You are on page 1of 2

Salam 1Malaysia...

Entri Cikgu Sherry hari ini tentang cara penulisan


refleksi bagi mikropengajaran. Penulisan refleksi sudah menjadi rutin harian para
guru selepas sahaja tamat sesi P&P. Terdapat perbezaan antara IMPAK dan
REFLEKSI. Impak ialah bilangan murid yang boleh menguasai kemahiran yang
cikgu ajar. Sebagai contoh 20/30 orang murid kelas 2M dapat membaca dengan
sebutan yang betul dan jelas. Manakala refleksi pula ialah lebih menjurus ke arah
keberkesanan kemahiran,kaedah,teknik yang digunakan sepanjang P&P.

Berikut saya lampirkan contoh penulisan refleksi mikropengajaran;

KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan
microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan
memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid
terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga
menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan
memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu
kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan
lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid
lebih hormat kepada guru.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang
dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan
peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan
susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya
melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan
susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

KELEMAHAN

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan


microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa
penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan
dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan
pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk
menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan
terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang
lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan


kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau
aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau
setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan
suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid
dengan lebih dekat.

LANGKAH MENGATASI

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah


baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching,
penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa
menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu
menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa
perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru
menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi
pengajaran hingga tamat.
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi
memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP
berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam
kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman
murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh
setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan
komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.