 petang.
Disediakan oleh:
(

SABIZAH BIDIN

Disahkan oleh :
)

( AMINAH JUSOH

)

Setiausaha,
Unit Hal Ehwal Murid,
Sek. Ren. Keb. Seri Indera.

Guru Penolong Kanan ,
Hal Ehwal Murid,
Sek. Ren. Keb. Seri Indera.

CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA PENGAWAS & DISIPLIN
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA
2014

PENGERUSI
EN. GHAZALI BIN KASSIM
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
PN. AMINAH BINTI JUSOH
( GPK HEM)

PENYELARAS
PN. NOORHIDAYAH BINTI ABDULLAH
SETIAUSAHA
CIK SABIZAH BINTI BIDIN
AJK:
EN. NOR SAIFUL BIN ABD. RONI

EN. MOHD NASIR BIN DESA
EN. NORHISHAM BIN JAAFAR
PN. SALIMAH BINTI DAUD
PN. ZURIANIE BINTI KASSIM

TERIMA KASIH
DARIPADA:
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN
SERI INDERA,
KANGAR, PERLIS.
MALAYSIA
“SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI”

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN
SERI INDERA,01000 KANGAR,
PERLIS.
No. Tel :
9760169
No. Fax :

“ CINTAILAH BAHASA KITA “

0404-

Ruj. Kami:SRKSI 500-8/4/( )
Tarikh
: 14 MEI 2015

Tn. Guru Besar,
Guru Penolong Kanan
Semua guru,
Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera,
Kangar, Perlis.
Tuan,
MESYUARAT AJK HAL EHWAL MURID KALI KEDUA 2015.
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara seperti di atas.
2.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, mesyuarat tersebut akan diaadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 15 MEI 2015 ( JUMAAT )
Masa : 3.00 PETANG
Tempat: BILIK JUBLI EMAS
Agenda :
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5

3.

Ucapan Pengerusi (Guru Besar)
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Perkara Berbangkit
Laporan Aktiviti
Hal-Hal Lain

Sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

4. Kerjasama, tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(SABIZAH BINTI BIDIN )
Setiausaha,
Hal Ehwal Murid,

Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera,
01000 Kangar,Perlis.
s.k :Guru Besar /Fail

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN
SERI INDERA,01000 KANGAR,
PERLIS.
No. Tel :
9760169
No. Fax :

0404-

MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI 1,
SESI PERSEKOLAHAN 2015
TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
PENGERUSI

: 24 DISEMBER 2014
: RABU
: 9.00 PAGI
: BILIK MESYUARAT JUBLI EMAS ,
SRKSI
: GURU BESAR

AGENDA

:

1)
2)
3)
4)
5)

Ucapan Pengerusi (Guru Besar)
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Perkara berbangkit.
Ucapan Penolong Kanan HEM dan agihan tugas HEM 2015.
Hal-hal lain.
………….Selamat Maju Jaya…………..

MINIT MESYUARAT
UNIT HAL EHWAL MURID KALI PERTAMA 2015
SEK . REN. KEB. SERI INDERA , KANGAR, PERLIS.
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 24 DISEMBER 2014
: 9.00 PAGI
: BILIK JUBLI EMAS,SRKSI.

SEMUA HADIR KECUAL:
1.Pn. Hairulniza(bersebab)
2.Pn. Nurul Hafizah(bersebab)
3.Pn. Nurul Shahfreeni(bersebab)
4.Pn. Sarimah(bersebab)
5.Pn. Mazzura(bersebab)
6.En. Norhisham (bersebab)
7.En. Wan Aminuddin(bersebab)
AGENDA 1
UCAPAN ALUAN PENGERUSI (TN.GURU BESAR)
1.0 Pengerusi memulakan dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.
1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru pada hari ini.
1.2 Semua guru diminta berjaga-jaga memandangkan cuaca kurang elok pada masa kini .
1.3Guru Besar memberi peringatan tindakan yang perlu dilakukan oleh guru-guru sekiranya
berlaku banjir. Pergi daftar di sekolah yang berhampiran dengan rumah.
1.3 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran warga baru ke SRKSI iaitu Ustazah Syuriahni Omar
dan Ustaz Mohd. Rizal Bakar..
1.4 Jamuan makan hari ini ditaja oleh Pn. Azura Omar dan En. Phong Fu Lie.
1.5 Perjalanan unit HEM sepanjang 2014 tenang,tidak laju. Diharap jawatankuasa yang baru
boleh buat perubahan untuk 2015.
1.6 Sekiranya guru-guru mendapat matapelajaran yang banyak perlu dipertimbangkan.Setiap
guru dapat tugas ikut pemberatan mengikut kemahiran.GPK KO mengetahui kemahiran
guru-guru.
1.7 Sessi 2015 insyaallah sebahagian perkara dalam unit HEM akan di upgradekan.
Tindakan:GPK HEM,S/usaha HEM dan semua guru yang terlibat

