You are on page 1of 15

LMCK1531 KEPIMPINAN DAN KREATIVITI &

HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN


SEMESTER 1, SESI 2014/2015

KERTAS CADANGAN
GELANDANGAN

OLEH :

IZZATI SAHIRA BINTI HASANUDDIN A145332


HALIMATUN SAADIAH BINTI ALI A145319
NURUL SHUHADA BINTI RASID A145350
NURAIN BINTI ZAIDIE A145348

BAB I

PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Gelandangan bukanlah fenomena yang baru di negara ini. Namun, sejak akhir-akhir
ini ia menjadi satu fanomena sosial yang semakin menarik perhatian umum di negara
ini kerana ia menimbulkkan kegusaran masyarakat sekeliling. Isu ini juga sering
dibangkitkan oleh media massa terutamanya isu gelandangan yang berlaku di sekitar
ibu kota, Kuala Lumpur. Masalah gelandangan ini kebiasaannya terjadi akibat sukar
untuk mendapatkan pekerjaan, kurang pendidikan, penghidap HIV, perniagaan
merosot dan tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi terutamanya di
bandar-bandar besar, Kuala Lumpur. Golongan ini sering menjadikan kaki lima,
bawah jambatan dan hentian bas sebagai tempat untuk mereka berteduh, berehat dan
tidur. Golongan gelandangan ini terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina.
Pada masa ini, golongan gelandangan menjadi sebahagian daripada pemandangan
biasa di sekitar ibu negara, khususnya pada waktu malam. Keadaan ini secara tidak
langsung boleh menjejaskan reputasi dan imej negara. Isu gelandangan ini tidak boleh
lagi dianggap sebagai isu terpencil tetapi perlu diambil perhatian sebagai masalah
sosial yang perlu ditangani dan diselesaikan dengan segera. Justeru, cara penyelasaian
yang terbaik perlu dilakukan agar dapat membantu golongan gelandangan untuk
menikmati kehidupan yang lebih baik tanpa perlu tinggal di kaki-kaki lima, jambatan
atau hentian bas lagi. Selain itu, kita perlu membantu mereka supaya lebih
berkeyakinan dan bergaul dengan masyarakat agar tidak terus tercicir daripada arus
pembangunan negara.

1.2 Definisi Gelandangan


Gelandangan merupakan orang-orang yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai
dengan norma masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan
pekerjaan yantetap di wilayah tertentu dan hidup di tempat umum. Gelandangan
menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) ialah orang yang tidak
mempunyai tempat tinggal atau pekerjaan yang tetap. Menurut Hall (2009), istilah
gelandangan atau homeless pada asalnya disebut sebagai vagrants dan digantikan

kepada bahasa Eufemistis iaitu homeless. Menurut Sarlito W. Sarwono (1978),


gelandangan adalah orang-orang miskin yang hidup di kota-kota yang tidak
mempunyai tempat tinggal tertentu yang sah menurut hukum.Muthalib dan Sudjarwo
(1990), memeberikan tiga gambaran umum gelandangan iaitu sekelompok orang
miskin atau dimiskinkan oleh masyarakatnya, orang yang disigkirkan dari kehidupan
khalayak ramai, dan orang yang berpola hidup agar mampu bertahan dalam
keniskinan dan keterasingan.
Menurut Neo- Marxis dalam teori kebergantungan, di mana integrasi dalam kapitalis
global semakin membatasi kemungkinan untuk mengembangkan cara hidup yang
sesuai dengan struktur dan budaya negara-negara terbelakang sehingga tidak mampu
mengejar negara-negara yang semakin maju, timbullah masalah sosial slah satunya
adalah gelandangan. Manakala, Dr Dominic Mapstone, Social Worker and Director of
Rebecca Comunity pula menyatakan gelandangan sebagai ... an inadequate
experience of connectednessof family or comunity. Melalui takrifan tersebut dapat
kita fahamkan bahawa gelandangan merupakan individu atau sekumpulan orang yang
bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal malah telah hilang
peranannya dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat.

1.3 Objektif Kajian


Menurut Sutrisno Hadi (1973), sesuatu kajian atau penyelidikan khususnya dalam
bidang

ilmu

pengetahuan

empiris,

pada

umumnya

bertujuan

menemukan,

mengembangkan atau mengkaji kebenaran sesuatu pengetahuan. Oleh itu, kajian ini
merupakan satu kajian yang dilakukan bagi mengkaji maslah gelandangan yang
berlaku di negara ini dan mencari cara penyelesaian masalah yang sesuai bagi
menangani masalah ini. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan objektif yang berikut:
(a)

mengenal pasti faktor- faktor berlakunya gelandangan di negara ini.

(b)

mencari dan mengenal pasti cara penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi isu
gelandangan.

BAB II
PERMASALAHAN KAJIAN

2.1 PENGENALAN
Mengikut Akta pembantuan gelandangan Stewart B. McKinney 1987 (Stewart
B.McKinney, Homeless Assistance Act of 1987), gelandangan atau homeless
dikenali sebagai individu yang tiada tempat tinggal yang tetap, biasa dan tempat
kediaman yang mencukupi pada waktu malam. Ia juga merujukkan kepada individu
yang tinggal di tempat perlindungan sementara yang disedia dan dioperasi oleh
organisasi awam atau swasta; tempat perlindungan sementara atau peralihan yang
dibekal oleh pihak awam atau swasta yang yang bertujuan institusikan individu;
tempat

awam

atau

tempat

swasta

yang

sebenarnya

ya

atau

tidak

membekalkan perkhidmatan penginapan untuk manusia.


2.2 FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA GELANDANGAN
Di zaman serba moden ini, dilihat masalah gelandangan semakin menular. Ia bukan
sahaja berlaku di Malaysia di negara-negara maju seperti Kanada, Amerika Syarikat
dan banyak lagi. Menurut kajian Homelessness in Malaysia: Policy Sheet, 1/5
daripada gelandang bergelandang kerana pendapatan mereka yang rendah. Mereka
tidak berupaya berbelanja untuk mengekalkan kehidupan mereka. Hal ini

kerana,

Dasar Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM900 sahaja.


Kajian juga mendapati jumlah gendalangan di kawasan urban adalah jauh
lebih banyak jika berbanding dengan kawasan rural, hal ini kerana kos hidup di
kawasan bandar adalah lebih tinggi. Dengan pendapatan minimum iaitu RM900,
adalah susah untuk memenuhi pembelanjaan keperluan. Pada masa yang
sama, banyak pekerja tidak mendapat gaji yang ditetapkan dalam dasar gaji minimum
tersebut.

Kajian Homelessness in Malaysia: Policy Sheet mendapati 50% gelandang


menyatakan mereka bergelandang kerana mengganggur. Malaysia belum wujud sistem
perundangan yang tertentu untuk membantu penganggur dan memastikan penganggur
mendapat pampasan yang sepatutnya. Tambahan pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat
hanya menghulurkan bantuan kepada golongan-golongan kemiskinan yang tertentu
sahaja misalnya: Orang Kelainan upaya, ibu tunggal dan orang tua .Mereka yang
kehilangan kerja berisiko mengalami kemiskinan dan memerlukan bantuan dari pihak
berkuasa juga.Sebanyak 15%-30% daripada golongan gelandangan menghidapi
penyakit kronik.Selain itu, 1/5 daripada mereka juga didapati mempunyai masalah
mental. Bagi mereka yang berpenyakit kronik misalnya: diabetes, asma, penyakit
artritis tidakmendapat penjagaan yang sepatutnya dan kurang bersedar dengan
penyakit merekasendiri. Bagi golongan gelandangan yang mempunyai masalah mental
mudah

diabaikan

dan distigma. Golongan

gelandangan

juga terdiri

daripada

penagih dadah.
Mereka memerlukan bantuan institusi dan mendapatkan rawatan yang sesuai
agar dapat membantu mereka untuk melaksanakan peranan sosial mereka sendiri.
Selain itu, 1/5 individu dalam golongan gelandangan adalah orang tua, mereka berusia
60 tahun ke atas. Mereka menjadi gelandang kerana ditinggalkan oleh keluarga
atauanak-anak. Mereka juga pernah bekerja semasa mereka muda tetapi dieksploitasi
oleh majikan dan mereka tidak mendapat pembayaran pencen yang sepatutnya.
Mereka juga terdiri daripada mangsa keganasan rumah tangga dan mereka melarikan
diri dari rumah tersebut dan terpaksa tinggal di kawasan awam, misalnya ibu tunggal.
2.3 MASALAH YANG TIMBUL DARI FENOMENA GELANDANGAN
Fenomena gelandangan mendorong kepada pelbagai masalah dari segi individu,
masyarakat mahupun negara. Antara faktor terbesar yang mendorong kepada masalah
ini ialah kerena hampir kesemua gelandangan tidak mempunyai rumah untuk berteduh
dan tidak mempunyai wang untuk menyara kehidupan. Bahagian ini akan
menumpukan kepada masalah yang dihadapi di Malaysia yang berpunca dari
fenomena gelandangan

A. INDIVIDU
Individu yang menggelandang akan terdedah kepada pelbagai masalah. Pertama,
menggelandang menyukarkan mereka untuk memperoleh pekerjaan. Ini kerana,
persepsi oleh sesetengah pihak yang melihat individu yang menggelandang sebagai
seorang mempunyai masalah mental. Selain itu, mereka juga dilihat sebagai seorang
yang bermasalah dan malas. Maka, peluang untuk memperoleh pekerjaan juga adalah
sukar. Kedua, individu yang menggelandang juga terdedah kepada pelbagai risiko
penyakit merbahaya. Ini kerana, faktor persekitaran yang kurang bersih dan juga gaya
hidup mereka. Ada juga yang menjadi mangsa penderaan dan ada juga yang
mempunyai masalah ketagihan minuman keras. Gaya hidup dan persekitaran yang
tidak sihat ini akan menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit merbahaya.
Seterusnya, keadaan mereka yang kekurangan wang menjadikannya sukar bagi
mereka untuk merawat masalah kesihatan yang dihadapi oleh mereka lalu dibiarkan
berlanjutan. Masalah yang dihadapi oleh mereka menyukarkan mereka untuk
memperoleh bantuan dari kerajaan dan mendapatkan perkerjaan seterusnya
meyukarkan mereka untuk keluar dari masalah gelandangan.
B. MASYARAKAT
Bagi masyarakat pula, masalah gelandangan menjadikan mereka takut untuk berjalan
di kawasan yang diduduki oleh golongan gelandangan. Ini kerana, mereka bimbang
sekiranya mereka akan dicederakan atau golongan ini datang merayu memohon
pertolongan kepada mereka. Selain itu, keadaan persekitaran golongan gelandangan
yang tidak terurus menjadikan mereka bimbang sekiranya dijangkiti penyakit yang
dihadapi oleh golongan gelandangan. Seterusnya, golongan gelandangan yang berada
di kawasan kota kadang-kala menyukarkan penduduk untuk ke tempat kerja oleh
kerana sesetengah lorong atau kawasan di bawah jambatan telah didominasi oleh
golongan ini, maka penduduk perlu mencari alternatif lain untuk berjalan ke tempat
kerja. Faktor-faktor sebegini yang mendorong masyarakat berasa simpati terhadap
golongan gelandangan dan pada masa yang sama, menimbulkan persepsi negatif
terhadap golongan ini.

C. NEGARA
Dalam konteks negara pula, golongan gelandangan sedikit sebanyak akan
mengganggu imej dan ekonomi negara. Oleh kerana mereka tidak mempunyai tempat
tinggal yang tetap, maka golongan gelandangan ini kebiasaannya dapat dilihat di
kawasan kaki lima dan di lorong-lorong jalan. Keadaan mereka yang tinggal dalam
keadaan yang tidak tetap menjadikan pengunjung dari kawasan luar tidak selesa. Ia
dilihat sebagai suatu perkara yang mengganggu imej negara biarpun bukan kehendak
mereka untuk hidup sebegitu. Kadang-kala, golongan ini datang memohon bantuan di
dalam kedai-kedai yang berada di sekitar mereka. Keadaan mereka yang tidak terurus
menjadikan pelanggan tidak selesa dan meninggalkan kedai tersebut. Hal ini akan
mengganggu perniagaan mereka yang berada di sekitar kawasan gelandangan.
Terdapat pihak yang prihatin terhadap keadaan golongan gelandangan ini namun
bantuan yang diberikan perlulah mengikut saluran yang betul agar masalah ini tidak
semakin menular.

BAB III

PENYELESAIAN ISU GELANDANGAN

Fenomena gelandangan perlu ditangani di peringkat akar umbi dan tidak boleh
di atasi hanya dengan mengharamkan mereka dari kawasan mewah di kota.Satu forum
Bicara Bangi atas tajuk Gelandangan di Kota Konflik Tanggungjawab? yang
dianjurkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju bahawa golongan
gelandangan tidak boleh dilihat sebagai satu masalah bahkan pihak berkuasa perlu
melihat apakah masalah yang mereka hadapi. Peserta forum itu di Persada Canselori
di sini hari ini mengakui bahawa tidak akan ada penyelesaian untuk membantu
memberi tempat berteduh atau perlindungan kepada mereka jika pandangan stereotaip
mengenai penghuni jalanan masih berterusan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
memberi kata dua untuk mengharamkan dapur jalanan dari Bukit Bintang, Kuala
Lumpur yang menunjukkan kepada orang ramai wujudnya kaum gelandangan hidup
yang di pinggir oleh masyarakat. Berita itu telah menimbulkan kesedaran ramai
mengenai nasib rakyat jalanan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan mencetuskan
simpati besar terhadap mereka. Munirah, mengasaskan PERTIWI empat tahun lalu,
berkata pihak berkuasa harus mengelak dari mengambil tindakan ke atas orang jalanan
tanpa mendapat maklum balas daripada mereka dan NGO mengenai cara terbaik
untuk menangani isu ini supaya mereka tidak akan menghadapi keadaan yang lebih
memudaratkan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat berpendapat bahawa langkah menangani isu gelandangan
perlu agar pendekatan yang diambil adalah tepat dan mampu menyelesaikan isu
berkenaan dengan baik tanpa menimbulkan isu berbangkit. Katanya, jika pendekatan
yang dilakukan negara lain mampu mengatasi masalah gelandangan, kementeriannya
akan mempertimbangkan langkah yang sama untuk dilaksanakan supaya isu tersebut
dapat diselesaikan secara menyeluruh. Beliau juga mengatakan bahawa beliau

difahamkan masalah gelandangan ini gagal diselesaikan dengan baik walaupun ada
undang-undang.
"Soal cadangan yang mahu pemberi sedekah kepada gelandangan dikenakan
tindakan, pada saya itu hanya lontaran idea manusia dan perkara itu masih boleh
diubah dan dipertimbangkan mengikut keadaan agar dapat memberikan situasi
menang-menang kepada semua pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis
pelancaran Cabaran Keusahawanan Sosial 2014 Forum Ekonomi Islam Sedunia
(WIEF).Persoalannya, benarkah pertolongan dari badan bukan kerajaan (NGO)
mempengaruhi sikap malas gelandangan ataupun adakah usaha kerajaan masih tidak
mencukupi untuk menyelesaikan masalah ini, yang setelah sekian lama menjadi
sinonim dengan kota raya Kuala Lumpur.
Setelah kenyataan kontroversial yang dikeluarkan Menteri Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, pelbagai pendapat diterima. Namun,
rata-ratanya menyebelahi pihak gelandangan dan merasakan pertolongan terhadap
golongan kurang bernasib baik ini harus diambil berat.Walaupun begitu, kita tidak
perlu menuding jari menyatakan salah dan silap siapa yang menyebabkan perkara ini
terjadi. Sebagai rakyat Malaysia, sudah semestinya kita mempunyai sensitiviti
terhadap perkara sebegini yang berlaku di sekeliling kita dan usaha tanpa bayaran
yang dilakukan oleh NGO Soup Kitchen amat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Benar atau tidak pertolongan daripada NGO ini meperngaruhi sikap malas
gelandangan adalah sesuatu perkara yang tidak dapat kita ketahui. Ini kerana tidak
semua golongan yang mendapatkan makanan itu tidak bekerja atau tidak mahu
bekerja.
Ada di antara mereka yang tua dan menghadapi penyakit. Malahan ada juga
ibu tunggal. Mereka mengharapkan pertolongan makanan ini kerana sedikit sebanyak
mampu meringankan beban yang ada kerana duit hasil titik peluh mereka tidak
mencukupi. Walaupun ada di antaranya yang ketagihan dadah, kita tidak seharusnya
membuta-tuli menyalahkan mereka. Pasti ada sebab mengapa perkara ini terjadi dan
walau dari mana mereka datang, kita sebagai rakyat Malaysia harus membantu
saudara kita yang dalam kesusahan ini.

Kita tidak seharusnya memandang mereka dengan sebelah mata hanya kerana
mereka tinggal di ceruk-ceruk kota dan kaki lima. Kerajaan harus membela nasib
mereka kerana mereka juga rakyat Malaysia. Dengan itu, kerajaan haruslah
berganding bahu dengan NGO dalam menyelesaikan masalah ini. Usaha ini menuju
ke arah solusi yang diinginkan rakyat dan pelbagai pihak haruslah bekerjasama dalam
memastikan bahawa nasib golongan ini terbela. Pelbagai inisiatif harus diambil oleh
kerajaan dalam membendung masalah ini dan pembinaan rumah perlindungan adalah
satu permulaan yang baik. Rakyat menginginkan kerajaan yang cenderung membantu
dan membela nasib rakyat dan bukan bersifat zalim dan tidak ambil peduli terhadap
rakyatnya sendiri.
Mereka harus merangka penyelesaian jangka panjang yang akan membantu
nasib golongan ini, yang bukan sahaja bersifat membela tetapi juga membuka peluang
bagi golongan ini untuk berdikari dan mampu menjadi sebahagian daripada
masyarakat. Bahkan dengan cara yang betul, golongan ini sendiri mampu menjana
ekonomi negara jika diberi latihan yang secukupnya.
Sebagai usaha menangani isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian
dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich
Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (homeless) di sekitar Lembah
Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu
Golongan Gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di
negara ini melalui pendekatan yang terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari
pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di
Masjid India dan kawasan berhampiran Hentian Puduraya. Selain itu, Mesyuarat
Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi
bertujuan membantu golongan gelandangan. Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu
membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas
itu mereka boleh berdikari.

Selain itu,menurut sebuah rencana akhbar pada awal tahun 2012, Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat kajian profil bagi menangani isu
gelandangan, pengemis dan warga tua, khususnya di ibu kota.Hasil kajian itu
bertujuan mendapatkan gambaran sebenar isu gelandangan di Kuala Lumpur,
mengenalpasti

profil

secara

individu

setiap

golongan

gelandangan

terbabit,mengenalpasti faktor berlakunya masalah gelandangan,memudahkan pihak


bertanggungjawab membuat perancangan bagi membantu golongan gelandangan.
Data yang diperoleh merumuskan terdapat keperluan untuk mewujudkan One
Stop Intervention Centre (OSIC) dalam menangani isu itu bagi tujuan menyediakan
tempat berlindung sementara kepada golongan gelandangan (homeless) produktif
bekerja yang tiada tempat tinggal ,memudahkan golongan gelandangan dikesan dan
dihubungi serta mengumpul profil gelandangan bagi tujuan menawarkan pekerjaan
serta merancang program pembangunan dan sebagainya,mengadakan intervensi awal
kepada semua golongan gelandangan (penganggur, pesakit mental, penagih dadah,
pengemis, kutu rayau dan lain-lain) melalui pendekatan multisektor, memudahkan
bantuan dan perkhidmatan kepada golongan gelandangan disalur dan
diselaraskan,membolehkan jalinan kerjasama antara agensi secara berpusat melalui
jawatankuasa khas dalam merancang program pemulihan dan pengintegrasian semula
golongan gelandangan ke dalam masyarakat.
Kita semua memang berharap usaha pihak berwajib ini akan mendatangkan
hasil jika tidakpun seratus peratus tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan
fenomena gelandangan di kota-kota besar. Apa yang pasti masalah kekeluargaan
mungkin sukar dibendung kerana namapun manusia, tentulah banyak ragamnya. Saya
yakin ramai rakyat di negara ini yang mahu membantu golongan ini tanpa
mengharapkan bayaran atau pun penghargaan. Jika ada cara bagi mereka untuk
membantu nescaya akan ada tangan-tangan yang sedia memberi pertolongan. Dengan
itu, kita seharusnya berganding bahu dan saling bekerjasama dalam membantu nasib
golongan kurang bernasib baik ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik bukannya
menuding jari ke arah setiap arah dan memanipulasikan isu gelandangan ini.

BAB IV
PENUTUP
4.1 KESIMPULAN
Ada berbagai alasan yang menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya
sebagai seorang gelandangan. Mulai dari permasalahan psikologi, kerenggangan
hubungan dengan orang tua, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang
paling kerap digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam
mencari pekerjaan yang bergaji lumayan. Sebagai usaha menangani isu gelandangan
ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan
badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan
(homeless) di sekitar Lembah Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas
Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan dalam usaha membanteras masalah
individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang terbaik.
Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja
dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran
Hentian Puduraya. Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk
menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan
gelandangan. Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu
serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari.
Bermula dengan seorang Ibu Tunggal yang puas naik turun tangga menadah tangan
memohon bantuan daripada orang disekeliling termasuk pemimpin setempat dan
keluarga serta jiran untuk membiayai seorang anak beliau yang dapat memasuki
IPTS. Namun kesudahannya tiada siapa yang ingin membantu sehingga beliau
menangis teresak-esak mengenang nasib di sebuah hentian bas yang kemudiannya
dibantu oleh seseorang dengan membawanya ke gereja. Di gereja ia dibantu sebanyak
RM 2,000 tanpa banyak soal. Dan beberapa hari lepas kita dikejutkan lagi mengenai
isu orang-orang merempat (gelandangan) di Kuala Lumpur yang mencecah 2,500
orang dan ada lebih 500 gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80
peratus adalah Melayu.

Yusuf Qardhawi (1980:25-34) mempunyai pandangan yang lebih keras. Bagi beliau,
kemiskinan adalah satu hal yang sangat berbahaya terhadap individu, keluarga,
bangsa, masyarakat, aqidah, kepercayaan, fikiran dan kebudayaan keseluruhnya.
Kemiskinan baginya adalah merupakan masalah yang perlu diselesaikan, bahkan
merupakan krisis yang merbahaya yang mesti diatasi dengan segera.
Islam telah diterjemahkan oleh Rasulullah SAW secara praktikal, kerana
Rasulullah SAW juga seorang peniaga yang hebat dan seharusnya ini menjadi contoh
dan tauladan kepada orang Islam dan Melayu khususnya untuk mengikut jejak
langkah Rasulullah SAW dalam membina ekonomi Islam / Melayu. Berbalik kepada
ekonomi Melayu di Malaysia, sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh
Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970 dengan harapan pada 20 tahun
selepas itu (1991) ekuiti Bumiputera disasarkan mencapai 30 peratus. Sasaran itu,
nampaknya berhasil menggerakkan ekuiti Bumiputera daripada 2.4 peratus ke 19.4
peratus pada tahun 1990 namun selepas itu (1990 - 2006) selama 16 tahun ekuiti
Bumiputera terus tidak bergerak sehinggalah sekarang ekuiti tersebut tidak lagi
mencecah 20 peratus.
Ini mesti ada sesuatu yang tidak kena, namun kerajaan terus melaksanakannya
tanpa melihat kesan dan pencapaian yang diperolehi daripada pelaburan yang
berbilion bagi membangunkan usahawan dan seterusnya membangunkan ekonomi
Bumiputera. Tanpa pencapaian tersebut, kerajaan harus melihat dan mengkaji semula
program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Rangcangan Malaysia

Pertama (RMK 1) hingga ke Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK 10) kini, sudah


hampir 50 tahun kita MASIH GAGAL menjadi pemain ekonomi berkesan,
menyebabkan kekuatan ekonomi dimonopoli oleh kaum tertentu. Senario ini tidak
mencerminkan keadilan sosial menyebabkan Melayu tidak merasa selesa dan berpuas
hati bilamana kerajaan cuba memperkenal gagasan 1 Malaysia kerana mereka
berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu terhakis. Untuk menjadi bijak
tidak perlu ada Phd, tidak perlu ada title Dr, Dato' atau Tan Sri. Jika kita kenal siapa
Goh Tong, Lim Bon Siew, Syer Mokhtar dan banyak lagi. Mereka ini semua tidak
perlu itu semua tetapi mereka berjaya kerana belajar daripada pengalaman serta logik.
Jika kita semua berusaha ke arah itu, Insya-Allah tidak ada lagi orang-orang yang
gelandangan di Kuala Lumpur, malah mereka yang tinggal di Kampung juga boleh

menjadi berjaya tanpa perlu merantau menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Belia
dan siswazah juga tidak harus menjadi penganggur kerana tiada kerja untuk mereka.
Kerajaan juga akan kembali stabil dan rakyat juga akan hidup sejahtera.

Rujukan:
http://www.slideshare.net/wawanaliady/analisis-masalah-gelandangan
Muthalib dan Sudjarwo, dkk., (1990). Gelandangan di Kertasura, dalam Monografi 3
Lembaga Penelian Universitas Muhammadiyah.Surakarta
Sutrisno Hadi, 1973, Metodologi Research, Yogyakarta : Andi Offset
Sarwono, SW, Pengantar Umum Psikologi, Jakarta: Bulan Bintang, 1978-1986

You might also like