You are on page 1of 27

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR MENGGUNAKAN

TEKNIK WARNA
BAGI MURID TAHUN 2 DI SK SULTAN SULAIMAN 1

NIK HASNI NIK ZAIN


CADANGAN PENYELIDIKAN

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN..................................................................................................................4
1.1

Permasalahan kajian.................................................................................................5

1.1.1

Rasional Kajian..................................................................................................5

1.1.2

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian......................................................................6

1.1.3 Objektif kajian........................................................................................................7


1.2

Persoalan Penyelidikan.............................................................................................8

1.3

Signifikan Penyelidikan............................................................................................8

1.4

Limitasi Penyelidikan................................................................................................8

2.0 TINJAUAN LITERATUR...............................................................................................10


3.0 METODOLOGI...............................................................................................................12
3.1 Profil Responden..........................................................................................................12
3.2 Kaedah Penyelidikan...................................................................................................13
3.3 Perlaksanaan Kajian:..................................................................................................14
3.3.1 Kaedah Kajian.......................................................................................................16
3.4 Kaedah Pengumpulan Data........................................................................................17
3.4.1 Borang Pemerhatian.............................................................................................17
3.4.2 Borang Temu bual.................................................................................................17
3.4.3 Soalan-soalan Ujian..............................................................................................18
3.5 Prosedur Pengumpulan Data.....................................................................................18
3.5.1 Ujian Pra................................................................................................................18
3.5.2 Pemerhatian...........................................................................................................18
3.5.3 Temu bual / Soal Selidik dengan Pelajar.............................................................19
3.6 ANALISIS DATA.........................................................................................................19
3.6.1 Penganalisisan Data Secara Kuantitatif..............................................................19
4.0 KESIMPULAN.................................................................................................................21
5.0 RUJUKAN........................................................................................................................22
2

6.0 LAMPIRAN......................................................................................................................24

1.0 PENGENALAN

Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid


sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah
rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011). Kemahiran menulis adalah suatu budaya
intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis, keupayaan menulis
merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian kemahiran
membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam
Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu (Abdul Rasid Jamian). Menurut Abdul Rasid dan
Zulkifli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid
lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan
mereka menguasainya.
Kemahiran menulis amat penting dan perlu dikuasai oleh murid-murid. Penguasaan
yang baik dalam kemahiran menulis ini membolehkan murid-murid melahirkan idea dan
pendapat serta pandangan mereka melalui penulisan. Kemahiran menulis yang baik juga
dipengaruhi oleh pengurusan aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek
tatabahasa yang terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas.
Salah satu daripadanya ialah aspek tanda baca mempengaruhi markah bagi peperiksaan
mereka terutama pada bahagian penulisan karangan. Pengkaji telah mengenal pasti kesalahan
yang sering dilakukan oleh murid iaitu aspek penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat.
Oleh yang demikian, saya akan menjalankan satu penyelidikan dalam salah satu aspek
masalah yang sering dilakukan oleh murid-murid iaitu dalam aspek tatabahasa. Kesalahan
yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Muridmurid mengambil sikap sambil lewa terhadap kesalahan ini. Mereka tidak menggunakan
huruf besar pada tempat yang betul. Sebagai contohnya, penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat, awal kata nama khas dan sebagainya. Saya menghadapi masalah murid yang
tidak menggunakan huruf besar di tempat yang betul. Walaupun setiap kali pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas saya akan sentiasa mengingatkan murid tetapi masih tetap ada juga
4

kesilapan yang dibuat oleh murid. Murid tidak dapat membezakan kata nama am dan kata
nama khas. Pengkaji ingin meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan huruf besar
ini supaya kesalahan ini tidak akan berulang dan terbawa-bawa dalam penulisan ayat nanti.
Sehubungan dengan itu, pendidikan Bahasa Melayu masa kini tertumpu pada usaha
menguasai kemahiran, bukannya pengetahuan. Satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai
oleh pelajar ialah kemahiran menggunakan huruf besar. Kegagalan menguasai kemahiran ini
boleh mencacatkan mutu penulisan mereka, khususnya dalam peperiksaan yang mereka
hadapi.

1.1 Permasalahan kajian


Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai
kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Makmur.
Seramai 2 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada
penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang
dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan
penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan
kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah
yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan
ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut
juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.1.1

Rasional Kajian

Saya memilih untuk menjalankan kajian ini kerana kegagalan mengusai sesuatu

kemahiran dalam penyelidikan bahasa Melayu pada peringkat tahap satu akan memberi kesan
negatif pada peringkat tahap dua. Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1
membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula
dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era
perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau
peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar.
Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah Salin semula ayat-ayat
di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai. Di samping itu, kesalahan murid
5

dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana
markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya
untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat
tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan
markah amat ketara. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan
yang sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi
kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian
ini untuk mengatasi masalah tersebut.

1.1.2

Isu Keprihatinan / Fokus Kajian


Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid

Tahun 2 Makmur tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf
besar di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan
sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Makmur (2015),
maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan
berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan
besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu
Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap
Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca.
Contoh :
Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang
cantik.
Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca
dalam ayat.
Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda
baca yang betul.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran
penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.
6

Selain itu amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan
bahasa pertuturan yang gramatis. Untuk tujuan melaksanakan kajian tindakan ini pengkaji
telah memilih Model penyelidikan tindakan Kemmis dan Mc Taggart.
menggambarkan proses penyelidikan tindakan yang bersifat kitaran.

Model ini

Setiap kitaran

mengandungi lima langkah iaitu:

DIAGNOSIS

TINDAKAN
SPESIFIK

PERANCANGAN
TINDAKAN

MENILAI

MENGAMBIL
TINDAKAN

Rajah 1.1: Kitaran Penyelidikan Stephen Kemmis dan Mc Taggart

1.1.3 Objektif kajian


1.1.3.1 OBJEKTIF UMUM
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar

1.1.3.2 OBJEKTIF KHUSUS


Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk :
i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.

1.2

Persoalan Penyelidikan

Kajian yang dijalankan ini adalah bagi menjawab persoalan-persoalan berikut :


1.4. 1. Apakah kesan penggunaan pensel warna terhadap kekeliruan penggunaan huruf besar
dalam penulisan bagi murid tahun 2 Makmur?
1.4.2. Bagaimanakah penggunaan pensel warna menambah baik amalan saya dalam
mengatasi kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan?
1.4.3

Adakah kaedah yang digunakan dapat membangkitkan minat murid dalam menguasai

kemahiran menulis
1.4.4

Sejauhmanakah keberkesanan kaedah ini dapat diaplikasikan oleh semua guru untuk

mengatasi masalah yang sama?

1.3

Signifikan Penyelidikan
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di

sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem pengajaran
dan pembelajarannya di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk
:
1. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
2. Meningkatkan prestasi pencapaian murid.
3. Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar .
4. Membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.
Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan
pencapaian rendah di kalangan murid. Kajian ini juga boleh dijadikan strategik untuk
memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.
1.4

Limitasi Penyelidikan
Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid

Tahun 5 Makmur tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf
besar dan tanda bacaan di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman,
menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 4
8

Makmur (2015), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini
tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar dan tanda bacaan adalah
penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak di atasi, peratus
markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis
menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :
Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang
cantik.
Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca
dalam ayat.
Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda
baca yang betul.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran
penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang. Hasil sampel kajian daripada 2 orang
murid ini nanti akan digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data dan segala maklumat
yang diperlukan bagi tujuan menyelesaikan tugasan kajian ini. Keberhasilan Kajian Tindakan
ini nanti akan diguna pakai untuk semua guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah
berkenaan.