AGENDA 2
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.0 Setiausaha HEM membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
Cikgu Salim mencadangkan agar minit mesyuarat diterima.
Disokong dan disahkan oleh Pn. Azlina.
Tindakan : Ahli mesyuarat.
AGENDA 3
PERKARA BERBANGKIT
3.0
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7

3.8
3.9

3.10

3.11
3.12

Perkara (4.1)Strimer 5 budaya, Guru Besar sudah menempah semula dalam bentuk yang
baru sebab yang lama telah rosak.
Perkara (4.3)JPN menggunakan Anjung Adriana tidak perlu bayaran sekiranya ada surat
rasmi dari ketua sektor.
Kad kebenaran keluar kelas yang rosak mohon yang baru dari Pn. Aminah.
Tanda kehadiran pelajar yang tidak hadir 0 dan tanda L dalam bulatan jika lewat.
e-kehadiran, boring akan diletakkan di Dewan Merdeka.Guru kelas mesti key-in paling
lewat jam 9.00 pagi.
Guru tanda kehadiran dalam buku rekod jam 7.40 pagi selepas habis aktiviti.
Murid yang datang selepas masa pertama dikira LEWAT.
Perkara(4.5)Pelajar bermasalah yang tidak hadir 7-8 hari.Tidak hadir 3 hari berturut-turut
tanpa sebab, guru kelas hendaklah mengambil surat daripada GPK HEM yang
ditandatangani Guru Besar dan diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan.
Pn. Mazlinda juga menyatakan terdapat PRA sekolah yang tidak hadir berterusan pada
2014 yang lalu.PRA sekolah tidak perlu prosedur berikut.
Respon GPK HEM mengenai tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut:
3.9.1 surat amaran pertama diberikan
3.9.2 10 hari tidak hadir berkala, surat amaran kedua.
3.9.3 30 hari tidak hadir ,surat amaran ketiga.
Contoh kelas yang kehadiran bulanannya tidak melepasi peratus kehadiran yang
sepatutnya:
3.10.1 4J-71% kehadiran bulan November
3.10.2 3J-85.19%
3.10.3 5J-84.80%
Urusan bermula dari guru kelas hingga ke GPK HEM.
Pola ketidakhadiran murid mesti ada .Contohnya,wujud hari-hari tertentu seorang murid itu
tidak hadir ke sekolah pastinya bersebab.

3.13 Perkara (5.6) Tambah ayat “air tidak bertakung”.
3.14 Perkara (5.5) makanan guru harga tidak berbaloi.Orang lain kira, harga yang berbeza untuk
pinggan yang berlainan. Masih lagi gagal menangani masalah murid RMT.Insyaallah tahun
2015, borang permohonan dah proses dan akan dipilih sebaiknya. Proses RMT ,pilih yang
layak. Kalau lepas beberapa bulan ibu bapa mohon boleh dipertimbangkan.
3.15 Perkara (4.6) Pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana mewakili sekolah aktiviti luar
mesti ada surat kepada guru kelas.Guru yang bertanggungjawab dengan aktiviti tersebut
mesti memberitahu kepada guru kelas pelajar-pelajar yang terlibat.Pn. Hidayah
mencadangkan buat “memo dalaman” dan tampal dalam kelas dan jangan mengadakan
sebarang latihan waktu perhimpunan rasmi sekolah.
3.16 Sekiranya ada apa-apa latihan pada waktu pembelajaran maklumkan pada guru kelas @
mata pelajaran.
3.17 Mohon elakkan jadual PJ waktu pertama 6 cerdas pada hari isnin.Tindakan GPK
Pentadbiran.
Tindakan : Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan semua guru.
AGENDA 4
UCAPAN PENOLONG KANAN HEM DAN AGIHAN TUGAS HEM 2015
4.0 Pn. Aminah mengucapkan salam dan berterima kasih kepada Tn. Guru Besar selaku
pengerusi mesyuarat.
4.1 Pn. Aminah membentangkan dapatan daripada unit HEM 2014.
4.1.1 Disiplin murid kurang memuaskan.Murid datang lewat,ponteng kelas,bising,tidak
berbaris ke bilik khas,tidak beratur ketika membeli makanan dan minuman dan pinggan
gelas tidak diletakkan di tempat yang dikhaskan serta bertaburan.
4.1.2 Buku jadual kedatangan murid tidak dihantar pada masa yang ditetapkan.Ada juga
yang tidak ditanda selama seminggu atau 3hari berturut-turut atau sebulan.
4.1.3 Buku rekod kedatangan mesti berada di pejabat selewatnya jam 9.00 pagi.
4.1.4 Guru kelas mestilah mengeluarkan surat kepada ibu bapa bagi murid yang tidak hadir
ke sekolah 3 hari berturut-turut tanpa sebab.
4.1.5 Guru kelas tidak dibenarkan membawa balik buku rekod kedatangan kelas ke rumah.
4.1.6 Maklumat e-kehadiran dengan buku kedatangan tidak sama.
4.1.7 Mulai 2015 e-kehadiran mesti online dalam SPS setiap hari oleh guru kelas.
4.1.8 Maklumat murid dalam APDM tidak dikemaskini,oleh itu data tidak tepat.Contohnya
kes ibubapa berpisah.Penjaga utama ialah sesiapa yang memelihara murid tersebut.Kalau
bapa tiri penjaga utama letak nama bapa tiri.
4.1.9 Sekiranya tidak ada bapa tiri,penjaga utama ialah ibu.
4.1.10 Setiap guru dibekalkan buku kawalan murid untuk kawalan disiplin.
4.1.11 Maklumat murid ,sila ikut yang terdapat dalam surat beranak.

4.2 Pn. Aminah memberitahu AJK induk HEM
(Rujuk Lampiran)
4.2.1 SPS ialah Sistem pengurusan Sekolah
4.2.2 Pn. Nor Huda membuat pembetulan ejaan namanya yang sebenar.
4.2.3 Ketua guru disiplin pengawas yang baru ialah En. Osman Ismail.
4.3 En. Nursaiful memberi penjelasan SPS.Guru-guru dikehendaki mengisi kehadiran murid
secara online.Cg.Saiful dan Cg. Ahmad Shakri sedang memikirkan cara yang
menyenangkan . Guru-guru akan dibekalkan dengan password masing-masing. .
4.4 Ustaz Farhey mencadangkan online di bilik akses.Internet tak ok. Printer tak cukup.
Mohon dipertimbangkan.
4.5 GPK HEM berharap guru-guru akan memberi kerjasama dan faham cara mengisi
e- kehadiran dengan betul.
Tindakan : Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan semua guru.
AGENDA 5
HAL-HAL LAIN
5.1 GPK HEM berharap guru-guru terima tugas-tugas yang telah diagihkan.
5.2 Guru-guru mesti memaklumkan sebarang perkara kepada Guru Besar.
5.3 Cg. Fadzilah meyatakan mengenai fail peribadi murid yang kosong,tiada matlumat
peperiksaan,maklumat peribadi tak cukup.Mohon kemaskini fail peribadi murid setiap
hujung tahun.Serahkan pada GPK HEM.
5.4 Cg. Azura Md. Noor menyatakan , fail murid tahun 1 (PBS) 2014,semua diserah balik
kepada murid. Pelajar tahun 2 (2015) mesti diwujudkan semula fail peribadi mereka.Guru
Besar akan keluarkan surat untuk membeli fail yang seragam.Begitu juga tahun 3 (2015).
5.5 Cg. Salina bertanya,perlu tak umum guru yang tidak hadir.Guru Besar menjawab tidak
perlu.
5.6 Guru Besar mengucapkan terima kasih diatas pandangan dan idea-idea yang memantapkan
lagi unit HEM 2015.Kerjasama amat diharapkan untuk memantapkan unit HEM 2015.
5.7 Terima kasih.Mohon maaf di atas kekurangan yang ada.
Tindakan : Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan semua guru.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih Kafarah dan surah al-Asr dan ditangguhkan pada
jam 11.22 pagi.
Disediakan oleh:
( SABIZAH BIDIN
Setiausaha,
Unit Hal Ehwal Murid,

Disahkan oleh :
)

( AMINAH JUSOH )
Guru Penolong Kanan ,
Hal Ehwal Murid,

Sek. Ren. Keb. Seri Indera.

Sek. Ren. Keb. Seri Indera.

MINIT MESYUARAT
UNIT HAL EHWAL MURID KALI KEDUA 2015
SEK . REN. KEB. SERI INDERA , KANGAR, PERLIS.
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 15 MEI 2015 (JUMAAT)
: 3.00 PETANG
: BILIK JUBLI EMAS,SRKSI.

SEMUA HADIR KECUAL:
1)Pn. Noorizah(bersebab)
2)En. Nursaiful(bersebab)
3)Pn. Norhidayah(bersebab)
4)Pn. Norsaleha(bersebab)
5)En. Norhisham(bersebab)
6)En. Mahazim(bersebab)
7)En. Wan Aminuddin(bersebab)
8)En. Mohd. Nasir(bersebab)
9)En. Phong Fu Lie(bersebab)
AGENDA 1
UCAPAN ALUAN PENGERUSI (PN. AMINAH JUSOH)
1.0 Pengerusi memulakan dengan bacaan Ummul Kitab.
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
1.2Mesyuarat dan dialog prestasi.
1.3Pengerusi meminta setiap ketua unit membentangkan laporan unit
HEM.
1.4Pengerusi menyebut semula program inovasi unit HEM iaitu kehadiran penuh, hassaniah.
1.5Capaian target ialah 99%.Guru diminta melihat masalah-masalah murid.apakah tindakan
kepada murid tersebut dan apakah tindakan susulan.
1.6Turut juga dibincangkan hal-hal akademik dan hal-hal berkaitan staf.
1.7 Memasukkan minit dalam website sekolah
Tindakan:Setiausaha dan ketua-ketua Unit HEM

AGENDA 2
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.0 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat.
2.1 En. Salim mencadangkan agar minit ini diterima dan disahkan,
2.2 Disokong oleh Ust. Mohd. Farhey dan Ustazah salehah.
Tindakan : Setiausaha Unit HEM .
AGENDA 3
PERKARA BERBANGKIT
3.0)Perkara (4.1.9) dijelaskan oleh PK HEM dan PK Pentadbiran.
3.1) Keberadaan murid di sekolah. Sekiranya murid ada di program lain ketika waktu
persekolahan hendaklah ditanda K dalam bulatan bermaksud tidak hadir dengan kebenaran.S
sakit.L lewat. C cuti dan P ponteng.Manakala di dalam e-kehadiran ,mewakili aktiviti sekolah
sila tanda bulat kosong.
3.2)Perkara(4.4) internet masih tidak berfungsi dengan sepenuhnya.Ustaz Farhey memaklumkan
sehingga 15 Mei, bilik akses tidak ada akses untuk internet yang rosak kerana banjir.Ustaz farhey
mencadangkan pihak sekolah membeli ‘net work card wireless 10 keping.anggaran harga dalam
Lo RM 90. Kualiti signal di bilik akses lemah sebab tak ada akses point..dicadangkan naik taraf
kemudahan wifi. Begitu juga di makmal sains. Difahamkan wifi dalam proses pemasangan di
setiap bangunan.
3.3)Makluman lagi,murid datang sekolah pukul 10 pagi tanda L dalam bulatan.
Tindakan : GPK HEM dan guru kelas
AGENDA 4
LAPORAN AKTIVITI UNIT HEM
4.0Unit Bimbingan & kaunseling.
4.0.1)Pn. Zurianie melaporkan setakat ini belum lagi menjalankan program di luar sekolah.
Program yang telah dijalankan ialah Kursus kepimpinan pengawas dan motivasi tahun 6.
4.0.2)Terdapat beberapa rancangan di bawah unit bimbingan kaunseling:
4.1.1 K-BAT tahun 5
4.1.2 Jatidiri untuk murid bermasalah,focus 10 orang.
4.1.3 Kem Tahun 5 ,jalinan bersama UiTM Arau.
4.1.4 Ceramah Keibu Bapaan Murid Tahun 5&6 ,Profesor Dr. Mizan,27 Mei (malam).

