You are on page 1of 3

AL-FARABI

Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah Islam yang amat


terkenal pada zamannya. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr
Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq AlFarabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah
Wasji di Turki pada tahun 874M (260H).

Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan


Bukhara.

Beliau

berhijrah

ke

Baghdad

untuk

meneruskan

pendidikan tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di


bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas

beberapa

waktu,

beliau

berpindah

ke

Damsyik

sebelum

meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah


berkhimat di istana Saif Al-Daulah dengan gaji 4 Dirham sehari.

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau


seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan
dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu
daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang
zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi telah
menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).

Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana


hasil kerja dan penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai
pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka
dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. Beliau turut
memiliki

ilmu

pengetahuan

yang

mendalam

dalam

bidang

perubatan, sains, matematik dan sejarah. Beliau juga seorang


pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta peralatan muzik
seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.

Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan


hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-Musiqa (bidang
muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus
al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang
termasuk etika, metafizik, dan perubatan.

You might also like