You are on page 1of 19

SKRIP PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU DAN
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG (PRESTASI 2015)
PERINGKAT DAERAH MUKAH 2016

Bil.

TARIKH
MASA
TEMPAT
TETAMU KEHORMAT

:
:
:
:

PENGACARA MAJLIS

:

Aturcara

22 MEI 2016 (AHAD)
PUKUL 1.00 HINGGA 5.00 PETANG
KINGWOOD HOTEL & HOTEL, MUKAH
TUAN HAJI BUGIN BIN HAJI RAGOON
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MUKAH,
MEWAKILI CIKGU PENGARAH,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
(L)
ENCIK MOHD. NUR ASRI BIN HAMDEN
(P)
CIK NORMASHEEDA BINTI SALLEH
Teks Sapaan

1)

1.00 p.m.
Ketibaan warga
pendidikan
daerah Mukah.

(TIADA)

2)

1.15 p.m.
Ketibaan para
jemputan

(TIADA)

1.20 p.m.
Pengumuman

(sebelum ketibaan tetamu kehormat)

Catatan

Dibaca
oleh
Salam hormat dan selamat datang ke Sambutan Perayaan Hari Pengacara
Guru Dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan pengenalan
Cemerlang Peringkat Daerah Mukah 2016. Majlis kita akan
bermula sebaik sahaja ketibaan Yang Berusaha, Tuan Haji
Bugin bin Haji Ragoon, Pegawai Pendidikan Daerah Mukah,
mewakili Cikgu Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin
agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:
1) Mematikan telefon bimbit atau menukar kepada mod senyap.
2) Sama-sama berdiri dan memberikan tepukan sebaik sahaja
pengumuman ketibaan tetamu kehormat dibuat oleh
Pengacara Majlis.
3) Terus berada di dalam majlis sehingga akhir acara dan
hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis.
4) Mengurangkan pergerakan sepanjang majlis berjalan.
5) Hadirin sekalian dipohon untuk menyanyikan semua lagu
rasmi dengan penuh bersemangat.
Untuk makluman, pengacara majlis kita pada hari ini ialah:
1) Encik Mohd. Nur Asri bin Hamden; dan
2) Cik Normasheeda binti Salleh
Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama
dari Tuan-tuan dan Puan-puan. Terima kasih.

-1-

Aturcara Teks Sapaan Catatan (L) 3) 1. Yang Dihormati. (SALUTATION) Yang Berusaha.30 p. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah mewakili Cikgu Pengarah.35 p. Dijaga adat mekar sentiasa. (P) -NYANYIAN LAGU(setelah selesai nyanyian lagu) 5) Sidang hadirin dipersilakan duduk. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. (L) (PANTUN) Resam meminang sama berpantun. Terima kasih diucapkan. Tuan Haji Bugin Bin Haji Ragoon. “FLY KENYALANG FLY”. dan salam terus menjulang pendidikan negeri Sarawak. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak! 4) 1. “IBU PERTIWIKU” dan lagu tema Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.Bil. Encik Clement anak Liam Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Mukah.m. salam sejahtera. “NEGARAKU”. Nyanyian lagu “Negaraku” dan “Ibu Pertiwiku” (sebelum tetamu kehormat duduk) Sidang hadirin yang dihormati sekalian dipohon untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan negara kita. -2- . Ketibaan YB Ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon. (P) Aluan Pengacara Assalamualaikum. Mewakili Cikgu Pengarah. lagu kebesaran negeri Sarawak. Salam bertandang sama berhimpun. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Merangkap Pengerusi Pengelola Sambutan Hari Guru dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Prestasi 2015) Peringkat Daerah Mukah.m. salam sehati sejiwa. Semoga berkat ke akhir acara. salam Satu Majlis Malaysia.

Doktor Tuan Haji Osman Haji Rafaie Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Ketua-ketua jabatan atau wakil. Bagi pihak majlis. seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. barisan pengetua dan guru Besar. Encik Halmi bin Mosli Pengurus Bank Rakyat Cawangan Mukah. Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon. warga pendidik daerah Mukah. setinggi-tinggi kesyukuran dipanjat ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia. bagi mewakili Cikgu Pengarah. Sidang hadirin yang dihormati sekalian. rahmat dan inayah-Nya.Bil. Pertama dan selamanya. -3- Catatan (L) . Aturcara Teks Sapaan Yang Dihormati. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan sidang hadirin sekalian ke majlis kita pada hari ini. dapatlah kita bersama-sama di dalam SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU Yang mendukung tema sambutan: GURU: PEMBINA NEGARA BANGSA DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (PRESTASI 2015) PERINGKAT DAERAH MUKAH 2016. pesara-pesara guru. Ahli jawatankuasa Pengelola Sambutan Hari Guru dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Prestasi 2015) Peringkat Daerah Mukah. kami ingin merakamkan berbanyakbanyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berusaha.

Mudah-mudahan majlis kita mendapat keberkatan-Nya dan lancar sehingga ke akhir acara. mewakili Cikgu Pengarah.m.08 p. Untuk ucapan merasmi acara. Untuk itu. majlis dengan hormatnya menjemput Al-fadhil Ustaz Hamdam bin Mustafa bagi memimpin bacaan doa.55 p. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk menyampaikan ucapan. majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berusaha. Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon itu tadi majlis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. -4- (L) . majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan. -UCAPAN PERASMIAN(setelah ucapan tetamu kehormat selesai) Atas ucapan Yang Berusaha. Catatan (P) Bagi memula dan memuliakan majlis. seterusnya merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru Dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Prestasi 2015) Peringkat Daerah Mukah 2016. Bacaan Doa Teks Sapaan Hadirin hadirat yang dikasihi. (L) Untuk itu.Bil.m. Jadi hiasan buat si dara. Sedia menanti tetamu kehormat. -BACAAN DOA(setelah bacaan doa selesai) 7) 2. (P) (PANTUN) Bunga meranti cantik disemat. 6) Aturcara 1. Dipersilakan. Ucapan Perasmian Amin ya rabbal alamin. marilah samasama kita menadah tangan bermunajat memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.

cue floor manager) Dipersilakan dengan penuh hormat dan takzimnya. Intipati daripada gimik itu tadi memperlihatkan kejayaan seorang guru dalam membentuk peribadi dan kualiti individu pelajar yang mempunyai nilai hormat menghormati dan bertindak melaksanakan sesuatu mengikut arahan guru. dipersilakan. 8) Aturcara Teks Sapaan 2.Bil. Dengan segala hormatnya. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk naik ke pentas utama bagi menyempurnakan gimik perasmian dan pemotongan kek Sambutan Perayaan Hari Guru 2016.m. Yang Berusaha. majlis mempersilakan Yang Dihormati. Encik Clement anak Liam bersama tetamu jemputan mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji Bugin Bin Haji Ragoon. mewakili Cikgu Pengarah. Gimik Perasmian & Pemotongan kek Hari Guru GIMIK PERASMIAN -tayangan video -sketsa (setelah selesai sketsa. cue floor manager) Seterusnya. -5- (L) .28 p. Tuan Haji Bugin Bin Haji Ragoon. mewakili Cikgu Pengarah. Catatan (P) -selesaikan gimik (setelah selesai) Gimik yang kita saksikan sebentar tadi menggambarkan kisah lima orang sahabat yang berusaha untuk mengembalikan kepercayaan guru setelah mereka menyedari kesalahan yang telah dilakukan melalui lakonan mencari buku yang telah dihilangkan sejak sekian lama. maka rasmilah sudah majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Mukah 2016. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk menyempurnakan upacara pemotongan kek Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Mukah 2016. (P) -pemotongan kek (setelah selesai) Dengan selesainya gimik perasmian dan upacara pemotongan kek sebentar itu tadi. (L) (bersedia untuk pemotongan kek. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Hal ini selaras dengan tema perayaan hari guru pada tahun ini iaitu GURU: PEMBINA NEGARA BANGSA.

Lafaz ikrar Teks Sapaan Sidang majlis sekalian. Cikgu Dora anak Setin 8. Catatan (P) Kita teruskan acara pada petang ini dengan Lafaz Ikrar Guru Malaysia. Cikgu Enseng @ Austin Tinsing anak Sada 5. Dijemput barisan pemimpin lafaz ikrar yang diketuai oleh Cikgu Noromi bin Hassim untuk memimpin lafaz ikrar pada petang yang indah ini. Cikgu Noromi bin Hassim diberikan penghormatan untuk mengetuai barisan pemimpin lafaz ikrar ini kerana beliau akan bersara pada bulan Disember nanti. Cikgu Juwairiah binti Mat Ail 12. Cikgu Noromi bin Hassim 2. Cikgu Mahmut @ Ahmad Mahmud bin Jakriah 3. Cikgu Dayang Hazijah binti Awang Seruji 7. -lafaz ikrar (L) (setelah ikrar selesai) Warga pendidik sekalian dipersilakan duduk. Cikgu Tan Beng Yan Untuk makluman hadirin. 9) Aturcara 2.m. terdiri daripada: 1. Cikgu Mohmed bin Ajol 4. Barisan pemimpin lafaz ikrar itu tadi. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pemimpin lafaz ikrar guru kita itu tadi. (pembaca ikrar sudah bersedia) Warga pendidik sekalian dipohon untuk berdiri dalam keadaan sedia. dan 13. (L) Lafaz ikrar pada kali ini diberi penghormatan kepada warga pendidik daerah Mukah yang akan bersara. Cikgu Moses bin Ignitius Klumai 9. Cikgu George Meling @ Malang anak Medan 6.38 p.Bil. Cikgu Majiah binti Mahmud 10. Cikgu Abdul Wahab bin Haji Sapawi. Cikgu Catherine Kiew Moi Hua 11. -6- (L) .

Ayuh berikan tepukan yang cukup gemuruh untuk mereka. dan akan dipersembahkan pasukan penari SK Kuala Balingian. (L) (PANTUN) Lebat rumbia dahannya rendah Sayang senduduk di tepi muara Penganan mulia terletak sudah Samalah duduk menjamu selera Hidangan sudah pun tersedia di atas meja. Persembahan tarian “Nyivan Doh”.m. Dipersilakan.10 p. kumpulan koir itu tadi di bawah pimpinan _________________________. 3. mendapat cue floor manager) Sambil-sambil kita menikmati hidangan yang disediakan. kita akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian solo dan tarian. Dengan sukacitanya dipersilakan. Nyanyian Solo -makan (nyanyian solo. Catatan (P) Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian koir daripada warga SMK Mukah. Untuk makluman sidang hadirin. dipersilakan Adik Nordiana dari SK Mukah untuk menyampaikan dua buah lagu yang berjudul “Kekal” dan “Terima Kasih Buatmu” (lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cikgu Norzelan dari SK Mukah. 10) Aturcara 2. Jamuan / (setelah selesai) Demikianlah tadi. Untuk itu. Kumpulan koir ini akan mempersembahkan dua buah lagu berjudul “Guru Malaysia” dan “Pendidik Bumi Kenyalang”. -7- (P) . Persembahan koir Teks Sapaan Sidang dewan yang dihormati.m. sejenis tarian orang ulu akan menyusul selepas persembahan nyanyian solo itu nanti. -persembahan koir 11) 3. tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan untuk sama-sama menikmati hidangan yang telah disediakan. Dengan penuh sukacita. Dipersilakan.03 p. persembahan koir oleh warga SMK Mukah.43 p.Bil.m. (P) Sidang hadirin sekalian.

Abus & Kamaruzulzaman b.Bil. sidang dewan yang dihormati. Naib Johan. (penyampai hadiah telah bersedia di pentas) Pemenang Pertandingan Badminton Sempena Sambutan Hari Guru 2016 Anjuran Bersama Bank Rakyat dan Pejabat Pendidikan Daerah Mukah pada 23 April 2016 (L) Dijemput Tempat Ketiga Bersama. (L) Demikian tadi. Suhaini b. Penyampaian hadiah Pertandingan badminton Teks Sapaan Catatan (memulakan semula majlis) Tuan-tuan dan puan-puan. Ayuh kita kembali ke agenda utama majlis kita pada hari ini. Hui Ima Was Norazlyn bt. Terima kasih dan tahniah diucapkan. 8. Pasukan PPD Mukah B diwakili oleh: 1. persembahan yang cukup indah dan menarik oleh anak-anak cilik kita.23 p. Sahaili Haminah bt. Paul Lutau Nur Annisa bt. Dipersilakan. Bagi memulakan upacara penyampaian hadiah.m. Peter Dillah & Mathew Alec Ahong. Isa & Julian Mathew Naib Johan: Stewart bin Polycarp & Jamal bin Abdullah Dan Johan untuk pertandingan ini: Ramli b. Md. 4. Risad @ Venesa Siti Nur Azanee bt. Pengurus Bank Rakyat Cawangan Mukah untuk tampil ke pentas utama bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Badminton dan Bola Jaring sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mukah 2016. Roslan Untuk Pertandingan Bola Jaring Sempena Sambutan Hari Guru 2016 Anjuran Bersama Bank Rakyat. 7. Hj. Pejabat Pendidikan Daerah Mukah dan Politeknik Mukah pada 14 Mei 2016 di Dewan Kem Belia Mukah. dipersilakan Yang Dihormati. Kamarudin (sambung sebelah) -8- (P) . Jamaliah bt. dan Noorshima bt. 2. Buseman. 5. 3. 6. Encik Halmi bin Mosli. Dairi Beatrice Bt. Aturcara 12) 3.

Bil. 1. Pasukan PPD Mukah A oleh: 1. 2. Berikut dibacakan kriteria-kriteria anugerah sempena Sambutan Hari Guru 2016.26%) 2. 5. 3. Encik Halmi bin Mosli menyempurnakan upacara penyampaian hadiah itu tadi. 4. Anugerah Kecemerlangan Akademik • Diberikan kepada sekolah yang: 100% lulus UPSR 2015 • melahirkan murid mendapat semua A dalam UPSR dan SPM 2015 • GPS UPSR 2015 mengatasi pencapaian peringkat daerah/negeri (2. dan • Peratus layak mendapat sijil SPM 2015 mengatasi peringkat negeri (82. Abdullah Corina Rose Skah Hjh. 7. Di atas kesudian Yang Dihormati. Aturcara Teks Sapaan Mohon wakil penyertaan. 6. pasukan untuk Catatan menerima Dan Johan. Mardiah bt. dan • Peratus menguasai mata pelajaran melebihi 80% dalam UPSR 2015 -9- (L) .50) • Peningkatan prestasi dalam UPSR 2015 dari segi GPS berbanding tahun 2014.48) • GPS SPM 2015 mengatasi pencapaian peringkat negeri (5. Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Diberikan kepada sekolah yang: pencapaian konsisten dalam UPSR untuk tiga tahun berturut-turut dari segi pencapaian GPS (GPS di bawah 2.00 dan 2.47). Awang Mostapha Hartini bt. Ali Corenea Cosmas Kiew Siew Hua Mohon wakil pasukan untuk menerima piala serta sijil penyertaan. sijil (P) yang diwakili Munah ak Ugin Dayang Sapiah bt. 13) Penyampaian sijil penghargaan Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Hari Guru. majlis mengucapkan terima kasih. Ali Noorafzan bt. 8.

LBI & Numerasi) untuk Tahun 1.Bil. Tahun 2. serta • Sekolah Cemerlang LINUS 2.0 • Anugerah Pengurusan Kecemerlangan Kokurikulum . Anugerah Sumbangan Bakti Guru dalam Kokurikulum dan Sukan • Penghargaan kepada pencapaian guru-guru yang telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulum sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. dan Tahun 3. (L) (Penyampai hadiah bersedia) Dipersilakan: 1) Guru Besar SK NANGA SIKAT. majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ___________________________________________ ___________________________________________ untuk menjemput dan mengiringi ___________________________________________ ___________________________________________ naik ke pentas utama bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan anugerah.0 2015 (LBM. (L) 6.10 - (P) . Dengan segala hormatnya dipersilakan.0 • Diberikan kepada sekolah yang: Mencapai KPI LINUS 2.0 (P) 4. Aturcara Teks Sapaan Catatan 3. Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum • Diberikan kepada sekolah yang: mendapat Pencapaian Terbaik di Peringkat Negeri/Kebangsaan (P) 5. Anugerah LINUS2. menerima • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2. Sijil Penghargaan Penganjuran Peringkat Negeri Tahun 2016 • Diberikan kepada Sekolah yang telah terlibat dengan penganjuran aktiviti sukan dan kokurikulum peringkat negeri (L) Bagi menyempurnakan penyampaian kali ini.

0 8) Guru Besar SK MUKAH • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah Pencapaian Tertinggi Kokurikulum • Anugerah Sumbangan Bakti Guru dalam Kokurikulum & Sukan 9) Guru Besar SK KUALA BALINGIAN • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2.0 4) Guru Besar SK DATUK AWANG UDIN • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah 5) Guru Besar SK ST PATRICK • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah Pencapaian Tertinggi Kokurikulum (P) 6) Guru Besar SK KAMPUNG TELLIAN • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2.0 7) Guru Besar SK KAMPUNG JEBUNGAN • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2.0 Catatan (L) 3) Guru Besar SK KUALA KENYANA • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2. Aturcara Teks Sapaan 2) Guru Besar SK BUKIT INKERBAI • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2.11 - (L) .0 • Anugerah Pencapaian Tertinggi Kokurikulum • Anugerah Sumbangan Bakti Guru dalam Kokurikulum & Sukan .Bil.

0 • Anugerah Pencapaian Tertinggi Kokurikulum • Anugerah Sumbangan Bakti Guru dalam Kokurikulum & Sukan 16) Guru Besar SK KAMPUNG TEH • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2.0 17) Guru Besar SK PENAKUP ULU • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2. Aturcara Teks Sapaan 10) Guru Besar SK DUA SUNGAI • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2.12 - (P) .0 13) Guru Besar SK KAMPUNG SAU • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2.0 Catatan (P) 11) Guru Besar SK SLDB NO.0 18) Guru Besar SK SUNGAI DUAN • Anugerah Usaha Gigih Sekolah 19) Guru Besar SK SUNGAI BADENGAN • Anugerah Usaha Gigih Sekolah .0 (L) 14) Guru Besar SK KAMPUNG PETANAK • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah 15) Guru Besar SK KAMPUNG SEBERANG • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah LINUS 2.Bil.1 • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah 12) Guru Besar SK SUNGAI LIUK • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Anugerah Usaha Gigih Sekolah • Anugerah LINUS 2.

13 - (P) .0 23) Guru Besar SK LUBOK BEMBAN • Anugerah LINUS 2.0 25) Guru Besar SJK CHONG BOON • Anugerah LINUS 2.Bil.0 • Anugerah Kecemerlangan Sukan & Kokurikulum • Anugerah Sumbangan Bakti Guru dalam Kokurikulum & Sukan • Anugerah Sumbangan Bakti Guru dalam Kokurikulum & Sukan 26) Pengetua SMK THREE RIVERS • Anugerah Kecemerlangan Akademik • Sijil Penghargaan Penganjuran Aktiviti Peringkat Negeri Tahun 2016 27) Pengetua SMK MUKAH • Anugerah Kecemerlangan Akademik 28) Pengetua SMK ST PATRICK • Anugerah Kecemerlangan Sukan & Kokurikulum Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas sempurnanya upacara penyampaian sijil penghargaan oleh ___________________________________________ ___________________________________________ .0 22) Guru Besar SK PENGKALAN LOBANG • Anugerah LINUS 2. Aturcara Teks Sapaan 20) Guru Besar SK SUNGAI PENIPAH • Anugerah Usaha Gigih Sekolah Catatan (L) 21) Guru Besar SJK EK HUA • Anugerah LINUS 2.0 24) Guru Besar SJK CHUNG HUA BALINGIAN • Anugerah LINUS 2.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak itu tadi. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon. Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon. majlis mempersilakan. Encik Clement anak Liam. Catatan (L) Majlis kita yang cukup indah pada hari ini akan diteruskan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Prestasi 2015). Syukur ke hadrat Yang Maha Esa.14 - (L) . untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha. Yang Berusaha. kerana memberi ruang kepada kita untuk sama-sama meraikan warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Mukah yang menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun 2015. mewakili Cikgu Pengarah. Untuk menyempurnakan upacara ini. majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Dihormati. Dengan penuh hormat dan takzimnya. (penyampai bersedia di atas pentas) (baca senarai penerima APC) Selang seli baca (L) & (P) Giliran ke-10 sebelum (L) terima APC.Bil. mewakili Cikgu Pengarah. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk naik ke pentas utama. bersedia untuk tinggalkan rostrum MC Majlis merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sempurnanya upacara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Prestasi 2015) oleh Yang Dihormati. . 29) Aturcara Penyampaian APC (Prestasi 2015) Teks Sapaan Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

(L) Sumbangan guru bukan sekadar memberi pendidikan kepada anak muridnya sahaja tetapi perlu lebih besar daripada itu. (P) (penerima anugerah bersedia untuk berarak masuk) Hadirin sekalian.Bil. iaitu • Anugerah Guru Contoh Sekolah Rendah • Anugerah Guru Contoh Sekolah Menengah • Anugerah Ikon Guru (P) Anugerah-anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang kepada dunia. Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon. Seseorang guru yang berilmu dan memiliki kepemimpinan yang tinggi seharusnya menggunakan kelebihan dirinya untuk menyumbang bakti kepada masyarakat yang lebih besar selain lingkungan sekolah. mewakili Cikgu Pengarah. Mengumumkan perarakan masuk barisan penerima anugerah-anugerah kemuncak Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mukah 2016. Aturcara 30) Penyampaian Anugerah Kemuncak Teks Sapaan Catatan (sebelum perarakan masuk) Seterusnya adalah penyampaian tiga anugerah kemuncak untuk Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mukah 2016. kebangsaan dan antarabangsa. dipersilakan dengan penuh hormat dan takzimnya sekali lagi Yang Dihormati. Beliau seharusnya dapat berbakti hingga ke peringkat negeri. Encik Clement anak Liam. . sebagai tanda menghargai kecemerlangan. masyarakat dan komuniti sekolah dalam bidang pendidikan. Justeru. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. (L) -perarakan masuk penerima anugerah (apabila penerima anugerah duduk) Untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah-anugerah kemuncak ini.15 - (P) . untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha. negara. maka anugerah-anugerah ini dikalungkan kepada penerimanya. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk naik ke pentas utama. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Mukah.

Bintulu pada tahun 1987-1988. Selain itu beliau sangat aktif dalam Kelab Doktor Muda (KDM) dan telah membantu Kelab Doktor Muda SK Mukah untuk mendapatkan projek partnership Kementerian Kesihatan Malaysia. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang putera dan seorang puteri. akan dilaksanakan dengan sebaiknya.Bil. Kementerian Pelajaran Malaysia dan iM4u 2016. Melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMB St Patrick Mukah pada tahun 1989-1991. Setiap tugasan yang diberikan. namun beliau telah dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu di sekolah yang sama. Pada tahun 2009-2012 beliau telah menaburkan khidmatnya di SK Mukah. Aturcara Teks Sapaan Anugerah Guru Contoh Sekolah Rendah: Anugerah Guru Contoh (Rendah) Penerima anugerah ini dilahirkan pada 19 April 1976 di Lawas. Kerjaya beliau sebagai seorang guru dimulakan di SK Kidurong 2. Beliau kemudiannya berpindah ke SMK Three Rivers. Beliau adalah penyumbang utama kepada keputusan cemerlang UPSR bagi Matapelajaran bahasa Melayu. Mukah pada tahun 1992-1995. Penerima Anugerah ini merupakan seorang yang komited dalam menjalankan tugas. kepimpinannya nyata terserlah apabila menjadi ketua panitia. . Telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati Encik Ramzi bin Julai. Mukah sebelum berpindah ke SRK Orang Kaya Mohammad. Patrick. guru pembimbing untuk aktiviti akademik dan menjadi tonggak utama dalam menjayakan projek-projek khas disekolah. Sepanjang kerjaya beliau. guru disiplin. Miri. Atas sumbangan beliau juga KDM SK Mukah telah dipilih menjadi sekolah rintis dan menjadi lokasi Zoomers Kelab Doktor muda Peringkat Negeri Sarawak 2016. Hadirin sekalian. beliau yang kami maksudkan adalah CIKGU ZULLINA BINTI RAMLI dari SK Mukah. Hadirin sekalian. Pada tahun 2009 kejayaan demi kejayaan yang dibawakan oleh beliau diiktiraf apabila dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang. Dipersilakan tampil untuk menerima anugerah. beliau bukan lagi dikenali sebagai guru biasa. Bagi Anugerah Guru Contoh 2016 (Sekolah Rendah). Bintulu bermula pada tahun 2006-2008. Pada tahun 1996 hingga 1999 beliau meneruskan kecemerlangannya dalam akademik apabila berjaya menjadi salah seorang warga Universiti Utara Malaysia. Pada tahun 2004-2005 beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sarawak.16 - Catatan (L) . Kedah. Penerima ini telah menerima pendidikan awal beliau di SRB ST. Bermula dari 2013.

Bangi. Di SMK Tun Ismail. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat A Level di Abngdon Collage. Negeri Sembilan.Bil. Diploma pendidikan beliau diperoleh apabila melanjutkan pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di SMK King George ke-5 Seremban. Beliau telah menerima Sijil Perkhidmatan cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1999. Telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati Encik Abdubrani bin Yunus. Mukah. untuk anugerah Guru Contoh (Sekolah Menengah). permintaan mahupun secara sukarela. . Dua putera dan empat puteri. Sehingga hari ini. Anugerah Guru Contoh Sekolah Menengah: Penerima ini anugerah ini dilahirkan pada 7 MARCH 1961 di Seremban Negeri Sembilan. United Kingdom. bermula tahun 1973-1979. 2005 adan 2015. malah anak-anak didiknya sendiri juga. Kerjaya beliau sebagai seorang guru bermula pada 19 April 1987. Penerima anugerah juga merupakan penerima Anugerah Gemilang pengurusan Panitia dan peningkatan kualiti peperiksaan serta Anugerah Pencapaian Kualiti Peperiksaan Awam (Matematik Tambahan). Pasangan ini dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata.17 - . Sepanjang perkhidmatan guru ini di SMK Three Rivers. Penghasilan kerja dan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan dalam melaksanakan banyak agenda atau program pada peringkat kebangsaan harus diberikan penghargaan. Sebagai guru cemerlang beliau sangat bermotivasi dan dedikasi dalam menerima tugas dan tanggungjawab sama ada bersifat arahan. Guru yang kami maksudkan ini ialah CIKGU SITI HAMIZAH BINTI HASAN dari SMK Three Rivers. Hasil cetusan idea. kreativiti dan inovasi beliau dalam banyak perkara telah membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah terutamanya dalam bidang kurikulum. Potensi dan kualiti peribadi yang ada pada calon ini meletakkan beliau sentiasa menjadi idola bukan sahaja bagi guru-guru di sekolah lain. Hadirin sekalian. Penerima anugerah ini telah berkhidmat di 4 buah sekolah dan telah dilantik menjadi Guru Cemerlang sejak tahun 2001 lagi. Aturcara Anugerah Guru Contoh (Menengah) Teks Sapaan Catatan Anugerah berikutnya. beliau banyak terlibat dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum dan pentadbiran. Rekod penglibatan dan sumbangan beliau dalam hal-hal berkaitan peranan dan tangungjawab sebagai guru cemerlang amat signifikan untuk meletakkan kedudukan beliau sebaris dengan guruguru lain yang berprestasi tinggi di daerah Mukah dan Negeri Sarawak. Oxford. Parit Raja Johor. (P) Penerima ini telah menerima pendidikan rendah beliau Di SK Ulu beranang.

Dipersilakan untuk menerima anugerah. Pada tahun 2011 beliau telah dilantik sebagai Penaung Kelab Silat Bintulu (Perguruan Jampaian Tujuh Sarawak) sehingga sekarang. beliau pernah menjadi Pengetua di SMK Batang Igan pada tahun 2002 dan SMK Belawai pada tahun 2013. Penerima Anugerah Ikon Guru yang kami maksudkan ini adalah CIKGU ABDUL WAHAB BIN HJ SAPAWI. Aturcara Anugerah Ikon Guru Teks Sapaan Catatan Anugerah kemuncak Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mukah 2016. Seterusnya beliau meneruskan kecemerlangan kepimpinan beliau menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Mukah pada tahun 2008-2012. Penerima ini telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 4 kali. Hadirin sekalian. penerima ini tanpa jemu berkhidmat dalam jabatan pendidikan selama 36 tahun. beliau merupakan pengasas Program Guru Muda sehingga menghasilkan Murid Kampung Penat mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2015 buat julung kalinya. Selain menjalankan tugas rasmi. Penerima ini merupakan seorang pegawai School Improvement Partner Plus (SIP+) yakni pembimbing kepada Pengetua dan Guru besar bermula pada tahun 2014 hingga sekarang. Anugerah Ikon Guru. Pegawai SIP Plus PPD Mukah. beliau juga sangat aktif menyumbangkan tenaga dalam aktiviti luar sehingga beliau dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam dengan gelaran Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) pada tahun 2010. Pada tahun 2010-2012 beliau telah dilantik oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian sebagai Pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS). 2003.18 - .Bil. 2009 dan 2015. Penasihat dan penyelaras program turun padang ke sekolah dan program bina upaya guru (BUG). Sepanjang perkhidmatan. Untuk makluman. Penerima anugerah ini merupakan Pencadang. iaitu pada tahun 1999. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai pendidikan Daerah Kecil. . beliau juga merupakan ahli persatuan sukan kebudayaan (PSKPP) sejak tahun 2008. Penerima ini merupakan Naib Pengerusi Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak cawangan Sibu (1988-1989) dan pernah menjadi Pengerusi kesatuan yang sama pada tahun 1994-1996. beliau juga merupakan penceramah kursus induksi bagi Zon Negeri Sarawak bermula dari tahun 1996-2014. Memulakan perkhidmatan pada 07 Januari 1980. Dalat pada tahun 2004-2008. Penerima anugerah ini telah dilahirkan pada 22 Oktober 1956. (L) Penerima anugerah ikon guru ini merupakan golongan pertama yang menjawat jawatan baharu di bawah Program Tranformasi Daerah. Dalam kalangan masyarakat khasnya tempat beliau berkhidmat. Selain itu.

Bil. Catatan (P) -sampaikan sijil (setelah selesai) Atas kesudian Yang Berusaha. (L) 33) Jamuan Penutup / Bersurai Selesai sudah acara ini. Segala yang baik dari Yang Esa. mewakili Cikgu Pengarah. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Wabilah... Berguna di kemudian hari. Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon meninggalkan majlis. penerima anugerah bersedia berarak) Hadirin sekalian. Apa yang kurang mohon dimaafi. majlis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tenang selesa tidak dinafi. Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Mukah. Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon. Tuan Haji Bugin bin Haji Ragoon. Yang daripada JPN Berusaha. 32) Perarakan Keluar Penerima Anugerah (VIP duduk. NUR ASRI BIN HAMDEN (013-8212154) . Moga ketemu di lain hari. (P) Untuk itu. Encik Clement anak Liam dan tetamu jemputan untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha. Dipersilakan. Sekian. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. mewakili Cikgu Pengarah. (L) Gunung Daik indah sentiasa. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk menyerahkan sijil penghargaan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak kepada Yang Dihormati. Untuk menjadi insan mithali. Harap majlis penuh bererti. 31) Aturcara Teks Sapaan Sijil penghargaan Seterusnya dipersilakan dengan hormatnya. Encik Clement anak Liam. Dalam usaha membina diri. terima kasih. dipersilakan Yang Dihormati.19 - . (L) Disediakan oleh: MOHD. Mengumumkan perarakan keluar penerima-penerima Anugerah Kemuncak Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mukah 2016 dari pentas utama.