You are on page 1of 28

Pengenalan

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan
banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan.
Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan
bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan
pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu
untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk
peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan
kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran
adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah
rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik
di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah
pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi
teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara
usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.
Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang
mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu
memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian
akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa
pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih
terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran
murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap
atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain
yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan
kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk
membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan
memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya
dengan mereka.
Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan
kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di
dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang
1

pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di
sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi
maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan
internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat
kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah guru dapat mengubah
peringkat membuat keputusan. Kebiasaannya, penggunaan media dirancang semasa
kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum.
Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang
sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat perancangan kurikulum,
perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan
penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih menjamin
keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.
Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran
dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional,
menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.
Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai
contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia
melibatkan penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha
sama, penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan
teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual
waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran
dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru
hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan
pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untukpembelajaran. Pengenalan kepada
jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan
kurikulum dan strategi pengajaran. Ini membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih
berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah
pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama (Yusuf Hashim, 1998).

2

slaid dan realia giat diadakan bagi membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah. Misalnya. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara. Di samping itu.Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. pada tahun 1930an. penghasilan bahan-bahan visual seperti filem. Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Lebih dari itu. ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah. Menerusi penggunaan teknologi moden ini. penggunaan komputer ini tidak hanya terhad di peringkat pendidikan tinggi sahaja. kita juga perlu melihat sama ada tenaga pendidik kini telah bersedia 3 . Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini. guru. penggunaan talian internet untuk tujuan capaian data dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain telah menjadikan sistem pendidikan negara semakin berkembang maju. Pengunaan Cakera Padat Interaktif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. pelajar dan semua pihak. gambar. malah turut mencakupi pendidikan pada peringkat prasekolah. Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di Malaysia telah lama berlaku. Berikut merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar. pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu. grafik. Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Secara amnya. Dalam melihat perkembangan positif yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perubahan positif ini telah mendorong ramai penyelidik untuk melihat keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat ini dalam sistem pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang akan dibincangkan. menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. usaha ke arah ini jelas kelihatan. teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan interaktiviti. audio video dan animasi. para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari.

Hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu murid memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial. BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara. bahan bantu mengajar bukan elektronik. carta. Menurut Ngui Kuen Sang (1981) dalam Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku mengenai BBM. Sherwin G (1963) dalam Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. R. dikisahkan. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM. 1999) Perkembangan Kanak-Kanak. dipegang. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan murid. Atan Long (1982)“ Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. 4 . dihidu. Menurut Thomas. misalnya dalam bentuk buku. Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat.mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. dirasai. Swartout. Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu. atau dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Definisi Bahan Bantu Mengajar Sebelum kita bercerita mengenai kebaikan bahan bantu mengajar (BBM) kepada guru dan murid mari kita mengetahui mengenai definisi bahan bantu mengajar. didengar.Murray. digunakan dan sebagainya. dibaca. bahan bantu mengajar berbentuk elektronik dan bahan bantu mengajar bercorak pengalaman. kemantapan emosi dan daya penghargaan.

daripada bahanbahan itu. perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian. mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka. Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para pelajar. 5 . Ini bermakna. Semasa menyesuaikan semula bahanbahan pengajaran dan pembelajaran.  Menjadikan dialog bersifat komunikatif. Disamping itu.Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan. Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada murid. pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat belajar murid. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa. lebih-lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru.  Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna. guru perlu memastikan bahawa butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran.  Aspek pertama ialah Inspirasi dan kreativiti. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya. guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Aspek ini ditekankan supaya murid-murid dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat murid.

umur. Dari segi psikologi pula. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan. Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan murid atau kelompok murid yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran Menurut Mok Soon Sang (2009) dalam Murid Dan Alam Belajar. malahan penggunaannya akan 6 . Dari segi luaran. kecenderungan dan sebagainya. kebolehan mental. penulis hanya akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru.  Memenuhi keperluan murid sama ada dari segi luaran dan psikologi. Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan. bimbingan dan penilaian. Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan murid-murid memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna. Ini bermakna. Mengadakan beberapa contoh yang praktikal. yang bertujuan untuk menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan cara yang berkesan. pengelolaan. Walau bagaimanapun. Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajarmurid-murid. penyampaian. bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan muridmurid terutama dari segi minat. bahan-bahan itu harus boleh membantu para murid dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. di bahagian ini.

Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta murid tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai. atauun pengajaran individu. poster. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa. atau untuk pengajaran berkumpulan. sama ada untuk kuliah umum di dewan. Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan. Misalnya warna hijau untuk daun. b) Jangka Masa Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. misalnya akhbar. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran. ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. biru untuk langit dan lain-lain. c) Strategi Pengajaran Pembelajaran 7 . atau pengajaran biasa di bilik darjah. atau dalam keadaan tertentu. atau bahagian tertentu sahaja. a) Saiz/Pengelolaan Kelas Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok murid yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak. rancangan radio/tv dan sebagainya.lebih bererti jika bahan tersebut dibina murid-murid sendiri. Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada murid. rakaman.

Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-peraturan bahasa). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk ketepatan stilistik. style (formal. Ketepatan kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. minat pelajar. Konsep ini berdasarkan daripada ‘communicative competence’ yang menekankan bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan. bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi. e) Ketepatan Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat. kita harus dapat menerap situasi sosial. Biasanya maksud disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan melalui ‘nonverbal means’ tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. tanpanya peraturanperaturan tatabahasa adalah tidak berguna. Pengetahuan murid-murid terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu. neutral dan informal). Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku. Dalam hal ini. f) Kepelbagaian Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. dan medium (lisan dan tulisan). Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu. laras (occupational register). taraf penguasaan bahasa murid. d) Bentuk dan Fungsi Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. pengetahuan dan pengalaman pelajar. dan situasi bahasa yang dirancang.Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran. Apabila kita menggunakan bahasa. 8 .

para murid bukan sahaja sekadar dapat menambah pengetahuan baharu tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri. Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik 9 . masyarakat dan negara. diubahsuai selaras dengan kebolehan para murid. bahan-bahan tersebut disunting. i) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. h) Standardisasi dan Simplikasi Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para murid. maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan. kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya.g) Kemahiran Bahasa Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Melalui strategi ini. bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina. Oleh yang demikian. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat. perbezaan kawasan. Dalam proses ini. Biasanya melalui proses standardisasi.

Model 11. Carta 8. Komputer 2. OHP 5. Fail tegak dan bahan bacaan 5. Papan pengajaran 10. Kad imbasan atau kad cantuman 7. Buku teks 3. Papan tulis 2. LCD 3. Grafik 9. Diorama Bahan Bantu Mengejar Elektronik 1. Gambar 6. Internet Kepentingan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 10 . Boneka 12.1. Speaker 4. Papan Pamer 4.

Murid juga dapat memahami dengan lebih jelas dengan ulangan-ulangan yang dibuat oleh guru. Kanak-kanak memang tidak dapat menumpukan sepanjang masa perhatiannya dalam sesuatu perkara. Dalam teknik bercerita pula guru boleh menggunakan video sebagai bahan bantu mengajarnya. Justeru guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar itu. bahan-bahan seperti cerita-cerita teladan atau rakaman video sebenar. bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat mengekalkan minat murid untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan dapat meransangkan para murid untuk belajar. Jika guru dapat menyediakan bahan bantu mengajar yang maujud atau 3 Demensi adalah lebih baik. Antara kepentingan bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat murid.Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ini kerana imejenasi murid pada tahap kanak-kanak adalah masih tidak kukuh seperti orang dewasa. Justeru dengan bahan bantu mengajar yang maujud ianya banyak membantu dalam membina dan memperkukuhkan konsep dalam fikiran kanakkanak. Bahan bantu mengajar seperti video dan audio akan dapat memudahkan guru untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih jelan dan contoh yang lebih kukuh serta dapat diulang-ulang sehingga murid memahaminya. Dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Setelah selesai melihat video tersebut guru akan menceritakan semula cerita yang telah ditayangkan tadi kepada murid. Disamping itu. Biasanya guru akan bercerita dan murid akan mendengan sahaja. Tetapi pelajar suka akan perkara-perkara yang menarik dan tidak membosankan seperti bermain. menonton video. Sebagai contoh jika guru membuat sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk mengajar membatang suku kata guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif dengan disertakan gambar-gambar yang menarik yang dapat menarik minat dan perhatian murid untuk mengikutinya. Ianya akan menjadi interaksi satu hala dalam sesi pembelajaran. Para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Guru juga perlu menitik beratkan penggunaan warna agar ianya lebih nampak menarik. Tetapi dengan menggunakan bahan bantu mengajar elektronik iaitu video guru boleh menayangkan dahulu video tersebut dan murid akan melihatnya. mampu menarik perhatian kepada proses ingin tahu dalam hati para murid. Guru tidak menguasai 11 . mendengar cerita membuat ekspirimen dan membuat aktiviti. Tetapi semasa guru menceritakan semula cerita yang telah ditayangkan guru mengajak murid untuk turut bercerita bersama-sama murid.

Menurut Piaget (1962) dalam Murid Dan Alam Belajar. pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Manakala menurut teori konstruktivisme pula menyatakan ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi ianya dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Penggunaan bahan sokongan seperti gambar. Guru juga dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran disamping murid dapat meningkatkan kefahaman secara 12 . Jika kanak-kanak sentiasa melakukan sesuatu secara berulang-ulang kali kanak-kanak akan memahami sesuatu itu dengan lebih baik dan akan dapat meramal perubahan tingkah laku. komputer atau internet atau sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan. Tokoh-tokoh tersebut telah melakukan ujikaji yang telah dijalankan ke atas seekor anjing. Justeru itu asas yang ada di dalam diri kanak-kanak jika diajarkan secara konkrit dan berkesan ianya akan meresap dalam pemahaman kanak-kanak. Oleh yang demikian guru berperanan penting dalam membantu membina kefahaman. Fikiran merka akan terbuka untuk melengkapkan pelajar menjadi seorang berani dan petah dalam berbicara apabila beransur dewasa. main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang. murid akan dapat membina secara perlahan-lahan keyakinan diri mereka untuk beriteraksi dan mengeluarkan pendapat mereka sendiri. Seperti kajian yang telah dilakukan oleh tokoh pembelajaran seperti Pavlov. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar kanak-kanak dapat melihat dasar yang konkrit melalui contoh-contoh yang dibina oleh guru sama ada secara 2D atau 3D untuk membantu murid memperkukuhkan dasar kefahaman mereka terhadap sesuatu yang dipelajari. Murid tidak akan menjadi pelajar yang pasif dan hanya mendengar sahaja. Kanak-kanak yang bermain dan membina kefahaman yang kukuh kerana ianya melalui pengalaman sendiri. Thorndike dan Skinner dalam teori pembelajaran behaviorisme dalam Murid Dan Alam Belajar. sekaligus internet akan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak perlu di kalangan para murid. Mereka akan memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai.sepenuhnya dalam penceritaan itu. Contohnya dengan melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi oleh murid. Di samping itu juga. Dengan bahan bantu mengajar yang sesuai guru akan dapat mengajar dan meningkatkan kefahaman kanak-kanak tersebut. Melalui pengulangan dan latih tubi kanak-kanak akan dapat menjadikan asas kefahaman kepada yang lebih konkrit dalam pemahaman mereka. Seterusnya bahan bantu mengajar dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. Keadaan ini secara tidak langsung akan melibatkan murid secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Melalui bahan bantu yang sesuai akan memberi peluang murid berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran. Selain itu. Guru juga dapat meleksanakan pembelajaran secara kendiri dengan bahan bantu mengajar menggunakan internet. malah ia juga dapat membina pemikiran yang berterusan. Dengan menggunakan bahan yang menarik seperti boneka. di samping meramalkan kemungkinan-kemungkinan yang lain. Ini kerana dalam arus pemodenan kini generasi harus mahir dalam penggunaan ICT. membantu pemahaman dan perbendaharaan kata murid. guru meminta para murid memberikan idea berdasarkan gambar tersebut. Ini dapat membina keyakinan dalam diri murid tersebut. penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Justeru dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk. Contohnya dalam aktiviti menggunakan bahan rangsangan gambar tunggal.meluas dengan penggunaan internet dan komputer. pengajaran bahasa Melayu akan memberikan keseronokan kepada para murid. Para murid juga boleh dilibatkan bersama dan secara tidak langsung pembelajaran secara interaktif dapat dilaksanakan. 13 . Penggunaan bahan bantu mengajar komputer dan internet adalah sangat digalakkan. Ini kerana pembangunan teknologi kini seiring dengan perkembangan pendidikan yang lebih banyak menggunakan kecanggihan dalam teknologi. Kepentingan bahan bantu mengajar bukan sekadar yang telah dinyatakan dia atas sahaja. Tidak kurang penting. Selain itu guru juga boleh memberikan tajuk kepada murid untuk mereka membuat slaid dan dibentangkan dihadapan semwaktu pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan rasa terhibur dan terangsang lebih-lebih lagi sekiranya guru yang mengajar bijak memainkan peranan sebagai tukang cerita serta jalan cerita juga tidak membosankan. bahan bantu mengajar juga dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para murid berbanding kaedah konvesional yang lebih memfokuskan penggunaan kaedah syarahan dan buku teks. Keaadan ini adalah sebagai persedian kepada murid-murid untuk membina pengetahuan mereka sebelum ketahap yang lebih tinggi iaitu di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah. mendorong murid menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaan mereka dan dapat memberi pengalaman baru serta menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Guru juga boleh meminta murid sendiri memainkan boneka tersebut agar pengajaran lebih menarik. yang kurang digemari oleh para murid. Sebagai contoh guru boleh memberikan soalan kepada murid dan meminta mereka untuk mencari jawapan yang sesuai melalui pencarian maklumat di internet.

lebih-lebih-lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid sekaligus mereka akan mendapat pengetahuan baharu. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada murid. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat murid. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan. Salah satu daripada implikasi positif penggunaan BBM dalam proses pembelajaran ialah ianya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalam penyampaian pelajaran. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermaksud murid dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran. 1999) dipetik daripada jurnal Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar. lebih-lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru.Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. 14 . Contohnya semasa melaksanakan aktiviti menggunakan BBM ini guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk pergi ke hadapan dan mengeja perkataan yang terdapat pada papan carta pusing yang telah disediakan. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar. Ini bermaksud murid dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan. pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat murid.

Secara tidak langsung ini akan menjadikan mereka lebih professional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah. Di samping itu. Penggunaan BBM yang berkesan juga akan menggalakkan guru untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah. 15 . Aplikasi penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar ini akan lebih berkesan kerana ianya tidak hanya terikat kepada kaedah “talk and chalk”. penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu memberi kesan yang positif baik kepada murid dan guru sama ada dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mahupun peningkatan dalam akademik dan amalan dalam ikhtisas perguruan. Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Bagi menghasilkan perlaksaaan aktiviti yang berkesan. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Jika dilihat dari segi interaksi pula. penggunaan BBM yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar. Dalam erti kata lain dengan adanya integrasi pendekatan yang digunakan akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada semua murid kerana mereka tidak terikat dengan teknik pengajaran tradisional yang agak membosankan dimana ianya lebih berpusatkan guru sahaja. Oleh itu. melalui aktiviti penggunaan BBM ini juga akan memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. Contohnya semasa belajar suku kata ini murid yang sudah fasih membaca boleh membantu rakan yang masih lemah penguasaan membaca mereka mengeja perkataan yang diberikan dalam kad suku kata pada BBM yang telah disediakan oleh guru. guru akan mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid.

Manual Pembelajaran Langkah 1 Buka folder pembelajaran pada Microsoft power point Klik di sini Langkah 2 Microsoft power point akan terbuka dan besarkan skrin tekan butang slide show di bawah Klik di sini Langkah 3 16 .

Slide ditunjukkan pada gambar rajah di bawah. Langkah 4 Power point akan menunjukan slide kandungan dan kilik pada petak UNSUR SENI. Klik di sini Seterusnya slid akan menunjukan gambar tersebut dan klik pada Bentuk 17 .Slide akan penuh pada skirn dan klik sekali pada mause untuk slide seterusnya.

Klik di sini Slide akan menunjukkan seperti gambar rajah di bawah dan selepas itu klik pada icon Klik di sini Slide akan menunjukkan gambar pada rajah di bawah dan klik JALINAN 18 .

Klik di sini Slid akan menunjukan seperti gambar rajah di bawah dan klik ikon Klik di sini Slid akan menunjukan seperti gambar rajah di bawah dan klik ikon 19 .

Klik di sini Slid akan kembali kepada kandungan dan plih PRINSIP REKAAN Klik di sini Slid akan menunjukkan seperti rajah di bawah dan klik pada IMBANGAN 20 .

Klik di sini Slid akan menunjukkan seperti rajah di bawah dan klik ikon Klik di sini Slide akan menunjukkan seperti rajah di bawah dan klik ikon 21 .

Klik di sini Slide akan kembali ke kandungan dan klik pada VIDEO Klik di sini Slide akan memainkan video. Setelah video tamat tekan ikon 22 .

Slide akan kembalik ke kandungan dan klik pada APRESIASI Klik di sini Slid akan menunjukkan seperti rajah di bawah dan klik pada slid 23 .

Klik di sini Klik ikon jika hendak kembali ke menu Klik di sini Kesimpulan 24 .

Seseorang guru harus mahir mengenal pasti. penjaga. namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa. 25 . Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan komputer pada peringkat pendidikan awal adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya. Oleh yang demikian. Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. menarik perhatian. Ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Bahan bantu mengajar memudahkan para guru memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi tanggung jawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih dari itu. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya. menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan bahan bantu mengajar kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang. Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak. Penggunaan Bahan bantu mengajar perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan. seperti penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya.

Brett dan M.Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan. pusat sumber sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guruguru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Nash (1998). Walau bagaimanapun. A. Bibliografi P. Multimedia Language Learning Courseware: a 26 . Di sekolah. sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi Bahan bantu mengajar tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya.

html Diakses pada 27 oktober 2014 27 . Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor Darul Ehsan :Oxford Fajar Sdn Bhd. (2003). Selangor Ahmad Mohd Salleh. Bhd. 19-33 Rosseni Din. Journal of Computer and Education. (1998). Abdul Ghani Bujang. Ahmad Fadzil Fauzi. Pedagogi 1 Kurikulum & Pengurusan Bilik Selangor Darul Ehsan : Kumpulan Budiman Sdn. Mok Soon Sang. Selangor Darul Ehsan : Kumpulan Budiman Sdn. Puchong Selangor : Penerbit Multimedia Sdn. (1986). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2.com/kemahiran-pemilihan-danaplikasi-alat-bantu-mengajar-abm/. Rosini Abu & Ramlah Hamzah.blogspot. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Mok Soon Sang. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Diakses pada 27 oktober 2014. Jurnal Bahan Bantu Mengejar Berteknologi : http://nengamirah. Khairul ameera (2012). Bhd. Puchong Selangor : Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik. Bhd. Bhd.com/2011/12/jurnal-bahan-bantu-mengajar. Mook Song Sang (2009). (2002). (2009). Mok Soon Sang (2010). Puchong Selangor : Penerbit Multimedia Sdn. Nur Amirah Binti Awang (2011). (2008). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. (2009). Mok Soon Sang.wordpress. 32. Mok Soon Sang.design Solution ti the production of a series of CD-ROMs. Pengajaran Prinsip dan Amalan. Bhd. Brunei. Asas Pedagogi Dalam Pengajaran-Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Kumpulan Budiman Sdn. kemahiran pemilihan dan pengeplikasian bahan bantu mengajar : http://khairulameera. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional. Bagaimana Merangsang Seronok Belajar. (2002). (1994). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Murid Dan Alam Belajar.

28 .