You are on page 1of 1

Terima kasih tuan pengerusi majlis.

Yang berbahagia guru besar/gpk 1/gpk 2/ sekolah kebangsaan
………………………………….., yg dihormati en. ……………………………., seterusnya
rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
keizinanNya, kita dapat menjalankan satu program bina insan guru yang mana hasil
daripada program ini dapat kita manfaatkan pada masa hadapan. Juga, tidak lupa
buat pihak pengurusan sekolah yang mana telah memberikan kebenaran kepada
pihak kami bagi mengadakan program serta banyak membantu kami dalam
menjayakan program bina insan guru ini.
Juga tidak lupa jutaan terima kasih kami buat guru cemerlang kemahiran hidup
sekolah kebangsaan ……………………………………., En/Puan/ Cik
…………………………………………………… yang sudi meluangkan masa untuk kami.
Banyak input-input yang kami peroleh dan maklumat yang sebegini adalah
diperlukan bagi kami dalam langkah menjadi seorang guru yang baik dan
cemerlang pada masa akan datang. Perkongsian pengetahuan sebegini yang
menjadi kunci kepada pintu kotak fikiran bagi seorang bakal guru yang berjaya.
Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan
yang banyak membantu dan sentiasa bekerjasama dalam usaha menjayakan
program ini. Tanpa kerjasama yang padu, pastinya kita tiada di sini dan program ini
tidak dapat dijalankan.
Akhir kata daripada saya, semoga hasil daripada program ini dapat kita semua
manfaatkannya. Jutaan terima kasih sekali lagi buat pihak sekolah kebangsaan
………………… dan juga rakan-rakan sekalian.
Sekian.