You are on page 1of 4

Chef Wan

Beliau dilahirkan pada 6 Januari 1958 di Singapura. Beliau merupakan anak sulung daripada
tujuh adik beradik kepada pasangan Ismail Md Nor dan Noraini Abdullah.Bapa beliau
merupakan seorang askar berpangkat korperal dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
yang berketurunan Melayu Riau dan Jawa manakala ibunya merupakan seorang suri rumah
berdarah Nyonya dan Jepun yang berasal dari Singapura .Chef Wan dan keluarga berpindah
ke Kuala Lumpur kerana ayahnya dipindahkan dari The British Royal Air Force ke The
Malaysian Air Force ketika beliau berumur 3 tahun. Chef Wan mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Terandak, Melaka.Beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah
berasrama penuh di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).Chef Wan berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.Beliau melanjutkan
pelajaran di Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan perakaunan.Beliau memperolehi
Diploma Perakaunan setelah menamatkan pengajian beliau. Pada tahun 1979, Chef Wan
meneruskan lagi pengajian beliau ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti New South
Wales, Australia.
Selepas tujuh tahun Chef Wan berkecimpung dalam dunia chef dan perhotelan di luar negara,
beliau pulang ke tanah air. Chef Wan mula menerima undangan-undangan pelbagai pihak
yang mengetahui tentang pengalaman dan bakat beliau dalam bidang masakan. Beliau mula
dikenali ramai apabila diperkenalkan menerusi pelbagai rancangan, demonstrasi-demonstrasi
masakan, seminar industri makanan dan menjadi konsultan bagi beberapa syarikat yang
menyediakan khidmat makanan serta perkakas dapur.
Karier Chef Wan sebagai chef selebriti bermula apabila beliau telah mengikat kontrak dengan
siri masakan Kuali pada tahun 1992 sebuah siri masakan yang disiarkan di TV3 sejak tahun
1988.Beliau telah terlibat dalam pelbagai program masakan Malaysia sejak penampilan
pertama beliau dalam program masakan. Antara program masakan beliau ialah Acu-Acu
Aidilfitri, Ciptarasa, Birds Custard, Hey! Good Cooking,Selera,Saji Bistari ,rancangan
masakannya sendiri, Chef Wan yang disiarkan di TV3, dan Citarasa Sedunia Bersama Gas
Petronas pada tahun 1999/2000.Ole Ole Chef Wan juga merupakan rancangan masakan Chef
Wan yang disiarkan di TV9,sebuah program masakan sambil mengembara ke lokasi seperti
Rumah Kebajikan Orang Tua, Zoo Negara, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Rumah

Anak Yatim, Taman Agroteknologi, Kementerian Pertahanan, Kolej Jururawat di Pusat


Bandar Damansara,Royal Selangor dan Rumah Amal Cheshire.Rancangan-rancangan
tersebut telah menarik minat penonton tempatan disebabkan rancangan tersebut memaparkan
langkah dan tips penyedian makanan yang mudah,dan Chef Wan juga telah diminati dengan
keletah beliau yang unik. Penggunaan ala leteran nenek di kampung ketika berinteraksi
dengan penonton merupakan trademark beliau dalam menjadikan sesebuah rancangan
masakan tersebut menarik dan mencuit hati.

Nicol Ann David

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia
yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy
wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008,
dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia
dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau
kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El
Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia
keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada
tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas
penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan
Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David
dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia
sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai
Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh
kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh
kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas
di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali
lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam
kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.