You are on page 1of 11

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI SATU, IPOH , PERAK


MINIT MESYUARAT BIL 1/2016.
SK MANJOI SATU

Tarikh
Masa
Tempat

: 10.04.2016 (Ahad)
: 9.30 pagi
: Makmal Komputer Bawah SK Manjoi Satu

Hadir:
1. En Yusof Bin Yeop Yunus
2. Kapt (PA) Hazril Hisham Bin Hussin
3. En. Izwan Helmi Bin Mohd Mokhtar
4. Pn. Saidatul Asyikin Bt Abdul Rahim
5. En. Mohd Norizwan B Ahmad Jalaluddin
6. En Baharuddin Bin Tahir
7. Pn. Nurashikin Bt Muzafar
8. Pn. Norazizah Bt Hashim
9. Pn. Rohaida Bt Ahmad Mahir
10.
Cik Rofidah Bt Abdul Wahab
11.
Pn. Rothiah Bt Abdul Karim

Penasihat
Yang Dipertua
Naib Dipertua
Setiausaha
Bendahari
AJK Ibu Bapa
AJK Ibu Bapa
AJK Ibu Bapa
AJK Ibu Bapa
AJK Guru
AJK Guru

Turut Hadir
1.
2.
3.
4.

Pn. Farasmini Bt Omar


En. Mohd Shariman B Idris
Pn. Siti Sapura Bt Abu Bakar
Pn. Nurmanja Bt Abdul Rahman

PK Pentadbiran
PK Hal Ehwal Murid
PK Kokurikulum
PK Petang

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Manjoi Satu Kapt (PA)


Hazril Hisham Bin Hussin
1.1

YDP mengalu-alukan kedatangan Ibu bapa dan AJK Guru ke


Mesyuarat perjumpaan kali pertama selepas Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-28 yang telah dilaksanakan pada 7 Mac 2016.
YDP memohon maaf kerana terpaksa melakukan perjumpaan
kali pertama pada hari Ahad kerana kekangan masa.

1.2

YDP juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan


guru-guru

kerana dapat menjalankan setiap program yang

dirancang dengan lancar sepanjang tempoh pelaksanaan dengan


Ahli Jawatankuasa yang lalu. Pada tahun ini, YDP, Kapt (PA)
Hazril Hisham Bin Hussin telah dilantik sebagai Yang Dipertua
PIBG yang baharu bagi menggantikan Pn. Marziah Bt Dahari.
1.3

YDP turut memberitahu keperluan yang telah dilaksanakan oleh


YDP sendiri iaitu menghantar empat kertas kerja; fokus utama
untuk meningkatkan taraf kemudahan dan kelengkapan sekolah.

1.4

Antara individu atau agensi yang telah menerima kertas kerja


tersebut ialah:
a. ADUN Manjoi
b. ADUN Parlimen
c. Ybhg. Dato Azizul Kama B Abdul Aziz.

1.5

YDP menyatakan bahawa kertas kerja tersebut berfokus kepada


pembaikan dan menaik taraf Pusat Sumber SK Manjoi Satu,
makmal komputer, tempat menunggu murid, mewujudkan
ALUMNI SKMS dan Program Target 6 A UPSR. .
2

1.6

Seterusnya, Kapt (PA) Hazril Hisham Bin Hussin memberi


penerangan agenda yang akan dibincangkan pada perjumpaan
kali pertama.
Tindakan: Makluman kepada AJK PIBG

2. Ucapan Aluan Guru Besar En Yusof bin Yeop Yunus


2.1

Guru Besar mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG sesi


2016/2017. Beliau berharap dengan pelantikan AJK PIBG yang
baharu akan lebih aktif dalam meningkatkan dan menaiktaraf
prasarana sekolah yang makin di makan usia.

2.2

Beliau juga turut menyerahkan tugas kepada PIBG untuk


pembangunan sarana sekolah bukan sahaja untuk mencantikkan
sekolah malah memberi keselesaan khususnya kepada murid SK
Manjoi Satu.

2.3

Guru

besar

juga

memberi

kepercayaan

kepada

pucuk

kepimpinan yang baharu terutama kepada AJK PIBG Ibu Bapa


agar bersama-sama membangunkan SK Manjoi Satu. Beliau
juga turut mencadangkan beberapa aktiviti untuk dilaksanakan
untuk menarik minat murid untuk datang ke sekolah walaupun
Negara sedang dilanda musim panas (El-Nino).
Tindakan: Makluman kepada AJK PIBG
2.4

Cadangan aktiviti yang dicadangkan oleh Tuan Guru Besar


adalah untuk mendapat tajaan penuh dari pihak luar supaya
sekolah boleh memperoleh dana untuk membaik pulih sarana
sekolah yang semakin usang.
3

2.5

Antara aktiviti yang dicadangkan oleh Guru Besar adalah:


a. Explorace / Treasure Hunt
b. Gerai Jualan
c. Hari Kokurikulum SK Manjoi Satu.
Tindakan: Program Jelajah Ilmu telah dilaksanakan

2.6

Guru Besar menyentuh mengenai peranan PIBG iaitu memberi


komitmen dan berganding bahu dalam menjayakan semua
bidang di sekolah iaitu akademik, sahsiah, kokurikulum,
keselamatan dan keceriaan sekolah. Ibu bapa juga turut
berperanan dalam pendidikan, kerana pendidikan perlu ada
bimbingan daripada ibu bapa.

2.7

Beliau juga menyatakan hasrat agar SK Manjoi Satu dapat


menjalinkan hubungan yang baik dengan sektor-sektor swasta.
Aktiviti PIBG juga turut dipecahkan kepada Kelab Sokongan
Ibu Bapa (KSIB).

2.8

Guru Besar berharap dengan adanya PIBG semua isu-isu yang


timbul dapat ditangani dan di atasi bersama dengan baik. Beliau
berharap agar semua guru, ibu bapa serta komuniti di sekeliling
dapat mengembleng tenaga dalam meningkatkan nama baik
sekolah dan sahsiah murid di sekolah ini agar lebih cemerlang.
Tindakan: Makluman kepada AJK PIBG

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-28/2016


3.1

YDP, Kapt (PA) Hazril Hisham Bin Hussin telah menegur


beberapa kesalahan ejaan dan salutation YBhg. Dato Azizul
Kama Bin Abdul Aziz.
Tindakan: Setiausaha PIBG

3.2

Beliau juga turut menyentuh hal berkaitan penyata kewangan


pada bendahari yang lalu dan menyatakan jumlah sebenar wang
masih berada di dalam akaun PIBG SK Manjoi Satu.

3.3

YDP turut mencadangkan duit sumbangan PIBG sebanyak RM


50 dikekalkan. Apabila Minit Mesyuarat Agung kali ke-28 telah
diluluskan dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), surat
untuk memberi duit sumbangan PIBG akan diedarkan kepada
semua murid.
Tindakan: Setiausaha PIBG

3.4

Beliau juga turut memberi cadangan bahawa Jawatankuasa Ibu


Bapa serta guru menjejak ibu bapa yang tidak membayar duit
sumbangan PIBG. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG boleh
melaksanakan Program Jejak PIBG untuk meluangkan masa
bersama-sama ibu bapa murid SK Manjoi Satu.
Tindakan: Makluman kepada AJK PIBG

4. Penyerahan Surat Lantikan AJK PIBG dan perlantikan


EXCO
4.1

YDP Kapt (PA) Hazril Hisham Bin Hussin bersama-sama Tuan


Guru Besar telah menyerahkan surat lantikan AJK PIBG yang
baharu kepada AJK PIBG Ibu Bapa dan AJK PIBG Guru bagi
sesi 2016/2017.

