You are on page 1of 3

UJIAN TOPIKAL PEMASARAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Huraikan bagaimana faktor budaya dan sosial mempengaruhi gelagat pengguna.


Nyatakan lima langkah dalam proses pembelian produk baharu.
Huraikan dua asas segmentasi pasaran yang digunakan oleh sebuah syarikat minuman ringan.
Nyatakan empat strategi sasaran pasaran.
Datuk Jamali telah mengadiahkan sebuah kereta mewah kepada isterinya sebagai hadiah hari lahir.
Jelaskan ciri-ciri produk tersebut.
Lakarkan kitaran hayat produk.

[6]
[5]
[6]
[4]
[6]
[6]

Wilton Moss Berhad


8. Wilton Moss Berhad (WMB) merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk pengguna untuk
pasaran tempatan dan luar negara. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1995 dan mencatat jualan sebanyak RM1.9
bilion pada tahun 2014. Dua kumpulan produk utama WMB ialah produk penjagaan diri dan produk makanan
dan minuman. Produk penjagaan diri terdiri daripada sabun, syampu, krim muka dan ubat gigi. Terdapat tiga jenis
sabun iaitu untuk kulit lembut, herba dan sukan. Terdapat empat jenis syampu iaitu jenama Cow untuk rambut
kelmumur, Long untuk rambut panjang dan Short untuk rambut pendek. Krim muka pula terdiri daripada Lovely
untuk kulit berjerawat, Dry untuk kulit kering dan Sweet untuk kulit berkedut. Terdapat dua jenis ubat gigi iaitu
Sensi untuk gigi sensitif dan Plag untuk mereka yang mengalami masalah karang gigi.Dua produk makanan WMB
ialah ais krim dan teh. Dua jenama ais krim WMB ialah Potito dan Johny. Terdapat tiga jenis teh iaitu perisa
strawberi, perisa oren dan teh hijau.
Jabatan pemasaran WMB menjalankan proses pemasaran yang sistematik untuk memastikan produk keluaran
syarikat ini mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna. Proses penyelidikan dibuat untuk
mengumpul maklumat tentang demografi bakal pengguna seperti umur, jantina dan saiz pendapatan. Maklumat
juga dikumpul berkaitan dengan citarasa pengguna masa kini agar produk yang dikeluarkan diterima oleh
pengguna. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kumpulan pengguna yang disasarkan akan dikenalpasti dengan
mengambilkira faktor geografi, demografi dan psikografi pengguna. Misalnya, produk teh keluaran WMB
ditujukan kepada golongan pengguna yang berpendapatan tinggi dan tinggal dibandar. Produk teh WMB mendapat
pengiktirafan ISO dan sijil halal JAKIM dijamin bermutu tinggi dan menjadi jenama popular di kalangan
pengguna muslim. WMB juga meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama. Produk WMB boleh
didapati dihampir semua kedai runcit dan pasar raya. Produk WMB juga sering diiklankan dalam media massa
tempatan seperti surat kahabar dan rangkaian TV. Kakitangan yang berpengalaman dan komited dalam jabatan
pemasaran memastikan segala aktiviti pemasaran berjalan dengan lancar agar matlamat pemasaran yang
ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut
a. Lakarkan lini produk, kelebaran dan kedalaman produk syarikat WMB.
b. Huraikan proses pemasaran syarikat WMB.

Wilton Moss Berhad

[15]
[12]

Wilton Moss Berhad (WMB) merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk pengguna untuk
pasaran tempatan dan luar negara. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1995 dan mencatat jualan sebanyak RM1.9
bilion pada tahun 2014. Dua kumpulan produk utama WMB ialah produk penjagaan diri dan produk makanan
dan minuman. Produk penjagaan diri terdiri daripada sabun, syampu, krim muka dan ubat gigi. Terdapat tiga jenis
sabun iaitu untuk kulit lembut, herba dan sukan. Terdapat empat jenis syampu iaitu jenama Cow untuk rambut
kelmumur, Long untuk rambut panjang dan Short untuk rambut pendek. Krim muka pula terdiri daripada Lovely
untuk kulit berjerawat, Dry untuk kulit kering dan Sweet untuk kulit berkedut. Terdapat dua jenis ubat gigi iaitu
Sensi untuk gigi sensitif dan Plag untuk mereka yang mengalami masalah karang gigi.Dua produk makanan WMB
ialah ais krim dan teh. Dua jenama ais krim WMB ialah Potito dan Johny. Terdapat tiga jenis teh iaitu perisa
strawberi, perisa oren dan teh hijau.
Jabatan pemasaran WMB menjalankan proses pemasaran yang sistematik untuk memastikan produk keluaran
syarikat ini mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna. Proses penyelidikan dibuat untuk
mengumpul maklumat tentang demografi bakal pengguna seperti umur, jantina dan saiz pendapatan. Maklumat
juga dikumpul berkaitan dengan citarasa pengguna masa kini agar produk yang dikeluarkan diterima oleh
pengguna. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kumpulan pengguna yang disasarkan akan dikenalpasti dengan
mengambilkira faktor geografi, demografi dan psikografi pengguna. Misalnya, produk teh keluaran WMB
ditujukan kepada golongan pengguna yang berpendapatan tinggi dan tinggal dibandar. Produk teh WMB mendapat
pengiktirafan ISO dan sijil halal JAKIM dijamin bermutu tinggi dan menjadi jenama popular di kalangan
pengguna muslim. WMB juga meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama. Produk WMB boleh
didapati dihampir semua kedai runcit dan pasar raya. Produk WMB juga sering diiklankan dalam media massa
tempatan seperti surat khabar dan rangkaian TV. Kakitangan yang berpengalaman dan komited dalam jabatan
pemasaran memastikan segala aktiviti pemasaran berjalan dengan lancar agar matlamat pemasaran yang
ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut
Lakarkan lini produk, kelebaran dan kedalaman produk syarikat WMB.

[15]

Lukiskan rajah yang mempunyai maklumat berikut


Lini produk iaitu
lini produk 1: produk penjagaan diri
lini produk 2: makanan dan minuman
Kelebaran produk
Produk penjagaan diri terdiri dpd sabun, syampu, krim muka dan ubat gigi
Produk makanan dan minuman: ais krim dan teh
Kedalaman produk
Empat jenis syampu iaitu jenama Cow untuk rambut kelmumur, Long untuk rambut panjang dan Short untuk
rambut pendek.
Krim muka - Lovely untuk kulit berjerawat, Dry untuk kulit kering dan Sweet untuk kulit berkedut.
Dua jenis ubat gigi iaitu Sensi untuk gigi sensitif dan Plag
Dua jenama ais krim WMB ialah Potito dan Johny.
Tiga jenis teh iaitu perisa strawberi, perisa oren dan teh hijau

Huraikan proses pemasaran syarikat WMB.

[12]

Proses pemasaran syarikat WMB bermula dengan menilai Peluang Pemasaran. Pemasar buat kajian pasaran dan
kenal pasti pasaran dan peluang-peluang pasaran untuk mencari peluang dan menjangkakan ancaman.Berkaitan
dengan kes ini, WMB menjalankan penyelidikan untuk mengumpul maklumat tentang demografi bakal pengguna
seperti umur, jantina dan saiz pendapatan. Maklumat juga dikumpul berkaitan dengan citarasa pengguna masa
kini agar produk yang dikeluarkan diterima oleh pengguna
Proses seterusnya ialah memilih sasaran pasaran iaitu organisasi akan beri fokus kpd aktiviti segmentasi pasaran,
penyasaran pasaran dan perletakan pasaran. Pemasar akan pilih segmen yg janjikan untung tinggi dan jalankan
segala usaha pemasaran utk penuhi keperluan dan kehendak konsumer pd segmen tersebut Berkaitan dengan kes
ini, berdasarkan maklumat yang dikumpul, kumpulan pengguna yang disasarkan akan dikenalpasti dengan
mengambilkira faktor geografi, demografi dan psikografi pengguna. Misalnya, produk teh keluaran WMB
ditujukan kepada golongan pengguna yang berpendapatan tinggi dan tinggal dibandar
Proses berikutnya ialah membina Campuran Pemasaran iaitu organisasi akan bangunkan produk, tentukan harga,
jalankan promosi dan agihan secara cekap dan berkesan. Berkaitan dengan kes di atas, produk teh WMB mendapat
pengiktirafan ISO dan sijil halal JAKIM dijamin bermutu tinggi dan menjadi jenama popular di kalangan
pengguna muslim. WMB juga meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama. Produk WMB boleh
didapati dihampir semua kedai runcit dan pasar raya. Produk WMB juga sering diiklankan dalam media massa
tempatan seperti surat kahabar dan rangkaian TV.
Proses terakhir ialah mengurus Usaha Pemasaran iaitu organisasi akan melakukan aktiviti analisis, rancang,
laksana dan kawal proses-proses pemasaran. Berkaitan dengan kes di atas, kakitangan yang berpengalaman dan
komited dalam jabatan pemasaran memastikan segala aktiviti pemasaran berjalan dengan lancar agar matlamat
pemasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.