BIODATA

NAMA NAMA PENA TEMPAT LAHIR

: NIK ASNIDA MARINI BINTI NIK MAHAMUD : NAYA NAQISYA : 07 SEPTEMBER 2009

NO. KAD PENGENALAN : 770907-11-5190 ALAMAT : NO 74, BLOK G, TAMAN PERUMAHAN SAUJANA, 22100, SETIU, TERENGGANU DARUL IMAN. PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH, UiTM SHAH ALAM. PENGALAMAN KERJA : EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA (ABMA CORPORATION SDN BHD). SEKOLAH PEDALAMAN : SK POS KUALA MU

Masam Manis Hiruk pikuk kanak-kanak berlari mengelilingi kenderaan pacuan empat roda yang membawa kami ke Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu membingit di telinga, namun aku sedar dalam suka atau pun tidak aku harus membiasakan diri dengan keadaan ini selama sepuluh hari kami berada disini. Inilah permintaanku dan ia telah tertunai apabila aku meletakkan Pos Kuala Mu sebagai pilihan pertama untuk program ‘School Based Experience’. Murid-murid yang kelihatan agak comot dimataku itu kadangkala melemparkan pandangan aneh pada kami, namun aku cuba tersenyum mencambahkan kemesraan di hati mereka. Hari pertama kami diberi sedikit penerangan oleh Guru Besar Hj. Ahmad tentang sejarah penubuhan sekolah serta latar belakang penduduk setempat. “kami harap cikgu-cikgu semua akan pelajari sesuatu sepanjang berada di sini, jangan segan silu untuk bertanya atau minta tolong jika ada sebarang kemusykilan ya, anggap saja kami semua sebagai satu keluarga” Suara Hj. Ahmad menerjah ke telinga ku menghilangkan rasa kantuk yang bercampur dengan letih yang masih bersisa. Kami kemudian dibawa melawat ke kelas KIA 2M untuk berkenalan dengan murid-murid yang lemah dari segi pembacaan dan penulisan. Kami diberi tanggungjawab untuk membuat pemerhatian terhadap dua orang pelajar setiap seorang. Hari kedua aku diperkenalkan dengan anak murid di bawah bimbinganku, Alang Tapi dan Andak Tanroy, dua orang murid yang pada pandanganku boleh membaca dan menulis tetapi memerlukan lebih perhatian dari guru.

“Alang Tapi... bacakan petikan ni....cikgu nak dengar” Menggaru-garukan kepala sambil tersengih-sengih menampakkan gigi kapaknya yang telah hilang sebatang. Pada pengamatan awalku dia seorang murid yang cerdas, entah dimana silapnya dia termasuk di kalangan murid KIA 2M. “hummm...baca....” Aku menyuakan buku kepadanya, sambil menganggukkan kepala memberi semangat kepadanya, perlahan digapainya buku tersebut diperhatikan oleh Andak Tanroy. Seperti yang kujangkakan dia boleh membaca dengan agak lancar berbanding dengan Andak Tanroy yang kukira sangat pemalu. “Cikgu Syana, anak murid awak tak hadir hari ni.....Along Raju, takpe...esok awak boleh berkenalan dengan dia...dia ni ‘special’ sket...heheehe” Aku sedikit terganggu dengan gelak panjang dari Cikgu Rokani yang memberitahu Syana mengenai anak muridnya. “ ‘special’ macamana tu cikgu?” Sampuk Munir yang duduk di belakang kelas dengan anak murid bimbingannya. “adalah....nanti kamu jumpala sendiri....hihihihi ...” Cikgu Rokani dan Cikgu Megat ketawa serentak.....menambah kemusykilan di hati ku, ada apa dengan Along Raju?.... namun kubenamkan jauh-jauh perasaan itu di sudut hatiku, tak mahu beperansangka buruk terhadap orang yang belum kukenali. Dua hari berada di Pos Kuala Mu aku mula merasa selesa dan serasi dengan keadaan sekelilingku, tempat tinggal, kemudahan elektrik dan air paip yang sangat

sejuk hingga mencucuk ke tulang hitam ku semasa mandi pagi. Semuanya mulai meresap di jiwa. “petang nanti kita pegi mandi kat Lubuk Taring....Long Hafiz, bawa beberapa orang kawan kamu ikut cikgu-cikgu ni semua mandi ye...” “jam berapa cikgu?” “petangla....lepas sekolah...jam tiga petang, kamu jangan datang awal pulak...bagi cikgu-cikgu ni rehat dulu” “ok cikgu....” Long Hafiz yang tergolong dalam golongan ‘handsome’ ialah murid tahun enam yang merupakan salah seorang murid harapan dan agak aktif berbanding yang lain. Petang tepat jam tiga mereka semua menunggu di depan pintu rumah tempat kami menumpang berteduh, menepati masa sungguh!. Kami telah dibawa untuk mandi manda di kawasan air terjun yang amat menarik dan cantik yang kukira tidak pernah kulihat di tempat-tempat lain. Mengambil masa lebih kurang lima belas minit perjalanan dari sekolah memberi pengalaman yang begitu berharga kepada kami, merentasi kampung penduduk setempat dan sedikit semak samun akhirnya membuahkan pengalaman terindah yang tak mungkin kami lupakan. “Along Raju...sini.....ini Cikgu Syana...kamu kena datang sekolah tiap-tiap hari tau...ada cikgu-cikgu ‘babok’ yang akan mengajar kamu.....kamu suka cikgu ‘babok ‘tak Raju?” Cikgu Rokani memegang bahu murid yang dipanggil Along Raju itu di hadapan kelas pada hari ketiga kami di sekolah. Murid yang tidak memakai kasut, berseluar koyak dan berbaju seragam sekolah yang sudah bertukar kelabu warnanya itu

mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham apa yang diberitahu. Separuh butang bajunya sudah hilang dan pada baju seragam sekolah yang putih pada asalnya itu sudah uzur benar, berbagai-bagai corak kelihatan di baju itu seperti kanvas lukisan yang sudah penuh dan perlu ditukar. “Cikgu ape Raju?” “cik...gu....ba..bok!....cikgu....Ana!” dia menepuk-nepuk tangannya sambil mempamerkan giginya yang kekuningan itu, aku sedikit kegelian melihat giginya itu, tapi kulempar jauh-jauh perasaan itu.Tibatiba matanya menghala tepat ke muka ku yang turut berada di depan bersama Cikgu Megat dan Cikgu Rokani. Aku melemparkan senyuman paling ikhlas padanya, itu yang lahir dari hatiku. Ada sesuatu yang menarik perhatianku melalui mata beningnya. Pandangan yang lahir melalui mata bulat dan bulu mata yang lentik itu seolah-olah memanggilku mendekatinya secara peribadi. Petang itu, apabila kami berkunjung lagi ke Lubuk Taring makin ramai murid-murid termasuklah murid perempuan yang menyertai kami. Mereka nampaknya mulai mesra dengan kami,di antara kami yang mendapat perhatian murid adalah Zul, Munir dan diriku sendiri, mungkin sikap suka melayan kanak-kanak yang membuat mereka selesa. Lima hari berada di sini sebilangan kami telah mendapat gelaran masing-masing, Shafidah yang terkenal dengan sikap ‘brutal’ itu telah mendapat jolokan ‘Cikgu Manja’ apabila dia menangis diejek Along Hafiz, Asma dan Hayat pula “Cikgu Cinta’ apabila mereka diketahui ramai berpasangan, Monira ‘Cikgu Comel’ lantaran suka tersenyum, dan aku sendiri ‘Cikgu Semput’ kerana selalu tertinggal di belakang setiap kali ekspidisi ke Lubuk Taring, macam tau-tau aku penghidap

‘asthma’. Along Raju jarang mengikuti aktiviti kami, tapi aku perhatikan dia semakin rapat dengan Munir yang selalu melayan dia berbicara. Satu petang, aku duduk di padang sekolah memerhatikan murid-murid berlatih sukan untuk sambutan Hari Sukan 2009. Aku cuba beramah mesra dengan beberapa orang murid perempuan yang mengerumuniku, aku agak berhati-hati ketika mereka memelukku, bukan kerana jijik atau geli tapi mengingatkan peristiwa petang semalam sewaktu Asma mengikat rambut salah seorang murid perempuan, dia Nampak kutu merayap dengan banyaknya, aku memang elergik dengan kutu, amat takut, takut dijangkiti. Aku menggamit Long Hafiz supaya dekat denganku, dia datang bersama Alang Tapi dan beberapa orang murid lain, duduk mengerumuniku dalam bentuk bulatan seolah-olah aku akan bercerita kepada mereka. “mana Along Raju ?cikgu jarang nampak dia di sekolah...dia tak datang ye Hafiz?” “dia ke hutan cikgu.....dia dengan duduk rumah dengan adik dia saja cikgu...emak sudah meninggal...ayah dia kawin orang lain..tapi duduk luar sana..tiada di sini cikgu...” Hatiku tersentap dengan cerita Long Hafiz itu, aku amati muka kecil di depan ku, yang lain-lain memandangku sambil menganggukkan kepala tanda mengiakan cerita itu. “habis tu..siapa yang jaga diaorang?makanan?macamana diaorang makan?” Bertalu-talu pertanyaan keluar daripada bibirku, tak sabar mendengarkan jawapan daripada mereka.

“dia masak sendiri cikgu...dia selalu ke hutan tanam ubi ayu cikgu...dia jaga adik dia...Ngah Jamal...mak cik dia ada sebelah rumah dia cikgu...” Alang Tapi menambah cerita, turut menambahkan kesayuan di hatiku....apalah malangnya nasib si kecil itu..patutlah..... “cikgu jomla kita main....” “kamu pergi dulu..nanti cikgu datang ye Hafiz....” Aku menyimpan sayu di hati dan cuba melindungi genangan di kelopak mataku. Petang itu aku tiada ‘mood’ untuk bermain seperti biasa di padang sekolah. Aku cuba mencari kelibat Along Raju tapi tak kutemui...hampa... “Raju...kenapa tak datang semalam Raju?” Aku hampiri tubuh kurus keding itu cuba memegang bahunya, tetapi seperti biasa dia akan cuba lari sambil tersengeh-sengeh. “Raju ..sini..nak gula-gula tak....” aku mengumpannya dengan dua biji gula-gula di tangan. Ternyata helahku Berjaya, dia menghampiriku mengambil dan membuka kulit gula-gula itu dengan rakus dan dengan pantas memasukkannya ke dalam mulut. Aku bahagia melihat dia bersungguh-sungguh menghisap gula-gula itu, seolah-olah dia tak pernah merasa gula-gula sebelum ini. “siapa ada kat rumah Raju?” aku cuba mengorek cerita daripadanya. “cakelat...sedap cikgu....sedap!”

tidak menjawab soalanku, namun aku menganggukkan kepala faham apa yang cuba diberitahu olehnya. “mak...mati..ayah.....takde...” tersentap lagi hatiku mendengar suaranya, walaupun dia mengungkapkannya sambil tersengeh-sengeh, aku tahu dia tak faham apa-apa tentang hidup ini. Dan pada malam itu juga sambil makan malam aku mencari kebenaran cerita Along Raju daripada cikgu-cikgu di situ, ternyata ianya benar. “cikgu....ayam..sedap!....makan....ayam...sedap!” Tiba-tiba terpancul mukanya di tingkap dapur tempat kami menyediakan makanan, aku memegang dada terkejut dengan kemunculan tiba-tiba itu. Aku sedang membasuh ayam untuk digoreng pada ketika itu. “Raju suka ayam?” dengan pantas dianggukkan kepala. Tidak tergamak untuk melihat air liurnya yang meleleh itu, aku mengambil sepinggan nasi penuh, kusendukkan sayur dan seketul ayam,secara senyap-senyap aku hulurkan pinggan itu melalui tingkap. Pesan cikgucikgu di sini, jangan terlalu member muka kepada murid-murid Orang Asli ini, nanti mereka tidak hormatkan kita. Aku melihat dia makan dengan gelojohnya, aku tau ayam adalah kesukaannya berbanding ubi kayu yang menjadi makanan ruji mereka selama ini..kasihan. Pada satu petang sewaktu mandi manda di Lubuk Taring, Along Raju menyertai kami kali ini, dia duduk di atas batu di sebelahku setelah menggigil kesejukan, akupun juga tidak tahan sejuk lagi lalu berehat sebentar di atas batu memanaskan badan.

“cikgu.....Allah.....Muhammad.....Allah...” Dengan pantas aku menoleh ke bibir munggil yang mengucapkan kalimah itu, aku tahu Along Raju menganut agama Islam daripada Guru Besar, tapi aku tidak menjangkakan yang dia juga tahu menyebut kalimah itu walaupun dengan keadaan fizikal dan mental yang kurang sempurna. “Raju.......” aku tak mampu meneruskan kata-kata...hanya getar dibibir mata yang

menggambarkan betapa insafnya aku dengan hakikat ini...maha besar Allah.....Ya Rabbal Alamin... Jamuan perpisahan pada hari terakhir ini merupakan kemuncak segala kesayuan di hatiku.Tanpa dapat ditahan-tahan air mataku mencurah bagaikan empangan pecah bila satu persatu murid-murid Orang Asli beratur dan menyalami kami. Ada di kalangan mereka yang memeluk erat tubuhku seolah-olah tidak rela melepaskan kami pergi. Kuseka air mata dengan lengan baju dan hujung tudungku yang sudah lenjun dengan air mata, aku tahu kemungkinan untuk kami sampai ke kemuncak Kuala Mu ini amat tipis memandangkan perjalanannya yang amat mencabar dan menggunakan kos yang amat besar. Mungkin ini adalah pertemuan kami yang terakhir. “saya sayang cikgu!” Perkataan terakhir daripada Along Raju itu kusambut dengan hamburan air mata yang tak dapat kutahan. Lantas kupeluk tubuh keding itu erat-erat...tanpa rasa geli!.

“Cikgu pun sayangkan Raju!” tapi kata-kata itu hanya mampu bergaung dalam hatiku..... Disini kupelajari bahawa setiap insan mempunyai perasaan walaupun dia seorang ‘autisme’ namun kehadirannya cukup memeriahkan, menjadi ikon kepada SK Pos Kuala Mu..... Kuala Mu....sejuk dan hijau mu....akan kami kenang selamanya.......

Di sebalik gunung yang tinggi.. Itulah sekolah kami.. Berilmu beramal dan berbakti.. Itulah matlamat kami...

Di SK Pos Kuala Mu... Tempat kami menimba ilmu Sekolah yang berbudi kepada kami... Kan ku kunang di dalam hati...

Ilmu yang diajar oleh guru Akan menjadi pedoman... Untuk mencapai cita-cita Negara Cemergang, Gemilang Terbilang.....

- TAMAT -

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful