You are on page 1of 13

TAJUK

KAJIAN:

PERSEPSI

PENDUDUK

TERHADAP

SISTEM

PENGANGKUTAN

DI

KAMPUNG
LUNGKIDAU

1.0 PENGENALAN
Pada masa kini, sistem pengangkutan yang baik amat diperlukan di setiap
kawasan terutamanya kawasan petempatan. Kemajuan sistem pengangkutan ini
penting bagi memenuhi keperluan untuk manusia bergerak ke suatu lokasi atau
tempat lain bagi menjalankan aktiviti atau tujuan masing-masing. Oleh hal yang
demikian, sistem pengangkutan yang efisien merupakan salah satu kunci
perkembangan pembangunan dan masyarakat.
Dalam kajian Geografi PT3 ini, pengkaji telah memilih Kampung Lungkidau,
Ranau sebagai lokasi kajian. Kampung Lungkidau merupakan kampung yang
terletak di kawasan agak pedalaman dalam Daerah Ranau. Pengkaji telah
menumpu kepada isu sistem pengangkutan di kampung ini bagi menjayakan
kajian geografi ini. Antara Isu yang diketengahkan termasuklah masalah
pengangkutan di Kampung Lungkidau. Pengkaji turut memberi fokus kepada
kesan masalah sistem pengangkutan ini kepada penduduk kampung. Secara
keseluruhannya, kajian ini adalah adalah berkaitan dengan persepsi penduduk
terhadap sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perspektif penduduk
terhadap sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau. Secara khususnya,
kajian ini bertujuan untuk:
i.
Mengenal pasti masalah sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau.
ii.
Mengenal pasti kesan masalah pengangkutan terhadap aktiviti penduduk
iii.

di Kampung Lungkidau.
Mengenal pasti cadangan penambahbaikan yang bersesuaian dengan
permasalahan sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau.

3.0 KAEDAH KAJIAN
3.1 Data Primer
Data primer merupakan data yang hanya kita peroleh dari sumber asli atau
pertama. Data ini harus diambil secara langsung dari sumber aslinya iaitu

1 Kaedah Kepustakaan Bagi mendapatkan input dan informasi berkaitan dengansistem pengangkutan. 3.2 Internet Pengkaji melakukan penyelidikan dan pencarian maklumat dengan melayari internet seterusnya mendapatkan sumber-sumber yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini.2. Matupang Jaya.Dalam kajian ini. soal selidik.1.2 Temu Bual Bagi mengenal pasti pendapat dan pandangan penduduk terhadap sistem pengangkutan di kawasan kajian. risalah. 3. Pengkaji telah mendapatkan sumber dan data sekunder berkaitan dengan kajian dengan melayari internet dan melalui kaedah kepustakaan serta merujuk kepada contoh kajian atau tesis terdahulu.3 Tesis dan Laporan Pengkaji telah mendapatkan tesis dan laporan kajian terdahulu berkaitan sistem pengangkutan yang seterusnya dijadikan rujukan bagi menyiapkan kajian Geografi PT3 ini.2 Data Sekunder Data sekunder merupakan data yang telah tersedia dalam bentuk tesis. 3. laporan dan sebagainya.2.melalui pemerhatian.2. pengkaji telah menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan sumber primer. temu bual dan penyukatan.1.3 Soal Selidik Pengkaji telah menyediakan 20 salinan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan mengenal pasti isu yang berkaitan sistem pengangkutan di kawasan kajian. 3. . Pengkaji telah melakukan pemerhatian bagi mengenalpasti permasalahan sistem pengangkutan dan kesannya di kawasan kajian. buku. 3. 3. pengkaji telah menemubual beberapa informan yang terdiri daripada penduduk setempat Kampung Lungkidau.1. 3. pengkaji telah melakukan penyelidikan terhadap buku dan majalah di pusat sumber Smk. Data sekunder ini lebih mudah diperolehi berbanding data primer. Responden telah dipilih secara rawak dalam kalangan penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.1 Pemerhatian Pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap sistem pengangkutan di kawasan kajian.

pengangkutan bermaksud perpindahan tempat sama ada barangan mahupun manusia. Soekardono.4.1 Demografi Responden Jadual 1 berikut menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk Kampung Lungkidau berdasarkan jantina. Menurut R.0 DAPATAN KAJIAN Kajian ini mengemukakan 3 objektif kajian.0 DEFINISI SISTEM PENGANGKUTAN Pengangkutan berasal dari kata angkut yang bererti mengangkat. pengangkutan sebagai perjanjian (agreement) dan pengangkutan sebagai proses (process). proses gerakan dan kegiatan ini mempunyai fungsi dan tujuannya yang tertentu. Abdulkadir Muhammad pula berpendapat bahawa sistem pengangkutan meliputi tiga dimensi pokok iaitu. Jadual 1: Demografi responden berdasarkan jantina JANTINA Lelaki Perempuan KEKERAPAN (ORANG) 8 12 PERATUS (%) 40 60 . memuat atau mengirimkan. Proses pengangkutan ini bermaksud gerakan dari tempat asal dari tempat asal ke tempat atau destinasi barangan atau manusia itu dihantar. 5. Sementara itu. Secara keseluruhannya. 5. sistem pengangkutan dapat didefinisikan sebagai suatu proses gerakan atau kegiatan dari satu tempat ke tempat yang lain. pengangkutan sebagai usaha (business). Bahagian ini mengemukakan data empirikal bagi memenuhi ketiga-tiga objektif kajian. membawa.

seramai 8 orang penduduk lelaki bersamaan 40% dan 12 orang penduduk perempuan bersamaan 60%. Jadual 2: Demografi responden berdasarkan umur.Rajah 1: Demografi responden berdasarkan jantina. Jantina 40% 60% Petunjuk : Lelaki Perempuan Responden dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang penduduk Kampung Lungkidau. UMUR 19 tahun ke bawah 35 tahun ke bawah 35 tahun ke atas KEKERAPAN (orang) 4 9 7 PERATUS (%) 20 45 35 . Daripada jumlah tersebut.

Petunjuk : 19 tahun ke bawah 35 tahun ke bawah 35 tahun ke atas Jadual 2 menunjukkan responden yang terdiri daripada 20 orang penduduk kampung Kampung Lungkidau. seramai 4 orang penduduk yang berumur 19 tahun ke bawah bersamaan 20%. Pada peringkat umur 35 tahun ke bawah seramai 9 orang bersamaan 45%. Sementara itu responden di atas 35 tahun adalah seramai 7 orang bersamaan 35%. .Rajah 2: Demografi responden berdasarkan umur. Daripada jumlah tersebut.

Keadaan ini jelas memperlihatkan bahawa majoriti penduduk kampung mengalami kesukaran kesan ketiadaan kenderaan awam. 5 Masalah jalan kampung dan jambatan kereta menyebabkan kadar ketersampaian agak rendah di kampung Lungkidau. Penduduk kampung terpaksa menggunakan kenderaan sendiri atau berjalan kaki untuk berulang alik dari kampung ke jalan besar. Sementara itu hanya 5% bersamaan 1 orang yang tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa ketiadaan kenderaan awam menyukarkan penduduk kampung. seramai 14 orang responden bersamaan 70% telah bersetuju bahawa ketiadaan kenderaan awam menyukarkan penduduk kampung. Setuju K % 1 70 Tidak Pasti Tidak Setuju K % K % 4 20 2 10 4 1 85 3 15 0 0 7 1 75 4 20 1 5 5 1 65 4 20 3 15 3 2 10 0 0 0 0 0 2 0 10 0 0 0 0 0 2 0 10 0 0 0 0 0 1 0 80 3 15 1 5 6 Berdasarkan jadual 3. 1 2 Perkara Ketiadaan kenderaan awam menyukarkan penduduk kampung. Jalan tidak berturap merupakan salah satu masalah sistem pengangkutan kampung Lungkidau. Majoriti pelajar berjalan kaki untuk ke sekolah kesan ketiadaan kenderaan awam. 6 7 8 Masalah sistem pengangkutan yang dihadapi menyukarkan aktiviti pengangkutan barangan di Kampung Lungkidau. 4 Majoriti penduduk kampung menggunakan motorsikal sebagai kenderaan pengangkutan. Bagi yang menyatakan tidak pasti pula adalah seramai 4 orang bersamaan 20%.2 Isu Berkaitan Pengangkutan di Kampung Lungkidau Jadual 3 menunjukkan isu berkaitan sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau Bil. 3 Ketiadaan jambatan kereta menyebabkan kenderaan sukar memasuki kampung Lungkidau.5. .

Pernyataan yang menyatakan penduduk kampung terpaksa menggunakan kenderaan sendiri atau berjalan kaki untuk berulang alik dari kampung ke jalan besar turut mendapatkan 20 orang bersamaan 100% yang bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 20 orang bersamaan 100% turut bersetuju bahawa majoriti pelajar berjalan kaki untuk ke sekolah kesan ketiadaan kenderaan awam. Seterusnya pernyataan masalah jalan kampung dan jambatan kereta menyebabkan kadar ketersampaian agak rendah di kampung Lungkidau mendapatkan 100% bersamaan 20 orang bersetuju dengan pernyataan ini. Melalui keputusan ini. Manakala. Selain itu. Hal ini telah menunjukkan kadar ketersampaian agak rendah di kampung ini kesan daripada masalah jalan kampung dan jambatan kereta. Hanya 3 orang bersamaan 15% yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini manakala seramai 4 orang yang menyatakan ketidakpastian tentang pernyataan ini. Sementara itu sebanyak 20% bersamaan 4 orang yang tidak pasti dengan pernyataan ini manakala hanya 1 0rang iaitu 5% yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. situasi ini menunjukkan bahawa ketiadaan jambatan kereta menyebabkan kenderaan sukar memasuki kampung Lungkidau. sementara itu. dapat dipastikan bahawa sebahagian besar penduduk bersetuju bahawa jalan tidak berturap merupakan salah satu daripada masalah pengangkutan di Kampung Lungkidau. seramai 13 orang bersamaan 65% bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 15 orang responden bersamaan 75% bersetuju dengan pernyataan ketiadaan jambatan kereta menyebabkan kenderaan sukar memasuki kampung Lungkidau. seramai 16 orang bersamaan 80% bersetuju dengan pernyataan masalah sistem pengangkutan yang dihadapi menyukarkan aktiviti pengangkutan barangan di Kampung Lungkidau. sementara itu. Keadaan ini menjelaskan sebahagian besar pelajar berjalan kaki untuk ke sekolah kesan ketiadaan kenderaan awam. Akhir sekali. keadaan ini jelas menunjukkan bahawa penduduk kampung terpaksa menggunakan kenderaan sendiri atau berjalan kaki untuk berulang alik dari kampung ke jalan besar. keadaan ini telah memperlihatkan majoriti penduduk kampung menggunakan motorsikal sebagai kenderaan pengangkutan. keadaan ini telah menunjukkan bahawa pengangkutan barangan di Kampung Lungkidau agak sukar berikutan masalah sistem pengangkutan. Manakala seramai 3 orang yang menyatakan ketidakpastian berkenaan pernyataan ini. serama 3 orang bersamaan dengan 15% tidak pasti dengan pernyataan ini. hanya 1 orang bersamaan 5% yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 17 orang bersamaan 85% bersetuju dengan pernyataan ini.Jalan tidak berturap merupakan salah satu masalah sistem pengangkutan kampung Lungkidau. majoriti penduduk kampung menggunakan motorsikal sebagai kenderaan pengangkutan. .

Gotong-royong membaiki kerosakan jalan kampung turut dicadangkan bagi penambahbaikan sistem pengangkutan di kampung ini. Selain itu. 1 Cadangan Memohon pembinaan jalan berturap.3 Cadangan Penambahbaikan Jadual 4 menunjukkan cadangan penambahbaikkan sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau Bil. Melalui soal selidik pengkaji telah memilih tiga cadangan yang paling sesuai dan dianggap relevan.1 Masalah Sistem Pengangkutan di Kampung Lungkidau Dapatan kajian menunjukkan bahawa jalan raya yang tidak berturap merupakan salah satu masalah sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian. 3 Gotong-royong membaiki kerosakan jalan kampung. Cadangan tersebut termasuklah memohon pembinaan jalan kampung berturap daripada pihak. Menurut dapatan temubual. jalan raya tidak berturap ini terbina hasil daripada aktiviti pembalakan kayu yang dijalankan .0 RUMUSAN Kajian ini telah mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian. responden turut mencadangkan permohonan pembinaan semula jambatan kenderaan di Kampung Lungkidau.5. 6. 2 Memohon pembinaan semula jambatan kenderaan. 6.

Keadaan jalan raya tidak berturap yang berlubang akibat hujan dan hakisan agak membahayakan pengguna kenderaan. gula. Walau bagaimanapun. Menurut Petrus. hanya kenderaan tahan lasak dan motorsikal yang boleh melalui jalan kampung akibat jalan yang tidak berturap. Hal ini disebabkan. tidak terdapat sebarang penambahbaikan seperti pembinaan jalan berturap di kampung ini sehingga kini. Selain itu. penduduk terpaksa mengangkat barangan melalui jambatan gantung sekiranya banjir atau keadaan sungai tidak selamat. jalan raya tidak berturap kekal digunakan sehingga kini. Kenderaan seperti kereta juga hanya boleh menyeberangi sungai ketika air sungai surut dan langsung tidak boleh menyeberangi sungai ini ketika musim banjir. beliau hanya boleh membekalkan barangan keperluan dan barangan asas seperti beras. tinjauan lapangan dan temubual. Hasil daripada pemerhatian. Selepas terhentinya aktiviti ini. ketiadaan jambatan kenderaan juga merupakan masalah sistem pengangkutan di kampung Lungkidau. sardin.semenjak tahun 1990 hingga tahun 2007. Melalui sesi temubual bersama penduduk dan melalui pemerhatian pengkaji kampung ketiadaan ini jambatan dengan jalan kenderaan besar yang merupakan menghubungkan masalah sistem pengangkutan yang mempengaruhi kelancaran aktiviti pengangkutan di kampung ini. pengkaji mendapati sungai Liwagu yang memisahkan kampung ini dengan jalan besar telah menyukarkan aktiviti pengangkutan di kawasan ini. keadaan ini jelas menunjukkan masalah pengangkutan di kampung ini termasuklah ketiadaan jambatan kenderaan. Menurut Jusilin iaitu seorang peruncit di kampung. garam dan tepung berikutan kesukaran untuk mengangkat barangan runcit ke kampung ini. Ketiadaan jambatan kenderaan turut menjadi punca kepada rendahnya kadar ketersampaian di kampung ini. penduduk terpaksa merentasi sungai Liwagu yang lebarnya kira-kira 90 meter sekiranya mahu pergi ke jalan besar. Keadaan ini menyukarkan pengangkutan menggunakan kenderaan di kampung ini. minyak masak. Selain itu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa salah satu masalah sistem pengangkutan di kampung ini ialah jalan raya yang tidak berturap. .

sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau akan bertambah baik. Menurut Kamilis iaitu bekas pengerusi JKKK kampung ini. Situasi ini telah menunjukkan bahawa ketiadaan kenderaan awam merupakan masalah sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau. cadangan Cadangan penambahbaikan tersebut termasuklah yang boleh menghantar permohonan pembinaan jalan berturap kepada wakil rakyat. Diharapkan permohonan yang akan dihantar diluluskan sekaligus jambatan kenderaan yang lebih selamat dan kukuh dapat dibina. .Ketiadaan kenderaan awam di kampung Lungkidau juga merupakan masalah pengangkutan di kampung ini. kenderaan awam seperti bas dan bas sekolah tidak dapat memasuki kampung ini. Selain itu pihak jawatankuasa melaksanakan untuk cadangan kampung memohon juga pembinaan boleh semula jambatan kenderaan. pihak jawatankuasa kampung belum pernah membuat permohonan untuk membina jalan berturap di kampung ini. hal ini sekaligus menyebabkan penduduk terutamanya pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 1 kilo meter untuk menuju ke jalan besar. Hal ini disebabkan banjir yang melanda serta sistem binaan yang kurang menepati ciri keselamatan telah menyebabkan jambatan kenderaan tersebut musnah. 6. berikutan jalan tidak berturap dan ketiadaan jambatan kenderaan. motorsikal Motorsikal sebagai turut alternatif menjadi bagi tunggangan memudahkan penduduk di kampung ini sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Dengan pembinaan jalan berturap kelak. jambatan kenderaan pernah dibina di kampung ini pada tahun 2012 namun ia hanya dapat bertahan kurang dari setahun. Oleh hal yang demikian. cadangan untuk menghantar permohonan pembinaan jalan berturap ini merupakan satu cadangan penambahbaikan yang relevan. Penduduk hanya mampu untuk menggunakan perjalanan.2 Cadangan Terdapat beberapa dilaksanakan. Menurut penduduk yang ditemubual.

8. Selain itu. Hal ini disebabkan masalah dan isu berkaitan sistem pengangkutan di kampung ini. Kampung Lungkidau. pengkaji berharap agar kajian seperti ini dapat diteruskan agar kita dapat menambahbaik keadaan di sesebuah kawasan khususnya kawasan kampung yang agak ketinggalan berbanding Bandar.07. 7. 68 Tahun. Temu bual 20. Akhir sekali. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Walau bagaimanapun. melalui kajian ini. pengkaji telah dapat mengenalpasti beberapa langkah yang boleh diambil bagi tujuan penambahbaikan sistem pengangkutan di kampung ini. ketiadaan jambatan kenderaan yang menghubungkan kampung dengan jalan utama dan ketiadaan kenderaan awam akibat sistem jalan yang tidak baik. Keadaan ini tentunya dapat diatasi sekiranya gotong-royong membaiki jalan seperti menimbus lubang dan lopak dapat diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setiap dua bulan. masalah tersebut termasuklah jalan raya yang masih tidak berturap. Pengkaji juga berharap kajian ini dapat diterusakan kerana ianya dapat memupuk nilai positif pelajar seperti kerajinan. kerjasama dan meningkatkan tahap komunikasi pelajar. sistem pengangkutan di Kampung Lungkidau belum mencapai tahap efisien atau tahap terbaik. Langkah atau cadangan tersebut termasuklah memohon pembinaan jalan berturap dan memohon pembinaan jambatan kenderaan.Cadangan seterusnya ialah gotong-royong untuk membaiki jalan kampung. Jalan kampung yang tidak berturap ini sering kali rosak akibat hujan.0 RUJUKAN Bibliografi Sumber Primer Ajis Lapinah.2016 .0 KESIMPULAN Kesimpulannya. Kerosakan seperti jalan berlubang dan berlopak agak menyukarkan dan membahayakan perjalanan terutamanya ketika menaiki motorsikal. gotong-royong membaiki jalan kampung juga boleh dilaksanakan bagi tujuan menambahbaik sistem pengangkutan di kampung ini.

Kampung Lungkidau. 23. 62 Tahun.07. Temu bual 23. Monilin Salubai. Temu bual 23. 40 Tahun. Bekas JKKK Kampung Lungkidau.2016. 54 Tahun.2016 Januin Asir.2016.07. Penduduk Kampung Lungkidau. Sumber Sakunder .2016 Paun Guntidong. 46 Tahun.2016 Kamilis Tahir. 67 Tahun.2016 Kangob Sandakan. Kampung Lungkidau. Temu bual 23. Kampung Lungkidau.07. Kampung Lungkidau. Temu bual 20.2016 Jusilin Guntidong. Penduduk asal Kampung Lungkidau.07.07. Temu bual 20. 53 Tahun. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Ketua Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Petrus Lapinah. Temu bual 23. Kampung Lungkidau. Penduduk Kampung Lungkidau. Penduduk asal Kampung Lungkidau.2016.Alexius Asir. Temu bual 23.07. 55 Tahun. 89 Tahun.07.07. Penduduk tetap Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau.

2008. Hlm 45. 3. Hukum Dagang Indonesia. Cetakan ketujuh edisi II. Hlm 2. Balai Pustaka: Jakarta. Department Pendidikan dan Kebudayaan. Hukum Pengangkutan. 1981. Pengertian Hukum Dagang Indonesia. Hlm 5. HMN Purwosutjipo. Kamus Besar Indonesia. 1996. Hukum Pengangkutan Niaga. Soekardono. R.Abdulkadir Muhammad. CV Rajawali: Indonesia. . Djambatan: Jakarta 1995. Citra Aditya Bakti: Bandung. PT. Hlm 12.