BIODATA PENULIS NAMA SEBENAR NAMA PENA TEMPAT LAHIR TARIKH LAHIR NO KAD PENGENALAN ALAMAT : : : : : : NOOR AZILA

BINTI NAHARUDDIN TULIP BIRU BUTTERWORTH 6 APRIL 1986 860406-35-5216 897 ALOR MERAH, SUNGAI DUA, 13800 BUTTERWORTH, PULAU PINANG PENDIDIKAN : KPLI PENGAJIAN MUZIK BACELOR EKONOMI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGALAMAN KERJAYA : TEAM LEADER FRESH DEPARTMENT, TESCO EXTRA SEBERANG JAYA, PULAU PINANG SEKOLAH PEDALAMAN : SEKOLAH KEBANGSAAN POS PERWOR

Cikgu & Kompang
oleh: Tulip Biru KPLI Muzik Ambilan Khas Jun 2009

“Cikgu…dia tak nak main kompang”. Tunding anak-anak muridku ke arah Tam yang sedang memalingkan muka ke arah lain. “Ah sudah budak-budak ni buat perangai pulak”. Aku mengomel sendirian. Terhenti seketika latihan bermain kompang pada malam itu apabila aku mendengar kata-kata anak-anak muridku. Akhirnya aku memutuskan untuk memendekkan waktu latihan pada hari itu. Tam adalah salah seorang anak muridku dalam pasukan kompang. Dia di antara muridku yang lemah dalam kumpulan tersebut. Sukar untuk memberi tumpuan semasa aku mengajar dan sering menganggu rakan-rakan yang lain. Selesai sesi latihan bermain kompang pada malam itu aku bersendirian di astaka. Mataku jauh memandang ke hadapan membelah gelap gelita seolah-olah aku melihat anak sungai yang jernih mengalir di hadapanku. Fikiranku bercelaru memikirkan masalah muridku yang seorang ini. Tam. Minatnya untuk mempelajari ilmu bermain kompang nampaknya tiada. Aku buntu bagaimana lagi untuk aku lakukan untuk memudahkan pengajaranku. Murid-murid yang lain bagiku mudah untuk memahami pengajaranku. Mungkin mereka pernah bermain kompang sebelum ini dan aku hanya

membantu mereka untuk mengingati semula bagaimana untuk bermain kompang sahaja. Terdetik di hatiku mungkin aku bukan seorang guru yang baik. Cara pengajaranku sukar untuk difahami. Perasaanku pada waktu itu bercampur baur. Ingin sahaja aku menangis. Mataku sudah terasa panas. Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran suara anak-anak Orang Asli mendendangkan lagu nasyid. Hatiku sejuk mendengar alunan suara mereka yang sungguh mengasyikkan. “Ini mesti kumpulan nasyid Abang Jep dan Jimmy ni”. Lamunanku terhenti. Lantas aku bangun dan bergerak menghampiri alunan nasyid yang berkumandang. Di salah sebuah kelas aku ternampak Abang Jep dan Jimmy sibuk membetulkan nyanyian anak-anak Orang Asli ini. Aku bangga melihat kesungguhan mereka walaupun keduaduanya bukanlah dari opsyen muzik dan tiada asas dalam nyanyian. Tetapi dengan kesungguhan mereka menyebabkan kumpulan nasyid itu terbentuk. Aku cemburu melihat kejayaan mereka. Jika dibandingkan dengan aku mereka lebih berjaya. Walaupun aku dari opsyen muzik tetapi bila aku memikirkan tentang Tam semangat aku untuk mengajar semakin luntur. Tepat jam 9.30 malam semua murid yang telibat dengan persembahan bersempena sambutan hari raya yang akan diadakan pada hari Khamis berkumpul di bilik muzik. Ini termasuklah anak-anak buahku yang terlibat dalam sambutan bermain kompang. Selesai taklimat yang disampaikan oleh salah seorang rakanku, Hatta, murid-murid bersurai meninggalkan bilik muzik menuju ke asrama untuk minum malam dan persiapan untuk tidur.