2.0 TINJAUAN LITERATUR


Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kamahiran menulis
ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping
tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Kamaruddin Hj. Husin (1988) menyatakan bahawa Tulisan ialah bahasa yang
bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Ketika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan
bahasa (ms 178). Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak
daripada sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak
permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam
penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.
Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid
Mahmood (2007), kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara
yang umum sifatnya. Kata nama am abstrak. Dari aspek penulisan kata nama am, huruf
pertama tidak semestinya huruf besar. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung makna
rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undangundang bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama Kata Nama
Khas ditulis dengan huruf besar. Kajian akan dilaksanakan adalah bertujuan membantu murid
yang menghadapi kekeliruan dalam penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Seperti yang
dinyatakan Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid
Mahmood (2007), murid-murid akan dapat membezakan penggunaan huruf besar dan kecil
sekiranya mereka didedahkan dengan contoh-contoh kategori hurf kecil dan besar.
Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan
ditengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. Hal
tersebut merupakan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang peserta kajian saya. Kaedah
penggunaan pensel warna dipilih bagi membantu masalah murid dalam menggunakan huruf
besar pada huruf pertama perkataan sesebuah ayat, menggunakan huruf kecil pada Kata
Nama Am dan huruf besar pada Kata Nama khas. Selain itu, penyelidikan yang telah dibuat
10

oleh Jerome Agong, Jamurah Galitang dan Sobina Boisi (2008)dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah gambar dan saya mendapati murid-murid diajar menulis ayat
menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul.
Campbell(1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi
menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil
daripada kajian beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam
pelajaran termasukkah dari segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu muridmurid untuk belajar. Campbell telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid.
Teori yang diperkenalkan Campbell dapat membantu guru dalam mengenalpasti pelbagai
teknik bagi membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ribot (2004) menyatakan pengalamannya menggunakan Kecerdasan Pelbagai dalam
mengajar bahasa Inggeris. Beliau melaporkan keputusan yang agak memuaskan. Bagi
kecerdasan imej visual, beliau telah memperkenalkan satu aktiviti kepada murid-murid beliau
iaitu My city in a box yang merupakan satu pembelajaran koperatif. Murid-murid diminta
untuk membina bangunan yang mereka pernah lawati dengan menggunakan kadbod, kotak
kecil dan kertas warna. Selesainya aktiviti tersebut, beliau menyatakan bahawa saya amat
teruja melihat murid-murid berjaya mencipta objek-objek tambahan seperti perabot, pintu dan
jendela. Ini telah memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan lebih banyak kosa
kata pada hari tersebut (m/s52). Guru-guru boleh mempertimbangkan idea yang dinyatakan
bagi diaplikasikan dalam bilik darjah. Munking murid memerlukan aktiviti yang melibatkan
pergerakan badan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan huruf besar dan huruf
kecil.
Carmelya (2010) telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurang
masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan yang mana
beliau menggunakan keluarga ayam sebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah
pernggunaan huruf besar pada huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat
dalam penyelidikan beliau. Penyelidikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang
bermakna kerana berjaya mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.

11

Berdasarkan tinjauan literature yang dikaji, masalah penggunaan huruf kecil dan
huruf besar memang dapat diatasi sekiranya guru melakukan kajian dalam memperbaharui
idea untuk membantu murid bermasalah.

3.0 METODOLOGI
Methodologi yang digunakan ialah :
a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
b) Soal selidik
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk
mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur
c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman
mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.
d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
g) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan
murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.

3.1 Profil Responden


Responden yang dipilih adalah terdiri daripada empat orang murid Tahun 2 Makmur yang
lemah penguasaan mereka dalam kemahiran menulis huruf kecil dan huruf besar. Kesemua
responden ini digunakan oleh pengkaji untuk mengumpulkan data yang diperlukan.

12

3.2 Kaedah Penyelidikan


Kajian tindakan berbeza daripada kajian konvensional kerana kajian tindakan dijalankan di
sekolah dan dilakukan oleh guru-guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan
pelbagai aspek dalam pendidikan seperti pedagogi. Ini adalah untuk memastikan proses
pengajaran & pembelajaran berjalan dengan lancar.
Sehubungan itu, banyak reka bentuk kajian yang boleh dipilih dalam melaksanakan proses
pengumpulan data. Bagi menjalankan tugasan kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih
model atau reka bentuk yang dipelopori oleh Kemmis & Mac Taggart 1988. Reka bentuk
Kemmis & Mac Taggart 1988 adalah seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah :-

Rajah 1: Model Mudah Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mac Taggart


Model Kemmis dan McTaggart (1988), mempunyai empat peringkat dalam melaksanakan
kajian tindakan. Huraian dan perbincangan adalah berdasarkan peringkat model yang telah
pengkaji aplikasikan dalam kajian. Peringkat-peringkat tersebut ialah merancang, mengambil
tindakan, menilai dan merefleks.

13

3.3 Perlaksanaan Kajian:


Sebelum melaksanakan tindakan, pengkaji mesti merancang membuat refleksi pengajaran
lepas. Masalah dikenalpasti dengan membuat pemerhatian awal terhadap sesi pengajaran
sendiri dan rakan guru lain. Pengkaji telah menggunakan instrumen senarai semak dalam
mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai kesukaran mengenal pasti kedudukan
huruf besar dalam ayat dan minat murid terhadap aktiviti menulis. Berdasarkan refleksi
tersebut, pengkaji merancang aktiviti-aktiviti untuk tujuan proses pengumpulan data.
Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut :
1 ) Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah
yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar
menggunakan methodologi yang dinyatakan.
2) Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan
murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya membuat analisis
seperti yang terkandung dalam jadual di bawah
BIL
1
2
3
4
5
6

MASALAH
Kurang Tumpuan
Sikap malas
Tidak memahami arahan
Kurang keyakinan diri
Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar
Tiada bimbingan di rumah

JUMLAH
30%
27%
24%
10%
80%
68%

3) Mengambil Tindakan
14

Pada peringkat ini, pengkaji telah merancang tindakan bagi membantu mencapai objektif
kajian. Pengkaji telah memilih menggunakan MS Power Point bagi meningkatkan kemahiran
bacaan dan rangsangan bagi menarik minat murid terhadap bacaan. Pengkaji telah
menjalankan ujian pra dengan menggunakan instrument ujian diagnostik bagi mengenalpasti
kesukaran murid ini dalam bacaan perkataan diftong. Ujian diagnostik ini dirujuk kepada
kepada Jordan Oral Screening Test (JOST) yang boleh digunakan sebagai panduan ujian
diagnostik untuk menilai tahap bacaan.
c) Menilai
Dalam melaksanakan tindakan, pengkaji telah merancang beberapa siri aktiviti lisan iaitu
bacaan kuat dengan menggunakan MS Power Point. Beberapa perkataan diftong dimuatkan
dalam slaid dengan ayat-ayat yang mudah. Perkataan 1 adalah slaid yang pengkaji warnakan
perkataan mengikut pecahan suku kata. Perkataan 2 pula adalah aktiviti bacaan peringkat
kedua. Perkataan 3 pula pengkaji menggunakan grafik bagi memudahkan bacaan.
Aktiviti bacaan ini dijalankan beberapa sesi iaitu sebelum rehat dan selepas rehat serta di
dalam kelas dan bilik linus. Tindakan sedemikian bagi merangsang minat murid dalam
aktiviti bacaan. Senarai semak digunakan semasa pengkaji membuat pemerhatian ke atas sesi
pengajaran yang berjalan. Dapatan dinilai dengan analisa perbandingan dalam ujian pra dan
ujian pos bagi melihat peningkatan yang berlaku. Pengkaji juga menembual mereka bagi
mengetahui minat mereka dalam aktiviti bacaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
d) Merefleks
Selepas beberapa siri aktiviti dijalankan, Pengkaji mula mengumpul data melalui pemerhatian
dan temubual serta ujian pos dalam menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan. Hasil
ujian pos telah menunjukkan kesukaran membaca dapat diatasi dan peningkatan murid dalam
aktiviti bacaan dan melihat pengaruh komputer boleh menarik minat mereka dalam
pembelajaran. Dapatan yang diperolehi digunakan untuk membuat rumusan dan
penambahbaikan.

