You are on page 1of 30

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

KERJA KURSUS SEJARAH 2011
21/2
NAMA

: AHMAD NADZMI BIN IBRAHIM

TINGKATAN

: 2 JUARA

NO. KAD PENGENALAN

: 970228-10-5309

TAJUK KERJA KURSUS

: SEJARAH SEKOLAH MENENGAH
SAINS KUBANG PASU

NAMA GURU PENILAI

: PN MAIMUNAH BINTI KASAH

_____________________
(TANDATANGAN GURU)

Elemen I

Sumber Majalah
........................................................

2

Sumber Dokumen
.......................................................

Nama: Pn Sarimah binti Mansor
Umur: 43 tahun
Alamat: SM Sains Kubang Pasu, Batu 19, Jalan Kodiang, Jitra, Kedah Darul Aman.
___________________________________________________________________________

3

Nadzmi : Bolehkah ustazah menceritakan serba-sedikit biodata ustazah? Pn Sarimah : Nama penuh saya Sarimah binti Mansor. Silakan. Nadzmi : Selepas tamat di tingkatan 5. Tidak lama selepas itu. Kedah. Berikut adalah hasil temubual kami. Langgar sebelum mendapat tawaran ke Maktab Mahmud daripada tingkatan 1-5. saya ditawarkan untuk mengajar di SM Seri Aman Petaling Jaya(P) selama 3 tahun (1993-1996). saya 4 . ustazah. Nadzmi : Adakah ustazah berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara? Pn Sarimah : Saya ada berpeluang untuk ke Universiti Al-Azhar di Mesir tetapi dihalang oleh bapa ustazah. Boleh kami dapatkan maklumat mengenai latar belakang ustazah? Pn Sarimah : Waalaikumussalam. Kemudian. Nadzmi : Assalamualaikum. di manakah pula ustazah melanjutkan pelajaran? Pn Sarimah : Saya melanjutkan pelajaran ke SMAP Labu selama 2 tahun sebelum diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab & Tamadun Islam. Kota Sarang Semut. Saya telah dilahirkan pada 28 Januari 1968 bermaksud saya telah berumur 43 tahun. Kami pelajar tingkatan 2 telah diberi tugasan kerja kursus berkaitan dengan sejarah sekolah. A/S. Saya meneruskan sesi persekolahan di SMK Raudhatul ’Ulum. iaitu Pn Sarimah binti Mansor. Saya memulakan alam persekolahan di SK Kampung Serendap.Kami telah berjaya menemu-ramah seorang guru.

mengikut suami pulang ke Kedah dan mengajar di SM Wan Mohd Saman pada 1997-1998 sebelum berpindah ke SMKA Yan pada tahun 1999-2001. sahsiah dan sebagainya. Kami harap dengan maklumat ini dapat memenuhi aspek kajian bagi kerja kursus Sejarah ini. Saya pun bersetuju setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan saya.anak murid. Tapi disebabkan tanggungjawab dan amanah untuk membuka sekolah baru dan mendidik anak. Pada 1 April 2009. saya pun datanglah ke sini. Kita juga mesti cemerlang dalam semua aspek termasuk kurikulum. Pihak pengurusan SBP juga menawarkan jawatan Guru Kanan Bahasa kepada saya. Nadzmi : Terima kasih ustazah atas maklumat yang diberikan. apakah harapan yang telah ustazah letakkan terhadap sekolah ini? Pn Sarimah : Ustazah harap SM Sains Kubang Pasu menjadi SBP yang cemerlang. saya berasa sayang apabila hendak meninggalkan SM Sains Pokok Sena. Nadzmi : Jadi. Seterusnya. Nadzmi : Apakah pandangan ustazah terhadap sekolah apabila mula bertugas di SM Sains Kubang Pasu? Pn Sarimah : Pada mulanya. 5 . kokurikulum. gemilang dan terbilang serta mendapat tempat dalam ’Top-10’ SBP seperti dalam misi dan visi sekolah ini. saya berpeluang untuk mengajar di SM Sains Selangor selama 5 tahun (2002-2007) sebelum ke SM Sains Pokok Sena dari tahun 2007-2009. saya diterima masuk ke SM Sains Kubang Pasu.

...... 6 ......................................Sumber Lawatan ...........................

Sumber Lain-lain (Buku Peraturan Sekolah & Asrama) 7 .

Elemen II 8 .

Isi Kandungan Bil Perkara Halaman 1.0 Objektif kajian 4 5.0 Penghargaan 3 4.0 Kaedah kajian 5 9 .0 Tajuk kajian 1 2.0 Isi kandungan 2 3.

2 5.3 5.0 Lampiran 19 2. mesin pencetak dan sebagainya bagi memudahkan para pelajar menyiapkan kerja kursus ini.8 5.5 5. 10 .10 Latar belakang sekolah Nama dan lambang-lambang kemegahan sekolah Infrastruktur dan kemudahan asas Pengetua Guru Badan Pengurus/ PIBG Tokoh-tokoh bekas pelajar Peristiwa-peristiwa bersejarah Prestasi kejayaan akademik Prestasi kejayaan kokorikulum 7.0 Rujukan 18 9.0 6 Hasil kajian 5.0 Rumusan 17 8.0 Penghargaan Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah ditetapkan.7 5. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Ismail bin Ibrahim.6 5.1 5.4 5.6.9 5. pengetua Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di atas segala kemudahan yang disediakan seperti komputer.

Kajian-kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif. saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang latar belakang sekolah saya. 3. 11 . Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan moral. bantuan kewangan. berbagai-bagai jenis kajian akan dilakukan. pengangkutan serta banyak mengorbankan masa dalam membantu saya. saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang menyumbangkan idea yang bernas dan sudi bekerjasama serta membantu saya mencari. sebab-sebab nama tersebut dipilih dan perasmian sekolah kita. Pertama sekali. Pn Maimunah binti Kasah di atas segala penerangan. Saya dapat mengetahui tentang asal-usul nama sekolah.0 Objektif Kajian Sepanjang tempoh Kajian Sejarah Tempatan dijalankan. mengumpul dan bertukar-tukar maklumat. tunjuk ajar dan panduan tentang cara melaksanakan kajian ini.Jutaan terima kasih juga kepada guru Sejarah saya. Akhir sekali.

saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat bagi menyempurnakan Kajian Sejarah Tempatan ini. program pelanggan dan falsafah sekolah dan maksud yang terkandung dalam setiap lambang sekolah. Seterusnya. saya juga dapat mengetahui lambang-lambang sekolah seperti moto. bendera.Selain itu. 4. Di samping itu. Saya telah menemuramah dua orang cikgu yang saya amat hormati di sekolah saya bagi mendapatkan maklumat yang 12 . sifat-sifat istimewa. saya dapat mengenali guru-guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG yang telah banyak menyumbangkan bantuan kewangan dan infrastruktur kepada sekolah saya. Saya juga dapat mengetahui sumbangan beliau terhadap masyarakat sekolah yang telah meningkatkan imej sekolah saya. ikrar. Saya dapat mengetahui biodata. Saya juga dapat mengetahui tokoh-tokoh bekas pelajar yang telah meningkatkan imej sekolah dalam peringkat-peringkat tertentu. mengumpul. kajian sejarah ini juga dapat membantu saya menguasai kemahiran mencari. saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengetua sekolah saya iaitu Tuan Haji Ismail bin Ibrahim. visi. tugas-tugas dan sumbangan beliau terhadap sekolah. Akhir sekali.0 Kaedah Kajian Selama saya menjalankan kajian ini. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah temuramah. merekod dan menganalisis maklumat tentang sekolah. Ini akan meningkatkan lagi perasaan bangga terhadap identiti sekolah.

lengkap. kemudahan asas dan sebagainya.bahan bercetak yang lain yang penah diterbitkan oleh pihak sekolah. bangunan. Dalam kaedah ini. iaitu Tuan Haji Ismail bin Ibrahim (Pengetua) dan Puan Hajah Sarimah binti Mansor. saya telah menggunakan kaedah lawatan dan pemerhatian. saya juga melayari internet untuk mencari maklumat untuk membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang sejarah penubuhan sekolah saya. saya juga telah menjalankan penyelidikan di perpustakaan bersamasama dengan rakan-rakan saya iaitu Ameer Izzuddin dan Amir Luqman. Sekolah ini dibina di tanah sawah berkeluasan 25 13 .1 Latar belakang sekolah Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terletak di Batu 19. Kami telah berjaya menyalin beberapa isi penting yang dapat membantu kami dalam menghasilkan Kajian Sejarah Tempatan ini. Saya telah mengambil gambar infrastruktur. Jalan Kodiang dalam Mukim Putat. Kedah Darul Aman. Di samping itu. saya telah mengambil beberapa gambar semasa menjalankan lawatan di sekolah saya iaitu SM Sains Kubang Pasu. Akhir sekali. Selain itu. Jitra. Kami juga menemui banyak sijil yang merupakan hasil pencapaian sekolah kita dalam pelbagai bahagian. 5. Saya juga telah membuat rujukan daripada majalah rasmi sekolah (LEGASI) dan bahan.0 Hasil Kajian 5.

buat sementara ia ditadbir-urus oleh seorang ’caretaker’ yang dilantik oleh BPSBPSK iaitu Tuan Haji Jaafar bin Mohd Ramli dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.hektar. SMSKP diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya bagi pihak kerajaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 11 Mac 2009. pengetua pertama SM Sains Kubang Pasu melapor diri pada 16 November 2009. Penolong Kanan Kokurikulum dari SM Sains Pokok Sena melaporkan diri secara rasmi sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-56 yang memulakan sesi persekolahan pada bulan Mei. Jitra dan kembali bertugas ke sekolahnya pada 31 Julai 2009 dan pada 1 Ogos 2009. Pulau Pinang. 2009 selepas SM Sains Kepala Batas. 5. Mula dibina pada 11 Mac 2007. merupakan sekolah berasrama penuh terbaru yang dibina dalam pakej Rancangan Malaysia Ke-9. Encik Ahmad Shabuddin bin Ismail dari SM Sains Sultan Mohamad Jiwa pula melapor diri sebagai PK Kokurikulum.2 Nama dan lambang-lambang kemegahan sekolah 14 . Dalam keadaan serba baru itu. Encik Abdul Talib bin Haji Sulaiman. Pada 16 September 2009. sekolah pada waktu itu masih belum mempunyai pasukan pengurusan yang sempurna. Pn Hajah Rafeah binti Hashim dari SM Sultan Abdul Halim mendaftar pada 1 Oktober 2009 sebagai PK Pentadbiran dan Tuan Haji Ismail bin Ibrahim. Sehingga hari ini SMSKP mempunyai 767 orang pelajar (enrolmen 26/2/2011) dengan kekuatan guru seramai 65 orang.

kreatif dan produktif bagi melahirkan tunas-tunas teknokrat negara yang unggul. iaitu oren-jingga. Selain itu. undang-undang. Enam segitiga bercantum membawa kepada enam rumah dalam sistem rumah Sekolah Berasrama Penuh yang bersatu ke arah mencapai citacita yang sama manakala buku yang terbuka melambangkan warga sekolah yang celik ilmu.Logo SM Sains Kubang Pasu Terdapat empat warna utama di dalam logo. 5. Kuning membawa maksud kemakmuran. Bentuk bulatan pula melambangkan permuafakatan dalam komuniti SM Sains Kubang Pasu. putih. Warna oren-jinga melambangkan keutuhan dan keceriaan warga sekolah.3 Infrastruktur dan kemudahan asas 15 . bentuk perisai pada logo bermaksud sedia menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai visi dan misi sekolah. Putih melambangkan kemurnian dan ketulusan hati warga SM Sains Kubang Pasu. Moto sekolah ”SUKSES-KREATIF-PRODUKTIF” bermaksud garapan tiga elemen sukses. raja dan negara manakala biru membawa kepada lambang perpaduan dan simbol kasih sayang serta keharmonian sejagat. kegemilangan dan ketaatan terhadap keluhuran perlembagaan. kuning dan biru yang ditakrifkan sebagai warna-warna masa kini.

asrama blok putera. Terdiri dari satu unit rumah rumah banglo jenis C (pengetua). Selain itu. gelanggang sepak takraw dan taman permainan kanakkanak. Turut dibina ialah sebuah garaj bas dan astaka. dilengkapi dengan kuarters guru dan staf sokongan. asrama blok puteri. gelanggang bola keranjang. blok akademik. gelanggang bola tampar. Bagi memeriahkan aktiviti sukan dan permainan. sebuah surau (Surau Al-Izdihar) dan kantin. Sekolah ini dilengkapi juga dengan sebuah dewan serbaguna (Dewan Bitara). 5. gelanggang bola jaring. satu flat tiga tingkat jenis F (12 warden) dan enam unit rumah teres jenis G (staf sokongan). gelanggang tenis. dataran perhimpunan. turut dibina ialah sebuah padang hoki. blok bengkel dan blok makmal sains.4 Pengetua 16 . terdapat satu blok pentadbiran/ akademik yang terdiri dari pusat sumber sekolah (Pusat Sumber Abdullah Munsyi). empat unit rumah teres dua tingkat jenis D (penolong-penolong kanan). dewan makan asrama. sekolah ini dilengkapi dengan padang bola berkeluasan 90m X 70m dan balapan olahraga bersaiz 400m.Di SM Sains Kubang Pasu. Di bahagian belakang sekolah.

Beliau bertukar pula ke SMK Tunku Bendahara. Beliau mula bertugas sebagai guru di SMK Badin Tuaran. Beliau telah dilahirkan pada 3 Mei 1995 di Padang Maksirat. Kedah sebelum bertukar ke SMK Megat Dewa. Kedah. Kuala Ketil. 17 . Kedah sebagai Pengetua dan pada tahun 2006. Beliau berusia 56 tahun. beliau meneruskan tugasnya di SMK Permatang Bonglai. Kodiang. Beliau bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar sewaktu di tingkatan 6. beliau kekal dengan jawatan sebagai Pengetua di SMK Tunku Abdul Aziz. beliau bertukar pula ke SMK Ayer Hitam. Sabah pada tahun 1979 sebelum bertukar ke SMK Teloi Kanan. Kedah. Kedah. Kemudian.Tuan Haji Ismail bin Ibrahim adalah merupakan pengetua pertama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Tuan Haji Ismail telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Padang Maksirat sebelum meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra bagi sesi tingkatan 1 hingga 5. Beliau kemudiannya telah bertukar ke SMK Seberang Perak sebagai Pengetua sebelum melapor diri secara rasmi sebagai Pengetua pertama di SM Sains Kubang Pasu pada 16 November 2009. Kedah sebagai PK Pentadbiran. Jitra. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Pulau Langkawi. Pada tahun 1991.

Kemudian. Pada tahun 2002. Langgar. beliau melanjutkan pelajaran ke SMAP Labu selama 2 tahun sebelum diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab dan Tamadun Islam. beliau meneruskan persekolahan di SMK Raudhatul ’Ulum. Beliau pernah menulis untuk Ulasan dan Kajian 1984-Antologi Bahasa Alam dan satu analisis bagi Novel Aku Anak Timur pada tahun 2000. Kedah. Beliau pernah dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2008. Kemudian. Kedah.Beliau pernah memberi sumbangan dengan menjadi AJK dan YDP Majlis Pengetua Cemerlang peringkat kebangsaan dan negeri. Beliau telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Serendap. Beliau juga pernah menerima Anugerah Pencapaian Khas Daerah Kubang Pasu 2005 dan Anugerah Kepimpinan Guru Daerah Kubang Pasu 2006. Kota Sarang Semut. beliau mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Kedah sebelum mendapat tawaran ke Maktab Mahmud.5 Guru Puan Sarimah binti Mansor adalah merupakan seorang guru yang menjawat jawatan Guru Kanan Bahasa SM Sains Kubang Pasu. 18 . Beliau telah dilahirkan pada 28 Januari 1968 dan berusia 43 tahun. Alor Setar. 5.

Kemudian. beliau ditugaskan untuk mengajar di SM Sains Selangor selama 5 tahun sebelum bertukar ke SM Sains Pokok Sena pada tahun 2007 dan pada 1 April 2009. pada tahun 2002. beliau telah diterima masuk ke SM Sains Kubang Pasu sebagai Guru Kanan Bahasa. Kedah pada tahun 1997 hingga 1998 sebelum meneruskan tugasnya di SMKA Yan (1999-2001). beliau bertukar ke SMK Wan Muhammad Saman.Beliau mula bertugas sebagai guru di SM Seri Aman(P). Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2006 oleh Jabatan Wilayah Persekutuan. Selangor selama 3 tahun (1993-1996). Tandop. Seterusnya. Petaling Jaya. 19 .

Mesyuarat Agong PIBG kali pertama telah diadakan dengan jayanya di Dewan Bitara SMSKP pada 11 Mac 2010. En Mohd Amin dan En Azman. En Mohd Khair. Md Zubir bin Doi pula sebagai Naib Yang DiPertua PIBG. Pn Indon. Program Ihya’ Ramadhan. Pada mulanya. Persatuan ini juga terdiri daripada lapan orang ahli jawatankuasa utama yang telah dilantik dari kalangan ibu bapa iaitu Pn Noraida. En Amin. Yusof bin Ahmad telah dilantik secara rasmi sebagai Yang DiPertua PIBG manakala En. persatuan ini bergiat secara pasif kerana masih lagi kekurangan ahli. Persatuan ini telah melibatkan diri dalam program Kelas Tahsin Al-Quran bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 yang diadakan pada setiap hari Jumaat.6 Badan pengurus/PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SM Sains Kubang Pasu telah ditubuhkan pada awal bulan Mei 2009. En Zainal Abidin. En. Kem Akademik Tingkatan 5 dan pelancaran program English Year 2010. Antara aktiviti yang telah dijayakan ialah Program Sambutan Kemerdekaan. Persatuan ini juga telah membantu dalam Majlis Perjumpaan Waris Tingkatan 5 dan membantu menjemput penceramah bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan Bahasa Melayu SPM.5. 20 . Pn Zainurin.

Beliau juga dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Akademik Keseluruhan dan Pelajar Terbilang SPM Keseluruhan serta memperoleh 9A dalam SPM. beliau mendapat tempat ketiga dalam ’International Mathematics Competition’ dan memperoleh keputusan 7A 1B PMR. Beliau telah menjawat jawatan sebagai bendahari Kelab Badminton dan bendahari Persatuan Sains dan Matematik ketika di tingkatan empat. Kemudian. beliau telah diterima masuk ke SM Sains Kubang Pasu. Biologi dan Kimia semasa Peperiksaan Percubaan SPM. Beliau telah menerima anugerah Pelajar Cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan. Ketika di tingkatan tiga. beliau meneruskan sesi persekolahan peringkat menengah di SMK Khir Johari. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 5 orang adik beradik. Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Olimpiak Matematik peringkat daerah ketika di tingkatan dua. Matematik Moden. Beliau telah menjadi pengawas SMSKP dan memegang jawatan sebagai Ketua Exco Dewan Makan & Kafeteria.7 Tokoh-tokoh bekas pelajar Muhammad Syu’aib bin Mohamed Yahaya telah dilahirkan pada 28 Jun 1993 di sebuah klinik desa di Sg Petani. Kedah. Beliau juga merupakan bendahari bagi unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) semasa di tingkatan empat dan lima. Beliau memulakan alam persekolahan di SK Ibrahim pada tahun 2000-2005. Pada tahun 2009. Kedah(2006-2008). 21 . Sg Petani.5. Beliau pernah mewakili sekolah dalam ’Australian English Competition’ dan Majlis Khatam Al-Quran peringkat negeri sewaktu darjah enam serta memperoleh keputusan 5A UPSR.

Majlis Grand Dinner diserikan lagi dengan persembahan dari setiap tingkatan sambil guru dan pelajar menikmati hidangan ala-ala Barat.8 Peristiwa-peristiwa bersejarah Grand Dinner 2010 Pada 1 Jun 2010. Semua pelajar SM Sains Kubang Pasu hadir dengan berpakaian korporat manakala guru juga hadir dengan berpakaian baju batik. Majlis yang dinamakan ’Grand Dinner 2010’ ini telah berlangsung dengan jayanya. Bagi memberkati majlis. Majlis dimulakan dengan ketibaan Yang Dipertua PIBG SMSKP. bacaan doa telah dibacakan oleh saudara Mohd Aminuddin bin Che Omar diikuti dengan ucapan oleh YDP PIBG. 22 . PK HEM SMSKP.5. Kemudian. Beliau juga merupakan rakan baik kepada Pn Hasila. Pengetua Cemerlang SMSKP. Majlis kemudian diakhiri dengan ketibaan tetamu dari luar negara. En Yusof bin Ahmad dan diiringi oleh Tuan Haji Ismail bin Ibrahim serta beberapa guru yang lain. Miss Hellen. Suasana majlis ini digemparkan dengan kejutan hari lahir oleh pelajar tingkatan dua untuk Cikgu Talib. majlis diteruskan ucapan Tuan Haji Ismail. telah diadakan satu majlis makan malam perdana.

Antaranya. seramai 23 orang pelajar mendapat sekurang-kurangnya 7A dan berjaya memperoleh kecemerlangan 100% dalam subjek Pendidikan Moral. Selain itu. Pelajar tingkatan 5 SMSKP juga telah berjaya membuat penurunan gred purata bagi keputusan peperiksaan SPM.5. 23 . Seramai 5 orang pelajar telah meraih keputusan yang cemerlang dengan memperoleh semua A dalam SPM.9 Prestasi kejayaan akademik Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu adalah antara tiga buah sekolah di negeri Kedah yang berjaya mencatatkan kelulusan 100% dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2010. Pada tahun 2011. beberapa orang pelajar SMSKP telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. saudara Muhamad Tahriri bin Rozaini berjaya melanjutkan pelajaran ke Perancis sebagai Juruteknik Kimia. Mohd Saifullah bin Syed Ahmad ke United Kingdom dalam bidang IT dan Amalina binti Ismail ke New Zealand dalam bidang perubatan.

10 Prestasi kejayaan kokurikulum Beberapa orang pelajar SMSKP telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjuarai acara-acara dan pertandingan-pertandingan yang diadakan di peringkat daerah/zon dan kebangsaan. Siti Nur Asyikin telah menjuarai pertandingan memanah peringkat kebangsaan manakala Mohd Syazwan b Mohd Fuad pula mendapat johan dalam pertandingan memanah peringkat daerah. tempat keempat dalam peringkat negeri. tempat ketiga MSSM Olympic Round Berpasukan dan tempat kesepuluh dalam SBP. Empat orang pelajar SMSKP telah mendapat johan dalam Pertandingan Kuiz Program Pelancongan Pelajar peringkat daerah Kubang Pasu. SMSKP juga berjaya dengan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat SBP Zon Utara. Saudara Melchizedek Nehemiah pula memperolehi pingat perak dalam acara 1500m kelas 1 dalam kejohanan olahraga MSSK Daerah Kubang Pasu.5. Pasukan Bola Sepak B15 mendapat naib johan manakala Pasukan Bola Sepak B18 mendapat tempat ketiga daerah Kubang Pasu manakala Pasukan hoki sekolah B18 lelaki berjaya mendapat johan daerah Kubang Pasu. Akhir sekali. 24 . Tiga orang pelajar SMSKP mendapat tempat naib johan dalam pertandingan Hafazan dan Tilawah serta tempat ketiga dalam pertandingan nasyid. Pasukan pantun sekolah juga mendapat johan daerah Kubang Pasu dan tempat ketiga Negeri Kedah dalam Pesta Pantun 2011.

25 . kita dapat menanam rasa setia dan bangga dengan identiti sekolah seterusnya menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan sekolah merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. saya berbangga kerana bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu kerana sekolah ini mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa. Kita juga hendaklah sentiasa mengenang jasa guru dan orang lain yang sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan negara. Peranan guru sangat penting bagi memastikan kejayaan intitusi sekolah sebagai pemangkin budaya ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat. Melalui kajian ini.0 Rumusan Setelah bertungkus-lumus.6. warga sekolah sepatutnya berasa bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik mungkin. Dengan mengetahui sejarah sekolah ini. akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sekolah ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan selesa untuk semua. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan.

Jalan Kodiang.0 Rujukan  Majalah sekolah LEGASI Edisi Pertama tahun 2010  Buku Minit Mesyuarat Agung PIBG kali pertama dan kedua Kali pertama. Kedah  Buku Edaran Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 26 . Kedah Darul Aman -Pn Sarimah binti Mansor Batu 19.28 April 2011 (Khamis)  Orang Sumber -Tuan Haji Ismail bin Ibrahim Batu 19. Jalan Kodiang. Batu 19. Jalan Kodiang. halaman 4  Melawat ke tempat kajian Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Kedah Darul Aman  Analisis Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2010  Buku Peraturan Sekolah dan Asrama SMSKP.7. Jitra. Jitra. Jitra. 06000.11 Mac 2010 (Khamis) & Kali kedua.

8.0 Lampiran Panorama SM Sains Kubang Pasu 27 .

Pelan Sekolah 28 .

Pn Sarimah binti Mansor menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 29 .

..... 30 ...............................Sijil-sijil Akademik Dan Kokurikulum ........................................................... .