Tinggallah aku dan 7 orang rakan lagi di bilik muzik itu. Setiap malam kami mengadakan sesi latihan sempena sambutan Hari Raya yang bakal diadakan pada hari Khamis. Pada malam itu aku tiada mood untuk meneruskan sesi latihan koir. Aku dan rakan-rakanku juga akan mengadakan persembahan koir sempena sambutan hari raya nanti. Mood aku mati setelah setelah mendapat tahu tentang hal Tam. Tetapi melihat semangat rakan-rakanku untuk berlatih aku gagahkan diri untuk bersama-sama berlatih. “Akulah penyambung warisan...”. Selesai sudah latihan koir pada malam itu. Tiba-tiba Abg Jep bersuara “Jom makan megi”. Disahut pula oleh Hatta “Kak Ayu tolong masak boleh?”. Aku dan rakan-rakan yang lain tersenyum memandang Kak Ayu. “Kena lagi Kak Ayu malam ni”, hatiku berbisik sendirian. Aku melangkah perlahan-lahan meninggalkan bilik muzik. Rakan-rakanku sudah jauh ke hadapan. Mungkin mereka tidak sabar merasa masakan Kak Ayu. Walaupun hanyalah megi sahaja. “Eh ko ni kenapa? Dari tadi diam je aku tengok”, Hatta menegurku. Aku terdiam sejenak. Patutkah aku menceritakan tentang kejadian sebentar tadi pada Hatta? Agaknya Hatta ada idea bagaimana untuk menangani masalah ini. “Sebenarnya Hatta, aku ada masalah sikit dengan budak-budak ni”. Berubah riak muka Hatta apabila aku berkata demikian.

“Eh kenapa pulak nie? Aku tengok ko ok je mengajar tadi”. “Bila masa pulak mamat ni tengok aku mengajar ni”. Hatiku bergumam sendirian. “Sebenarnya ada budak aku nak keluar dari pasukan kompang. Aku buntu Hatta”. “Rilek la. Takde pe la tu. Budak-budak biasa la”. Mudahnya Hatta berkata-kata. Hatta meninggalkan aku bersendirian di hadapan pejabat. Aku menatap bintang di langit. Berharap bintang di langit dapat mendengar isi hatiku. Bersendirian di hadapan pejabat ditemani tiang bendera yang tegak berdiri membuatkan fikiran aku melayang kembali memikirkan tentang kejadian tadi. “Cikgu…dia tak nak main kompang”. Masih terngiang-ngiang di telingaku tentang bait-bait yang dilafazkan oleh anak-anak muridku tadi. Bagaimana lagi caranya yang perlu aku lakukan lagi. Tetapi apabila difikirkan tentang kata-kata Hatta tadi ada benarnya juga. Mereka hanyalah budakbudak yang sedang membesar. Aku perlu lebih lembut dalam mendidik mereka. Salah aku juga kerana terlalu cepat mengajar. Malah aku tidak menumpukan kepada semua muridku semasa aku mengajar. “Woi Cik Azila asyik termenung je. Tak ke mana pun kalau termenung tu. Masalah tak selesai juga”, Hatta menegurku. Lamunanku berkecai dan aku kembali ke alam nyata. “Ko ni kan Hatta tak bagi peluang langsung aku nak termenung. Bukannya ko tau aku termenung pasal apa. Yang ko sengih-sengih macam kerang busuk ni pe hal? Ni mesti

dapat e-mail dari tunang ko kan?” kataku sambil memandang ke arah Abang Jep yang menghampiri kami berdua. “Hehehe mesti la aku dapat e-mail dari tunang aku. Kalau tak buat apa aku sengihsengih macam ni”, Hatta berkata sambik ketawa suka hati. Berada di daerah ini kami terputus hubungan komunikasi. Hanya internet menjadi penghubung. Sebenarnya talian telefon ada tetapi kami terpaksa berada di tempat tinggi untuk mendapatkan isyarat telefon. “Eh jomlah ke dewan makan. Tolong Kak Ayu masak. Kesian dia masak sorangsorang”, kata Abang Jep. Kami bertiga menuju ke dewan makan yang berada tidak jauh dari bangunan sekolah. Setibanya di dewan makan, Jimmy, Kak Ida, Kak Ijat dan Kak Syikin sibuk membantu Kak Ayu memasak. Aku, Hatta dan Abang Jep tersenyum melihat kerajinan mereka. Setelah selesai makan, kami berlapan beransur bergerak pulang ke rumah masingmasing. Malam itu sebelum elektrik dimatikan aku bercerita kepada Kak Ayu tentang kejadian semasa latihan kompang tadi. Kak Ayu berpendapat bahawa bukan mudah untuk memberi ilmu baru kepada anak-anak Orang Asli. Tambahan pula aku tiada pengalaman mengajar. Aku seharusnya perlu mencari kaedah mengajar yang mudah untuk mengajar murid-muridku dan bersabar dengan dugaan yang aku tempuhi ini. Ada hikmah disebalik kejadian ini. Setelah lampu dipadamkan aku tidak dapat melelapkan mata. “Betul juga kata Kak Ayu tu”, Hatiku berbisik.

Akhirnya aku terlelap dengan berbekalkan semangat yang berkobar-kobar untuk mengajar anak muridku. Malam keesokkannya setelah selesai sesi latihan bermain kompang aku memanggil anak muridku yang bermasalah itu. Tam. “Tam..boleh cikgu tahu kenapa Tam tak berminat bermain kompang? Bukankah Tam juga ahli pasukan kopang sebelum ni?”. Tam diam seribu bahasa. “Alamak susah la macam ni. Tam tak nak cakap pulak”, hatiku bergumam sendirian. “Tam boleh main kompang macam kawan-kawan yang lain. Sebenarnya bermain kompang ni tak susah. Setiap pukulan hanya perlu dikira sahaja. Kawan-kawan lain boleh pukul. Tam mesti boleh juga. Cikgu dulu pun sama macam Tam. Cikgu tak pandai main kompang. Tapi cikgu rajin berusaha untuk main sampai ke tahap sekarang”, pujukku. Akhirnya Tam mengangguk faham dan berjanji untuk belajar bersungguh bermain kompang. Sejak dari hari itu aku dapat melihat peningkatan Tam dalam bermain kompang. Kaedah pengajaranku dalam permainan kompang juga diubah dan disesuaikan mengikut tahap muridku. Pukulan mereka semakin mahir. Akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Majlis Sambutan Hari Raya. Seawal pagi lagi perkarangan SK Pos Perwor telah dipenuhi dengan ibu bapa dan murid Orang Asli yang segak dan cantik berpakaian hari raya. Walaupun ada di antara mereka bukan Islam tetapi mereka juga tetap memakai pakai kebangsaan seperti Baju Melayu dan Baju Kurung. Majlis bermula dengan paluan kompang dari anak-anak muridku. Berdebar rasanya apabila mengiringi muridku bermain kompang. Aku risau jika berlaku

apa-apa semasa kami bermain kompang. Risau jika ada yang salah pukulan. Tetapi telahanku tidak benar belaka. Mereka dapat memukul kompang dengan baik sekali. Rasa bangga berbunga di dalam hati. Inilah hasil usahaku mendidik mereka sepanjang beberapa hari. Aku memanjat kesyukuran kepada Tuhan kerana segala ilmu yang aku pelajari dahulu dicurahkan sebaiknya kepada anak-anak muridku. Akhirnya majlis pun berakhir. Tiba masanya kami berlapan untuk bersiap-siap meninggalkan bumi Perwor yang indah ini. Hari ini adalah hari terakhir kami di sini. Pelbagai perasaan bercampur baur dapat dirasakan. Banyak kenangan indah sejak hari pertama berada di sini tercatat dalam minda kami. Tepat jam 4 petang kami bergerak meninggalkan bumi Perwor dengan kenderaan pacuan 4 roda. Anak-anak muridku menangisi pemergian kami. Walaupun kami berlapan tidak menangis tapi aku tahu hati kami berlapan menangis. Menangis untuk meninggalkan tempat yang permai ini. Kini baruku tahu bahawa betapa susahnya untuk menjadi pendidik. Tambahan pula mengajar di kawasan pedalaman dan anak muridku adalah anak-anak Orang Asli. Walaupun susahnya untuk mengajar. Segala keperitan itu terbalas bila melihat anak murid kita faham dan berjaya menguasai ilmu yang dipelajari. Benar kata Kak Ayu ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa. Sabar kunci segalanya. Perwor...walaupun jauh di mata aku tetap merindui memori aku dan rakan-rakanku di sana. Jika diberi peluang aku ingin mengajar di sana. Mencurahkan ilmu pada anakanak Orang Asli yang jujur dan putih hatinya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful