You are on page 1of 6

1.

Pendahuluan
10 April 2008 Kajian dapati karya klasik Mozart bantu rawat kes trauma,
gangguan emosi. Terapi muzik kedengaran asing pada sesetengah individu tetapi ia
sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja,
tersepit dalam pergolakan hidup berumahtangga atau stres menghadapi
peperiksaan.
Ia adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan
taraf kesihatan mental serta fizikal.Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi
mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu.
Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik terlatih ada di
seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama
yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit
kanser, juga AIDS.
Antara matlamat utama terapi jenis ini untuk memulihkan kekuatan fizikal,
menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat
rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga, serta memberi
peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.
Muzik dapat mententeramkan dan menyantaikan, khususnya muzik gubahan
tokoh terkemuka antaranya termasuk Mozart, Beethoven dan Verdi. Muzik juga
mampu menawarkan suatu kelegaan yang hebat, walaupun sementara saja,
daripada kebimbangan, kerunsingan dan kerisauan dunia.

Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej


menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar
muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyhur itu berupaya menurunkan
denyutan jantung dan membuat anda bersantai. Maka, tidak hairanlah jika muzik
digunakan sebagai alat terapi.

2. Definisi Terapi Muzik


Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), Terapi muzik adalah alternatif dalam
rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan
untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta
fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh
pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.
Terapi muzik dianggap sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan
untuk merawat pesakit .Pada zaman purba kala ,lagu serta dikir digunakan oleh
kaum primitif untuk mendapatkan bantuan Tuhan. Berdasarkan analisis hasil

kajian yang diperolehi dari para pakar muzik,

mereka berpendapat bahawa

peranan muzik dalam pembentukkan budi pekerti sangat kuat. Kesimpulan ini
berdasarkan analisis sejarah dan analisis mekanisme terjadinya perilaku
(pesakit). Muzik mempunyai pengaruh yang cukup kuat terhadap fizikal dan
mental individu serta watak masyarakat.
Secara amnya peranan muzik dalam pembentukan perilaku adalah
sebagai basic character building atau dengan kata lain muzik berperanan
sebagai

"asas"

dalam pembentukan budi pekerti,

pembentuk perasaan moral dan pembentuk perilaku keadilan, cinta

kasih dan

kelemah-lembutan. Muzik dan budi pekerti mempunyai perkaitan yang


kuat dalam prinsip keindahan, prinsip harmoni, dan prinsip saiz dan perkadaran.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi
bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh
dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan
tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana
sebuah buku ajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk
menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan
gangguan emosi seseorang.

3.Faedah serta kepentingan terapi Muzik


Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang
pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan
menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik
tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan
mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau
melukis menggunakan muzik.
Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit
menggunakan medium muzik.Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kaitannya terapi
muzik dengan kecantikan? Jangan anda lupa, tahap kesihatan mental sebenarnya

banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita.Malah, ada yang mengaitkan
jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang.
Justeru, apabila mental bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan
kelihatan awet muda dan berseri-seri secara semula jadi.Dalam sejarah kebudayaan
Islam sendiri, muzik tidak sekadar sebagai hiburan tetapi turut mempunyai peranan
penting dalam kehidupan.
Al-Farabi menghasilkan buku dan teori mengenai muzik dan ia dijadikan rujukan
Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan ulama termasuk Dr Yusuf al-Qaradawi
dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan seseorang sehingga
membentuk bakat, perasaan dan keperibadian.Katanya, jika tujuan seni itu digunakan
untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya.
Justeru, seni itu bersifat neutral, tidak sekadar untuk hiburan malah membawa
banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.
Selain itu kami juga memperolehi maklumat mengenai terapi muzik melalui satu
artikel(Music Therapy for disable children).Artikel ini telah ditulis oleh Ashley Bell di
sebuah sekolah(Brooke Point High School,California). . Di dalam artikel ini penulis
menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya kanakkanak autisme, tetapi juga kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran
sindrom down, masalah pendengaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan
mental. Menyedari hakikat bahawa kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka
penulis telah menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasilnya
begitu menggalakkan.
Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai
digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan
daripada artikel-artikel lain, jurnal dan juga kajian yang dilakukan oleh pakar- pakar
terapi muzik Walaubagaimana pun kami amat bersetuju dengan penulis bahawa terapi
muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak normal terapi ia amat
membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak bermasalah

pembelajaran. Satu contoh yang diberikan di dalam artikel ini di mana seorang kanakkanak sindrom down bernama Josh Clark berumur lapan tahun. Josh di rawat oleh
seorang pakar terapi muzik iaitu Giannina, L.Hofmeister-Connoly.
Mereka melakukan latihan berbeza untuk mengenali nombor, huruf dan juga
nama akhir Josh. Gianna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong
Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu Twinkle,
twinkle, twinkle little star. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati
rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu
minggu Josh telah dapat mengeja Clark.
Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa
yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja Gianna, ahli terapi muzik Josh
menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza
untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak
memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. nama
akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.
Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan
yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang harus
diambil oleh para guru untuk menggunakan elemen seni dan muzik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutama untuk kanak- kanak
bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepatan sekali dengan penggunaan elemen
nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan memahami
gambarajah. Bagi murid-murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran, cara
nyanyian didapati amat berkesan. Mereka dapat dengan sendirinya melalui improvisasi,
menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah.
Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat membantu murid-murid atau kanak-kanak
bermasalah pembelajaran tersebut mengenali, menyebut dan menghafal huruf, malah
aktiviti pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan
bukan sahaja murid malahan guru juga. Ini terbukti apabila kanak-kanak yang menjadi
responden di dalam artikel ini mampu untuk mengingat dan menghafal malah kanak-

kanak yang menghadapi masalah sukar bercakap, akhirnya memberi respon melalui
terapi muzik. Ini dipercayai merupakan hasil daripada aktiviti nyanyian yang dijalankan
oleh kanak-kanak tersebut dengan bimbingan ahli terapi mereka.
Temu bual dengan ibu bapa responden dan ahli terapi jelas membuktikan
bahawa kaedah nyanyian melalui terapi muzik amat berkesan dan menyeronokkan
kanak-kanak tersebut.

You might also like