You are on page 1of 18

TIADA TEMPAT UNTUK KAKI BULI

Remaja menjadi aset model insan serta peneraju negara pada masa hadapan.
Kepentingan pelajar sebagai pemimpin masa depan amat jelas dalam ungkapan retorik yang
pernah dilontarkan oleh mantan Presiden Parti Indonesia,Soekamo yang berbunyi, Berikan
saya 10 orang anak muda, nescaya akan saya gegarkan dunia. Ungkapan ini menggambarkan
betapa hebatnya peranan remaja ini, tetapi malangnya kes buli di sekolah semakin rancak
terpapar di dada akhbar.
Isu buli ini tidak hanya berlaku di Malaysia, malah menjadi isu global yang kian merebak
dari semasa ke semasa. Kajian di Manila mendapati jumlah kes buli yang berlaku pada tahun
2103, dua kali ganda daripada yang berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur. Di Singapura, kes
buli banyak berlaku di sekolah, 38 peratus di bilik darjah dan 35 peratus di kantin sekolah.
Malah 95 peratus daripada 4000 responden yang terlibat dalam kajian ini mengaku pernah
dibuli atau melihat kes buli yang berlaku di sekolah mereka.
Di Amerika Syarikat, laporan polis mendedahkan sebanyak tiga daripada empat orang
pelajar pernah dibuli dan 90 peratus pelajar yang dibuli menghadapi masalah sosial, emosi dan
pendidikan serta satu daripada 13 orang yang berumur di bawah 19 tahun membunuh diri
setiap tahun dan angka ini meningkat sebanyak tiga kali ganda jika dibandingkan dengan 20
tahun lalu.
Di Malaysia, menurut kajian Polis Diraja Malaysia, kes buli juvana meningkat sebanyak
11 kes pada tahun 2013 berbanding dengan tahun 2012. Peningkatan ini menyukarkan usaha
negara untuk mencapai impian menjadi negara kelas pertama. Pelbagai usaha diambil oleh
kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mengurangkan masalah gejala
sosial ini, tetapi usaha ini belum menampakkan hasil yang ketara.
Gejala buli didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan, seperti memeras ugut,
menghina, mengejek,menumbuk dan memaki hamun yang dilakukan oleh seseorang terhadap
mangsanya. Menurut Wikipedia, buli berkaitan dengan perbuatan yang mengasari yang lemah
dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Kes buli yang
berlaku di sekolah mahupun di universiti semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah
mencapai tahap yang amat membimbangkan pelbagai pihak termasuklah pihak sekolah, ibu
bapa, kerajaan dan masyarakat. Banyak faktor yang menyebabkan berlaku gejala buli ini.

Antara punca berlaku masalah sosial ini termasuklah keruntuhan institusi kekeluargaan yang
menjadi pemangkin gejala buli.
Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar perceraian pasangan suami
isteri Islam di negara ini berlaku sekali dalam temoh 15 minit. Keluarga yang porak-peranda
akan lalai memberikan kasih sayang terhadap anak remaja yang sentiasa memerlukan
perhatian daripada ibu bapa. Keadaan ini membimbangkan kerana menjejaskan perkembangan
dam pembentukan personaliti remaja. Jadi tidak hairanlah apabila remaja sanggup terlibat
dalam gejala buli ini untuk menarik perhatian daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa
dalam memikul tanggungjawab hakiki mereka. Malahan JAKIM turut melaporkan bahawa 50
peratus remaja yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja yang mempunyai
konflik keluarga.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga antara faktor gejala buli semakin menular. Hal ini
dikatakan demikian kerana remaja lebih banyak meluangkan masa bersama rakan berbanding
dengan ibu bapa. Oleh hal yang demikian, kepercayaan terhadap rakan sebaya itu amat
memainkan peranan. Malah sikap enggan dipulaukan menyebabkan pelajar terpaksa sanggup
menuruti perlakuan rakan yang lebih berpengaruh.
Thrasher, pelapor awal tentang kajian buli, mengutarakan bahawa pada peringkat awal
golongan remaja ini berkemampuan untuk mewujudkan geng atau persatuan.Ekoran sikap
remaja yang tersalah memilih rakan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh anasir
negatif, seperti membuli. Pendek kata, pengaruh dan tekanan daripada rakan sebaya menjadi
penyebab kemelut buli semakin sukar ditangani.
Perkembangan media massa seperti media elektronik juga mempengaruhi tingkah laku
remaja. Pada era globalisasi ini, perkembangan media teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK), seperti televisyan pintar (TV),Internet, telefon pintar,dan peranti tablet semakin pesat
berkembang. Penggunaan TMK yang kebanyakkannya dikuasai oleh golongan remaja yang
masih belum matang berfikir. Kajian menunjukkan hampir 80 peratus anak yang berusia seawal
lima tahun sudah mudah melayari internet. Selain itu, drama TV dan filem yang ditayangkan
pawagam turut mempengaruhi minda anak remaja, seperti filem KL Gangster,Langgar, Budak
Pailang dan Kongsi. Penerbitan filem dan rancangan yang berunsurkan keganasan seperti
sememangnya bertentangan dengan norma kehidupan manusia. Agak malang bagi sesebuah
negara yang sedang menuju sebagai negara maju, tetapi memiliki remaja yang rosak nilainya.

Sistem peraturan sekolah yang lemah turut menyebabkan masalah buli dalam kalangan
remaja berleluasa. Keadaan ini terjadi apabila terdapat sesetengah pihak sekolah yang lebih
mementingkan

pencapaian

akademik

dan

lebih

berorientasikan

peperiksaan

Bagi

mereka,pencapaian kecemerlangan pelajar dari aspek akademik menjadi kayu pengikut kepada
prestasi kecemerlangan sekolah. Sekiranya hal ini menjadi sudah pasti pihak sekolah akan
hilang fokus untuk menangani kes pelajar kerana tidak menyelidik kesalahan pelajar hingga
menyebabkan pelajar tidak berasa gerun akan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Kelemahan ini terbukti apabila sebanyak 20 orang pelajar Sekolah Menengah St. David, Bukit
Baru, Melaka bergaduh di kantin sekolah dan memukul sesama sendiri menggunakan kerusi.
Bagi mengelakkan masalah sosial ini kian membarah, langkah yang sistematik perlu
dilaksanakan dengan segera. Antaranya, peranan ibu bapa sanagat penting dalam mendidik
anak supaya tidak mudah terjebak ke kancah gejala buli. Ibu bapa menjadi asas pembentukan
peribadi anak. Mereka boleh memulakan pendidikan anak dengan pendidikan agama.
Pendidikan agama penting kerana mampu melahirkan insan bermaruah dan berakhlak mulia. Di
samping itu, mereka perlu memantau pergerakan anak bagi memastikan mereka tidak bergaul
dengan rakan sebaya yang tidak bermoral.Umpamanya sentiasa bertanya, tempat tujuan anak
rakan yang menemani mereka serta sentiasa memantau laman sesawang yang dilayari oleh
anak.
Selain itu, pihak kerajaan memainkan peranan memastikan kejadian buli tidak terus
menular khususnya dalam kalangan pelajar terutama dalam pemerkasaan undang-undang
yang lebih ketat. Antara hukuman yang boleh dilaksanakan termasuklah sebatan mandatori,
penjara, dihantar ke pusat pemulihan, melakukan kerja amal, dibuang sekolah dan tidak boleh
diterima dan mana-mana sekolah lain. Hukuman seperti ini mungkin dapat mengekang pelajar
daripada kejadian buli.
Pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk menangani kes buli ini.
Sekolah merupakan institusi formal untuk menimba ilmu. Pendidikan merupakan langkah yang
berkesan untuk mengekang masalah buli dan menjadi tunjang yang dapat mengubati penyakit
sosial ini. Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada murid agar mereka
dapat melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek secara seimbang, seperti yang
dihasratkan dalam Falasafah Pendidikan Negara.
Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda sesorang dan membentuk sikap
serta keperibadian yang lebih terbuka. Pihak sekolah, menerusi tindakan disiplin yang ketat

mampu membendung kegiatan pelajar yang tidak bermoral ini. Program yang memberikan
penekanan terhadap pendekatan penyelesaian masalah dan kempen antibodi perlu disemai di
dalam kelas. Setakat ini kelas menjadi tempat yang paling banyak berlaku kejadian buli.
Sebuah sekolah di Kuala Lumpur berjaya mengurangkan kejadian buli apabila pengetua sendiri
menubuhkan kumpulan

petugas khas dalam kalangan murid untuk memberikan laporan

kejadian buli di kelas dan kawasan sekolah. Implikasinya, pendekatan ini mampu
mengurangkan 80 peratus kejadian buli dalam tempoh dua bulan. Oleh itu, institusi pendidikan
yang merupakan tempat menimba ilmu mampu menangkis gejala buli daripada berleluasa.
Dalam hal ini, gejala buli perlu ditangani dengan segera. Jika gejala ini semakin serius,
mangsa buli berhadapan dengan pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.Lebih-lebih lagi,
kebanyakan kes buli berlaku di kawasan sekolah yang menjanakan modal insan yang bakat
memimpin negara pada masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan generasi muda yang ganas
serta menindas orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri.
Jika masalah buli ini tidak ditangani dengan segera, matlamat negara untuk melahirkan
bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hal
ini disebabkan pelajar menjadi aset negara yang penting dan peneraju serta pemimpin negara
pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua
pihak harus bekerjasama bagi menangani masalah keruntuhan sosial ini supaya tidak
berleluasa.

2.0 Berdasarkan huraian daripada Soalan 1 (a), sama ada kata nama, kata kerja atau kata
adjektif, jelas dan huraikan proses pembentukan golongan kata bahasa Melayu.
2.1 KATA NAMA
2.1.1

Definisi

Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti
kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau
benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan
berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti
nama.
2.1.2

Kata Nama Khas

Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama
am dan kata ganti nama. Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas
ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya.
Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama
khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup.
Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.
2.1.3

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum
sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil
berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan
manusia, Institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tak
berbilang.
2.1.4

Kata Ganti Nama

Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi
pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada
dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama diri; dan kata ganti nama tunjuk.
Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri
orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang
dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga
2.1.5

Proses pembentukan kata

Perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi
pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Berdasarkan itu, kata nama boleh
dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu:

2.2 PROSES PENGIMBUHAN

Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini,
apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan
kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata
nama terbitan berawalan pen- dengan lebih terperinci.
Jadual 2.1 :
Bentuk
awalan
penPe-

Kaedah Imbuhan kata terbitan ...


Kaedah pembentukan kata terbitan

Pem-

Diimbuhkan pada kata dasar yang


bermula dengan huruf l,m,n, ny, ng, r
dan w.
Imbuhan ini juga diletakkan didepan
kata dasar yang bermula dengan huruf
k, p, t, dan s. Tetapi huruf pertama kata
dasar tersebut digugurkan dan
digantikan dengan bentuk sengau yang
sama daerah artkulasinya dengan
huruf yang pertama. Iaitu ;

ng = k

m=p

n=t

ny = s

Awalan ini diimbuhkan dihadapan


kata dasar yang bermula dengan
huruf b, f dan v serta gugusan
konsonan yang bermula dengan
huruf b dan p.

Contoh
Kata dasar

Kata
Terbitan

Ragut

Peragut

Warna

Pewarna

Main

Pemain

Kunci

Pengunci

Pegang

Pemegang

Tampar

Penampar

Soal

Penyoal

Beli

Pembeli

Fitnah

Pemfitnah

Varnis

Pemvarnis

Proses

Pemproses

Pen-

Peng-

Penge-

Awalan ini diimbuhkan dihadapan


kata dasar yang bermula dengan
huruf c, d, j, sy dan z serta kata
pinjaman yang bermula dengan
huruf t dan s.

Awalan ini diimbuhkan dihadapan


kata dasar yang bermula dengan
huruf vokal, huruf h, g, kh dan kata
pinjaman yang bermula dengan
huruf k.

Awalan ini diimbuhkan pada kata


dasar yang berekasuku kata.

Cedok

Pencedok

Jemput

Penjemput

Syarah

Pensyarah

Zina

Penzina

Gigit

Penggigit

Hantar

Penghantar

Khayal

Pengkhayal

Olah

Pengolah

Intip

Pengintip

Bom

Pengebom

Cat

Pengecat

Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna
makna tersebut ialah ;
Jadual 2.1 : Kaedah Imbuhan kata terbitan ...
Makna yang didukung awalan penOrang yang melakukan sesuatu.
Orang yang menjawat tugas.
Orang yang suka akan sesuatu.
Orang atau benda yang memiliki sifat kata

Contoh
Pembaca, Pemburu, Penyamun
Pengawas, Pengarah, Pelakon
Penzina, Penjudi, Pemikir
Pemarah, pemabuk, penyabar

dasar.
Alat untuk melakukan sesuatu.
Ukuran hasil daripada melakukan sesuatu.
Makna abstrak

Penyapu, Pengelap, Pemadam


Pelaung, Penanak, Pelontar
Penunjuk, pendapat

Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata nama lain
dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru- .
Akhiran Kata Nama
Akhiran an adalah satu satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam
bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa
pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh
kata dasar tersebut ;

Maksud
Hasil daripada melakukan maksud yang

Contoh
Ejekan = hasil ejekan

terkandung dalam kata dasar.


Menunjukkan maksud kawasan

Ulasan = hasil ulasan


Darat = daratan

atau

bidang yang luas.


Sesuatu yang banyak

Hamparan = hamparan
Longgok = longgokan
Timbun = timbunan
Acuan = alat untuk mengacu

Membawa maksud alat


Membawa maksud orang atau haiwan

Usung = alat untuk mengusung


Buru = buruan

atau benda yang menjadi penderita kerja.

Tawan = tawanan

yang

Rampas = Rampasan
Asinan = sesuatu yang masin

mempunyai sifat yang terkandung pada

Bulatan = sesuatu yang bulat

Membawa

maksud

sesuatu

kata dasar.
Tempat melakukan sesuatu
Ukuran atau kiraan

Manisan = sesuatu yang manis


Kurung = kurungan
Mingguan = kiraan berdasarkan minggu

Apitan Kata Nama


Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... an, per-...an dan ke-...-an.
Apitan Kata Nama pen- ... an.
Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai lima cabang
iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an. Kaedah pengabungan apitan
ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan
dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge- dan meng-.
Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah.
Me- (merundingkan)
Mem- (membiayai)
Men- (mendahulukan)
Meng- (menguruskan)
Menge- (mengesahkan)

Pe- (perundingan)
Pem- (pembiayaan)
Pen- (pendahuluan)
Peng- (pengurusan)
Penge- (pengesahan)

Apitan pen- ... an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam jadual
berikut.
Makna

Kata dasar
Dalam

Contoh
Kata terbitan
Pendalaman (proses

Proses

atau

mengerjakan

maksu

Pengilangan

yang

terkandung dalam kata dasar.

mendalamkan)

perbuatan
Kilang

(perbuatan

Alam

mengilang)
Pengalaman
(sesuatu

Hasil perbuatan

yang

dialami)

Tahu

Pengetahuan (hasil

Darat

yang diketahui)
Pendaratan (tempat
mendarat)

Tempat perbuatan
Inap

Penginapan (tempat
untuk menginap)

Apitan Kata Nama pe- ... an


Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya.
Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata
terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain, imbuhan
apitan ini juga mendukung beberapa makna. Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.
Maksud
Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat

Contoh
Pedalaman (tempat yang kedudukannya

yang khusus.
Menunjukkan makna hal yang terkandung

jauh dari pantai.)


Peperangan (hal berperang)

dalam kata dasar.


Apitan Kat Nama per- ... an
Apitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama terbitan ini juga
mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-. Contoh ;
Beralih

Peralihan

Bekerja

Pekerjaan

Belajar

Pelajaran

Apitan per-... an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk
menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan
maksud kata dasar.

Apitan Kata Nama ke-...-an.


Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja dan
kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ini mendukung
beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang
terkandung dalam kata dasar, untuk menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil
daripada sesuatu.
Sisipan Kata Nama
Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang membentuk kata nama
ialah el-, -er- dan em-. Menurut beliau juga,kata terbitan bersisipan ini membawa maksud
sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya ;
-elGembung

Gelembung

Saput

Selaput

-emGuntur

Gemuntur

Kuncup

Kemuncup

-erCucuk

Cerucuk

Gigi

Gerigi

Proses Pemajmukan
Menurut Abdullah Hassan, proses pemajmukan ialah penggabungan dua atau lebih
perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu perkataan. Ada dua
cara kata nama majmuk dibentuk, iaitu ;

endosentrik

eksosentrik

Endosentrik
Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk mengikut hukum
sintaksis dalam bahasa Melayu. Kata nama majmuk ini mengikut hukum D-M. Hukum D M ini
bermaksud yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh kata nama majumuk
yang terhasil mengikut bentuk ini ialah ;
Anakanda
Ketua menteri

Baja butir
Padang ragut

Menteri besar
Rumah rehat

Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara endosentrik
ini, Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu. Hal ini kerana, bentuk ini
terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada bahasa asing, dimana susunannya
tidak mematuhi hukum DM, tetapi hukum MD. Contoh kata tersebut ialah ;
Bumiputera

Perdana menteri

Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku kepada kata
nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja +
objek atau pelengkap.
Contohnya ;
Kajibumi
Kaji (kata kerja)

Bumi (pelengkap)

Proses Penggandaan
Menurut Goay Teck Chong, penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk
membentuk kata ganda. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu
penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
Penggandaan Kata Nama
Penggandaan kata nama ini melibatkan ketiga tiga proses penggandaan. Sama ada
penggandaan penuh, penggandaan separa ataupun penggandaan seretak.
Penggandaan penuh

Dalam penggandaan ini, kata dasar nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata
nama terbitan dan kata nama majmuk.
Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu;

penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan.

penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan an.

Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama yang
berawalan, berapitan, berakhiran ataupun bersisipan.
Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya. Kata nama
majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya. Contohnya perkataan
jawatankuasa, apabila digandakan akan menjadi jawatankuasa jawatankuasa. Manakala bagi
kata nama majmuk yang dieja terpisah, penggandaan hanya akan berlaku pada bahagian
awalnya sahaja. Sebagai contoh perkataan alat tulis, apabila digandakan akan menjadi alat
alat tulis.
Penggandaan Separa
Penggandaan separa terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong
dalam kata nama dan kata kerja.

Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang tergolong
sebagai kata nama.
Makna Kata Nama Ganda
Jadual ini akan menunjukkan maksud jenis jenis kata nama ganda.
Makna
Penanda jamak
Penanda nama haiwan
Makna kesamaan atau keserupaan
Penanda kepelbagaian jenis
Penanda tidak tahu

Contoh Kata Ganda


Buku buku, meja meja
Labi labi, kura kura
Orang = Orang orang
Kuih = Kuih muih
Mana = Mana - mana

Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata
akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
ABIM

- Angkatan Belia Islam Malaysia

Bernama

- Berita Nasional Malaysia

Kugiran

- kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim


Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara
pembentukkannya.
Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan,

keseluruhannya

ditulis

dengan

huruf

besar,

jika

kata

nama

khas.

Contohnya :
ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia

UMNO -

United Malay National Organisation

Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya


Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
kugiran - kumpulan gitar rancak
Ditulis bermula dengan huruf besar

Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya
itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya :
Bernama

Berita Nasional Malaysia

Intan

Institut Tadbir Awam Negara

Proton

Perusahaan Otomobil Nasiona

2.1.6 Grafik
2.1.7 Jadual
Jika berkenaan (juka ada)
2.2 Proses pembentukan kata
2.3 Jenis kata yang bentuk

You might also like