You are on page 1of 4

KBAT keperluan pendidikan abad 21

6 April 2016 | ADMIN

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan
pendidikan masa lampau.
Jika suatu ketika dahulu, komunikasi dua hala antara guru dan murid-murid sudah
memadai, namun tahap pendidikan masa kini menuntut kemahiran berfikir di luar
kotak, kehendak jawapan pula memerlukan cara berfikir aras tinggi.
Justeru, dalam memenuhi tujuan itu, kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013–2025 telah memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
untuk melahirkan golongan murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi,
serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Transformasi pendidikan kepada KBAT adalah sesuai dengan keadaan semasa kerana
guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan muridmurid masa lalu.
Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai
sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih
mendalam.
Penerapan KBAT dalam pendidikan menggunakan pendekatan menyeluruh dan
sistematik yang merangkumi tujuh elemen, terdiri daripada tiga elemen utama iaitu

Ikuti pandangan guru-guru dalam menjayakan tuntutan pendidikan negara ke arah melahirkan murid dan pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran kritis. pentaksiran dan pedagogi serta empat elemen sokongan seperti kokurikulum. Seharusnya pemahaman itu perlu melibatkan proses berfikir. Ia memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis. menilai. boleh dikatakan kebanyakan pelajar sebenarnya menghafal atau rote learning dalam pembelajaran. Beliau yang sudah mengajar selama 24 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 Shah Alam itu menjelaskan pendidik perlu bersedia dari segi . keputusan cemerlang itu hanyalah sekadar nilai sekeping kertas kosong. memahami. Ini terjadi kerana masa kini orang memandang kepada berapakah bilangan A yang diperoleh. sumber dan bina upaya. 47. roses pembelajaran di sekolah bukan sekadar interaksi di antara guru dan pelajar. “Kerana KBAT lebih terarah menterjemahkan konsep pendidikan dalam taksonomi bloom iaitu merangkumi pembelajaran dari aras rendah ke aras tinggi iaitu pelajar mampu mengingat. Bagaimanapun. sistem pendidikan negara perlu berupaya melahirkan generasi muda berpengetahuan. pilihan membuat keputusan. menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. dan inovatif.kurikulum. mengaplikasikan. Pembelajaran bukan lagi satu arah Menurut Mohamad Khamidon Sadi. analisa. aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. sokongan komuniti dan swasta. perlaksanaan KBAT itu dapat diaplikasikan sekiranya guru diberikan persediaan yang rapi ke arah itu. Aplikasi KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Sehinggakan di penghujung harinya. Justeru itu. kreatif. Ini boleh dikategorikan sebagai kemahiran berfikir aras rendah. “Secara umumnya semua guru telah pun disediakan dengan ilmu KBAT sejak dalam pengajian pendidikan. mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.” katanya. Bukan kepada sejauh manakah kita memahami atau mendapatkan input dalam proses pembelajaran. menjana idea. dalam usaha mampu bersaing sebaris dengan negara termaju. Sebagai contoh kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang disampaikan oleh guru. Maka. membuat penilaian dan menghasilkan produk/menyelesaikan masalah.

belum tentu akan dapat pekerjaan yang memerlukan kemahiran. pelajar dan guru akan lebih tertumpu untuk mengejar silibus berbanding perlaksanaan pembelajaran secara lebih terbuka. setiap murid mempunyai tahap pemikiran berbeza." katanya. elemen aplikasi dan mencipta dapat membantu murid proaktif serta berdaya saing dengan orang sekeliling.mental dan fizikal. Pelajar yang lemah tidak ada pilihan lain untuk menjawab soalan. KBAT memerlukan inisiatif pelajar itu sendiri untuk berubah daripada pemikiran biasa kepada pemikiran yang kritis. Namun masih terlalu banyak kekangan dan kelemahan yang agak ketara dalam memastikan perlaksanaan berjalan dengan baik dalam membentuk kemenjadian diri pelajar. murid perlu menulis serta berfikir untuk mendapatkan jawapan. murid yakin memberi pendapat dan mampu membuat keputusan sendiri. Jaffry Jaafar. dengan adanya KBAT pembelajaran menjadi lebih aktif dan menyeronokkan. perbezaan tahap pelajar yang sangat ketara. Mampu membuat keputusan sendiri Pada masa yang sama guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. “Kerana ia tetap menyebabkan “exam oriented” masih dikekalkan dan justeru. Kepelbagaian soalan dapat membantu murid memahami sesuatu perkara dengan mudah. "Ini menyebabkan murid menjawab sambil lewa dan siap menjawab kertas soalan tidak sampai lima minit. kejayaan pencapaian peratusan dalam peperiksaan utama sekolah seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesebuah sekolah yang sering digemburkan pihak tertentu juga sebenarnya sedikit sebanyak masih lagi membantutkan usaha KBAT. kekangan kewangan dan sokongan ibu bapa di rumah sering kali menjadi batas bagi pelaksanaan KBAT secara menyeluruh. Kita boleh lihat dahulu murid dapat keputusan cemerlang 10A. kreatif dan masa sama sikap malu di dalam kelas semakin berkurangan kerana pelajar diberi pendedahan untuk bercakap dan memberi pendapat sama rata. sokongan dari segi prasarana di dalam bilik darjah.Ujarnya. Melalui pendekatan KBAT. Seperti yang terdapat dalam enam aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). di samping prasarana yang sesuai dan kondusif bagi menterjemahkan KBAT dalam pembelajaran. berpendapat soalan berbentuk objektif yang digunakan sebelum ini menyebabkan murid yang lemah akan memilih secara rawak serta tidak membaca soalan yang diberikan. .” jelasnya. "Kesan positif melalui KBAT.“Tidak lagi spoon feeding atau satu arah. 32. Melalui format baru kertas soalan berdasarkan KBAT. Sementara. “Mereka dilihat menjadi lebih pro aktif." jelasnya. Namun hakikat yang perlu diterima ialah ketidakjelasan terhadap KBAT itu sendiri.” ujarnya. Bagaimanapun. "Pelaksanaan KBAT tidak mudah.

com/artikel/rencana/kbat-keperluan-pendidikanabad-21-1. hasilnya mereka mula meneroka. Salah satu daripadanya menyediakan suasana pembelajaran yang menarik. Tambah Tuan Maizura. Jika ada keperluan. Dalam meningkatkan bina upaya KBAT secara berterusan. cd.506623 .gpsbestari. disertakan juga tayangkan video. teknik mengajar mesti diselitkan dengan elemen seronok." katanya. selamat. Guru Pra Sekolah. perkataan teka-teki silang kata yang sesuai dengan tahap mereka. Tuan Maizura Tuan Mat berkata. guru juga menggunakan pendekatan tersendiri." katanya. untuk murid-murid peringkat pra sekolah. dan alat permainan tradisional. "Di dalam kelas saya menggunakan teknik menyelesaikan masalah contohnya mengadakan aktiviti melibatkan nombor. Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Peel."Usaha meningkatkan KBAT juga adalah melalui guru yang sentiasa perlu kreatif dalam merancang aktiviti. Kuala Lumpur. slide show. alat muzik. "Bermain adalah pengalaman penting murid kerana mereka berpeluang belajar dalam suasana bebas. http://www. kelas dihias dengan warna ceria dan bersih." katanya. belajar sambil bermain satu kemestian. "Selalunya saya guna bahan maujud dalam pengajaran agar murid boleh sentuh. unsur permainan juga diterapkan menggunakan pendekatan bertema menggunakan alatan sukan. memahami dan dapat mempelajari masalah yang timbul. selesa dan sesuai.Pelaksanaan KBAT juga diteruskan pada peringkat pra sekolah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif. lihat dan rasa. dia mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran. gembira dan bermakna. dalam menimbulkan mood seronok juga.