15

3.3.1 Kaedah Kajian


Antara kaedah kajian yang digunakan dalam Kajian Tindakan ini adalah :
i. Kaedah Kepustakaan
Melalui kaedah Kepustakaan, segala maklumat dan bahan diperolehi daripada buku-buku,
tesis-tesis sarjana dan juga penulisan ilmiah yang lain.
ii. Kaedah Pemerhatian
Melalui kaedah pemerhatian pula, pengkaji sendiri telah membuat pemerhatian terhadap
murid sasaran semasa pengkaji mengajar di dalam kelas. Hasil daripada pemerhatian ini,
pengkaji akan mendapatkan maklumat dan membuat kesimpulan tentang punca masalah
yang dihadapi oleh murid tersebut.
iii. Kaedah Temu Bual
Kaedah temu bual dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul maklumat atau data yang
melibatkan interaksi sosial antara pengkaji dengan murid dan guru. Temu bual adalah
berkaitan pemahaman murid tentang penguasaan membaca dan pandangan guru tentang
murid yang dikaji .
iv. Kaedah Ujian
Kaedah ujian pula dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat berkaitan
murid sasaran. Ujian pra dijalankan untuk mengumpul data awal berkaitan pemahaman murid
sasaran terhadap penguasaan kemahiran membaca.
Manakala ujian pos pula dilaksanakan

untuk mengetahui atau mendapatkan maklumat

sejauh mana keberkesanan tindakan yang telah diambil. Perbandingan pencapaian ujian pra
dan ujian pos digunakan untuk menilai prestasi murid sasaran sama ada semakin meningkat
atau sebaliknya .
16

3.4 Kaedah Pengumpulan Data


Dalam sesebuah Kajian Tindakan, instrumen kajian akan digunakan bagi proses
pengumpulan data. Untuk itu dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen yang
bersesuaian dan bertepatan. Antara instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk
pengumpulkan data-data tersebut adalah seperti borang pemerhatian, borang temubual, satu
set soalan ujian pra dan satu set soalan ujian pos ( RUJUK LAMPIRAN ).

3.4.1 Borang Pemerhatian


Dalam kaedah pemerhatian, satu set borang catatan pemerhatian terhadap pemahaman empat
orang murid sasaran telah digunakan. Pemerhatian merupakan suatu maklumat yang
dilakukan dengan melihat atau mendengar sesuatu peristiwa , kemudian hasil keputusan
direkodkan di dalam bentuk yang sesuai mengikut kehendak kajian. Pengkaji membuat
pemerhatian tidak berstruktur sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pemerhatian dibuat adalah untuk melihat tingkah laku dan tindak balas murid terhadap
pembelajaran.

3.4.2 Borang Temu bual


Penilaian kaedah temu bual ini digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data. Segala
data dan maklumat diperolehi secara interaksi terus antara pengkaji dan murid sasaran serta
malumat daripada guru-guru lain yang mengajar murid sasaran tersebut. Temu bual ialah
proses yang dilakukan untuk mendapat matlamat melalui berhubung secara lisan dengan
mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemu bual. Kaedah ini mudah
untuk pengkaji mendapat data yang diperlukan dan juga maklumat yang diberikan jelas.
Pengkaji juga telah membuat temu bual tidak berstruktur bersama guru Bahasa Melayu yang
pernah mengajar mereka pada tahun lalu. Bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai tahap kecerdasan dan mengenal pasti kelompok murid-murid yang lemah di dalam
kelas tersebut. Murid yang terlibat adalah dari kelas yang berbeza pada tahun lepas. Mereka
disusun mengikut markah pencapaian akhir tahun.

17

Manakala temu bual yang dilakukan terhadap murid bertujuan untuk maklum balas daripada
murid berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap mereka. Seramai
4orang murid dari kelas 2 Jaya telah dipilih untuk ditemubual berdasarkan tingkah laku dan
tindak balas yang dilakukan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

3.4.3 Soalan-soalan Ujian


Dua set soalan ujian disediakan. Set ujian pertama mengandungi ujian pra yang bertujuan
untuk mendapatkan gambaran tentang tahap pengetahuan murid terhadap aspek pembacaan.
Set ujian kedua pula adalah set soalan ujian pos yang digunakan untuk melihat pencapaian
murid terhadap masalah yang dikaji setelah diberi rawatan dan pengajaran.

3.5 Prosedur Pengumpulan Data


3.5.1 Ujian Pra
Sebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, pengkaji menjalankan ujian pra.
Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap responden. Ujian ini diagihkan
kepada semua responden untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka yang terlibat. Muridmurid dikehendaki untuk mengisi borang. Responden juga diuji kecekapan mereka menulis
ayat mudah dengan menggunakan perkataan yang berkaitan.
Pemerolehan data untuk ujian pra dilakukan secara ekstensif melalui pemerhatian terus
berdasarkan ujian yang diberikan dan temu bual bersama murid-murid .

3.5.2 Pemerhatian
Secara umum pemerhatian ialah proses mengutip maklumat secara langsung dan terbuka
dengan melihat sendiri apa yang sebenarnya sedang berlaku, bukannya mendengar daripada
pihak ketiga. Dengan kata lain, pengkaji menggunakan kesemua pancaindera untuk mengkaji
individu dalam situasi semulajadi.

18

Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku murid. Pemerhatian dilakukan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pada kebiasaannya,
sebelum kajian dijalankan, kita dapati murid kurang memberi respon, kurang memberi
tumpuan dan tidak ada kesungguhan dalam pembelajaran. Perkara ini berlaku mungkin
disebabkan mereka kurang berminat dan tidak faham kepada apa yang diajar. Ada juga
kemungkinan hal ini berpunca daripada pengajaran guru yang kurang berkesan.

3.5.3 Temu bual / Soal Selidik dengan Pelajar


Temu bual merupakan kaedah kutipan data kualitatif yang biasa digunakan oleh pengkaji
yang ingin meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam.

Temu bual

kualitatif merujuk kepada temu bual di mana pengkaji mengemukakan soalan-soalan terbuka
kepada seseorang atau lebih subjek kajian, merekod jawapan mereka, membuat transkripsi
dan akhirnya menganalisis data tersebut. Memandangkan temu bual biasanya memerlukan
interaksi bersemuka dengan subjek kajian, pengkaji dapat memperoleh maklumat secara
langsung jika berbanding dengan kaedah lain.

3.6 ANALISIS DATA


Bab ini membincangkan penganalisisan dapatan kajian dan pentafsiran data yang telah
diperolehi daripada borang skor yang telah dicatatkan dengan kutipan markah setiap
responden. Data-data yang diperolehi seterusnya akan dianalisis secara kuantitatif dan akan
ditafsir melalui jadual-jadual dan carta-carta yang ditentukan oleh pengkaji supaya ia boleh
menunjukkan dan menggambarkan sesuatu makna yang jelas. Hasil analisis data ini akan
dapat menjawab kepada persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukan sebelum kajian ini
dijalankan

3.6.1 Penganalisisan Data Secara Kuantitatif


Memandangkan jumlah responden hanya seramai empat orang, maka analisis secara
peratusan digunakan untuk mendapatkan peratusan kategori jantina responden. Kesemua
responden terdiri daripada 2 orang murid lelaki. Kesemua responden dari kelas yang sama
dan terdiri dari murid yang sederhana dan lemah. Ibu bapa mereka kebanyakkan bekerja
19

sebagai buruh dan bekerja sendiri. Peratus perbezaan antara ujian pra dan ujian pos
dijalankan dengan mengira jumlah dan peratusan kutipan skor bagi item yang kerap dijawab
dengan betul. Ini menunjukkan majoriti respoden datang dari keluarga yang mempunyai latar
belakang bertaraf sosioekonomi yang rendah.
Borang skor pemerhatian dan borang skor soal selidik yang telah lengkap akan dikumpulkan
dan dianalisis bagi memperoleh maklumat yang diinginkan. Kaedah analisis yang digunakan
adalah analisis data secara kualitatif. Ini bermakna setiap data yang diperoleh akan dinilai
secara mendalam bagi meneliti hubung kaitnya dengan permasalahan kajiaan. Data-data yang
telah diperolehi akan dianalisis satu persatu dengan teliti untuk pemahaman. Kemudian,
segala isu akan dikembangkan dan seterusnya dinilai untuk dibuat rumusan mengenainya.
Data dan maklumat yang diperolehi melalui sesi pemerhatian akan dianalisis menggunakan
kekerapan dan peratusan bagi setiap subjek. Data-data tersebut akan dianalisis secara
berasingan. Analisis data adalah berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas.
Segala aktiviti dianalisis menggunakan skala yang telah diterangkan dalam prosedur
pemerolehan data. Seterusnya jumlah skor untuk semua sesi pemerhatian dan daripada
borang skor soal selidik akan dijumlahkan untuk mendapat purata skor.

20

4.0 KESIMPULAN
Rumusan daripada kertas cadangan kajian tindakan ini diharapkan dapat mendatangkan
keberhasilan yang baik terhadap responden khasnya dan semua murid sekolah berkenaan
amnya, dalam meningkatkan dan memperbaiki kelemahan penulisan huruf kecil dan huruf
besar. Penyelidikan yang dijalankan, diharapkan dapat membawa perubahan yang ketara
dalam amalan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Sebagaimana yang kita ketahui dan
sedar, terdapat perbezaan dari segi sikap, kecerdasan, personaliti, minat dan bakat dalam
kalangan pelajar. Malahan terdapat juga perbezaan pada cara dan gaya mereka belajar dan
memahami sesuatu. Oleh itu pengkaji merasakan guru sepatutnya mencuba pelbagai cara dan
teknik mengajar, asalkan cara dan teknik itu berkesan dan membawa kebaikan kerpada anak
didiknya.
Akhir sekali, kita harus menyedari bahawa asas kemahiran berbahasa sama ada verbal atau
bukan verbal dalam kalangan murid-murid sekolah rendah perlu dibina dengan jelas dan
kukuh sejak awal lagi. Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis
bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran bahasa Melayu tetapi juga
memudahkan pemahaman mereka dalam menguasai mata pelajaran lain di samping
menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan mereka. Kebolehan guru merancang
proses pengajaran dan pembelajaran dengan teknik dan aktiviti yang bertepatan akan menarik
minat murid mengikuti pelajaran Bahasa Melayu dan ini merupakan daya pengerak kepada
kemahiran berbahasa murid-murid ini. Ini secara tidak langsung akan membantu
meningkatkan pemahaman murid terhadap sesuatu tajuk. Untuk tujuan itu, kerjasama dan
penglibatan daripada semua pihak dalam menjayakan kajian tindakan ini amat diperlukan.
Hal ini penting untuk menggalakkan minat murid-murid bukan Melayu dalam mempelajari
matapelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya memartabatkan `Bahasa Kebangsaan` negara
kita.

21

5.0 RUJUKAN
Abdul Rahim , Noor Aini & Kamaliah.(2005). Aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran
Komputer untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Prosiding ICT Education.Putra Jaya :
Universiti Multimedia.
Buku panduan,Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas(masalah penguasaan
3M).1998 .Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Chua , Koh. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. KualaLumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Eandi Zakaria. (2004). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar. Pahang,: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Manual IPP3M tahun3, (bagi kegunaan Program Pemulihan Khas Kementerian Pendidikan
Malaysia), Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nik Aida.(2006).
Terhadap

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Sikap Guru Program Disleksia

Penggunaan

Komputer

Dalam

Pengajaran

Dan

Pembelajaran:

Fakulti

Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.


Nik Safiah Karim,Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, 2000.Tatabahasa Dewan Jilid 2:
Perkataan; Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Puan Hajah Juliani bt. Abdullah, Kaedah Cepat Membaca, Bacalah Sayang,Gabungan Majlis
Guru Besar

22

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran &
Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara
Belajar.Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rusmini.(2003). Intergrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminudin Baki. Jilid
13,Bil.01.82-91
Selan Osni, Bahasa Melayu Tahun Satu (transisi) Asas Bacaan Fahaman dan tulisan.
Sharida Sharudin, Bacalah Sayang, Associated Educational Distributors ( M) Sdn. Bhd. Sek.
Rendah Malaysia, Kreatif Kembara Sdn. Bhd.

Tam. (2007). Kajian Tindakan : Kaedah dan praktikal. Institut Perguruan Raja Melewar.
Negeri Sembilan.
Zainal Kassab,Suhaila Abdullah.( 2010). Pendidikan Disleksia. Penerbitan Multimedia.
Selangor.

23

6.0 LAMPIRAN
BORANG PEMERHATIAN SEMASA
Tarikh

: _________________________________

Hari

: _________________________________

Masa

: _________________________________

Tempat

: _________________________________

MURID

PERKARA
1

Masalah menguasai kemahiran


membaca, mengeja dan menulis
dengan baik.
Masalah untuk memahami isi
pelajaran yang disampaikan
oleh guru.
Kurang memberi tumpuan
semasa guru mengajar.
Kurang menunjukkan minat
pada aktiviti membaca bahan
bacaan.
Sering
tidak
menyiapkan
tugasan yang diberi.
Tidak menguasai kemahiran
membaca perkataan berdiftong
dalam Ujian Literasi Membaca
Saringan 1.

24

SOALAN-SOALAN TEMU BUAL


Tarikh
: ___________________________
Hari
: ___________________________
Masa
: ___________________________
Tempat
: ___________________________

SOALAN-SOALAN TEMU BUAL


1.

Adakah kamu boleh membaca dengan lancar ?

2.

Adakah kamu kamu boleh menulis dengan cepat ?

3.

Adakah kamu boleh mengeja dengan pantas ?

4.

Adakah kamu faham setiap kali guru menerangkan isi pelajaran ?

5.

Adakah kamu ingat isi pelajaran yang guru ajar ?

25

BORANG CATATAN TEMU BUAL


Tarikh
Hari
Masa
Aspek
Murid
1
2
3
4

: ___________________________
: ___________________________
: ___________________________
Tidak boleh
baca lancar
( TBL )

Tidak boleh
tulis cepat
( TTC )

Tidak boleh
eja pantas
( TEP )

Tidak mudah
faham
( TMF )

Tidak mudah
ingat
( TMI )

26

BORANG TEMU BUAL INDIVIDU


NAMA RESPONDEN
TARIKH
HARI
MASA

:
:
:
:

_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________

Perkara
Adakah kamu boleh membaca dengan
lancar ?

Ya

Tidak

Adakah kamu kamu boleh menulis


dengan cepat ?
Adakah kamu boleh mengeja dengan
pantas ?
Adakah kamu faham setiap kali guru
menerangkan isi pelajaran?
Adakah kamu ingat isi pelajaran yang
guru ajar ?

27