You are on page 1of 7

Makanan untuk Kanak-Kanak 1 – 6 Tahun

Makan untuk Kesihatan
Anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa
ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara
sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah
didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis
makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu
pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
Piramid Makanan

Makan sedikit – lemak, minyak dan gula

Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang

Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan

Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang
membantu menjauhi penyakit.
Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh.
Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan
membina tubuh dan menyembuhkan luka.
Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang
tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

1

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun Bilangan Sukatan Sehari Kumpulan Makanan Nasi dan gantiannya Pilihan Satu Sukatan ½ cawan nasi 1 – 3 tahun 4 – 6 tahun 6 8 ½ cawan bijirin sarapan 3 keping biskut kraker 1 biji kentang saiz sederhana 1 keping kuih 1 cawan bubur nasi Susu 1 gelas 2–3 3 Ikan dan gantiannya ½ ekor ikan 2 2 1 ketul ayam atau daging saiz kotak 2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala 1 keping taukwa ½ cawan kekacang 1 biji telur Sayur-sayuran 2 sudu makan 2 2 Buah-buahan 1 potong atau satu biji 1 1 2 .

Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun Sarapan pagi 1 gelas susu 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem Minum pagi 3 keping biskut ½ gelas minuman bersusu Makan tengahari ½ cawan nasi 1 ketul ayam goreng kicap 2 sudu makan sayur Air masak Minum petang 1 keping kuih 1 potong buah ½ gelas minuman bersusu Makan malam 1 mangkuk mihun sup Minum malam 1 gelas susu Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun Sarapan pagi 1 cawan mihun goreng 1 gelas minuman bersusu 3 .

Tarik minat anak anda terhadap makanan • Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu • Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan • Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan 4 .Minum pagi 3 keping biskut 1 gelas minuman bersusu Makan tengahari 1 cawan nasi 1 ketul ayam masak merah 2 sudu makan sayur 1 potong buah-buahan Air masak Minum petang 2 keping kuih 1 gelas minuman bersusu Makan malam 1 cawan bubur nasi campur ikan Air masak Minum malam 1 gelas susu Bila anak anda tidak berminat untuk makan…..

Beri makanan ringan yang berkhasiat Makanan ringan yang digalakkan Jagung rebus Sandwic Buah-buahan Susu kacang soya Biskut kraker Susu 5 . mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari.Sediakan makanan yang menarik • Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik • Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk • Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik • Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan • Elakkan memarahi anak anda semasa makan • Jangan ugut anak anda untuk makan • Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak • Galakkan anak anda makan sendiri • Makanlah bersama-sama Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Di samping 3 hidangan utama. Oleh itu. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula. makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan.

Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik 6 . adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan. Oleh itu. Pengawasan berat badan anak anda Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya.Dadih Air buah Bebola ikan Keropok lekor Makanan ringan yang tidak digalakkan Snek dalam paket Ubi kentang goreng Gula-gula Coklat Biskut krim Kek manis Minuman bergas Sirap Vitamin Tambahan Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Penambahan berat badan yang memuaskan Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan. Sekiranya berat badan anak tidak meningkat.

7 . Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan 4. 2. Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan 3. Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan. Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa 5. Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran Petua 1. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian.