You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BELADAU KOLAM

21200 KUALA TERENGGANU


TERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
TEMPAT:
PUSAT SAINS & KREATIVITI TERENGGANU (PSKT) KAMPUNG LAUT,
CHENDERING, 21080 KUALA TERENGGANU

TARIKH:
26 JULAI 2016
8.00 PAGI 2.30 PETANG
ANJURAN:
GURU PELATIH INTERNSHIP DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BAHASA
INGGERIS, UNIT KOKURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh guru pelatih internship dengan kerjasama
Persatuan Bahasa Inggeris. Seramai 50 orang murid akan terlibat dalam lawatan ini. Lawatan
ini dirangka khusus buat murid Tahun 4 dan Tahun 5. Aktiviti ini diadakan selaras dengan
kehendak Kementerian Muridan Malaysia yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani dan emosi melalui pernyertaan kokurikulum.
2.0 MATLAMAT
Lawatan ini dirancang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid tentang isi
pembelajaran Unit 9 Our Solar System bagi Tahun 4 dan isi pembelajaran Unit 9 Space
Exploration dan Unit 11 Natural Disasters bagi murid Tahun 5.Dalam pada itu, pengetahuan
murid dalam bidang sains dan teknologi secara keseluruhan juga dapat diperluaskan. Aktiviti
ini juga diadakan supaya memupuk sifat kerjasama dalam diri setiap peserta. Di samping itu,
lawatan ini diadakan untuk mendedahkan murid kepada Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
(PSKT).
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai lawatan.
3.2 Meningkatkan pemahaman murid dalam tajuk pembelajaran mereka.
3.3 Menambahkan pengetahuan murid dalam bidang sains & teknologi.
3.4 Membentuk murid yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
sesebuah kumpulan.
3.5 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, sukan, emosi dan rohani.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 26 Julai 2016 iaitu pada hari Selasa.
4.2 Tempoh lawatan ialah pada pukul 8.00 pagi hingga 2.30 petang
5.0 KUMPULAN SASARAN /PENYERTAAN
Seramai 118 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 termasuk murid
PERKAYA. Rujuk lampiran untuk senarai murid yang akan menyertai lawatan ini.

6.0 YURAN PENYERTAAN


Setiap murid yang akan menyertai lawatan ini akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak
RM20 bagi setiap murid.
7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung
: En. Mohd Jaafar bin Taib
Penasihat
: Pn. Nurulsyaidatul Akma bin Ali
Pengerusi
: En. Mohammad Ramsyamjani bin Mohd Lazim
Setiausaha : En. Abdul Mukmin bin Affandi
AHLI JAWATANKUASA
AJK Pemilihan Peserta
: Pn Nurulsyaidatul Akma bin Ali
Guru Pengiring
: En. Mohammad Ramsyamjani bin Mohd Lazim
En. Abdul Mukmin bin Affandi
En. Nurlizan bin Abd. Rahman
En. Mohd Shamsul bin Othman
Pn. Nurulsyaidatul AKma binti Ali
Pn. Marlina binti Abdullah
YM. Pn. Syarifah Hafizah binti Sayed Kamar

8.0 KOS PERBELANJAAN


BIL

PERKARA

KUANTITI

HARGA

Pengangkutan bas

RM 800

2.

Makanan dan minuman

118 X RM 5

RM 590

3.

Air Mineral

118 X RM 1

RM 118

4.

Bayaran masuk Pusat Sains & Kreativiti Terengganu

118 X RM 10

RM 1 180

JUMLAH

RM 2 688

KUANTITI

HARGA

9.0 SUMBER KEWANGAN


BIL

PERKARA

Sumbangan Unit Kokurikulum (PCG)

2.

Yuran penyertaan untuk peserta lawatan

10.0 PENUTUP

RM 328
118 X RM 20

RM 2 360

JUMLAH

RM 2 688

Semoga penglibatan murid dalam lawatan ini memberikan satu pengalaman baru kepada
mereka. Lawatan ini tidak dapat diimplementasikan tanpa kerjasama dan kooperasi daripada
semua pihak. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar semua pihak yang terlibat dalam
pelaksanaan lawatan ini dapat memberi sokongan dan komitmen yang jitu demi memastikan
kelancaran dan keberkesanan lawatan ini.

Disediakan oleh:
...................
(ABDUL MUKMIN BIN AFFANDI )
Guru Pelatih,
IPG Kampus Dato Razali Ismail

Disemak oleh:

(NURULSYADATUL AKMA BINTI ALI)


Penasihat Program,
SK Beladau Kolam

Disahkan oleh:
.
(MOHD JAAFAR BIN TAIB)
Guru Besar,
SK Beladau Kolam