LEGAP ‘Pos Legap? Ceruk mana pula tu..?’ Zatrisya mengomel dalam hati.

‘Hish…dah la intake ni memang nak dihantar ke Sabah dan Sarawak. SBE pun nak juga dihantar ke pedalaman juga. Hish…tolong la. Macam mana la aku nak mengadap budak-budak orang asli ni?’

Zatrisya merupakan seorang gadis yang dibesarkan di kota metropolitan. Dia gusar memikirkan keadaan atau suasana yang bakal dihadapi apabila dihantar selama 2 minggu ke sebuah kawasan pedalaman di Perak. Namun, apa yang lebih

membimbangkan dia ialah apabila mengenangkan sekolah yang bakal diduduki merupakan sekolah orang asli. Sekolah yang diwar-warkan hancing dek kencing anakanak orang asli, murid-murid yang berbau kerana tidak mandi, kawasan yang dipenuhi anjing dan sebagainya.

Terngiang-ngiang kata-kata Khai, “Kau tu dah la biasa duduk Bandar. Alangkan pacat baru naik kat kasut pun kau dah menjerit inikan pula duduk lama-lama kat kawasan macam tu.”

“Entah la…aku pun sure boleh tahan ke tak. But then, as long as tak ada perkaraperkara atau bende-bende yang menggelikan, aku rasa aku okay,” ujar Zatrisya raguragu. “Tapi, kau kene la back up aku in case kalau ada apa-apa nanti.”

“Boleh, insya Allah” jawab Khai. “Siapa lagi budak BI yang sama pos dengan kita ni?” “BI, aku dengan Zaza je. Muzik, Kak Nor, Kak Yah dan Yani. Budak B&K siapa selain kau?” “Aku, Redzuan daan Eddie.” “Oo..ye ke. Hmm, harap-harap tak ada apa-apa masalah la sepanjang kita kat sana, kan?” “Harapnye macam tu la. tambah Khai. “Apasal pula?” “Kau kan ‘native speaker’, bak kata Jefri,” sindir Khai. ‘Cis! Native la sangat,’ gumam Zatrisya dalam hati. Tapi, aku rasa la kan, kau confirm boleh sesuaikan diri”

Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh segenap pelatih KPLI Ambilan Khas Jun 2009. Tarikh 4 Oktober 2009, kesemua mereka bertolak dari IPGM, Kampus Perlis menaiki bas maktab, menuju ke Sg. Siput, Perak, bagi memenuhi keperluan kursus perguruan tersebut selama 2 minggu. Perjalanan tidak terasa panjang atau memenatkan kerana senantiasa diiringi gurau senda dan gelak tawa semua yang berada di dalam bas. Walaupun terdiri daripada 3 buah kursus yang berlainan, namun keakraban dan kemesraan senantiasa terpancar di wajah para pelatih KPLI Ambilan Khas kali ini, walau di mana jua mereka berada, walau dalam apa jua keadaan atau situasi

sekalipun. ‘Life must go on’ begitulah agaknya slogan atau motto yang tersemat dalam diri mereka.

Setibanya di Sekolah Kebangsaan Pos Legap, kumpulan KPLI itu dibawa ke rumah guru tempat mereka bakal menginap. Semasa sedang mengemas barang-barang,

Cikgu Tarmizi, seorang guru yang mengajar di situ mengingatkan bahawa akan diadakan satu majlis keraian pada pukul 1.00 petang nanti. ‘Pergh, belum sempat rehat dah nak kene pergi majlis la pula,’ omel Zatrisya dalam hati. Menjenguk ke bilik sebelah, Kak Noor, Kak Yah dan Yani masih mengemas lagi. ‘Hmm, kejap lagi la pergi, saing dengan diorang sekali,’ fikir Zatrisya. “Assalamualaikum, Wei, korang, cepat la!” ‘Eh? Macam suara Khai’. Lantas Zatrisya berlari menuju ke muka pintu dan mendapati Khai sedang menunggu. “Kenapa?” “Cepat la, semua orang tengah tunggu dalam dewan tu!” “Ha? Ye ke..? Okay..okay… Tunggu kejap, aku pakai tudung” kata Zatrisya sambil bersiap memakai tudung sekemas mungkin. Kemudian beriringan menuju ke dewan yang dimaksudkan. “Mak ai..Khai, ramainya. Malu la nak masuk, dah la lambat. Ee, malu nyer muka aku, dah la hari pertama, lambat pulak tu,”

“Tu la kau, lambat sangat bersiap. Tak pasal pasal aku kene pergi panggil korang kat bilik. Aku pun naik malu tau!” sanggah Khai. “Aku sorang je ke? Macam mana ni?” “Ala, redah je.” Mau tak mahu, mereka berdua tetap masuk ke dewan. Mereka

dipersilakan duduk di atas pentas, di mana Guru Besar, En Isa Ansori sedia menunggu di samping semua guru-guru & kakitangan sekolah tersebut. Rupanya, Redzuan dan Eddie sudah berada di atas pentas juga. ‘Cis, main pergi aje. Bukan nya nak ajak sekali. Buat malu muka aku je!’ bentak Zatrisya dalam hati. Tak lama kemudian, barulah Kak Nor, Kak Yah, Zaza dan Yani tiba. Majlis itu diadakan untuk meraikan guru-guru pelatih KPLI yang baru hadir di sekolah tersebut. Mereka juga dijemput memperkenalkan diri agar murid-murid tersebut mengenali wajah-wajah baru yang ada di sekolah mereka itu. Selepas majlis keraian itu diadakan, Guru Besar Isa Ansori mengadakan mesyuarat kecil untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah itu. Guru-guru pelatih KPLI yang berlapan itu juga dijemput menyertai

mesyuarat tersebut. Sekaligus diberi peranan atau tugas untuk melancarkan lagi majlis sambutan tersebut. Dikesempatan itu juga, mereka diperkenalkan dengan barisan guru dan kakitangan yang berkhidmat di situ. Selesai mesyuarat pendek itu, mereka dijamu makan tengahari di kantin sekolah yang terletak sedikit atas dari sekolah. Kehadiran mereka disambut mesra oleh makcik kantin, Cik Noor dan suaminya, Pak Yob, panggilan mesra oleh penghuni sekolah tersebut, termasuklah guru-guru disitu. Ternyata kemesraan yang ditunjukkan oleh Cik Noor dan Pak Yob membuatkan

Zatrisya tidak kekok untuk berbual dan beramah mesra, begitu juga dengan kawannya yang lain. “Cik Noor ni suka sangatlah bila ada cikgu baru datang ke sini. Kalau tidak tu, asyik melayan karenah depa ni je,” seloroh Cik Noor dengan loghat Peraknya. “Hai, Cik Noor, habis manis sepah dibuang? Mentang mentang la kami ni orang lama,” kata Cikgu Zaki seolah berjauh hati. Cikgu Zaki merupakan salah seorang guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini, sejak ia mula dibuka. ‘Hmm, boleh tahan juga Cikgu Zaki ni. Looks sweet. Nasib baik dah kahwin,’ Zatrisya membuat penilaian sendiri. Dan hari pertama di Pos Legap berlalu dengan penuh keceriaan dan gelak tawa.

Hari-hari yang dilalui di SK Pos Legap berjalan seperti biasa. Sebelah pagi, selepas bersarapan, mereka bergerak ke kelas yang telah dijadualkan untuk memerhati cara dan kaedah yang digunapakai oleh guru kelas untuk mengajar kanak-kanak orang asli. Zatrisya telah dijadualkan oleh Guru Besar untuk memerhati kelas Bahasa Inggeris tahun 3. Kelas itu diajar oleh cikgu Yuzaimi, seorang guru yang berasal dari Kelantan. “Assalamualaikum, cikgu,” tegur Zatrisya memulakan perbualan. “Waalaikumsalam.” “Saya nak minta permission nak observe kelas bahasa Inggeris cikgu, boleh?” terang Zatrisya akan tujuannya kesitu.

