You are on page 1of 15

Documents.

tips
Upload Login / Signup


LEADERSHIP

TECHNOLOGY

EDUCATION

MARKETING

DESIGN

MORE TOPICS

SEARCH
1.

Home

2.

Documents

3.

Isu Dan Etika Guru

Dewasa
perkembangan
ini,
banyak
dan
pelbagai
pembangunan
dari
aspek
sekeliling
yang
kita.
berlaku
Sama
di
ada
tidak,
kita
sedar
atau
perkembangan
pembangunan
yang
dan
kita
lihat
kerjasama
hari
ini
adalah
hasil
ahli
terutamanya
masyarakat
golongan
profesional.
bidang
profesional
Antara
yang
keguruan,
terlibat
perubatan,
adalah
perundangan
kejuruteraan,
dan lain –
lain.
Apa
dengan
yang
profesional?
dimaksudkan
Menurut
Ornstein
dan
Levine
(1993),
konsep
profesional
kepada
ciri
merujuk

ciri
yang
terdapat
dalam
kalangan
ahli
suatu
ciri

ciri
profesion.
yang
telah
Antara
dinyatakan
adalah
cekap
dan
mempunyai
yang
mendalam
pengetahuan
dalam
bidang
yang
diceburi
dan
adanya
kod
etika
tingkah
yang
laku
mengawal
ahli.
Guru
yang
juga
profesional.
adalah
seorang
Ini
bermakna
guru
adalah
seorang
yang
mendapat
latihan
berpengetahuan
yang
khusus,
luas
dan
pakar
dalam
bidang
yang
diceburi
etika
yang
serta
tersendiri.
ada
kod
Merujuk
yang
dinyatakan,
kepada
ciri

ciri
profesion
hari
keguruan
pada
ini
kerana
dilihat
ada
semakin
segelintir
goyah
guru
melanggar
yang
sanggup
kod
yang
etika
telah
keguruan
sedia
termaktub.
apabila
semakin
Ini
terbukti
banyak
salah
laku
isu
guru
mengenai
tersiar
di
internet
akhbar.
dan
dada

dada
Ini
menganggu
sudah
tentu
gugat
akan
martabat
keguruan
profesion
sebagai
suatu
mulia.
profesion
Oleh
itu,
esei
yang
ini
akan
mengenai
membincangkan
dua
guru
isu
yang
salah
melanggar
laku
kod
iaitu
etika
keguruan
penyalahgunaan
dan
penyalahgunaan
masa
wang.
Isu
pertama
adalah
penyalahgunaan
berkenaan
masa.
Di
Malaysia,
waktu
bagi
satu
sesi
persekolahan
umum
adalah
yang
dari
pukul
7.30
pagi
Download
hingga
1.15,
iaitu
lebih
kurang
termasuk
aktiviti
jam guru
tidak
kokurikulum
pada
sebelah
petang.
Sepanjang
murid
– enam
murid
tempoh
dan
ini,
terlibat
of 8

ISU DAN ETIKA GURU
by ashpirate

on Jun 22, 2015
Report

Category:

DOCUMENTS
Download: 8
Comment: 0
17,408

views

Comments
Description
Download Isu Dan Etika Guru

Transcript

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di
sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat
hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang
profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain – lain.
Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep
profesional merujuk kepada ciri – ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara
ciri – ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam
dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Guru juga
adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang
khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang
tersendiri. Merujuk kepada ciri – ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat
semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang
telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar
di internet dan dada – dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion
keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai
dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan
penyalahgunaan wang. Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu
bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih
kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh
ini, murid – murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru
di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya
lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk
membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah
adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran
dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru
menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan
misalnya melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja
sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga
menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. Merujuk
kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh
berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai
sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam
kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka
individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa
tanggungjawab untuk bersungguh – sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting
bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan. Punca seterusnya adalah
daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang
dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan
penguatkuasaan juga lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan
masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Masalah ini jika
tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya
kepada guru sebagai ahli profesional dan murid – murid. Antara kesan yang boleh dilihat
daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di
sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin

dengan kebolehan guru dalam mendidik anak – anak mereka. Menyedari akan kesan yang akan
menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir,
rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan
ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk. Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa
membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru – guru di sekolah.
Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa
di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan
bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak
mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir
boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib
kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara
ini, guru – guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan
sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan sejawat perlulah
menjadi teladan kepada rakan – rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan
supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu,
individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih
baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa
yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan
diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya,
guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah
untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh
menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada
pembaziran masa. Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir – akhir ini,
semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media
massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan
invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh
lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku
aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa
mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran
yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada
pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak
mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi. Ada beberapa
sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan
wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap
tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai
diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan
kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru
yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya
untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur
dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang
yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati
kod etika profesionnya yang menggariskan batas – batas tatacara pengurusan kejayanya. Punca
yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Antaranya ialah
penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran
terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga
adalah lemah, maka guru – guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka

tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir
yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan
guru – guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir – butir perbelanjaan untuk
kepentingan diri. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan
yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai
dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem
pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan
cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya
penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil
tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan
sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan
sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan
mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling - pekeliling dan arahan arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih
cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat
mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah. Rakan sejawat juga memainkan
peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan
yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan
kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak
bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu
sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa
bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih
kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki
kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas. Secara
kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah
digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan
penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya
membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa
depan anak bangsa. Rujukan: Electronic Ministry of Education (2010). Integriti dan Akauntabiliti
Dalam Perkhidmatan Awam. Retrieved August 2, 2010, from: http://apps.emoe.gov.my
/bppk/nota/NOTA%20TK4/INTEGRITI%20DAN % 20AKAUNTABILITI%20DALAM
%20PERKHIDMATAN%20AWAM.pdf Farizal (2008). BPR Sarawak Tahan Guru Disyaki
Rasuah. Retrieved on August 2, 2010 from
http://cikgufarizal.com/category/keratanakhbar/page/3/ Fuad Razali (2009). Pengetua Cadang
Bantuan KWAPM Guna Kaedah dan Prosedur Beri Biasiswa. Retrieved on August 2, 2010 from
http://sekalibicara.blogspot.com/2009/01/pengetua-cadang-bantuankwapm guna.html Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010). Nilai dan Etika Dalam
Perkhidmatan Awam. Retrieved on August 2, 2010 from www.townplan.gov.my/.../nilai%20&
%20etika%20dlm%20pkdmtn %20awam.ppt Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W
(2010).Siri Pendidikan Guru Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor:
Oxford Fajar Wapedia (nd*). Audit Sekolah. Retrieved on August 2, 2010 from
http://wapedia.mobi/ms/Audit_Sekolah Wikipedia (nd*). Audit Kewangan Sekolah. Retrieved on
August 2, 2010 from http://ms.wikipedia.org/wiki/Audit_Kewangan_Sekolah

X

RECOMMENDED

Isu isu etika guru
1. Isu-isu etika guruKesantunan guruKepedulian guruPenampilan guru Berniaga di sekolah Pengurus masa Pengurus
kewangan 2. KESANTUNAN GURU• Kesantunan berpakaian•…

Isu Isu Etika Guru
Isu-isu Etika Guru Oleh : Abdul Munir Usman Ghouse Raqib Ibrahim Ag. Idnin Pengenalan y Dalam profesion
keguruan, guru perlu berkomunikasi dan hidup bermasyarakat antara…

Isu Etika Guru Bahan
Isu Etika Guru Maksud etika : -cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan Maksud
Etika Guru : - Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk…

Isu Etika Guru ip
Isu Etika Guru Maksud etika : -cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan Maksud
Etika Guru : - Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk…

Isu pelanggaran etika guru
edu

pra isu etika guru
isu etika guru di prasekolah

3.1 isu etika guru share
Kesantunan guru Kepedulian guru Penampilan guru Berniaga di sekolah 3.1 Isu-isu Etika Guru edu3108/JIP
Framework Kesantunan Guru Pengurus Masa penampilan Isu-isu Etika Guru…

Falsafah dan etika guru
1. EDC 2102 FALSAFAH DAN ETIKA GURU1ISI KANDUNGAN MUKA SURATPENGHARGAAN 21.
FALSAFAH PENDIDIKAN 32. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU 33. KURIKULUM PERSEKOLAHAN 54.
ETIKA DALAM PROFESION…

Isu dan etika dalam kaunseling
1. ISU DAN ETIKA DALAM KAUNSELINGOLEH MEJ ZAINUDDIN BIN CHE AMPS 2 KAUNSELING SEL
PSIKOLOGI DAN KAUNSELING TD 2. SKOP• PERKHIDMATAN PSIKOLOGI
KAUNSELINGKETENTERAAN.•…

Etika dan isu undang undang
Sambungan 1.1

Isu-Isu Etika Dan Akauntabiliti Guru
untuk rujukan

Kod Etika Dan Akauntabiliti Guru
KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI GURU DISEDIAKAN OLEH: N.K.N & VL KONSEP ETIKA  Berasal
dari perkataan “Ethoss” (Greek) : adat/cara hidup.  sebagai disiplin yang…

Isu sosial dan etika dalam sistem informasi
1. ISU SOSIAL DAN ETIKA DALAM SISTEM INFORMASIGHANI AFFAN KAUTSAR (04639) 2. Isu Etika
dan Isu SosialIsu Etika merupakan sebuah prinsip benar atausalah yang di gunakan seseorang…

06 isu sosial dan etika rev12 04-2014
PERTEMUAN KE 6

06 isu sosial dan etika rev12 04-2014
PERTEMUAN KE 6

Isu Etika Dalam Sains Dan Teknologi

Refleksi Isu Guru Dan Cabaran Semasa

Refleksi isu guru dan cabaran semasa Selepas menyiapkan tugasan ini, saya dapat terdapat pelbagai halangan dan
cabaran semasa yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Saya…

Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
1. KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT i Penghargaan 2 ii Isi kandungan 3 iii Borang rekod
kolaborasi 4 1.0 PENDAHULUAN 5 1.1 Pengenalan 2.0 ISU DAN CABARAN GURU 7 2.1 Cabaran…

Isu Dan Cabaran Sebagai Guru Pendidikan Khas
cabaran sebagai guru pendidikan khas

ISU DAN ETIKA DALAM KAUNSELING - Batas Hubungan dan Kepelbagaian Hubungan
NAMA : NO MATRIK: KURSUS: HASLINDA BT ZAIMI M20092001149 ETIKA DAN PERUNDANGAN
DALAM KAUNSELING/KKP 6023 PENSYARAH: DR.MOHAMMAD NASIR BIN BISTAMAM TAJUK 3
BATAS HUBUNGAN…

View more

Subscribe to our Newsletter for latest news.
NEWLETTER

About Terms DMCA Contact

STARTUP - Share & Download Unlimited

Fly UP