You are on page 1of 13

PERLEMBAGAAN

GMGA 2013 MALAYSIA

PENGERTIAN KONSEP ‘KEBEBASAN ASASI’ SEPERTI YANG DIPERUNTUKKAN
DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
1.1

PENGENALAN

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia akan
mendukung prinsip-prinsip sebuah negara demokrasi. Antara prinsip-prinsip utama dalam sistem
demokrasi ialah amalan kebebasan asasi manusia. Ini menjadi pegangan dalam sesebuah sistem
negara yang mengamalkan demokrasi. Tetapi konsep demokrasi dari segi kebebasan asasi dalam
hal ini perlu dilihat dari segi sejarah pembentukan negara Malaysia itu sendiri perlu diambil kira
atau difahami dengan jelas maksudnya. Dalam konteks ini kebebasan asasi yang perjuangkan
mesti memperlihatkan kesepaduan dengan kehendak perlembagaan negara yang mengutamakan
keharmonian dan perpaduan kaum yang ada di Malaysia.

Dalam hal ini kebebasan bersuara dan hak asasi manusia dapat dilihat sebagai suatu proses
evolusi .Walaupun konsep hak asasi manusia dikatakan masih baru namun menurut Paine , idea
dan pemikiran berkenaan hak asasi manusia sudah dapat dikesan kewujudannya semenjak
kewujudan manusia itu sendiri. Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan
untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan, beragama dan juga
hak-hak bersangkutan pendidikan.

Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang
bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada

1

misalnya dalam konteks "kebencian". sebagaimana mereka memiliki identiti insan. Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan. Konsep hak kemanusiaan adalah berdasarkan andaian bahasa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama. 2010).2 KONSEP KEBEBASAN ASASI MANUSIA Hak kemanusiaan merujuk kepada hak yang dimiliki oleh semua insan. perkauman dan kewarganegaraan. Hak kemanusiaan boleh difahamkan dari dua segi. Pada dasarnya. yang tidak dipengaruhi oleh faktor tempatan. menerima dan menyebarkan maklumat atau idea. Hak kemanusiaan merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara seperti apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara berkenaan. tetapi berasingan dengan. tetapi juga tindakan mencari. Dalam realiti. Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-Hak Sivil dan Politikal (ICCPR) (Azman. 2 . yakni dari segi perundangan dan juga dari segi moral. konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. dengan tidak mengira medium yang digunakan. Dari segi perundangan. hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan. 1.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan.

Pencabulan hak kemanusiaan yang berkenaan. Dari satu segi moral. anggota masyarakat akan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus dinikmati oleh setiap individu. hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) pada 10 Disember 1948. dan juga dalam undang-undang bagi sesetengah negara. mungkin akan membawa kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. cara pentakrifan dan pelaksanaan hak kemanusiaan masih memperlihatkan kepelbagaian. Maka anggota-anggota masyarakat berkenaan akan cuba mengelakkan diri daripada mencabuli hak masing-masing dengan penuh perasaan moral.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA Contohnya. Kewujudan. Perisytiharan ini yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu: 3 . Hak Kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang didukung oleh anggota masyarakat. yang dianggap sebagai "sebahagian daripada sifatnya sebagai manusia". Pentakrifan hak kemanusiaan dari segi undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain. Sehubungan dengan perkara ini. keabsahan dan isi kandungan Hak kemanusiaan telah menjadi isu perdebatan dalam bidang falsafah dan sains politik . walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Pada lazimnya. hak kemanusiaan telah termaktub dan diberi takrifan dalam undangundang antarabangsa. Walaupun begitu. dalam perlembagaan Malaysia terdapat penerangan mengenai hak kemanusiaan yang terlindung di bawah perlembagaan. Dari segi perundangan.

kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA 1. 4 . ketenteraman awam serta kebajikan ummah. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. sosial dan kebudayaan (WIKIPEDIA. Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. et. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik (Kevin. Setiap hak asasi manusia yang diterap dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. al. Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga. Bagi tamadun lama Cina pula. daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi. kebebasan bersuara 4. semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral. 2012). kebebasan daripada kemahuan 3. kebebasan kepercayaan. Sementara itu. 1991). kebebasan daripada ketakutan 2. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera.

PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA Di bawah Seksyen 2. 2012). Walaupun terdapat 28 perkara di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang menjamin hak asasi individu. Seksyen 4(4) Akta 597 juga memperuntukkan bahawa rujukan harus dibuat kepada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dengan terteranya Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik (WIKIPEDIA. Ini bermakna hak asasi manusia yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi dimaktubkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1948 harus dirujuk setakat tidak berlawan dengan Perlembagaan Persekutuan.1 KETELUSAN DAN APLIKASI KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA Idea kebebasan bersuara mendapat tempat dalam wacana politik Tanah Melayu (Malaysia) bersama-sama dengan kedatangan idea-idea demokrasi iaitu pemerintahan berasaskan und ang5 . 2. terdapat satu klausa khas iaitu Perkara 29 yang menyebut bahawa setiap orang tertakluk hanya kepada batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak. pengertian hak asasi manusia merujuk kepada kebebasan asasi yang termaktub dalam Bahagian II. Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). konsep hak asasi manusia di Malaysia telah diperluaskan sejajar dengan perkembangan sejagat. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dianggap sebagai undang-undang antarabangsa yang mengikat. Secara adatnya. Perlembagaan Malaysia.

(b) semua warganegara berhak berhimpun secara aman dengan tidak bersenjata. et. al. Kini trend global ke arah pendemokrasian dan ditambah lagi dengan kemajuan teknologi maklumat melalui media elektronik dan internet semakin memberangsangkan perkembangan idea kebebasan bersuara di Malaysia. jaminan kepada kebebasan bersuara terkandung pada Bahagian I1 Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 10(1) iaitu mengenai kebebasan bercakap. AMCP. Clan AUKU. pemerintahan berasaskan undang-undang. dan kebebasan sivil termasuklah kebebasan bersuara terbatas. berhimpun dan menubuhkan persatuan yang mana menyatakan (a) tiap-tiap warganegara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran. Walaupun kerajaan tidak mengharamkan para NGO tadi. Amalan demokrasi di Malaysia hanya mementingkan proses pilihan rayah sehingga penghayatan terhadap nilai-nilai demokrasi yang lain seperti prinsip hak asasi manusia. Pada tahun 1948. Setelah merdeka. 2005). Case (1993) pula mengklasifikasikan politik Malaysia terutama pada era kepimpinan Dr. Akta Hasutan. 6 .PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA undang. dan (c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan (Rusdi. sistem kehakiman. OSA. British tela h memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan 1948 yang merupakan asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan bentuk demokrasi berparlimen yang diamalkan kini. Mahathir sebagai ’semi-democratic’ atau separuh demokrasi kerana pihak kerajaan menekan organisasi sosial atau NGO melalui ISA. dan prinsip hak kebebasan individu semasa era awalan kolonial British.

(1996: 74-75) telah. Musa Hitam (2001) iaitu pengerusi SUHAKAM berpendapat tidak wujud apa yang dikenali sebagai kebebasan media yang mutlak. Akta-akta tersebut iaitu ISA. Chandra Muzaffar (1986) telah menghuraikan secara terperinci hak kebebasan bersuara yang disekat melalui akta-akta kawalan dan manipulasi pengawasan ke a tas media massa dan elektronik tempatan. Penolong Pengarah Berita Utusan Malaysia waktu itu. (Marzuki Yusoff 2001) juga menyokong pandangan Musa Hitam dan beliau menjelaskan. Akta Hasutan. S. AMCP.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA Selain itu. tidak berlakunya peralihan kuasa pusat atau perubahan kerajaan yang mana semenjak pilihan raya yang pertama tahun 1955 sehingga pilihan raya ke lapan pada tahun 1990 (mahupun hingga pilihan raya ke-10 pada tahun 1999). Jomo K. OSA. parti yang memerintah terdiri daripada kalangan parti Perikatan yang kemudiannya pada tahun 1974 membentuk Barisan Nasional (BN). wujudnya amalan ‘penyewaan hak milik’ oleh ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan perniagaan khususnya melalui media seperti akhbar ‘Utusan Malaysia’ dan ’Berita Harian’ serta stesen televisyen‘TV3’. penghakisan terhadap demokrasi Malaysia yang disebabkan pemusatan kuasa di tangan badan eksekutif telah memberi kesan langsung kepada cara pemerintahan dan tahap kebebasan bersuara di Malaysia dan kedua. Salah satu elemen demokrasi ialah kebebasan media. Beliau menyetujui kebebasan media harus diikat dengan tanggungjawab dalam menyampaikan laporannya. memperlihatkan dua cabaran demokrasi Malaysia iaitu pertama. "Walaupun hampir semua 7 . dan AUKU menyebabkan tanggapan meluas bahawa tiada saluran yang jelas dalam mengemukakan pendapat alternatif terhadap arus utama apatah lagi kritikan ke atas dasar-dasar dan tindakantindakan pihak pemerintah.

menukarkan sempadan pilihan raya dan mengambil semua kekayaan negara. media massa (cetak dan elektronik) perlu ada tanggungjawab sosial dan penapisan dalaman.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA wartawan mungkin gembira apabila dapat menulis sebebas-bebasnya tetapi dalam sistem dan nilai-nilai masyarakat di Malaysia. jika demokrasi bermakna pemerintahan oleh majoriti. Akan tetapi. Semua ini tidak dianggap menjejaskan sistem demokrasi itu. 8 . maka orang Melayu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia boleh menggunakan sentimen perkauman bagi mendirikan pemerintahan Melayu sahaja dengan menindas kaum-kaum lain. Untuk menghindarkan keadaan yang mana kepentingan golongan minoriti diabaikan atau peraturan-peraturan untuk melindungi kepentingan atau memberi keistimewaan kepada golongan minoriti itu. golongan minoriti tersebut mungkin juga diberikan tempat untuk mempunyai wakil yang boleh menyuarakan hak serta kepentingan mereka melalui parlimen atau institusi pemerintahan lain. masyarakat Melayu memilih untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain dan tidak mengetepikan hak minoriti sebagai mengutamakan keadilan untuk semua. Mengikut pendapat beliau. Selain itu. 3. Sistem politik menjadi lebih stabil dan sistem demokrasi termasuklah pilihan raya dapat diamalkan secara berterusan (Abdul Hadi. Kemungkinan hanya kepentingan majoriti yang diutamakan. Walau bagaimanapun. bahkan boleh menjadikannya lebih adil dan kuat. Rakyat juga akan terlalu keliru dan hidup dalam kebencian jika sentimen anti kerajaan dipaparkan setiap hari.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KEBEBASAN BERSUARA Salah satu tujuan utama demokrasi ialah untuk menegakkan ‘keadilan’. Malaysia sendiri tidak akan aman jika akhbar saling melagalagakan penduduk berlainan kaum. oleh kerana dalam demokrasi perwakilan golongan majoriti yang berkuasa maka ada bahayanya.

lambat dan membebankan kerajaan dan rakyat. badan bukan kerajaan. Aktor-aktor ini mengabsahkan kewujudannya dan mendapat autoriti untuk bertindak melalui peruntukan kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan. perjalanan demokrasi berparlimen ini agak. kumpulan berkepentingan. Terdapat tiga keadaan praktik politik yang dikemukakan sebagai paling kerap dijadikan budaya politik tidak kira daripada parti pemerintah. hak asasi sering dipertikaikan dan disekat dengan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang sekatan lain demi memelihara dan mengekalkan kuasa pemerintahan. isu sekatan hak asasi manusia dijadikan oleh pihak pembangkang sebagai 9 . parti politik. Kedua. media massa dan orang awam. Sesebuah kerajaan demokrasi berparlimen cenderung untuk membuat keputusan yang popular daripada keputusan yang tepat kerana ia terpaksa memikirkan tentang pilihan raya yang akan datang. pembangkang mahupun masyarakat sivil. Hal ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat daripada setiap lapisan masyarakat. Hal ini amat mustahak demi menjamin kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. Kerajaan yang sedemikian ini telah mewujudkan satu pemerintahan yang stabil.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA 2010). Namun begitu. Praktik politik di Malaysia dan hak asasi manusia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan mempunyai kaitan antara satu sama lain kerana amalan politik di Malaysia memerlukan keabsahan oleh peruntukan hak asasi manusia dan dalam masa yang sama peruntukan hak asasi manusia ini memberikan keabsahan terhadap amalan politik agar ia tidak menyalahi undangundang. Dalam amalan demokrasi terdapat pelbagai aktor politik contohnya ahli politik. kumpulan pendesak. Pertama.

Bagi ahli falsafah politik Niccolo Machiavelli. Ketiga. Isu ini bertambah serius apabila Tan Sri Ibrahim Fikri Bin Mohamad iaitu mantan Ketua Penerangan UMNO dan ahli Majlis Tertinggi dilantik sebagai pengarah urusan dan ketua pengarang bagi Syarikat Utusan. berhimpun dan berpersatuan. Dari segi keburukan amalan hak asasi di Malaysia memperlihatkan sekatan hak asasi sebagai alat pengekalan kuasa dan dominasi kerajaan. Sekatan kebebasan asasi dalam peristiwa ini ialah kebebasan akhbar. wujud masyarakat sivil dalam bentuk kumpulan berkepentingan dan kumpulan pendesak yang mendasarkan kewujudan mereka atas nama hak asasi manusia. Kebebasan akhbar dijamin oleh Perkara 10. Isu ini berpunca daripada Dasar Empat Perkara oleh Lembaga Pengarah pada tahun 1959. Utusan Melayu akan memberi keutamaan jumlah berita kepada menteri-menteri Perikatan. Prinsip ini dapat dilihat dalam amalan politik di Malaysia. Utusan Melayu akan memberi sokongan kepada parti pemerintah kerana ia akan menguntungkan perniagaan. Ketiga-tiga praktik politik ini memperlihatkan sejauh mana hak asasi manusia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan telah dipertahankan di Malaysia (Abdul Hadi. Kebebasan bercakap. keutamaan bagi pemerintah bukan untuk berkelakuan baik tetapi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai penguasa. Pertama. Ketiga.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA modal untuk meraih simpati dan sokongan politik. Utusan Melayu akan mengkritik secara membina apabila keputusan buruk telah dibuat oleh parti pemerintah. 2010). Keempat. 10 . Dua contoh peristiwa yang dikemukakan di dalam bahagian ini ialah Mogok Utusan 1961 dan Operasi Lalang 1987. Utusan Melayu akan menyiarkan berita yang benar tetapi membataskan kepala berita kepada parti pembangkang. Kerajaan sering menyekat kebebasan asasi mana-mana sahaja pihak yang dilihat memberi ancaman kepada kepentingan politik mereka. Kedua.

Selepas itu. Said Zahari telah dipindahkan ke Singapura kerana ia didakwa sebagai batu penghalang pelaksanaan Dasar Empat jika berkhidmat di pejabat Utusan di Kuala Lumpur. bangsa dan adat.0 RUMUSAN Berdasarkan kepada perbincangan mengenai kebebasan asasi manusia di Malaysia telah memperlihatkan satu bentuk yang mana konsep-konsep yang dibincangkan mengenainya masih menjadi kawalan atau mempunyai had. Tapi dari satu segi tidak semua masyarakat mampu menerima sesuatu perkara itu secara terbuka atas dasar kebebasan. atas dasar masyarakat kini lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima sesuatu perkara dengan berfikir dengan lebih mendalam. Tunku Abdul Rahman telah menghalang Said Zahari daripada memasuki Malaysia akibat keadaan politik yang terus mendesak kepentingan kerajaan selain kritikan-kritikan Utusan Melayu terhadap kepimpinan Tunku. Hal ini jelas bertentangan dengan kebebasan warganegara daripada dibuang negeri tetapi ia dirasionalkan atas dasar kestabilan dan ketenteraman awam. Said Zahari.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA Peristiwa mogok berlangsung selama 93 hari. Larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak kerana Pengarang Utusan. Pertama. bermula pada 21 Julai 1961 sehingga 21 Oktober 1961 di bangunan Utusan Melayu. Jika dilihat keperluan pihak pemerintah dalam mengawalnya atas dasar kepentingan umum bagi mengelakkan masalah seperti pergaduhan kaum. Apa yang pasti kebebasan bersuara dan asasi merupakan satu keperluan awam yang perlu diberikan kepada masyarakat kini. Jalan Chan Sow Lin. terdapat dua peruntukan Kebebasan Asasi yang telah disekat. Kuala Lumpur. Sepanjang peristiwa ini. Perkara 9. agama atau perkara-perkara lain yang membangkitkan masalah sehingga mengganggu ketenteraman awam. Ia bertujuan menentang Dasar Empat Perkara dan membidas tindakan pemindahan pengarang Utusan Melayu. 4. seperti perkara berkaitan agama. Keadaan ini sebaliknya boleh 11 .

budaya dan bahasa masih perlu dipertahankan atau dikawal supaya menjaga keharmonian supaya wujud dasar hormat-menghormati dan menjadi batasan dalam membicarakannya secara terbuka bagi mengelakkan salah faham sesama masyarakat. Sebaliknya perkara-perkara yang melibatkan agama.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA menimbulkan masalah yang besar. Seperti kebebasan akhbar. perundangan atas dasar rakyat kini sudah mampu menilai perkara-perkara berkenaan dengan matang. 12 . apa yang pasti ketelusan bersuara dan kebebasan asasi di Malaysia masih lagi dalam bentuk kawalan kerajaan dan tidak bebas sepenuhnya. Mungkin sudah sampai masa ketelusan kerajaan dalam memberikan kebebasan kepada perkara-perkara tertentu perlu dinilai kembali.

Atas talian 22 Julai 2014.org/wiki/Kebebasan_bersuara. Hak asasi manusia. Malayan Law Journal. Title Guidance services. Sejauh Manakah Ia Dipertahankan Dalam Praktik Politik Di Malaysia. Ciri-ciri kebebasan bersuara.PERLEMBAGAAN GMGA 2013 MALAYSIA Rujukan Abdul Hadi Abdul Muti. dari Julai 2014. (2010). S.wikipedia. Kuala Lumpur: Routledge. Malaysian Politics under Mahathir. (1992). Azman Hamzah.. Huraikan Peruntukan Penting Hak Asasi Manusia. dari http://notapolitik.org/wiki/Hak_asasi_manusia WIKIPEDIA. WIKIPEDIA. ms 420. Constitutional Law in Malaysia and Singapore. Diane K. dari http://ms. http://www. Kwek Kon-Yao.html. (T. 13 . Kebebasan bersuara.S & Mauzy D.. (2012). R. (2010).squidoo. Carroll H. Imbangan Antara Hak Ramai Dan Hak Individu. Miller. Atas talian 22 Julai 2014. Kuala Lumpur Milne.blogspot. Mauzy. Imprint New York: Harper & Row Milne R. Hak Asasi Manusia. (1999).K.com/hakasasimanusia Kevin Tan Yew Lee .org/2010/12/22/ciri-ciri-kebebasan-bersuara/. Yeo Tiong Ming & Lee Kiat Seng. Atas talian 22 Julai 2014.com/2010/09/huraikan-peruntukan-penting-hak- asasi. Atas talian 22 http://ms. dari http://akademimerdeka. Atas talian 22 Julai 2014. (1985).wikipedia. Politik dan Kerajaan. (2010).T). Dewan Bahasa Pustaka. (1991).