“Eh, tak payah la cikgu. Saya ni pun cume cikgu ganti aja. Bukannya option B.I,” kata cikgu Yuzaimi seakan mengelak. “Emm, tapi GB dah assign saya masuk kelas ni. Ala, tak pe la cikgu, sebab kitaorang ni cume nk tengok cara mengajar kanak-kanak orang asli ni. Itu sahaja,” Zatrisya masih berlembut. “Ataupun, apa kata cikgu cuba mengajar? Lagipun kan cikgu kena ambil pengalaman mengajar, kan?” soal cikgu Yuzaimi. ‘Ish, dia ni. Suka suka hati je nak suruh aku mengajar lak! Ini sudah lebey ni,’ namun kata-kata itu hanya lahir dalam hatinya sahaja. “Eh, tak boleh la macam tu cikgu. Kami ni belum habis belajar lagi pun. Datang ni cume untuk meninjau cara dan pendekatan yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak ni. Tak ada kelulusan lagi nak mengajar,” Zatrisya cuba untuk berdiplomasi. “Ok la. Macam ni, apa kata awak observe kelas yang akan datang sahaja. Sebab hari ni saya tak bersedia untuk di observe. Ya?” “Ok la kalau macam tu. Nanti saya akan check jadual waktu cikgu. Terima kasih, assalamualaikum,” balas Zatrisya sebagai mengakhiri perbualan.

Petang Rabu, sehari sebelum majlis sambutan Hari Raya, kesemua guru SK Pos Legap dan pelatih KPLI bekerjasama menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk jamuan keesokan harinya. Sungguh menyeronokkan apabila bergotong-royong

memasak bersama-sama. Di dalam kesibukan menyediakan persiapan, kelapan-lapan

pelatih KPLI itu tidak jemu untuk mengambil gambar setiap aktiviti yang dijalankan sebagai kenangan disamping untuk dijadikan bahan dokumentasi kerja kursus mereka kelak.

Sebelah malam pula, Cikgu Shahnaz, Cikgu Azuan, Cikgu Halim dan Cikgu Zul sibuk melatih kanak-kanak orang asli yang mengambil bahagian dalam nyanyian untuk persembahan majlis tersebut. Zatrisya dan Zaza yang menyaksikan latihan itu seakan terpegun dengan persembahan sepasang kanak-kanak Temiar itu menyanyikan lagu ‘Suasana Hari Raya’.

Cikgu Azuan mendekati dan tanpa diminta menjelaskan, “Budak-budak ni kalau bab menyanyi, memang pandai. Depa ni cukup pandai mengajuk nyanyian mana-mana penyanyi. Sebutan pun betul, macam bahasa standard.” “Betul ke? Tapi kira hebat juga la. Sebab mereka ada bakat menyanyi, kan,” sambung Zaza. Tepat jam 12 tengah malam, generator dimatikan dan suasana sekitar sekolah dan asrama guru gelap gelita. Bunyi bising dari alat muzik dan nyanyian kanak-kanak tadi juga senyap kini. Semua penghuni SK Pos Legap terlena kerana terlalu letih dengan aktiviti di siang hari. Keesokan paginya, guru-guru lelaki sudah sibuk membakar lemang. Manakala Cik

Noor dan beberapa guru perempuan yang lain pula sedang sibuk di dapur membuat apa-apa yang perlu.

Menjelang jam 2.00 petang, kawasan sekolah Pos Legap mula dipenuhi dengan ibu bapa pelajar dan juga penduduk kampung berhampiran. sederhana dalam berpakaian, berbanding masyarakat Bandar. Selepas ucapan GB dan penolongnya, hadirin dihidangkan dengan persembahan nyanyian lagu hari raya koir oleh sekumpulan kanak-kanak tersebut. Suasana menjadi lebih hangat apabila sepasang pelajar lelaki dan perempuan itu menyanyikan lagu Suasana Hari Raya secara berduet. Selain mengkagumi kehebatan kanak-kanak Kelihatan mereka amat

tersebut, pelatih-pelatih KPLI itu sebenarnya lebih mengkagumi kehebatan guru-guru bermain band, inilah kali pertama dia menyaksikan band secara langsung.

Jamuan bagi hadrin yang ramai itu diadakan di kawasan padang sekolah. Kesemua guru-guru mengambil bahagian mengagihkan makanan kepada yang hadir.

Keseronokan jelas tergambar di wajah guru-guru tersebut. Inilah pengalaman sebenar yang amat bermakna kerana masing-masing dapat beramah mesra dengan penduduk asli Temiar. Kanak-kanaknya pula kelihatan seperti ingin mendekati guru-guru baru mereka, namun, apabila dihampiri oleh pelatih-pelatih itu, mereka lari menjauh sambil tersenyum. Zatrisya hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka.

Selepas penat menjamu hadirin, kini giliran guru-guru pula menjamu hidangan yang telah dimasak oleh Cik Noor. Kemesraan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap mereka walaupun selepas penat melayan karenah tetamu yang hadir. Sambil menikmati hidangan, mereka menikmati alunan lagu yang dimainkan oleh cikgu azuan,

cikgu shahnaz, cikgu termizi dan dinyanyikan oleh Faizal, yang merupakan warden asrama sekolah tersebut. Zatrisya yang sedang asyik mengikuti nyanyian Faizal tidak menyedari dirinya diperhatikan. Selepas berakhirnya sebuah lagu raya, Zatrisya

merasa seakan darah menyimbah ke mukanya apabila dia dijemput menyanyi di atas pentas tersebut. Zatrisya teramat malu dan cuba mengelak pelawaan tersebut. ‘Gila betul! Ada ke nak aku menyanyi. Tolong la,’ gumamnya dalam hati. Namun, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan apabila kawan-kawan seangkatannya turut menyokong idea tersebut. ‘Tak guna betul la diorang ni….mati la aku…’ omel Zatrisya dalam hati. “Wei, korang, sampai hati. Aku tak boleh menyanyi la,” dia cuba merayu lagi. “Ala, sporting la… Bukan selalu,” sampuk Redzuan sambl menepuk tangan. Sedang Zatrisya berkira-kira sama ada mahu ke depan atau tidak, Cikgu Zaki mendekati sambil menghulurkan mikrofon. Pandangan yang dihantarkan seakan

mengegarkan perasaan. ‘Ish…cikgu Zaki ni…buat apa la bagi aku mic tu..’ namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Zatrisyaa menyambut huluran mikrofon dan dengan ragu-ragu berjalan menuju ke pentas. Dari situ, dia di sambut oleh Faizal. “Saya tak pandai menyanyi la, awak,” terangnya. “Taka pa. untuk suka-suka aja,” balas Faizal. “Ermm..nyanyi lagu duet boleh? Saya tak nak nyanyi sorang-sorang.” “Boleh, meh pilih lagu,” ajak Faizal.

Akhirnya Zatrisya memilih lagu ‘Kasih’ nyanyian Hetty Koes Endang berduet dengan Faizal. Walaupun kelihatan tenang, namun, hanya Tuhan yang tahu betapa dia

menggigil gementar dalam dada. Sejuk tangannya tidak terkira. Dia hanya berlagak selamba. Usai nyanyian, dia tidak menunggu lama untuk turun dari pentas.

Pengalaman itu amat memalukan dan sukar dilupakan. Namun, tetap manis apabila dikenang. Disamping melihat senyuman dan sorakan kanak-kanak tersebut semasa dia mendendangkan lagu tersebut. Hubungan dengan para guru juga semakin akrab dan memudahkan urusan yang berkaitan dengan SBE mereka.

Kini sebulan telah berlalu, namun kenangan yang dikecapai di sana masih segar dalam ingatan. kerinduan. Gambar-gambar yang diambil sepanjang berada di sana ditatap penuh Alangkah damainya di sana, teringat gurau senda dan gelak ketawa

semasa bersama. Hatinya bertambah senang apabila mengenangkan cuti ini dapat dihabiskan tanpa gusar kerana semua laporan dan kerja kursus terutamanya laporan SBE sudah dihantar pada pensyarah. ‘Hmm, kejap lagi nak call Cik Noor la,’ putus Zatrisya dalam hati sambil menutup laptopnya.

What seems to us as bitter trials are often blessings in disguise.

BIODATA PENULIS Nama: Norshila Zeti Bt Bajuri Tempat Lahir: Kuala Lumpur No K/P: 840518-14-5514 Alamat Semasa: 20, Jalan Impian Jaya 4, Saujana Impia, 43000 Kajang, Selangor Pendidikan: 1. 2. 3. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Sekolah Menengah Kebangsaan CONVENT, Kajang, Selangor Sekolah Rendah Kebangsaan (1), Jalan Bukit Kajang, Selngor

Pengalaman Kerjaya:
1.

September 2006 – Mei 2007 -

Customer

Service

Executive,

Call

Centre, Customer Service Division, Celcom (M) 2. Jun 2007 - June 2009 Service Division, Astro MBNS Sekolah Pedalaman: Sekolah Kebangsaan Pos Legap, Sg. Siput (U), Perak Recovery Unit Executive, Customer

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful