You are on page 1of 2

Pendahuluan

Teknologi merangkumi satu konsep yang sangat luas dan ia digunakan untuk
merujuk kepada beberapa cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi adalah
teknologi maklumat, teknologi perubatan, bioteknologi dan sebagainya. Teknologi
juga merupakan pembangunan dan penggunaan alat, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ia
juga membawa maksud tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan
sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki dalam bidang ekonomi.

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa
kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga
digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam
tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang
perniagaan. Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan,
perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan.
Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing
sama ada di peringkat tempatan atau global. Selain itu, pembangunan teknologi
akan bertambah pantas dan bukan sebaliknya.

Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan
daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat
telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan
mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga
mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras
dengan teknologi yang semakin maju ini.

Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam
sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang
serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat.
Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang
pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan
untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah
bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada
masyarakat dan negara ini.