4.2

Selepas majlis penyerahan surat lantikan PIBG, YDP turut


melantik EXCO PIBG untuk memudahkan proses perjalanan
setiap aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.
a. EXCO Kewangan: Pn. Marziah, Pn. Raziah.
b. EXCO Kecemerlangan Akademik: Pn. Nurashikin, Pn.
Suhaili.
c. EXCO Sukan & Rekreasi: Pn. Norlia, Pn. Salabiah
d. EXCO Kebajikan & Disiplin: En. Baharuddin, Cik Rofidah
e. EXCO Keceriaan & Keselamatan: Pn. Azizah, En. Mohd
Nasri
f. EXCO Penerangan & Perhubungan: Pn. Rohaida, Pn.
Rothiah.
Tindakan: Telah dilantik. Setiap ketua EXCO adalah dari
kalangan ibu bapa

5. Laman Web SK Manjoi Satu


5.1

Naib Yang Dipertua PIBG menerangkan hal berkaitan laman


web SKMS. Untuk makluman AJK PIBG, laman web SKMS
adalah https://skmanjoisatu.wordpress.com/
Tindakan: Makluman kepada AJK PIBG

5.2

Menurut beliau, laman web ini bertujuan sebagai medium atau


platform utnuk memberi maklumat mudah kepada ibu bapa
murid dan juga sebagai sumber rujukan kepada murid dan guru.

5.3

NYDP turut mencadangakan buletin atau jaringan dengan


sekolah-sekolah lain untuk untuk menambah maklumat untuk
memudahkan akses kepada pihak luar.
Tindakan: Makluman kepada AJK PIBG

5.4

NYDP turut memberi cadangan untuk menukar nama web


www.skmanjoisatu.edu.my

RM80

setahun

atau

www.skmanjoisatu.com RM50.
Tindakan: NYDP dan Bemdahari PIBG. Domain laman web
rasmi SMKS: skmanjoisatu.edu.my, RM 80 sebulan
6. Laporan Kewangan
6.1

Penyata kewangan terkini telah dibentangkan oleh Bendahari


PIBG, En Mohd Norizwan Bin Ahmad Jalaluddin.

6.2

Bendahari telah bertukar, ini menyebabkan segala cek dan


penyata kewangan perlu diambil alih oleh bendahari baharu.
Tandatangan cek perlu ditukar di bank oleh bendahari dan Yang
Dipertua PIBG yang baru.
7

6.3

Bendahari juga turut menyatakan cadangan untuk mengeluarkan


resit rasmi PIBG SK Manjoi Satu. Hal ini akan memudakan
kepada bendahari untuk mengeluarkan resit pembayaran kepada
individu atau lain-lain hal.

6.4

Beliau juga turut mencadangkan untuk menyediakan satu cop


khas atau rasmi dari PIBG mengikut jawatan.

6.5

YDP juga turut menyentuh hal berkaitan surat perakuan


sumbangan dari ibu bapa mahupun NGO. Individu atau badan
luar yang menyumbang dana kepada PIBG SK Manjoi Satu
perlu diberi surat.

6.6

YDP juga turut memberi cadangan kepada Bendahari supaya


menyediakan penyata kewangan setiap bulan.
Tindakan: Bendahari dan AJK PIBG

7. Cadangan aktiviti sepanjang tahun 2016


7.1

YDP mencadangkan aktiviti akan dicadangkan oleh ahli EXCO


PIBG mengikut pecahan EXCO yang telah dipersetujui. Hal ini
akan memudahkan AJK PIBG yang lain untuk berhubung
dengan ketua EXCO sahaja.

7.2

Aktiviti yang telah dipersetujui bersama-sama akan di masukkan


di dalam takwim dan akan diuruskan bersama-sama pihak
sekolah dan AJK PIBG yang lain.

7.3

YDP, Kapt (PA) Hazril Hisham Bin Hussin turut menurunkan


kuasa kepada Ketua EXCO untuk menanda tangan segala surat

berkaitan aktiviti yang telah dipersetujui. Aktiviti dan surat yang


telah ditanda tangan dan dipersetujui akan dilaksanakan.
Tindakan: AJK PIBG, EXCO dan Pihak Pentadbir
8. Cadangan tarikh bertemu waris bersama YB Hj Mohamad
Ziad B Dato Mohamad Zainal Abidin
8.1

YDP telah mencadangkan tarikh untuk program bertemu waris


bersama-sama ibu bapa dan YB adalah pada 30 April 2016.
Program ini akan melibatkan ibu bapa murid tahun 4, 5 dan 6.
Manakala program bertemu waris akan dilaksanakan untuk
murid dan ibu bapa tahun 6 sahaja.
Tindakan: Program telah dilaksanakan pada 30 April 2016
bersama Program Jelajah Ilmu SKMS

8.2

Pn. Nurashikin Bt Muzafar juga turut mencadangkan untuk


melakukan Kad Skor A kepada murid tahun 6. Kad ini adalah
berbentuk graf dan dari kad tersebut, guru dan murid boleh
melihat prestasi mereka semakin meningkat atau menurun.
Tindakan: AJK PIBG dan Pihak Pentadbir

9. Hal-hal lain
9.1

YDP mencadangkan untuk mewujudkan kad punca kuasa


mengikut jawatankuasa masing-masing. Matlamat kad punca
kuasa ini adalah bertujuan untuk menambah dana dari individu
atau agensi luar.

9.2

Kad pengenalan diri untuk AJK PIBG berharga RM 17 untuk


120 keping kad. Jika AJK PIBG bersetuju mereka perlu
membayar duit kepada NYDP.

9.3

Selain itu, YDP juga turut mencadangkan baju Koprat untuk


AJK PIBG. Ini adalah untuk selaraskan pemakaian semua AJK
PIBG.

9.4

Pn. Rothiah turut menyatakan kejadian peras ugut murid sekolah


SK Manjoi Satu dimuat turun di laman sosial Facebook. Ayah
murid beliau menulis satu status di laman sosial tersebut tanpa
berbincang dengan pihak sekolah.
Tindakan: Ibu murid telah datang berbincang dengan pihak
sekolah

9.5

NYDP turut memberi teguran apabila ketiadaan kelas tasmik


tidak dimaklumkan kepada ibu bapa menyebabkan murid akan
berkeliaran di kawasan luar sekolah dan boleh membahayakan
keselamatan murid tersebut.
Tindakan: Guru dan Pihak Pentadbir

9.6

Dalam lantikan PIBG iaitu di bawah Kelab Sokongan Ibu Bapa


(KSIB), YDP mencadangkan untuk mencari individu atau calon
yang berjawatan.

9.7

YDP juga turut berbincang hal berkaitan kemudahan awam


PIBG (pondok PIBG) supaya segala aktiviti yang berkaitan
PIBG dilakukan di satu tempat sahaja.

10

9.8

Tuan Guru Besar mencadangkan dan memberi kebenaran untuk


membina bangunan baru atau meletakkan kontena di pondok
PIBG di dataran minda.

10. Ucapan Penangguhan


10.1 YDP berharap agar segala aktiviti yang dirancang akan berjalan
dengan lancar. Beliau berharap agar AJK PIBG bersama-sama
membantu untuk meningkatkan sarana sekolah khususnya
dalam pendidikan anak-anak di SK Manjoi Satu.
10.2 Beliau mengakhiri mesyuarat dengan lafaz salam.
10.3 Mesyuarat kali pertama di tangguhkan pada jam 1400.

Disediakan oleh,

Disemak oleh.

..

..............................................

(SAIDATUL ASYIKIN ABDUL RAHIM)

(KAPT (PA) HAZRIL HISHAM BIN HUSSIN)

Setiauasaha PIBG

Yang Dipertua PIBG,

Sesi 2016/2017

Sesi 2016/2017

SK Manjoi Satu, Ipoh

SK Manjoi Satu, Ipoh.

11