You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUGASAN KERJA KURSUS
PROGRAM : PISMP(BA/SEJARAH)
AMBILAN JAN 2013

Nama Pelajar:

Kod & Kursus: EDU 3083 Asas Kepimpinan
Dan Perkembangan Profesional Guru

Semester/Tahun : 8

Tarikh Mula

18 Julai 2016

Tarikh Hantar :

15 Ogos 2016

Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menjelaskan konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-ciri guru sebagai seorang
profesional
2. Membincangkan dengan kritis isu-isu etika dan integriti guru dengan merujuk kepada kod
etika, akauntibiliti dan integriti guru
3. Menginterpretasi peranan guru sebagai pemimpin yang profesional berdasarkan peringkatperingkat perkembangan guru dengan menggunakan pelbagai sumber yang relevan
4. Merangka pelan pembangunan diri dan kerjaya untuk menjadi seorang yang profesional
dalam organisasi pendidikan semasa
Projek ini menilai hasil pembelajaran berikut (1, 2 and 3)
Objektif Projek :

Tugasan Projek (50%)
Dalam dunia pendidikan, peranan guru adalah banyak. Walau bagaimanapun, peranan ini tidak
bersifat bebas tetapi berkaitrapat antara satu dengan yang lain. Contohnya, seorang guru
yang berkesan sebagai seorang penyampai ilmu adalah juga sebagai pengamal ilmu dan
kemahiran yang berwibawa, penerap nilai, pendidik, agen sosialisai dan perubahan, serta
sebagai inovator komuniti. Untuk memainkan peranan sebagai mentor dan pakar rujuk yang
berkesan, seorang guru perlu mempunyai kepekaan intelektual dan juga penyampai ilmu yang
mahir.
Peranan guru sebagai penyelidik merangkumi banyak peranan lain yang berkait dengan dunia
pendidikan seperti sebagai pengurus, perancang, pelaksana serta sebagai pengamal dan
penyampai ilmu. Akhir sekali, sebagai seorang patriot, guru adalah pembangun negara dan juga
sebagai contoh.
1

viii. kematangan dan kualiti akademik. Esei perlu ditaip dengan menggunakan fon Arial saiz 11 dan langkau 1.5 baris. Tugasan 2 : Penulisan Akademik (30%) Terangkan bagaimana guru dalam melinium ini memainkan peranan berkesan sebagai : a. Muka depan/kulit tugasan mengandungi perkara berikut:  Nama pelajar  Nombor Angkagiliran  No Kad Pengenalan  Kod Kursus  Tajuk Tugasan  Nama Pensyarah Akademik  Tarikh dihantar Sila rujuk Garis Panduan untuk penulisan tugasan Tugasan akan dinilai berdasarkan criteria berikut: Liputan dan kandungan Kualiti Ulasan Penyusunan Kualiti Sumber Sila rujuk kriteria pemarkahan 2 . buku-buku rujukan dan sumber internet. Prosedur merujuk perlu mengikut cara APA (American Psychological Association) Penulisan esei harus menunjukkan keaslian. vii. iii. Pengamal reflektif Prosedur : i.Tugasan 1: Ulasan Kritikal (20%) Bincangkan secara kritis intergriti seorang guru serta peranan guru dalam mengamalkan intergriti dalam profesion perguruan. vi. Agen sosialisasi b. ix. Plagiat samasekali tidak dibenarkan. v. Panjang esei haruslah lebih kurang 100 patah perkataan (Tugasan 1) dan 1600 patah perkataan (Tugasan 2). ii. Rujukan harus merangkumi jurnal. iv. Agen perubahan c.

Disemak Oleh :. _______________________ (KANG HWA CHOO) Penyelaras Kursus Jabatan Ilmu Pendidikan Tarikh : 15 Julai 2016 ________________________ (KUNDAYIS LABEH) SME Jabatan Ilmu Pendidikan Tarikh : Disahkan Oleh : _________________________ (JULIANA DUMPIL) Ketua jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan Date : 3 .Disediakan Oleh :.

tesis dan artikel berkaitan dengan topik. d) Anda boleh membincangkan kesantunan guru. d) Kesimpulan anda tidak melebihi 200 patah perkataan 4 . d) Anda dikehendaki menggunakan seberapa banyak sumber berbeza seperti jurnal artikel. Pendahuluan a) Pengenalan tajuk. kepedulian guru. tesis. buku-buku rujukan dan sumber internet. i) Seboleh mungkin anda dikehendaki untuk mempersembahkan rujukan maklumat dalam perktaan anda sendiri j) Gunakan ayat penghubung pembeza untuk mengalih hujah bertentangan bagi menyokong hujah atau sebaliknya. f) Anda boleh membincangkan amalan pengajaran guru yang dapat memenuhi fungsi guru selaras dengan pendidikan masakini. c) Pendahuluan tidak melebihi 200 patah perkataan. Anda mungkin ingin memberi penerangan ringkas tentang isu-isu berkaitan ”etika dan intergriti di kalangan guru” dan peranan guru sekolah rendah. c) Buat penyusunan persembahan ke atas topik dan subtopik supaya ada kesinambungan hujah-hujah anda. b) Bincangkan secara ringkas bagaimana esei distruktur dan persembahkan dengan jelas topik dan subtopik yang akan dibincangkan. k) Pastikan petikan sumber maklumat dibuat dengan menggunakan rujukan format APA. b) Sepadukan bahan-bahan untuk mewujudkan dan menyokong hujah-hujah khusus. Badan Kertas a) Beri seberapa banyak sumber ulasan seperti buku. e) Anda boleh membincangkan tentang Kod Etika Pengajaran di Malaysia dan akuntabiliti guru. h) Anda digalakkan untuk membuat pernyataan kesimpulan di akhir setiap bahagian yang merujuk semula kepada tugasan.Panduan Tugasan Merancang dan menggariskan tugasan a) Gariskan topik dan subtopik yang menyokong pilihan untuk ulasan anda b) Kenalpasti dan senaraikan rujukan-rujukan yang anda gunakan untuk menyokong topik dan subtopik tugasan c) Sekurang-kurangnya 30% rujukan adalah daripada terbitan dalam lingkungan lima tahun terakhir. Ini adalah bagi memastikan supaya anda tidak lari dari landasan hujah-hujah anda. penampilan. Kesimpulan dan rujukan a) Buat ringkasan terhadap maklumat yang dipersembahkan dalam badan kertas. pengurusan masa dan kewangan dalam konteks profesion perguruan. g) Badan kertas anda harus mengandungi tajuk kecil untuk membolehkan penyusunan esei yang lebih baik. b) Nyatakan kesimpulan utama c) Anda tidak perlu persembah hujah baharu dalam kesimpulan. Harus ada sumber-sumber yang berkaitan dengan ”Kod Etika dan Akauntabiliti Guru” dan ”Kepimpinan Guru”.