4.1.5 Kursus PRS murid tahun 4 dan 5.
4.1.6 Pendekatan murid bermasalah terutamanya kelas 5Jaya.
4.1)Unit Pengawas & Disiplin.
4.1.1) En. Osman melaporkan pengawas sekolah seramai 76 orang.Akan cuba buat kertas kerja
untuk melawat sekolah lain tujuan penanda arasan .Akan mohon PIBG join dengan kaunseling.
4.1.2)Pengawas tahun 3,4 dan 5 cemerlang menjalankan tugas mereka.pengawas tahun 6,kurang
komited dan pengawas lelakinya agak malas.
4.1.3)Slogan budaya sekolah dah ada ,cuma kurang dipraktikkan sepenuhnya. Guru –gur perlu
mempraktikkan melalui tulisan atau lukisan untuk mengembangkan pemikiran murid.setiap
perbuatan yang baik hendaklah dipaparkan di kawasan sekolah. Setiap sudut hidup dengan
budaya yang ada.
4.1.4)Pn. Azlina mencadangkan boleh masuk slot lawatan ke Planetarium di kuala Lumpur.
4.1.5)Pn. Aminah mencadangkan serah semula keoada yang berkenaan.Selalunya murid yang
suka buat masalah ialah murid yang pulang lambat.
4.1.6)Cg. Junaidah mencadangkan gezek tempat mereka berkumpul supaya tidak merayau
merata- rata.Khas yang balik lewat dan datang KAFA awal.Disokong oleh cg.Salimah,cg.
Azmira dan cg. Ahmad Shakri.
4.1.7)Cg. Salim membuat teguran pengawas tahun 6c dan 6 bestari yang tidak berdisiplin.
4.1.8)Keputusan dibuat .Pengawas yang melanggar disiplin akan digantung jawatan pengawas
setelah diberi amaran.
4.2) APDM
4.2.1)Pn. Hairulniza menyatakan guru-guru memasukkan data e-kehadiran dengan biasa.
4.2.2)Cg. Salim merupakan guru kedua kelas 6Jaya.
4.3)SPBT
4.3.1)Pn. Azmira menyatakan pertandingan tiada pencalonan daripada JPN.
4.4)RMT
4.4.1)Pn. Salwa menyatakan menu RMT tidak mengikut menu yang disediakan. Tidak ada sayur.
4.5)Susu Malaysia
4.5.1)Cikgu Anita menyatakan sehingga 5 Mei sudah serah untuk kali pertama. Tersdapat 9
orang sahaja dalam senarai RMT.
4.6)Kantin
4.6.1)Pn. Rosna menyatakan 3 sessi masa rehat belum lagi dijalankan.Buku laporan disediakan
dan diletak d kantin.semua guru boleh menulis aduan di dalam buku tersebut.Boleh tulis komen
tanpa nama.
4.6.2)Murid dan guru mesti angkat pinggan dan gelas masing-masing sesudah makan. Harga
makanan tidak sama antara individu.
4.6.3)Pn. Rosna mencadangkan waktu rehat ditambah dari 20 minit ke 30 minit.
4.6.4)Ustazah azizah mencadangkan anjung Adriana dibuka untuk kegunaan guru-guru.Rehat 3
kali merupakan masalah kantin dan minta kantin yang selesaikan.

4.6.5)GPK HEM memberi respon bahawa tempat di kantin tak cukup.Murid tidak boleh duduk
serentak.
4.6.6)Ustaz Farhey dan Pn. Zunaidah mencadangkan agar ruang kantin diperluaskan supaya
murid cukup tempat duduk.
4.6.7)Pn. Mahani memberi respon ketika melawat SK Setiawangsa..mereka meletak nama murid
di meja kantin.Murid makan tempat ada nama mereka.
4.6.8)Pn. Salwa setuju dengan cadangan 3 sessi waktu rehat.
4.6.9)Pn. Yasmani menyatakan penyusunan meja di kantin tidak sesuai.
4.7)Kesihatan & Denggi
4.7.1)Cg. Ahmad Syakri selaku penyelaras mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah
yang mengadakan aktiviti gotong-royong cegah denggi.
4.7.2)Gotong-royong meliputi kawasan tepi padang pagar Hotel Putra Palace,belakang JPN dan
longkang yang tersumbat.
4.7.3)Gotong-royong dilakukan selepas cuti sekolah.Tindakan yang diambil dengan meletakkan
ubat jentik-jentik.
4.7.4)Jabatan kesihatan telah bersetuju untuk member ceramah.
4.7.5)Bahagian depan sekolah yang mudah air bertakung telah ditebuk lubang.gotong-royong
mesti dilakukan 10minit selepas perhimpunan sekiranya sekolah bercuti selama 4 hari @ cuti
panjang.
4.8)Sekolah Selamat
4.8.1) Pn. Zurianie menyatakan surat permohonan firedrill telah dihantar ke Jabatan
bomba.Cadangan pada tarikh 22 mei 2015.
4.9)Bantuan @ Kebajikan Murid
4.9.1)Pn. Salimah memberitahu murid kelas 6jaya Nurain Syafiqah, ayah sakit,mak tak ada,jaga
ayah yang sakit tak boleh kerja.Masalah ini dalam pengetahuan Jabatan kebajikan Masyarakat.
4.9.2)Ustzah Sabizah menyatakan belum buat kutipan untuk murid rumah terbakar dan
kematian.Anak yatim untuk sessi 2016 adalah seramai 24 orang dan murid miskin seramai 26
orang.Tabung bencana telah berjaya mengumpul sebanyak RM440 untuk bantuan luar yang
dikendalikan oleh Pn. Maznah Jusoh.
4.9.3)Pn. Azlina akan cuba hightlight dengan parlimen dan yayasan POK sekali sahaja.
4.10)Keceriaan Kelas
4.10.1)ustazah Noorhaya dan Norhawa menyatakan keputusan keceriaan kelas dah ada.Cuma
hadiah belum ada dan belum bagi.Pertandingan ini akan dikira 2 bulan sekali.
4.11)Pendidikan Pencegahan Dadah
4.11.1)Ustazah Azizah menyatakan semua dalam keadaan terkawal,tidak ada yang terjebak.Blok
Rusa mempunyai laluan PPDA.
Tindakan: GPK HEM, Penyelaras Unit

AGENDA 5
HAL-HAL LAIN
5.1) GPK HEM,Pn. Aminah menyatakan perkara yang dibincangkan akan dilaporkan kepada Tn.
Guru Besar.
5.2)Tolong letak semula buku rekod kedatangan kelas sebelum pukul 9 pagi.
5.3)Sila kemaskini maklumat murid dalam APDM.
5.4)Pemeriksaan kesihatan murid tahun 6 dilewatkan ke tarikh 21 dan 22 Mei 2015.Guru kelas
tolong pastikan buku rekod kesihatan murid mencukupi.Tolong timbang berat dan ukur tinggi
murid.
5.5)GPK HEM telah mengeluarkan amaran sehingga bulan Mei kepada yang tidak hadir lebih
10 hari. Murid yang terlibat kelas 5J,6J dan 6T.Mereka tidak hadir berturut tanpa sebarang
maklumat.
5.6)Tema Hari Guru Peringkat Sekolah: Kesultanan Melayu Melaka.Guru-guru berpakaian
zaman kesultanan.
5.7)Murid yang datang lewat,Cg. Osman ambil tindakan.Cg. Osman mengesyorkan surat lewat
dari pejabat.
5.8)Guru masa pertama boleh kenal pasti murid lewat dan hantar ke pejabat.
5.9)Kelab guru ada buat jualan rantai kunci dan magnet untuk kutipan tabung.Sila dapatkan
daripada bendahari.
5.10)Cg. Salim memberitahu banyak daun reput atas bumbung parking kereta.minta buat
tindakan.Pelajar tahun 6bestari,Suraya Serina lama tidak hadir kerana sakit.Ibunya telah
memaklumkan kepada Guru Besar.
5.11)Majlis pelancaran program mengimarahkan surau sekolah pada 22 mei 2015.
5.12)Mohon perhatikan warga SRKSI kalau-kalau ada yang terlibat dengan Syi’ah.
5.13)Pertukaran hadiah guru dihimpunkan ke akhir tahun.
5.14)Cg. Nurul melaporkan rumput di padang sekolah tinggi.
5.15)Cg. Mazlinda melaporkan rumput di belakang kelas PRA panjang.Bahaya ular.
5.16)Lubang tempat burung berak tingkat 3.Minta pecah dialog prestasi mengikut bidang.
Tindakan : GPK HEM dan AJK HEM.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih Kafarah dan surah al-Asr dan ditangguhkan pada jam
5.33 petang.
Disediakan oleh:

Disahkan oleh :

( SABIZAH BIDIN
)
Setiausaha,
Unit Hal Ehwal Murid,
Sek. Ren. Keb. Seri Indera.

( AMINAH JUSOH )
Guru Penolong Kanan ,
Hal Ehwal Murid,
Sek. Ren. Keb. Seri Indera.