You are on page 1of 2

KG.

SUNGAI SARANG BUAYA
Kampung Sungai Sarang Buaya terletak di Mukim Sungai Balang dalam daerah
Batu Pahat. Kampung ini lebih dikenali oleh orang-orang Cina sebagai
"Panglong" (sempena nama sebuah kilang papan) telah dibuka lebih kurang
seabad yang lalu oleh Tahir bin Mohammad. Kampung ini dibuka atas cadangan
Temenggong Seri Maharaja Johor pada masa itu iaitu Daeng Abu Bakar.
Kampung ini dibuka sebelum kedatangan British iaitu pada tahun 1872.
Bak kata pepatah "Bagaimana acuan begitulah kuihnya". Disebabkan terlalu
banyak buaya dalam sungai yang berdekatan dengan kampung ini maka
dinamakan kampung ini "Kampung Sarang Buaya". Dalam jarak satu rantai
sungai itu, kita boleh berjumpa kira-kira 5 hingga 8 ekor buaya. Buaya-buaya itu
dikatakan sangat besar kira-kira 2 hingga 5 depa. Terdapat 2 jenis buaya dalam
sungai tersebut iaitu Buaya Tembaga (kuning) dan Buaya Hitam. Pada musim
panas, buaya-buaya ini akan naik ke tebing sungai untuk berjemur dan
mengangakan mulut untuk menangkap mangsanya. Buaya juga dikatakan tidak
mempunyai lidah, insang dan anak tekak. Buaya bernafas dengan
menggunakan limau-limau. Selain itu reptilia ini mempunyai kelemahan iaitu
tidak boleh menelan mangsanya di dalam air, tidak boleh menghadamkan
tulang mangsa yang ditelannya dan tidak boleh melakukan apa-apa apabila
kakinya terikat pada belakang badannya. Selain itu buaya akan segera mati
apabila ditikam secara menyongsang dari belakang iaitu dari bahagian bawah
ekor hingga ke kepala terutama di bahagian leher.
Pada awal kehadiran reptilia ini dalam sungai, ia tidak menganggu keselamatan
penduduk-penduduk di situ. Tetapi 'malang tidak berbau' dalam ketenangan dan
kedamaian air sungai pada mulanya, ianya berubah apabila buaya mulai
mengganas. Kanak-kanak bernama Kamariah telah terkorban dibaham buaya
sewaktu sedang mandi di sungai bersama rakan-rakanya. Tragedi ini berulang
apabila dua orang kampung terkorban dan seorang cedera. Mereka ialah Sardan
bin Adam sewaktu sedang mengail dan seorang Cina sewaktu sedang kada
hajat manakala yang cedera ialah En. Ismail yang cedera dimuka semasa
sedang membasuh mukanya.
Dengan terjadinya peristiwa hitam ini, muncul dua orang yang berkebolehan
untuk menangkap buaya. Sejak ada penangkap buaya, keganasan semakin
berkurangan dan perasaan cemas serta takut penduduk berkurangan. Menurut
Tn. Hj. Ali terdapat dua cara untuk menangkap iaitu cara "Alih" dan "Tempuling".
Tempuling ialah ialah sejenis alat yang dibuat daripada sebatang buluh yang
hujungnya diikat pada pisau toreh yang tajam dan pangkalnya diikat pada
pelampung. Manakala Alih ialah sejenis mata kail yang besar yang dipasangkan
umpan seperti ayam atau anak anjing yang akan menarik perhatian buaya
untuk memakannya. Cara Alih biasanya untuk menangkap/membunuh buaya
kecil manakala cara Tempuling untuk menangkap/membunuh buaya besar.
Kini dipercayai masih terdapat lagi buaya dalam Sungai Sarang Buaya. Ini
terbukti apabila seekor anak buaya tersangkut di Pintu Air kampung ini pada
tahun 1992.

Hj. mereka begitu terperanjat apabila mendapati kayu yang mereka pijak itu adalah merupakan beberapa ekor buaya. Menurut Tn. Menurut beliau. seterusnya jambatan ini boleh dilalui kenderaan seperti kereta.SEJARAH JAMBATAN SUNGAI SARANG BUAYA Pada awalnya Sungai Sarang Buaya hanya direntangi oleh jambatan yang diperbuat dari batang Nibung dan kemudian diganti dengan jambatan kayu pada tahun 1924. Naim (Bekas Ketua Kampung Kg. Berdasarkan cerita Tn. Kedatangan mereka ialah semata-mata untuk mengambil kangkung yang tumbuh dengan begitu banyaknya di sawah yang telah diusahakan oleh penduduk kampung sejak 1932 lagi. KENANGAN SG SARANG BUAYA Pada zaman pemerintahan Jepun. lebih kurang 20 biji bom yang dapat dikeluarkan dan Tn. Kejadian ini berlaku sewaktu mereka menghadapi masalah merentengkan kayu. Ali bimbang jikalau masih ada saki baki bom tersebut di bawah jambatan sewaktu ianya diruntuhkan pada tahun 1993 untuk diganti dengan jambatan baru. Beliau menambah lagi bahawa beliau pernah bertugas mengeluarkan bom-bom tersebut setelah kedatangan British. Sejak hari itu mereka mengetahui bahawa penghulu mereka mempunyai ilmu yang boleh menundukkan buaya. Tetapi disebabkan kemasukan kapal dagang ini tidak menguntungkan. jambatan itu pernah diletakkan dengan bom dan getah keping untuk memerangi musuh yang melaluinya. Setelah selesai semuanya. perkhidmatan kapal itu ditutup pada 1943. Sarang Buaya) sewaktu pemerintahan Jepun. Ali bin Niat (Allahyarham merupakan cicit pengasas Kg. Walau bagaimanpun mereka agak keberatan untuk memijaknya. Hj. Selepas itu pada tahun 1938 sebuah jambatan baru telah dibina dan kini jambatan telah dirobohkan kerana telah tamat tempohnya. Selain itu semasa perang Kelang (1867 .1873) diantara Raja Abdullah dan Raja Mahadi dari Selangor. sungai Sarang Buaya menjadi tumpuan orang yang datang dari Muar dan Batu Pahat. orang-orang Kelang yang diketuai Raja Mahadi telah melarikan diri ke Sarang Buaya. Hj. lori dan sebagainya. Tetapi Penghulu Kasbi menasihatkan mereka agar memijaknya tanpa melihat ke bawah. Tetapi secara tiba-tiba kayu telah terentang di hadapan mereka bagi memudahkan kerja mereka. Sarang Buaya) Penghulu Kasbi yang telah sama-sama bergotong royong membina jambatan kayu pada pemerintahannya ada seorang yang mempunyai ilmu yang boleh menundukkan buaya. . Raja Mahadi melarikan diri ke sana adalah untuk mencari tempat perlindungan. Sungai Sarang Buaya pernah dimasuki oleh kapal dagang bernama "Kapal Chalu" (berupa kapal kargo) untuk mengambil hasil-hasil pertanian.