You are on page 1of 6

2.

0 TUGASAN INDIVIDU
MASALAH :
Pada hari Ahad yang lalu, ibu Abu telah membeli 18 ketul pemadam pensel di sebuah
kedai buku untuk kegunaan abang, kakak dan Abu. Secara puratanya, berapakah ketul
pemadam pensel yang masing-masing akan mereka dapat?

PENYELESAIAN MASALAH (MODEL POLYA) :


Langkah 1: Memahami Masalah (Understanding the problem)
Mengikut Model Polya, pada peringkat pertama, kita perlu memahami masalah
yang perlu kita selesaikan dengan mengenalpasti kehendak soalan serta maklumat
yang dibekalkan. Oleh itu, kita perlu membimbing murid-murid untuk memahami
maksud ayat-ayat tersebut serta mengenalpasti kata kunci yang biasanya akan muncul
dalam soalan matematik. Kata kunci tersebut yang akan memberitahu kita bahawa apa
kehendak soalan tersebut. Seterusnya, kita perlu mengenalpasti objek atau subjek yang
terlibat serta perkaitan mereka antara satu sama lain. Kemudian, kita perlu
mendapatkan maklumat yang ada dalam soalan dan mengenalpasti mana-mana
maklumat yang diperlukan serta apa maklumat yang tiada.
Dalam soalan ini, kami boleh memahami bahawa :
1. Ibu telah membeli 18 ketul pemadam pensel.
2. 18 ketul pemadam pensel tersebut adalah untuk kegunaan 3 orang iaitu abang,
kakak dan Abu.
3. Abang, kakak dan Abu akan mendapat bilangan pemadam pensel yang sama.
4. Kita perlu mencari bilangan pemadam pensel yang setiap orang akan dapat

Melalui maklumat yang dapat kita kumpulkan, kita boleh memahami bahawa
soalan memerlukan kita membahagikan 18 ketul pemadam pensel secara sama rata

kepada 3 orang, iaitu abang, kakak dan Abu. Oleh itu, soalan ini akan melibatkan
operasi pembahagian nombor bulat. Sebagai pendidik, kita perlu menjelaskan maksud
kata kunci yang wujud dalam soalan ini, iaitu secara puratanya yang sering kali akan
wujud dalam soalan matematik. Kita perlu memberitahu kepada murid-murid agar
memberi perhatian kepada perkataan-perkataan tertentu seperti ini apabila memahami
sesuatu soalan yang biasanya akan memberitahu kita tentang kehendak soalan.

Langkah 2: Merancang Strategi Penyelesaian ( Devise a plan)


Selepas memahami soalan, kita akan maju ke peringkat yang seterusnya
seperti yang dinyatakan dalam model Polya, iaitu merancang strategi penyelesaian.
Pemilihan strategi ini adalah penting kerana strategi yang sesuai akan dapat membantu
kita menyelesaikan masalah dengan cepat, mudah dan tepat. Terdapat banyak strategi
yang boleh kita gunakan dalam model Polya. Antara strateginya termasuk cuba jaya,
memudahkan masalah, melukis gambar rajah, mengenal pasti pola, membuat jadual,
membuat simulasi, menggunakan analogi dan bekerja ke belakang.
Bagi membantu murid-murid memahami konsep pembahagian pada peringkat
awal ini, strategi yang sesuai adalah membuat simulasi. Hal ini kerana soalan ini adalah
berkaitan dengan perkara yang akan berlaku di sekeliling murid-murid. Murid-murid
akan mampu memahaminya dengan lebih jelas apabila berada dalam situasi yang
sebenar.

Langkah 3: Melaksanakan Strategi (Carrying out the plan)

Strategi Membuat Simulasi


Kita akan memerlukan 4 orang murid untuk melakonkan semula situasi yang wujud
dalam masalah tersebut. 4 orang murid yang terlibat masing-masing akan berperanan
sebagai ibu, abang, kakak dan Abu. Selepas itu, 18 ketul pemadam pensel akan
dibekalkan.

ABU
IBU

KAKAK
ABANG

18 KETUL PEMADAM PENSEL

Setelah murid mengambil peranan masing-masing, murid yang berperanan


sebagai ibu akan mengagihkan pemadam pensel itu kepada abang, kakak dan Abu
secara bergiliran. Abang, kakak dan Abu akan beratur di depan ibu untuk mengambil
seketul pemadam pensel secara bergiliran. Apabila ketiga-tiga mereka telah mendapat
seketul pemadam, giliran akan mula lagi sehingga pemadam pensel habis diagihkan.
Satu giliran hanya dikira selesai apabila setiap orang mendapat satu pemadam.

Jadual 1 Rekod Agihan Pemadam Pensel


Pusingan
Giliran

1
2
3
4
5
6

Bilangan

Bilangan

Bilangan

Bilangan

Jumlah

Pemadam

Pemadam

Pemadam

Pemadam

Keseluruhan

Pensel Ibu

Pensel Abu

Pensel

Pensel Kakak

Pemadam

Abang
1
2
3
4
5
6

1
2
3
4
5
6

15
12
9
6
3
0

1
2
3
4
5
6

Pensel
18
18
18
18
18
18

3 orang murid yang berperanan sebagai Abu, abang dan kakak perlu mengambil giliran
untuk mendapatkan pemadam daripada ibu sebanyak 6 pusingan. Pada pusingan
keenam, bilangan pemadam pensel ibu akan habis diedarkan dan ketiga-tiga mereka
juga akan mendapatkan bilangan pemadam pensel yang sama. Justertu, setiap orang
daripada Abu, abang dan kakak masing-masing akan mendapat 6 ketul pemadam
pensel.
Langkah 4: Semak Semula (Looking back)

Mengikut model Polya, selepas kita mendapatkan jawapan, kita perlu menyemak
semula jawapan tersebut sebagai langkah yang terakhir dalam penyelesaian masalah
ini bagi memastikan jawapan yang kita dapat adalah betul. Oleh itu, dalam situasi ini,
kita boleh menggunakan pengetahuan yang sedia ada sebelum ini iaitu operasi tambah.
Dengan menambah kesemua pemadam pensel yang ada pada Abu, abang dan
kakak, kita akan mendapatkan jumlah yang sama seperti yang ibu beli di kedai buku.

3.0 JUSTIFIKASI
Bagi menyelesaikan masalah ini, strategi membuat simulasi adalah amat sesuai
mengikut tahap kemampuan serta pemahaman murid-murid pada peringkat awal
mengenai konsep pembahagian. Situasi dalam soalan ini adalah berkait rapat dengan
kehidupan seharian murid-murid. Apabila masalah pernomboran yang dihadapi dengan
kehidupan seharian, murid-murid tidak akan berasa asing atau risau akan masalah
tersebut. Hal ini kerana mereka tidak akan berasa baru akan situasi tersebut.
Melalui strategi ini, kita tidak perlu hanya menggambarkan situasi tersebut tetapi
kita boleh melakonkannya dengan orang dan objek sebenar. Dengan melakonkannya,
murid akan dapat merasakan situasi sebenar dan menjalankan prosedur langkah demi
langkah. Maka, mereka akan mampu memahami masalah serta situasi yang wujud
dalam soalan tersebut dengan lebih jelas dan teliti. Dengan itu, strategi ini amat efektif
dalam membantu murid-murid memahami masalah serta membolehkan mereka
menjumpai strategi penyelesaian lain yang lebih mudah dan sesuai.
Selain membantu murid-murid mengalami keadaan sebenar yang wujud dalam
masalah tersebut, strategi simulasi ini juga membantu mewujudkan interaksi antara
murid-murid apabila mereka dikehendaki bekerjasama melakonkan situasi yang
sebenar. Mereka akan menjalankan perbincangan serta perkongsian idea tentang cara
penyelesaian yang boleh dijalankan untuk mendapatkan jawapan. Justertu, mereka
akan berupaya meneroka cara penyelesaian tanpa hanya menunggu arahan dan
bimbingan daripada guru. Murid-murid akan mampu berfikir dan menjalankan penilaian
berdasarkan situasi yang mereka hadapi.
Di samping itu, strategi simulasi ini akan melibatkan penggunaan objek yang
sebenar seperti yang dalam situasi masalah di atas, pemadam pensel telah digunakan.
Pemadan pensel ini merupakan satu bahan konkrit yang akan digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pemadan pensel ini amat berkesan dalam membantu
murid-murid mendapatkan gambaran yang jelas dalam operasi pembahagian ini
dengan wujudnya bilangan bahan yang sebenar. Oleh itu, bahan ini boleh membantu
murid-murid melihat penyelesaian yang dijalankan dengan jelas.
7

You might also like