You are on page 1of 1

1.

1 PENDAHULUAN
1.2 Pengenalan
Bahagian Pendidikan Khas Kementrian Pendidikan Malaysia dalam Garis Panduan
Pelaksanan Program Pemulihan Khas 2003 telah mendefnisikan Program Pemulihan
Khas sebagai satu program pendidikan yang disediakan untuk murid yang
mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan
oleh faktor persekitaran. Menurut Ee Ah Meng (1990), pendidikan pemulihan
merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di
sekolah-sekolah.
Setiap murid di sekolah terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga dan
pendidikan. Oleh itu, setiap guru perlu peka terhadap perbezaan yang dimiliki oleh
setiap murid. Konsep perbezaan individu adalah konsep yang merujuk kepada
keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di antara manusia yang berlainan. Ia juga
boleh ditakrifkan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulan sama ada dari sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial,
bakat dan lain-lain aspek. Perbezaan dan kebolehan murid adalah berbeza
menyebabkan terdapat murid yang dapat mengikut pembelajaran dengan baik,
sederhana, dan lemah. Murid yang lemah akan ketinggalan sekiranya, tidak diberi
pendekatan pemulihan. Oleh itu, Kementrian Pendidikan Malaysia telah melancarkan
program pemulihan yang dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran asas
supaya mereka tidak ketinggalan terus dalam pendidikan. Masalah keupayaan muridmurid pemulihan dalam menguasai kemahiran asas bacaan yang menjadi penggerak
kepada kemahiran berkomunikasai dan berfikir secara kritis dan kreatif tidak
ditangani secara serius dan bersungguh-sungguh.