BIODATA DIRI

Nama Sebenar Nama Pena Tarikh Lahir Tempat Lahir No. Kad Pengenalan Alamat Semasa

: : : : : :

Zuraini Binti Zamri Sindora 24 Febuari 1982 Hospital Besar Kangar, Perlis 820224-09-5082 Jalan Masjid, Kg. Guring Tengah Pauh, 02600 Arau, Perlis

Alamat Tetap Pengalaman Kerjaya Pengalaman Penulisan

: : :

Seperti Alamat Semasa Pelancongan Malaysia Dalam Bengkel Penulisan di Genting Highlands (2004)

Sekolah Pedalaman Anugerah

: :

Sek. Kebangsaan Pos Legap, sungai Siput, Perak Penulisan Agama di Sekolah Menengah

SEMILIR MALAM

Biarpun aku ditempatkan di kawasan pedalaman untuk sessi program berasaskan sekolah pada kali ini, namun aku tetap mengharungi hidup sebagaimana seharian aku di tempat ku sendiri. Jiwa pendidik yang telah tertanam dalam diri membuatkan aku tidak goyah menghadapi segala kesulitan di sana. Aku memandang dan menilai segalanya di sana dengan penuh keindahan walaupupun desas desus sebelum aku menjejakkan kaki bahawa terlalu sukar menjalani kehidupan di sana. Aku mengambil ianya sebagai satu cabaran dalam hidup kerana sesungguhnya anak didik di sana juga dahaga dan menagih ilmu sepertimana kita di sini. Mereka juga punya banyak kelebihan tidak kira dari sudut akademik mahupun kokurikulum. Kelemahan mungkin hanya segelintir seperti di sini juga, kelemahan ada di mana-mana. Cuma langkah dan tindakan seorang guru untuk memainkan peranan mendidik hingga mereka mengenali apa itu abjad dan huruf dan kandungan perkara tersebut hingga menjadi sebaris ayat atau penyelesaian pada sesuatu jawapan yang dikehendaki. Perasaan gembira dan terbuka untuk mendekati semua di sana walaupun persekitaran yang serba kekurangan seperti bilik guru, bilik darjah, kantin asrama, dan juga rumah guru. Dan kemudahan untuk selesa tidak sepertimana di sini sememangnya ku akui. Namun semua itu aku terima seadanya kerana aku berpegang pada sebaris ayat, “untuk mendapat kebahagiaan dan ganjaran, maka DIA sulam dengan kesulitan terlebih dahulu”. Maka kuambil ganjaran itu sebagai pahala dan kesulitan yang akan mengajar aku erti kesabaran, ketabahan dan juga kematangan dalam menghadapi apa jua yang mendatang.

Perasaan terharu bila diterima dengan sambutan majlis suai kenal pada hari mula menjejakkan kaki ke SK Pos Legap melenyapkan seketika rasa sedih aku yang terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana telah maklum bahawa sistem perhubungan yang tidak mengizinkan untuk aku berhubung dengan mereka. Aku mula menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan juga murid di sana. Pada mulanya aku agak berputus asa dengan salah seorang murid yang ku cuba dekati yang tidak memberi apa-apa respon kerana pada pengamatan aku murid tersebut sedang memandangmandang aku yang sedang asyik makan di kantin sekolah selepas sessi suai kenal dijalankan. Pada ketika itu aku berprasangka bahawa mereka susah untuk didekati. “macam mana lah aku nak berbahasa dengan mereka ni ye?” aku mengeluh sendirian di dalam hati. Tekad aku untuk cuba memahami dan memikat hati mereka mula membara. Aku mula merisik kepada guru-guru di sekolah akan identiti mereka yang sebenar . Semakin hari aku berada di sana, aku mendapati bahawa mereka bukanlah seperti yang aku sangkakan. Sememangnya mereka suka akan kehadiran guru baru atau disebut dalam bahasa mereka iaitu asli termiar “cikgu pai”. Cuma perasaan malu yang menebal yang ada pada diri mereka untuk mendekati “orang baru” di sana agak sukar untuk dikikis. Mungkin memakan masa selagi kita tidak mendekati mereka

sekeluarga...mungkinkah?. pelbagai persoalan yang terbelenggu di benak ku. Hari berselang aku cuba mendekati lagi murid yang memandang aku pada tempoh hari. Bila aku menyentuhnya, terukir senyuman dibibirnya. Aku berasa satu perasaan yang berbunga bila aku berjaya membuat dia tersenyum. Aku terus memulakan bicara dengan mengetahui namanya kerana pada aku untuk mendekati mereka agak payah, apatah lagi untuk mengetahui nama. Nazirah (nama murid tersebut) kelihatan kemas dan bersih. Walaupun tidak tinggal di asrama, nazirah tetap hadir ke sekolah dengan minatnya walaupun cuaca pada musim itu tidak mengizinkan.

Namun kesungguhan yang ditunjukkan pada aku, memberi perangsang untuk guruguru terus berjuang memberi ilmu tanpa jemu walau terpaksa menghadapi kerenah murid yang dilihat kurang berminat. Pada pengamatan aku, perhubungan mereka dengan guru-guru di sana mesra walau tidak dilontarkan dengan cara berbicara. Apa yang disuruh, mereka akan ikut tanpa membantah. Setelah hampir seminggu aku di sana barulah aku menyedari bahawa mereka sebenarnya inginkan perhatian. mereka mungkin mudah akrab bila kita pandai mendekati. Pada tanggapan aku di sinilah ketulusan sebenar dan ketenangan sebenar yang aku cari. Penuh kebahagiaan walaupun perhubungan dengan dunia luar menjarakkan. Telah difahamkan, segala kemudahan dan keperluan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada sekolah untuk disalurkan kepada murid, sememangnya lebih dari mencukupi. Mungkin hanya sistem perhubungan sahaja yang kurang hebatnya seperti sekolah-sekolah di pekan. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada seorang guru untuk berbakti kepada anak bangsanya. kesungguhan yang terpancar di wajah murid memberi semangat kepada insan bernama guru ini untuk tidak mengenal erti putus asa. Walaupun mereka dilihat agak perlahan dalam menerima maklumat dan ilmu yang diajar, namun kekaguman yang dapat aku lihat selama berada di sana amat menyentuh hati dan perasaan. Sebahagian dari murid yang tinggal di asrama adalah yang tinggal berjauhan dari sekolah. Sebagai anak kecil yang berjauhan dari keluarga, mereka berusaha berdikari walau tidak sesempurna ketika diurus ibu dan bapa sendiri. Di sini aku melihat dan menyelami aturan hidup kepada anak kecil ini yang terpaksa mengurus hidup sendiri. Timbul kesedaran akan perbezaan anak-anak di pekan yang bersenangan dengan adanya pengurusan yang baik dari keluarga dan pembantu rumah untuk menyediakan segalanya di depan mata.

Apa yang aku perhatikan pada pandangan mata kasar, mereka bahagia dan gelak tawa mereka yang terpancar menampakkan bahawa mereka tidak menghiraukan tanggungjawab yang dipikul sendiri dalam menguruskan diri. Namun hakikatnya dalam hati mereka tiada siapa yang tahu. Hanya yang tergambar keakraban sesama mereka. Kekurangan dari sudut akademik tidak memberi halangan untuk mereka menonjol dari sudut kokurikulum. Ini dilihat apabila hari sukan diadakan, setelah beberapa hari aku berada di sana, mereka menunjukkan komitmen yang amat membanggakan. Sememangnya mereka aktif dalam aktiviti di luar bilik darjah. Peluang sebeginilah harus diberi perhatian kerana bakat dan kebolehan mereka harus diketengahkan sehingga peringkat pencapaian yang membanggakan. Timbul kesedaran untuk aku Apakah kesungguhan yang memerlukan usaha keras lagi dari seorang guru?. Ataukah sememangnya mereka ini tidak dapat diubah dan dibentuk atau dilentur lagi?. Tetapi manusia akan berubah sekiranya ada usaha dan sokongan semua pihak. Di sini timbul semangat yang berkorbar-kobar untuk aku berbakti kepada anak warisan bangsa ini suatu hari nanti. Tamatnya aku di sini bermakna akan ku terus perjuangkannya setelah aku berkhidmat nanti. Syukur Alhamdulillah. Sekian.

“Ukuran muktamad bagi seorang insan bukan terletak pada pada bagaimana pendiriannya tatkala dia mengalami keadaan selesa dan mudah, tetapi pendiriannya ketika saat yang mencabar dan penuh kontroversi” Martin Luther King, Jr.

NUKILAN ; ZURAINI BINTI ZAMRI (OPTION ; PENDIDIKAN MUZIK)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful